Salam...kekawan..jom layan malay song pulak. dis song ni bila dengar je terus menikam kalbu sih!!!
enjoy it!!!!
Bab 37
Dia menarik
comforter sehingga menutup kepala. Dia terasa tidak sedap badan dari semalam
balik dari majlis itu. D marah sangat dengannya sampai lelaki lembut itu tidak
menelefonnya pagi ini tanya sama ada dia sihat atau tak sebab semalam dia terjatuh depan lobby
hotel itu.
Dia
tergelincir dengan heel nya yang tak stabil bila menuruni anak tangga itu.
“Za..kau
dah gila!” marah D
“Kenapa kau
nak marah aku pulak, patutnya kau pujuk aku”dia sudah menangis. Dah lama air
mata tidak mengalir keluar. Dia terasa terhina sangat tadi bila dimalukan
didepan golongan high class.
“Aku marah
kau sebab kau rendahkan diri kau mintak maaf tadi. Kau bukan maid perempuan
gila tadi” Zara terdiam. Maid? Dia seperti pernah hidup dengan gelaran maid.
“Tengok…”D
picit pelipisnya. Tangannya menarik lengan Zara untuk bangun dari duduk terjelepuk
ditangga itu.
“Eeenggggeee….”D
ketap gigit. “Si Kinah ni pergi mana? Melesap macam hantu raya malam-malam. Dia
tak tahu ke kawan dia dimalukan tadi?”
Marah D
sambil membebel berleterkan Sakinah yang menghilangkan diri dalam majlis tadi
sambil memimpin Zara ke kereta Myvi Pinknya. “Za..kau jangan nangis lagi kalau
tak aku tampar je mulut kau”
Gadis itu
mengalir air mata. Dia jadi sedih. Zara gadis yang happy bila gadis itu
menangis dia jadi tak sanggup nak lihat. “Dah la..Za, kau nak aku tampar mulut
kau”
Ugut D
sambil mengesat air mata gadis itu. “Tampar la D…aku ni hina sangat kan?”
“Perempuan
coli cangkerang tu yang hina.” D membebel sambil menghidupkan enjin kereta.
Zara ketawa sambil menangis.
“Kau kata
apa D?”
“Perempuan
coli cangkerang!” ketawa Zara sambil mengesat air matanya. D kalau mengata
orang memang pedas! Mulut macam pedang!
“ Kau tak
perasan ke dress dia ala-ala mermaid dengan cengkerang didadanya blink-blink”
D ketawa
sinis. Meluat dia dengan perempuan kerek itu tadi . Apa dia ingat keturunan
kerabat dia boleh buat apa saja pada orang biasa. Tetapi siapa pun tidak tahu
hatta Zara dan sakinah sendiri pun tidak tahu siapa D sebenarnya. Siapa mama dan papanya. Siapa keturunan
keluarganya. Bila dia berhadapan dengan golongan sepertinya yang berlagak dia
jadi meluat.
“Nak je aku
tangkap si mermaid kerek tu buang ke laut” Zara ketawa lagi. D berpaling
sekilas.
“Kau pun
sama. Jangan cakap dengan aku sampai kau insaf diri dan hargai diri kau tu”
marah D sambil mengumam sendiri.
Zara
tersenyum tanpa gula. D suka membiar dia dengan
cara begitu untuk tenangkan dirinya. Sakinah yang menghilang semalam sebelum
kejadian dia dimalukan sebab Sakinah sakit perut. Gadis itu bukan boleh pakai
cantik, makeup cantik mula senak perut.
“Za… kau
okay ke?” Kinah datang menyelak comforter lalu ditekap tapak tangan ke dahinya.
“Panas dahi kau. Nak ke klinik?”
“Tak
yah..aku okay je”
“Kau makan
ubat dulu..jap, aku pergi ambil ada dalam peti sejuk” Kinah berlalu pergi. Dia
ada dengar Kinah berbual-bual di telefon bercakap dengan seseorang yang dia
kenal.
Selesai
makan ubat. Kinah menyelimutnya. “Zaa…aku minta maaf pasal semalam. D
marah-marah aku sebab tak ada bersama kau. Kalau aku ada waktu tu tak de sapa
boleh buli kau”
Dia
tersenyum tawar. “Kau sayang aku rupanya”
“Yelah..giler
tak sayang” Kinah sudah memeluknya erat sehingga dia rimas.
“Dah… aku
lagi sakit kalau kau peluk aku macam ni” Kinah tersengih.
“Zaa..aku
keluar jap tengok kedai kraf kita dan butik takut ada customer datang ambil
tempahan. D suruh tutup kedai hari ni tapi aku ingat nak tengok jap butik sebab
cuti sekolah sekarang banyak tempahan yang diaorang nak ambil.”
“Tahu..kau
siapkan kerja kau. Jangan lupa tengok tempahan untuk aku sama”
“Kau okay
ke?”
“aku
okay..kalau tak okay aku telefon kau” Kinah tersenyum lega. Zara tahu Kinah
risaukan dia. Tapi betul kata kinah dia perlu tengokkan kedai juga untuk
customer datang ambil tempahan yang dah
siap.
Zara pejam mata namun dia tidak lena. Tekaknya
terasa berpasir. Dia bangun mengambil mug berisi air kosong yang disediakan Kinah tadi sebelum keluar.
Terkebil-kebil
dia memandang siling selepas meneguk air kosong itu. Diletak semula mug yang
masih bersisa itu atas meja kopi sebelah
katilnya.
Rafael…
sebenarnya lelaki itu yang difikirnya. Siapa dia sebenarnya?
“Untuk 44
hari je… lepas tu saya takkan kacau hidup awak” kenapa 44 hari? Kenapa dia?
Kenapa tidak Sakinah? Walhal Kinah yang bawa lelaki itu kepada mereka. Lelaki itu punya permission macam malaikat maut je. Dead note! huh!
Zara…
“Awak
Zara?” lelaki itu merapatinya pada pertemuan mereka yang pertama. Dadanya
berdegup kencang bila dia mendongak melihat raut wajah lelaki itu. Birai mata
lelaki itu seolah menahan air mata dan berkali-kali lelaki itu menumbuk kecil
dadanya sendiri. Seolah menahan sakit didalam dada..
Rafael…kau
sakit ke?
Untuk 44
hari tempoh kau hidup ke? kau tak datang sebab bertarung dengang kesakitan yang
kau alami ke?
Zara
terdiam dari memikirkan. Dia terfikir adakah dia yang mereka cerita lelaki itu
seperti dalam drama tv.. hakikat sebenar lelaki itu bukan sakit atau kehilangan
seseorang yang dia cintai tetapi lelaki itu penjenayah.
Dia terdiam
dari cerita itu pulak. Digeleng kepalanya. Bukan..bukan..muka ada value tu mana
mungkin penjenayah. Kan?
Terdiam
lagi. Digeleng kepala lagi. Bukan…bukan..mana tahu dia penjenayah high class sebab
tu muka dia macam hero filem korea segak bergaya.
Naaa….dia perogol misteri. Cepat-cepat Zara
menyelimut semula tubuhnya dengan comforter. Dia rasa nak demam semula. Tak mungkin...............
***************************
“I dengar
semalam pekerja kat hotel tu mengumpat hal anak sedara sepupu I dengan seorang
perempuan” Fauzi pandang sekilas Tengku Maisara disebelah yang mendodoi Mia
atas riba isterinya itu. kemudian dia menumpu semula pemanduannya. Pagi ini
baru mereka balik ke rumah kerana semalam mereka sengaja bermalam di suit mewah
hotel itu.
“Hurmm…anak
sedara sepupu you dah memalukan diri sendiri”
“What?
Bukan I dengar perempuan tu yang malukan Nelly. Dia simbah Nelly dengan jus
oren” Fauzi ketawa.
“Susshhh..jangan
kuat sangat ketawa, Mia terjaga”Tengku Maisara mencuit pinggang Fauzi. Sempat
suaminya itu menangkap tangannya lalu dikucup mesra. “Sempat lagi”
Tengku
Maisara tersenyum sambil mencubit lengan Fauzi. “You buat I geli. So bila I
geli I nak you lah”
“Hisshhh…tak
abis-abis orang tua ni” tengku Maisara menjeling manja. Kadang-kala dia segan
dengan pekerja dipejabat dan orang gajinya di rumah. Fauzi suka menunjuk sikap
romantiknya tanpa mengira tempat. Kata Fauzi dulu mereka dah membazir masa dan
umur dengan bekerja dan membesarkan Tr sekaranglah masa untuk mereka berdua
bergurau senda.
“Old man ni
lah your husband”
“Dahl
ah..ceritalah hal semalam. Sepatutnya you panggil I sebab I nak tengok sikit perempuan yang berani malukan Nelly” Fauzi
ketawa lagi
“kenapa you
asyik ketawa je? Apa yang lucu?”
“Coli cangkerang.
Semalam baru I perasan bentuk didada Nelly tu macam cangkerang” ulas Fauzi
sambil ketawa.
“Yelah..dress
dia tu tema mermaid. You tahukan siapa yang design?”
“Cecilia Tsen
pereka fesyen terkenal international ..” Fauzi berkata seakan mengejek. Pereka
Muda yang kini namanya berkembang dipersada dunia dalam bidang rekaan fesyen
terkini. Memang rekaannya hebat namun tidak sesuai dipakai oleh perempuan
melayu yang beragama islam. Bukan Fauzi mempersenda rekaannya tetapi si
pemakainya. “Tapi bila I tengok balik
memang tak sesuai dengan kita orang melayu pakai dress macam berkemban tu”
“Dulu you
suka je kalau I pakai seksi macam tu?”
“Tapi I
pernah beritahu you jangan pakai lepas ni kalau nak pakai juga hanya depan I
je.” Betul. Fauzi tak suka dia seksi
sangat kalau sekadar skirt paras lutut patut lebih lagi kalau baju
lengan panjang jangan berlengan pendek.
“Nelly tu
ingat Majlis kat sini macam lLas Vegas ke? dia ingat dia tu Beyonce
ke?”bertubi-tubi Fauzi mengata anak sedara sepupunya. Terasa panas cuping
telinga Tengku Maisara.
“You ni
kenape? Macam tak puas hati dengan Nelly. You tak suka dia ke? jangan sebab dia
tu seksi you terus blame orang macam tu tak baik” bidas Tengku Maisara. Di
jelling suaminya yang setia memandu.
“Lagipun I
kenal siapa Nelly. Dia dah lama dibesarkan di UK perlu beri masa untuk dia
suaikan diri dengan budaya orang timur. See…Nelly pandai bertutur bahasa Malaysia”
Fauzi
tersengih.. “yelah..Puan Muda Datin Seri Paduka Tengku Maisara, hamba memohon
maaf atas ketelanjuran hamba dalam berkata-kata mengenai saudara Tengku kasihi”
“Cehh…mengada
you ni, suka buat I macam ni…” Tengku Maisara tersenyum kemudian ketawa kecil.
Fauzi banyak menceriakan hidupnya.
Fauzi
tersenyum bahagia. Namun disudut hati
risaukan sesuatu yang bakal terjadi. Tr masih lagi mencari sesuatu yang hilang
dulu. Sesuatu yang musykil dalam hidup pemuda itu. kalau tr dapat menemui
sesuatu itu pasti Tengku Maisara dipersalahkan.
*****************************************
Zara
bergegas keluar dari rumah. Kelam kabut dia menyarung tudung kepala. Baju long
sleves tu tak payah ditukar dan berkain batik. Ala-ala heroin kampong berlari
untuk berjumpa heronya. Sakinah telefon tadi kata ada orang yang rindukan dia
nak jumpa dia dipadang permainan depan rumah taman itu.
Sakinah
sengaja tak nak beritahu siapa gerangan yang nak berjumpa sangat dengannya. Dia
mengukir senyuman tanpa henti. “Siapa?”
“Ada
laa..si kacak penyeri hidup kau nanti” wajah si charming gunung ledang dah
keluar sambil tersenyum mengeyit mata galak… haila,, Zara boleh tahan kau punya
tahap gatal kau kalau dah suka dengan seseorang.
“Dah juma
nanti legalah demam kau tu” perli Kinah. Mengekek ketawa teman baiknya itu.
Badannya
terasa ringan. Mungkin kesan ubat yang dia makan tadi dan bertambah sihat bila
ada seseorang yang mahu berjumpanya untuk sekian lama tidak berjumpa. Siapa
lagi si charming gunung ledanglah.
Senyuman
dibibirnya mati. Seraut wajah yang dirinduinya bukan seperti yang
disangkakannya hadir untuk mengubati duka rindunya.
“Za…”lelaki
tinggi lampai itu datang menghampirinya bila langkah lariannya mati bila mana
terlihat raut wajah itu tersenyum memandangnya. Zara kecewa.
just pic
“Kinah
beritahu awak demam?” soal Luqman. Zara diam. “Demam rindukan saya ek?”
Luqman merapati
tubuh itu. matanya menyapu bersih raut wajah dan penampilan gadis itu.
“look natural
beauty… saya suka and lebih lagi saya rindu awak”Luqman berdiri betul-betul
dihadapannya.
Mata lelaki itu merenung laman wajah suram itu. “Kenapa? Kecewa
saya tak peluk awak?”
Zara
tersenyum tanpa gula. Kepalanya digeleng. Dia mengangkat kepala melihat
senyuman diraut wajah itu semakin berseri-seri. “Dah sembuh….Bila awak balik?”
Kalau
ikutkan hati Luqman mahu saja dipeluk gadis itu. Dia teramat rindu sang kekasih.
Hampir dua minggu dia tidak berjumpa gadis itu, melihat wajah putih bersih itu.
“Semalam
tetapi saya balik ke rumah jumpa dengan ibu. Berbincang..”Zara mengerut dahi.
Luqman menarik lengan itu kemudian menyuruh Zara duduk diatas buaian
kanak-kanak itu. Dia menolak perlahan-lahan buaian itu.
Zara
mendongak. “Berbincang?” soal Zara .Masih lagi hairan dengan ayat tergantung
Luqman tadi.
Luqman
tersenyum sambil mengeyit mata.“ Nak merisik awak lah. Kita kan dah janji lepas
habis persiapan majlis hotel tu awak nak bertunang dengan saya”
“Haaa??”terlopong
mulutnya. Rasa demamnya menyerang kembali.
“Awak dah
lupa?”
“Tak..Cuma
saya terkejut bila secepat ini awak nak mulakan”
“Saya tak
sabar nak hidup dengan awak. Nak lihat awak pakai kain batik setiap hari”
ketawa Luqman. Zara tunduk melihat kain batik yang dipakainya. Arghh..malunya
tadi dia tergocoh-gocoh berlari keluar nak sangat berjumpa seseorang yang
dirinduinya sehingga dia terlupa nak tukar kain batik dengan skirt labuh atau
seluar tracksuit .
“luqman..”
Zara menjeling. Semakin galak ketawa Luqman
“Saya tak
sabar untuk semua ni zara. Sudikah awak terima saya” Luqman memberhentikan
ayunan buaian. Lelaki itu duduk mengadapnya. Seolah melamarnya versi drama melayu
arahannya sendiri takda cincin berlian dan sejambak bunga ros. Si dara berkain batik ala heroin kampong.
Zara
memandang wajah lelaki itu. serius! “Sudikah awak terima saya menjadi teman
hidup awak?”
Zara
terdiam. Luqman tersenyum tawar. Adakah hati gadis itu masih lagi diliit dengan
kasih seseorang yang pernah menjadi pesaingnya.
“Zara?”
“Hurmmm…”
zara mengangguk lemah. Fikiran bercelaru. Berserabut. Bercampur berbagai yang
dia fikirkan. Bercampur dengan soal hatinya. Dia jadi serabut. Dia terpaksa
menerima. Luqman lelaki yang baik untuknya. Kenapa dia nak sangat dengan si
charming gunung ledang tu. Lelaki itu bukan siapa-siapa untuknya. Kenal pun
baru seminggu lebih. Tetapi dia seolah dia kenal lama dengan lelaki itu.
hatinya lebih rindukan lelaki itu. Rafael.
“Awak balik kampong hujung minggu
ni..ye”kata-kata Luqman dia dengar tak dengar.
Luqman Nur Hakim-just pic
terbaekkkkk....heheheee...teruskan usaha...go..go...cpt2 TR sblm Luqman pinang Zara...x nkkkk...huhuuuhuhu...
ReplyDeletetq yea still menanti citer BM! ni. hai..fn buh pic luqman kemain segak still nak TR juga hehe..paun tr kan hero kan? Fn akan cuba taip secepat mngkin next capter k..
Delete