12/06/2014

Be Mine! 38


syiookkk...layan lagu deaabaakk dari AlphaBat tantara (dan da la)  okay..kekawan enjoy it!! selamat membaca... Be Mine!

                              


Bab 38

Zara sudah sihat. Dia bekerja seperti biasa. D tersenyum melihat wajah itu sudah kemerah-merahan tak pucat sebelum ni . D berdiri didepan Zara bila gadis berhijab itu ingin mengangkat kotak barang berisi  stock baru yang baru sampai.

“Hai sweety..aku suka tengok muka kau yang kemerahan sekarang”tegur D sambil kening berjongkang –jongkit. Senyuman tersungir dibibirnya.

“Aku dengar cerita dari si Kinah,Luqman dah lamar kau siap version Malay lagi” Huk..huk..ketawa terbatuk  D kemudian tersengih-sengih kambing. Ceh…Kinah memang tak boleh simpan rahsia. Dijeling Kinah yang sedang merapi gaun pengantin pada badan anak patung itu. cepat-cepat gadis itu menyembunyi muka disebalik badan anak patung display itu.

D seolah sudah lupa kisah dia dimalukan. Di pandang wajah bunga jantan itu. D masih lagi wujud didepannya. “Kalau kau nak tahu cerita lebih detail lagi, tolong aku angkat kotak ni”

“Yeahhh…teruk kau Za, macam nak balas dendam je gayanya”tak sempat menyempat. Kotak itu dilepas kepangkuan D.

“Jom..ikut aku ke stor sambil dengar story aku” D mengikutnya tanpa menjerit lagi. Dia kalau dibuli Zara taka pa lagi direlakan  tetapi kalau si Sakinah memang buah keras balik dipulangkan. Gadis bernama Zara ini lain. dia sudah anggap bagai saudara sendiri bila layanan yang diberi Zara dahulu ketika mereka masih belajar di Kolej sehingga kini dikenangnya.

“Kau terimalah?”soal  D sebaik sahaja Zara selesai bercerita kemudian dia meletak kotak itu dibilik stor tempat yang disediakan untuk stock baru.

“Yelah..abis kau nak suruh aku buat apa? Tolak lamaran dia?”

“Cik Zara Aulia..kau dah betul-betul check ke dengan kau punya ‘my heart’ yang sepatutnya ada kat dalam tu” D membuat bentuk love dengan jari jemarinya.
                              

“Entah..aku rasa luqman la kut?”

“hisshh..rimas aku dengan kau, Za. Patutnya kau yakin siapa luqman dihati kau”

“Habis tu siapa lagi selain Luqman?” Zara mengetap bibir. Siapa?

“Aku hanya ada Luqman sepanjang aku hidup”dia mengulas semula siapa Luqman dalam hidupnya.

“Yeke?” D cuba mempersoal kisah hidupnya yang dia sendiri tak ingat. Dia kenal Luqman secara tidak sengaja waktu membeli barang-barang dapur di Tesco. Troli dia terlanggar troli luqman yang keluar dari rak barang segala jenis pencuci baju sehinggalah ke pencuci pinggan mangkuk.

Sejak dari itu bibitlah pertemuan demi pertemuan. Waktu itu dia masih lagi study di Kolej habiskan diploma designer. Siapa lelaki yang selalu datang bertemu dia setiap hari kalau ada kelapangan. Luqman!  Siapa lagi lelaki yang melamar dirinya untuk menjadi kekasih. Luqman! Siapa lagi yang mengungkap kata-kata cinta padanya. Luqman! Siapa lagi yang mengenalinya lebih dari dirinya sendiri. Luqman!

Luqman Nur Hakim. Lelaki itu lebih dari segalanya. Si charming gunung ledang? Haila…tak sempat kenai sangat pun dah menghilang. Namun pertemuan yang singkat itu membuat hatinya jadi penasaran.

“Kau tak da seseorang yang kau suka selain Luqman?” Zara memandang D. lelaki itu masih lagi mengorek rahsia hatinya.

“Kau rasa?” laaa……teruk betul si Zara ni. suka main aci tarik tali. Sekejap dia tarik sekejap dia lepas. Buat orang tertanya-tanya. Siapa yang bertahta dihati gadis itu sebenarnya.

“Acik aku ada cerita yang aku pernah terlibat dalam kemalangan. Kau tahu kan?” D mengangguk. Zara selalu jugak beritahu daya ingatannya samar-samar denagn kehidupan masa lalunya. Kadang-kala bila dia cuba mengingati sesuatu kepalanya akan berdenyut sakit.

“Masih lagi ada parut dikepala aku. acik kata aku cedera teruk dibahagian kepala sebab terhentak dipembahagian jalan.”

“KAu umur berapa?”

“Acik kata 17 tahun lepas spm. Aku koma… and then aku dah tak ingat lepas aku sedar dari koma enam bulan tu. Siapa nama aku? siapa acik? Aku Cuma ingat kenangan aku bersama mak dan ayah aku je waktu berusia enam tahun.” Zara berhenti sekejap. Dia menarik nafas cuba melepas segala yang bersarat dalam hati dan kepalanya.

“Sejak itu aku just hidup dengan kenangan aku enam tahun dan selepas aku sedar dari koma tu je. Acik pernah cakap bila aku perkenalkan Luqman padanya. Acik seolah kenal Luqman dah lama dari aku.”

“Kau tak heran ke?”

“Hairanlah… acik cakap aku dan Luqman kawan baik disekolah dan Luqman jugak cakap aku dan dia lebih dari seorang kawan dulu”

“Macam ni” Zara menambah lagi dengan membuat ikatan jari telunjuk kanan dan kiri bersangkut antara satu sama lain.

“So close la..abis tu kenapa kau masih tak yakin dengan hati kau pada Luqman?”

“Entah?..”ngeeeeeeeeee…… geram D.  Dilekuk dahi Zara. “Aucchhhh..sakitlah D”

Zara menyeringai kesakitan. Saja buat-buat lebih mintak D gosok balik. Lelaki itu tak tunggu lama terus gosok  dahi Zara. Dia pernah ada adik perempuan kembar tak seirasnya namun adik perempuannya sudah hilang dari hidupnya. Sebab tu dia hidup melayan Zara seperti melayan adik perempuannya.

“ Tu yang aku bengang dengan kau Za, entah..entah..tu je jawab terbaik kau berikan bila tanya soal hati kau pada Luqman”D membebel lagi macam mak nenek.
Zara tersengih. Dia mencucuk jari telunjuk ke pipi D yang lembut itu. “Smile…please!!!”

“Hai..”mereka berdua terkejut dengan sapaan itu. mereka memandang susuk tubuh tinggi tegap itu berdiri betul-betul pintu masuk stor.

“Bila sampai?” soal Zara gugup. Jantungnya berdegup ditahap luar normal. Dia muncul semula. Macam biskut chipsmore sekejap ada sekejap tak da.

“Ermm…tak lama. Berbual apa? Tak takut kena tangkap basah?” soal Tr bersahaja. Walhal dia cemburu jugak melihat kemesraan Zara dengan D. walaupun lelaki itu kategori lelaki lembut namun D tetap lelaki.

D dan Zara ketawa. Mereka bangun dari bangku kecil. Berjalan keluar biar terang sikit melihat wajah mamat model ni. Zara dan D melihat antara satu sama lain.

“Zara ni tengok aku tak bernafsu” ulas D sambil ketawa menunduk. Dipicit perutnya yang sakit menahan ketawa.

“Ddddd…. Teruk kau ni. D pun sama” balas Zara dengan pipi blusher. Huhu serius ayat tak da nafsu nanti apa pulak disalah tafsir lelaki itu.

“Hai… hero korea aku dah sampai” Sakinah menyampuk. Dipegang lengan Tr mengheret mengikut langkahnya lalu ditolak tubuh itu jatuh ke sofa. Ngaaaa…dasyat betul Kinanh melayan sang arjuna beta ni.
 

                                                         Sakinah - just pic

Tr tersengih. Tangannya memengang tengkuk mengosok-gosok sambil bibirnya tak lepas mengukir senyuman. Malu jugak bila tiga pasang mata menghala ke arahnya saja.

“Kenapa?” keningnya  terjongket sebelah. Dia ada buat salah ke?”

“Kemana menghilang?” soal D.  Zara dan sakinah mengecilkan mata. Seolah-olah cuba memerangkap sang arjuna itu. lelaki itu penuh misteri.

“Tak sihat..saya demam” ooo….mulut tiga sahabat itu memuncung sambil mengangguk.

“So?” mereka bertiga bertanya.

“So?”Tr bertanya balik.

“So what?” mereka bertiga menekan kata-kata mereka.

Tr tersengih. Digosok semula tengkuknya. “hutang saya la..mintak tuntut”

D dan kinah menolak Zara kedepan. “Haa..ambiklah..jangan balik lewat dan jaga tuan puteri kita orang baik-baik”

Zara tersentap bila mana dia berada dalam pelukan lelaki itu. bila masa lelaki ni bangun dari sofa?.  Zara mengundur setapak kebelakang. Tr tersenyum bahagia. Jantungnya semakin rancak mengepam. Hai..mau semput kalau hari-hari macam ni.

“Tuan puteri kita orang pun baru baik dari demam. Kena serang dengan singa betina laut,  cangkerang blink-blink” mengekek ketawa dua sahabat tu. Sedar tak sedar tangan Sakinah mendarat dibahu D begitu juga D. 

Teman mesra pulak mereka. Depan lUqman tunjuk lawan depan si charming gunung ledang ni tunjuk kawan.

“Kita nak ke mana?” soal zara bila mereka sama-sama masuk ke dalam kereta audi lelaki itu. oppss..kereta company.

“Tempat yang dah lama saya nak pergi dengan seseorang  macam awak” senyuman mekar terukir dibibir Tr.

“Sakinah beritahu awak demam sebab kena serang?”

“Ermm..” Zara angguk je. Dia memandang paras lelaki itu dari tepi. Rahang lelaki itu seperti diukir cantik.  Lama. Sehingga dia tidak sedar lelaki itu turut memandangannya.

“Saya suka awak pandang saya. Jangan pandang lelaki lain macam ni tau.” Ayat Tr kedengaran berbentuk arahan. Zara telan liur. Bila Tr mengenyit mata, cepat-cepat dia berpaling ke cermin tingkap kereta sebelahnya. Macam dalam mimpinya sahaja.

 

“Sa..ya..”

“Awak sudah jatuh cinta dengan saya ke?” ayat perangkap ni. lelaki ini persis kasanova je.

“Taklah..mana ada. Perasanlah awak ni”

“Haa..dah terus cakap tadi tergagap-gagap” ketawa Tr. keretanya bergerak ke destinasi yang ingin dia tuju. Zara mendiam diri. Lama jugak dia senyap melayan perasan. Dilihat Rafael itu pun diam sambil menumpu  pemanduannya. Mana dia nak bawa aku sebenarnya? Dia nak culik aku ke?

“Kita..” mereka sama-sama mengeluar kata. Mereka juga sama-sama ketawa. Tr mengosok kepala Zara.

“Zara dulu..”

“Awaklah..”

“Tak..saya Cuma nak cakap kita macam ada aura. Saya demam awak pun. Awak rindu saya ke?” Ngaaaa…haila jangan terkantoi  Zara. Rindu sangat pada awak. Entah apalah awak pakai sampai saya tercium je perfume awak terus saya angau sendiri.  Zara bermonolog sendiri.

“Taklah…saya kena simbah jus kat majlis anniversary hotel tu. Saya malu hati saya sakit tu yang saya jatuh sakit”  sebab musabab jek.. saya sakit sebab rindu awak Rafael…
Hah? Tr berpaling kearah Zara sebaik sahaja kereta berhenti disebabkan traffic light merah.

“Majlis hotel?”soal Tr. “Awak dijemput?”

Tr melepas lega dihati. Nasib baik pertunangannya dengan Nelly dibatalkan kalau tidak tentu cerita cintanya bersama  gadis ini berakhir.

Zara mengangguk. “Butik kita orang planner majlis tu. So kita orang dijemput. Tak sangka pemilik hotel tu keturunan kerabat. Anak orang berada turun temurun”

“Mana awak tahu?” soal Tr berhati-hati. Dijeling gadis itu. Dia menekan pedal minyak semula bila traffic light hijau.

“D beritahu. Alah…tengok tetamu vvip sudah la. Golongan high class!” getus Zara. Seolah kecewa bila dia teringat peristiwa dia dimalukan.

“Awak macam tak suka je? “

“Memang… kalau awak nak tahu yang simbah saya dengan jus tu salah seorang tetamu disitu. Ceritanya begini.” Zara sudah menyenget duduk. Lebih kea rah Tr.

“Saya terlanggar gadis ni. cantik sangat dia bila saya lihat macam jelmaan mermaid je” Tr ketawa. Kalau nak dicompare Zara didepan dia sekarang  dengan ‘Zara dia’ ‘sebijik’ kalau bab bercerita. Bersungguh-sungguh.

“Secara tak sengaja jus oren saya tersimbah dekat gaun dia. Dia marah-marah terus mintak saya mohon maaf. Saya ikut je lepas tu tak sangka pulak dia tak puas hati dia simbah jus kat muka saya” Zara melipat bibirnya menahan hatinya yang sedih didalam. Huh!!..

“Awak sedih?”

“Tentulah.. saya dah mintak maaf.”Tr tersenyum sambil mengosok kepala Zara yang tunduk sedih.

“Siapa dia? Anak orang kaya mana yang berlagak tu?” Tr teringin nak tahu juga. Kalau boleh dia nak balas dendam untuk Zara.

Zara cuba mengingati nama gadis cantik berambut perang paras bahu. “Haaa… Tengku Nellysa Tengku Al-Haydar shah”

Siap dengan gaya Zara meniru persis gadis itu bercakap. Melopong mulut Tr. Dia terbrek mengejut tidak perasan kereta didepannya berhenti kerana ada traffic light menyebabkan Zara yang tak bersedia hampir terhumban kedepan. Nasib baik lengan sasa lelaki itu menahan tubuhnya.

“Zara okay?”  Zara melepas lega. Jantung hampir terkeluar. Dia membetul tudungnya yang kedepan. Lipstick dibibirnya melekat pada kemeja Tr. selalu dia tak pakai sangat lipstick just lips bam atau gloss tak nak bibir kering sangat tetapi bila nak keluar dengan lelaki disebelahnya ini sempat dia melorek lipstick tadi. Zara pun tak sedar sikapnya sudah lain bila berdepan si charming gunung ledang ni dia nak kelihatan cantik. 

“Lengan kemeja awak.. nanti saya cucikan”Tr tidak menjawab dia hanya mengangguk kecil. Macam ada skandal je bila lipstick gadis itu melekat dilengan kemejanya.

 “Zara okey ke?”soalnya lagi. Zara mengelap bibirnya yang comot sedikit. Arghhh… Tr menahan geram. Kenapa matanya mesti tertumpu pada bibir itu. cepat-cepat dia mengalih pandangannya semula ke hadapan. Ditumbuk kecil dadanya.
 
“Okay..Fael okay ke?”jantung Tr pulak hampir terkeluar pulak tadi tersentap dengar nama Nelly dan lebih lagi melihat bibir gadis itu buat dia nak mati jek kat situ.

 Fael? Dia tertunggu-tunggu jugak gadis itu menyebut nama mesranya. Tak sangka Nelly bertemu dengan Zara dengan pertemuan yang tak mengembirakan. Mesti Nelly merajuk dan kecewa dengan pembatalan pertunangan mereka sebab itu Nelly berangin. Tr kenal adik sepupunya. Nelly kalau gembira dia tak akan buat begitu.

“Fael..”Tr tersenyum. Mereka berhenti  tanah rata. Dia mengalih pandangannya pada wajah yang kini penyeri tidur malamnya. Zara bagai puteri bintang hatinya.

“Ye..kenapa?”

“AWak nak ke Cameron highland rupanya. Kenapa tak cakap awak nak jalan-jalan kat sini.”

“Kita ke rumah seseorang. Hurmm…dia dah takda tinggal anak cucu dia. Dulu awak yang ambil dia tinggal bersama”

“Hah?” Tr mengosok kepala Zara. Dia memang Zara suka melopong. Kereta Tr berhenti didepan rumah kayu yang berpagar itu.  Kawasan sekitar rumah itu  nyaman dengan pemandangan menghijau. Udara disini terasa sejuknya. Tanah tinggi memang sejuk Zara.

“Jom..”Tr menarik lengannya. Zara mengeras tubuhnya serta langkahnya mati sebelum mereka berjalan terus kea rah rumah itu. Agak jauh jugak rumah itu dengan pagarnya.

“Kenapa?” soal Tr pelik dengan sikap pasif Zara.

“Awak nak bawa saya ke rumah kosong ke?” Zara menyoal sambil memandang wajah kacak itu.Senyuman joker  lelaki itu meleret sehingga menampak kedua lesung pipit.

“ awak nak..apa..a..pa..kan..saya?” tergagap-gagap Zara menghabiskan ayatnya. Dikepalanya bersarat dengan pelbagai persoalan kotor.

Tr ketawa sambil mengaru pelipisnya. “Awak takutkan saya ke Zara? Awak tak percayakan saya”

“Jan…gan a..wak”gadis itu sudah menyilang tangan ke dadanya. Protect diri cara tak selamat.

“Assalamualaikum..”ketawa Tr masih bersisa sambil memberi salam dia menjeling Zara yang masih menjaga diri. Patut dari awal Zara persoalkan kedatangan mereka ke sini. Nak telefon D dan Sakinah memang tak sempat dia orang nak datang ke sini selamatkan dia.

“Waalaikumussalam..Tr, marilah masuk” ada penghuni  rupanya rumah ni. Nampak sunyi. Seorang wanita tua sedang berjalan kea rah mereka.

“Eh..Zara ke?”terus tubuhnya ke dalam pelukan wanita tua itu. Sambil ketawa kecil menepuk belakangnya. Seramnya..macam filem thriller jek suasana di saat itu. seolah dia dijemput untuk dibunuh disitu. Haila…toya lah kau Zara banyak sangat ‘hadam’ filem thriller nilah jadinya.

“Mak Yah ni..tak kenal ke?”soal wanita tua tu.  Dia mengalih mukanya ke belakang sedikit dicubit pipinya berkali-kali. Mimpi ke?

“Awak tak mimpi, sakit kan?” Tr mencubit pipi gadis itu sehingga tersenget kepalanya

“Aaaucchh..sakit la”ditampar tangan sasa itu. ketawa Tr sambil menarik tangannya mengikut Mak Yah masuk ke rumah.

“Awak kena mengaku je. Angguk je apa yang Mak Yah tanya tau” Zara mengangguk macam askar jepun pada arahan ketuanya. Haittt!!!!

Mak Yah tak tahu kisah sebenar. Zara dipindah ke hospital Penang, Dia dengan Leha terus putus hubungan manakala  Puan tengku Maisara berpindah ke KL semula dan Tr menyambung pengajiannya ke Uk. Arwah suaminya hanya ditugas menjaga Villa diatas bukit sana itu dan sekarang dijaga oleh Shukor, bekas tentera. Dia mintak nak meympung tugas Pak Salleh. Macam biasa setiap bulan dibayar gaji oleh Puan Tengku Maisara.

1 comment:

  1. best3333xxx...heheheee...cian Zara kan....terusn usaha TR smp Zara ingt smula...fighting!!!!!....:)

    ReplyDelete