salam... kekwn fllwr..Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin. sori Fn lamabat wish n post en3 baru..sbb internet problem...so skrg dah ble post laju2..hehe
'destiny by infinite
daebakk!!
Dia melangkah keluar dari ruang tamu ke koridor luar banglo dua tingkat
itu mencari seseorang. Selepas tidurkan Mia dia tertidur sekali. Tidak sedar
seseorang yang dinantinya sudah lama pulang dari kerja.
Senyuman mekar terukir
dibibirnya tatkala melihat susuk tubuh seseorang yang dinantinya sedang
bersandar dikerusi luar rumah sambil menikmati hidangan petang.
Dipeluk tubuh itu dari belakang sambil tangannya melingkari leher lelaki
itu “lama you balik?”
“Dah..I tak sabar-sabar nak balik jumpa you lastnya you tidur dengan
buah hati baru” lelaki itu mencemik.
Satu ciuman singgah ke pipi lelaki itu. Dia trsenyum kemudian melabuh ke
kerusi sebelah lelaki itu. “Puas hati hadiah merajuk you”
Fauzi tersengih. “Pandai la you ni.. sebab tu semakin hari semakin I sayang you”
Tengku Maisara membalas senyuman suaminya itu. sudah enam tahun mereka
berkahwin selepas tengku Rafael melanjut pelajaran ke UK dia jadi tenang dan
anak sedaranya sendiri mintak tunaikan hasrat agar berkahwin dengan Fauzi. Dia
menerima seadanya lelaki itu kerana sudah lama dia membiar cintanya pada lelaki
itu tergantung untuk sekian lama. Akhirnya dia berjaya menjadi suri di hati
lelaki itu yang kini bergelar suaminya yang sah.
Tengku Maisara Fauzi
“I nak lebih dari tadi, hadiah tu tak cukup nak ubat rajuk I ni”
“Tak yah ngada-ngada encik fauzi, you dah ada Mia so jangan nak lebih
sangat” Fauzi ketawa. Lelaki itu mengusap lembut bahunya.
“Lama Mia tidur?”
“Hurmm…yelah tadi anak dara you tu buat perangai, merengek berbagai nak
dera mama dia. Semua tak kena..asalnya dia mengantuk tapi nak main lastnya yang
terdera mamanya la..” dia mengadu kerenah Mia seharian hari ni. dia sudah tidak
bekerja. Dia lebih senang sekarang menjadi suri rumah tangga mengurus anak dan
suaminya sekarang lagipun itu juga permintaan Fauzi.
“Cianye..mama Mia ni ek? Nak papa Mia pujukkan pulak” Fauzi sudah
mengecil mata.
“Dah.. I penat la sayang.” Dia menolak wajah Fauzi yang mendekat dengan
laman wajahnya. Senyuman lelaki itu meleret. “Kita dah tua sayang”
“Tak..kita baru nak mula bercinta.”
“Umur 40 an you kata baru nak mula bercinta?”
“Of couse la sayang, lelaki kan kalau masuk 40 an jiwa akan jadi muda
semula macam 20 an. So I nak mula bercinta dengan you”
“malulah kalau I pregnant lagi nanti. Time I pregnantkan Mia dulu pun
ramai pekerja I menegur. Muka I sekarang dah mula berkedut. Nanti I bukan dapat
anak tapi orang akan kata I dapat cucu”
Mengekek ketawa fauzi. Lelaki itu menghirup sedikit teh yang dihidang
oleh pembantu rumah mereka.
“Okey pe..nati kita lawan dengan Fael” senyuman Tengku Maisara mati. Dia
teringatkan TR. anak sedaranya itu sudah tidak mahu pulang ke Malaysia.
“Kenapa” soal Fauzi. “Sebab Fael ke?’
Dia menganguk. “Dia macam dah tak sayang I sejak I lepas dia ke UK.
Harap I je yang selalu contact dia.
Dia
juga seolah melepas I pada you bila kita berkahwin dulu.”
“Maksud you?”
“Dia tak mahu ada apa-apa lagi dnegan I”
“Dia merajuk?”
“Entah?..”
“I rasa I tahu..” Fauzi memandangnya “ sebab Zara..”
Zara? Gadia itu sudah lenyap dari hidup TR. mana mungkin Tr masih
terkenangkan gadis itu lagi? Dia
merahsiakan sesuatu dari TR.
“Gadis tu kan dah meninggal. Dah Sembilan tahun, tak kan Fael belum lagi
melupakannya” Tengku Maisara mengetap bibir.
“Tak..gadis itu tak meninggal” berdegup kencang jantung Tengku Maisara.
Bagai kejutan elektrik mengena tubuhnya.
“Tak meninggal..mustahil la sayang”
“Ye..bagi Fael Zara hanya
meninggal di alam nyata tapi bukan dalam hati Fael” Tengku Maisara melepas
keluhan. Fauzi tidak tahu apa-apa. Dia juga merahsiakan sesuatu dari lelaki
itu.
“Apapun Fael kena terima, tapi I yakin Fael jadi perangai dulu bukan
sebab Zara meninggal dunia tapi sebab I yang dah berkahwin dengan you.
Kan..sekarang Fael dah tiada sesiapa. I rasa kita patut jodohkan Fael secepat
mungkin”
“Yelah Cik puan Maisara..you nak buat lagi perangai mendesak you tu?
Fael pasti tak setuju. Tengok sekarang you suruh dia balik ke Malaysia pun dia
tak mahu inikan you nak jodohkan dia” Fauzi tahu Tr masih lagi tidak dapat melupakan
Zara.
Dia tahu segalanya pasal hidup
anak muda itu. semua milik Zara yang tertinggal dulu di Villa Tr bawa bersama
ke Uk Cuma tengku Maisara saja yang tidak tahu. Fael hidup disana bersama
dengan kenangan Zara.
“Nelly!!.." Fauzi menarik nafas. "I rasa Nelly sesuai dengan Fael.” Tengku
Maisra tetap degil.
“Nak ke Fael?”
“Mesti la diorangkan hidup bersama di sana. Study bersama. I rasa Fael
mesti terima Melly lagipun I tahu Melly suka sangat denga anak buah I tu”
senyuman mekar dibibir Tengku Maisara. Nelly anak sepupunya Tengku Melinda. Dia
yakin Tengku Melinda pun akan setuju kalau dijodohkan dengan Fael.
Fauzi menarik muka. Dia takut Fael merajuk dan balik semula ke UK.
Sebenarnya dia seorang saja tahu yang Fael akan pulang ke Malaysia hujung
minggu ni. itupun puas dipujuknya.
“Betul ke Fael nak terus stay kat sini?” anak muda itu menganguk. Tangan
anak muda itu menyusun buku-buku yang berselerak dipermukaan meja study itu.
“Fael ingat lepas habis master nak ambil PHd pulak” sekilas Tr memandang
fauzi sambil tersenyum. Senyuman itu tidak semekar dulu.
“Sudah-sudahlah..baliklah. tolong uncle tengokkan syarikat. Penat tau!”
sengaja dia merungut. Walhal Tengku Maisara sebenarnya beria-ia nak kan Tr
pulang ke Malaysia.
“Pekerja bawah uncle kan banyak. Bukan uncle kerja bajak sawah pun,
uncle CEO, pengerusi syarikat so arah je lah..”Fauzi tersengih. Dia menarik
tangan Tr dari terus mengemas buku yang sudah sedia tersusun rapi tadi.
“Mana tahu ada Zara lagi di sana” Tr berhenti lalu memandangnya lama.
Bibir anak muda itu kelu tanpa berkata apa-apa.
“Disini..Zara tak mungkin ada. Mana tahu fael boleh jumpa Zara disana”
Diam!
“Zarakan gadis melayu yang suka apa-apa saja berkaitan malay classic
ni..kalau kat sini kebanyakan perempuan kebaratan kan?” Anak muda itu tetap
diam. Dia hanya Nampak anak muda itu sedang melawan sesuatu di dalam hatinya.
“Apa maksud uncle? Dulu berkali-kali aunty kata Zara sudah tiada! Aunty
paksa Fael lupakan Zara. Uncle pula macam membiar apa saja yang aunty buat.
Kenapa sekarang uncle nak Fael yakin Zara masih ada sedangkan hakikatnya dia
dah tiada”
Air matanya sudah bergelinang…
“seseorang yang macam Zara…macam bintang Fael. Ada banyak bintang
dilangit mana tahu ada yang serupa.”
Anak muda itu diam kembali.
“You ingat siapa sayang?” Tengku Maisara menepuk pehanya. Fauzi tersedar
dari lamunannya. Dia kembali memandang isterinya.
“You happy sangat ke kalau Fael pulang?”
“You saje tanya soalan bodoh tu kan? Of course la sayang, you tahukan I
sayang sangat dengan Fael and then I nak sangat dia balik sini tolong you uruskan syarikat”
“Percayakan I, fael akan pulang”Fauzi mengengam jari jemarinya. Kerutan
didahi Tengku Maisara berombak banyak. “ minggu depan dia pulang”
“yeke? Kenapa you tak beritahu I awal-awal lagi banyak benda I nak prepare
untuk sambut kepulangan dia” mulut Tengku Maisara melopong. Terharu dengan
kepulangan TR. ditenung wajah fauzi mendalam “ You pujuk dia ke?”
Fauzi mengangguk kepala sambil mengukir senyuman “ I tak sanggup tengok
you sedih setiap kali teringatkan Fael, nanti you cepat tua kan kita nak ada
anak baru pulak nanti”
“Hisshhh..gatal you ni” satu cubitan hinggap disisi pinggang Fauzi.
“Adoi..adoi..sayang” dipegang tangan Tengku Maisara lalu ditarik tubuh
isterinya kedalam dakapan penuhnya.
“I sayang you sangat hubby”
“I tahu..” senyuman itu seindah rasa yang hati sendiri saja dapat
merasainya. Dia bahagia dengan perkahwinannya
*********************************************
Alunan muzik first love by Utada Hikaru dimainkan dengan piano bergema
lagi. Nelly bergegas keluar dari kamar tidur ke tingkat dua dimana tempat piano
itu dimainkan seseorang. Dia melihat tubuh itu setia dibangku depan piano
sambil jari jemari menekan keyboard piano mengalunkan muzik lembut dan sayu itu.
Lelaki itu selalu saja memainkan lagu itu seolah ada kisah disebalik
lagu itu. dia juga hairan dengan kehidupan lelaki bernama Tengku Rafael itu
yang menyimpan novel-novel melayu lama dirak buku lelaki itu. walhal dia tidak
pernah melihat lelaki itu membacanya.
“have a nice day” senyumannya melirik. Disandar tubuhnya ke badan piano
berwarna brown itu.
Lelaki itu mengerlingnya sekilas. Alunan muzik bertukar ke irama lain
pulak , kali ni sampai sekarang dia tidak dapat meneka lagu apa yang dimainkan
TR. agaknya lagu orang Malaysia kot?
Dia kenal jugak artis Malaysia bukan dia
tidak pernah pulang ke Malaysia tapi agaknya ini lagu lama. Dia juga banyak
bercakap bahasa melayu dengan lelaki itu kerana lelaki itu hanya akan berbicara
dengannya bila dia bercakap bahasa ibunda .
Dia tak faham dengan fiil lelaki itu. pertemuan mereka agak menjengkelkan tetapi
lama kelamaan dia jatuh hati dengan lelaki itu kerana sikap lelaki itu yang tak
endah lansung dengannya dan banyak menyimpan rahsia yang dia sendiri ingin
tahu.
“Abang jadi balik Malaysia ke?”
Senyap. Alunan irama bertukar pulak ke first love by utada hikaru.
“hurmm..”
Ada respon. Dia tersengih. Dipandang wajah kacak yang bersahaja itu
tanpa senyuman. Abang sepupunya itu mungkin punya citarasa yang tinggi untuk
calon penyeri hidup.
Dia yakin dia ada peluang. Dia bukan gadis selekeh dan
bukan anak sebarangan. Dia jugak ada gelaran dipangkal namanya.dia pasti abang sepupunya itu ada sedikit tertarik
dnegannya walaupun tak banyak.
Nelly
Walaupun mereka sepupu jauh tetapi keluarga nenda rapat sangat dengan
keluarga Tr. aunty Maisara jugak ada mengusiknya nak dijodohkan dengan Tr.
“nelly ikut sama…Bonda tak kisah lagipun bonda nak balik ke Malaysia jugak
sejak nenda dah takda…bonda macam dah tak nak hidup disini”
“Bagus la..boleh Nelly belajar budaya orang timur” dia senyap. Pertemuan
pertama dengan lelaki itu tidak menyenangkan. Dia balik dalam keadaan mabuk.
Setiap malam dia gemar dengan sikap berpartynya sehingga dia sedar lelaki yang
dulu sepertinya tak kisah dengan dunia sudah lain macam. Hidup mengaji dan
sembahyang juga berpuasa. Dia hairan selalu lelaki itu datang beraya ke sini
lelaki itu tidak endah dengan semua tuntutan dari agama tetapi sekarang lelaki
itu rajin mengaji dan banyak bersendirian.
Dulu pun Tr b senyap tetapi
dulu lelaki itu menerima kehadirannya yang social, sekarang sudah lain.
Aunty Maisara Tr dah berubah. Ya, memang sudah berubah. Itu yang membuat dia
lagi jatuh cinta.
Tr bangun. Nelly menghalangnya. “Abang ada someone ke kat Malaysia?”
Tr tersenyum sedikit. Ditekan pelipisnya. Ya! Gadis itu sangat manis
dipandang macam pelangi tetapi gadis hanya dalam kenangan dia je.
“Kenapa”
“Nelly saja nak tahu”
“Maksudnya?”
“Abang benarkan Nelly tinggal disisi abang tak?”
Tr memandang lama. “Berapa lama”
“Selamanya”
“Suka hati Nelly..”
“Abang sukakan Nelly tak?” gosokan dikepala dia dapat bila soalan itu
ditanya. Lelaki itu beredar ke kamar tidurnya.
“Do you love me, abang?” don’t you? Dia tunduk. Dia suka sangat dengan
Tr. dia ingin tahu rahsia hati lelaki itu.
Tr menutup daun pintu kamar tidurnya. Dia melangkah ke katil lalu
direbahkan tubuhnya ketilam empuk itu. tangannya diletak atas dahi sambil
memandang siling.
“Suka?” ayat itu selalu dia guna untuk Zara. “kau suka aku tak?”
Gadis itu pasti tergagap untuk mencari jawapan “ hah?” dia tahu gadis
itu malu
Satu lekukkan didahi gadis itu “lambat!”
Dia berpaling kesisi kanannya. Tangannya meraba sesuatu bawah bantal.
Ada beberapa foto g dalam buku novel dikeluarkannya. Foto itu diambil semasa
raya terakhir bersama arwah.
Banyak kenangan tentang Zara masih segar dalam ingatanya biarpun
Sembilan tahun sudah berlalu. Kalau zara masih hidup pasti gadis itu sudah
menjadi suri dalam hidupnya mungkin juga dia sudah mempunyai dua orang anak
yang comel.
Banyak benda yang dia ingin lakukan bersama Zara.. tengok konsert Jamal
Abdillah bersama itu impian Zara yang ingin dia tunaikan. Baru-baru ni ada
konsert artis Malaysia datang di sini dan dia pergi untuk hilangkan rindu pada
Malaysia dan juga Zara.
Dia ada terbaca dalam internet ada konsert Jamal Abdillah pada minggu
depan di istana budaya dan dia sudah booking tiket secara online untuk mendapat
satu seat VIP disana bila dia pulang nanti. Terubat jugak rindu pada Zara
walaupun gadis itu tiada bersama.
Dipejam mata… Bagaimana wajah zara sekarang berusia 27 tahun?
No comments:
Post a Comment