Bab 45
Setahun enam
bulan kemudian…..
Luqman Nur
Hakim sedang ralit memilih buku yang perlu dia beli untuk dibaca waktu lapangnya.
Sejak dia memilih untuk melepaskan Zara, dia cuba melupakan gadis itu
perlahan-lahan. Banyak aktiviti yang jarang dia lakukan sebelum ini dia mula
aktif kembali.
Kadang-kala
dia ada menghubungi Tr dan Zara cuba menhilang rindu dan sunyi tanpa teman. Dia
masih mencari-cari seseorang yang berjaya mengetuk pintu hatinya seperti Zara.
Dia suka gadis yang bersahaja, sederhana dan comel tetapi dia masih belum
ditemui mungkin bukan jodohnya lagi.
Tiba-tiba
seorang gadis datang berdiri bersebelahannya. Dijeling gadis bertudung bawal
itu. Ditangan gadis itu penuh dengan beberapa buah novel.
“Encik..boleh
tolong ketepi sikit saya nak ambil buku itu”tanpa segan gadis itu menyuruhnya
dia ke tepi. Dia mengundur kebelakang dengan mulut separuh terbuka.Rahangnya ke
bawah. Tercengang dengan tindakan gadis itu.
“Maya..cepat
sikit, aku tak tahan nak pergi toilet”kawan si gadis itu datang sambil
merungut. Sempat kawan si gadis menyiku gadis itu “Mamat hensem sebelah kau”
Si gadis
bernama Maya menjelingnya sebelah mata. Adusss… tak tertarik ke gadis itu
dengannya?
“Kau pergi
dulu toilet sekejap lagi kita jumpa dekat depan Baskin Robin”
Kawan si
gadis mengambil tempat di sebelahnya. “Maya..aku tak jadi, nak tengok buku jap”
Tersengih-sengih
kawan si Maya. “HAila.cik Mon, awak tu sudah berpunya sedar diri sikit”
“Hai abang”sapa
kawan si gadis bernama Maya.
“hai..”dia
membalas sapaan itu.
“Kau pergi
dulu, aku tak puas pilih buku lagi”
“Hishh..kau
ni, nasib cuti sekolah. Kalau tidak bila kau nak ‘hadam’semua buku ni asyik
sibuk dengan bebudak sekolah” naa…luqman sudah dapat tangkap gadis bernama Maya
itu seorang cikgu.
“Encik ni
pasang telinga ke?”Hah? terjahan gadis itu mengena dia “Tak apa, kita manusia guna apa
yang Allah beri jadi buat apa nak tekup telinga kan?”
Luqman
ketawa. “Awak ni lucu”
“Okaylah..saya
dah pilih buku yang nak baca nanti. Bye!” gadis itu berlalu pergi dengan
kawannya. Tiba-tiba jantung Luqman berdegup kencang melihat senyuman gadis itu.
“Aikk..nanti
dulu” dia cuba menyekat langkah gadis itu “ Saya Luqman Nur Hakim, awak?”
“Maya
Ayunie”senyumannya berbalas. Luqman ketawa kecil. Dia berjumpa penganti Zara,
sorry Zara Maya berjaya menarik hatinya.
“Saya
belanja semua buku awak”
“Saya
sekali” si kawan Maya menyampuk dari belakang.
+++++++++++++++++++++++++++++++++
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…D,
Kinah masuklah” Zara berjalan perlahan-lahan.
“Hai..mak
buyong kita ni”D dan Sakinah melangkah masuk ke rumah kampung itu. cepat sahaja
Sakinah membantu Zara berjalan ke kerusi
rotan di ruang tamu rumah itu untuk duduk
“Apakhabar
bakal pengntin?”meleret senyuman si dara dan uda. “Senyum malu-malu kucing siam
pulak”
“Zara nanti
jemput datang sekeluarga tahu” D mengunjuk kad kendurinya.
“Eh..jemput
duduk. Jap.. acik! D dan Kinah datang jemput kenduri dia orang” Mak Leha
tersenyum sambil membawa dulang berisi air teh o yang masih berasap dan kuih
jemput-jemput yang baru digorengnya tadi.
“Kahwin
juga korang berdua”.ketawa Mak Leha bila teringat perangai pasangan itu asyik
bergaduh “Mak leha dah bagi amaran dulu bergaduh es0k-esok bernikah” Sakinah
menyalami Mak Leha. Dia membantu Mak Leha menghidang juadah petang untuk
mereka.
“D lah suka
sangat menyakat orang”
“Alah..dia
tu pun tahu nak cari pasal”
“Haaa..dah
mula, jangan bergaduh depan anak aku, nanti kesian kat walid dia nak jaga mulut
umi ni lagi anak ni lagi” megekek ketawa mereka.
“Hai..mengumpat
abang nampak” Tr keluar dengan berkain pelikat dan berbaju pagoda. D dan
Sakinah tersenyum penuh makna. Bukan senang nak lihat putera kayangan
berpakaian rakyat biasa. Hehehe..
“Buat apa
tadi?” soal D
“Baru
selesai solat” Tr menyalami D. lelaki lembut itu sudah macam saudaranya
sendiri.
“Macam mana
kerja?”
“Alhamdulillah..”
“Tr
sekarang banyak membantu aku kat kedai. Banyak tempahan sekarang, aku serah
dekat dia orang tolong siapkan. Aku dah tak larat.”
“BAru enam
bulan, Za..”
“Enam pun asyik
menendang je, teruk juga aku.”
Sejak
mereka berpindah ke kampung Tr mula bekerja di Seberang Prai berulang-alik
dengan kereta milik mereka sendiri. Bukan Audi tetapi Myvi yang mampu mereka
miliki namun Zara dan Tr bahagia mereka sekeluarga boleh bergerak kemana sahaja
dengan myvi itu.
Syarikat
Bina Maju Jaya tu milik keluarga Paan. Tr bekerja sebagai kontraktor. Kadang-
kala pereka dalaman perumahan itu jika
memerlu khidmat syarikat itu ada juga diserah separuh kepada Zara, isterinya
itu pandai dengan rekaan dalaman. Sedikit sebanyak mereka bahagia dengan kerja
dan kehidupan mereka yang sederhana itu.
Rezeki anak
mereka, kedai Andaman pengantin Zara semakin mendapat tempahan.
“Dengar kata, bila Zara bersalin nak tukar
kereta?”teka D sambil menghirup air teh o yang masih berasap itu.
“Yelah..kena
tambah ruang”balas Tr. “Tahniah bro…tahniah Kinah”
“Mak leha
nak kena bagi apa?”
“Tak payah
bagi apa, datang je kenduri kita orang”
“Tak pe Mak
Leha ada nak buat manisan sikit untuk kamu nanti.”
“Za..jangan
kau meletup sebelum majlis aku tau” Sakinah member amaran.
“Adik..aunty
Kinah pesan jangan keluar lagi sebelum majlis dia” mengekek ketawa mereka
mendengar ajukan Zara.
++++++++++++++++++++++++++
“Aku ada
berjumpa dengan keluarga aunty kau”ujar D bila mana mereka berbual di luar
rumah. Sambil mengadap sawah padi yang menghijau indah pada pandangan mata.
Nyaman!
“DIa
sihat?”
“Papa aku
beritahu aunty kau baru keluar hospital. Dia kena operation buang barah dalam
perutnya”Tr jadi resah. Hatinya sakit tiba-tiba. Dia tersangat rindukan aunty
namun aunty menetap syarat membuang dia jauh dari keluarga auntynya jika dia
berkeras memilih Zara.
D serba
salah memberitahu Tr bila melihat riak wajah Tr yang resah, tetapi dia lagi
rasa bersalah kalau tidak memberitahu perihal Tengku Maisara kepada Tr.
“Papa aku
ada invite aunty kau ke majlis kami. Kalau kau nak lepas rindu bolehlah
berjumpa dengan dia”
“Dia tak apa-apa
kan?”
“Maksud
kau?”
“Operation
dia? Sakit barah dia?”
“Dia okay
baru semalam dia hadiri mesyuarat hotel
terbaru milik keluarga kau”senyuman D membuang resahnya sedikit. Dia jadi lega
mendengarnya.
“Aku bukan
sapa-sapa lagi dalam keluarga itu D. Tengku Maisara dah gugur nama aku sebagai
pemengang saham terbesar keluarga itu”
“Yeke? Aku
tak rasa aunty kau sanggup buat begitu. Dia masih mengguna nama kau sebagai
pemengang saham utama syarikat Rash Holding. Percayalah” D menepuk lembut bahu
Tr.
“Aku tak
kisah D, aku bahagia dengan kerja aku sekarang. Ini yang aku minta dalam doa
aku, hidup sederhana dan tenang”
D bangga
dengan Tr. Lelaki itu boleh hidup
berdikari tanpa harta milik keluarga Tr. “Zara bertuah dapat kau Tr”
“Aku yang
bertuah dapat dia, D.” Tr mengaru pelipis “aku kalau kau kenal sebelum Zara
hadir dalam hidup aku, kau pun lari”
Mereka
ketawa bersama. Zara dan sakinah hanya memerhati dari dalam rumah.
“Apalah
yang dibualkan mereka berdua?” soal Sakinah pelik.
“Aku tengok
D nampak maskulin sekarang?” Sakinah membalas cemikan Zara.
“Haaalaa..puas
aku proses juga tau. Dia tu tahu kepit je. Aku kata kalau nak dekat aku kena
keras sikit. Jalan jangan kepit” mengekek ketawa Zara sambil memengang perutnya
yang semakin memboyot.
“Kau sudah
berjumpa dengan keluarga D?” Zara baru
dapat tahu siapa D sebenarnya. Itupun Tr yang beritahu sebelum Sakinah menceritakan
segalanya.
“Keluarga
dia okay. D saja yang cuba melarikan diri dari keluarga dia.” Zara mengangguk
faham. D menyalah keluarganya membiarkan kembar tak seirasnya dan lain jantina
itu meninggal dunia.
Sedangkan
keluarga D mempunyai hospital sendiri. Ayah D pengarah hospital swasta yang
kini mempunyai banyak cawangan.
“D tu
sensitive, selalunya adik kembarnya yang melindunginya. Sejak adik kembar
tiada, dia baru sedar yang dia patut melindungi adik kembarnya sedangkan dia
abang”ujar Sakinah. Sejak mengenali D dangan lebih dekat. Lelaki lembut
mempunyai semangat yang tinggi. Biarpun lembut lelaki itu tetap ingin menjadi
lelaki yang kuat dan gagah melindunginya.
“Elok
sangat kau sudah kenal dia. Dia suka perhatian”balas Zara.
“Perhatian dan manja kemain, rimas aku” mengekek ketawa
mereka.“Keluarga D yang mengurus semua majlis kami nanti”
“Baguslah
kau boleh bersama dengan keluarga mertua”ujar Zara dengan nada lemah. Sampai
sekarang dia ibarat menantu terbuang. Memang dia bahagia dengan Tr namun dia
tahu di sudut hati Tr, suaminya itu amat merindui aunty MAisara.
“Berdoa,
Zara. insyaAllah..Allah akan buka pintu hati Tengku Maisara untuk mnerima kau”
“Aku tak
kisah Kinah, aku kesian dengan Tr sebab aku dia terpaksa menyimpan rindu dendam
pada auntynya. Sejak kecil lagi aunty Maisara yang menjaganya seperti anak
sendiri tetapi sebab aku dia berpisah dengan aunty Maisara”
“Sayang..”Tr
datang ke arahnya “Selalu salahkan diri. Kesian kat anak kita asyik sedih saje”
Zara
memandang suami tercinta. Sang arjuna beta itu memnag pandai memujuk. Sejak dia
mengandung apa saja yang diminta pasti ditunaikan Tr. Tr memang menjaga dia
dengan penuh kasih sayang. Terima kasih tuhan..
“Ingat
pesan aku, jangan bersalin lagi sebelum majlis kami nanti” Sakinah sengaja
menukar topic.
“Tema
apa?”soal Zara ingin tahu.
“Apa lagi
Za, kpop laaaa…”d menjuling mata ke atas “sudah tua nak juga kpop jambu tu”
“Elehhh…dia
tak sedar dia pun jambu”
“Oiii..oiii..cik
kinah, jambu ni jambu asli tau” mengekek ketawa mereka.
“Hei..korang
tak da panggilan sayang ke?” soal Tr sambil ketawa masih bersisa dengan
perangai kawan Zara itu.
“Ada..lepas
kahwin nanti” balas Sakinah tersengih panjang.
“Apa dia?”
“Rahsia!”
serentak pasangan itu menjawab. Mereka ketawa bersama. MAk Leha yang berada di
dapur menjenguk sambil tersenyum mengeleng kepala.
Perangai
orang muda sekarang. Suka menyakat tanpa segan silu. Kalau dia dulu jangan
harap nak mengusik hal-hal rumah tangga ini.
Thanks FN 4 the new n3... :-) >3
ReplyDeletetq farah coz setia menanti cerita FN...tgh kutip balik idea nak habiskan cerita ni coz sudah lama menyepi.. :))
Delete