04/06/2014

continue bab 36





Salam...suma, lepas ni fn makin rancak mngupdate kan blog ni....sbb cuti panjang katakan so layan jer n dis  new song by vixx internity..daeebaakkkk!!

Fauzi melayan pemegang-pemegang saham yang hadir pada malam itu. Tengku Maisara turut melayan tetamu vvip yang hadir atas jemputan mereka. Selesai berucap diatas pentas tadi Tengku Maisara juga memberitahu tentang Tengku Rafael yang bakal menerajui empayar keluarga mereka. Namun Tengku Rafael tidak dapat hadir atas sebab kesihatannya.

Nelly masih muram. Dia duduk mengadap air terjun buatan manusia itu. Tengku Melinda datang menghampirinya.

“Sedih?”

Gadis itu mengangguk kecil. “Bonda rasa?”

“Not bad”

“Why?”

“Nelly tahukan..kalau Nelly disatukan dengan Rafael, perkahwinan politik akan menguntungkan pihak bonda dan aunty Maisara.”

“Ke situ pulak bonda ni, nelly betul-betul cintakan abang Fael” Jus berry diteguknya. Kemudian dia membelek gelas runcing itu.

“Cinta itu satu bonus untuk membuat sebuah perkahwinan seperti  ini bertahan lama. Dari zaman bonda lagi Nenda nak satukan dengan daddy Rafael tapi daddy dia berkahwin dengan pilihan hati sendiri. Bonda harap Rafael tiada pilihan sendiri seperti  daddynya. Biar dia jatuh cinta dengan Nelly.”

“Entahlah…bonda, kadang-kala Nelly rasa abang Fael macam ada someone but sometime nothing anyone”

Dipandang Tengku Melinda. “hati abang Fael kosong! Nelly Cuma takut something yang tak normal”
Ketawa Tengku Melinda terburai. Nelly menarik muncung bibirnya.

“Tak betul ke bonda? Lelaki sekarang kalau kacak ada segalanya tetapi sikit tak tertarik dengan godaan perempuan cantik bukan itu namanya tak normal?”

Meleret-leret ketawa Tengku Melinda “Nelly pernah goda dia ke?”

“Of course bonda.. Nelly buat berbagai sometime Nelly rasa malu dengan diri sendiri bila terfikir balik. Abang Fael pernah tolak pelukan Nelly, ciuman Nelly…arghh..malulah bonda”

Nelly meluah apa yang terbuku dalam hatinya. Selama ini dia sudah bekerja keras untuk memenangi hati abang sepupunya itu.

“Jangan Nelly pernah buat sesuatu yang bodoh” renungan Tengku Melinda mendalam bersama maksud kata-katanya.

“Bonda…kalau abang Fael tu melayan dah lama Nelly serah segalanya”

“Oh…god! Nelly jangan malukan bonda kay..” Tengku Melinda menekan kata-katanya.

“Bonda dulu pun pernah menggoda jugak kan” senyuman sinis anak dara kesayangan itu menikam kalbunya. 

Ya..dulu dia tergila-gilakan Tengku  Rashdan  daddy Tengku Rafael, namun lelaki itu lebih sukakan perempuan biasa . akhirnya dia terpaksa mengalah dengan Tengku Rashdan. Dia berkahwin dengan pilihan bondanya Tengku Mariam  dengan golongan kerabat juga.

“Bonda..”

“Nenda  Mariam beritahu ke?”

Gadis itu mengangguk kemudian meneguk jus berry itu. Tengku Melinda baru mula meneguk jus yang sudah lama berada ditangannya.

“So..bonda jangan mengejek  apa yang Nelly buat” ugut anak dara itu.

“Nelly!” gadis itu berlalu pergi meninggalkannya. Tengku Melinda merengus kemudian meneguk sekali gus jus Berry itu sehingga habis. dipanggil waiter yang membawa minuman untuk mengambil minuman lain ditukar dnegan gelas kosongnya itu
******************************
“Kau tak apa-apa ke Za? Patutnya kau berehat je kat rumah sebab sebelum ni kau rebah dalam toilet” marah D. namun sempat lelaki lembut itu memberi minuman kepada Zara. Zara baru sampai selepas perasmian dan ucapan CEO pemilik hotel ini. Rupanya seorang wanita yang bergaya dan yang mengurusnya suaminya.

“Kau tak pernah jadi macam ni” tegur Kinah pulak. Meliar mata Kinah memandang jejaka yang hadir malam ini. Golongan anak-anak  vvip kebanyakkan  yang hadir. Pasti pemilik hotel dan shopping mall ni golongan kerabat. Hush…kaya sungguh diaorang.

“Kita dijemput apa salah aku hadir. Ape? Ingat korang je nak jamu mata” Zara mengusik siap siku perut Kinah yang asyik melihat group anak-anak kenamaan yang berbual dimeja makan itu.
Sebenarnya Zara mencari seseorang. Mesti dia hadir, diakan kakitangan pekerja hotel ini. Tapi dimana dia?
Zara berjalan sambil memegang minuman tiba-tiba dia terlanggar tubuh seseorang. “Opps..sorry”

“Ohh..shit!!  Stupid!” apa dia kata aku bodoh? Zara memandang gadis itu. Lagipun bukan salah dia gadis itu yang jalan tidak melihat dia dihadapan lagipun dia sudah meminta maaf.

Nelly bengang! Habis dressnya beratus ribu basah disiram jus oren. “You buta ke?”

“Saya dah mintak maaf”

“What? Just say sorry..you tahu tak dress I siapa yang design?” mana aku tahu? Kalau tahu pun apa aku boleh buat benda dah jadi.

Semua mata memandang mereka. Pengurus majlis dan bahagian protocol majlis datang menghampiri mereka.

“Are you okay  Cik Muda Tengku?” soal pengurus bernama Daus. Zara perasan name tag  ‘Daus’ ditampal 
di kotnya. Cik Muda Tengku? Chaaaiitt..patut berlagak.

“Nope!” Nelly memandang perempuan yang menyiram jus oren ke tubuhnya yang berbalut dress direka khas untuk majlis pertunangannya yang tak jadi itu. perempuan itu berhijab, shawl  yang melilit dikepalanya tampak cantik dengan penampilan dress muslimahnya namun dia benci dengan perempuan seperti itu  begitu suka memandang penampilan sepertinya Nampak jelek. Alim konon..

                                                                       just pic

“Apa pandang-pandang? You ingat you tu baik sangat dengan berhijab. You nak I Nampak macam bersalah kan? Sebab perempuan macam you bajet baik. Perempuan macam I ni Nampak tak senonoh marah-marah orang. Sorry…I Tengku Nelysa  binti Tengku Al-Haydar Shah. Don’t you?”

“Za..kau taka pa-apa ke?” D datang terus menerpa kearahnya. Lelaki lembut itu begitu mengambil berat takut dia di apa-apakan oleh golongan kaya itu.

“Cik..tolong minta maaf dan keluar dari sini” ketua bahagian protocol majlis itu memujuknya untuk merendah diri minta maaf dari perempuan cantik itu. namun sayang perempuan berambut peras paras bahu itu terlalu sombong.

“No..” bantah D. lelaki lembut itu memandang tajam perempuan yang memakai dress ala-ala mermaid itu ‘coli cengkerang’ huh…hodoh bebenor..

"It’s okay D..ini tempat diaorang biarlah kita mengalah” Zara tersenyum hambar. Dia mendekat diri kearah Tengku Nelysa itu.

“Saya  minta maaf, semua salah saya” Zara menunduk kepala sedikit tanda hormat sebelum pergi. D pejam mata gigit bibir menahan geram dan amarah yang membuak-buak dalam hati. Kenapa Zara dilayan sebegini. Semua mata memandang sinis. Ada yang berbisik-bisik  dibelakang.

Zara beralih melangkah pergi.

“wait!!! “ Nelly berjalan kea rah zara yang berpaling semula ke arahnya. Nelly sempat mengambil gelas berkaki runcing diatas dulang yang ditatang waiter berdiri berhampiran mereka. Lalu disimbah jus kea rah wajah Zara.

“ aahhh”   “Whatttt” “Oh God!!!!!!!!!!!”  semua mata yang memandang menyebut perkataan terkejut dengan tindakan drastic  Nelly itu.

“Why? Nak marah I ke?” sinis sahaja ucapan perempuan itu. Zara melepas keluhan. Ini bukan dunia dia baik dia cepat beredar. Menyesal dia datang. Lelaki itu si charming gunung ledang yang menyebabkan dia datang sebab nak sangat jumpa lelaki itu dia datang jua mana tahu hilang rindunya walaupun hanya dapat melihat dari jauh.

 D mengengam penumbuk.

“Hey!! Perempuan!” marah D. nelly terkejut bila lelaki lembut itu menengkingnya.

“You're too much.. coli cangkerang! Terjun ke laut lah..” marah D cepat-cepat dia beredar dari situ sebelum perempuan itu naik angin. Nanti ditarik-tarik rambutnya. Semua yang mendengar ketawakan Nelly. Merah muka gadis itu.

                                                                             just pic

Apa? Coli cangkerang?  Nelly melihat dressnya . ya memang dressnya direka seperti  mermaid untuk tema pertunangannya. Namun perkataan itu betul-betul memalukannya.

Nelly bergegas meninggalkan majlis itu. bila semua mata yang memandangnya lebih kearah coli cengkerangnya.

Fauzi memerhati pergaduhan itu. nasib baik Tengku Maisara masuk ke suit hotel mereka untuk tidurkan Mia yang meregek mengantuk tadi. Tengku Melinda pulak pergi ke mana entah..selepas diumumkan pelancaran ulang tahun shopping mall dan hotel itu.

Gadis itu bila dilihat betul-betul ada iras-iras Zara. Tetapi Zara berusia 17 tahun dulu lebih keanak-anakkan sekarang Zara sekarang 27 tahun. Dia menyimpan rahsia itu dari TR. Sara… Tr perlu tahu semua ini.

Fauzi tersenyum sendiri. Coli cengkerang! Patut Nelly dikata begitu bila melihat betapa biadap gadis itu melayan gadis berhijab itu tadi.
*******************************************

Tr meneguk  sedikit air coffee sambil menunggu Paan yang akan sampai dalam beberapa minit. Dia keluar bila uncle fauzi  dan aunty Maisara keluar ke majlis Anniversary Hotel mereka. Dia membuat temujanji dengan Paan ditempat biasa mereka selalu berjumpa. Restoran milik kakak Paan.

“Lambat lagi ke?” soal perempuan berusia 30 an

“Kejap lagi dia datanglah” dia membalas dengan senyuman.

“Tr nak akak sediakan set dinner?” Puteri Najihah mempelawa tetamu adiknya. Dia kenal benar dengan Tr.  Pewaris empayar Rash mempunyai hotel dalam dan luar Negara.

“No..thanks Kak Jiha. Kita orang just berborak kosong so nak yang ringan je”

“Okay.. akak suruh pekerja akak serve nanti ye” Tr mengucap terima kasih. Puteri Najihah berlalu pergi. Tr masih lagi contact dengan adiknya. Dia kenal  yang Tr jarang berkawan rapat dengan sesiapa pun. Pasti dikawal Tengku Maisara.

“Wei…sorry bro..”Paan datang tersengih sambil menarik kerusi lalu melabuh  punggungnya berhadapan dengan Tr.

“it’s okay. Aku yang nak jumpa kau”

“Hey..kak aku ada cakap apa-apa ke?”soal Paan separuh berbisik sambil menjeling kearah kaunter. Kosong! Pasti kakaknya sudah masuk ke bilik pejabatbya.

“Tak..kenape kalau ada?”

“Alah…ko tahu bro, kak Jiha tu reporter  papa aku. baru-baru ni dia beritahu papa aku pasal skandal baru aku model baru kat syarikat. So kena pecat minah tu”

Tr ketawa “Asal papa kau pecat pulak dah dia model syarikat kau?”

“Sebab minah tu pun skandal papa aku” marah Paan. Namun Tr terus ketawa mengekek. Dia tahu Paan sudah lama kematian mamanya dan papanya sudah berkahwin lain. Isteri Datuk Musa kalau dicampur dengan mama Paan sudah tiga orang. 

Papa player anak pun player.. patut ada skandal sama.

“Okay pe..sekurangnya kau tahu yang minah model tu ada skandal dengan papa kau. Aku nasihat kau Paan, baik kau cari cinta sejati kau. Perempuan yang betul-betul cintakan kau, perempuan yang boleh jaga kau sakit tua kau nanti”

Paan pulak ketawa terburai..

“Cinta sejati?” lelaki itu ketawa sambil meneguk air kosong yang sedia ada dimeja itu tadi “Tolong Tr ko ingat ni cerita dongeng snow white, Cinderella ataupun sleepy beauty ke? atau nak version malay bawang putih bawang merah, dayang senandung atau..”

“Stop it! Kalau kau nak perli aku.  setia pada perempuan yang kau cinta dan hargainya pasti dia akan cinta dan sayang kau sehingga akhir hayatnya.”

“Kita lelaki bro..ada nafsu  satu yang besar pada perempuan. Papa aku kata menghargai perempuan ialah pandai menilai kecantikannya kalau setakat seorang peremuan mana cukup nak nilai kecantikannya ” Tr hanya menggeleng kepala.

 Daddynya pulak bukan begitu bicara tentang perempuan. Kata daddy dulu..dia kena harga perempuan dalam hidupnya seperti daddy hargai mommy dalam hidupnya.

“Aku ada hal penting nak mintak tolong kau”

“Hal apa?”

“Kau ingatkan Zara Aulia?”Paan kerut dahi bila mendengar nama itu. “Gadis itu hadir sembilan tahun yang lalu”

“Maid ko?”Tr terpaksa mengangguk walhal dia tidak suka orang mengelar Zara maid dia lagi.

“Bukan dia dah..”

“Mati?” Paan mengiakan dia tidak sampai hati nak teruskan ayat tadi. “Aku tak rasa dia mati sebab aku tak pernah lihat pusara dia dan waktu dikebumikan”

“So..ko nak aku buat apa?”

“tolong siasat..dan aku akan bagi alamat butik seseoarng seperti Zara bekerja disana”

“Susah Tr..sembilan tahun, wajah Zara bukan wajah 17 tahun lagi. Ko pun dah lain dah berkumis and then aku pun dah lain ada jambang. Haaaa…ko ingat Natasya?” Tr mengangguk mana mungkin dia lupa dengan Natasya kerana gadis sebahagian kenangan dia bersama Zara.

“kenapa dengan dia?”

“Dia pun dah lain makin cantik tapi aku dapat tahu dia buat surgery dekat dagu dan hidung.” Tr tersenyum. Lama dia tidak berjumpa dnegan Natasya.

“Dia baru balik Malaysia. Lama juga dia tinggal di Australia. Hampir-hampir aku tak kenal” cerita PAan lagi. 

“ Kalau ko nak tahu Tr, Kaizura dulu ada beritahu aku yang Natasya lah penyebab Zara accident. Kereta Natasya yang langgar Zara.”

Jantung Tr bagai mahu meletup. Patut Kaizura takut-takut nak beritahunya sesuatu dulu. “Apa motifnya?”

“Lorhh..Natasya tergila-gilakan ko Tr, dia tak boleh terima hakikat yang ko pilih Zara dari dia”

Tr menahan pahit air liurnya. Terasa berat untuk dia menerima semua ni walaupun cerita yang disampai Paan sembilan tahun yang lalu.  Natasya sudah merancang segalanya. Gadis itu dalam diam merampas kebahagiannya.

“Tak pa tr, aku akan mintak Raof pekerja aku bahagian photographer. Dia cekap dalam ambik gambar dan aku akan suruh dia siasat siapa gadis tu?”

“Bayaran kau beritahu pekerja kau jangan risau aku akan masukkan dalam akaun bank dia . Pastikan dia beri nombor akaun, aku akan masukkan duit untuk hasil kerja dia nanti”

“Okay..ko jangan risau Tr. Raof tu dah lama kerja dengan aku.”

“Dan..satu lagi tolong rahsiakan dari sesiapa pun. Kau dan aku saja tahu hal ini. Jangan biar kakak kau atau sesiapa dapat hidu kerja kau tu”

“Don’t worry bro… aku dah lama buat kerja underground ni.” Paan ketawa “ so undercover”
Tr hanya tersenyum sahaja. Dia masih geram dengang apa yang dia dengar tadi. Natasyalah penyebab kemalangan itu. tetapi kenapa kes langgar lagi itu ditutup. Aunty pun macam tak kisah. Kenapa?

2 comments:

  1. best33333333xxxxxx.....heheheeee...setelah lama menunggu...akhirnya ada jugak update utk cita ni....tqvm...teruskan usaha...:)

    ReplyDelete
  2. tq yea08.. line tak bapa nak ok coz fn lmbt sikit update and then time cuti laju sikit fn semnagat menaip citer bm! ni. tq =))

    ReplyDelete