22/08/2013

Be Mine! 33



                                                                    to you by teen top
                                                                          so nice!!!

 TR, Zara dan Luqman

Bab 33

Dia mengambil botol sos tiram lalu dituang sedikit ke dalam masakan. Dikacau masakannya kemudian diambil pulak sos tomato dan dituang jugak dalam kuali itu. dikacau sekali lagi biar sebati sos-sos tadi dengan ketulan ayam dalam kuali itu.

“Za..masak ape?” kinah datang mencuit pinggangnya. Mulut kinah penuh mengunyah buah epal merah yang rapuh itu.

“Ayam masak paprik. D  teringin nak makan semalam sebab tu aku nak buatkan untuk dia” dijeling Kinah sekilas. Perempuan itu menjuih bibir.

“kau ni tak adil tau, sikit-sikit..D, sikit-sikit D. aku?”Kinah meletak dagu kebahunya. Dipeluk Zara. “Aku jealous tau.. kau manjakan D lebihkan aku. jaga la sikit air muka aku Za,. Kau selalu buat itu ini kat D mengalahkan apa yang kau buat kat Luqman”

Luqman?

Ye..tak banyak dia buat untuk Luqman. Lelaki itu mungkin terasa banyak dnegannya. Dia lebihkan D kadanga kala Kinah. Tetapi D banyak lagi bersamanya dan berkongsi berbagai cerita kehidupan.

“Aloo..aloo, meh aku masak kat  kau” dipandang Kinah. “Kau nak makan apa? Cepat cakap”

“Tak nak lah..aku dah merajuk” Kinah mengambil sudip dari tangannya dan mengacau kemudian Kinah merasa sedikit masakan itu

“Sedap?”soalnya. Kinah angkat ibu jari sambil  kinah mengangguk kepala

“Hurmm..lepas ni boleh buka gerai kat simpang jalan masuk taman ni” tersengih Kinah. Sebenarnya Kinah ada sifat manjanya biarpun perempuan itu nampak kasar. Mungkin kinah banyak berusaha sendiri sejak dari kecil dan dibesarkan tanpa ayah membuatkan perempuan itu pandai menjaga diri.

“aku nak telefon D kejap suruh datang kesini makan tengahari” Dia berlalu kedepan, diambil Samsung Note atas meja kopi tepi sofa diruang tamu. “ Kinah jangan lupa tolong taruhkan daun limau purut dalam masakan aku”

 Didail nombor D.

“Allooo…” dia tersengih mendengar suara itu

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam..my princess”

“D..aku masak ayam paprik kat kau, datang sini makan dengan kita orang” dia mendengar suara ketawa D.

“Za yang kusayang..tak pernah ku lupa walau sehari pun..lalalala”D sudah mengarut dengan lagu ciptaannya sendiri

“Dah la..D, hujan karang kau tak boleh datang sini”mengekek ketawa mereka.

“Takpe Za..adinda kesayanganku kan ada..” ‘adinda’ bermaksud myvi kaler pink milik si D tu la.  Selesai menelefon D, dia menelefon Luqman pula. Hujung minggu ni pasti lelaki itu tidak buat apa dirumah, elok ajak makan bersama lagipun luqman selalu juga makan bersama mereka dirumah.


**************************************
Tr membaringkan dirinya. Esok uncle ajak tengok hotel yang baru dibelinya bersebelahan dengan shopping mall milik mereka sebelum dia mula bekerja. Melawat kawasan kononnya. Kata uncle Fauzi hotel tu dibeli kerana aunty Maisara suka dengan hotel tu sebab itu tempat pertama mereka dating sewaktu mereka dewasa. Hotel tu banyak mendatangkan kenangan manis uncle dengan aunty.

Dia?

Banyak kenangannya dengan zara.

Keychain bintang.

Baju hasil lukisan tangan Zara.

Setiap buku yang dipinjamkan pada Zara pasti ada lukisan kartun yang memberinya semangat. Sebab itu dia tidak buang semua buku itu dan dia simpan dengan elok seperti novel milik Zara.

“Abang…”ketukan dipintu bersama suara memanggilnya.

“Masuklah..” dia tahu gerangan yang mengetuk pintu biliknya. Nelly!

“Sorry menganggu.. nelly just nak berbual dengan abang”Nelly tersengih. Gadis itu melabuh ke sofa berhadapan dengan katilnya. Dia bangun dari pembaringannya.

“Apa?” dia memandang gadis berambut perang itu. gadis comel dan lincah.

Kadang- kala gadis itu seperti Zara bila gadis itu berceloteh dan sikap kelam-kabut gadis itu banyak mengingatkan dia pada Zara,tetapi kadang-kala tidak  seperti zara. Kerana Zara gadis yang penuh adap ketimuran.

“Saja.. abang sombong  dengan Nelly sejak balik sini ea?”dia tersenyum. Gadis itu masih kebudak-budakan. Gadis itu muda darinya empat tahun baru tamat pengajian tetapi sudah pandai mengodanya ayat-ayat yang dia sendiri segan untuk menjawabnya.

“Nelly rasa macam tu ke?”

“Hurmmm….abang mesti dah jumpa someone yang abang simpan lama dulu di dalam ni” Nelly tersengih sambil menunjuk dadanya dengan jari telunjuk.

Dia ketawa. Dia jadi rindukan Zara..sangat-sangat.

“Sudahlah..abang nak rehat” digosok kepala gadis itu sambil tersenyum. Nelly sudah dianggap seperti adiknya tidak lebih dari itu. nelly menarik muncung. Gadis itu merapatinya dan duduk bersebelahannya diatas katil.

“abang tak sunyi ke?” nelly memandangnya

Dia melihat wajah manja itu sedang cuba mengodanya. “tak..”

Dia bingkas bangun dan berlalu ke balkoni. Dipaling kearah nelly yang sedang memandangnya. Hampa!

“Nelly keluar dulu” gadis itu mungkin malu dengan diri sendiri. Tr melepas keluhan. Dia bukan berniat mahu memalukan Nelly tetapi hati lelaki selalu menidak perempuan lain hadir selain Zara. Hanya Zara yang tetap bertahta dihatinya.

Tetapi gadis semalam?

Gadis itu seperti Zara namun dia tidak dapat melihat dengan sempurna wajah itu kerana penglihatan agak kabur bila waktu malam. Namun ketika itu jantungnya berdegup kencang seolah zara yang berada didepannya.

Juga…ada taman dihtinya

Dan..seolah dia melihat bintang indah dilangit ketika itu angin malam menyapa wajahnya dengan damai dan menyenangkan hatinya.

Itu cintakah?

Haila…Tr kau jatuh cinta ke?

Siapa gadis itu?

Tak mungkin..


**********************************
 
Zara menambah satu senduk nasi ke pinggan luqman bila melihat nasi dipinggan lelaki itu sudah kehabisan, dia yakin Luqman masih mahu makan lagi. “ Sedap?”

“Sedaplah..awak yang masak. Kalau macam ni hari-hari saya nak cepat-cepat duduk sebumbung dengan awak ” Luqman berterus-terang. D dan Kinah saling memandang kemudian pandangan mereka beralih kearah Zara. Zara hanya tersenyum sambil menjungkit bahu.  

Suapan nasi berlaukan ayam paprik dan sup ayam itu memang menaikkan seleranya. Dia memandang Zara. Gadis itu bukan lagi milik seseorang yang dulu menjadi pesaingnya. Dia pun tidak menyangka jodohnya dengan Zara kuat. Dia bertemu semula dengan gadis itu di Bandar kuala lumpur, dan berkenalan semula dengan gadis itu.

“Nanti susah la nak makan selalu air tangan kau, Za..kena mintak permission dulu dari Master ji kau” cuitan dari kinah membuatkan D memandang marah perempuan itu. ‘apa?’ soalannya dalam hati bila kinah masih lagi membuat isyarat supaya dia mendiamkan diri.

Luqman ketawa. “Nak tinggal dengan kita orang pun, saya tak kisah. Kawan Zara kawan saya juga”

Baik betul si Luqman ni. kinah memandang D sambil mengetap bibir. Mulut berkumat-kamit mengancam D jika lelaki lembut cuba provoke si Zara lagi. Kacau daun betullah si D ni.

“Naaa..tengok, baik betul luqman Za. Haiseh..kalau aku sekarang terima sudah proposal Encik Luqman ni” mengekek ketawa Kinah. Zara hanya mengukir senyum. Nasi masih bersisa itu dihabis dengan suapan terakhir kemudian dia bangun ke sinki membasuh pinggan dan tangannya.

“Za..jangan fikir banyak. Jaga hati kau sama yang penting di sini” D menunjuk jari telunjuk ke dada. D datang tiba-tiba, lelaki itu mengambil tempatnya membasuh pinggannya yang masih belum dibilas. D menghulur pinggan yang sudah dicuci kepadanya untuk dilap.

“Apa maksud kau?”

“Aku kan shadow kau” Dia tergelak. Sempat lagi dia menyapu hidung D dengan buih sabun. “kau faham kan apa yang aku katakan. Tepuk dada tanya hati kau”

D mencuit hidungnya. Dia mengangguk kepala. Kadang-kala dia terlupa siapa D sebenarnya. D tetap lelaki ada batas perlu dijaga.

“Eheemm..”Luqman tercegat dibelakang mereka. Dia dan D memandang lelaki itu dengan senyuman. Luqman seolah memaksa diri untuk menerima suasana disaat itu.

“Mari saya tolong basuhkan pinggan awak,” luqman datang kepadanya. D mengundur diri kedepan

“D tu tetap lelaki ,Zara” tegur Luqman

“Ye..saya tahu”dia membasuh pinggan lelaki itu. luqman memandang laman wajah itu dari tepi. Zara masih gadis yang sama dia kenal dulu tetapi gadis itu tetap berat untuk menerima cintanya masuk kedalam hati gadis itu. adakah masih ada dia?

Tak mungkin…

Gadis itu sudah lupa segalanya…

“Awak tak suka ke?’

“bukan..Cuma jangan terlebih mesra, saya jealous” Luqman tersengih.

Luqman baik. Lelaki itu selalu tak kisah apa yang dia buat. Lelaki itu juga tidak memaksa dan mendesak, lelaki itu lebih kepada menerima. Kadang-kala dia sendiri rasa bersalah kepada Luqman.

Kata Acik, tak ada lelaki yang sebaik luqman kalau dia memilih sangat terlepas hadiah istimewa yang mana tahu jodoh tuhan beri kepada kita tetapi kita memilih dan menolaknya dan akhirnya jodoh yang baik pergi begitu sahaja dan menunggu yang terbaik tidak mungkin akan datang lagi.

Lelaki itu berlalu pergi ke depan. Zara tahu luqman mungkin terasa dia baik dan lebihkan D dari lelaki itu. patut kinah jugak persoalkan layanannya pada lelaki itu dengan mereka. Dia lebih senang bersama D ataupun kinah.

“Rabu minggu ni?” Luqman menyoalnya bila dia datang membawa buah oren yang dihirisnya tadi lalu diletak diatas meja kopi. Buat pencuci mulut!

“Apa?” dia memandang setiap dari mereka bertiga yang duduk disofa sambil merehat diri setelah usai makan tengahari tadi.

“project runway kita la”Kinah sudah mengambil hirisan buah oren itu.

“Apa?”dia tak faham lagi.

“Showcase  baju pengantin la” balas D.

“OOo..betu-betul, rabu minggu ni je..Ya Allah cepatnya masa berlalu apapun tak prepare lagi.” Dia sudah 
garu pelipisnya “ Kinah designs baru kau dah siap ke?”

“Dah..semua lima pasang kan?” Dia mengangguk. Mereka telah mengisi borang penyertaan pertandingan baju pengantin untuk showcase shopping mall itu.

“Ada catwalk peragakan baju pengantin nanti” dia memberitahu Luqman

“Siapa model korang?”soal Luqman

“Zara!!” kinah dan D menjawab serentak. Luqman membuntang mata. Lelaki itu ketawa

“boleh ke?” Dia mencemik.

“kenapa?”.

“takut tak ‘laku’ je baju korang” mengekek ketawa luqman Dia mencubit peha lelaki itu.

“practice sebelum bertunang dengan awak” luqman masih lagi mengusap pehanya. Lelaki itu tersenyum mendengar kata Zara itu. dia berharap zara perlahan-lahan menerimanya.

D dan kinah hanya tersenyum memandang pasangan cantik itu.

“Dah tak sempat nak cari model lain, Za je yang boleh catwalk atas stage tu” D menjeling Kianh bila menghabiskan ayatnya.

“Asal? Aku tak bole catwalk ke?” Kinah menyoal mengancam D.

“Kau tu cutwalk..tersekat-sekat last tertungging” habis ayat D terus mereka bertiga ketawakan  Kinah.

“Chaaiittt..kau tu, jalan terlipat-lipat”mula dah..perang mulut mereka berdua.

“Dahl ah D, Kinah. Malu sikit kat Luqman” tegur Zara. D menjuih bibir. Kinah membulat mata mengancam sambil bibir mengetap menahan diri. Nasib baik ada Luqman kalau tidak dah lama aku tunjal-tunjal dahi kau Muhamad Zaidi. Toya..betul!

“Model baju lelaki?”soal Luqman sambil memandanganya. Luqman jealous ke?

“Tak ada lagi nak harap lelaki sebelah ni memang tak…takut berlipat-lipat atas stage” dia dan luqman tergelak melihat mereka berdua saling menyakat. Ada potensi nak hidup bersama ni si Kinah dan D.

D sempat mencekup mulut Kinah yang memuncung ke arahnya. Pantas tangan Kinah menamparnya. 
“Sakitlah D”

“Jahat sangat mulut tu”marah D sambil mengejek Kinah yang mengadu sakit.

“Mulut kau pun sama”balas Kinah.

Zara dan Luqman memerhati sambil ketawa menggeleng kepala. “2x5!”serentak dia dan Luqman mengata mereka berdua.

“Luqman..boleh?” soal D

“Seganlah..”luqman garu pelipis namun bila melihat wajah mereka bertiga yang mengharap akhirnya dia mengangguk juga“Hurrmm..tengok dulu saya takut ada appointment dengan client”

Lagi bagus kalau Luqman semdiri jadi model pengantin lelaki, baru sepadan dengan Zara. Luqman melihat laman wajah itu tersenyum memandanganya. Manalah tahu kena badi pakai baju pengantin cepat dia kahwin dengan Zara.

Siapa tahu???

p/s: tak sempat nak edit sowi...+ _+

17/08/2013

Be Mine! continue bab 32


salam...follwer semua, trimasss masih setia ngn citer fn yang merapu berbagai juast nak hilang boring n seronok jgk kdg-kala kita layan citer merapu ni keh3..tq jgk utk yg setia memberi komen anda..syg semuanya..sbb korang fn semangat nak habis kan citer ni..


leessang 'gary' -tears
sedap!!!

**semalam tgk runningman suka sgt dgn mondaycouple gary rupa2nya dia ada group n dis song fn mmg dah pernah dgr dulu tp x perasan yg rapernya gary hahhaha...haila, tulah kdg2 kita mmg tak perasan melainkan owg tu ada buat sesuatu yang kita ingat n then fn pun mntk tlg inche google n miss youtube carikan group leessang ni..hik3..merapu!!


 

 
just pic


Tr melabuh pungungnya ke kerusi VIP. Dia memandang sekeliling. Sekejap lagi konsert akan bermula. Dia datang seorang. Semalam Nelly datang dan dia ada pelawa adik sepupunya itu ke konsert bila disuruh aunty Maisara. Nasib baik nelly tidak berminat.

“Konsert beyonce tak pe jugak” itu kata Nelly. Dia tak kisah kalau Nelly tak ikut. Dia lebih senang sendirian.

Tepukan gemuruh bila Jamal Abdillah keluar ke stage. Lagu pertama yang dinyanyikan Azura. Dia menghayati lagu itu sambil terkenangkan Zara.

D tersenyum melihat bibir Zara tak lekang dari senyuman. “Happy?”

“Mesti la..” Zara mencuit lengannya.

“Za..lagu apa yang kau paling suka?”

“Disudut Kamar hati ku”

“Ye..jap lagi kot?” Zara mengangguk. 

Tr terasa handsetnya berbunyi. Nasib baik di silent nya. Dia mengambil dari kocek seluarnya dilihat skrin iphone 5,Pa’an telefon. Dia bingkas bangun. Berjalan  ke lorong keluar.

“Ishh..lindung la lelaki tu Za..” Zara melihat lelaki yang berjalan di lorong depan. Wajah lelaki itu seolah seperti dia pernah lihat dulu. Tapi dimana?

Tr masuk semula bila selesai berbual dengan Pa’an. Kawan sekolahnya. Dia tahu Pa’an pasti tahu kepulangannya kerana lelaki itu rakan kongsi niaga sekarang dengan uncle Fauzi. Pa’an mengajaknya keluar lepak bersama teman yang lain.

Bila dia melabuh saja ke kerusi lagu ‘Disudut Kamar Hatiku’ mula dinyanyikan. Zara..aku harap kau dapat dengar lagu ni kalau kau masih ada sekarang.

Zara dah tiada..hanya kenangan sahaja.

“D..lagu mak dan ayah aku. aku suka sangat dengar lagu ni sebab lagu ni mengingatkan aku pada mak dan ayah aku” Zara berbisik. D mengangguk dengan senyuman.

Selesai konsert itu mereka berdua berjalan keluar ke lobby. D melihat Zara yang masih tersenyum. “Puas hati?”

“Puas sangat..thank you D” Zara melonjak keriangan. “Balik nanti aku nak tidur dnegan senyuman”

D ketawa. “Yelah tu..sengal kau Za, nanti si Kinah tu ingat kau mengingau malam”

“Biar..kalau boleh aku nak nyanyi kat telinga Kinah, okey?”

D angkat ibu jari “Best..biar dia terkencing malam dengar kau nyanyi kat telinga dia”

Mereka berdua ketawa sambil berjalan turun anak tangga. Tr tertarik mendengar bunyi ketawa itu. dilihat seorang perempuan dan seorang lelaki lembut sedang bertepuk tampar berjalan seiringan ke tempat parking kereta.

Lama dia memandang perempuan bertudung itu. Dia kaku disitu bila perempuan tu memandang ke arahnya sekilas lalu.

Zara? jantungnya berdegup kencang. Dia bergegas kea rah mereka berdua itu namun terlambat. Kereta myvi warna pink sudah berlalu pergi.

“Zara?” tak mungkin..dia memandang dada langit malam. Taburan bintang malam ini sangat indah. Kelipan 
cahaya itu memberi dia semangat.

Bintang malam… “macam bintang, mana tahu ada yang serupa dengan Zara”
Dia teringat kata uncle Fauzi. Bintang banyak tetapi Zara seorang. Ada ke yang serupa dengannya?.


“Puas hati pergi tengok konsert?” Kinah mengcekak pinggang.  Zara tersengih sambil mengangguk kepala. Dia berjalan ke dapur lalu di ambil mug kemudian dia ke peti sejuk dituang jus oren ke dalam mug. “Tak minum kat luar ke?’

“Tak.. D mengantuk sangat tadi.”

“Lelaki lembut tu memang cepat mengantuk” bebel Kinah

“Sengal kau Kinah mengata D. dia  letih la.. tu pun dia baik ambik dan hantar aku”

“yelah tu..” Kinah berlalu ke kamar tidur. Kinah tak pernah tidur seorang. Walaupun rumah itu ada tiga bilik. 

Kinah mahu jugak tidur sebilik dengannya. Perempuan itu takut gelap Nampak je gagah tapi takut gelap.

Dia menghabiskan jus oren. Dia suka sangat dengan jus oren. Dia akan  mengangkut stok jus oren kalau sudah tinggal sekotak dalam peti sejuk.

 Dia melihat skrin telefon ada lima miscall dari Luqman. Lelaki itu sudah dimaklum yang dia pergi tengok konsert dengan D. dia menekan button huruf menghantar mesej kepada lelaki itu.

‘Saya dah pulang, awak dah tidur ke?’

Dia membasuh mug di sinki. Sekejap mesej baru masuk. Dibukanya

‘Belum, baguslah awak selamat sampai rumah. Seronok?’

Dia pantas menekan button huruf. ‘seronok sangat’

Mesej masuk ‘tak ingat kat saya ke?’

Dia membalasnya ‘ingat, saya Nampak awak menyanyi bersama Jamal Abdillah tadi’

Sekejap saja luqman membalasnya ‘Hahaha… pandai sayang saya buat lawak malam-malam ni’

‘ok..awak,saya nak masuk tidur. Good night!’

‘good night sayang! Mimpi saya malam ni =)’

Zara meletak handset Samsung Notenya atas meja solek. Dia berjalan ke bilik air untuk mencuci muka dan memberus gigi sebelum tidur. Dia teringat lelaki tadi. Kenapa dia macam pernah melihat lelaki itu atau memang.lelaki itu ada dalam kenangan dia ke sebelum ni?


Luqman Nur Hakim


 

16/08/2013

Be Mine! 32

miss right by teen top
daebakkk!!!

Bab 32

“Za..aku dah tempah  ni” D mengibas dua keping tiket diwajahnya.

“Konsert Jamal Abdillah?”bulat matanya sambil menyoal D yang sedang ketawa mengusiknya. “mana kau dapat, D?”

'D'

“Tempahlah..hadiah hari lahir kau dah lepas tapi aku saja booking tiket ni nak buat surprise kat kau”

“Yay! Ni buat aku sayang sangat dengan kau” Zara melonjak keriangan. “Dua je?”

“Yelah kita berdua je, kenapa?”soal D pelik.

“Kinah?”

“Perempuan tu? Mana nak layan penyanyi veteran zaman mak dia”bebel D sambil meletak dua keeping tiket ke tapak tangannya.

“MAna tahu Kinah nak join jugak”

“Mana kinah? Meh aku panggil dia” D memanjang leher mencari kelibat Kinah dalam butik itu. 

“Kinah!!..kinah!!”

Zara tersenyum. D saja nak mengusik kinah sambil memanggil nama perempuan dengan nada menjerit-jerit.

“Apa?” Kinah datang dari stor belakang “ aku tengah tengok barang. Okey jugak kedai baru tu kan?”

Zara mengangguk. “Dia supplier jugak bunga-bunga segar dengan harga yang berpatutan. Boleh jugak kita order je kat dia kalau ada wedding yang nak pakai konsep dari taman”

“Dia tu kawan mak aku, dah lama dia supplier barang kat kedai mak aku dulu sebab tu aku nak pakai dia je. Kawan D yang dulu bahaya sikit”

Berkerut dahi D “apa yang bahaya?”

“dia macam syok kat kat kau je, kalau spesis aku takpe jugak aku bagi green light, ni tak..spesis kau jugak.”berdesing telinga D. lelaki itu berdepan dengan Kinah sekarang

“apa aku tak tulen ke? kau ingat aku ni suka lelaki ke? aku boleh bagi sorang anak kat kau tau”D mendabik dada. Menjerit-jerit dia mempertahan dirinya.

Sakinah ketawa mengekek. Sempat tangannya menunjal dahi D. “tulen ke?”

“Jaga kau Sakinah.. esok hari kau bila dapat lelaki macam aku baru  padan dengan muka kau”

“Ehh..jangan duk menyumpah aku pulak”

“Dahl ah..korang ni sehari tak bertekak tak boleh ke?”

“Tak boleh!!!” serentak mereka berdua menjawab. Masing-masing memaling muka kea rah lain.

“Kinah, sebenarnya kita orang nak ajak kau tengok konsert, kau nak pergi tak?”

Sakinah berpaling mengadap mukanya sambil membulat biji mata “Nak la.. konsert Kpop ke? sapa datang kali ni 2pm?4minute? infinite?ke, lee min hoo yang datang okey jugak?”

“haila..sengal kau Kinah siap hafal nama penyanyi kpop lagi. Mana adanya…”

“Konsert Jamal Abdillah ekluksif tiket terhad” D mengambil tiket dari tangannya kemudian menayang depan Kinah. “Nak tak?”

“Lorhh… tak mau la, ingat konsert kpop yang ura-ura nak datang sini”

“Ada jugak layan kpop” D mencekak pinggang “kau tu dah dua puluh tujuh tahun Kinah, bukan tujuh belas tahun!”

“Wei..korang tahu sekarang zaman Kpop tau, semua orang suka kpop. Tema pengantin pun sekarang dah berlambak kpop” Kinah mengangkat kening puas dengan hujahnya. Zara dan D menjuih bibir. “Za..kau ingat tak yang kau layan citer princess hour tu”

“Ye..”Zara tersenyum

“Kan tu korea punya drama, kau feeling habis citer tu kau tak ingat?”

“Ala..aku layan drama je”

“Dah..dah..sekarang kau nak ikut tak?”soal D.

“Tak nak, aku banyak kerja nak kena buat..apapun korang kirim salam kat abang Jamal tu” mengekek ketawa Kinah sambil mencicit keluar dari butik.

“Kinah nak pergi mana?”

“Cari ilham buat design baju baru” Kinah melambai tangan tanpa menoleh kebelakang.

“Kan aku dah cakap si Kinah tu mana nak layan konsert ni”D sudah melabuh ke sofa.

“Bila konsert tu?’

“Hari sabtu ni je”zara tersenyum puas. Selama ni dia tidak pernah pergi ke konsert Jamal Abdillah. Hanya tonton dari tv.

“thank you D..” D mengangguk kepala. Dia senang hati melihat Zara gembira. Perempuan tu baik sangat dengannya. Zara seorang yang melayan dia seperti adik-beradiknya. Pernah dulu dia tak balik rumah beraya dengan familynya. Dia tahu kalau balik pasti mama tiada dirumah selalu saja outstation ke luar negara. Zara mempelawanya balik kampong Zara dan mereka beraya bersama mak sedara Zara. Selepas itu stiap kali raya dia pasti akan ikut Zara pulang beraya bersama. Dia sangat sayangkan Zara.



TR menunggu untuk mengambil begnya diletak atas troli. Dia memerhati sekeliling airport KLIA itu. rata-rata dilihatnya wajah melayu. Rindu juga dia dengan Malaysia. Rindu lagi pada Zara.

Dia berjalan menyoroti trolinya. “Fael!!!”

“Fael…”dia berpaling. Wajah aunty Maisara dan uncle Fauzi yang sedang mendukung Mia. Adik sepupunya yang comel itu.

Dia melambai tangan. Dia mengatur langkah dengan pantas namun aunty Maisara lebih pantas darinya. Tubuhnya diraih dalam pelukan mak sedaranya itu. pipinya dikucup melepas rindu. “Rindu aunty sangat-sangat”

“Habis? kenapa tak balik?” soal Tengku Maisara sambil mengusap bahunya. Anak muda itu sekarang sudah tinggi lampai dengan badan yang tegap. Tr seperti abangnya. Seiras! Segak dan tampan.

“Saja..biar aunty rindu” Tr tersenyum. Pelukan dilerai dia berpaling kearah fauzi “Hai..uncle, Hai Mia”

“Cepat salam abang Fael sayang” Mia menurut diraih tangan Tr lalu dikucupnya. Tr mengambil Mia dari dukungan Fauzi.

“Meh sini abang Fael sayang sikit” dikucup pipi mulus Mia. “Comel adik abang ni”
Mia Adriana ketawa mengekek bila di agah Tr. 



Mia Adriana
“Aunty puas hati sekarang, aunty ada anak perempuan dan lelaki, kan hubby?”

“yela..uncle ingat nak rahsia dulu aunty, Fael..tapi tak jadi aunty kamu  pandai goda uncle tu yang tak tahan terpaksa juga beritau kamu nak balik hari ni”

Tr tersenyum. Dia happy bila melihat aunty bahagia bersama uncle Fauzi. Cinta mereka berdua tetap utuh. Mereka saling mencintai. Dia ingin begitu. Bahagia bersama Zara dan anak-anak yang comel disisi. “Uncle, lain kali kena pakai kalis cinta”

“Kalis cinta? Ingat kalis peluru je” mereka ketawa bersama. “Jom..aunty kamu masak makanan kegemaran kamu. Bilik kamu tu masuk pagi tadi sudah empat kali aunty kamu bersihkan”

“you ni kan..kalau I tak peduli you mulalah nak mengunkit. Padahal setiap hari I sediakan macam-macam untuk you.”

“Yelah.sayang you menang” Fauzi meraih bahu Tengku Maisara kedadanya. “ jom kita bertolak sekarang”

“Nelly tak ikut sama?”soal Tengku Maisara. Dia dimaklumkan Melly sepupunya mama si Nelly yang anak perempuannya kalau boleh nak ikut balik bersama. Dia sudah merencanakan ideanya juga diberitahu pada Melly dan Melly pun setuju.

“Tak..”Tr mendukung Mia berjalan kedepan dari dia dan Fauzi. Dia memandang Fauzi tetapi suaminya member isyarat agar dia tidak menyoal lebih.Mereka berjalan bersama keluar dari KLIA .