salam...follwer semua, trimasss masih setia ngn citer fn yang merapu berbagai juast nak hilang boring n seronok jgk kdg-kala kita layan citer merapu ni keh3..tq jgk utk yg setia memberi komen anda..syg semuanya..sbb korang fn semangat nak habis kan citer ni..
leessang 'gary' -tears
sedap!!!
**semalam tgk runningman suka sgt dgn mondaycouple gary rupa2nya dia ada group n dis song fn mmg dah pernah dgr dulu tp x perasan yg rapernya gary hahhaha...haila, tulah kdg2 kita mmg tak perasan melainkan owg tu ada buat sesuatu yang kita ingat n then fn pun mntk tlg inche google n miss youtube carikan group leessang ni..hik3..merapu!!
just pic
Tr melabuh pungungnya ke kerusi VIP. Dia memandang sekeliling. Sekejap
lagi konsert akan bermula. Dia datang seorang. Semalam Nelly datang dan dia ada
pelawa adik sepupunya itu ke konsert bila disuruh aunty Maisara. Nasib baik
nelly tidak berminat.
“Konsert beyonce tak pe jugak” itu kata Nelly. Dia tak kisah kalau Nelly
tak ikut. Dia lebih senang sendirian.
Tepukan gemuruh bila Jamal Abdillah keluar ke stage. Lagu pertama yang
dinyanyikan Azura. Dia menghayati lagu itu sambil terkenangkan Zara.
D tersenyum melihat bibir Zara tak lekang dari senyuman. “Happy?”
“Mesti la..” Zara mencuit lengannya.
“Za..lagu apa yang kau paling suka?”
“Disudut Kamar hati ku”
“Ye..jap lagi kot?” Zara mengangguk.
Tr terasa handsetnya berbunyi. Nasib baik di silent nya. Dia mengambil
dari kocek seluarnya dilihat skrin iphone 5,Pa’an telefon. Dia bingkas bangun.
Berjalanke lorong keluar.
“Ishh..lindung la lelaki tu Za..” Zara melihat lelaki yang berjalan di
lorong depan. Wajah lelaki itu seolah seperti dia pernah lihat dulu. Tapi
dimana?
Tr masuk semula bila selesai berbual dengan Pa’an. Kawan sekolahnya. Dia
tahu Pa’an pasti tahu kepulangannya kerana lelaki itu rakan kongsi niaga
sekarang dengan uncle Fauzi. Pa’an mengajaknya keluar lepak bersama teman yang
lain.
Bila dia melabuh saja ke kerusi lagu ‘Disudut Kamar Hatiku’ mula
dinyanyikan. Zara..aku harap kau dapat dengar lagu ni kalau kau masih ada
sekarang.
Zara dah tiada..hanya kenangan sahaja.
“D..lagu mak dan ayah aku. aku suka sangat dengar lagu ni sebab lagu ni mengingatkan
aku pada mak dan ayah aku” Zara berbisik. D mengangguk dengan senyuman.
Selesai konsert itu mereka berdua berjalan keluar ke lobby. D melihat
Zara yang masih tersenyum. “Puas hati?”
“Puas sangat..thank you D” Zara melonjak keriangan. “Balik nanti aku nak
tidur dnegan senyuman”
D ketawa. “Yelah tu..sengal kau Za, nanti si Kinah tu ingat kau
mengingau malam”
“Biar..kalau boleh aku nak nyanyi kat telinga Kinah, okey?”
D angkat ibu jari “Best..biar dia terkencing malam dengar kau nyanyi kat
telinga dia”
Mereka berdua ketawa sambil berjalan turun anak tangga. Tr tertarik
mendengar bunyi ketawa itu. dilihat seorang perempuan dan seorang lelaki lembut
sedang bertepuk tampar berjalan seiringan ke tempat parking kereta.
Lama dia memandang perempuan bertudung itu. Dia kaku disitu bila
perempuan tu memandang ke arahnya sekilas lalu.
Zara? jantungnya berdegup kencang. Dia bergegas kea rah mereka berdua
itu namun terlambat. Kereta myvi warna pink sudah berlalu pergi.
“Zara?” tak mungkin..dia memandang dada langit malam. Taburan bintang
malam ini sangat indah. Kelipan
cahaya itu memberi dia semangat.
Bintang malam… “macam bintang, mana tahu ada yang serupa dengan Zara”
Dia teringat kata uncle Fauzi. Bintang
banyak tetapi Zara seorang. Ada ke yang serupa dengannya?.
“Puas hati pergi tengok konsert?” Kinah mengcekak pinggang. Zara tersengih sambil mengangguk kepala. Dia
berjalan ke dapur lalu di ambil mug kemudian dia ke peti sejuk dituang jus oren
ke dalam mug. “Tak minum kat luar ke?’
“Tak.. D mengantuk sangat tadi.”
“Lelaki lembut tu memang cepat mengantuk” bebel Kinah
“Sengal kau Kinah mengata D. dialetih la.. tu pun dia baik ambik dan hantar aku”
“yelah tu..” Kinah berlalu ke kamar tidur. Kinah tak pernah tidur
seorang. Walaupun rumah itu ada tiga bilik.
Kinah mahu jugak tidur sebilik
dengannya. Perempuan itu takut gelap Nampak je gagah tapi takut gelap.
Dia menghabiskan jus oren. Dia suka sangat dengan jus oren. Dia
akanmengangkut stok jus oren kalau
sudah tinggal sekotak dalam peti sejuk.
Dia melihat skrin telefon ada
lima miscall dari Luqman. Lelaki itu sudah dimaklum yang dia pergi tengok
konsert dengan D. dia menekan button huruf menghantar mesej kepada lelaki itu.
‘Saya dah pulang, awak dah tidur ke?’
Dia membasuh mug di sinki. Sekejap mesej baru masuk. Dibukanya
‘Belum, baguslah awak selamat sampai rumah. Seronok?’
Dia pantas menekan button huruf. ‘seronok sangat’
Mesej masuk ‘tak ingat kat saya ke?’
Dia membalasnya ‘ingat, saya Nampak awak menyanyi bersama Jamal
Abdillah tadi’
Sekejap saja luqman membalasnya ‘Hahaha… pandai sayang saya buat
lawak malam-malam ni’
‘ok..awak,saya nak masuk tidur. Good night!’
‘good night sayang! Mimpi saya malam ni =)’
Zara meletak handset Samsung Notenya atas meja solek. Dia berjalan ke
bilik air untuk mencuci muka dan memberus gigi sebelum tidur. Dia teringat
lelaki tadi. Kenapa dia macam pernah melihat lelaki itu atau memang.lelaki itu
ada dalam kenangan dia ke sebelum ni?
“Za..aku dah tempahni” D
mengibas dua keping tiket diwajahnya.
“Konsert Jamal Abdillah?”bulat matanya sambil menyoal D yang sedang
ketawa mengusiknya. “mana kau dapat, D?”
'D'
“Tempahlah..hadiah hari lahir kau dah lepas tapi aku saja booking tiket
ni nak buat surprise kat kau”
“Yay! Ni buat aku sayang sangat dengan kau” Zara melonjak keriangan.
“Dua je?”
“Yelah kita berdua je, kenapa?”soal D pelik.
“Kinah?”
“Perempuan tu? Mana nak layan penyanyi veteran zaman mak dia”bebel D
sambil meletak dua keeping tiket ke tapak tangannya.
“MAna tahu Kinah nak join jugak”
“Mana kinah? Meh aku panggil dia” D memanjang leher mencari kelibat
Kinah dalam butik itu.
“Kinah!!..kinah!!”
Zara tersenyum. D saja nak mengusik kinah sambil memanggil nama
perempuan dengan nada menjerit-jerit.
“Apa?” Kinah datang dari stor belakang “ aku tengah tengok barang. Okey
jugak kedai baru tu kan?”
Zara mengangguk. “Dia supplier jugak bunga-bunga segar dengan harga yang
berpatutan. Boleh jugak kita order je kat dia kalau ada wedding yang nak pakai
konsep dari taman”
“Dia tu kawan mak aku, dah lama dia supplier barang kat kedai mak aku
dulu sebab tu aku nak pakai dia je. Kawan D yang dulu bahaya sikit”
Berkerut dahi D “apa yang bahaya?”
“dia macam syok kat kat kau je, kalau spesis aku takpe jugak aku bagi
green light, ni tak..spesis kau jugak.”berdesing telinga D. lelaki itu berdepan
dengan Kinah sekarang
“apa aku tak tulen ke? kau ingat aku ni suka lelaki ke? aku boleh bagi
sorang anak kat kau tau”D mendabik dada. Menjerit-jerit dia mempertahan
dirinya.
Sakinah ketawa mengekek. Sempat tangannya menunjal dahi D. “tulen ke?”
“Jaga kau Sakinah.. esok hari kau bila dapat lelaki macam aku baru padan dengan muka kau”
“Ehh..jangan duk menyumpah aku pulak”
“Dahl ah..korang ni sehari tak bertekak tak boleh ke?”
“Tak boleh!!!” serentak mereka berdua menjawab. Masing-masing memaling
muka kea rah lain.
“Kinah, sebenarnya kita orang nak ajak kau tengok konsert, kau nak pergi
tak?”
Sakinah berpaling mengadap mukanya sambil membulat biji mata “Nak la..
konsert Kpop ke? sapa datang kali ni 2pm?4minute? infinite?ke, lee min hoo yang
datang okey jugak?”
“haila..sengal kau Kinah siap hafal nama penyanyi kpop lagi. Mana
adanya…”
“Konsert Jamal Abdillah ekluksif tiket terhad” D mengambil tiket dari
tangannya kemudian menayang depan Kinah. “Nak tak?”
“Lorhh… tak mau la, ingat konsert kpop yang ura-ura nak datang sini”
“Ada jugak layan kpop” D mencekak pinggang “kau tu dah dua puluh tujuh
tahun Kinah, bukan tujuh belas tahun!”
“Wei..korang tahu sekarang zaman Kpop tau, semua orang suka kpop. Tema
pengantin pun sekarang dah berlambak kpop” Kinah mengangkat kening puas dengan
hujahnya. Zara dan D menjuih bibir. “Za..kau ingat tak yang kau layan citer
princess hour tu”
“Ye..”Zara tersenyum
“Kan tu korea punya drama, kau feeling habis citer tu kau tak ingat?”
“Ala..aku layan drama je”
“Dah..dah..sekarang kau nak ikut tak?”soal D.
“Tak nak, aku banyak kerja nak kena buat..apapun korang kirim salam kat
abang Jamal tu” mengekek ketawa Kinah sambil mencicit keluar dari butik.
“Kinah nak pergi mana?”
“Cari ilham buat design baju baru” Kinah melambai tangan tanpa menoleh
kebelakang.
“Kan aku dah cakap si Kinah tu mana nak layan konsert ni”D sudah melabuh
ke sofa.
“Bila konsert tu?’
“Hari sabtu ni je”zara tersenyum puas. Selama ni dia tidak pernah pergi
ke konsert Jamal Abdillah. Hanya tonton dari tv.
“thank you D..” D mengangguk kepala. Dia
senang hati melihat Zara gembira. Perempuan tu baik sangat dengannya. Zara
seorang yang melayan dia seperti adik-beradiknya. Pernah dulu dia tak balik
rumah beraya dengan familynya. Dia tahu kalau balik pasti mama tiada dirumah
selalu saja outstation ke luar negara. Zara mempelawanya balik kampong Zara dan
mereka beraya bersama mak sedara Zara. Selepas itu stiap kali raya dia pasti
akan ikut Zara pulang beraya bersama. Dia sangat sayangkan Zara.
TR menunggu untuk mengambil begnya diletak atas troli. Dia memerhati
sekeliling airport KLIA itu. rata-rata dilihatnya wajah melayu. Rindu juga dia
dengan Malaysia. Rindu lagi pada Zara.
Dia berjalan menyoroti trolinya. “Fael!!!”
“Fael…”dia berpaling. Wajah aunty Maisara dan uncle Fauzi yang sedang
mendukung Mia. Adik sepupunya yang comel itu.
Dia melambai tangan. Dia mengatur langkah dengan pantas namun aunty
Maisara lebih pantas darinya. Tubuhnya diraih dalam pelukan mak sedaranya itu.
pipinya dikucup melepas rindu. “Rindu aunty sangat-sangat”
“Habis? kenapa tak balik?” soal Tengku Maisara sambil mengusap bahunya.
Anak muda itu sekarang sudah tinggi lampai dengan badan yang tegap. Tr seperti
abangnya. Seiras! Segak dan tampan.
“Saja..biar aunty rindu” Tr tersenyum. Pelukan dilerai dia berpaling
kearah fauzi “Hai..uncle, Hai Mia”
“Cepat salam abang Fael sayang” Mia menurut diraih tangan Tr lalu
dikucupnya. Tr mengambil Mia dari dukungan Fauzi.
“Aunty puas hati sekarang, aunty ada anak perempuan dan lelaki, kan
hubby?”
“yela..uncle ingat nak rahsia dulu aunty, Fael..tapi tak jadi aunty
kamupandai goda uncle tu yang tak tahan
terpaksa juga beritau kamu nak balik hari ni”
Tr tersenyum. Dia happy bila melihat aunty bahagia bersama uncle Fauzi. Cinta
mereka berdua tetap utuh. Mereka saling mencintai. Dia ingin begitu. Bahagia
bersama Zara dan anak-anak yang comel disisi. “Uncle, lain kali kena pakai
kalis cinta”
“Kalis cinta? Ingat kalis peluru je” mereka ketawa bersama. “Jom..aunty
kamu masak makanan kegemaran kamu. Bilik kamu tu masuk pagi tadi sudah empat
kali aunty kamu bersihkan”
“you ni kan..kalau I tak peduli you mulalah nak mengunkit. Padahal
setiap hari I sediakan macam-macam untuk you.”
“Yelah.sayang you menang” Fauzi meraih bahu Tengku Maisara kedadanya. “
jom kita bertolak sekarang”
“Nelly tak ikut sama?”soal Tengku Maisara. Dia dimaklumkan Melly
sepupunya mama si Nelly yang anak perempuannya kalau boleh nak ikut balik
bersama. Dia sudah merencanakan ideanya juga diberitahu pada Melly dan Melly
pun setuju.
“Tak..”Tr mendukung Mia berjalan kedepan
dari dia dan Fauzi. Dia memandang Fauzi tetapi suaminya member isyarat agar dia
tidak menyoal lebih.Mereka berjalan bersama keluar dari KLIA .
salam... kekwn fllwr..Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin. sori Fn lamabat wish n post en3 baru..sbb internet problem...so skrg dah ble post laju2..hehe
'destiny by infinite
daebakk!!
Dia melangkah keluar dari ruang tamu ke koridor luar banglo dua tingkat
itu mencari seseorang. Selepas tidurkan Mia dia tertidur sekali. Tidak sedar
seseorang yang dinantinya sudah lama pulang dari kerja.
Senyuman mekar terukir
dibibirnya tatkala melihat susuk tubuh seseorang yang dinantinya sedang
bersandar dikerusi luar rumah sambil menikmati hidangan petang.
Dipeluk tubuh itu dari belakang sambil tangannya melingkari leher lelaki
itu “lama you balik?”
“Dah..I tak sabar-sabar nak balik jumpa you lastnya you tidur dengan
buah hati baru” lelaki itu mencemik.
Satu ciuman singgah ke pipi lelaki itu. Dia trsenyum kemudian melabuh ke
kerusi sebelah lelaki itu. “Puas hati hadiah merajuk you”
Fauzi tersengih. “Pandai la you ni.. sebab tu semakin harisemakin I sayang you”
Tengku Maisara membalas senyuman suaminya itu. sudah enam tahun mereka
berkahwin selepas tengku Rafael melanjut pelajaran ke UK dia jadi tenang dan
anak sedaranya sendiri mintak tunaikan hasrat agar berkahwin dengan Fauzi. Dia
menerima seadanya lelaki itu kerana sudah lama dia membiar cintanya pada lelaki
itu tergantung untuk sekian lama. Akhirnya dia berjaya menjadi suri di hati
lelaki itu yang kini bergelar suaminya yang sah.
Tengku Maisara Fauzi
“I nak lebih dari tadi, hadiah tu tak cukup nak ubat rajuk I ni”
“Tak yah ngada-ngada encik fauzi, you dah ada Mia so jangan nak lebih
sangat” Fauzi ketawa. Lelaki itu mengusap lembut bahunya.
“Lama Mia tidur?”
“Hurmm…yelah tadi anak dara you tu buat perangai, merengek berbagai nak
dera mama dia. Semua tak kena..asalnya dia mengantuk tapi nak main lastnya yang
terdera mamanya la..” dia mengadu kerenah Mia seharian hari ni. dia sudah tidak
bekerja. Dia lebih senang sekarang menjadi suri rumah tangga mengurus anak dan
suaminya sekarang lagipun itu juga permintaan Fauzi.
“Cianye..mama Mia ni ek? Nak papa Mia pujukkan pulak” Fauzi sudah
mengecil mata.
“Dah.. I penat la sayang.” Dia menolak wajah Fauzi yang mendekat dengan
laman wajahnya. Senyuman lelaki itu meleret. “Kita dah tua sayang”
“Tak..kita baru nak mula bercinta.”
“Umur 40 an you kata baru nak mula bercinta?”
“Of couse la sayang, lelaki kan kalau masuk 40 an jiwa akan jadi muda
semula macam 20 an. So I nak mula bercinta dengan you”
“malulah kalau I pregnant lagi nanti. Time I pregnantkan Mia dulu pun
ramai pekerja I menegur. Muka I sekarang dah mula berkedut. Nanti I bukan dapat
anak tapi orang akan kata I dapat cucu”
Mengekek ketawa fauzi. Lelaki itu menghirup sedikit teh yang dihidang
oleh pembantu rumah mereka.
“Okey pe..nati kita lawan dengan Fael” senyuman Tengku Maisara mati. Dia
teringatkan TR. anak sedaranya itu sudah tidak mahu pulang ke Malaysia.
“Kenapa” soal Fauzi. “Sebab Fael ke?’
Dia menganguk. “Dia macam dah tak sayang I sejak I lepas dia ke UK.
Harap I je yang selalu contact dia.
Dia
juga seolah melepas I pada you bila kita berkahwin dulu.”
“Maksud you?”
“Dia tak mahu ada apa-apa lagi dnegan I”
“Dia merajuk?”
“Entah?..”
“I rasa I tahu..” Fauzi memandangnya “ sebab Zara..”
Zara? Gadia itu sudah lenyap dari hidup TR. mana mungkin Tr masih
terkenangkan gadis itu lagi? Diamerahsiakan sesuatu dari TR.
“Gadis tu kan dah meninggal. Dah Sembilan tahun, tak kan Fael belum lagi
melupakannya” Tengku Maisara mengetap bibir.
“Tak..gadis itu tak meninggal” berdegup kencang jantung Tengku Maisara.
Bagai kejutan elektrik mengena tubuhnya.
“Tak meninggal..mustahil la sayang”
“Ye..bagi Fael Zara hanya
meninggal di alam nyata tapi bukan dalam hati Fael” Tengku Maisara melepas
keluhan. Fauzi tidak tahu apa-apa. Dia juga merahsiakan sesuatu dari lelaki
itu.
“Apapun Fael kena terima, tapi I yakin Fael jadi perangai dulu bukan
sebab Zara meninggal dunia tapi sebab I yang dah berkahwin dengan you.
Kan..sekarang Fael dah tiada sesiapa. I rasa kita patut jodohkan Fael secepat
mungkin”
“Yelah Cik puan Maisara..you nak buat lagi perangai mendesak you tu?
Fael pasti tak setuju. Tengok sekarang you suruh dia balik ke Malaysia pun dia
tak mahu inikan you nak jodohkan dia” Fauzi tahu Tr masih lagi tidak dapat melupakan
Zara.
Dia tahu segalanya pasal hidup
anak muda itu. semua milik Zara yang tertinggal dulu di Villa Tr bawa bersama
ke Uk Cuma tengku Maisara saja yang tidak tahu. Fael hidup disana bersama
dengan kenangan Zara.
“Nelly!!.." Fauzi menarik nafas. "I rasa Nelly sesuai dengan Fael.” Tengku
Maisra tetap degil.
“Nak ke Fael?”
“Mesti la diorangkan hidup bersama di sana. Study bersama. I rasa Fael
mesti terima Melly lagipun I tahu Melly suka sangat denga anak buah I tu”
senyuman mekar dibibir Tengku Maisara. Nelly anak sepupunya Tengku Melinda. Dia
yakin Tengku Melinda pun akan setuju kalau dijodohkan dengan Fael.
Fauzi menarik muka. Dia takut Fael merajuk dan balik semula ke UK.
Sebenarnya dia seorang saja tahu yang Fael akan pulang ke Malaysia hujung
minggu ni. itupun puas dipujuknya.
“Betul ke Fael nak terus stay kat sini?” anak muda itu menganguk. Tangan
anak muda itu menyusun buku-buku yang berselerak dipermukaan meja study itu.
“Fael ingat lepas habis master nak ambil PHd pulak” sekilas Tr memandang
fauzi sambil tersenyum. Senyuman itu tidak semekar dulu.
“Sudah-sudahlah..baliklah. tolong uncle tengokkan syarikat. Penat tau!”
sengaja dia merungut. Walhal Tengku Maisara sebenarnya beria-ia nak kan Tr
pulang ke Malaysia.
“Pekerja bawah uncle kan banyak. Bukan uncle kerja bajak sawah pun,
uncle CEO, pengerusi syarikat so arah je lah..”Fauzi tersengih. Dia menarik
tangan Tr dari terus mengemas buku yang sudah sedia tersusun rapi tadi.
“Mana tahu ada Zara lagi di sana” Tr berhenti lalu memandangnya lama.
Bibir anak muda itu kelu tanpa berkata apa-apa.
“Disini..Zara tak mungkin ada. Mana tahu fael boleh jumpa Zara disana”
Diam!
“Zarakan gadis melayu yang suka apa-apa saja berkaitan malay classic
ni..kalau kat sini kebanyakan perempuan kebaratan kan?” Anak muda itu tetap
diam. Dia hanya Nampak anak muda itu sedang melawan sesuatu di dalam hatinya.
“Apa maksud uncle? Dulu berkali-kali aunty kata Zara sudah tiada! Aunty
paksa Fael lupakan Zara. Uncle pula macam membiar apa saja yang aunty buat.
Kenapa sekarang uncle nak Fael yakin Zara masih ada sedangkan hakikatnya dia
dah tiada”
Air matanya sudah bergelinang…
“seseorang yang macam Zara…macam bintang Fael. Ada banyak bintang
dilangit mana tahu ada yang serupa.”
Anak muda itu diam kembali.
“You ingat siapa sayang?” Tengku Maisara menepuk pehanya. Fauzi tersedar
dari lamunannya. Dia kembali memandang isterinya.
“You happy sangat ke kalau Fael pulang?”
“You saje tanya soalan bodoh tu kan? Of course la sayang, you tahukan I
sayang sangat dengan Fael and then I nak sangat dia baliksini tolong you uruskan syarikat”
“Percayakan I, fael akan pulang”Fauzi mengengam jari jemarinya. Kerutan
didahi Tengku Maisara berombak banyak. “ minggu depan dia pulang”
“yeke? Kenapa you tak beritahu I awal-awal lagi banyak benda I nak prepare
untuk sambut kepulangan dia” mulut Tengku Maisara melopong. Terharu dengan
kepulangan TR. ditenung wajah fauzi mendalam “ You pujuk dia ke?”
Fauzi mengangguk kepala sambil mengukir senyuman “ I tak sanggup tengok
you sedih setiap kali teringatkan Fael, nanti you cepat tua kan kita nak ada
anak baru pulak nanti”
“Hisshhh..gatal you ni” satu cubitan hinggap disisi pinggang Fauzi.
“Adoi..adoi..sayang” dipegang tangan Tengku Maisara lalu ditarik tubuh
isterinya kedalam dakapan penuhnya.
“I sayang you sangat hubby”
“I tahu..” senyuman itu seindah rasa yang hati sendiri saja dapat
merasainya. Dia bahagia dengan perkahwinannya
*********************************************
Alunan muzik first love by Utada Hikaru dimainkan dengan piano bergema
lagi. Nelly bergegas keluar dari kamar tidur ke tingkat dua dimana tempat piano
itu dimainkan seseorang. Dia melihat tubuh itu setia dibangku depan piano
sambil jari jemari menekan keyboard piano mengalunkan muzik lembut dan sayu itu.
Lelaki itu selalu saja memainkan lagu itu seolah ada kisah disebalik
lagu itu. dia juga hairan dengan kehidupan lelaki bernama Tengku Rafael itu
yang menyimpan novel-novel melayu lama dirak buku lelaki itu. walhal dia tidak
pernah melihat lelaki itu membacanya.
“have a nice day” senyumannya melirik. Disandar tubuhnya ke badan piano
berwarna brown itu.
Lelaki itu mengerlingnya sekilas. Alunan muzik bertukar ke irama lain
pulak , kali ni sampai sekarang dia tidak dapat meneka lagu apa yang dimainkan
TR. agaknya lagu orang Malaysia kot?
Dia kenal jugak artis Malaysia bukan dia
tidak pernah pulang ke Malaysia tapi agaknya ini lagu lama. Dia juga banyak
bercakap bahasa melayu dengan lelaki itu kerana lelaki itu hanya akan berbicara
dengannya bila dia bercakap bahasa ibunda .
Dia tak faham dengan fiil lelaki itu. pertemuan mereka agak menjengkelkan tetapi
lama kelamaan dia jatuh hati dengan lelaki itu kerana sikap lelaki itu yang tak
endah lansung dengannya dan banyak menyimpan rahsia yang dia sendiri ingin
tahu.
“Abang jadi balik Malaysia ke?”
Senyap. Alunan irama bertukar pulak ke first love by utada hikaru.
“hurmm..”
Ada respon. Dia tersengih. Dipandang wajah kacak yang bersahaja itu
tanpa senyuman. Abang sepupunya itu mungkin punya citarasa yang tinggi untuk
calon penyeri hidup.
Dia yakin dia ada peluang. Dia bukan gadis selekeh dan
bukan anak sebarangan. Dia jugak ada gelaran dipangkal namanya.dia pastiabang sepupunya itu ada sedikit tertarik
dnegannya walaupun tak banyak.
Nelly
Walaupun mereka sepupu jauh tetapi keluarga nenda rapat sangat dengan
keluarga Tr. aunty Maisara jugak ada mengusiknya nak dijodohkan dengan Tr.
“nelly ikut sama…Bonda tak kisah lagipun bonda nak balik ke Malaysia jugak
sejak nenda dah takda…bonda macam dah tak nak hidup disini”
“Bagus la..boleh Nelly belajar budaya orang timur” dia senyap. Pertemuan
pertama dengan lelaki itu tidak menyenangkan. Dia balik dalam keadaan mabuk.
Setiap malam dia gemar dengan sikap berpartynya sehingga dia sedar lelaki yang
dulu sepertinya tak kisah dengan dunia sudah lain macam. Hidup mengaji dan
sembahyang juga berpuasa. Dia hairan selalu lelaki itu datang beraya ke sini
lelaki itu tidak endah dengan semua tuntutan dari agama tetapi sekarang lelaki
itu rajin mengaji dan banyak bersendirian.
Dulu pun Tr b senyap tetapi
dulu lelaki itu menerima kehadirannya yang social, sekarang sudah lain.
Aunty Maisara Tr dah berubah. Ya, memang sudah berubah. Itu yang membuat dia
lagi jatuh cinta.
Tr bangun. Nelly menghalangnya. “Abang ada someone ke kat Malaysia?”
Tr tersenyum sedikit. Ditekan pelipisnya. Ya! Gadis itu sangat manis
dipandang macam pelangi tetapi gadis hanya dalam kenangan dia je.
“Kenapa”
“Nelly saja nak tahu”
“Maksudnya?”
“Abang benarkan Nelly tinggal disisi abang tak?”
Tr memandang lama. “Berapa lama”
“Selamanya”
“Suka hati Nelly..”
“Abang sukakan Nelly tak?” gosokan dikepala dia dapat bila soalan itu
ditanya. Lelaki itu beredar ke kamar tidurnya.
“Do you love me, abang?” don’t you? Dia tunduk. Dia suka sangat dengan
Tr. dia ingin tahu rahsia hati lelaki itu.
Tr menutup daun pintu kamar tidurnya. Dia melangkah ke katil lalu
direbahkan tubuhnya ketilam empuk itu. tangannya diletak atas dahi sambil
memandang siling.
“Suka?” ayat itu selalu dia guna untuk Zara. “kau suka aku tak?”
Gadis itu pasti tergagap untuk mencari jawapan “ hah?” dia tahu gadis
itu malu
Satu lekukkan didahi gadis itu “lambat!”
Dia berpaling kesisi kanannya. Tangannya meraba sesuatu bawah bantal.
Ada beberapa foto g dalam buku novel dikeluarkannya. Foto itu diambil semasa
raya terakhir bersama arwah.
Banyak kenangan tentang Zara masih segar dalam ingatanya biarpun
Sembilan tahun sudah berlalu. Kalau zara masih hidup pasti gadis itu sudah
menjadi suri dalam hidupnya mungkin juga dia sudah mempunyai dua orang anak
yang comel.
Banyak benda yang dia ingin lakukan bersama Zara.. tengok konsert Jamal
Abdillah bersama itu impian Zara yang ingin dia tunaikan. Baru-baru ni ada
konsert artis Malaysia datang di sini dan dia pergi untuk hilangkan rindu pada
Malaysia dan juga Zara.
Dia ada terbaca dalam internet ada konsert Jamal Abdillah pada minggu
depan di istana budaya dan dia sudah booking tiket secara online untuk mendapat
satu seat VIP disana bila dia pulang nanti. Terubat jugak rindu pada Zara
walaupun gadis itu tiada bersama.
Dipejam mata… Bagaimana wajah zara sekarang berusia 27 tahun?