22/08/2013

Be Mine! 33



                                                                    to you by teen top
                                                                          so nice!!!

 TR, Zara dan Luqman

Bab 33

Dia mengambil botol sos tiram lalu dituang sedikit ke dalam masakan. Dikacau masakannya kemudian diambil pulak sos tomato dan dituang jugak dalam kuali itu. dikacau sekali lagi biar sebati sos-sos tadi dengan ketulan ayam dalam kuali itu.

“Za..masak ape?” kinah datang mencuit pinggangnya. Mulut kinah penuh mengunyah buah epal merah yang rapuh itu.

“Ayam masak paprik. D  teringin nak makan semalam sebab tu aku nak buatkan untuk dia” dijeling Kinah sekilas. Perempuan itu menjuih bibir.

“kau ni tak adil tau, sikit-sikit..D, sikit-sikit D. aku?”Kinah meletak dagu kebahunya. Dipeluk Zara. “Aku jealous tau.. kau manjakan D lebihkan aku. jaga la sikit air muka aku Za,. Kau selalu buat itu ini kat D mengalahkan apa yang kau buat kat Luqman”

Luqman?

Ye..tak banyak dia buat untuk Luqman. Lelaki itu mungkin terasa banyak dnegannya. Dia lebihkan D kadanga kala Kinah. Tetapi D banyak lagi bersamanya dan berkongsi berbagai cerita kehidupan.

“Aloo..aloo, meh aku masak kat  kau” dipandang Kinah. “Kau nak makan apa? Cepat cakap”

“Tak nak lah..aku dah merajuk” Kinah mengambil sudip dari tangannya dan mengacau kemudian Kinah merasa sedikit masakan itu

“Sedap?”soalnya. Kinah angkat ibu jari sambil  kinah mengangguk kepala

“Hurmm..lepas ni boleh buka gerai kat simpang jalan masuk taman ni” tersengih Kinah. Sebenarnya Kinah ada sifat manjanya biarpun perempuan itu nampak kasar. Mungkin kinah banyak berusaha sendiri sejak dari kecil dan dibesarkan tanpa ayah membuatkan perempuan itu pandai menjaga diri.

“aku nak telefon D kejap suruh datang kesini makan tengahari” Dia berlalu kedepan, diambil Samsung Note atas meja kopi tepi sofa diruang tamu. “ Kinah jangan lupa tolong taruhkan daun limau purut dalam masakan aku”

 Didail nombor D.

“Allooo…” dia tersengih mendengar suara itu

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam..my princess”

“D..aku masak ayam paprik kat kau, datang sini makan dengan kita orang” dia mendengar suara ketawa D.

“Za yang kusayang..tak pernah ku lupa walau sehari pun..lalalala”D sudah mengarut dengan lagu ciptaannya sendiri

“Dah la..D, hujan karang kau tak boleh datang sini”mengekek ketawa mereka.

“Takpe Za..adinda kesayanganku kan ada..” ‘adinda’ bermaksud myvi kaler pink milik si D tu la.  Selesai menelefon D, dia menelefon Luqman pula. Hujung minggu ni pasti lelaki itu tidak buat apa dirumah, elok ajak makan bersama lagipun luqman selalu juga makan bersama mereka dirumah.


**************************************
Tr membaringkan dirinya. Esok uncle ajak tengok hotel yang baru dibelinya bersebelahan dengan shopping mall milik mereka sebelum dia mula bekerja. Melawat kawasan kononnya. Kata uncle Fauzi hotel tu dibeli kerana aunty Maisara suka dengan hotel tu sebab itu tempat pertama mereka dating sewaktu mereka dewasa. Hotel tu banyak mendatangkan kenangan manis uncle dengan aunty.

Dia?

Banyak kenangannya dengan zara.

Keychain bintang.

Baju hasil lukisan tangan Zara.

Setiap buku yang dipinjamkan pada Zara pasti ada lukisan kartun yang memberinya semangat. Sebab itu dia tidak buang semua buku itu dan dia simpan dengan elok seperti novel milik Zara.

“Abang…”ketukan dipintu bersama suara memanggilnya.

“Masuklah..” dia tahu gerangan yang mengetuk pintu biliknya. Nelly!

“Sorry menganggu.. nelly just nak berbual dengan abang”Nelly tersengih. Gadis itu melabuh ke sofa berhadapan dengan katilnya. Dia bangun dari pembaringannya.

“Apa?” dia memandang gadis berambut perang itu. gadis comel dan lincah.

Kadang- kala gadis itu seperti Zara bila gadis itu berceloteh dan sikap kelam-kabut gadis itu banyak mengingatkan dia pada Zara,tetapi kadang-kala tidak  seperti zara. Kerana Zara gadis yang penuh adap ketimuran.

“Saja.. abang sombong  dengan Nelly sejak balik sini ea?”dia tersenyum. Gadis itu masih kebudak-budakan. Gadis itu muda darinya empat tahun baru tamat pengajian tetapi sudah pandai mengodanya ayat-ayat yang dia sendiri segan untuk menjawabnya.

“Nelly rasa macam tu ke?”

“Hurmmm….abang mesti dah jumpa someone yang abang simpan lama dulu di dalam ni” Nelly tersengih sambil menunjuk dadanya dengan jari telunjuk.

Dia ketawa. Dia jadi rindukan Zara..sangat-sangat.

“Sudahlah..abang nak rehat” digosok kepala gadis itu sambil tersenyum. Nelly sudah dianggap seperti adiknya tidak lebih dari itu. nelly menarik muncung. Gadis itu merapatinya dan duduk bersebelahannya diatas katil.

“abang tak sunyi ke?” nelly memandangnya

Dia melihat wajah manja itu sedang cuba mengodanya. “tak..”

Dia bingkas bangun dan berlalu ke balkoni. Dipaling kearah nelly yang sedang memandangnya. Hampa!

“Nelly keluar dulu” gadis itu mungkin malu dengan diri sendiri. Tr melepas keluhan. Dia bukan berniat mahu memalukan Nelly tetapi hati lelaki selalu menidak perempuan lain hadir selain Zara. Hanya Zara yang tetap bertahta dihatinya.

Tetapi gadis semalam?

Gadis itu seperti Zara namun dia tidak dapat melihat dengan sempurna wajah itu kerana penglihatan agak kabur bila waktu malam. Namun ketika itu jantungnya berdegup kencang seolah zara yang berada didepannya.

Juga…ada taman dihtinya

Dan..seolah dia melihat bintang indah dilangit ketika itu angin malam menyapa wajahnya dengan damai dan menyenangkan hatinya.

Itu cintakah?

Haila…Tr kau jatuh cinta ke?

Siapa gadis itu?

Tak mungkin..


**********************************
 
Zara menambah satu senduk nasi ke pinggan luqman bila melihat nasi dipinggan lelaki itu sudah kehabisan, dia yakin Luqman masih mahu makan lagi. “ Sedap?”

“Sedaplah..awak yang masak. Kalau macam ni hari-hari saya nak cepat-cepat duduk sebumbung dengan awak ” Luqman berterus-terang. D dan Kinah saling memandang kemudian pandangan mereka beralih kearah Zara. Zara hanya tersenyum sambil menjungkit bahu.  

Suapan nasi berlaukan ayam paprik dan sup ayam itu memang menaikkan seleranya. Dia memandang Zara. Gadis itu bukan lagi milik seseorang yang dulu menjadi pesaingnya. Dia pun tidak menyangka jodohnya dengan Zara kuat. Dia bertemu semula dengan gadis itu di Bandar kuala lumpur, dan berkenalan semula dengan gadis itu.

“Nanti susah la nak makan selalu air tangan kau, Za..kena mintak permission dulu dari Master ji kau” cuitan dari kinah membuatkan D memandang marah perempuan itu. ‘apa?’ soalannya dalam hati bila kinah masih lagi membuat isyarat supaya dia mendiamkan diri.

Luqman ketawa. “Nak tinggal dengan kita orang pun, saya tak kisah. Kawan Zara kawan saya juga”

Baik betul si Luqman ni. kinah memandang D sambil mengetap bibir. Mulut berkumat-kamit mengancam D jika lelaki lembut cuba provoke si Zara lagi. Kacau daun betullah si D ni.

“Naaa..tengok, baik betul luqman Za. Haiseh..kalau aku sekarang terima sudah proposal Encik Luqman ni” mengekek ketawa Kinah. Zara hanya mengukir senyum. Nasi masih bersisa itu dihabis dengan suapan terakhir kemudian dia bangun ke sinki membasuh pinggan dan tangannya.

“Za..jangan fikir banyak. Jaga hati kau sama yang penting di sini” D menunjuk jari telunjuk ke dada. D datang tiba-tiba, lelaki itu mengambil tempatnya membasuh pinggannya yang masih belum dibilas. D menghulur pinggan yang sudah dicuci kepadanya untuk dilap.

“Apa maksud kau?”

“Aku kan shadow kau” Dia tergelak. Sempat lagi dia menyapu hidung D dengan buih sabun. “kau faham kan apa yang aku katakan. Tepuk dada tanya hati kau”

D mencuit hidungnya. Dia mengangguk kepala. Kadang-kala dia terlupa siapa D sebenarnya. D tetap lelaki ada batas perlu dijaga.

“Eheemm..”Luqman tercegat dibelakang mereka. Dia dan D memandang lelaki itu dengan senyuman. Luqman seolah memaksa diri untuk menerima suasana disaat itu.

“Mari saya tolong basuhkan pinggan awak,” luqman datang kepadanya. D mengundur diri kedepan

“D tu tetap lelaki ,Zara” tegur Luqman

“Ye..saya tahu”dia membasuh pinggan lelaki itu. luqman memandang laman wajah itu dari tepi. Zara masih gadis yang sama dia kenal dulu tetapi gadis itu tetap berat untuk menerima cintanya masuk kedalam hati gadis itu. adakah masih ada dia?

Tak mungkin…

Gadis itu sudah lupa segalanya…

“Awak tak suka ke?’

“bukan..Cuma jangan terlebih mesra, saya jealous” Luqman tersengih.

Luqman baik. Lelaki itu selalu tak kisah apa yang dia buat. Lelaki itu juga tidak memaksa dan mendesak, lelaki itu lebih kepada menerima. Kadang-kala dia sendiri rasa bersalah kepada Luqman.

Kata Acik, tak ada lelaki yang sebaik luqman kalau dia memilih sangat terlepas hadiah istimewa yang mana tahu jodoh tuhan beri kepada kita tetapi kita memilih dan menolaknya dan akhirnya jodoh yang baik pergi begitu sahaja dan menunggu yang terbaik tidak mungkin akan datang lagi.

Lelaki itu berlalu pergi ke depan. Zara tahu luqman mungkin terasa dia baik dan lebihkan D dari lelaki itu. patut kinah jugak persoalkan layanannya pada lelaki itu dengan mereka. Dia lebih senang bersama D ataupun kinah.

“Rabu minggu ni?” Luqman menyoalnya bila dia datang membawa buah oren yang dihirisnya tadi lalu diletak diatas meja kopi. Buat pencuci mulut!

“Apa?” dia memandang setiap dari mereka bertiga yang duduk disofa sambil merehat diri setelah usai makan tengahari tadi.

“project runway kita la”Kinah sudah mengambil hirisan buah oren itu.

“Apa?”dia tak faham lagi.

“Showcase  baju pengantin la” balas D.

“OOo..betu-betul, rabu minggu ni je..Ya Allah cepatnya masa berlalu apapun tak prepare lagi.” Dia sudah 
garu pelipisnya “ Kinah designs baru kau dah siap ke?”

“Dah..semua lima pasang kan?” Dia mengangguk. Mereka telah mengisi borang penyertaan pertandingan baju pengantin untuk showcase shopping mall itu.

“Ada catwalk peragakan baju pengantin nanti” dia memberitahu Luqman

“Siapa model korang?”soal Luqman

“Zara!!” kinah dan D menjawab serentak. Luqman membuntang mata. Lelaki itu ketawa

“boleh ke?” Dia mencemik.

“kenapa?”.

“takut tak ‘laku’ je baju korang” mengekek ketawa luqman Dia mencubit peha lelaki itu.

“practice sebelum bertunang dengan awak” luqman masih lagi mengusap pehanya. Lelaki itu tersenyum mendengar kata Zara itu. dia berharap zara perlahan-lahan menerimanya.

D dan kinah hanya tersenyum memandang pasangan cantik itu.

“Dah tak sempat nak cari model lain, Za je yang boleh catwalk atas stage tu” D menjeling Kianh bila menghabiskan ayatnya.

“Asal? Aku tak bole catwalk ke?” Kinah menyoal mengancam D.

“Kau tu cutwalk..tersekat-sekat last tertungging” habis ayat D terus mereka bertiga ketawakan  Kinah.

“Chaaiittt..kau tu, jalan terlipat-lipat”mula dah..perang mulut mereka berdua.

“Dahl ah D, Kinah. Malu sikit kat Luqman” tegur Zara. D menjuih bibir. Kinah membulat mata mengancam sambil bibir mengetap menahan diri. Nasib baik ada Luqman kalau tidak dah lama aku tunjal-tunjal dahi kau Muhamad Zaidi. Toya..betul!

“Model baju lelaki?”soal Luqman sambil memandanganya. Luqman jealous ke?

“Tak ada lagi nak harap lelaki sebelah ni memang tak…takut berlipat-lipat atas stage” dia dan luqman tergelak melihat mereka berdua saling menyakat. Ada potensi nak hidup bersama ni si Kinah dan D.

D sempat mencekup mulut Kinah yang memuncung ke arahnya. Pantas tangan Kinah menamparnya. 
“Sakitlah D”

“Jahat sangat mulut tu”marah D sambil mengejek Kinah yang mengadu sakit.

“Mulut kau pun sama”balas Kinah.

Zara dan Luqman memerhati sambil ketawa menggeleng kepala. “2x5!”serentak dia dan Luqman mengata mereka berdua.

“Luqman..boleh?” soal D

“Seganlah..”luqman garu pelipis namun bila melihat wajah mereka bertiga yang mengharap akhirnya dia mengangguk juga“Hurrmm..tengok dulu saya takut ada appointment dengan client”

Lagi bagus kalau Luqman semdiri jadi model pengantin lelaki, baru sepadan dengan Zara. Luqman melihat laman wajah itu tersenyum memandanganya. Manalah tahu kena badi pakai baju pengantin cepat dia kahwin dengan Zara.

Siapa tahu???

p/s: tak sempat nak edit sowi...+ _+

3 comments:

  1. shazlin hairany, sementara je..hehe lps ne byk lagi yg menarik dgn kisah diorang..k, trimasss sudi mmberi komen...=))

    ReplyDelete
  2. knapa msti luqman dgn zara.. mne tr??

    ReplyDelete