01/07/2013

Be Mine! 30

Salam...kekawang yg sudi baca citer ni. sedih? tak laa..kdg kala hidup ada kish sedih jgk tapi gembira ttp terasa bila kesedihan itu berlalu pergi kan?ni last part 1 lepas ni part2 pulak bila diorang dah besau..hurm..bru bole mghayati sepenuhnya dis story kan? ada jemu dgn story bdk sekolah last Fn pjgkan diorg besau..hehe..Trimassssss..kpd yg sudi mmbaca ..enjoy it!


p/s: setakat ni ble x bg sidikit komen kat FN, mana tahu ada penambahbaikan ke? tq



 
Bab 30

Sudah dua minggu pemergian zara. Dia masih belum dapat melepaskan gadis itu pergi dari hidupnya. Hatinya mengatakan Zara masih hidup.

“sudah lah…Fael, Zara tak tenang di sana. Cuba kirimkan alfatihah dari mengingatinya kosong takde apa-apa….” Ujar uncle sambil menepuk bahunya. Dia mendongak memandang uncle Fauzi yang berdiri disebelahnya.

“Hurmm..” dia tunduk semula merenung lantai. Sejak kematian Zara. Tengku Maisara membawa dia ke kuala lumpur. Tinggal divilla milik daddy yang kini sudah di renovate lain oleh aunty Maisara. Sebelum bertolak ke UK, aunty mahu dia bersih hatinya dari kisah hidupnya bersama Zara.

“Ni barang yang Fael suruh uncle ambikkan kat villa. Haa…kucing Zara uncle suruh Pak salleh jagakan.” Dihulur kotak kayu kepada TR.

“Kesian brownie, dah biasa makan orang sediakan terpaksa mintak Pak Salleh tolong jagakan” dia mengambil kotak itu lalu dia bingkas bangun ke kamarnya.

“Nak masuk tidur ke? baru pukul Sembilan..temankan uncle main playstation” senyap! Tiada respon. Fauzi jungkit bahu. TR kembali TR yang dulu.

“Thank you uncle…”fauzi tersenyum melambai tangan tanda OK. Tr melangkah ke kamarnya. Dibuka kotak itu sebaik sahaja melabuh ke katil. Rantai tangan loket bintang, keychain bintang dan rantai leher ukiran nama. Dibeleknya satu persatu, air matannya mengalir bila bayangan gadis itu menyapa pandangannya.

“Zara…kenapa?”dikesat juraian air mata itu. dia bangun ke balkoni, diselak langsir yang beralun lembut mngikut irama angin. Dilihat langit malam….sunyi dan sepi tanpa bintang. Sudah dua hari hujan termasuk hari ini. Bintang malam bagai hilang seperti Zara.

“Fael…” dia tidak berpaling. Suara itu menyapanya bersama pelukan dibahunya. Cuba menenangkan hatinya. “tengok bintang lagi ke?”

“Hurmm..”sekilas dia memandang wajah aunty Maisara tersenyum memandang. Kucupan aunty dikepalanya mendamaikan hatinya.

“Perlahan-lahan lepaskan Zara ye..aunty percaya ada gadis lain jauh lebih hebat dari zara sedang tunggu Fael tau” dia mengeleng. Tak!

“Zara je..” ucapan itu juga diberi anak muda itu bila dia memujuk.

Tr tertarik melihat kelipan dilangit “Haa..ada bintang aunty, tengok!!” 


Jarinya dituding kea rah langit yang berkelipan. Cahaya kecil itu berkelip-kelip “ itukan flight sayang..”

Tr terdiam dari loncatannya. Diam. Lama dia cuba menerima jawapan aunty “ boleh tak aunty tipu Fael sekejap je…”

air matanya mula bertakung ditubir bibir matanya. Dia berpaling “sekejap je..tipu Fael”
Tengku Maisara terkesima dengan reaksi anak sedaranya. “Fael..bukan niat aunty sayang” ditarik tubuh anak muda itu kedalam dakapannya.

“Tipu Fael..” Tr menolak “ sekejap je..kenapa semua orang tak faham, hah! Cuba tipu Fael..just sekejap”

“Fael..”

“zara saja dihati Fael…biarpun ia hilang atau muncul yang palsu sekali pun, Fael tetap terima kerana dia Zara” Tengku Maisara tercengang. Dia cuba faham apa yang dikatakan TR.

“Kita ke UK..”

“Aunty..please… Macam mana dengan hati Fael, sakit!”

“Kita ke UK.” Dipandang Tr “ disana Fael belajar dan..mungkin, manalah tahu Fael dapat lupakan Zara”

“UK???” dia menganguk lemah. Dia akan tinggalkan segala kenangannya bersama Zara di sini. Dipejam matanya cuba menghapuskan memori bersama Zara.

“Tengku…”

Mungkin Zara tiada dalam kehidupan nyata tapi Zara tetap hidup dalam hatinya.

Senyum, tawa dan tangis gadis itu akan dia simpan kemas dalam poket hatinya. “disudut kamar hatiku”

“Haa..itu lagu lama”

“Siapa kata?”

“Itu lagu zaman klasik nasional”mengekek ketawa mengusik gadis itu. bila dia dapat tahu lagu itu pemilik suara Jamal Abdillah.

“yelah..” muncung gadis itu sedepa.

“Kau nak tengok secara live tak dia menyanyi?”

“Siapa?”

“Pemilik suara Disudut Kamar Hati ku la..”dia mengangkat kening .

“Jamal Abdillah?” dia menganguk dan gadis itu sudah meloncat kegirangan.

“aku akan tunaikan dengan syarat bancuh susu aku dulu..”

“Haila..”

Senyum dalam hati.classic girl.. dan kerana itu dia mencari cd lagu koleksi Jamal Abdillah.  Lirik lagu itu ditulis dalam hatinya. Siap dihafalnya untuk dinyanyikan sebagai hadiah hari lahir gadis itu nanti.

Rasa Zara..sama dengan rasanya. Rindu pada Zara kian mekar biarpun gadis itu sudah tiada.

Resah hatiku merindui
Terbayang-bayang anggun, senyum dan tawamu
Baru semalam rasanya bagai setahun
Pemergianmu tak tertanggung

Indah suasana tika bersama
Siang dan malam seolah di alam syurga
Cintamu itu cinta yang setulus jiwa
Dimana ku cari gantinya

Telah kulupa detik hitam selamanya
Yang menodai cinta kita
Tidak terdaya menahan takdirnya
Engkau abadi di dalam dada

Sepi dunia didalam riuh rendahnya
Pedih jiwaku tanggung derita
Patah hatiku kesalan tiada terhingga
Kau satu dalam berjuta

Kepada Tuhan tempatku taruh harapan
Engkau selamanya dalam bahagia
Cintamu itu biar kukenanginya
Di sudut kamar hatiku...

Sekadar coretan buat kenangan
Cerita kita di sini kuabadikan
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman