shower of tears
nice song
Bab 34
Selesai mesyuarat dengan lembaga pengarah dan pemilik saham hotel juga
shopping mall tadi, dia sudah diberi tugas oleh aucle untuk membuat pemantauan.
Dia membelek fail yang mempunyai butiran maklumat penyewa setiap unit kedai dalam shopping mall.
“Uncle nak Fael handle shopping
mall kita, biar hotel ni uncle pegang lagipun semua cawangan kita aunty kamu
pegang walaupun aunty kamu duduk dirumah jangan kamu tak tahu aunty kamu tu
bukan boleh duduk saja. Kuat bekerja!”
“workaholic!”tokoknya
“Ye..betul tu Fael” Fauzi menepuk bahu anak muda yang segak bergaya
dengan tuxedo dan tie. TR melepas keluhan.
Dia belum ada mood mahu bekerja. Dia mahu tenangkan jiwa dengan suasana
di Malaysia.
Lunch time.
Dia masih lagi membelek beberapa fail. Tadi Fina, merangkap
setiausahanya ada menawar diri untuk membeli makanan, tapi dia menolak. Uncle Fauzi
awal-awal lagi dah mintak permission nak lunch dengan aunty di restoran,
walaupun uncle ada pelawanya namun dia menolak member ruang kepada mereka. Sudah
lama aunty melayannya dan sekarang biar aunty mengejar bahagianya pulak.
Tr berjalan keluar dari bahgian office ke ruang shopping mall. Dia berjalan
melalui deretan kedai sepanjang bangunan
yang menghubungkan diantara shopping mall dengan hotel. Langkahnya terhenti
pada kedai kraf tangan.
Banyaknya bintang!
Ralit dia melihat cermin luar kedai itu yang dihiasi bintang. Ada juga
bintang! Dia tersenyum.
“Encik nak buat tempahan cenderahati?” seorang gadis muda menyapanya. Dia
membalas senyuman itu.
“untuk diri sendiri? Atau untuk seseorang?”
“Banyak bintang di sini?” soalnya. Soalan gadis tadi dibiar tanpa
jawapan. Gadis itu ketawa kecil.
“Haa..kita orang punya tauke ler, suka sangat dengan bintang”balas gadis
itu.
“Sure awak punya tauke tu bersinar-sinar orangnya”
“Haah..tauke kita orang bukan je bersinar tapi berkelipan”sampuk gadis
kedua pulak.
“Mieza..kau dah beli makanan aku? sibuklah kau, pergi kemas barang kat
stor” marah gadis pertama.
“Udah ler cik Yati..pergi lah makan dulu, meh aku pula layan customer”
dia boleh menganti nama gadis
pertama nama Yati dan kedua Mieza.
“Alah..menyibuklah..kalau tidak bukan main liat nak layan, asal tetiba
jer hari ni?” perli Yati. Dia tahu Mieza nak main mata dengan mamat handsome
ni. segak betul mamat ni macam artis
ciptaan je. Wangian lelaki tu pun dan buat dia mahu pengsan inikan senyuman
lelaki itu buat dia nak tersedu.
“Aku kesian kau lapar tak lunch lagi. Dah..dah..pergilah makan”Mieza
menolak tubuh Yati ke kaunter. Mieza pula menganti tempat Yati berdiri berdepan
lelaki itu. boleh tahan!
Mieza tersengih-sengih. Dia menjeling yati yang membuat muka tak puas
hati. “Encik nak buat tempahan dulu pun boleh nanti tauke kita orang akan
siapkan, ikut pada kuantiti berapa encik mahu tempah”
TR mengangguk. Dia membelek ukiran bintang. “Takpe..saya tengok dulu”
“Nak belikan untuk girlfriend?” Mieza mencuba nasib.
TR mengeleng sambil tersenyum.
“Tunang?” Tr geleng lagi.
“Wife?” tr memandang gadis itu. “untuk wife encik ke?”
“Tak..” Tr berjalan ke rak belakang. Kusshh..semangat ingat melepas
tadi. Mieza mengukir senyuman semanis gula. Biar encik semut tertarik.
“Habis..habis..” sakinah datang terus memeluk Mieza “habis kita orang Mieza”
“Habis ape?”
“project runway kita orang ler” Kinah angkat muka. Dimuncung mulutnya.
“Model lelaki tak jadi datang”
“Lorh..nape pula?”
“Ada emergency kes. Ala..mampos den, mano den nak cari model lelaki ni”
Mieza tersengih. Cepat-cepat dia memusing kepala sakinah kea rah lelaki tinggi
berbadan tegap itu.
“Kak Kin tak nak cuba ke?” Kinah
angkat kening. “segakkan?”
“Boleh tahan..like korean drama” mengekek ketawa mereka berdua. Yati
yang sedang menjamah makanan
mengerut dahi. Diorang ada je cerita merapu ni,
tekanya.
Sakinah berjalan mendekati lelaki yang berkemeja jalur panjang kebawah. Dilihat
lelaki itu atas bawah. Hurmm…perfect!
Lelaki itu Nampak tegap lagi dengan lengan baju kemeja dilipat sampai ke
siku. Ketinggian lelaki menyamai Luqman sesuai sangat diganding dengan Zara
nanti. Sepadan…
“Hai..”sapanya.
“Hai..”lelaki memaling ke arahnya smabil tersenyum. Kinah tayang gigi
“Awak free tak sekarang?”
“Apa?” pekak ke mamat ni. haila..harap muka nilai 100 persen sekarang
dah susut harga. 20 persen je lah.
“Maksud saya, awak ada masa tak sekarang?”
“Kenapa?” Tr meletak semula bintang Kristal di rak. “Kalau free, kenapa?”
“awak kena tolong kami sekarang” tr kerut dahi. Pelik perempuan ni
datang tiba-tiba minta tolong.
“Tolong ape?”
“Jadi model kita orang. Tolonglah” Sakinah merayu. “Habislah kita orang
kalau model lelaki takde. Tolonglah”
“Model?” Tr melepas nafas. Dia mengaru pelipis. “Miss…saya rasa awak dah
salah faham, saya bukan model sambilan”
“Tahu..tapi saya nak ambil awak jadi model emergency kes” kinah mengosok kedua tapak tangan merayu.
“tolonglah encik..kita orang bayar”
“Bayar?”
“Sepasang baju seratus?” tr diam. Ada ke main terjah je cari model? Ke rancangan
wakenabeb yang pernah dia tonton beberapa hari yang lepas. Sesak nafas ni.
“Dua ratus?” dua jari Kinah berada depan muka TR. susahnye mamat version
Korean celup ni. mahu tak mahu dia terpaksa melanggar syarat yang ditetapkan D.
hukhuk..maafkan aku D, Zara.
Terketar-ketar jari manisnya naik untuk menyamai dua jari itu. “Ti.ti.tiga..ra..ratus?”
Tr ketawa. Lucu betul perempuan ni. “Awak setuju ke?”
Mieza dan yati juga ketawa. Kak Kin, kalau terdesak memang buat toya. Tak
kisah orang nak kata apa.
Sekelip mata je kinah menarik tangan lelaki itu mengikutnya ke shopping
mall, mana lagi butik pengantin merekalah.
“Mieza, yati jumpa lagi. Tunggu good news” kinah melambai tanpa menoleh.
Tr tercengang-cengang. Tr melihat dua pekerja itu melambai-lambai tangan.
Oh tidak! Hari ni hari apa? Kenapa mesti dia dikorbankan. Langkah mereka
berhanti depan butik pengantin itu. “jOm masuk”
Dia terdorong kedepan bila perempuan itu merentap tangannya dengan kuat.
Boleh tahan kasar juga perempuan ni.
“D.. Za, aku dah dapat pengantin lelaki” D keluar dari bilik solek. Dia sudah
menyolek Zara tadi. Mata D tak berkelip-kelip melihat lelaki yang berada
depannya bersebelahan Kinah. Dilihat kening Kinah sudah menari dansa “ amacam? Okey
ke?”
“Okey sangat padan dengan Za..”
“Dah..jangan pandang lama, bukan untuk kau untuk Za..” kinah menolak
pipi D. lelaki lembut itu tersengih malu depan mamat korea celup ni.
“Cik..saya tak kata saya setuju tadi” Tr menarik tangannya yang berada
dalam pegangan tangan perempuan itu.
“Ek..enaa..mamat ni, tadi awak dah senyum sambil ketawa lagi bila saya
tawarkan harga” mata duitan betul. Agaknya lelaki itu saja nak minta lebih dah
tahu kita orang ni terdesak. Mesti lelaki ni orang susah. Selalunya muka ada
bajet ni keja diaorang..sorry to say, jadi anak ikan. Tapi tak semua lah..tapi mana
tahu kan?
“Saya Cuma ketawa tengok perangai awak je”naa…nak kena backhand mamat
ni.
“D..cepat panggil Za keluar.”gesa Kinah sambil menjeling tajam ke arah
TR.
TR telan liur. Macam mana dia boleh terjebak dengan orang yang tak
dikenalinya. Dah le gaya ala-ala kl gangster.
“Za..keluar jap. Cuba kau tengok model yang kinah cari okey tak”
“Ye..mana dia?” Zara keluar dengan gaun pengantin muslimah kaler putih. Senyuman
Zara singgah ke laman wajah lelaki itu.
Tr terkesima. “Za?”
ke Zara? Jantungnya berdegup kencang. Tangan Tr
mneyentuh dadanya sendiri. Seluruh urat nadinya terasa berdenyut.
Jumpe jgk diorang nie. Agak2 Zara knl tak? Hmm...
ReplyDeleteWAAAH!!! saat2 yg mendbarkan..kena tggu ni...
ReplyDeleteakhirnya TR dan Zara berjumpa....... mungkinkah jodoh itu milik mereka walaupun bertahun berpisah dan zara lansung tidak mengingati lagi kenangannya bersama TR....
ReplyDeletelamanya tgu...bila lg nk update Cik writer?
ReplyDeletebla nk update lg?.....lama tggu...xsabar nk tahu cerita selanjutnya...:)
ReplyDeletesalam..suma, sowi fn lama x update blog ne busy ngn study my kpala berat dgn mslh...hhehe tq a lot 4 ur all mmbeeri komen n smgt utk fn mneruskan cita BM!
ReplyDelete