salam...follwer semua, trimasss masih setia ngn citer fn yang merapu berbagai juast nak hilang boring n seronok jgk kdg-kala kita layan citer merapu ni keh3..tq jgk utk yg setia memberi komen anda..syg semuanya..sbb korang fn semangat nak habis kan citer ni..
leessang 'gary' -tears
sedap!!!
**semalam tgk runningman suka sgt dgn mondaycouple gary rupa2nya dia ada group n dis song fn mmg dah pernah dgr dulu tp x perasan yg rapernya gary hahhaha...haila, tulah kdg2 kita mmg tak perasan melainkan owg tu ada buat sesuatu yang kita ingat n then fn pun mntk tlg inche google n miss youtube carikan group leessang ni..hik3..merapu!!
just pic
Tr melabuh pungungnya ke kerusi VIP. Dia memandang sekeliling. Sekejap
lagi konsert akan bermula. Dia datang seorang. Semalam Nelly datang dan dia ada
pelawa adik sepupunya itu ke konsert bila disuruh aunty Maisara. Nasib baik
nelly tidak berminat.
“Konsert beyonce tak pe jugak” itu kata Nelly. Dia tak kisah kalau Nelly
tak ikut. Dia lebih senang sendirian.
Tepukan gemuruh bila Jamal Abdillah keluar ke stage. Lagu pertama yang
dinyanyikan Azura. Dia menghayati lagu itu sambil terkenangkan Zara.
D tersenyum melihat bibir Zara tak lekang dari senyuman. “Happy?”
“Mesti la..” Zara mencuit lengannya.
“Za..lagu apa yang kau paling suka?”
“Disudut Kamar hati ku”
“Ye..jap lagi kot?” Zara mengangguk.
Tr terasa handsetnya berbunyi. Nasib baik di silent nya. Dia mengambil
dari kocek seluarnya dilihat skrin iphone 5,Pa’an telefon. Dia bingkas bangun.
Berjalan ke lorong keluar.
“Ishh..lindung la lelaki tu Za..” Zara melihat lelaki yang berjalan di
lorong depan. Wajah lelaki itu seolah seperti dia pernah lihat dulu. Tapi
dimana?
Tr masuk semula bila selesai berbual dengan Pa’an. Kawan sekolahnya. Dia
tahu Pa’an pasti tahu kepulangannya kerana lelaki itu rakan kongsi niaga
sekarang dengan uncle Fauzi. Pa’an mengajaknya keluar lepak bersama teman yang
lain.
Bila dia melabuh saja ke kerusi lagu ‘Disudut Kamar Hatiku’ mula
dinyanyikan. Zara..aku harap kau dapat dengar lagu ni kalau kau masih ada
sekarang.
Zara dah tiada..hanya kenangan sahaja.
“D..lagu mak dan ayah aku. aku suka sangat dengar lagu ni sebab lagu ni mengingatkan
aku pada mak dan ayah aku” Zara berbisik. D mengangguk dengan senyuman.
Selesai konsert itu mereka berdua berjalan keluar ke lobby. D melihat
Zara yang masih tersenyum. “Puas hati?”
“Puas sangat..thank you D” Zara melonjak keriangan. “Balik nanti aku nak
tidur dnegan senyuman”
D ketawa. “Yelah tu..sengal kau Za, nanti si Kinah tu ingat kau
mengingau malam”
“Biar..kalau boleh aku nak nyanyi kat telinga Kinah, okey?”
D angkat ibu jari “Best..biar dia terkencing malam dengar kau nyanyi kat
telinga dia”
Mereka berdua ketawa sambil berjalan turun anak tangga. Tr tertarik
mendengar bunyi ketawa itu. dilihat seorang perempuan dan seorang lelaki lembut
sedang bertepuk tampar berjalan seiringan ke tempat parking kereta.
Lama dia memandang perempuan bertudung itu. Dia kaku disitu bila
perempuan tu memandang ke arahnya sekilas lalu.
Zara? jantungnya berdegup kencang. Dia bergegas kea rah mereka berdua
itu namun terlambat. Kereta myvi warna pink sudah berlalu pergi.
“Zara?” tak mungkin..dia memandang dada langit malam. Taburan bintang
malam ini sangat indah. Kelipan
cahaya itu memberi dia semangat.
Bintang malam… “macam bintang, mana tahu ada yang serupa dengan Zara”
Dia teringat kata uncle Fauzi. Bintang
banyak tetapi Zara seorang. Ada ke yang serupa dengannya?.
“Puas hati pergi tengok konsert?” Kinah mengcekak pinggang. Zara tersengih sambil mengangguk kepala. Dia
berjalan ke dapur lalu di ambil mug kemudian dia ke peti sejuk dituang jus oren
ke dalam mug. “Tak minum kat luar ke?’
“Tak.. D mengantuk sangat tadi.”
“Lelaki lembut tu memang cepat mengantuk” bebel Kinah
“Sengal kau Kinah mengata D. dia
letih la.. tu pun dia baik ambik dan hantar aku”
“yelah tu..” Kinah berlalu ke kamar tidur. Kinah tak pernah tidur
seorang. Walaupun rumah itu ada tiga bilik.
Kinah mahu jugak tidur sebilik
dengannya. Perempuan itu takut gelap Nampak je gagah tapi takut gelap.
Dia menghabiskan jus oren. Dia suka sangat dengan jus oren. Dia
akan mengangkut stok jus oren kalau
sudah tinggal sekotak dalam peti sejuk.
Dia melihat skrin telefon ada
lima miscall dari Luqman. Lelaki itu sudah dimaklum yang dia pergi tengok
konsert dengan D. dia menekan button huruf menghantar mesej kepada lelaki itu.
‘Saya dah pulang, awak dah tidur ke?’
Dia membasuh mug di sinki. Sekejap mesej baru masuk. Dibukanya
‘Belum, baguslah awak selamat sampai rumah. Seronok?’
Dia pantas menekan button huruf. ‘seronok sangat’
Mesej masuk ‘tak ingat kat saya ke?’
Dia membalasnya ‘ingat, saya Nampak awak menyanyi bersama Jamal
Abdillah tadi’
Sekejap saja luqman membalasnya ‘Hahaha… pandai sayang saya buat
lawak malam-malam ni’
‘ok..awak,saya nak masuk tidur. Good night!’
‘good night sayang! Mimpi saya malam ni =)’
Zara meletak handset Samsung Notenya atas meja solek. Dia berjalan ke
bilik air untuk mencuci muka dan memberus gigi sebelum tidur. Dia teringat
lelaki tadi. Kenapa dia macam pernah melihat lelaki itu atau memang.lelaki itu
ada dalam kenangan dia ke sebelum ni?
Luqman Nur Hakim
Kak, Zara hilang ingatan ea? >.<
ReplyDeletealahh, kesian TR.
Sambung lagi Kak :3
Hehehe..Am_Mir ni pakai pawang ek?
ReplyDeletepandai meneka?
ok Fn dah post en3 bru
tq..=))