16/08/2013

Be Mine! 32

miss right by teen top
daebakkk!!!

Bab 32

“Za..aku dah tempah  ni” D mengibas dua keping tiket diwajahnya.

“Konsert Jamal Abdillah?”bulat matanya sambil menyoal D yang sedang ketawa mengusiknya. “mana kau dapat, D?”

'D'

“Tempahlah..hadiah hari lahir kau dah lepas tapi aku saja booking tiket ni nak buat surprise kat kau”

“Yay! Ni buat aku sayang sangat dengan kau” Zara melonjak keriangan. “Dua je?”

“Yelah kita berdua je, kenapa?”soal D pelik.

“Kinah?”

“Perempuan tu? Mana nak layan penyanyi veteran zaman mak dia”bebel D sambil meletak dua keeping tiket ke tapak tangannya.

“MAna tahu Kinah nak join jugak”

“Mana kinah? Meh aku panggil dia” D memanjang leher mencari kelibat Kinah dalam butik itu. 

“Kinah!!..kinah!!”

Zara tersenyum. D saja nak mengusik kinah sambil memanggil nama perempuan dengan nada menjerit-jerit.

“Apa?” Kinah datang dari stor belakang “ aku tengah tengok barang. Okey jugak kedai baru tu kan?”

Zara mengangguk. “Dia supplier jugak bunga-bunga segar dengan harga yang berpatutan. Boleh jugak kita order je kat dia kalau ada wedding yang nak pakai konsep dari taman”

“Dia tu kawan mak aku, dah lama dia supplier barang kat kedai mak aku dulu sebab tu aku nak pakai dia je. Kawan D yang dulu bahaya sikit”

Berkerut dahi D “apa yang bahaya?”

“dia macam syok kat kat kau je, kalau spesis aku takpe jugak aku bagi green light, ni tak..spesis kau jugak.”berdesing telinga D. lelaki itu berdepan dengan Kinah sekarang

“apa aku tak tulen ke? kau ingat aku ni suka lelaki ke? aku boleh bagi sorang anak kat kau tau”D mendabik dada. Menjerit-jerit dia mempertahan dirinya.

Sakinah ketawa mengekek. Sempat tangannya menunjal dahi D. “tulen ke?”

“Jaga kau Sakinah.. esok hari kau bila dapat lelaki macam aku baru  padan dengan muka kau”

“Ehh..jangan duk menyumpah aku pulak”

“Dahl ah..korang ni sehari tak bertekak tak boleh ke?”

“Tak boleh!!!” serentak mereka berdua menjawab. Masing-masing memaling muka kea rah lain.

“Kinah, sebenarnya kita orang nak ajak kau tengok konsert, kau nak pergi tak?”

Sakinah berpaling mengadap mukanya sambil membulat biji mata “Nak la.. konsert Kpop ke? sapa datang kali ni 2pm?4minute? infinite?ke, lee min hoo yang datang okey jugak?”

“haila..sengal kau Kinah siap hafal nama penyanyi kpop lagi. Mana adanya…”

“Konsert Jamal Abdillah ekluksif tiket terhad” D mengambil tiket dari tangannya kemudian menayang depan Kinah. “Nak tak?”

“Lorhh… tak mau la, ingat konsert kpop yang ura-ura nak datang sini”

“Ada jugak layan kpop” D mencekak pinggang “kau tu dah dua puluh tujuh tahun Kinah, bukan tujuh belas tahun!”

“Wei..korang tahu sekarang zaman Kpop tau, semua orang suka kpop. Tema pengantin pun sekarang dah berlambak kpop” Kinah mengangkat kening puas dengan hujahnya. Zara dan D menjuih bibir. “Za..kau ingat tak yang kau layan citer princess hour tu”

“Ye..”Zara tersenyum

“Kan tu korea punya drama, kau feeling habis citer tu kau tak ingat?”

“Ala..aku layan drama je”

“Dah..dah..sekarang kau nak ikut tak?”soal D.

“Tak nak, aku banyak kerja nak kena buat..apapun korang kirim salam kat abang Jamal tu” mengekek ketawa Kinah sambil mencicit keluar dari butik.

“Kinah nak pergi mana?”

“Cari ilham buat design baju baru” Kinah melambai tangan tanpa menoleh kebelakang.

“Kan aku dah cakap si Kinah tu mana nak layan konsert ni”D sudah melabuh ke sofa.

“Bila konsert tu?’

“Hari sabtu ni je”zara tersenyum puas. Selama ni dia tidak pernah pergi ke konsert Jamal Abdillah. Hanya tonton dari tv.

“thank you D..” D mengangguk kepala. Dia senang hati melihat Zara gembira. Perempuan tu baik sangat dengannya. Zara seorang yang melayan dia seperti adik-beradiknya. Pernah dulu dia tak balik rumah beraya dengan familynya. Dia tahu kalau balik pasti mama tiada dirumah selalu saja outstation ke luar negara. Zara mempelawanya balik kampong Zara dan mereka beraya bersama mak sedara Zara. Selepas itu stiap kali raya dia pasti akan ikut Zara pulang beraya bersama. Dia sangat sayangkan Zara.



TR menunggu untuk mengambil begnya diletak atas troli. Dia memerhati sekeliling airport KLIA itu. rata-rata dilihatnya wajah melayu. Rindu juga dia dengan Malaysia. Rindu lagi pada Zara.

Dia berjalan menyoroti trolinya. “Fael!!!”

“Fael…”dia berpaling. Wajah aunty Maisara dan uncle Fauzi yang sedang mendukung Mia. Adik sepupunya yang comel itu.

Dia melambai tangan. Dia mengatur langkah dengan pantas namun aunty Maisara lebih pantas darinya. Tubuhnya diraih dalam pelukan mak sedaranya itu. pipinya dikucup melepas rindu. “Rindu aunty sangat-sangat”

“Habis? kenapa tak balik?” soal Tengku Maisara sambil mengusap bahunya. Anak muda itu sekarang sudah tinggi lampai dengan badan yang tegap. Tr seperti abangnya. Seiras! Segak dan tampan.

“Saja..biar aunty rindu” Tr tersenyum. Pelukan dilerai dia berpaling kearah fauzi “Hai..uncle, Hai Mia”

“Cepat salam abang Fael sayang” Mia menurut diraih tangan Tr lalu dikucupnya. Tr mengambil Mia dari dukungan Fauzi.

“Meh sini abang Fael sayang sikit” dikucup pipi mulus Mia. “Comel adik abang ni”
Mia Adriana ketawa mengekek bila di agah Tr. 



Mia Adriana
“Aunty puas hati sekarang, aunty ada anak perempuan dan lelaki, kan hubby?”

“yela..uncle ingat nak rahsia dulu aunty, Fael..tapi tak jadi aunty kamu  pandai goda uncle tu yang tak tahan terpaksa juga beritau kamu nak balik hari ni”

Tr tersenyum. Dia happy bila melihat aunty bahagia bersama uncle Fauzi. Cinta mereka berdua tetap utuh. Mereka saling mencintai. Dia ingin begitu. Bahagia bersama Zara dan anak-anak yang comel disisi. “Uncle, lain kali kena pakai kalis cinta”

“Kalis cinta? Ingat kalis peluru je” mereka ketawa bersama. “Jom..aunty kamu masak makanan kegemaran kamu. Bilik kamu tu masuk pagi tadi sudah empat kali aunty kamu bersihkan”

“you ni kan..kalau I tak peduli you mulalah nak mengunkit. Padahal setiap hari I sediakan macam-macam untuk you.”

“Yelah.sayang you menang” Fauzi meraih bahu Tengku Maisara kedadanya. “ jom kita bertolak sekarang”

“Nelly tak ikut sama?”soal Tengku Maisara. Dia dimaklumkan Melly sepupunya mama si Nelly yang anak perempuannya kalau boleh nak ikut balik bersama. Dia sudah merencanakan ideanya juga diberitahu pada Melly dan Melly pun setuju.

“Tak..”Tr mendukung Mia berjalan kedepan dari dia dan Fauzi. Dia memandang Fauzi tetapi suaminya member isyarat agar dia tidak menyoal lebih.Mereka berjalan bersama keluar dari KLIA .

3 comments:

  1. Replies
    1. shazlin hairany...fn topup lg ni..hehe tq masih setia dgn komen awk..

      Delete
  2. nape zara tak ingat ap2? kesian pulak kt dia... btw.. feeling habislah baca semua story nie... best sngt3!!!

    ReplyDelete