28/11/2012

Be Mine! 24

Salam suma...ehemm sori bebyk krna wat kwn2 mnggu  bab yg seterusnya. FN byk keja sejak akhir2 ni. lps tu letih x trtaip story Zara n Tr ni. papun dis story mmg dah da dlm kpla otak FN cma citernya tak disampai secara penulisan jek. kwn baik n adk Fn byk bg support utk abiskan dis story. tapi kisah dia sebnrnya melodrama tp bla zmn perskolahn ne owg kta sweet sbb tu ia jd lucu. ada kwn Fn komen 'nape citer bdk2?' Fn jawab Fn ska zmn prsekolahan yg xberat sgt maslah bkn Fn nk menggalakkan bdk sekolah bercnta. pelajaran lebih penting. so dis story sekadar enjoy utk masa lapang kita..btui x???

p/s : lgu ni kwn Fn ska sgt. dia kata dis song kejam banget!!! buat pemusnah ati hehehe 'matilah kau didalam hatiku bawa pergi saja dirimu sampai ke dasar lautan' huhu enjoy it! dis story and smile jek bla dgr dis song ne..keh3




_________________________________Bab 24_______________________________________

Natasya merenung gambar di skrin handphonenya, wajah yang dipujanya sejak dari awal sekolah menengah lagi. Patah dan hancur luluh hatinya bila aunty Maisara sendiri memberitahu pertunangan antaranya dengan TR tidak akan terjadi dalam waktu terdekat ini.

“aunty mintak maaf. Fael mahu tumpu exam dulu. Kalau ada jodoh Tasya dengan Fael mana tahu sebelum korang lanjutkan pelajaran Fael mahu ikat pertunangan ni aunty akan cepat-cepat hantar rombongan ke rumah Tasya”

Kata-kata aunty Maisara hanya penyedap telingannya saja.tapi tidak hatinya kerana cintakan lelaki itu dia tidak dapat tumpukan pelajrannya. Dia juga tidak hadir kesekolah hari ini. Dia juga tidak semangat untuk merapikan dirinya. Dia loser. Dia kalah pada seorang perempuan yang tidak ada ‘apa-apa’ .  Dia ratu. Dia queen. Dia puteri dan dia si cantik yang berhak kea tas putera raja.

“Kau tak rasa ke si Zara tu nasib Cinderella ? gadis biasa yang dicintai putera raja.” Ujar Kaizura seolah-olah cuba menucuk jarum ke hatinya.

“Cinderella ape? Rupa pun macam budak kampong bajak sawah je. Berlambak muka macam tu” marahnya. Sambil menyelak rambutnya kebelakang.


                                        

“Cuba kau tengok balik cerita asal cinderella, dia anak orang kaya beb! Asalnya semua cerita dongeng anak orang kaya, snow white pun anak raja.., lagi sleepy beauty, anak raja.”tokoknya lagi

“apa maksud kau?” Lily Athirah kawan ‘sejenama’nya menyampuk.

“Maksud aku, hanya anak orang kaya layak dengan anak orang kaya. Faham..!!!!”

“Kau nak katakana disini, Zara tu tak layak dengan TR? sebab dia miskin?” soal Kaizura walaupun dia sendiri sudah ada jawapanya.

“YelaH!!!..aku akan pastikan Zara tak akan dapat TR” ugutnya sambil menekan gerahamnya dengan rapat dan kuat.

Natasya tersedar dari lamunannya bila handphonenya berdering. Nama Farouk naik di skrin handphonenya. Di matikan panggilan itu. dia tidak sukakan lelaki itu. lelaki itu hanya pengacau dlam hidupnya. Dulu dia hanya rapat dengan Farouk untuk menarik perhatian TR.

Dia perasan TR suka melihatnya. TR juga suka merenung wajahnya bila dia trsenyum pada lelaki itu. Natasya menahan rasa bila kenangan indahnya bersama TR sewaktu mereka menjadi pasangan kekasih mula melayari ingatannya.

*****************************************************************





  
TR berjalan perlahan keluar dari kawasan sekolah sambil memengang tali beg sekolah yang digalasnya dibahu. Hari ini maid kesayangannya tidak hadir ke sekolah. Sakit semalam kata acik. Tapi dia lihat Zara boleh je hidangkan makan sahur .

Dia sudah boleh biasakan diri berpuasa lagi seminggu umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri. Dia terasa bahgia dan bermakna untuk sambut raya tahun ni. Dia berpuas hati dengannya. Ada ketenangan dalam diri bila dia mula mengubah sesuatu yang dia tinggal dulu. Solat lima waktu, puasa dibulan Ramadhan.

Dulu siapa nak peduli tentangnya. Doa pada Tuhan yang layak itu sentiasa ditadah tangan untuk memohon kesejahteraan hidup dan hajat yang ingin dalam kehidupan ini. Dulu dia rasa kosong. Sekarang baru dia tahu makna hidup. Allah itu adil dan kehilangan Mommy dan Daddy tak bermakna Allah itu tidak sayang padanya. Dulu dia rasakan begitu namun dia sedar bila kata-kata Zara berbekas dihatinya.

“Tengku…apa yang perkara yang pernah Tengku kesali dalam hidup ini?”

“Bila mommy and daddy aku dah tak da dalam dunia ni. bagi aku Tuhan tak adil dengan aku. sebab aku kecil lagi bila dia ambil mommy and daddy aku.”

Dilihat wajah gadis itu tersenyum sambil menggeleng kepala. Waktu dia dan zara sedang revision di gazebo terletak  ditaman buatan manusia diluar rumah. Seblum Zara sakit. Malam itu angin sepoi-sepoi bahasa menyapa pipi. Bintang dilangit malam berkelipan indah. Itunya tanda hari tidak hujan.

“Itu maknanya Allah juga tak adil pada kekasihnya Nabi Muhammad?” soal Zara. Pensel ditangan gadis itu diketuk perlahan pada lengannya. Mahukan jawapan segera darinya.
Dia kerut dahi. “ mana boleh tak adil. Allah sayangkan kekasihnya”

“sebab tengku kata Allah tak adil dengan Tengku, Dia ambil mak ayah Tengku sebelum waktunya Tengku sendiri belum kenal dengan warna dunia?”

“Wah..kau dah pandai main sastera dengan aku ek?” ketawanya.

“nabi Muhammad lagi kesian, ayahnya meninggal dunia waktu dia dua bulan dalam perut, dan maknya meninggal dunia pulak waktu dia membesar menjadi anak yang cuba mencari kasih sayang seorang ayah dari datuknya. Dan selepas itu datuknya pulak pergi juga. Akhirnya dia yatim piatu. Allah tak adil ke?”

Kata-kata itu mula menjalar ke urat darahnya. Sampai menusuk jantung hatinya. Dia telan liur. Matanya berkaca memandang wajah bersih itu. sinar cahaya bintang berkelipan disitu.

“Allah sayang sangat dengan Tengku, sebab itu Dia nak uji Tengku dari budak lagi. Allah sayangkan hambaNya sebab tu dia uji hambaNya. Dia sayangkan kekasihNya dia uji dengan ujian  yang bagi kanak-kanak sekarang tak mampu nak menanggungnya tapi Nabi Muhammad mampu bertambah kasih sayang dan rahmat Allah pada kekasihNya itu.”

“Zara….” Dia pandang anak mata yang cantik itu berkaca. matanya sendiri juga berkaca. “ Kenapa kau bicara hal  begini? Kau buat hati aku bermacam perisa”

Zara ketawa kecil sambil mengesat beberapa titisan air mata yang mengalir dipipi gadis itu. “bermacam perisa? Maknnya tengku berperasaan la..Tengku tahu tak? Dulu saya pun begitu bila ayah pergi tinggalkan saya dan mak juga kemiskinan, tapi kami tak putus harapan.

 Mak selalu pujuk saya. ‘ jangan sedih, jangan risau Allah bersama kita. Allah sayangkan kita sebab itu dia uji kita dengan takdir begini. Dia baik dengan kita kerana kita masih lagi boleh makan, minum dan tidur kenapa mesti kita sedih?’”

“Zara..terima kasih hadir dalam hidup aku” gadis itu tersenyum. “Dulu aku rasa, aku hanya ada aunty dan harta daddy. Aku lupa yang aku ada di ‘atas’ sentiasa mengawasi aku dan perhatikan aku”

“Tengku..jangan lupa doakan untuk mak dan ayah tengku jika tengku sayangkan mereka. Pasti mereka rasa tenang dan bahagia di sana bila doa itu sampai. Kerana doa penghubung antara kita dengan al Khalid. 
Permintaan kita padaNya moga sentiasa merahmati mak dan ayah kita di sana”

Langkah TR terhenti bersama lamunannya. Kereta Pak Aziz berada didepan jalan keluar dari sekolah elit itu. namun belum sempat dia membuka pintu kereta. Tangannya ditarik dari belakang.

“Fael..” Natsaya berdiri dibelakang bukan berpakaian sekolah kerana dia tahu Natasya juga tidak hadir sekolah hari ini.

“We need discussion. Please..”tangan gadis itu meraih lengannya. Mereka berjalan jauh sedikit dari kereta TR. Natasya mengajaknya berbual dibawah pokok sena yang rendang itu. kerana disitu agak teduh sikit.

“Ape? Hubungan kita setakat kawan saja Tasya. Kita masih sekolah. Kita perlu hadapi exam dan kita banyak masa lagi untuk membesar menjadi dewasa. Okay..i’m sorry. Kerana heret you dalam hubungan cinta. Kita tak patut nyatakan hubungan kita itu cinta. I’m sorry..”

Natasya ketawa dan terus ketawa. Apa yang lucu sangat sehingga mengeletek hati gadis itu. dipandang gadis yang berani berpakaian dress tanpa lengan paras lutut didepan sekolah. Bertambah berani lagi dalam bulan Ramadhan ini.

“why? Apa yang lucu?”

“You bukan TR sebenar. You dah jadi plastic. TR yang I kenal bukan mudah untuk mengucap maaf pada orang dan rasa bersalah pada orang lain. You macam orang kampong yang naïf” ejek Natasya.

“I orang kampong? I plastic? I berubah? Yes..i say yes..maknanya betul la. I nak jadi orang kampong yang tahu ucap terima kasih, yang tahu kata maaf bila rasa bersalah pada orang lain. And plastik yang I pakai sekarang bukan plastik hitam atau kelabu but plastic yang lutsinar orang lain boleh Nampak apa yang I cuba ubah diri yang teruk dulu”

“Oh god!!  Thank you God kerana ubah diri TR yang teruk dulu.” Perli Natasya. “But you tak boleh ubah siapa diri you. You tetap TR. I still love you. I belum mahu putuskan hubungan kita”

“Dengar sini Tasya. Bila dua kekasih itu ingin bersama perlukan persetujuan dari dua pihak dan bila ingin berpisah hanya satu pihak saja yang nyatakan tidak maka hubungan itu terputus la. You tak faham ke? dah I letih. I nak balik”

Natasya menghentak kaki. Digigit bibirnya geram!

“Stop Fael!!! You puasa ke?”soal Natasya dekat dengannya. Gadis itu ketawa sambil menutup hidung. 

“Patut busuk je mulut you. Eearrkkyarkkk…dulu I rasa selesa dengan bau you yang ‘berjenama’. You seorang putera dan sekarang you tak ubah pak lebai kampong!!

“Mulut I busuk pada you kerana you tak puasa. Tapi wangi pada Tuhan dan Maklaikat. Kalau you nak tahu mulut orang berpuasa berbau kasturi disyurga. Kalah minyak wangi beratus ringgit you tu”

“TR!!!!” tangan gadis itu menyentap lengannya. “ kenapa you ni? you sakit ke? you nak mati ke? sampai berubah sebegini?”

“Yea.. I sakit.. I perlu berubah supaya ‘sakit’ I ni hilang” TR menyentap semula lengannya dari tangan Natasya.

“I boleh cari doctor yang handal untuk ubat sakit you” bulat mata gadis itu. TR sakit sampai boleh maut ke? mana mungkin tetiba je lelaki itu mahu berubah.

“Thanks.. I dah jumpa ‘doctor handal’ itu. dan sekali dengan ‘penawarnya’” Zara doctor yang cuba merawat sakit hatinya. Serta ‘penyakit putera’nya. TR tersenyum. Sambil melangkah meninggalkan Natasya yang kebingungan. Berkali gadis itu menyentak kakinya melepaskan geram di hati.

******************************************************************
Hidangan untuk juadah berbuka puasa sudah dihidangkan oleh mak Leha dan Zara. TR baru turun dari biliknya. Lelaki tampak segak dengan seluar bermuda dan t-shirt tanpa kolar warna putih. Zara menyapa dengan senyuman bila lelaki itu datang ke ruang meja makan sambil mengambil hidu bauan dari masakan yang sudah terhidang itu.

“Oii..makruh” Zara mencuit bahu lelaki itu.

“Yeke? Hurmmm…tak batal puasa lagi kan?”dia meleret senyuman sambil mengangkat kening pada Mak Leha. TR sekarang tampak ramah dengannya. Mak leha tersenyum senang hati. Anak muda itu sudah tahu senyum dan mengucap terima kasih padanya.

“Assalamualaikum…hai, tunggu aunty sama nak buka puasa” tengku Maisara menyapa dengan senyuma. Sambil tangannya merangkul bahu anak muda itu. satu ciuman hinggap dikening anak muda itu. “Rindu aunty pada Fael…”

TR tersengih. Bila aunty sampai dia pun tak perasan. “aunty dari mana? Tak call pun kata nak balik?”

“Hai..aunty pulak nak kena call? Fael lama tak call aunty? Apa pasal?”

“Sibuk nak exam aunty”Tengku Maisara mengangguk faham.

“Mak Leha..Zara mari la join sekali” Mak Leha mengangguk begitu juga dengan Zara sambil tangan menarik kerusi untuk duduk.

Mereka duduk mengadap juadah berbuka itu sambil menunggu azan. Tak lama beberapa minit azan berkumandang dicorong radio. TR mengangkat tangan membaca doa berbuka dan doa makan. Di’amin’kan mereka.  

                       


Tengku Maisara memandang aneh. Sambil menyuap nasi ke mulutnya manakala matanya memandang TR yang sedang asyik menyuap nasi dari pinggan anak muda itu.

“Zara makan sikit je?” soal tengku Maisara. Dia menyeduk seketul daging  ayam masak kunyit ke dalam pingan Zara.

“Makan sikit je la aunty, perut dah penuh” TR memandang kea rah lain seolah tidak bersalah menyindirnya.

“Zara kan kecil je, perut kecil la..” nasib baik aunty Maisara tak faham apa yang dimaksudkan TR.

“Selalunya budak-budak kalau tak puasa duduk bersila makan kat dapur kan aunty?”

“Mana ada budak-budak..” aunty maisara ketawa kecil. Mata TR menjeling. Sambil laju suapannya.
Zara rasa tersentap. Acik disebelah sedap menjamah juadah. Penat kut berpuasa? Sampai tak sedar TR duk sindir aku.

Selesai makan Zara menyimpan lauk pauk yang tidak habis dalam peti sejuk.  Dia membasuh pingan mangkuk kemudian menggelapnya. Acik solat maghrib. Agaknya malam ni solat sunat terawih kat rumah je kut? Lepas ambil tengku Maisara di airport Pak Aziz kata tak datang malam ni ambil diaorang. Kata pak aziz dia tak sempat.

Zara terlihat jus oren dalam peti sejuk. Itu milik TR. dia teringat lelaki itu. kelmarin TR siap bagi nota cara hilangkan sengugut. Lelaki itu agaknya cari dalam internet la tu.. zara tersenyum. Bila TR memberikan padanya air rebusan halia dibancuh dengan susu.

TR bancuh air? TR pegang periuk? TR buat semua ‘benda alah’ itu? pelik lelaki ni? mana pergi ‘penyakit putera’nya ?  agaknya dia dapat malam lailatulqadar kut?

TR sekarang rajin solat. Selalu dia tengok bila lelaki itu turun untuk minum, kepala lelaki itu siap ada kopiah lagi. Agaknya baru lepas solat tapi sebelum ni lelaki itu jarang memakai kopiah. Lelaki tampak berseri dan kacak dengan imej berkopiah itu. Sejuk matanya memandang buat calon suami. Glup!! Tak mungkin..

Acik kata TR bukan tak pandai mengaji al-quran Cuma lelaki itu tak penah mengaji sejak khatam al-quran. Oo..dia baru tahu TR pandai semua rukun islam solat lima waktu, puasa itu tapi lelaki tak penah buat.
Kenapa?

“Aku rasa kosong..” itu kata lelaki itu bila dia tanya mengenai pandangan hidup lelaki itu sekarang.

“Tapi sekrang ia bermakna..”pandangan lelaki dikalih kerahanya. Pandangan mereka bertembung. TR mengukir senyuman. Kemudian lelaki itu menghala balik pandangan setianya tadi pada langit malam.

“Maksud Tengku?” dia memandang rahang runcing itu. lelaki itu segak walaupun dipandang dari tepi.  Dia menarik nafas. Tetapi lelaki itu bukan terbaik untuknya. Mana mungkin dia menerima lelaki kaya dan segak itu. tambah menyakit lagi jika ‘penyakit putera’ lelaki itu suka menyerang. ‘membahayakan kesihatan’ asyik kena serangan jantung je bila kena tengking arah buat itu ini.

“Dulu aku belajar solat. Tapi aku rasa buat apa aku solat? Aku belajar puasa. Tapi aku rasa menyeksa  diri. Tuhan tak baik pun pada aku? Dia ambil mommy and daddy aku juga walaupun aku belajar semua itu dulu. Aku budak baik. ” dia pandang raut wajah TR yang tegang itu. sempat lagi puji diri budak baik.

“Zara…nape tercegat depan peti sejuk tu?” soal acik tetiba muncul dibelakangnya. Lamunan itu  terbang dari minda separuh sedarnya.

“Acik bagitau Tengku, kata sunat terawih malam ni buat dirumah je. Pak aziz letih.”

“Tengku tahu ke?”

“apa tak tahunya? Budak itu pandai sebenarnya dalam soal agama ni.  TR suka belajar.  Cuma  hidup budak tu kosong. Tengku Maisara bukan nak mengalakkan si tengku tu buat kebaikan. Yang penting bagi Tengku Maisara, Tengku Rafael tu suka dan gembira dengan apa yang budak tu sendiri buat. Tumbuk anak pegawai daerah tengku maisara pejam mata pekak telinga je dulu dengan kes Tengku tu.

“Sampai macam tu?”

“yelah..sayang sangat si TR tu. Tapi sayang tengku maisara tu salah. Dah..acik nak solat insyak pulak lepas tu buat sunat terawih. Zara tolong acik kemaskan semua ni. terima kasih anak ku”
Acik mengusap bahunya “ Taka pa..Zara kan cuti”

“Aiii..jap!! satu perkara yang acik musykil kan . TR tolong jaga Zara. Dia sendiri ke rebus halia tu? Dia pegang periuk?”

“ haaa…itu acik yang terkejut Zara punya terkejut lagi la..sebab Zara tuan punya badan yang terima.”
Acik sudah terkekeh ketawa. “acik jangan ketawa sangat nanti terkentut”
Ketawa acik semakin meleret. Zara juga tercuit hati. Mereka ketawa bersama. “Zara.rasa .TR dapat malam lailatulqadar kut?”

“Yelah tu..tapi acik suka TR sekarang. Hai…sejuk mata acik tengok dia. Baru Nampak manis je”

“Dulu tak manis ke?”

“Dulu tu jangankan manis, apa perisa pun tak da. Tak berperasaan tengok acik ni.”

“Dah..nanti kita bersembang lagi. Zara cepat mandi. Baca buku. Acik nak solat sekarang..” acik berlalu pergi ke bilik.

TR…lelaki itu buat hati tertarik sekali lagi.

to be continue ...ne3 dis bab..

p/s: FN sllu jek nk ucp tima ksh sbb korang sudi follow dis story n komen yg positif thanks a lot guy!!! +_+

17/11/2012

Be Mine! 23




 Salam..firstly FN nak mntak maaf buat kekawan yang follow blog FN n bc citer ni. huhu panjang citenya jika nak Fn citerkan di cni. so hasilnya Fn dpt jugak siapkan bab 23 utk tatap korang yang sudi mmbca dis story.. enjoy it!!!



________________________________+ _+_________________________________


Bab 23

Ketawa mereka semakin rancak seiring dengan perbualan yang semakin hangat. Tengku Maisara mengukir senyuman bila pandangan Natasya menyapa lembut.

“I harap you tak kisah dengan proposal I ni”ujar Tan Sri Nazman sambil menjeling anak tunggalnya yang manja itu.

“Oh no..I tak kisah. Lagipun Tengku Rafael memang dah berkawan rapat dengan Tasya kan?” senyuman Natasya lebar sambil mengangguk mengiakan.  Dia sengaja menyuruh papa dan mamanya untuk mengajak Tengku Maisara berbuka puasa bersama mereka di hotel.

Dia sudah mengatur rancangan setelah mana TR membuat keputusan meninggalkanya. Dia tergilakan lelaki itu. Kaizura juga menunjuk minat yang sama. Dan jalan terakhir dia terpaksa juga menggunakan kuasa papa. Dia yakin Tengku Maisara sudah ‘jatuh hati’ padanya. Ditambah pulak dengan kedudukannya sebagai anak papa, Tan Sri Nazman pasti jodohnya dengan TR tidak ditolak Tengku Maisara.

“Tasya selalu cerita pasal Tengku Rafael. I suka sangat dengan anak sedara you. I ingat nak buat pelaburan untuk projek you di Pulau Pinang. Boleh?” ketawa Tengku Maisara. Fael memang pandai memilih pasangan. Cantik dari segenap sudut. Natasya cantik rupa paras, anak Tan Sri dan mempunyai aset berjuta-juta. Kalau Fael berkahwin dengan Natasya rasanya bahagia ke anak cucu.

“Boleh saje…”

“Sorry I’m late..” fauzi melabuh ke kerusi sebelah Tengku Maisara. 

“Kenalkan..”

“Tak pe.. I dah kenal, you Tan Sri Nazman and your pretty wife Puan sri Ayuliz.” Digoyang jari telunjuk kea rah Natasya dengan pandangan mengancam sambil tersenyum sinis  “And don’t forget your naughty daughter Natasya, right?”

 Fauzi sengaja biadap dengan tetamu itu. dia dapat rasakan yang Natasya bukan gadis yang baik untuk fael. Gadis itu hipokrit dan suka menunjuk-nunjuk.

Dari riak wajah Tan Sri nazman sekeluarga tidak mesra menyapa fauzi. Perbualan dan ketawa rancak tadi jadi sunyi. Hanya bunyi pisau dan garfu berlaga pingan kaca. Fauzi sengaja memotong kasar stick daging itu.
Tengku Maisara menjeling lelaki itu yang bercakap tanpa lapik. Selesai makan, Tan Sri Nazman dan family terus pulang. Senyuman kelat ditampal pada wajah Tan Sri nazman sekeluarga.

Tengku Maisara memeluk tubuh. Dijeling Fauzi yang sedang memandu disebelahnya. “ Asal you biadap sangat, hah? Kenapa you kata kat Tan Sri gelojoh bab soal jodoh anak diorang?”

“Betul pe I katakana tadi, exam spm tak lepas lagi dah nak buat majlis engagement. You tak rasa ke itu tekanan buat Fael?” Fauzi bengang dengan tindakan melulu Maisara. Kalau Fael tahu rasanya lingkup spm budak itu.

“Bertunang je. Lagipun diaorang dah memang berkawan pun”

“Kan I dah kata banyak kali dengan you, biar I uruskan hal Fael”

“I nak kata apa? Tan Sri Nazman sendiri yang proposel hal ni. bukan I okay! So sekarang hal ni tak kan I nak kata tak setuju pulak. Sedangkan Fael memang sukakan Natasya anak dia”

“I nak you tangguh hal ni dulu” fauzi pandang sekilas wajah itu.

“Macam mana I nak tangguhkan sedangkan Tan sri nazman sendiri yang nak buat majlis ni”

“No..  you kena batalkan bukan tangguhkan”

“Batal? Maksud you”

“Tak ada cinta dihati fael untuk Natasya. Fael bagitahu I yang dia dah break off dengan budak tu. Cuma budak tu masih mengharap. So guna parents dia pulak untuk dapatkan fael” Fauzi perlu pertahan Fael.  Dia tak mahu anak muda itu terluka. Dia sudah berjanji akan bantu dan uruskan soal hati anak muda itu.sebelum exam spm.

“what??? Apa you merepek ni?”

“Betul la…fael sendiri bagitahu I “

“kenapa tidak dengan i? fael dah anggap I stranger pulak” tengku Maisara merengus. Muka cemberut. Tidak puas hati. Selalunya sebelum ni anak sedaranya suka bercerita itu ini kepada nya apabila ditanya. Tapi sekarang sepatah ditanya sepatah dibalas.

Tengku Maisara terasa jauh hati.

“You kena faham Fael betul-betul. I nak buat yang terbaik untuk you and fael. I sayangkan you”

“Fauzi…”

Diramas tangan wanita itu. “trust me okay”

Tengku Maisara mengangguk lemah.

*********************************************
“Zara..Zara..” pergi mana gadis ni? senyap sunyi je. Dipanggil pulak Mak leha “Acik..acik..ooo acik”

TR tersenyum bila panggilan Mak Leha ditukar kepada acik. Mula-mula terkejut jugak orang tua itu. nTetapi  dia buat bodoh seolah-olah tiada apa dengan panggilan itu. walhal dia  ingin belajar menjadi anak sedara Mak Leha. Nanti bila dia disatukan dengan Zara tak la kekok sangat..

TR tersengih..lebar je senyumannya dikala itu. bila agaknya disatukan dengan Zara. Mahu ke gadis itu menerimanya? Pasti Zara menerimanya. Dia yakin dengan perasaan gadis itu. walaupun telahan gadis itu disangkalnya. Dia dapat lihat wajah keruh gadis itu kecewa dengan jawapannya. Kalaupun Zara tak mahu dengan nya dia akan paksa jugak gadis itu miliknya. Boleh ke?

Eee..mana Zara tak pun Mak Leha, orang dahaga air ni. TR mengaru pelipisnya bila langkahnya terhenti didepan ruang ke dapur. Dia perlu biasakan diri ke dapur. Bilik Zara disitu. Dia ingin memanggil gadis itu di bilik bila tiada sahutan dari gadis itu.

Zara…tak payah la susahkan dia. TR beralih ke peti sejuk lalu dibukanya. Kali pertama dia mengambil sendiri minumannya. Dicapai kotak jus oren lalu dibawa ke meja makan dan diambil pulak gelas untuk menuang jus itu.

Tr meneguk jus oren itu perlahan-lahan. Tr tersenyum memikirkan dirinya. Aku ke? kenapa aku buat benda yang tak pernah aku buat? Kerana tidak mahu susahkan Zara, dia sanggup susahkan dirinya. Cerita dalam cerekarama ada benar jugak. Kadang kala dia menonton jugak drama di kaca televisyen. Watak hero yang terlalu cintakan heroin sanggup berubah. Contoh dari jahat ke baik. Tapi dia bukan jahat dia Cuma…. Zara selalu mengatakannya dia ada ‘penyakit putera’.

“Penyakit putera? Apa maksud kau?” dia sudah garu pelipisnya. Ada ke penyakit tu dalam dunia. Zara mengatakan dia ada penyakit itu bila dia mengarah gadis itu membuat itu ini. Dia pulak tidak mahu kotorkan diri atau susah diri bila dia mahukan sesuatu.

“Macam sekarang la..nak ambil kasut sekolah sendiri letak kat rak pun nak disuruh orang” dia memandang wajah bersahaja gadis itu.

“Kau kan pembantu aku merangkap maid aku”

“Itu la penyakit putera. Berlagak..sombong tak nak susahkan diri. Nak mengarah je tahu”glup! Dia telan liur. Aik? Beraninya gadis itu mengata dia berlagak, sombong. Apa dia ingat dia tu siapa? Aku ni siapa?

“KAu tak suka ke?”

“Tanya la mana perempuan. Ada suka perangai lelaki macam tu?” ceh…mencabar je soalannya. Selama ni ramai je peminatnya walaupun dia berlagak.

“Ramai je perempuan sukakan aku”

“Suka tengku berduit, kacak. Tapi kalau saya fikir 24 kali kut nak terima ” TR terus bangun. Zara agak terkejut dengan tindakan drastiknya. Gadis itu menunduk menikus. Tahu pun takut.

“KAu tak suka aku la?” dia rasa tercabar bila Zara katakana tidak berminat dengannya. Apa luqman lebih hebat lagi ke dimata gadis itu.
Zara mengeleng perlahan. “Lagipun Tengku pun bukan sukakan saya buat apa saya nak susahkan diri sukakan ….”

“Shut up!!!” Zara terkejut. Pantas tangan gadis itu menekup mulut. “Sorry..tengku”

“Aku tak boleh terima kalau kau tak suka aku. Kau kena suka aku juga tak kira la penyakit putera ke? a pa ke?”Ayat paksaan dan arahan.

TR membuat revision balik dengan perangainya. Jika dia inginkan Zara, dia perlu berubah. Susah ke? Zara suka dia yang pandai senyum.  Dia yang Suka ucap terima kasih. Dia yang tahu menghargai orang. Dia yang boleh buat kerja sendiri tanpa mengharap orang lain.

Sedang asyik dia menikmati jus oren, dia terpandang lembaga berambut panjang mengurai dengan wajah pucat mayat berdiri tegak didepan meja makan kecil juga tempat dia sedang duduk menghadap disitu.

“Hahhhh? Hannnn..tu????” dia terjerit.

 “Tengkuuu..”  tangan lembaga itu mengamit kearahnya. Kedebuk!! Kemudian  Tubuh itu jatuh terjelepuk ke lantai dapur . nglupp!! Dia telan liur tapi tak lepas. Zara ke? bukan hantu ke?
Dia beranikan diri mendekati tubuh kaku itu. dikuis dengan kaki namun tidak bergerak. Dia tunduk pulak sambil tangan mengeletar menolak tubuh yang menyembam ke lantai itu. Zara?

Wajah Zara pucat. Cepat-cepat TR menepuk pipi gadis itu “ Zara..zara? kenapa ni?”
Mata Zara terkatup rapat. ‘Zara pengsan’ itu kata hatinya. Namun TR cepat merangkul tubuh gadis itu dicempung lalu dibawa ke bilik gadis itu. diletak perlahan-lahan tubuh itu di atas tilam.

“Zara…”panggilnya dengan nada lembut dan perlahan. Disisip rambut lurus itu ketepi. Wajah Zara dipandang lama. Jantungnya berdegup diparas bukan normal. Bahan kimia mula merembes. Hormone teruja itu datang lagi.

Kali pertama dia menatap wajah itu tanpa hijab. Zara Nampak cantik pada pandangan matanya. Rambut halus gadis itu disentuhnya lalu diusap lembut. Mengeletar tangannya mengusap pipi mulus itu. berapa liter air liur ditelannya.

“Zara..” dipanggil lagi. Dia ke dapur untuk mengambil segelas air putih kemudian dia menuang sedikit air ke tapak tangannya lalu disapu kewajah itu.

“Zara…” dipanggil lagi. Tangannya masih mengusap pipi itu. zara miliknya!

“Tengku…” ucap gadis itu lemah. Zara tersedar. Dia cuba untuk bangun . cepat-cepat Tr membantu lalu memberi minuman untuk gadis itu mneguk sedikit minuman itu.

“Zara sakit apa?”

“Saya sakit perem..”nak ke diberitahu si tengkujuh ni. dia faham ke situasi aku? dia mengaru kepalanya. Eh? Baru dia sedar dia tidak bertudung.

“Hah? Rambut saya” cepat-cepat  gadis itu mengambil selimut disisi lalu ditutup ke kepalanya.

“Taka pa kalau darurat” ujar TR. haiseh..baru dapat sijil tauliah ke jadi ustaz? Zara tersengih tawar.

“Zara sakit ape?” dilihat gadis itu menekan perut. Wajah gadis itu berkerut-kerut menahan sakit. Tak pernah dia melihat wajah ceria itu jatuh sakit. Tapi bila sekarang dilihatnya dia rasa separuh jiwanya hilang, resah hatinya. Mahu saja dicempung tubuh itu bawa ke hospital tak pun klinik.

“Sengugut..”

“Hah? Sesunggut? Serangga gigit ke?” Tr sudah garu pelipis. Serangga gigit sampai pengsan. Mugkin serangga spesis merbahaya ni.

“Bukan la…haila, macam mana nak cakap..saya sakit perut. Sakit perempuan..”

“Serangga tu gigit kat perut? Orang tahu la awak tu perempuan”

“Bukan..” bengap jugak TR ni. Nampak je muka ‘player’ tapi bab perempuan failed juga.

“Habis tu? Sakit ape?” TR sudah garu pelipisnya. Tangan lelaki itu masih setia mengusap jari jemari Zara. Perlahan-lahan Zara  menarik dari usapan itu. take care sungguh!!! Meremang bulu hidungnya.

“ Sakit datang haid..” haiya..terlepas juga ayat malu tu. TR mengangguk sambil mengukir senyuman sedikit namun ia bisa membuat pipi Zara blushing.

“Cakap la period pain kan senang. Orang tahu la sakit tu aunty selalu juga mengalami sakit tu. Tunggu jap aku pergi naik atas” Zara melepas keluhan.

 Huh…TR ni buat dia rasa tak selesa. Sengugut dia ni dah terasa kurang. Haila..dia kalau datang haid memang begini. Siap macam orang baru lepas bersalin. Berpantang pakai stoking berbagai. Selimut dan tak boleh sejuk, tidur je dia boleh selalunya acik akan mengurut perutnya dengan minyak angin. Ini acik pergi ke rumah Pak Leh, isteri Pak Leh jatuh bilik air terseliuh. Acik pergi mengurut  sebelum angin masuk kaki Mak Yah nanti jadi teruk pulak. Naaa….dia pulak baru d datang haid, bila tak da acik dia tak tahu nak buat apa. 

Dulu dia tak teruk sangat sengugut ni. tapi selalunya dia sakit hari pertama je. Lepas hari kedua dan 
seterusnya dia dah okay… Zara mencapai selendangnya dikerusi sebelah katilnya lalu dililit selndang itu menutup rambutnya sebelum TR datang semula.
TR menyelongkar almari solek aunty Maisara. Dia pernah Nampak aunty makan ubat untuk sakit perut. Satu persatu laci dibukanya. Tadaaaaaa……dia jumpa juga ubat berwarna pink. Period pain ada ditulis pada plastic ubat itu.

Dia tak tunggu lama lantas dia berlari anak untuk turun ke bawah. Sakit Zara perlu diubati segera. Air putih dituang dalam gelas dan dibawa bersama ubat.

“Zara…aku bawakan kau ubat, cuba kau makan dulu ubat ni” disua ubat yang dikeluar sudah dari plastic ubat. Zara cuba mengambil dari tangan Tr namun TR mmnariknya lalu dihala kea rah mulutnya terus.

“Aaa..nganga la..biar aku suap ubat dalam mulut kau” dia membiar saja perbuatan prihatin TR itu. baik juga TR ni. ambil berat juga hal o rang. Agaknya penyakit putera  dia hilang kut? Sebab bulan Ramadhan.
Diteguk air membiarkan ubat itu melepasi kerongkongnya. Dia memnadang wajah lelaki itu sambil tersenyum dan dia cuba ingin mnegatakan terima kasih.

“Terima kasih..Tengku” Tr mengucapnya sebelum dia sempat mnegatakannya

“macam mana tengku tahu?”

“Kau kan selalu macam tu, terima kasih tengku” Tr mengejeknya. Dia menjuling mata. Dah mula perangai menyakat aku.

“acik kau pergi mana malam-malam ni?”

“Pak Leh datang ambil tadi lepas terawih, Mak Yah isteri Pak Leh jatuh bilik air kaki terseliuh tu yang acik pergi mengurut. Kalau tidak saya tak la teruk macam ni. acik akan urut perut saya bila time sakit ni dengan minyak angin” lemah saja dia menghabiskan ayatnya.

“Hurmm..kau nak aku urut perut kau?” Hah? Air liur ditelan tak lepas. Matanya berlaga dengan mata lelaki itu.

“Hah? Tak yah ..lagipun kita bukan adik abang, ayah anak ke? maksud saya bukan muhrim”
Tr ketawa…digosok kepala Zara yang dilitupi selendang “Macam mana cara nak bagi kita ni muhrim? Dah kau kata kita bukan adik abang? Apa cadangan kau untuk halalkan semua ni?”

“Hurmm..kahwin la kut?”ayat macam bunyi ‘bodoh’ je namun keluar juga dari mulutnya. Zara terasa pipinya kebas. Dia menarik selimut lalu ditutup muka dan kepalanya.

Senyuman TR meleret… “Kahwin? Hurmm..senang je bunyinya. Nak bagi halal semua ni tunggu lepas exam ni aku akan pertimbangkan kau punya cadangan”

TR ketawa sambil mengosok kepala yang ditutup dengan selimut itu. ketawa TR bertambah melihat zara membungkus diri seperti kepompong. Zara rasa macam nak je pancung kepala TR bagi tak segan dia nak jumpa esok hari time sekolah.

“Okay..nite, hope your dream come true. Sweet dream sweety..” TR bingkas bangun dan berlalu keluar. Dalam hatinya ad ataman..dan bintang malamnya bersinar indah.. 

Giler!!..ayat itu boleh keluar dari mulutnya. Sakit perut sudah berkurangan. Dia terasa sedikit tenaga untuk bangun. Toya..betul la TR tadi, dan haru juga bila dia sendiri yang bagi cadangan itu. alah..TR just main-main je esok lusa dia lupa la tu…