28/05/2014

Be Mine! 36




 salam...suma follwer..fn mintak maaf buat korang mnunggu stgah abab..fn bz time cutilh baru nak mng'update'kan diri dengan blog sowi....

  so..layan new song by bap angel...adik fn yang kat best fn layan je..satu lagi fn nk ucap tqvm pada yg mmberi komen. komen korang buat fn syg nk tinggal  blog ni... so enjoy dengan citer merapu fn ni last tq juga untk adik yg byk mmberi galakkan dan semnagt... =))


 
Bab 36

D melihat Zara, sekejap-sekejap gadis itu melihat handset Samsung Notenya. Hai…sebelum ni tak pernah pun, sekarang  dah macam orang kena asmaradana tak sabar-sabar tak tengok sms masuk ke tak dalam inbox.

“Za..asal macam orang angau bercinta ni?” D membisik ke telingannya. Dipandang D sekilas, secarik senyuman untuk lelaki lembut itu. Dia kembali mengubah bunga untuk majlis yang ditempah oleh hotel pemilik syarikat shopping Mall ni.

“Aku Nampak macam tu ke?” sempat dia menyapa pipinya dengan tangan sekali lalu. Tersengih memandang D yang masih memandanganya. “Nampak sangat ke?”
D mengangguk. D mengambil bunga dari tangan Zara lalu diletak tepi. Biar dia berbicara secara ‘live’ dengan gadis bertudung itu.

“Kau dah jatuh cinta ek?” nglup! Nampak sangat ke? tak kan dia jatuh cinta cepat sangat dengan si charming gunung ledang tu.

“Tak lah..mengarut je kau ni. Dah! aku nak siapkan bunga background pentas tu nanti”

“Za..”

“Ape?”

“Bukan luqman kan?”D cuba meneka. Dia pasti Zara bukan angaukan si Luqman tu. Kalau betul pasti gadis tu dulu nak je cepat bertunang dengan Luqman. Dia tahu juga Zara kalau sukakan sesuatu dia akan cuba buat yang terbaik untuk seseorang dengan  melihat dari semangat gadis tu tentang cinta.
“D….” Zara dah membulat mata. Dia jadi rindu tetiba dengan si charming gubung ledang tu sebelum ni tiap-tiap hari hantar sms bila sudah seminggu cukup si charming gunung ledang itu seolah menguji tahap rindunya. Haila..mau tak keruan jadinya bukan sms jiwang karat pun just say

‘ Hai buat ape tu?’

‘Dah makan belum’

 ‘Dah solat belum?’

Paling  dia tak lupa..forget me not kay.. dulu luqman hantar ayat biasa ni tak dia rasa seperti luar biasa pun. 
Apa dah si charming gunung ledang tu dah buat dengan hatinya. Pencuri
Nak je dia samakan lagu Mark Adam pencuri tu dengan si charming gunung ledang tapi mereka bukan bercinta zaman kanak-kanak mahupun remaja, dewasa ni je tu pun kejap je jumpa sebab-sebab yang tak dijangka,pertemuan dan perjumpaan tak sekerap seperti uda dan dara yang bercinta pun tapi dia…dah angau berbagai sampai si D boleh hidu.

“Sah bukan Luqman. jangan kau mengaku yang kau suka si mamat model tu?”

“Tak lah..aku tunggu message dari acik la” dia cuba menidak. Giler! Kalau mengaku. Mahu di sembur Si D sebab si charming gunung ledang tu di black list ‘anak ikan’ itu semua gara-gara teori si Kinah. Anak ikan lah, gigolo lah..haila..kesian mamat tu kalau tak betul naya je kena fitnah. Dosa si Kinah dan jugak mereka yang turut mempercayainya termasuk dia.

D sibuk membantu pekerja lain menyusun bunga-bunga segar di sepanjang laluan utama ke stage. Zara memandang D. lelaki lembut itu tidak menyedarinya. Perlukah dia beritahu D hakikat sebenar hatinya sekarang. Hatinya sekarang berperisa.

“Za..asal tak beritahu budak-budak tu balut meja sekarang, kita dah tak da masa”Kinah membebel tiba-tiba, dia tak pasti bila kehadiran Kinah disebelahnya. Dia mengjungkit bahu.

“Lorhh…kau ni kenape? Mengong pepagi ni” Kinah saja buat marah. Senyuman serius dibibir gadis boyish itu. ada ke senyuman serius? Ada bila muka nak marah tetiba tak jadi marah sangat sebab dalam hati ada taman.

“Kau teringat mamat model ke?” si Kinah sekor lagi meneka. Haila Nampak sangat ke? Dia mengerut dahi.

“Tak la..mana ada, buat apa nak teringat dia. Baik aku teringat acik aku kat kampong”

“Na…tengok, patutnya kau jawab ‘baik aku teringat Luqman kat Hong kong yang tengah berkursus” cehhh…

Zara berlalu pergi. KInah ketawa mengejek ‘Za..za.. nampak sangat kau tak rindu si Luqman tu’
Zara ke toilet. Dia melihat dirinya dicermin toilet sambil membiar air dari pili mengalir….dia kemudian tunduk membasuh wajahnya.

Rafael….

Fael…..

“Zara..Zara..Zara..”

“Fael..Fael..Fael..” kepalanya mula berdenyut. Zara memicit lembut dahinya.

“Zara.. I love you”

 “ kata la Fael I love you too” Dahinya terasa dijentik lelaki itu

Auuchhh… “ sakit la”

“Fael I love you too” Zara tunduk. Dia jadi blur sekejap

Semakin berdenyut kepalanya. Pandangannya jadi kabur namun disaat itu jelas wajah lelaki seiras Rafael tetapi lelaki berbaju sekolah tersenyum memandanganya dengan menggalas beg sandangnya ke bahu.

“Zara… “panggil lelaki itu.

‘Ya Allah..sakitnya” dia terus jatuh terjelepuk ke lantai toilet itu.

*****************************************************
“Cancellah..”gadis berambut perang paras bahu itu memeluk tubuh sendiri. Diwajah keanak-anakan itu Nampak sedih dengan apa yang terpaksa diucapnya tadi

“Betul ke Nelly?” Tengku Maisara datang mendekati anak sedara sepupunya. Dipeluk bahu gadis itu. “Nelly dah berbincang dengan Fael?”

Gadis itu mengangguk kecil. “Nelly sayang abang Fael, Nelly tak nak dia jatuh sakit. Mesti dia sukar nak terima Nelly sebab tu dia jatuh sakit”

Gadis itu sudah menangis teresak-esak. Tengku Maisara menarik Nellykedalam pelukan sambil memujuk gadis itu. “Fael beritahu dia jatuh sakit sebab pertunangan ini ke?”

“Dia Cuma boleh anggap Nelly seperti adik kandungnya. Mana mungkin dia nak teruskan perhubungan seperti suami isteri”

“dia demam je Nelly bukan sakit teruk”Tengku Maisara cuba memujuk namun disudut hatinya seolah menyalah dirinya kerana memaksa TR menerima pertunangan yang bakal berlangsung hujung minggu ni.

“kita beri ruang untuk Fael berehat ye” Nelly mengangguk.
Tengku Maisara terpaksa batalkan pertunangan itu dan majlis tetap berlangsung hanya anniversary hotel itu saja.

Tr bangun ke kamar mandi. Dia perlu mengambil whuduk. Tadi dia terlepas solat subuh. Badan terasa lemah sangat. Sewaktu dia berlalu ke kamar mandi langkahnya terhenti di meja sudut kamar tidurnya itu. sebe;ah pintu kamar mandinya.

Iphone 5 diambilnya… ‘bintang pelangiku’ dilihat skrin iphone 5.

Dibuka inbox, mata Tr membulat melihat mesej dari Bintang pelangiku ‘ Awak kat mana?’

Lagi satu mesej dibukanya dari  bintang pelangiku  ‘Cepatlah..saya nak belanja awak, biar cepat habis hutang kita’

Senyuman dibibirnya terukir tanpa dia sedari. Tr tiba-tiba  terlihat dirinya dicermin solek sewaktu mengangkat wajahnya. Sakit ke aku?

Aku pernah sakit dulu…..

Sakit hati terus sakit seluruh badan. Dulu bubur Zara pengubat sakitnya…sekarang mesej Zara pulak. Dia zara ke?

Wajah itu ada iras-iras Zara berusia 18 tahun walaupun Zara sekarang Nampak lebih matang. Mungkin Zara tak kenal dia yang sekarang yang berusia 27 tahun.

Pantas dia mencari nombor seseorang yang perlu dia mintak bantuan. Nombor itu dijumpai, pantas jarinya menyntuh skrin dail.

“hello..bro”

“Hello..Assalammualaikum..”

“Waalaikumussalam..haa, aku dengar ko nak bertunang ek?”

“Tak jadi..”

“Erkkyaah…biar betui?  Aku dah jumpa adik sepupu ko, boleh tahan bro”

“Paan, nanti kita jumpa adahal aku nak discus dengan kau”

“Okay..okay…” dia tak cakap banyak. Dia mahu berdepan dengan Paan. Diletak iphone5 diatas cabinet. Dia ke kamar mandi untuk mengambil wuduk. Jiwanya tenang setelah mengadap yang Esa

“Tengku resah ek?”

“Asal kau nak menyibuk” gadis itu tersengih.

“Tengku berdoalah selalu mintak kat tuhan supaya diberi hati yang tenang”

Disaat itu nak je dia lekuk kepala gadis itu,namun nasihat itu sampai sekarang bagai ubat bius penyembuh luka yang sentiasa dia ingat diri saat dia hatinya resah, tidak tenang.