salam..apakhabar kekawan fllwer, sowiiii sbb lambat updte, FN sibuk cket ujung tahun ni. ada seminar berbagai..dan taip bab 40 tu pun ada continue ye.. papun hope uollss enjoy..trimasss still setia mnjenguk ke bloq yg nk usang ni..hihi
p/s: lagu happen ending by epik high ft lee hii ..deaabaaakk.. layan jek
TR + Zara - Luqman = Be Mine!
p/s: lagu happen ending by epik high ft lee hii ..deaabaaakk.. layan jek
Bab 40
Matanya teracap pada raut wajah di depannya. Senyuman
sang arjuna beta bisa membuat hatinya goyah semula. Haila..kenapa datang lagi?
“Zara Aulia
binti Zainal, suka lagu klasik, peminat setia Jamal Abdillah” terkebil-kebil
matanya mendengar maklumat dirinya. Seolah dicerobohi oleh sindiket tak di
kenali. Dia ni banyak tahu tentang aku. Tak pelik ke?
“Awak Zara
Aulia yang sukakan bintang..” Tr menghampiri Zara yang masih melopong mendengar
huraiannya tentang gadis itu “Nah!”
“Apa
ni?”Zara membuka beg kertas yang berat muatan itu. “Buku novel?”
Pandangannya
bertaut dengan renungan sang arjuna beta. Namun dia hairan dengan setiap butir
bicara dan perbuatan lelaki. Nak buat jejak kasih ke?
Dia pernah
hidup dengan lelaki itu ke? Dia membelek novel lama itu ada dalam tiga buah
semuanya.
“Ada banyak
lagi dalam bilik saya. Semua saya simpan dengan elok dan terjaga.” Senyuman
sang arjuna beta menambah resah hatinya.
“Ada
signature awak lagi kat tepi muka surat pertama”betul kata Tr. Tandatangannya
serta nama dan tarikh pembelian. Ada contengan kartun lucu di situ. Pemberian
Tengku Rafael a.k.a TR.
Dia
mendongak semula pandangannya. “Apa maksud awak?”
“Nah..ini
gambar kita berdua pernah menyambut hari raya bersama”ngaaaaa….macam tak
percaya. Wajah dalam foto di tangannya kini macam copy paste je dari wajahnya
sekarang. Biar benerrr..
“Kita
pernah hidup bersama ke?” soal Zara. Dia rasa macam soalan bodoh je.
Tr
mengangguk sambil merenung raut wajah itu. “Hidup dalam satu rumah”
Ngaaa…rahang
bawah Zara dah jatuh ke bawah. “Kita suami isteri ke?”
Tr ketawa
kecil. Kalau mereka suami isteri sudah lama dia bawa Zara lari. Zara akui
hatinya milik lelaki di depannya sekarang.
“Awak gadis
saya Zara, kalau awak nak penjelasan lagi awak boleh tanya acik” betul..lelaki itu
pernah hadir dalam hidupnya. Banyak bukti yang lelaki itu tonjolkan. “Be mine
by my side”
Zara
mengikut Tr ke kereta audi itu. Dia perlu berjumpa dengan acik minta penjelasan
semuanya. Dia menelefon Sakinah yang dia tidak ke butik dan kedai kraf tangan,
dia mahu balik ke Penang. Tr tetiba muncul di depan rumahnya tadi. Semua
berlaku sekelip mata sahaja, dia sekarang berada di dalam kereta Tr.
Handphone
Samsung note berbunyi. Dilihat skrin siapa pemanggilnya. D!
“Hello..Assalammualaikum”
“Waalaikumussalam..”dia
menjawab salam lelaki lembut itu. Pasti Sakinah sudah memberitahu hal
tentangnya pada D.
“ZA..kenapa
dengan kau? Luqman ada kat butik sekarang” suara D kedengaran marah.
“Aku nak
balik kampong”ujarnya tanpa memberi alas an.
“Kau dengan
Rafael kan?”dadanya berdegup kencang bila mana terjahan D mengena. “Za baik kau
datang sini”
“Aku nak
cari siapa aku sebenarnya. Maafkan aku D” pantas di off kan handphonenya. Tr
memandang Zara yang masih tertunduk merenung skrin handphone.
“D telefon
ke?” hanya anggukan diberi jawapan. “Dia cakap apa?”
“Dia suruh
ke butik. Luqman ada kat sana” pantas Tr membelok keretanya ke lorong kanan
untuk membuat u-turn.
“Kita ke
sana sekarang” Ngaaaaaaa…oh tidak! Zara sudah memejam matanya rapat. Tak dapat
nak bayangkan bila Luqman bertemu dengan Tr. Pasti meletus perang dunia ketiga.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Luqman
memandang D yang berjalan ke hulu dan ke hilir seolah lebih resah darinya.
Masalahnya yang timbul antara dia dengan Zara. Tetapi tingkah laku D seperti watak utama dalam
cerita sekarang.
“Siapa
mamat model yang korang maksudkan itu?” soal Luqman mencetus kesunyian. Sakinah
yang tadi menghilang datang membawa mug berisi air choklat yang masih berasap.
“Jemput
minum Luqman.” Pelawa Sakinah lembut. Kesian dia melihat Luqman seperti pungguk
menunggu bulan. Betul tak ayat dia. Dia perhati raut wajah kacak yang tersenyum
sambil meneguk minuman pemberiannya.
“Sedap.
Terima kasih, Kinah” haila… rasa
bersalah membiar hubungan Zara dengan mamat model berlarutan sehingga
kini dan Zara benar-benar ‘terlekat’ dengan mamat model itu.
“Luqman..
lelaki itu kita orang upah dia ganti tempat awak yang tak dapat hadir waktu
pertunjukan pakaian pengantin dengan Zara.” Terang Sakinah sempat dia meneguk
air liur macam tak lepas jek.
“So..dia
pengantin lelaki Zara la kirannya?”D terus menoleh mendengar kata Luqman itu.
“DIa just
penganti bukan pengantin lelaki Zara.”balas D cuba menyedap hati Luqman.
“Siapa
dia?”
“Rafael..nama
dia Rafael selebihnya kita orang tak tahu sangat.”ujar D
“DIa kerja
di hotel shopping mall ni”tukas Sakinah.
Luqman
terdiam, cuba memikir sejenak. Rafael? Terlintas perbualan antara dia dengan
Zara tempoh hari.
“Siapa saya
sebelum ni?” Luqman sudah meletak sudu dan garfu di sisi pinggan.
“Awak Zara
Aulia, gadis comel yang pandai melukis dan kreatif dalam kraf tangan”LUqman
tersenyum. Dalam hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu betapa dia menahan
gemuruh dengan soalan Zara tiba-tiba. Adakah Zara sudah ingat semula siapa dia
sebenarnya.
“Tak..saya
tak nak dengar itu. Awak kenal dengan lelaki bernama Rafael?”
Luqman
menelan air liur terasa berpasir. Tak mungkin Tr datang berjumpa Zara. Macam
mana dia tahu Zara masih hidup.
“Tak..
siapa Rafael? Awak curang dengan saya ek?” sengaja dia mengubah topic.
Mendengar nama Rafael mebuat dadanya hilang rentak biarpun tiada pangkal nama
Tengku. Rafael cukup sinonim dengan dirinya satu ketika dulu. Tengku Rafael aka
TR. lelaki tingggi tegap itu saingannya.
Namun Tr
tetap putera pujaaan di sekolah elit itu. Anak sedara YDP PIBG sekolah elit itu
penyumbang dana terbesar untuk sekolah itu. Sesiapa pun tak berani menyentuh
pemuda itu.
Tr datang
bersama ‘maid’nya Zara Aulia. Itu pengakuan TR mengatakan Zara maid nya namun
hakikat dia tahu lelaki itu menaruh hati kepada Zara termasuk dirinya. Tr
terlebih dahulu diterima Zara dan dia terpaksa jua melepas gadis kesayangannya.
Impiannya untuk bersama gadis itu belajar, bekerja dan berkahwin hidup bersama
musnah bila gadis itu lebih memilih Tr tinggal dalam hati.
Luqman
teringat hari terakhir pertemuannya dengan TR, selepas mengambil keputusan exam
spm. Dia sengaja ingin berbual dengan Tr secara berdepan kerana Zara. Dia juga
memberi amaran jika Tr melepaskan Zara, dia tidak teragak-agak untuk mengambil
gadis kesayangannya itu dan tak mungkin dia melepasnya dengan mudah.
“Hai..boleh kita berbual sekejap” Luqman membalas senyuman Tr kali
pertama untuknya. Susah lelaki sombong itu untuk mengukir senyuman terutama untuk
dirinya. Mungkin kehadiran zara salah satu factor penyumbang pahala sedekah
untuk lelaki itu
“Agaknya Zara ajar kau cara mengukir senyuman ye?” Tr menarik semula
senyuman itu. ulas bibir lelaki itu keras kembali untuk mengukir senyuman. Mata
Tr memandang tajam menikam anak matanya, dia tidak mahu beralah. Dia juga hero
biarpun bukan di mata pelajar perempuan sekolah elit itu dia tetap hero di hati
mama dan mungkin Zara.
“Dan kerana Zara,, buatkan kau pandai mengancam orang?”soal Tr membuat
dia tersenyum jongket. Sinis!
“Apa pun tahniah..” luqman menghulur tangan untuk berjabat.
“Thanks..aku masih belum boleh nak mesra dengan kau. Ia ambil masa aku
harap kau faham” huluran tangan luqman sengaja tidak disambut Tr. Luqman
menarik semula dan berjabat dengan tangannya sendiri.
“Aku boleh faham dengan fiil kau. Sedangkan dulu farouk kau boleh sepak
macam bola kerana Natasya ini kan Zara. Cukup dengan sejarah basketball. Aku
akan sentiasa ingat” sengihan sinis Luqman lebar. Dikerling TR yang bersahaja.
“Kes Farouk tak de kena mengena dengan Natasya. Tapi kes kau memang ada
mengena dengan Zara. Kau
tahu kan aku tak suka kau rapat dengan Zara” Tr cuba
mengancamnya.
“Tahniah Tr, kerana result spm terbaik untuk sekolah dan satu lagi
tahniah kerana Zara memilih kau.”
“kenapa?”
“Kenapa apa? Salah ke aku wish tahniah?”
“Tak..maksud aku hal Zara? Dia
bagitahu kau apa-apa ke?”
“Hurmm…aku kenal Zara dengan baik. Dia gadis yang baik. Aku harap kau
tak main-mainkan perasaan dia”
Tr hairan. Apa yang telah diberitahu Zara mengenai dirinya pada Luqman
sehingga lelaki itu mengundur diri dan mengucap tahniah dnegan baik padanya.
“Tahulah aku nak jaga Zara, kau tak payah menyibuk”
Luqman ketawa. “AKu hairan, macam mana Zara boleh tertawan dengan sikap
kau”
Tr mencemik. “Apa? Aku tak cukup bagus untuk Zara”
“Tak..” pantas jawapan Luqman
“Ingat Zara sudah pilih aku bermakna aku lebih bagus dari kau” Tr cuba
mempertahan diri.
“Tapi ingat Tr. kalau apa-apa yang terjadi dengan Zara. Dia ditinggalkan
kau, aku tak teragak-agak kembali semula dalam hidup dia.”
“Jangan harap!” marah Tr “ tak mungkin aku akan tinggalkan dia. Dia
percayakan aku. aku akan tunggu dia”
“Baiklah. Mungkin Zara untuk kau tapi kau kena ingat takdir, jodoh itu
rahsia tuhan” Luqman menepuk bahunya sambil berlalu pergi.
“MAafkan kita orang Luqman”ujar Sakinah membuat Luqman kembali kea lam
nyata. Sakinah serba salah
melihat laman wajah kacak kelihatan tanpa perisa.
“Assalamualaikum..” enam pasang mata memandang pasangan itu yang berdiri
di depan pintu masuk butik itu. Luqman tegak berdiri. Pandangan matanya
menjunus terus ke arah lelaki berdiri di sebelah Zara.
“Tr?” langkah Luqman mara ke depan, mereka yang lain mengerut kening
kehairanan.
Raut wajah lelaki itu tampak matang dengan penampilannya. Ya..baru
Luqman tersedar Tr dan dia sudah dewasa.
“Luqman Nur Hakim Bin Dato’Khairuddin”ujar Tr kini berdepan empat mata
dengan lelaki yang di maksudkan Zara, ‘tunangannya’.
D, sakinah dan Zara melopong selama ini mereka tidak tahu Luqman adalah
anak ‘someone’ yang berpangkat Dato’
“Tengku Rafael bin Tengku Rashdan pemilik saham terbesar Rash Holding”
ketiga-tiga rahang itu jatuh ke bawah. Sakinah lagi luas dari mereka berdua.
Dia sangka mamat model itu gigolo high class..haila melepasssss…
Huluran tangan Tr tidak disambut Luqman. Kenapa Tr berbeza dari dahulu.
Lelaki itu sombong tak suka memulakan dahulu.
“Tak payah sebut harta pemilikan aku.” sengihan Tr mebuat Luqman ingin
saja menumbuk muka itu. “How are you, guy!”
“Aku tak perlu jawab khabar dari kau.”
“Aku datang nak ambik balik kepunyaan aku”sebaik saja mendengar kata Tr,
terburai ketawa kecil dari bibir Luqman.
“Kepunyaan kau? Siapa?”
“Zara Aulia!” mahu sahaja Zara pengsan di situ. Dia bagai berlakon
teater sekarang. Kisah si dara menjadi pujaan si uda. Acik…help me!!!
“Zara kau kepunyaan kau sudah mati Sembilan tahun yang lalu” Luqman
pandang sekilas Zara yang kini berada dekat dengan D dan Sakinah. “Zara yang
sekarang adalah Zara aku, dia kepunyaan aku”
Tegas kata Luqman membuatkan Tr mengetap gigi menahan amarahnya. Dia
sudah belajar banyak perkara dalam hidup sejak Zara pergi dari hidupnya salah
satunya ‘sabar’.
Zara melihat situasi itu seolah pernah berlaku dalam hidupnya. Luqman
dan TR bergaduh kerananya. “ Luqman, awak kenal dengan Rafael?”
Luqman telan liur. Perlukah dia beritahu siapa Tr dan Zara sebelum ini.
“Itu awak tak perlu tahu Zara, yang
penting sekarang awak bakal tunang saya”
“Tunang?”soal Tr dengan nada sinis “ Zara milik aku sebelum ni. Kau
patut lebih tahu Luqman. Kenapa kau tak beritahu hal sebenar kepada Zara?”
“Luqman, awak kenal saya dari sekolah lagi ke?” Luqman diam. Sebelum ni
dia sudah menipu Zara dengan mereka cerita siapa dia dan pertemuan dengan Zara
adalah yang pertama sewaktu dia ditakdirkan bertemu semula dengan Zara.
“Zara kemalangan dan koma, awak yang dulu saya sangka sudah mati” terang
Tr. “Acik awak beritahu saya yang awak sudah mati sebab aunty saya”
Sakinah dan D hanya menjadi penonton setia babak cinta luka itu. Luqman
memandang Zara kemudiaan dia berjalan kea rah gadis itu.
“Zara…maafkan saya. Kita dulu pernah kenal. Awak, saya..” Luqman menunjuk Tr “ dan dia..”
“Kenapa awak rahsiakan dari saya cerita sebenar? Kenapa buat saya
tertanya-tanya siapa saya?” air mata Zara sudah mengalir keluar. “Saya penat
Luqman, setiap hari saya kena berfikir soal hati saya, siapa saya sebelum ni
dan siapa awak pada saya sebenarnya”
“Zara..awak milik saya”ujar Tr tanpa rasa malu. Luqman mengangkat
pandangannya. Tr sudah melampau.
“Kau takda hak Tr, kau dah lepas Zara dahulu, sekarang Zara milik aku” luqman
cuba mendapat Zara bila Tr berjalan kea rah gadis. Tangannya memengang lengan
gadis itu sebelah kiri dan Tr juga tidak mahu mengalah lelaki itu terlebih
dahulu memengang lengan gadis sebelah kanan.
Sakinah dan D sudah melopong…
Zara rasa nak pengsan.. macam tak percaya dia jadi rebutan…azab!
-tqvm- kpd yang xjemu memberi komen =))
best la cita ni...mkin lama mkin best...heheheheeee...go...go...TR...never give up...:-)
ReplyDeleteKeep on moving Cik writer!
ReplyDelete