10/09/2014

Be Mine! continue...



salam..kekwn suma..mohon maaf kerna lama xpost entry baru utk this story BM!.. fn sibuk ngn kerja terbaru n my adik continue study..rindu bebenar dengan dia coz dia yg byk mnyuntik smngt nk mghabiskan citer ni. n  skrg mulalah episod fn  tanpa bekongsi dgn dia... lagu korea? huhu sadis..cari sendiri...fn terdgr kat hot fm super junior mamacita...daebakkk!!!  jom lyn citer merapu ni...




“Zara ingat Mak Yah tak?” soal Mak yah diangguknya. “Tula..lama tak jumpa ye. Semalam lagi Tr telefon Mak Yah kata nak datang dengan Zara. Kak yong tak da dua hari ni kan cuti sekolah minggu ni balik Johor rumah mak mentua dia. Kalau Zara nak tahu kak yong dah ada dua orang anak nak masuk ketiga InsyaAllah bulan dua belas ni. Suria pulak kerja di KL jaranglah nak balik sebab sibuk kerja”

Mak Yah menjemput mereka duduk.  Wanita tua itu berlalu ke dapur.  Mungkin buat air kut? Nak tolong ke?  Dia bingkas bangun.

“Nak ke mana?”

“Tolong mak awak”

“Tak payah.. awak tetamu” tr menarik lengan itu untuk turut duduk semula ke kerusi rotan.

Bersih rumah Mak Yah walaupun kayu tetapi dijaga elok si pemilik.  Zara perhati sekeliling sehingga bertemu mata sang arjuna beta. Si Rafael.  Zara ketawa dalam hati bila dia beritahu Sakinah nama sebenar mamat model gelaran yang diberi Kinah. Kinah ketawa girang sambil meloncat. Macam happy dapat bonus akhir tahun je lagaknya.

“Klasik nama macam  hero mexico takpun Filipina punya hero drama kat tv ‘ temptation of wife’” itulah Sakinah hidup dengan hero Tv termasuk dia. Layan jugak bila hidup dengan budak tu. Nampak je kasar rupanya dalam hati ada taman.

“Zara.. awak mesti terkejut kan?”

“Yelah..ni rumah mak awak ke? kalau ye pun nak bawa jumpa mak awak cakaplah awal-awal”  Zara melepas keluhan. Nak jumpa mak mentua ke? kalau dia tahu dia dah pakai baju kurung, make up sikit dan beli buah-buahan sebagai buah tangan. Takpun apa-apa bekas dia boleh buat sebagai hadiah pengenalan dengan bakal mak mentua. Hehe..gatal kau Zara.

Kak Yong dia dah ada dua anak nak masuk tiga. Patut mak dia kalut semacam tadi peluk aku. haissh..mak luqman pun aku tak pernah jumpa secara rasmi ini mak si charming gunung ledang potong jalan.

Tr ketawa je tahu sepanjang perjalanan mereka. “Kalau awak tahu siapa saya. Saya harap awak terima saya jugak”

Itu ayat berbentuk arahan jugak. Dia ni Putera William ke? anak raja ke nak beri arahan. Patutnya ayat dia “ siapa pun saya bila awak tahu nanti. Saya harap awak terima saya seadanya” itu baru sopan sebagai rakyat Malaysia mintak permission.

“Saya tak faham” Zara memang keliru untuk hari ni. macam mimpi. Dia tak berani dah cubit pipi takut ada tukang menyambut tugasnya. Huh! boleh tahan cubitan manja sang arjuna beta ni. Hah..sejak dia jatuh..ceh..takut nak sebut dalam hati pun. Jatuh cinta dengan si charming gunung ledang ni. dia sudah memberi gelaran hati itu dengan sang arjuna beta. Cup! Bukan anak tetapi buah hati pengarang jantung hatinya. Wahhhh…makin menjadi Zara.

“Awak memang tak faham dari dulu lagi” Zara pelik. Tr cuba perangkap gadis itu dengan cerita kenangannya bersama ‘Zara dia’. Dia yakin gadis didepanya adalah ‘Zara dia’.

“Jemput minum..Tr, Zara” mak yah datang membawa dulang berisi dua cawan air yang masih berasap. Sebaik sahaja Mak yah meletak dulang di atas meja  hadapan mereka. Dia melihat siap ada kuih lapis. Mesti buatan tangan sendiri. Dia agak je.

“Mak yah buatkan kuih lapis bila tahu Tr nak datang” Haa..betulkan. hairan jugak kenapa mak dia ni asyik bahasa diri Mak Ya, mak tiri kut?  Lepas tu panggil sang arjuna beta ni Tr? Tr? macam pernah dengar je.

Tetiba jek ada dua ekor kucing datang bergesel di kakinya “ Itulah keturunan brownie. Pandai dia cari bini lawa bulu kembang kacukan parsi sehingga keturunan sekarang anak cucu cicit dia bulu kembang. Gebu kan?” ulas Mak Yah

Zara memandang TR. lelaki itu mengambil salah seekor kucing itu diletak atas ribanya. “Ni Caramel dan itu Fruity”

“kucing awak ke?” Zara menyoal sambil tangannya mengambil seekor lagi diribanya jugak digosok leher kucing itu. rasanya ini jantan sebab Tr kata namanya fruity  dan itu Caramel mesti betina. Tr membiar soalan Zara tanpa jawapan. Nama macam makanan nak jek dia gigit-gigit si kucing gebu itu. Geram!!

Mak Yah ketawa. “Macam anak kamu berdua je”

“Caramel… mummy datang melawat.” Kata Tr sambil meletak si Caramel atas ribanya bersama Fruity. 

“Fruity suka ek? Daddykan dah janji nak bawa mummy”

Wah..wah..mummy, daddy.. sudah beri gelaran ibu angkat dekat kucing dia.  Tak malu ke depan mak dia. Pipi Zara sudah pakai blusher semula jadi bila Mak Yah tersengih memandanganya dengan penuh makna.Sekarang bukan mintak tuntut hutang, sekarang si charming gunung ledang mintak tuntut bini je lagaknya.

Kemain dia mengosok kucing itu atas ribanya. “ Bila kamu berdua nak kahwin?”

Soalan Mak Yah buat dia tersentap. Dilepas kucing dua ekor itu ke bawah. Kahwin?

“InsyaAllah Mak Yah bulan depan kut?” tr sempat kenyit  mata ke arahnya.

“Jangan tunggu lama-lama. Tengok Suria tu berkawan lama kemain dari sekolah sampai sekarang tergantung lagi. Bertunang pun belum inikan berkahwin.. orang sekarang suka simpan lama-lama.”

Sang arjuna beta sudah tersengih-sengih. Haila.. pening Zara. Dia nak mintak aku berlakon jadi calon isteri ke? nak mewarisi harta pusaka ke? Naa…cerita drama lagi Zara.

“Lupa Mak Yah… mak leha sihat?” aikk..macam mana  Mak Yah kenal aciknya.

“Sihat..” cepat Tr tolong menjawab. Dia mendengar arahan Tr dan menerima dalam kepalanya. Jangan cakap banyak angguk je.

Selesai berjumpa keturunan brownie mereka ke villa yang disebut Mak Yah.  Zara penat memikir semua agenda Rafael ini. Kenapa nak tunjuk sangat keturunan brownie. Mak yah kata kucing tu kucing peliharaanya dan diserah kepada Pak Salleh bila Tr sambung belajar.

“Awak tahu saya hidup dengan kenangan dia, brownie tu kucing kesayangan dia. Ada jugak keturunan brownie. Saya harap ada keturunan jugak dengan dia” ngaappp….ayat gunung ledang ke? tak faham betul dengan Rafael hari ni.

“Zara.. saya bawa awak melihat kenangan saya bersama ‘dia’. Tadi Mak Yah tu ingat awak dia jangan awak rasa tertekan sangat” Tr tahu Zara penat dengan semua ‘pertunjukkan’ dia hari ini.

“Disini saya membesar” Zara melihat rumah agam yang dipanggil Villa itu. besar giler! Tak berpenghuni. Macam sseram je bila masuk ke dalam. Sebentar tadi pondok pengawal, memperkenal diri abang Shukor itu memberitahu setiap sudut rumah itu dikawal melalui CCTV. Mak aiii…kaya betul si pemilik rumah agam ni.

“Fael..cuba awak cerita hal sebenar” Zara memandang paras runcing itu. TR tersenyum.

“Awak nak dengar semuanya?”

“Tapi dengan satu syarat je” pinta Zara sambil jari telunjuknya mengangkat didepan wajah TR.

“Syarat?” jantung Tr berdegup. Takut syarat gadis itu mintak dia lepaskan gadis itu sebelum hari yang sesuai untuk dia buktikan sesuatu

“Lepas semua ni. Kita kosong -kosong. kita tak hutang apa-apa. Saya pun akan beritahu awak siapa saya sebenarnya” Mata tr terpana bila Zara menyebut akan memberitahu siapa gadis itu sebenarnya.


“D..kau tak rasa ke kita bersalah dengan Luqman?” boleh pulak mereka berdua keluar makan bersama. Siapa kata mereka tak boleh berbaik kalau melibatkan hal Zara mereka boleh jadi sahabat baik lebih dari Upin dan Ipin.

“kenapa pulak?” tangan bunga jantan itu mengacau air teh o ais limau dengan straw. Dipandang Sakinah yang masih mengunyah  nasi goreng tom yam.

“Kita biar Zara keluar dengan lelaki lain. sedangkan zara tu bakal tunang Luqman.” Sakinah menyedut air soda  supaya  segala yang ditelannya mudah masuk ke dalam perut.

“Kau tak rasa kita ni cuba merengangkan Luqman? Macam mana kalau  Zara jatuh cinta dengan Rafael tu? Macam mana Rafael tu cuba buat apa-apa kat Zara kemudian Luqman yang terpaksa bertanggungjawab??” bertalu-talu soalan demi soalan keluar dari mulut ‘kepohcie’ tu.

“Kau jugak setuju dengan syarat lelaki itu.”

“Aku kesian dengan mamat model tu. Kau tak rasa dia tu ada penyakit boleh bawa maut. Mungkin ini waktu dia ingin bersama seseorang yang boleh mengembirakan hatinya” ‘Kuk!! Dahinya sudah selamat dilekuk D. 

SAkinah menyeringai sakit. Diketap bibir sambil menjegil biji matanya.

“Suka buat cerita drama” D menjuling mata ke atas.

“Hidup kitakan macam drama jugak. Tengok tadi kau macam hero korea aku je buat muka comel tu” Sakinah mengusik D.  D buat-buat tak touching hati dengan kata-kata Sakinah.

Muka comel?  Hero korea dia? Dia suka aku ke? Dia Nampak aku ni comel ke?Sakinah buat jantung berdegup kencang menumbuk dadanya. Sakinah tersengih dengan nasi penuh dalam mulut. Entah kenapa D Nampak Sakinah bersinar-sinar macam bintang kejora.. menyilau matanya dan hatinya. Jangan D… selama 7 tahun kau berhidup dengan boyish  ni,kau tak rasa apa-apa kenapa sekarang pulak hati kau berperisa?

“Dah jangan duk mengarut.  Apa pun aku dah beritahu Zara mintak dia pulak buat syarat dengan Rafael itu supaya dapat habiskan kontrak perjanjian yang entah apa-apa”  D menelefon Zara dalam senyap malas nak beritahu Sakinah, nanti ‘kepohcie’ pulak tak tentu arah mengarut cerita dramanya.  Mintak  Jelena Rejab ke, Rosyam Nor ke tak pun Shiela Rusli ambik Sakinah jadi penulis skrip takpun pengarah drama mereka. Boleh Sakinanh tambah job lagi satu.

D risau. Bukan apa dari pagi tadi sampai ke petang Zara keluar dengan Rafael itu  masih belum pulang.  Berulang kali dia melihat jam sampai Sakinah ajak dia makan tengahari jadi makan petang pulak. Pukul 3 lebih baru mereka pergi makan untuk tengahari.

Cerita Zara, mereka pergi ke Cameron Highland. Mak datuk…jauhnya si mamat model bawa ‘adik perempuan’ aku. takut pula diapa-apakan. Dalam hati hanya tuhan saja tahu bertalu-talu dia berdoa mintak Zara selamat. Rafael bawa Zara jumpa mak dia. D dah rasa tak sedap hati. Dia menyuruh Zara cerita hal sebenar siapa Zara dan suruh mereka hentikan  semua ‘permainan’ kontrak yang tak masuk akal ciptaan si mamat model tu. D menyuruh Zara mencari akal supaya buat pertukaran dengan syarat yang dicadangkan pada Zara.

Sakinah mengerut dahi. Keningnya bercantum. Digaru pelipis. Syarat apa?
++++++++++++++++++++++++++
“Apa maksud awak?”

“Saya ikut awak sampai ke sini. Saya harap sepanjang perjalanan kita ke sini, awak pertimbangkan apa yang saya dah buat untuk awak.Saya belanja makan tengahari tadi. Saya terima pelawaan awak ke rumah mak awak. Dengar cerita awak yang saya sendiri tak faham. Saya nak awak terima pula cadangan saya. Kita kosong-kosong anggap kita dah tak hutang apa-apa.”

Tr tersenyum pahit. Macam minum kopi tanpa gula. “Awak tak nak berjumpa saya selepas ini?”
Zara mengangguk lemah. Dia harus melepaskan Rafael. Betul kata D, dia perlu sedar siapa dia sekarang dan sebelum ni. Dia bakal tunangan Luqman. Dia tak patut khianati kepercayaan Luqman serta kebaikan lelaki itu sepanjang perhubungan mereka.

“ Ramai orang atau rakan sebaya panggil saya Tr” Tr memulakan ceritanya. Zara perlu tahu siapa dia jika dia ingin serius dengan gadis itu.

“Ataupun.. Tengku Rafael, ini villa atuk saya. Dulu sewaktu saya berusia Sembilan tahun saya dibawa ke sini. Dibesar disini dengan kesunyian dan saya hidup dengan dunia saya sendiri tanpa memikirkan hal orang yang hidup disekeliling saya sehingga hadir seorang gadis mengubah kehidupan saya.” Tr tersenyum bahagia. Terbayang wajah ‘Zara dia’ sedang  tersenyum. Air matanya sudah penuh dibirai tubir mata. Tr berpaling kearah Zara sekarang. Dia berhenti bercerita menahan sebak dihati bila bintang dihati hilang dengan cahayanya.

“Disitu dia selalu melakukan kerja. Dia dulu saya anggap seperti maid saya tetapi lama-kelamaan saya sudah tak anggap begitu lagi. Dia seperti pelangi. Menceriakan hidup saya. Dunia saya yang kosong  jadi berwarna dengan cahaya pelanginya. Dia selalu tersenyum untuk saya. Dia juga selalu bertanya perihal hidup saya sedangkan saya sendiri tak pernah fikirkan”

 Dilihat Zara mengerut dahi. Langkah kaki gadis itu ke dapur seolah tahu itulah tempat gadis selalu bekerja menyiapkan makanan untuknya.

“Lagi?”pinta gadis itu sambil leka melihat sekeliling kawasan itu.

“Gadis itu bagai pelangi indah penyeri siang saya dan bagai bintang bersinar menyeri malam suram saya.”

“Siapa gadis itu? di mana dia sekarang?”

“Dia seperti awak Zara.. Zara Aulia. Dia dah meninggal  dalam koma” tr berdiri dibelakang Zara. Zara mengurut dadanya sakit datang menyesak. Kepalanya berdenyut. Kenangan lalu seolah meminta masuk memenuhi ruang ingatannya. Bagai bertalu-talu..tanpa henti.

“Dia koma?” soal Zara menahan sakit. Diakah? Dia seolah hidup dengan cerita Tr. bila  Tr memulakan cerita tadi dia seolah terbayang dirinya pernah hidup dirumah agam  itu.

“Ye..selepas kemalangan.  Dia cedera teruk dibahagian kepala. Saya rasa disaat itu dunia saya jadi gelap. Saya penyebab dia jadi begitu.” Tr kecewa kerana membiarkan Zara melintas sendirian keseberang jalan,dia juga menyalahkan diri kerana dia, NAtasya sanggup menjadi pembunuh yang dibiar terlepas dari sebarang hukuman.

“fael..saya nak balik. Jom balik” muka Zara kelihatan pucat tak berdarah. Seolah menahan sakit. “Kepala saya sakit”

Tr terus memapah zara dari terus rebah. “Awak sakit ke?”

Zara terus merebah kepalanya kebahu Tr. Tr jadi kalut dengan keadaan Zara. Dia cepat-cepat memangku kepala Zara lalu ditepuk pipi Zara berkali-kali sambil memanggil nama gadis itu.
++++++++++++++++++++++++
MAkl Leha sibuk mereneh sup tulang. Dua hari lepas dia terasa teringin sangat nak makan sup tulang, dia ke kedai  Haji Man simpang jalan untuk memesan tulang daging lembu hendak dibuat sup. Hari ni Wahab pekerja Haji Man datang menghantar. Mak Leha mengacau sup yang sedang mendidih itu. Dia teringat Zara. 
Semalam Luqman ada datang melawatnya. Kata Luqman dia sengaja singgah ke sini sebab dia berkursus di Pulau Pinang. Ada kes baru katanya.

Mak leha tersenyum lega. Luqman meminta izinnya untuk meminang Zara. Dia berharap pengakhiran Zara berakhir dengan Luqman. Biar Luqman menjaga Zara sehingga tua. Biar Zara bahagia bersama Luqman.

“Luqman tak kisah ke apa yang berlaku pada Zara sebelum ni?” dipandang laman wajah kacak itu. secarik senyuman dihadiahkan untuknya. Luqman Nur Hakim adalah lelaki yang terbaik untuk Zara.

“Saya sudah lama nak beritahu Zara hal sebenar, tetapi biar saya memiliki Zara sepenuhnya. Hanya dengan itu saya  boleh menjadi tempat Zara berpaut dari keperitan hidupnya” ujar lelaki itu dengan berkhemah.

“Mak leha Cuma takut  dengn Zara. Bila Zara sudah ingat, dia akan sedih.”sebenarnya Mak Leha lebih takut zara akan cari Tr. selama Zara koma dan mula sedar bibir gadis itu selalu menyebut  nama Fael. Bila sedar anak sedaranya menyoal siapa Fael dalam mimpinya. Mak Leha terpaksa mereka cerita. Membiar nama Fael terus hilang dari ingatan itu.

Namun Zara gadis yang cerdik. Dia selalu bertanya itu ini tentang masa lalu sehinggakan Mak Leha selalu terperangkap dengan cerita rekaannya.

Mak Leha menutup api. Dia cuba mengangkat periuk sup “Ouchh..Allahuakhbar!” dia terlupa untuk melapik kain sebelum memengang telinga periuk itu. dibelek jari-jemari itu yang kemerah-merahan perlahan-lahan ditiupnya sambil membaca doa nabi Ibrahim. Itu amalan yang  selalu lekat dengan dirinya bila terkena api.

Hatinya rasa resah dan gelisah bukan sebab sakit terpegang periuk  panas tetapi dia teringatkan Zara. Apa yang terjadi dengan Zara?
++++++++++++++++++++++++++++

Dilihat Zara masih lagi tertidur sepanjang perjalanan pulang mereka ke Kuala Lumpur. Perlahan-lahan tangannya mengapai tangan gadis itu lalu diusap jari jemari itu kemudian dibawa ke dadanya. Zara jantung hati ni selalu berdegup bila bersamamu. Dia tersedar , dia tidak patut ambil kesempatan disaat Zara tidak sedar. Diletak semula tangan Zara dengan lemah- lembut.

Tr  semakin yakin dengan hatinya. Zara yang berada disisinya sekarang adalah Zara Aulia pemilik hatinya satu ketika dahulu. Gadis itu berjaya mencuri sekeping hatinya yang tidak berperisa  sehingga muncul senyuman indah itu. betul kata daddy dalam diarinya ‘Bila seseorang hadir dalam hidup kita dia akan membawa sekali kehidupannya dalam hidup kita’

Kehadiran Zara mengubahnya. Dari seseorang yang tidak sedar kehidupannya ada Maha Pencipta di atas sana. Dia alpa dengan kesedihan takdir hidupnya. Dia sukar untuk melepaskan sesuatu dan takdir mengujinya. Betul! Allah tidak akan menguji hambanya dengan sesuatu musibah jika hambanya itu tidak mampu untuk menanggung musibah itu. mungkin musibah untuknya ‘musibah kasih sayang’ Allah ujikan untuknya menghargai di atas sana lebih menyayangi.

Zara terjaga. Ditenyeh matanya berulang-kali. Dilihat sekeliling sehingga matanya bertaut dengan pandangan Tr. senyuman lelaki itu dilemparkan untuknya. Nah…ambil kau macam kena cupid cinta bila memandang raut wajah itu.

“Zara…awak okay? Kita dah nak sampai. Saya dah call Sakinah dan D. diorang kata terus hantar awak ke rumah.” Tr memandu melewati kawasan perumahan rumah Zara.

“Hurmm… saya pengsan ke?”cepat-cepat Zara memeriksa tubuhnya. Takut apa-apa yang terjadi diluar jangkaannya. Tr tersengih

“Awak mengharap ke?” Errgghhh….boleh buat main si charming gunung ledang ni, nasib baik tak culik aku bawa balik ke gunung ledangnya. Jumpa nenek kebayan bagi minum ubat ‘pengasih’ ingat kat dia je..

“Hisshhh…mana ada. Mengarut awak ni. gilerlah semua tu. Kita orang islam” marah Zara. Dia bangun membuka seatbeat lalu duduk menegak.

“Saya tahulah” Tr pandang sekilas “ Awak sakit kepala. Asyik cakap ‘saya sakit’ lepas tu awak cakap awak sakit sebab kepala awak pernah terhantuk dulu.”

Zara diam. Dicekak dahinya. Sudah kurang denyutan sakit dikepalanya. Ada bau minyak angin cap kapak. Dipandang TR “Awak sapu minyak kat kepala saya ke?”

Tr mengangguk. “Awak sakit sangat saya tengok, sampai mata awak terpejam rapat tapi mulut asyik terkumat-kamit. Macam mengigau jek action awak time tu”

Zara terlepas ketawa kecil sambil menutup mulutnya. Lucu hatinya melihat lakonan semula TR pelakuannya yang tak sedar tadi.

Tr memandang Zara penuh dengan kasih. Senyuman gadis itu selalu hadir dalam ingatannya. “Saya terpaksa beli minyak angin cap kapak dekat farmasi tadi sapukan dikepala awak. Saya tak tahu nak buat apa tadi”

“Apapun..terima kasih.” Zara membalas senyuman itu sambil tertunduk. Dia jadi segan bila mata sang arjuna beta menikam kalbu. Dadanya berombak tsunami. Fuh!

“Awak cakap awak nak beritahu siapa awak sebenar Zara, saya tunggu cerita awak” kereta itu berhenti tepi pagar rumah taman. Tr memaling tubuhnya sedikit memberi  tumpuan kepada pengakuan cerita Zara.

Zara mendongak semula pandangannya. Lelaki itu seolah sudah lama tinggal dihatinya. “ Saya akan bertunang..”

Jantung Tr bagai mahu tercabut. Sakit di dada semakin terasa. Dia kecewa kerana dia tidak boleh berbuat apa-apa untuk memiliki gadis itu. Dia tiada dalam cerita hidup gadis itu sebelum ni.  Dia hanya ada kenangan bersama gadisnya  Zara yang dulu.

“Hurmm… dah lama awak berkenalan dengan bakal tunang awak?”  agak lama juga Tr mengambil masa untuk menutur kata tanpa dikesan oleh Zara tentang perasaan sebenarnya.

Zara mengangguk. “SAya  mintak diri dulu”

Tr memandang sayu gadis itu pergi. Di saat itu telefon bimbitnya berbunyi.  Jari telunjuk menyentuh skrin untuk menjawab panggiln dari Pa’an.

“Assalamualaikum bro..”

“Waalaikumussalam..” dia menjawab salam dari Pa’an.

“Bro.. Raof ada beritahu aku maklumat terkini.  For your information Zara masih hidup” Tr kedepan. Terus dia keluar dari perut kereta audinya. Dipandang belakang Zara yang sedang tunduk membuka  kunci pagar.

“Kampungnya di  Penang  dan raof beritahu lagi dia tak pasti Zara bekerja di mana  tetapi dia sekarang ada di KL “ pantas Tr berlari mendapatkan Zara.

“Zara!” dia terus memeluk gadis itu sebaik sahaja Zara memusingkan badannya. Zara terkesima. Dia jadi kaku dalam pelukan Tr.

“Wei..bro! Tr??” panggilan Pa’an dibiarkan.

“Terima kasih kerana masih hidup” ucapan dari Tr meresap masuk ke cuping telinganya. Apa yang di maksudkan dengan kata-kata Tr?  Zara jadi bingung. Dia tak faham dengan perbuatan Tr dan kata-kata  sang arjuna beta itu.

“Haaahh??”rahang bawah jatuh. Matanya membulat bila tersedar dengan keadaan yang tak patut ditonton segenap lapisan masyarakat beragama islam.

Bukan muhrim berpelukan!

Azab!!!



p/s: sori...xsmpat nk edit len...

2 comments: