01/08/2013

Part 2 Be Mine!



Salam..kekwng fllower..sori Fn mntak maaf, bkn niat nak wat korang trtunggu tapi Fn bulan puasa ni entah..sllu je down sikit mgkin letih ngn study lg n pening kpla ngn assngmnt brlambak nie..haila..sori n tq still cmmnt lg kdg kala..cmment korang menaikkan smgat fn trimasssssssss.... luv u korang..

trap
daebakk..dis song by henry (superjunior)

Part 2
Bab 31

Sembilan tahun kemudian

Kotak-kotak yang tadi dikeluarnya dari bonet kereta dibawanya ke dalam stor barang. Huh! penat sehariannya kerja membeli stok baru untuk majlis yang baru di booking kelmarin. Persediaan perlu dibuat dari awal walaupun majlis itu akan diadakan pada hujung bulan ni. diurut kakinya yang lenguh, ditanggal sandal lalu diangkat kakinya duduk bersila di sofa sudut kedai itu.

“Hai..Za! letih ek? Meh cik D hidangkan ko air bujang manis ni” mengekek ketawa D sambil mengatur jalan dengan tertib depannya. D meletak air kotak perisa coffee depannya. Chait..air bujang manis la sangat.

“Yelah tu Cik D oii…sedap air bujang manis ko” senyuman D meleret. Tangannya ditepuk lembut lelaki itu. D duduk bersimpuh mengadapnya. “nape?”

“Result tadi la..” balas D

“Haa..boleh la..tak la mahal sangat kedai baru yang kawan ko bagi tu”

“kalau mahal kita runding dengan kedai lain”

“tak yah la..nati kecoh pulak si Kinah tu”Dia membuka plastic straw lalu dicucuk straw kedalam lubang kotak itu.

“sedap?”D mengecil mata. Senyuman lelaki itu manis untuknya.

“sedap sangat air bujang kau, lepas ni aku kena cari calon kat kau sorang, mau?”

“sapa?” D mengikut rentaknya.

“Kinah!”buntang mata lelaki lembut itu.

“OMG! Tak nak aku mati hidup balik kalau si Kinah tu kau nak kenenkan kat aku tak nak!..taknak..taknak” pantas digeleng kepala. Dia ketawa.

“wei..korang mengumpat aku ek?” Kinah muncul tiba-tiba. Senyap! Namun dia menyembunyi senyuman. D dan Kinah memang tak sebulu sejak dari kolej lagi tapi mereka tetap kawan sejati.

“Ada kau tergigit lidah ke?” serbu D.

“tak..tapi telinga aku berdesing tadi” Kinanh sudah melompat naik ke sofa sambil memeluk bahunya. Sempat gadis itu menarik air kotak dari tanganya. Disedut gadis itu.

“Telinga berdesing Cik Kinah orang tua kata itu tanda malaikat maut berbisik”

“Hush..celapoiii mulut kau D” air kotak kosong habis disedutnya dibalik kearah D. sempat lelaki itu menepis.
Dia ketawa.

Kinah bangun mengejar D yang sudah lari menyelamat diri. Namun lelaki lembut itu selalu kalah dengan sakinah, Kepala D ditunjal-tunjal Kinah.

“Zara….” Dia berpaling. Senyumannya menjadi bertambah manis.

“Lunch time.” Lelaki itu mengoyang set lunch tiga kotak domino’s pizza dan seplastik berisi air tin.

“wah..seronok ada pakwe yang prihatin ni” Kinah berhenti ‘mengerjakan’ D dan berjalan kea rah lelaki itu menyambut set lunch dari tangan lelaki itu.

“jangan mengatal dengan future fiancĂ© orang” D sengaja menguat suara. Menceceh dia mengajuk gaya jalan Sakinanh tadi bila menyambut kedatangan lelaki itu.

“Kata busy, ada client nak jumpa time lunch..” ujar Zara sambil menyambut huluran kotak Domino’s dari Luqman.

“cancel… nape ni? Nampak letih je? Ada majlis ke?” soal lelaki itu. Luqman Nur Hakim, bakal tunangnya.

“haah..ada majlis anniversary hotel  sebelah shopping mall ni. lagipun lembaga pengarah hotel kan pemilik shopping mall ni jugak. Kita orang kena promosi kedai ni and then..” belum sempat dia menghabiskan ayatnya Sakinah menyampuk.

“Kita orang akan buka kiosk baru kat lobby bawah hotel baru tu..” Kinah mengoyang badannya happy dengan perkembangan perniagaan mereka.

“Lepas ni awak boleh la kahwin dengan saya”Luqman mengenyit matanya. Zara sengaja menjegil matanya.

“Nape pulak?” D sudah mengunyah kepingan Domino’s memandang kinah yang jugak memandang sambil tersenyum penuh makna.

“Sebab kedudukn awak dah kukuh.kan? betul tak Kinah, D?” mereka berdua mengangguk laju. Setuju! Luqman lelaki yang baik buat apa zara nak tunggu lagi. Lelaki itu seorang lawyer sapa tak mahu. Muka pun ada value. Hurmm..cukup pakej la. Sakinah mneguman sendiri dan D juga faham sambil mengiakan dengan mimic muka yang mereka berdua sahaja fahami.

“Tahun depan?”

“zara..tak cukup lagi awak seksa saya ke?”Luqman membuka penutup tin lalu dihulur kepadanya.

Dia mengambil air tin itu.Dia tersengih. “Awak cukup terseksa ke?”

Luqman mengangguk kepala. Matannya mengecil memandang raut wajah yang dipujanya. Sekian lama dia cuba memenangi hati perempuan itu.

Zara mengangguk sambil menggulum senyuman“okey. Kita bertunang lepas saya siapkan preparation majlis ni”

Luqman tersenyum bahagia.

“Yeay!!” D dan Kinah menepuk tangan sesame sendiri.

“Kita orang tak kisah untuk plan majlis engagement kau Za..Free and sedia menjadi mak andam”Kinah bangun bersemangat memberi ikrar untuk majlis pertunangannya nanti.

Dia hanya tersenyum melihat gelagat kawannya dua orang itu. itu kawan karibnya sejak dari kolej lagi. 

Mereka sama course fesyen designer dan dia lebih kearah wedding planner. Manakala D atau Muhammad zaidi  bin Ayob menyerlah dalam bidang solekan and then Sakinah binti  Solihin banyak menjadikan  tangan perempuan itu dalam rekaan baju, Kianh Nampak kasar tetapi perempuan itu pandai mereka baju pengantin dan berbagai fesyen terkini.

Dan terciptalah ‘D’Zara Sakinah butik Andaman pengantin’. Mereka merancang membuka butik pengantin bersama dan sekarang butik mereka mendapat sambutan D member cadangan menbuka kiosk kraf tangan yang banyak dia sendiri yang buatkan. Dia juga ada bakat dalam mengait, mengayam dan ukiran. Sejak kiosk baru dibuka dia jadi sibuk banyak tempahan reka bentuk untuk hari lahir dan berbagai.

“Za..” dia menoleh. Luqman sudah balik ke pejabatnya. Dia tak pasti hatinya kini gembira dengan pertunangan mereka nanti. Adakah hatinya sudah dimiliki? Siapa? Ahh..mana mungkin? Dia tiada sesiapa dalam hidupnya kecuali luqman seorang saje. Luqman saje lelaki yang hadir dalam hidupnya.

“Haila..Za, cukup-cukup lah berangan. Banyak kerja yang perlu kita buat ni” Sakinah menepuk peha nya.

“Aku tak rasa apa-apa pun” Dia memandang Kinah yang sedang menjahit labuci.

“rasa apa?” dia menekan dadanya.

“rasa berdebar, rasa resah..” dia menarik tangan Kinah lalu ditekap kedadanya “Rasalah..rasa yang orang selalu rasa”

“Yahhh…peliklah kau ni” kinah menarik tangannya kembali. Sempat Kinah menunjal dahinya. “kau ni sedar ke tak sedar”

“Aku rasa hati aku ni sudah dimiliki, tapi…”

Kinah berdehem “Tapia pa? betullah dimiliki oleh Encik Luqman Nur Hakim”

Dia menjuling mata ke atas “Haila..Kau tak faham Kinah, aku tak rasa macam orang lain rasa”

“Dah..dah..dah..jangan kau nak menyoal soal hati kau kat sini, cepat siapkan plan pentas untuk majlis ni nanti”

Dia diam. Diambil kertas untuk melakar plan pentas namun kosong! Dia tiada idea. Dia masih memikir lagi soal hatinya. Dijeling kinah yang sibuk menyiapkan baju tempahan dari isteri VIP untuk majlis itu nanti.

Kinah tak faham..

p/s: bab nie tak habis lagi edit fn post yg edit dlu nati fn pos len..SELAMAT BERPUASA...=))

2 comments:

  1. Wahhh,, best besttt. Nak lagi boleh?

    ReplyDelete
  2. bole2 Adilla Shahirah hehe..tq 4 ur supprt 'selamat hari raya!!!'

    ReplyDelete