Tengku
Maisara menunaikan janjinya. Dia tetap dengan
egonya biapun dia tahu salahnya. Dia membuat syarat dengan TR. Jika anak
sedaranya memilih untuk dengan Zara, Tr tidak akan dapat sesen pun harta milik
keluarga mereka. Jawapan Tr mengecewakannya. Dia juga ingin kepastian apa yang
dikata Tr berkaitan Tengku Melinda. Nelly pun senyap, dengar khabar Nelly
menyambung pelajarannya ke UK semula.
“I just nak
tanya you Melly hal berkaitan jodoh fael dengan Nelly” kedatangan tengku
Maisara di vila Tengku Melinda disambut baik dan tenang. Tengku Melinda sudah
tahu dari nelly tentang Tengku Maisara.
“Jemput
minum dulu, I rasa you patut basah tekak you sebelum kita memulakan
semuanya”sindir Tengku Melinda. Adik sepupunya itu sudah melebihi segalanya.
Dia hilang sebahagian pemilikan harta keluarga nenda bila dia tidak berjaya
memikat hati tengku Rashdan. Puas dibela orang tua itu namun harta itu tetap
jatuh ke tangan keluarga Tengku Rashid ayahanda Tengku Rashdan dan Tengku
Maisara.
“I tahu you
berkenan sangat dengan abang I tetapi I tak tahu agenda dan niat you sebenarnya”
“Memang I
sukakan Rash dulu, tetapi dia lebih terpikat dengan Safiyyah yang sederhana
itu”
“So
sekarang you nak Nelly menyambung hajat you yang tak kesampaian?”
“Yeah..
Biarpun keluarga I sudah terkeluar dari keturunan Tengku Mariam dan Tengku
Rashid, tetapi I tetap cucu keluarga itu, I berhak ke atas semua milik Nenda
Mariam. I bela dia, makan minum, sakit demam dia semua I peduli tetapi si tua
tu letak syarat juga untuk harta dia” marah Tengku Melinda. Puas hati meluah
apa yang terbuku di hatinya. Nenda Meriam memang kejam. Sampai mati si tua itu
tidak percayakan dia.
“Rash
bertuah dia mati pun masih ada pewaris tunggal dia. Pandai Safiyyah lahirkan
anak lelaki untuk keluarga you”
“Jangan you
katakan pada I kemalangan abang I ada kena mengena dengan perancangan you”
tengku Melinda mengangguk sambil ketawa berdekah-dekah.
“I hanya
ada Nelly. Anak perempuan yang hanya tahu nak bermanja. I nak Safiyyah mati.
Biar Rash tiada penyambung zuriatnya” Tengku Melinda ketawa lagi “ Perancangan
I adalah Safiyyah dan Tengku Rafael tak sangka pulak tengku Rafael tidak hadir
ke event syarikat sebab demam.”
“Melly
kenapa you sanggup buat semua ni. Abang Rash dan I sepupu you.”
“Semua
sebab Ayah you seorang lelaki dan nenda Meriam lebihkan ayah you, dia nak semua
dipindah ke keturunan Tengku Rashid. I tak da niat nak bunuh Rash. I ingat
kereta yang membawa Safiyyah hanya dia dan Tengku Rafael. I ingat dia di hotel
sebab I dapat tahu Rash menginap di hotel sehari sebelum event itu. I tak
sangka dia ikut Safiyyah pulang ke rumah sebab tengku Rafael demam.” Tengku Melinda
mengonggoi meraung seperti orang hilang akal. Dia cintakan Tengku Rashdan, bila
kematian Tengku Rashdan berpunca
darinya. Dia bagai orang hilang separuh nyawa namun kedatangan Tengku Rafael
bagai pengubat rindunya pada Tengku Rashdan.
“I penyebab
abang you mati, Sara”Tengku Melinda meraung semahunya “Tangkaplah I masukkan I
ke dalam lokap, I sudah tak kisah”
Air mata
Tengku Maisara mengalir laju. Abang Rash… maafkan Sara, Kak Safiyyah…maafkan
Sara. Sara selalu menyalahkan kak safiyyah setiap kali teringat kemalangan itu.
“I tak
sangka, Sara. I tak boleh jadi penganti safiyyah sebab dia terus ambil Rash
bersama”Tengku Melinda menampar dadanya dan menarik rambutnya yang memang sudah
kembang.
Balik dari
vila Tengku Melinda, Tengku Maisara terus mengurung diri dalam bilik bacaannya.
Mia dibiar Buk Lijah uruskan. Hatinya sedih. Segalanya berpunca dari ketamakan
Tengku Melinda, dia kehilangan abang kesayangannya. Adakah dia juga seperti Tengku Melinda? Kerana
kekayaan yang mereka miliki dia jadi takut untuk pilihan Tr yang tidak
mempunyai apa-apa.
Tengku
Maisara ralit melihat foto abang bersama kakak ipar yang belajar bersama di
KAnada. Ketika itu fael masih kecil berusia setahun lebih. Keluarga itu bahagia. Dia menyalah kematian abangnya menyebab dia
dipertanggungjawab menjaga anak kecil itu.
Masa
mudanya dihabiskan menjaga syarikat dan pewarisan milik fael. Sebab itu dia
kecewa bila Fael sanggup meninggal semua yang dia usahakan untuk anak itu.
Tengku Maisara tidak mahu pun semua milik fael. Dia hanya ingin fael menghargai
pengobanannya sahaja.
“Abang Rash
mesti cintakan sangat kak Safiyyah?” dia teringat waktu itu dia dan abangnya
sedang merehat diri setelah penat berjogging.
“Sayang
sangat.. macam abang sayangkan adik abang ni” pipinya dicuit Tengku Rashdan.
“Abang yakin adik abang akan berjumpa dengan seseorang yang setia dan sabar
dengan perangai bertuah adik abang ni”
“Haishh…Sara
baik je abang”marahnya “Abang tu macam bertuah sangat perangai bebal suka
melawan cakap papa”
Ketawa
Tengku RAshdan sambil mengusap kepalanya. “Papa tak suka Safiyyah, dia nak
abang berkahwin dengan anak Nenda Meriam, melly”
“Melly pun
apa kurangnya”
“Melly bukan
gadis yang abang impikan”
“Wah…abang
demand juga ye?”
“Abang nak
gadis yang sederhana. Senyuman yang manis
cukup untuk abang seorang sahaja pujakan dia”
“Hai… mat
bunga juga abang Sara ni”
“ Baru Sara
tahu ke”sempat Tengku Rashdan mencubit Tengku Maisara dan berlari meninggalkan
adiknya.
“Tunggu…siap
abang dengan Sara bila dapat nanti” Tengku Maisara berlari mengejar Tengku
Rashdan. Awal lagi papa mahu menjodohkan abangnya dengan Tengku Melinda.
Bermakna papa masih lagi pentingkan anak sedaranya namun abangnya lebih memilih
cinta hati dari arahan papa biarpun papa mengugut seperti mana dia mengugut
Tengku Rafael.
“Fael nak
gadis yang sederhana, aunty”ungkapan itu dia masih ingat sewaktu bertanya soal
hati anak muda itu. waktu dia dapat tahu gossip Fael menaruh hati pada anak Tan
Sri Nazman, Natasya.
“Sederhana?
How about Natasya?”
“Dia bukan
gadis sederhana. Natasya selalu inginkan perhatian. Dia akan buat orang
sekelilingnya memandangnya”
“So?”
“Fael nak
gadis itu hanya manis untuk Fael seorang sahaja memandangnya tanpa jemu”disaat
itu Tengku MAisara rasakan ibarat berbicara dengan abangnya.
“Fael..”air
mata Tengku MAisara kembali menjurai semula. Adakah Zara Aulia gadis sederhana
dan manis dipandang Fael tanpa jemu?
Adakah Zara
Aulia seperti kakak iparnya meragut nyawa insan yang dia sayang? Oh..tidak! dia sudah menyalah
takdir Tuhan.
Tiba-tiba
perut Tengku MAisara terasa sakit seperti dihiris pisau. “Auwwhhh…sakitnya”
Suaminya
outstation. Mia pulak sedang nyenyak tidur. Tengku Maisara menahan sakit. Dia
mencari ubat tahan sakit lalu ditelannya. Setelah puas meneguk air, sakit di
perutnya beransur pergi.
No comments:
Post a Comment