BAb 46
“Tadaa…”Tr
menayang dua tiket ke konsert artis kegemarannya
“Mana
dapat?”soalnya. Tangannya sibuk melipat pakaian sudah kering dikutip dari jemuran.
Hari ini TR tak kerja tetapi suaminya itu kata ada urusan di Bandar. Alih-alih
si suaminya itu balik menayang tiket konsert.
“Jamal
Abdillah bagi” selamber kering saja jawapan Tr. Kepala si suami saja-saja
‘landing’ di ribanya.
“Ek..eleh..yeke?”
kerja melipat baju ter’gendala’ dek kerana si suami nak bermanja. “ Ni ape kes?
Kacau kerja orang”
“Saja..lama
tak mesra ‘alam’ macam ni” Tr pandang wajah si isteri sambil tayang gigi.
“Yela tu
cik Rafael..”sempat jari telunjuk si isteri ditunjal ke dahinya. “ Tak larat
nak layan fiil awak tu”
Mengekek
ketawa Tr. Kalau dulu dia suka komplen Zara macam ni macam tu la sekarang sudah
terbalik. Zara lebih ke sikap ‘penyakit puteri’.
“Alorhhh….hamba
tunai semua permintaan tuan puteri kenapa minta dibelai tuan puteri sudah
merungut?” tangan si isterinya membelai pipinya ditarik ke bibir kemudian
dikucup mesra.
“Nak suruh
Zara picitkan blackhead ke?”ngaaa….. Tr cepat mengalih wajahnya menyembam ke
perut Zara yang sedang membesar.
“Tak
nak..sakit” Zara tersenyum. Hatinya ketawa melihat telatah si suami ‘tengkujuh’
itu. “Sejak berhidup dengan Zara abang sudah rasa tak hensem”
Mengekek
Ketawa Zara. Di tunduk wajahnya. Dahinya bertemu dahi Tr. Senyuman Tr mekar.
“Ada saja nak cari jerawat la, blackhead la.. cuba mesra sikit belai muka abang
puji licin muka abang ni meh..Zara sayang sikit”
Zara
mengejek suara manjanya. “Meh..Zara cium sikit”
Bibir si
isteri sudah mengenai dahinya. “Cepat bagi tahu siapa belikan tiket tu?”
Soalan Zara
itu membuat mata Tr yang baru menikmati kemesraan si isteri terbuka “ Alah..D
yang kirimkan. Katanya nak belanja kita ke sana. Hadiah umpan katanya”
“Pandai la
D tu”
“Dia nak
kita jadi ke sana. Awak tu sayang, suka sangat dengan si Raja pop tu”
“Alah..Jamal
Abdillah hensem lagi dari abang kot?”
“Yela..abang
ni nasib tak jadi artis je kalau tidak mana nak sempat awak tu nak bermanja
macam ni tau..tak pun awak tu sayang hari-hari makan hati cemburukan abang
sebab banyak peminat perempuan”
“Abang
kalau jadi artis memang tak lah..Zara pilih orang lain jadi mr husband”
“Ngap
kepala baru tahu”Tr mencemik. Zara suka mengusiknya. Konon dia tak ‘laku’
sangat.
“Okaylah..Zara
bertuah dapat abang yang romantic..”Sengihan Tr semakin lebar sudah macam
joker.
“EEee..Zara
tak sukalah puji abang lebih-lebih kang..abang tu dapat balik penyakit putera
jenuh layan” mata si isteri sudah
menjuling ke atas.
“Ehemm..ehemm..sampai
bila nak habis lipat baju tu” suara sapaan Mak leha mengejutkan mereka.
Cepat-cepat Tr bingkas bangun dari pembaringannya. Zara pulak cepat-cepat
mencapai semula kain batik yang belum dilipatnya.
“Heehee..saja
suruh Zara cari uban”
“Yela
tu..acik ni uban sampai tak tercabut” Mak Leha melabuh punggungnya ke kerusi
kayu jati itu. kedua anak menantu sedaranya itu tersenyum memandangnya.
“Jadi ke
kamu pergi majlis kahwin D tu?”
“Jadilah
acik, kenapa?”
“Asalnya..acik
memang jadi pergi tapi rumah Haji Man pulak ada kenduri anak sulungnya. Acik
kan orang kuat kampung ni” Tr tersenyum. Dia mengesot ke arah Mak Leha.
“Nak Fael
urutkan?” dilihat Mak Leha asyik mengurut lututnya dari tadi.
“Tak apalah
FAel..tadi acik baru balik rumah Haji Man, bini dia kan bidan kampung sekali
bersembang acik sua lutut ni mintak dia urut” Mak Leha tersenyum. Tr sekarang
seorang yang merendah diri. Dulu jangan harap nak tunduk mendengar cakap,
bercakap sebelah mata pun tak.
“Acik kirim
manisan saja lah dekat kamu. Lagipun kamu boleh pergi berjalan-jalan di sana”
ujar Mak Leha lagi “ Di sana kan banyak kenangan kamu berdua”
“Ni..abang
fael ada nak bawa pergi tengok konsert Jamal Abdillah”Zara menunjuk dua keeping
tiket itu kepada Mak Leha.
“Haa..elok
sangat, kirim salam saja dekat dia” Mak Leha ketawa kecil “ Jangan lupa ambik
gambar dia sekeping dua”
“Bukan
sekeping dua acik. Banyak keping pun boleh, orang tak guna Kodak terhad 34
keping macam dulu” terang Tr.
“Haah..betul
juga. Sekarang apa orang kata selpie?”
“Selfie la
acik lepas tu letak dalam instagram tak pun facebook” terang Tr.
“Fael..jangan
lupa jenguk aunty Sara kamu sama”senyuman Tr mati di situ. Tengku Maisara?
Auntynya itu sekarang semakin jauh namun rindu dendam pada auntynya semakin
mengunung. Aunty Sara sakit, kena operation itu pun dia tahu dari D. kalau
apa-apa berlaku pada aunty Sara pasti tidak dikhabar padanya. Sakan merajuk
aunty atau dia yang merajuk. Dia tak tahu macam mana nak mulakan. Perlukah dia
pergi berjumpa aunty? Nanti apa kata aunty seolah dia berbaik dengan aunty
kerana harta warisan. Dia tak mahu auntynya masih bersalah sangka dengannya
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteyeeaaayyy, ad n3 bru...suke...suke...suke...thanks fn
ReplyDelete