19/09/2014

Be Mine! 39

salam....Hiii  guys!!.. fn bgi  hadiah cuti sekolah..hope uollss melayan merapu brsama Fn citer Zara, Tr dan Luqman..still remember?
 jom layan lagu jap kali malay song tertarik akim ahmad ni mewangi je..sampai fn tak mandi pagi mewangi ke petang menaik citer keh3 joke je taw!!

time korus tu wat fn meremang sekejap.. jom2 kita layan...




Bab 39

Zara mengetuk kepalanya berulang-kali. Biar betul? Kalau macam ni lama kelamaan jadi biul kepala otak aku. zara masih lagi termanggu di depan kedai kraf tangannya. Mieza dan Yati keluar sarapan. Sengaja dibiar budak berdua itu keluar bersarapan kalau tidak mereka lebih senang ‘tapau’ bawa balik makan di kedai.

“Za…” dia menoleh.

“Haaa? Ada apa?” dia buat-buat sibuk membuka grill kedai itu. D mencuit bahunya. Dia mengerut dahi. 

Hairan tetiba jek D menapak ke kedainya. Bukan dia sudah hantar mesej kata nak tengok kedai hari ini dan tak masuk butik.

“Kau macam nak lari dari aku jek?” serkap D. mahu taknya pukul 2 pagi telefonnya melalak mintak diangkat. Kinah yang kuat berdrama tu cerita hal yang tak menyenangkan hatinya. Zara bukan begitu. Zara bakal tunangan Luqman. Dia sendiri mintak Zara berterus terang dengan Rafael.

“Mana ada..jom masuk” zara meletak beg yang berisi keychain yang sudah siap dibuatnya.D melihat hasil buatan tangan Zara. Cantik!

“Tempahan budak sekolah ke?” Zara mengangguk lalu mengeluar buku resit untuk dibuat bil.

“Hal semalam ke?”tak payah Zara buat-buat tak tahu apa yang mahu dari D.

“Betul ke?”

“Betul tapi bukan seperti yang dijangkakan”

“Apa maksud kau?”

“Rafael tetiba peluk aku spontan. Aku tak faham apa yang dimaksudkannya”terang Zara. D mengangguk. 

Dilihat mata Zara yang tidak menipu ketika bercakap dengannya.

“Za..kau patut jaga batas kau dengan Rafael tu. Dia bukan lelaki yang kita kenal lama. Kerja sebenarnya pun kita tak tahu”

“Aku tahu..tapi kau juga bagi kebenaran aku keluar dengan dia kan?”

“Untuk kali terakhir….untuk kau ucap sayonara. Selamat tinggal dengan cara baik” D menekankan katanya. Biar Zara faham apa kehendaknya. Bukan dia saja-saja mahu kenakan Zara. Dia nak Zara akhiri semuanya sebelum terlambat. Dia sudah Nampak dimata gadis itu cahaya rindu untuk si Rafael bukan Luqman.

“Maafkan aku D..”

“Zara…” mereka berpaling ke arah pintu kedai. Senyuman mekar arjuna itu melekat dibirai bibir. Luqman melangkah dekat dengan mereka.

“Bila sampai?” soal Zara. Dadanya berdegup kencang bukan sebab soal hatinya pada lelaki itu tetapi dia 
risau jika lelaki itu terdengar perbualan mereka.

“Baru je.  Rindu ke?”gurau Luqman. D meminta diri. Tak sanggup dia nak melihat wajah Zara yang serba salah dengan soal hatinya. Seorang lelaki yang sudah dia kenal dan seorang lagi baru kenal. Tetapi gadis itu lebih kea rah lelaki yang baru kenal. Zaman sekarang bukan mudah kita nak percaya orang yang baru kita kenal yang bertahun pun masih ada muslihat inikan baru kenal tak sampai sebulan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 “Tr tak masuk office” ujar Tiara kepada Pengarah Urusan Syarikat besar itu  juga merangkap  Suami pemilik saham terbesar hotel itu. fauzi mengaru pelipisnya. Pening dia memikir anak sedara Maisara seorang ini. Namun dia sukakan Tr. Tr seorang budak lelaki yang tabah diduga dengan kehilangan orang tersayang. Kalau dia? Entah sanggup ke tidak?

“It’s okay Tiara. Thanks for your information” dia berlalu ke bilik pejabat Tr. Dibuka daun pintu itu. Fael..Fael..apa yang kamu sedang buat sekarang ni.  Pagi tadi waktu sarapan isterinya beritahu Tr berbual baik dengannya semalam. Siap kiss pipi  and wish good night lagi. Pagi ni tak masuk pejabat. Apa agenda si Tr ni.

Fauzi menekan nombor Tr. Mesin suara perempuan mesra menyapa telinganya. Haila… handphone ditutup. Sengaja ke? atau bateri tak ada?

Tr menekan pedal minyak kereta audinya membelah lebuhraya utara-selatan. Dia perlu ke Penang. Dia sengaja tidak beritahu Uncle fauzi. Semalam dia menegur aunty yang sedang melayan Mia. Sejak peristiwa dia diberitahu hal pertunangan dengan Nelly dia sengaja bersikap dingin dengan aunty Maisara. Biar aunty tahu hatinya bukan mudah ditukar ganti dengan yang lain. Dia rasa gembira dengan berita tentang Zara namun dia perlu pastikan dulu baru dia mahu beritahu aunty Maisara pasti aunty pun turut gembira sepertinya.

“Terima Kasih kerana masih hidup” dia terlupa siapa Zara sebenarnya. Zara masih lagi tidak halal untuk dia sentuh. Namun dek kerana kegembiraan yang tak dapat dia gambarkan terluah dengan kata-kata dan perbuatan tanpa sedar dia memeluk gadis itu dengan erat.

Degupan jantungnya bersatu dengan Zara. Dia dengar dengan pasti jantung Zaraa pantas berdegup terkejut dengan tindakan drastiknya.

“Fael..awak kenapa?”Zara menolak dadanya. Meleraikan pelukannya. Gadis itu mengerut kening. “Awak mamai ke?”

“Hah? Mamai?”

“Awak ingat saya ni kekasih awak?” soal Zara. Gadis itu menunjuk mukanya. “Tengok ni..Saya Zara. Saya tunangan orang. Jangan awak cuba-cuba nak mengatal dengan saya okay.”

Marah ke? tetapi nada suara gadis itu tegas dan beradap menolaknya. “ Saya rasa setakat ni je perjumpaan kita. Saya dan awak zero”

Lima jari jemari gadis sebelah kanan berbentuk kosong.

“Tapi..”

“tapi apa? Awak sengaja nak goda saya. Sorry encik Rafael..saya bukan perempuan yang mudah encik peluk sana, peluk sini pegang sana, pegang sini”

“Zara..”

“Stop! Saya nak masuk ke dalam..say good bye and good night” Zara berlalu masuk tanpa berpaling ke belakang. Dia rasa seperti rasa ingin pergi jauh lagi darinya. Dia mahu pastikan Zara itu adalah Zara Sembilan tahun dahulu yang pernah hadir dalam hidupnya. Sebelum Zara menjadi tunangan orang lebih baik dia bertindak dahulu.

Raof menunggunya di tol Juru. Dia mengikut kereta jenis proton Saga Flx milik Raof. Sebaik sahaja kereta itu mula memasuki simpang jalan kecil. Di situ dia melihat sawah padi terbentang luas. Inikah kampung Zara?

“Bos..ini kampung Zara Aulia, Bos ikut jalan mini tar terus dan ada simpang tiga bos ambil simpang ke kanan dan bos akan Nampak deretan kedai makan dan runcit.” Terang Raof sambil melukis plan jalan di atas kertas kosong.

“Lepas tu bos ambik jalan tu dan disebelah kiri ada lorong tanah merah. Rumah Zara itu ditengah bendang”ulas Raof. Seolah lelaki itu sudah mahir dengan jalan di situ. Agaknya setiap hari si raof ni berkampung di situ.

“Okay.. terima kasih. Ni upah kau tolong bawakan aku ke sini dan selebihnya aku suruh Pa’an masukkan dalam akaun kau” Raof mengangguk sambil tersenyum memengang sampul berisi duit ganjarannya.

“Jangan panggil aku bos”Tr memaling kea rah Raof yang membuka pintu kereta. Raof ketawa sambil mengangguk.

Tr tidak suka Raof memanggilnya bos Nampak macam dia ada sindiket jahat dengan lelaki bermisai lebat itu. Akhirnya kereta audi miliknya memasuki lorong tanah merah yang hanya muat sebuah kereta sahaja kalau bertembung pasti kena undur bagi laluan.

Tr menutup daun pintu kereta audinya sebaik sahaja dia keluar dari perut kereta itu. Dilihat sekeliling kawasan rumah batu dibawah dan papan di atas. Pokok-pokok mengeliling kawasan itu seperti pulau. 
Dihirup udara segar kampong itu.

Dia berjalan kea rah pintu depan rumah itu dan memberi salam. Kepala mengintai ke dalam rumah melalui tingkap yang terbuka sedikit.

“Waalaikumussalam..”  Mak leha yang sedang memberi makan itik di belakang rumah berjalan ke depan rumah untuk melihat siapa yang memberi salam datang ke rumahnya.

“Mak leha..”bekas dedak itik jatuh ke tanah. Rahang bawah Mak leha turut ke bawah. Ditelan liur.. dia cuba menafikan apa yang dilihatnya sekarang rasa macam kenal. Tak mungkin TR.

“Tengku ke?” dia cuba mendekati pemuda yang segak bergaya itu. “Tengku Rafael ke?”

Untuk kali kedua dia bertanya suba memasti kebenaran matanya melihat raut wajah tampan itu. “Tengku Rafael ke?”

“Ye..ini Tr, Tengku Rafael”Tr beriya menunjuk dirinya sebenar

“Mak Leha dah lupa dengan orang ke?”

 Kata ganti nama orang itu membenarkan matanya melihat dan mengiyakan hatinya berkata itu Tengku Rafael anak Tengku Rashadan dan juga paling dia takuti anak sedara kepada Tengku Maisara. Puan muda itu sudah lama membuang dia di sini. Menyepi diri dan Zara lenyap dari kehidupan anak sedaranya.

“Masuklah dulu”air muka Mak Leha jadi keruh. Tr perasan Mak Leha seolah terkejut dengan kehadiran pasti apa yang dia tahu itu ada benarnya. Zara masih hidup! Tetapi apa motif Mak Leha menipu kematian Zara? Salahkah kasihnya pada Zara? Kenapa perlu merampas kasihnya pada Zara dengan melenyap Zara dari hidupnya. Menipu Zara sudah mati. Mak Leha dah tak betul ke?

Tr melabuh punggung ke kusyen kayu jati itu. Dilihat susun atur rumah itu. Mak Leha ke dapur untuk menghidang minuman untuknya. Dia bangun semula melihat bingkai gambar yang tergantung di dinding ruang tamu itu.  senyuman Zara mekar meraih konvokesyennya di sisi Mak Leha dan…. Tak mungkin lelaki itu.
Tr menahan geram. Kenapa Luqman Nur Hakim wujud dalam kehidupan Zara setelah apa yang terjadi. Adakah ini di rancang? Apa muslihat Mak Leha sebenarnya?

“Jemput minum Tengku” Mak Leha melirik mata melihat raut wajah matang dari dahulu. Sudah Sembilan tahun dia tidak berjumpa Tr, kali terakhir melihat anak muda itu masih belasan tahun dan sekarang anak muda itu sudah dewasa. Wajah dan susuk tubuh saling tak tumpah Tengku Rashdan. Tampan!

“Mak Leha apa khabar?” butir bicara anak muda itu lebih tertib dan beradap berbanding dahulu. Mungkin Tr semakin cerdik dalam budi bahasa budaya kita sekarang. Mak leha tersenyum sambil mengunjuk cawan berisi air teh o yang masih berasap ke depan TR.

“Sihat Tengku, jemput minum…”

“Terima kasih..” dia mengambil cawan itu lalu menghirup sedikit air yang masih panas itu.

“Tengku sihat? Puan Muda sihat?” ceria tutur kata Mak Leha bertanya kepadanya.

“Sihat..aunty dah berkahwin dengan uncle FAuzi dan dia orang sudah mempunyai seorang anak perempuan” ujarnya disambut ketawa gembira Mak Leha. Wanita itu mengelap lelehan air mata dengan hujung lengan baju kedah.

“Alhamdulillah..bahagia juga Puan Muda.”

“Zara sihat?” sengaja soalan itu keluar dari mulut Tr.

“Sihat tengku..” Mak leha tersedar dia terlepas cakap.

“Hairan orang Mak Leha boleh tahu Zara di dalam kubur sihat kan?”sinis dia berkata sambil melirik matanya. Mak Leha serba tak kena.

“MAk leha mintak maaf tengku..”

“kenapa?”

“Kenapa apa Tengku?”

“Tentang Zara? Kenapa beritahu dia dah tiada. Dia dah mati sedangkan dia masih hidup”

“Mak Leha tak mahu Tengku sedih, Zara koma tengku perlu teruskan pengajian Tengku” sengaja MAk leha mencipta alas an.

“Zara impian orang, dia bidadari orang di dunia ni. Orang nak hidup dengan dia. Salahkah orang tunggu dia?”

“Anggaplah Tengku dan Zara tak berjodoh di dunia ini”

Tr melepas keluhan. Dia kesal dengan kata-kata Mak Leha. Apa Mak Leha merancang nak menjodohkan Zara dengan Luqman sebelum ini, patutlah dulu Mak Leha seperti tidak menyukai diri dan sikapnya yang berlagak sombong cuma Zara yang sudi menahan kerenahnya sehingga dia menerima gadis itu dalam hidupnya.

“Maaf Mak Leha..orang dah tahu Zara sekarang masih hidup. Orang akan berusaha dapatkan dia semula.”

“Tengku..Zara bakal bertunang minggu depan”ujar Mak Leha lemah. Tr degil seperti Tengku Rashdan bukan dia tidak tahu sejarah hidup daddy si Tr. kalau sudah jatuh kasih dia akan setia pada yang satu itu. Tetapi kenapa mesti Zara pilihan Tr, anak muda itu lebih layak memilih gadis yang lebih hebat dari anak sedaranya itu.

“Luqman kan?”Tr memandang tajam wajah Mak Leha. “Mak Leha tak suka dengan orang ke? orang anggap Mak Leha macam aunty orang dan  sebahagian dari hidup orang”

Air mata Mak Leha mengalir keluar. Dia sayang sangat dengan keluarga Tengku Rashid ini. Dia sayang Tr manakan tidak dari budak itu berumur Sembilan tahun dia hidup membesar Tr di rumah agam itu. Hanya kerana cinta Tr pada Zara dia terpaksa akur mengundur diri dengan cara itu  dia membalas budi baik keluarga Tengku itu.

“Orang akan beritahu aunty Maisara yang Zara masih hidup. Mak Leha jangan menyesal apa yang orang akan buat selepas ini. Kalau Mak leha menghalang orang akan bawa Zara lari dari Mak leha”

Ugut Tr seraya itu dia bangun “Zara milik orang..Mak leha tolong restu”

Mak leha menahan sebak. Bukan dia tetapi Tengku Maisara yang tidak restu. “Tengku..”

Tr berpaling melihat Mak leha yang sudah terduduk di lantai ruang tamu itu. Tr mendapatkan Mak leha. 

“Susah sangatkah Mak leha nak terima orang”

“Bukan Mak leha nak..”dahi anak muda itu berombak.

“Apa maksud Mak leha?”

Mak leha meramas baju depannya seolah meramas hatinya yang sakit menahan apa yang dirasanya. “Tengku pulanglah..hidup dengan pilihan yang lain bukan dengan Zara. Dia sudah ada kehidupannya sendiri. Dia sudah ada Luqman”

Perlahan-lahan Tr melepas bahu Mak leha dari terus memimpin wanita itu duduk semula di kusyen. Dia mengeleng kepalanya. Air matanya mula mengalir. Menahan sakit di dada. Zara Aulia gadis itu seperti pelangi indah tiba-tiba  nak dia hilang. Ceriakah hidupnya tanpa warna pelangi itu?

“Maafkan orang Mak leha..” dia ingin berlalu pergi. Dia akan cuba dapatkan semula Zara Aulia,kerana gadis itu miliknya. Be mine!

“Tengku!!!”

“Tengku… dengar dulu” tercungap-cungap Mak leha cuba mendapat Tr. “Tolonglah.. kalau Tengku sayangkan Zara, Puan muda. Tolonglah kembali kepada hidup Tengku sebelum ini. Hidup dengan cara Tengku sebelum ini. Biar Zara dengan hidupnya sekarang”

“TAk..orang akan mintak bantuan aunty Maisara untuk bawa semula Zara dalam hidup orang”Tr cuba melerai pautan tangan Mak leha yang cuba menghalang dia untuk terus pergi tanpa menerima nasihat wanita itu.

Dada Mak leha berdegup pantas. Mana mungkin Tr memintak bantuan Puan Maisara sedangkan hakikat Puan MAisaralah yang merancang semua ini.

“JAngan..jangan Tengku”

“Aunty selalu berharap Zara hidup. Tentu aunty turut kecewa dengan MAk leha kalau dia juga tahu Zara masih hidup. Zara pun begitu. Orang tahu dia hilang ingatan kalau dia ingat semula pasti dia akan salahkan MAk leha”

Mak leha menarik nafas panjang. Berkali dia mengucap. Dia perlu kekuatan  untuk berhadapan dengan kenyataan. “Puan Muda tak akan salah MAk leha. Dia juga tak akan terkejut Zara masih hidup. Dia akan terkejut bila dapat tahu Tengku sudah berjumpa semula dengan Zara”

Berkerut dahi Tr “APa maksud Mak leha?”

“Tanya Puan MUda tengku..dia ada jawapannya. Dia tahu segalanya”

“Tak mungkin aunty Maisara yang rancang semua ini” Tr cuba mengingat semula. Patut aunty Maisara nak sangat pindahkan Zara ke penang. Aunty Maisara juga menghalang dia dari melihat jenazah Zara yang sememangnya tak benar.

“Mak leha.. terima kasih beritahu hal sebenarnya. Terima kasih mengajar orang erti penantian.”ujar Tr dengan nada lemah. Mak leha jadi serba salah. Apa yang bakal berlaku nanti?

“MAk leha nak Tengku faham. Baliklah mulakan hidup baru. Tengku layak dapat lebih baik dari Zara. Tengku akan bahagia dan Puan Muda pun akan senang hati”

“Terima kasih…terima kasih” Mak leha dapat rasakan ada yang tak kena. Tr seperti orang tak betul. Anak muda itu berlalu pergi.

+++++++++++++++++++++++++

“Sedap?”soal Luqman melihat Zara setia menjamu selera tanpa bercakap sepatah perkataan pun.

“Luqman…”

“Hurmm..nak order yang lain ke?”

“Siapa saya sebelum ni?” Luqman sudah meletak sudu dan garfu di sisi pinggan.

“Awak Zara Aulia, gadis comel yang pandai melukis dan kreatif dalam kraf tangan”LUqman tersenyum. 

Dalam hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu betapa dia menahan gemuruh dengan soalan Zara tiba-tiba. 
Adakah Zara sudah ingat semula siapa dia sebenarnya.

“Tak..saya tak nak dengar itu. Awak kenal dengan lelaki bernama Rafael?”

Luqman menelan air liur terasa berpasir. Tak mungkin Tr datang berjumpa Zara. Macam mana dia tahu Zara masih hidup.

“Tak.. siapa Rafael? Awak curang dengan saya ek?” sengaja dia mengubah topic. Zara tersenyum tawar. D menyuruh dia berterus terang dengan hatinya sendiri. Jangan tipu hatinya. Bila dia bersama Rafael di rasa tenang. Jantungnya sentiasa berdebar-debar seperti cinta pandang pertama. Renungan arjuna beta itu sentiasa buat dia jadi resah dengan perasaannya. Bila hilang dari matanya dia jadi rindu. Tetapi dengan luqman dia tidak rasa begitu. Dia selesa dengan lelaki itu sebagai kawan sahaja. Sepanjang malam dia berfikir. Siapa lelaki dalam hatinya?

“Luqman beri saya masa. Kita tangguh dulu pertunangan kita” Luqman merenung laman wajah suram itu. 

“Saya tak rasa saya boleh terima awak sekarang”

“Tapi kita sudah beli cincin” ya..tadi mereka pergi memilih cincin untuk pertunangan. Di situ dia merenung setiap cincin. Namun dia tidak nampak mana-mana cincin pun jadi miliknya, bakal disarung ke jarinya.

“Luqman..saya tak mahu bersama awak sebab rasa kasihan, sebab rasa bersalah dengan kebaikan awak” Luqman kecewa mendengar kata-kata Zara. Tr ada atau tidak Zara bukan miliknya. Dulu dia ingat sebab Tr 
hadir dulu sebelumnya tetapi dengan Zara yang baru juga hati gadis tetap bukan miliknya.

“Baiklah..saya beri awak masa”Luqman tersenyum tanpa gula.

“Terima kasih..” zara rasa puas hati sebab berterus terang. Betul kata D, dia patut jujur dengan hatinya.

Rafael? Zara ssudah ingat sedikit demi sedikit ke? dulu mak leha pernah beritahu zara selalu bertanya siapa Tr dan sekarang Rafael pula. Lelaki itu muncul dalam mimpi dia ke?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

D melihat Sakinah yang sedang mengait labuci di dada gaun pengantin itu. sesekali anak rambut Sakinah menjuntai ke bawah. Tangan gadis boyish itu menarik menyelit ke belakang telinga. Mata D beralih ke jari jemari Sakinah. Tampak lemah lembut bila mengait setiap butiran labuci itu.

“D..kau jatuh cinta dengan aku ke?”beberapa manic dituju ke arahnya mengenai mukanya. Dia tersedar Sakinah ketawa mengekek. Semalam dia Nampak indah je wajah si ‘kepohcie’ ni dan sekarang si ‘kepohcie’ dah macam white angel dan butiran cahaya putih berjurai di sekeliling membuat dia terpesona. Alaihai…

“Wei..kepit!” dia tersedar untuk kali kedua.

D tersenyum tanpa gula. Malu dengan dirinya. “Kau tak da nama indah nak panggil aku”

“jangan kau buat hal jatuh cinta dengan aku. geli!” D rasa bengang dengan kata-kata Sakinah. Kenapalah dia terjatuh cinta pula.. dengan si ‘kepohcie’ mulut macam pedang samurai.

“chaaiitt..simpang malaikat 44. Aku nak jatuh cinta dengan kayu besbol macam kau. Keras tak berperasaan”

“Wei..kayu besbol aku pun boleh pukul bola jauh tau” Sakinah menjeling maut. Dia naik seram bila D asyik merenungnya tadi. Bunga jantan itu buat dia jadi bunga plastic je.

“Dahl ah..malas nak bertengkar dengan kau”

“Tahu pun. Jangan jatuh cinta dengan aku tau!”

“Eeee..tolonglah..jangan perasan cik Kinah oiii”

“Mana Zara?” Sakinah cepat-cepat ubah topic.

“Jumpa Luqman. Rasanya hari ni dia tak datang kedai. Dia orang pergi beli cincin pertunangan mereka”

“So sweet..”Sakinah sudah mula meroyannya. Gadis boyish itu datang menyapa depannya dengan senyuman gatal. Memang kau kayu besbol boleh pukul bola jauh sehingga kena kat hati aku Sakinah oiii..aku dah jatuh cinta..gila!

“Kau rasa antara Luqman dengan Si mamat model itu yang mana sweet lagi?”

“Kau apehal tanya soalan yang tak masuk exam ni?”

“Ini soalan suka-suka. Alooo..layanlah kejap aku D, Zara dah tak da kau patut berbaik dengan aku”ngeee..Sakinah tayang gigi macam iklan colgate

“Luqman tu kacak bergaya, tinggi dan tegap. Rafael pun sama..entah masing-masing ada daya tarikan” Sakinah tersengih mendengar ulasan D.

“Rafael tu macam hero korea aku je” D mula menyampah tak habis-habis korea..korea..korea..semua penangan hallyu Kpop

“Luqman baik macam hero melayu, Rafael tu kita tak kenal dia tu baik ke tak”terang Sakinah.

“Selalu hero jahat lebih mempersona lagi. Macam twilight. Orang suka vampire dari manusia sedangkan vampire tu boleh membunuh sanggup gadai..” kuk!!

“adoiyaa….”Kinah mengosok dahinya. Sedap je D menjentik jari ke dahinya.

“Berangan dari melayu ke korea last omputeh pulak kau ye.. aku kat depan ni lebih menarik lagi tau” D membebel sambil berlalu ke belakang meletak tempahan yang sudah siap digubahnya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tr memghempas pintu kereta audi. Dia berlalu  masuk ke dalam rumah banglo mewah dua tingkat itu.  Dia naik ke biliknya. Dihempas daun pintu melepas kemarahan dalam hatinya.

“Kenapa mesti aunty?” ayat itu sahaja yang berulang kali di hatinya. “tak mungkin aunty”
Dipejam matanya. Diletak lengannya ke dahi cuba melepas penat seharian dia ke penang dan pulang semula ke KL. Hatinya juga penat. Segalanya melelahkan dia.

“Fael…” Tengku Maisara memulas tombol pintu bilik anak muda itu.  dia tahu Tr tak masuk office hari ini. Tr masih lagi bersedih dengan hal pertunangan itu ke? Mia dipimpinnya memasuki kamar bujang itu.

“Mia panggil abang Fael sayang” Mia tersenyum.

“Abang fael..”ucap Mia dalam pelatnya.

“Pandai anak mama” didukung Mia sebaik sahaja melihat Tr terbaring di atas katil. Dia merapati Tr perlahan-lahan. “Fael..”

Tr membuka matanya perlahan-lahan. “ aunty..sorry Fael letih nak rehat “

“Tak pe, aunty takut Fael sakit lagi”ujarnya lembut sambil mengusap anak rambut anak muda itu yang menjuntai ke dahi.

Tr ingin bertanya hal sebenar tetapi dia rasa ini bukan masanya. Dia bingkas bangun, dia menepuk tilam supaya Tengku Maisara duduk di sebelahnya.

“Hai Mia…rindu abang Fael tak” diambil Mia lalu dicium-cium pipi mulus itu. mia ketawa mengekek kegelian.

“Mia cantik macam aunty”ujar Tr. Tengku maisara tersenyum indah mendengar pujian TR. “Aunty bahagia tak sekarang?”

“Ye..sayang, aunty bahagia ada Fael, uncle Fauzi dan Mia”

“aunty sayang Fael?”

“Sayang sangat, Fael permata indah daddy Fael yang perlu aunty jaga” Tr tersenyum tanpa gula. Sayang? Sayang macam mana sebenarnya aunty nak tunjukkan?

“Boleh fael mulakan hidup sendiri”

“Apa maksud fael ni?”

“Lepaskan  Fael, biar fael buat pilihan sendiri”

“Fael dah jumpa pilihan hati Fael ke?” dicuit dagu Tr.  Senyuman anak muda itu mekar sehingga menampak lesung pipitnya.

“Kalau sudah, aunty terima tak?”

“Aunty kena tengok dulu siapa dia, keluarga dia, kerja apa dan yang penting sekali dia layak tak bergandingan dengan Fael.” Tr mengangguk. Benarlah kata Mak leha, patut aunty ketepikan Zara. Siapa Zara? Anak yatim piatu, kerja apa? Maid di rumah agam dan sekrang hanya pemilik bersama butik Andaman pengantin. Layakkah Zara bergandingan dengan dia? Bagi aunty tidak tetapi baginya Zara lebih layak berbanding nelly dan Natasya atau pun mana-mana perempuan yang aunty cuba kenalkan untuknya,

“Kalau gadis itu seperti Zara Aulia?” Tengku Maisara tersentap. Dibiar mia bermain bola keranjang yang ada di sudut kamar itu.

“Bo..boleh..kan Fael nak gadis yang macam Zara. Dia ada gelaran macam kita tak? Keluarga dia buat perniagaan apa?”

Tr ketawa dibuat-buatnya. Manahan geram di hatinya dengan sikap aunty Maisara. Terselah sikap sebenar aunty Maisara. “ uncle Fauzi tak da gelaran pun aunty terima?”

“uncle lain, fael lain,”

“Tak de bezanya Fael ada cinta dan uncle pun ada cinta perlukah gelaran untuk diletak ditengah-tengah cinta itu sebagai penghalang”

“Uncle Fauzi dah lama kenal dengan aunty, dia juga anak orang kenamaan dan berjaya menamatkan pengajiannya di luar negara. Pilihan Fael sebelum ni bukan aunty nak rendahkan Zara, dia bukan anak orang kenamaan, ayahnya seorang pemandu teksi dan maknya penjual kuih. Mak leha pulak orang gaji di rumah kita itu mak sedara dia. Lain Fael, berbeza fael..”

Tr melurut rambutnya ke belakang. “cuba aunty tukar Zara dan uncle Fauzi, agak-agaknya aunty terima tak uncle?”

Tengku Maisara terkelu seketika. Hakikat sebenar dia menerima siapa pun Fauzi. Kerana Fauzi cinta hatinya. “uncle Fauzi lain fael..dia memang dilahir dalam keluarga orang berada”

“Baik…tetapi cuba aunty letak sekejap takdir uncle Fauzi ditempat Zara”

“Fael, uncle Fauzi cinta hati aunty, siapa pun dia aunty terima tetapi hakikatnya dia berbeza dari kehidupan Zara kalau nak bergandingan dengan Fael”

“Aunty pernah tahu tak, apa kata daddy dalam diarinya?”air mata sudah bergelinang dibirai matanya.

“Siapa pun dia, like monster, like alien. Dia tetap isteri aku, dia sharifah Safiyyah” Tengku Maisara menahan sebak. Betapa cinta abangnya untuk isterinya.

“Daddy menulis yang mummy pernah bertanya kepadanya ‘Don’t you care who I am? Don’t you care where I’m from? Don’t you care what I did? Aunty tahu daddy kata apa?” tengku Maisara mengeleng kepalanya sambil mengesat juraian air mata. Betapa dia rindukan abangnya yang setia.

“Daddy geleng dan mengucup dahi mummy dan mengucap I love you so much here and hereafter”Tr tersenyum tanpa gula. Air mata jantan mengalir untuk sesaat. Dia bangga dengan daddynya.

“Lupa aunty nak bakar diari daddy. Dia berikan pengaruh cinta yang hebat untuk Fael selama ini” Tengku Maisara bingkas bangun. “Mia come here..”

Mia berjalan ke arahnya, diambil didukungnya dan berlalu pergi.

“Aunty.. maafkan Fael” kata-kata Tr jelas kedengaran sebaik sahaja dia melangkah keluar dari kamar anak muda itu.  Dia tak mahu Fael jadi seperti abangnya. Dia mahu Fael hidup tanpa memikirkan soal cinta yang  membingungkan. Abang meninggal kerana mahu selamatkan kakak iparnya, dia dapat laporan polis selepas dua bulan kemalangan itu. abangnya berjaya dikeluarka dari kereta mereka oleh orang yang datang membantu tetapi oleh kerana kakak iparnya pengsan tidak sedarkan diri dalam kereta membuatkan abangnya berpatah balik, di saat itu kereta mereka meletup dan abangnya menemui ajal. Cintakah itu?
Sebab itu Tengku Maisara tidak mahu Fauzi terlalu mencintai sehingga lupa dengan diri sendiri. Cinta sebahagian perisa manis dalam kehidupan. Dia tak mahu biar hanyut dalam cinta yang boleh membuatkan dia merana. Namun dia ditakdirkan dengan lelaki bernama Fauzi yang juga setia seperti abangnya menunggu tanpa jemu.

+++++++++++++++++

Fauzi membelek wajah isterinya. Diusap pipi isterinya itu. “Nangis lagi?”

“FAel… I lupa dia ada kekuatan abang I”

“Apa yang sebenarnya berlaku?”

“I tak rasa Fael berjumpa dengan Zara, gadis itu mungkin sudah dimiliki orang lain. I tahu Zara hilang ingatan bila Mak leha telefon I untuk kali terakhir. Zara tak akan datang mencari Fael. Tetapi sekarang fael sendiri yang tak boleh lepaskan Zara, Fael seolah hidup dengan cinta Zara lagi. Sebab diari abang I berinya kekuatan”

“Diari?”

“Sebab I ingat itu hanya untuk melepas rindu tak sangka FAel seperti abang I”

“You nak  I siasat?”

“Nope! I takut.. I takut fael salahkan I”

Fauzi ketawa. Dikerling Mia yang sedang nyenyak tidur di katil kecilnya “you ni pengecut rupanya luar 
Nampak tegas. Kalau you nak tahu you pun insane jugak”

“Taklah.. mana ada, I tak pernah mengharap cinta you macam Fael dan abang I “

“Ye..i sorang yang tergila-gilakan you.” Fauzi ketawa sambil memeluk Tengku Maisara. “You cintakan saudara you sangat-sangat”

Tengku Maisara mengangkat muka memandang Fauzi yang merenung matanya. “I tak faham?”

“You terlalu sayangkan keluarga you sampai you takut nak lepaskan. You takut kehilangan FAel seperti abang you”

Tengku Maisara menghela nafasnya. Fauzi mengucup lembut kening isterinya. “tentu you penatkan sayang?”

“I letih dengan FAel”

“Lepaskan dia”

“Tak boleh.. dia anak lelaki I”

“I boleh beri you anak lelaki”Fauzi sudah merapati tubuhnya, dipeluk erat tubuh Tengku Maisara.

“You tak rasa I dah tua untuk anak kedua?”Fauzi ketawa. Dikucup setiap inci wajah Tengku MAisara

“You selalu muda untuk I sayang” Tengku Maisara membiar perasaan mengebu suaminya itu. itu cinta?   

Kenapa dia tamak? Dia perlu melepaskan Fael..untuk bahagia sepertinya.

++++++++++++++++++++++++++++++++
 p/s: tak sempat edit kali kedua
 jom layan malay song lagi Hazama..daebakkk Malaikat


6 comments:

  1. yeeeaaayyyy....beeesssssstt sangatttttttttt.....setelah lama menunggu...hheheheeee...xsabar nk tau cerita selanjutnya...

    ReplyDelete
  2. I've been following ur story since the first entry. Do continue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm bellaameera.. i'll continue..as soon as possible..hehehe i'm sorry sbb buat awak tertunggu..but tq still follow this story..:)

      Delete
  3. Dik, masih busy lagikah? Up la bab 40.. Sebaris dua pun jadi la.. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori ixora fn busy kbelakngan ni tp fn akan update secepat mgkin and then skrg tgh duk abiskan bab40 insyaAllah..tq bg comment n semangat..:)

      Delete