07/08/2015

Be Mne! bab 43

 bab 43



“Pang!”tamparan mengenai pipinya sebaik sahaja dia membuka pintu utama kondo itu. Dilihat seorang gadis yang pernah menyimbah mukanya dengan jus. 

“Perempuan tak malu!”marah gadis itu. Nelly menarik muka sombong. Ini ke isteri abang fael, tak lah macam model pun. Siap berkain batik macam perempuan kampung. Nelly bangga dia lebih cantik dan bergaya dari perempuan di depannya itu. Rasanya  macam pernah dia lihat wajah perempuan itu

“Hai  Zara”tegur perempuan 40-an yang cantik bergaya di sebelah gadis berambut perang itu. “Lama tak jumpa”

“Apakhabar aunty?” tangannya yang mengusap pipi, pedih bekas tamparan tadi cuba meraih tangan Tengku Maisara tunduk menyalami mak sedara Tr tanda hormat.

“Aunty?” sinis sahaja nada Tengku Maisara. Tengku Maisara menepis tangan Zara. Dia melangkah masuk ke ruang tamu kondo itu. Dia tahu Tr pasti akan menginap di kondo ini. Ini saja rumah atas nama Tengku Rafael sepenuhnya. Anak sedaranya membeli sendiri rumah itu.

Nelly juga mencelah masuk tanpa dipelawa Zara. “Jemput duduk Puan, Cik”

Zara teragak-agak. Dia gugup berhadapan dengan dua perempuan high class itu. Tr sudah keluar ke pejabat. Malang sungguh nasibnya pagi ini. Dia juga bercadang mahu ke butik dan kedai cenderahati namun dia membatalkan niatnya sebab dia mahu keluar membeli barang dapur. Dia perlu selesaikan keperluan Tr dahulu. Dia mahu cuti seminggu diberi D dan Sakinah diguna sebaik mungkin untuk persediaan sebagai isteri namun lain ‘habuan’ yang dia dapat.

Tengku Maisara dan Nelly  memandang sekeliling ruang tamu dan mereka berdua tanpa segan silu menjelajah setiap ruang kondo itu.

“Bahagianya semua benda disediakan Fael”sinis lagi. Zara berdoa di dalam hati agar Tuhan memberinya kekuatan untuk berdepan dengan dua perempuan itu.

“Puan..”Zara berdiri berdepan dengan Tengku Maisara “Maafkan Zara..bukan niat bernikah tanpa memberitahu puan”

“Sudah!” jerit tengku Maisara. “Kau sengaja goda fael kan? Dari dulu lagi kau suka tunjuk muka naïf seolah-olah Fael yang tergila-gilakan kau”

Astaghfirullah.. sampai begitu sekali sangkaan Tengku Maisara. Hinanya diri di depan mereka berdua. Air matanya terlerai jua. Tadi dia berdoa tabahkan hatinya jangan biar dia menangis di depan mereka berdua namun dia kalah jua dengan limpahan air mata kerana air mata it sebenarnya datang dari hati.

“Aku sudah muak.. Fael tak pernah ingkar dan melawan setiap kemahuan dan pilihan yang aku beri pada dia tapi sebab kau dia mula menjadi anak derhaka” Zara hanya tunduk mendiam diri.

“Aku bagi masa untuk kau pergi jauh dari hidup Fael”

“Baru Nelly teringat kau lah perempuan yang sengaja  tumpahkan jus dekat gaun mahal aku”

“Betul ke Nelly?”Tengku Maisara terkejut. Bermakna Zara sudah lama wujud di KL bukan Tr yang pergi mencari Zara di kampung.

Nelly mengangguk sambil menolak tubuh Zara ke tepi untuk dia berjalan ke ruang tamu semula. “Kalau aunty nak tahu dia planner majlis pembukaan hotel tu”

“Pandai kau, sengaja datang bekerja dekat dengan Fael” marah Tengku Maisara. Kenapa dia tak tahu. Mesti suaminya tahu semuanya. Fauzi…

Jalan terbaik adalah berdiam diri. Kalau dia cuba membela diri Tengku Maisara pasti tidak mengendahkannya.

“Aunty! Nelly! Buat apa dekat rumah Fael?” Tr terus menerpa masuk. Dia pantas meraih Zara ke dalam pelukan. Pasti hati zara sudah disakiti bila mana melihat juraian air mata di pipi mulus isterinya itu. “Patut Fael rasa tak sedap hati masa ke pejabat rupanya aunty datang cuba sakitkan Zara”

“Fael..”Tengku Maisara mengetap bibir. Sakit hatinya melihat Zara dalam pelukan Tr. “Lupakan Zara, Fael perlu berkahwin dengan Nelly”

“Sudah-sudahlah aunty, Fael dah rimas dengan jodoh pilihan aunty. Zara jodoh Fael dan takdir pertemukan kami semula dan semuanya berjalan lancar kami bernikah dengan cara yang baik”

“Jodoh Fael? Takdir pertemukan semula? Bernikah cara baik?” persoalan demi persoalan dengan nada sindiran. “Apa yang aunty korban dulu untuk Fael adalah sia-sia”

“Perlukah aunty sebut sia-sia? Aunty menyesal membesarkan FAel?”

“Ya! Aunty menyesal… aunty jaga Fael seperti diamanahkan daddy FAel kepada aunty. Aunty korban zaman remaja aunty dan keseronokan sewaktu menginjak 20-an. Aunty lepaskan cinta uncle Fauzi. Aunty bekerja siang malam untuk masa depan syarikat daddy Fael untuk diberi pada Fael kelak. Ini balasan Fael pada aunty?”

“Aunty..”Tr terasa lemah. Dia bukan anak yang melupa jasa seorang yang dianggap seperti ibunya sendiri.
“Aunty boleh lupakan apa yang Fael lakukan sekarang, kita pulang”Tengku Maisara cuba meraih Tr namun anak sedaranya itu menolak.

“Zara sekarang tanggungjawab FAel. Dia isteri fael yang sah”

“Ceraikan dia”bergetar badan Tr mendegar perkataan itu keluar dari mulut Tengku Maisara.

“Tidak sesekali.”Tr mengengam jari jemari Zara.

“Okay…fine! Aunty akan gugurkan nama Fael dari penama wasiat utama untuk segala harta daddy dan milik keluarga kita”

“Semua itu harta dunia aunty. Isteri fael amanah Allah berikan untuk fael tidak mensia-siakan dia”

“Daddy kalau masih hidup pasti kecewa dengan apa yang Fael buat sekarang”

“Tak.. daddy pasti menyokong seperti uncle Fauzi.” Pang! Tamparan Tengku Maisara tepat di pipi Tr. terketar-ketar tangan Tengku Maisara sembunyikan di belakang. Dia tak pernah naik tangan pada anak sedara kesayangnya itu. itu kali pertama dan dia berharap juga kali terakhir.

“Abang!” Zara terkejut dengan tindakkan drastic tengku Maisara.

“Sebab daddy percaya cinta yang kita pegang perlu kita akhiri dengan kebahagian bukan mensia-siakannya. Kalaupun daddy ada dialah penyokong utama” tukas Tr lagi. Sakit hati Tengku Maisara mendengarnya. 
Abangnya seorang yang percayakan jodoh yang ditakdir kepadanya.

Salah dia membiarkan Fael hidup dengan diari abangnya. Dia mulanya mahu menghilang rasa rindu Fael kepada abang dan kakak ipar namun sekarang memakan dirinya pula.

“Abang Fael.. Nelly macam mana?”

“Abang Fael percaya Nelly akan berjumpa seseorang jodoh Nelly. Nelly gadis yang baik”

“Mana mungkin Nelly nak cari jodoh yang baik sedang abang Fael jodoh yang terbaik untuk Nelly” gadis itu merengek manja.

“InsyaAllah. Percayalah pada diri sendiri. Nelly bukan cintakan abang, Nelly Cuma teruja dengan sikap dan layanan abang yang tak pernah ambil kesempatan antara hubngan kita.” Nelly terdiam. Ada benar kata Tr. Dia tertarik dengan sikap santun abang sepupunya itu.

“Lagipun sogokkan mama dan aunty Sara membuatkan Nelly nak dapatkan abang.” Tr tersenyum melihat wajah gadis itu. nelly masih belum matang dengan perasaannya.

“Abang tahu mama Nelly mahukan kita bersama sebab harta Nenda Mariam kan?” pantas nelly mengangkat wajahnya. Macam mana  Tr boleh tahu.

Tengku Maisara hairan. Bermaksud Melly sepupunya ada rencana agenda tersendiri tanpa pengetahuannya. 

“Apa maksud Fael?”

“Tanya aunty Melly”

“Aunty Sara, Nelly balik dulu” pantas gadis itu melarikan diri dari disoal siasat oleh Tengku Maisara.

“Apa maksud Aunty Melly juga ada kaitan dengan jodoh Nelly?”

“Bukan salah aunty pun pergi merisik Nelly, Aunty Melly memang sudah lama memasang angan-angan hendak memiliki saham Rash Holding dan pemilikan semula harta Nenda Mariam” Tengku Maisara jadi malu dengan semua yang terjadi. Dia rasa egonya tercabar.  Seolah-olah dia mengheret Fael ke lubuk emas yang berbahaya. Membiar Fael lemas dalam lubuk emas itu .

+++++++++++++++++++++++++++

Selepas Tengku Maisara pulang. Tr pantas membelek wajahnya. Ada kesan merah di pipinya “Sejak bila Zara pakai blusher permanent?”

Zara tersenyum sambil mengusap pipinya. “Permanent? Hari ni saje esok lusa hilanglah”

“Aunty yang buat?”

“Tak..”

“Nelly?” Zara mengangguk. Pantas Tr mengucup pipi isterinya. Bekas merah itu pasti berbekas di hati Zara. 

“blusher abang sudah hilang sebab kulit abang tebal”

Zara ketawa dengan usikkan Tr.

“Maafkan mereka”ujar Tr. “ Nelly selalu dimanjai mamanya sebab itu dia tak pandai nak hormat sangat orang lain selain dari golongan atasan macam dia”

“Aunty seorang yang keras kepala. Dia susah nak menerima tetapi bila dia sudah menerima dia akan menjaga dengan sebaiknya” tukas Tr menjelaskan situasi Tengku Maisara. Dia tidak mahu Zara menyimpan dendam dengan apa yang Tengku Maisara lakukan sebelum ini.

“Zara faham…dulu aunty seorang yang baik. Dia layan Zara macam anak sedara dia. Dia juga tolong bayarkan yuran persekolahan Zara”

“Zara ingat lagi?” Zara mengangguk. “Lepas ni kalau abang kena pecat  kita balik kampung”

“Yeke? Abang tak kisah?” dia memandang Tr penuh yakin “Takpe jangan risau Zara boleh sara abang dengan bakat yang Zara ada”

Ketawa Tr terburai. Zara mencemik “kenapa? Pelik sangat ke isteri abang ni nak sara abang. Jangan minta audi sudah”

“Abang ada kenalan di Penang. Abang boleh bekerja dengan dia. Zara duduk rumah tolong acik, cukup duit kita beli rumah sendiri” biarpun kondo ini dia beli sendiri namun duit yang dibayar adalah dari akaun aunty Maisara berikan. Dia tidak mahu aunty Maisara datang menuntut semua hak milik harta keluarga mereka itu.

++++++++++++++++++++

“Zara telefon tadi”Sakinah memberitahu D. lelaki lembut itu masih leka dengan projek baru mereka. Wedding planner bertema ‘cinta’ tetapi customer dia itu nak tema cinta dalam drama korea ‘saranghe’. Puas dia memikir macam mana nak buat tema ‘saranghe’ ala-ala Korean drama.

“Sudah lupa zara ke?”balas Sakinah bila melihat tiada respon dari D. “Woi..kepit!”

“OOiiii sarangheyo…kamsahamida mai sudah! ”isshhh… “Kinah!!! Aku tengah berfikir”

“Berhenti sekejap berfikir kau tu. Aku nak beritahu Zara telefon tadi minta tolong kita”

“Ape? Dia ada masalah ke?”

Sakinah menjuling mata melihat perangai bunga jantan di depannya. Mulalah kalut. Konon dialah hero si Zara.  “Dia nak buka cawangan di Penang and then dia nak kita keluarkan duit akaun utama, dia nak pinjam dahulu”

“Keluarkan lah memang kita nak buka cawangan pun tapi tak tahu nak mula dekat mana”balas D.

“Senang cerita. Sambung balik apa yang kau fikirkan tadi”

“Senang cerita hotak kau. Sudah berterabur idea aku kena sergah dengan kau” Sakinah tersengih. Dia melabuh punggung di sebelah D.

“Nak buat apa? Soal D gugup.

“Berbincang dengan kau lah. Tema apa?”

“Saranghe”

“Cup! Senang je. Tunggu sekejap aku pergi ambilkan kau cd” Sakinah menghilang ke belakang bilik rehat mereka.

“Nah.. cd korea, kau layan cerita ni”disua cd princess hours yang menjadi kegilaannya. Sudah berpuluh kali dia menonton tak pernah jemu. “Jaga elok-elok tau, cd kesayangan aku tu”

“Apa kena mengenanya cerita korea ni dengan idea tu?”

“cerita ni banyak juga tayang pakaian, makanan dan tempat yang menarik kau boleh ambil ilham dari cerita ni nanti”

“Wah…bagus kau punya cadangan”D mencekak pinggangnya  “Ek..enaaaa kau ingat aku ada masa nak hadam cerita ni?”

“Asal sengal kau ni”disekeh kepala D. geram betul dengan bunga jantan ni. Suka meyakiti hati dia.

“Kalau aku jadi hero korea kau minat tak dengan aku?”

Nah….ayat ‘toya’ apalah si D cakap. “ Aku minat tengok je cerita korea, tetapi aku suka lagi hero melayu jadi future husband aku”

“Aku?”

“Apa aku? kalau tak da lelaki melayu dalam Malaysia ni baru aku pilih kau”

“Jahat kau ni” tersentap Sakinah bila dahinya dilekuk D. Tadi tanya soalan sekarang bila orang jawab marah pulak. D sudah berlalu keluar. “ Aku keluar beli air jap”

“Teh ais kaw satu” Sakinah tersenyum. D bukan lelaki yang teruk sangat sebab itu dia masih boleh bernyawa lagi hidup dengan lelaki itu. kadang-kala sahaja mulut lelaki lembut itu berbisa. Tetapi D sudah jarang marah-marah dia. Pandangan D sekarang lembut saja menyapanya siap killer smile lagi. Aiyooo..jangan si kepit itu mengoda aku sudah. Sakinah tahu dia tak pernah lagi tersangkut mana-mana lelaki dengan serius sebab belum ada mana-mana lelaki yang mengoda hatinya.




Image result for be mine

4 comments:

  1. Finally, ade jgak smbungn... FN jgnlh 'menggua' lama sgt...rndu TR n ZARA... Rezeki btol hari ni, hari2 bkk igt ade n3 baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori farah sbb lma menyepi...tq 4 ur support cerita be mine ni ;)

      Delete
  2. best nyeeee....walaupun lama menunggu akhirnya ad jugak n3 bru...hari2 bukak blog ni....

    ReplyDelete