27/11/2013


 Salam..suma, sowi fn lama menyepi dgn blog ni last smpai xleh sign in blog ni  hehe (padam muka fn kan!).. fn sblum ni sibuk ngn study..xsmpat nk jengok blog n taip dis story bila tgk ada commnt feelng excited da kwn2 yg masih blum pudar mmbc citer mrapu fn..trimasssssss kekawan follwer...luv u all...=))

p/s: adk fn sllu dgr lagu group VIXX dia kata diorg pnya song sdap2 so fn lyn jew...hehe

                                                             only u by vixx

    
continue Bab 34....................
                                           



Lama lelaki itu memandang Zara. D dan Kinah memandang antara satu sama lain, pelik dengan perangai ‘model emergency kes’ mereka.

Dia kenal Zara ke? “Encik model?”

Langkah kaki TR setapak kedepan sedar tak sedar dia kini berdiri betul-betul didepan gadis secantik bidadari yang pernah muncul dalam tidurnya berpakaian pengantin seperti ini. Zara?

“Awak Zara ke?” tajam anak matanya menikam pandangan gadis itu. Zara pelik. Dia berundur setapak kebelakang sempat lagi dia member isyarat pada D. mintak tolong!
                                 
“Kalau dia Zara, kenapa dengan dia?” soal Kinah menghalang pandangan mereka berdua. Kinah berdiri berhadapan TR. Zara ditolak ketepi. Risau juga dengan mamat bajet hensem ni!. mana tahu nak buat si Zara ni kekasih gelap ke?

Tr memandang gadis itu tanpa jemu. “ Awak tak kenal saya ke?”

Zara mengeleng kepala. Dia menarik lengan baju D, dia rasa tak selamat melihat renungan lelaki itu. Langkahan  lelaki tinggi tegap itu semakin menghampirinya. Dia jadi gugup. Macam pesalah didepan askar jepun.

“Saya mintak diri ke toilet jap” lelaki itu pantas berpaling ke arah pintu keluar. Zara melepas keluhan lega. D dan Kinah turut rasai bersama.

“Kinah..mana kau kutip mamat sewel ni?” soal D. Zara hanya diam terpaku. Dia seperti pernah mengenali dan melihat lelaki itu. kawan Luqman ke?

“Mana aku tahu dia mental. Tapi hensem kan?”

“Toya…hensem tak guna kalau otak tak betul” marah D. “Dia macam nak makan Zara je tadi”
Zara memandang D.

 “Dia teringat awek dia kut?”

Zara memandang pulak kea rah Kinah “Betul ke Kinah?”

“Za..kau pernah couple ke dengan mamat ni?” Kinah terus soalan terjah

“Tak lah..kenal pun tak” cepat Zara menafi. Memang betul dia tidak mengenali lelaki itu.

“Habis macam mana dengan project runway kita ni?”soal Kinah resah. Dia sudah bersekang mata tiga hari tiga malam menyiapkan gaun pengantin. Oh god!!! Pelamin anganku musnah.

“Over!!!” Zara dan D menjawab.

“Jap..jap..mamat sewel tu bukan tak betul sangat kan? Dia ada rupa kita Cuma guna rupa and body dia jer..bukan otak dia so apa la sangat kalau dia gila sikit atau ter’sewel’ sikit ke”Kinah masih tak puas hati. 
 Calon model ‘ala-ala bintang kpop’ tak menjadi seperti dirancang.

Dia melihat dirinya dicermin. Dia melarikan diri sekejap. Jantungnya tadi bagai mahu meletup kalau dia tidak dapat mengawal diri.

Gadis itu seperti Zara. Alis mata..hidung..senyuman dan suara mirip benar dengan Zara. Tapi…kenapa dia tak mengenali aku?  

Tr membasuh wajahnya. Dia meraup air di wajah hingga ke rambut. Wajah Zara kini terbayang-bayang di depan cermin toilet itu.

“Zara dah tak da Fael. Dia dah meninggal pagi tadi”kata-kata aunty masih segar diingatannya. Zara sudah tiada tapi siapa gadis itu? 

“Mak leha... mana Zara? Dia sedar tak lagi” dia terus menyoal sebaik sahaja panggilannya  dijawab.

“Tengku, maafkan Mak Leha” ujar Mak leha dengan tangisan teresak-esak. Jantungnya berdegup kencang. 

“ Mak leha mintak maaf”

“Maaf? Orang tanya mana Zara!” ditengkingnya tak puas hati. Tangannya menarik rambutnya tak puas hati.

“Zara dah takda, kita kena redha dia pergi”  prangg!!! Terus handphonenya dibaling dan mengenai pasu bunga yan terletak disudut dinding. Berkecai! Seperti hatinya.

“Orang tak percaya, Fael nak pergi tengok sendiri”

“Fael, jenazah Zara  baru dikebumikan tadi.” Zara sudah Sembilan tahun bersemadi disana. Mana mungkin Zara hidup semula.

Dia teringat pula kata uncle Fauzi memujuknya balik ke Malaysia kata uncle Zara macam bintang.

“Seseorang yang macam Zara…macam bintang Fael. Ada banyak bintang dilangit mana tahu ada yang serupa.”

Tr tersenyum. Ye..zara macam bintang berkelipan. Mana tahu dia seperti Zara bintang indah yang berkelip didada hatinya.

“Hai..sorry saya tersilap orag tadi. Muka kawan korang ni macam someone yang saya kenal” dia datang menyapa. TR berpura-pura seolah-olah dia tidak megenali siapa Zara yang berada didepannya. Jantungnya..sakitnya bila gadis itu tidak mengenalinya. Dia bukan Zara kau TR. tetapi dia akan buat Zara yang berada didepanya menjadi miliknya. Be mine!

Tr mengukir senyuman.  Zara mengurut dada. Fuh! Ingat siapalah lelaki misteri ni tetiba jek terjah dia seolah dia pesalah lelaki itu di masa lalu.

“HAhahah…” kinah ketawa sambil mengaru pelipis sempat dia menepuk bahu D. “Haa..kan aku dah cakap mamat ni poyo je”

“Tapi kenapa awak panggil Zara kalau awak tersilap orang?” soal D dengan kemusykilan

“Korang kan panggil Zara..kan?” Tr senyum. Matanya menyapu bersih wajah yang amat dirinduinya. Mereka bertiga mengangguk. Betul jugak.

“Hai..saya Rafael, korang boleh panggil je Fael” Tr memperkenal diri. Sempat dia member isyarat supaya gadis itu pun memperkenalkan diri.

D ketawa. “Unik la nama awak ni macam bintang Vanezuela”

Kinah jentik dahi D yang tengah mengalak “auchh…sakit la kinah”

“Gedik” sempat Kinah menjeling.

“Saya Sakinah, awak boleh panggil Kin ke Kinah ke. ni kawan saya D atau Zaidi dan yang sedia awak tahu tu Zara, awak boleh panggil Za je”

“Zara je?” soalnya biar beri nama penuh dia akan siasat siapa gadis itu sebenarnya.

“Zara Aulia” urat nadinya berdenyut. Adakah ini kebetulan? Tr kau perlu sabar. Jangan gelojoh macam tadi.

“Ooo.. okay lah saya akan tolong korang bertiga tapi dengan syarat” Tr perlu pandai mengorak langkah permulaan.

Mereka bertiga saling memandang antara satu sama lain. “nak naik harga ke?”

Soal D membuatkan dua orang gadis disisi lelaki lembut itu mengangguk tanda ingin menyoal ayat yang sama.

“Tak..saya ni bukan demand sangat oleh kerana kawan awak ni mencuri masa saya dan mahu mengguna khidmat saya so saya rasa boleh kita buat satu kontrak perjanjian hitam putih”

“Hah???” melopong mereka bertiga. mata tr sesekali mencuri pandangan wajah indah itu. tahu zara aku rindu semua kenangan kau.

“Maksud awak?” soal Zara membuat dia memandang penuh wajah itu.

“Kita boleh tulis atas apa-apa kertas, tisu pun boleh yang penting ada tandatangan persetujuan dengan syarat saya. Mahu?” tr senyum sebelah sambil memandang gadis itu penuh makna.

“Jap..bagi kita orang masa nak berbincang” kata kinah. Dia menarik tangan D dan Zara ke satu sudut jauh sikit dari pandangan lelaki bernama Rafael itu.

“Macam bahaya je mamat tu Kinah?” soal D.

“Dia macam nak mengancam kita. Kalau apa-apa terjadi kat kita macam mana?” Zara pula menyampuk.

“Hurmm..kita tanya dulu syarat dia. Kalau tak memudaratkan kita so setuju jelah.” Kinah pandang wajah D kemudian Zara “ amacam? Setuju tak?”

“Okay..aku setuju kalau dia tak mintak duit tawaran yang tinggi dari bajet kita” kata Zara disahut dengan anggukan kepala D.

“Berapa kau bagi tawaran kat dia tadi untuk sepasang baju?” soal D

Kinah tersengih. Dia takut D akan bagi ‘buah keras’ kat kepalanya “Tii..gaa”

“Tiga ratus??” teka D. kedekuk!! Haaa..dah cakap dalam hati tadi betul-betul lelaki lembut itu hadiahkan dia ‘buah keras’ kat kepalanya.

Aduii..sakit. kinah mengusap kepalanya. “ aku terpaksa tawarkan dia dengan harga macam tu untuk dia setuju lagipun kita boleh cover lagi kan?”

“Hotak kau..kalau kita menang prize tempat pertama memang lepas la woii..” marah D.

“Dah la..tak pa Kinah kita discuss dengan dia if dia tak terima kita tak payahlah guna khidmat dia. Aku boleh je catwalk sorang-sorang atas pentas tu.”

“Za..mana bole” D tak puas hati.

“Tak pe..kita runding dulu, okay” Zara memeluk bahu Kinah memujuk dan  menepuk lembut bahu D supaya beralah dengan Kinah.

Mereka kembali berdepan dengan Tr. lelaki itu sangat kacak dengan senyum menyambut kedatangan mereka semula. Zara memandang wajah itu ada senyuman tak lekang dari bibir untuknya.

“Macam mana? Setuju?”

“Kami setuju. Apa syaratnya?”

Senyuman Tr semakin lebar……….
                                    

p/s: papun fn suk giler ngn dis song 'wow' by btob...daebaakkkkkkkkk!!