31/05/2013

Be Mine! 27



salam..semua fllwer, sori sgt..sebb mengecewakan korang dgn lambt update dis story. FN byk kish yang trjadi dlm idup FN, al maklum lah FN idup dunia reality..huhu..sakit kpala dgn exam..mslh skliling kecewa jiwa dan mcm2 la smpai xbole nak cernakan semua bnda itu dlm idup ni..apaun Fn bhgia korang give me supprt yg yg tk henti3 smpai FN tk smpai ati nak ending kn dis story ni.. nd then korang pun nak bca dis story kan..hehe bukan nak dgar Fn bla..bla..bla....papun enjoy it!!

  
P/s : dgr lagu ni kat radio era..tetiba jek nak sebak terus ada semgat nak taip citer ni papun tq 4 ur support..trimasssss kekawan..=)


Bab 27

Tengku Maisara berjalan ke ruang tamu ditingkat atas. Disitu TR selalu merehatkan dirinya setelah melihat  anak muda itu tiada di kamarnya. Meliar matanya memandang setiap sudut. Wajah TR mahupun susuk tubuh anak muda itu juga tiada di situ. ‘kemana budak ni pergi?’

“Sara…” tengku Maisara berpaling. Fauzi tersenyum memandangnya. “jom..breakfast”

Dia berat hati untuk menerima ajakan lelaki itu. dia masih lagi merajuk. Fauzi bermalam disini dan pagi ni dia tahu Fauzi baru balik dari membeli makanan untuk sarapan pagi ini kerana Mak leha tidak pulang semalam menjaga Zara dihospital.

“I cari Fael..” Dia   membalas jelingan bagi senyuman lelaki itu yang setia bergayut dibibir.

“Jom breakfast dulu, Fael dah breakfast you je yang bangun lambat, terus cari dia mana nak ada di atas ni” Tengku Maisara mengalah jua, senyuman pemikat Fauzi berjaya mencairkan tembok egonya.

“Fael ada kat bawah ke? asal tak kejut I tadi? Selalu dia akan cari I kalau I tidur di rumah pasti Fael ketuk pintu bilik I dulu sebelum turun breakfast” Tengku Maisara tidak puas hati dipandang wajah Fauzi yang cuba sembunyikan sesuatu.

“Jom..breakfast dulu” Fauzi menghulur tangannya namun tidak disambut Tengku Maisara, wanita itu berlalu pergi tanpa menoleh kebelakang.

Sebaik sahaja sampai dimeja makan. Tengku Maisara menoleh kebelakang. Fauzi sedang menarik kerusi untuknya. “silakan tuan puteri”

“dah..jangan nak pujuk  hati I” dia menjeling tajam. Namun senyuman Fauzi tetap meleret. Lelaki itu sudah biasa melayan kerenahnya. “suka la tu..”

“I suka you” Fauzi mengenyit mata.

“DAh..malas I nak layan angin gatal you tu.” Tengku Maisara melirik tajam. “Mana Fael? You kata dia dah turun breakfast tadi?”

Fauzi menghulurkan bungkusan nasi lemak kepada Tengku Maisara “Dia dah pergi hospital dengan Pak Aziz tadi selepas sarapan. Nak tunggu you lambat sangat”

“ I tak da hati nak pergi hospital” Tengku Maisara mengunyah perlahan-lahan nasi lemak yang baru disuapnya  kedalam mulut. Matanya sempat menjeling Fauzi yang berselera menjamu makanan.

“I tengok you macam tak kisah apa yang terjadi sekarang” dia berhenti menyudu nasi lemak matanya memandang tajam kearah Fauzi

“You tengok Fael sekarang, macam orang tak betul” sudu diletak dia menghabiskan segelas susu dan bingkas bangun

“Nasi you belum habis lagi, sara?”

“I dah kenyang…makin I biar Fael dengan perasaan cinta monyetnya yang tak tahu masa depan dia baik I bertindak sekarang”

“Apa maksud you?”

“I akan halang Fael… “ dia berpaling melihat wajah Fauzi yang masih lagi duduk di kerusi makan. “Selagi I mampu..demi masa depan FAel”

“You jangan naik gila Sara” Fauzi pantas meraih tangannya “You ingat sikit, Fael masih muda kalau you nak paksa-paksa dia. Cuba cari jalan yang boleh menyenangkan hati nya untuk menerima idea gila you”

“I naik gila bila I tengok Fael sekarang, p;ease don’t blame me, okay! I tahu apa I nak buat. I takkan biar dia tunggu Zara.” Tengku Maisara berlalu pergi menaiki anak tangga untuk ke kamarnya.

Fauzi mengeleng kepalanya melihat Tengku Maisra tetap berkeras dengan idea gilanya. Nak halang Fael? Budak itu seorang yang setia… Fauzi tersenyum, Fael macam dirinya setia pada cinta hati yang ditakdirkan bertemu untuk pertama kali membuat jantung hatinya berdegup kencang.

Kata orang cinta sejati dah pupus di dunia ni? hei…masih wujud Cuma golongan minority jer.. Fauzi menghabiskan sarapannya.

*****************************************
Matanya menatap setiap inci wajah milik gadis kesayanganya. Tangan gadis itu diusap lembut. Air matanya mengalir bila melihat tubuh itu kaku tanpa reaksi atau respon bila dia menyentuhnya.

“zara..wake up! Bicara la dengan Fael…awak hodoh laa bila asyik tidur jek”

Bangun la…

“Zara tahu tak kenapa dulu Fael selalu kata Zara hodoh?” Tr ketawa sendiri

matanya setia pada laman wajah itu. kepala gadis itu dibalut dengan kain kasa, kecederaan Zara banyak dikepala. Alhamdulillah keadaan Zara sekarang sudah stabil..itu pengakuan dari doctor Fatimah tadi bila doctor itu datang membuat rawatan susulan.

“sebab Fael takut kata hati Fael yang selalu mengatakan Zara cantik bila tersenyum akan keluar dari mulut ni 
sebab itu Fael cakap Zara hodoh…”  dia ketawa lagi.

“tapi tak.. zara tahu, rahsia hati ni sekarang dah terbongkar. Awak cantik macam pelangi…dan bintang malam…” ketawanya bersalut dengan tangisan.

“saya sangat sukakan awak, zara…bangun la!!!!  Siapa nak jaga fael bila sakit? Siapa nak nasihatkan fael bila hidup Fael hanyut? Siapa yang nak menyakat Fael dengan sindiran?..”

Disapu air matanya… “Zara, bangun la…fael akan sakit, sakit sini” ditunjuk dahinya

“sakit sini” kemudian lehernya “ rasa macam nak demam” dia cuba bergurau namun dia sendiri yang ketawa.

“Tapi.. disini lagi sakit..” ditekan dadanya. “Dalam ni…tolongla..”

Dia tunduk meratap tangisan yang tak dapat dibendung lagi. Gadis itu tetap kaku. Dia mahu gadis itu sedar sebelum result untuk sambung study ke UK keluar.

Dia sudah apply untuk gadis itu, walaupun dia tahu Zara pernah beritahu dia, yang Zara tidak berminat sangat untuk sambung di luar Negara. Gadis itu lebih suka memilih university tempatan. Baginya  bersama gadis itu membina keluarga dan bahagia di sana. Zara akan jaganya seperti mommy jaga daddy waktu study walaupun ada anak..

Tr angkat kepala, dia tersenyum melihat wajah itu dekat dengannya. Disentuh pipi gadis itu dengan hujung jari. Lembut..

Bila kita sudah halal..baru aku boleh memiliki dirimu sepenuhnya Zara…..
*************************************
Tengku Maisara mengigit bibirnya menahan geram. Dia melihat dengan jelas perlakuan Tr dan kata-kata anak sedaranya itu.

“saya sangat sukakan awak, zara…bangun la!!!!  Siapa nak jaga fael bila sakit? Siapa nak nasihatkan fael bila hidup Fael hanyut? Siapa yang nak menyakat Fael dengan sindiran?..”

Hah..suka sangat? Apa Zara itu anak puteri raja ke nak Fael tergila-gila sangat? Zara hanya akan merosakkan masa depan Fael.

Tengku Maisara datang ke hospital selepas mendengar dari mulut Fauzi mengatakan Tr sudah pergi ke hospital awal pagi. Dia jadi tak keruan. Dia cepat-cepat bersiap mahu mendapatkan Tr. namun bila saja sampai di bilik VIP, hatinya jadi sakit melihat tingkah laku fael yang macam orang mati bini.

Fael..masih remaja..muda dan mentah..tapi lelaki itu sudah jadi lelaki tua yang memikirkan masalah besar untuk orang lain.

“Puan..” Tengku Maisara berpaling kebelakang melihat gerangan yang menyapanya. Dia tahu itu suara Mak leha “ lama puan sampai? Asal berdiri disini jom dudk di bangku luar”

“elok sangat mak leha, saya nak berbincang sedikit dengan Mak leha”

Mereka berjalan keluar ke taman yang berada ditepi bangunan hospital itu. laman itu cantik dengan kehijauan warna pokok dan siulan burung belaan. Mereka sama-sama duduk dibangku luar itu berdepan dengan air terjun buatan tangan manusia yang cukup indah.

“Ada apa puan nak berbincang dengan Mak leha? Pasal kos perubatan Zara ke? sebenarnya Mak leha serba salah juga bila nurse tanya pagi tadi nak tempatkan Zara di wad biasa ke bila keadaan dia dah stabil. Ikut mak leha nak wad biasa je tapi tengku berdegil juga nak Zara ke bilik VIP. Apapun puan boleh potong gaji mak leha nanti ye..” dipandang wajah yang kini kelihatan sombong dimatanya. Tengku Maisara bukan orang sebegitu sebelum ini, wanita itu ramah saja dengannya bila disapa.

“Itu saya tak kisah Mak leha, hal perubatan Zara, saya akan uruskan”

“Terima kasih banyak Puan, maaflah sebelum ni Mak Leha  dan Zara banyak menyusahkan Puan..budi baik puan akan Mak leha balas..”

“Yeke?” sinis saja jawapan itu memotong cakap Mak Leha. “ Mak leha boleh balas balik budi baik saya selama ini.

“Apa maksud Puan?”

“Sebelum saya ke bilik Zara tadi, saya berjumpa dengan doctor Fatimah yang merawat Zara. Saya cuba 
dapatkan kepastiannya keadaan kesihatan Zara sekarang. Jawapan doctor itu mengecewakan Fael kelak..”

“Saya masih tak faham puan”

“Zara kemungkinan akan koma, dia tidak akan sedarkan diri mungkin, sebulan…setahun atau selamanya” air mata berderu mengalir keluar dari tubir matanya. Tak mungkin nasib Zara begini. Anak gadis itu masih muda untuk menerus hidup yang berwarna warni ini.

“Puan betul ke?” Tengku Maisara mengangguk.

Dipandang wajah sayu, tangan itu tak henti mengesat juraian air mata itu. rasa simpati mencelah sedikit dihatinya dikala itu.

“Demi masa depan Fael dan Zara, saya maafkan Zara apa yang terjadi sekarang. Saya akan lupakan kisah cinta monyet diorang dan saya harap Mak leha boleh tolong saya”

“Apa yang perlu Mak leha tolong puan?”

“Mak leha bukan ada saudara mara di Penang?”berkerut dahi Mak leha. Dia masih samar-samar dengan maksud Tengku Maisara.

“Ada Puan, tapi dah lama Mak leha tak pulang ke sana.”

“Mak leha ada tanah di sana bukan?”

Mak leha mengangguk. Dipandang wajah serius itu. senyuman penyeri wajah itu sudah hilang. “Ada..tapi sudah usang”

“Saya akan urus tempat tinggal Mak leha di sana. Zara juga akan ditempat di hospital besar penang dan saya pasti ada pakar disana yang dapat merawat Zara.”

Dia menarik nafas dan dilepas perlahan “ Mak leha akan saya beri gaji penuh untuk bulan ni dan sampai disini saja Mak leha bekerja dengan saya di rumah itu”

Mak leha hanya memandang lalu dia mengangguk perlahan. Dia sudah faham maksud wanita itu. sudah jelas tengku Maisara tidak menerima Zara walau apapun yang terjadi. Simpati? Jauh sekali….tapi macam mana dengan Tr? anak muda itu akan terima ke semua ini?

“Syarat Mak leha kena buat seperti apa yang saya suruh…” dia bingkas bangun meninggalkan Mak leha yang masih merenung jauh. Dia sudah tidak kisah hati orang lain bila melibatkan masa depan TR.

Kesian Zara..anak itu pasti tak akan maaf kan dia juga Tengku Rafael.. “maafkan Mak leha” air matanya mengalir laju. Sebak didadanya bila dia terpaksa perkara yang bukan ditakdirkan lagi untuk anak itu..

“Maafkan Mak leha..”

Terbayang wajah Tengku Rafael….

“MAafkan Acik..sayang”

Wajah mulus anak gadis itu pula menyapa…..
 
*just imagine wtk cty hnter suka sgt muka diorag
 p/s: bab 28 dlm pmbikinan..hehe ada smgt nak mnaip dis story trimass kekawan...=) wajah artis malay siapa korang byagkan??.. ble bgi komen siapa yg sesuai utk wtk TR klu artis lelaki mlaysia kita n siapa artis female malay  utk wtk Zara? saja kongsi rasa n imaginasi yg sma keh3 sma tak????