kawan Fn " wei..sesuka ati je ko wat aku tertuggu citer kau. ingat best ke wat oarg tggu penantian itu satu
penyeksaan"
Fn " sowi2..aku tak dan nak lyn story tu sbb story aku lgi berjela-jela..
kawan Fn " bla..bla..blaa
membebel la . hehe..salahkan empunya diri krn buat dia menunggu. so Fn rasa korang yg follwer pn mcm tu jgk perasaannya kan? sori.. ( mianei) +_+
P/s : FN layan jap dis song ni so mcm kene je ngn perasaan time taip dis story..sob..sob.. sob!! sedeynyerrrr
_____________________________bab 26________________________
Lilitan selendang pemberian TR dikemaskan dikepalanya. Sekali lagi dia
berpatah balik kebelakang melihat penampilannya. Didekat mukanya pada cermin
almari solek itu. takut-takut ada taik mata..hehe
Zara pergi ke porch kereta dimana Pak Aziz sedang mengelap cermin depan
kereta mewah itu. “
Assalamualaikum..Pak Aziz..”
“Waalaikumussalam..Zara, cantik hari ni. Mana tengku? Tak turun lagi?”
laaa..dia ingat TR sudah lama menunggunya dikereta. Takut jugak dia lambat
nanti ditengking pulak. Tapi ‘penyakit putera’ dah sembuh. Rasanya Tr selalu je
sapanya dengan senyuman.
TR masih lagi membelek bajunya.. ‘ Nampak macam tak macho je?’ komennya
sendiri. Dia mengambil T-shirt polo yang lain pulak. Baju yang tadi dilempar
atas katil. Sudah bertimbun baju dia cuba padankan dengannya masih lagi tidak
puas hati.
Zara perlu Nampak dia segak. Dia putera impian gadis itu. dia prince
charming. Dilihat lagi penampilannya. Sebaik sahaja dia berpuas hati barulah
dia berganjak dari cermin yang menampak dirinya sepenuhnya.
Hadiah yang sudah lama disimpan dalam laci diambilnya lalu dimasukkan ke
dalam kocek seluarnya
TR berjalan kea rah Zara yang
sedar menunggunya sambil menyandar tubuh dikereta. “Hai..lama tunggu”
“Dah berjanggut..”selamber je gadis membalas. Senyumannya bertukar rasa.
Dilihat Pak Aziz yang membuka piintu pemandu untuk masuk ke dalam perut kereta
audi itu tersenyum perli.
“Mana janggutnya” didekat wajahnya ke wajah gadis itu.
zara telan liur tak lepas. Haila..TR ni suka mengoncang iman aku. dijauhkan wajahnya kemudian dibuka pintu
untuk TR.matanya sedari tadi terpaku melihat TR kelihatan segak hari ini. bauan polo sport menucuk hidunnya. sakan TR!
“Terima
kasih untuk terakhir menjadi maid aku” TR tersenyum. dia senang hati
melihat Zara cantik memakai selendang pemberiannya. padan warna merah
itu dengan kulit Zara.
TR melolos
masuk kedalam perut kereta mewah itu.
Terakhir menjadi maid dia?
Apa? TR memang tak pernah sukakan dia.
Zara ingat lagi Tr pernah mengatakan dulu. Lelaki itu suka dia jadi maid
lelaki itu je.
Hahahaaaaa…. “Suka kau jadi maid aku ade la…saje je aku nak fight dengan
luqman sebab dah lama aku tak puas hati dengan dia alas an dalam perjanjian itu
hanya sekadar syarat je..takde maknanya pun”
Zara hanya mendiamkan diri sahaja ditempat duduk depan. TR tersenyum
dalam hati, pelangi warna cerianya mula
menghiasi langit siangnya.
Mereka bertiga hanya mendiam diri . masing-masing dengan cerita sendiri. Zara mula rasa terkilan dengan sikap TR. ajak
keluar semata-mata nak ucap terima kasih jadi maid dia. Sekadar belanja makan?
Kalau malunya boleh dicubit keluar, nak je dia cakap “ TR sebenarnya
saya suka awak!!!!! Saya rela jadi maid awak. Tinggal disisi awak”
Zara rasa dia sudah jelas dengan perasaannya sekarang. Dia sukakan TR.
lelaki itu wujud dalam taman hatinya.
Sedar tak sedar mereka sudah pun sampai di pusat Bandar. Pak aziz
memberhentikan kereta di bahu jalan.
“Terima kasih Pak.aziz, nanti orang telefon pukul berapa datang ambil”
ucap Tr sebaik sahaja keluar dari perut kereta audi. Begitu juga Zara.
“Baik-baik jalan. Beli barang tu tengok sama jangan sampai orang ragut”
pesan Pak Aziz sebelum kereta meluncur pergi meninggalkan mereka.
Sebelum melintas jalan untuk ke seberang sana, TR memnadangnnya. Beg
sandang yang digalas lelaki itu
dilurutkan dari bahu lalu dibuka zip. Ngaaaaa…
Mulut Zara sudah melopong. Kening gadis itu terangkat bila mana melihat
TR mengeluarkan glove kaler hitam.
Ini bukan lagi UK, bukan musim sejuk? Ni Negara Malaysia panas dan hujan
sepanjang tahun dan yang dia pasti sekarang ne panas terik. ‘asal mamat poyo ni
nak pakai glove?
“Nah..kau ambik sebelah, aku pakai sebelah” glove sebelah kiri diberi
kepadanya. Keningnya sudah bercantum.
“Asal ni? nak wat magic ke?”soal Zara. Ketawa TR berterabur. Kemudian wajah kacak itu mengukir senyuman.
“Senang kita nak lintas jalan nanti, aku risau kereta banyak, orang pun
ramai. Aku takut kau ketinggalan ke belakang so bila macam ni aku kena pegang
tangan kau, okay tak? kalau nak elak dosa pegang tangan bukan muhrim?”
Haaaaa? Okay tak? Ade ke orang buat macam tu nak elak dosa? Haila..anak
murid sapa la entah? Belajar mana si tengkujuh ni.
“Emmm..boleh ke?”
“Dah la..banyak songeh kau ni” cepat-cepat dia memakai glove di tangan
kirinya manakala TR pulak di tangan kanan lelaki itu.
Dia berpimpinan tangan dengan lelaki itu bila melintas. TR akan melepas
tangany bila sampai ke seberang jalan. Bila mereka berjalan menyusuri starwalk ramai orang berjalan kali menjadi sesak, lelaki itu akan mengapai
tangannya ber’glove’. Zara hanya mengikut rentak TR.
Mereka masuk ke dalam shopping mall. Dia terlihat aiskrim yogi-yogi.
Tiba-tiba langkahnya terhenti.
“Nape?” soal TR berpaling kea rah wajah gadis itu. Matanya turut sama
melihat apa yang dilihat Zara. “ Nak
aiskrim?”
Zara mengangguk laju. TR lantas berjalan kearah kiosk yang menjual
aiskrim yogi=yogi itu. “ Kakak bagi aiskrim satu”
“Nak perisa apa adik?” kakak pakai baju kaler purple itu tersenyum. Zara
perasan kakak tu asyik tengok TR tanpa berkedip. Lelaki itu kan menarik
perhatian dari dirinya.
“Zara nak perisa apa?” Zara berjalan kedepan. Dekat dengan TR. dan lebih
lagi bersebelahan dengan TR.
“Pelangi..” TR pandang Zara. Senyum lelaki itu lebar..ya pelangi..Zara
suka makan aiskrim pelangi kerana itu gadis itu bagai pelangi dalam hidupnya.
“Kak bagi perisa pelangi tu.” Kakak itu mengangguk. Zara tunduk je. TR
berdehem bila mata kakak itu asyik memandang dia kemudian Zara.
“Nape akak? Awek saya cantik ke?” ngaaaa..mau je tercabut gigi kat situ
jugak.
Awek?
Kakak itu tersenyum mengangguk.. “Nah..Dua ringgit setengah”
Tr mengeluarkan walletnya diambil not sepuluh ringgit lalu dihulur pada
kakak baju kaler purple itu. “Beli ye kak, terima kasih”
“Ye jual.. Adik, datanglah selalu beli aiskrim kat akak ni” Zara
mengambil aiskrim tu dan berjalan pergi meninggalkan TR di belakang. TR
mengambil baki duit aiskrim kemudian dia berlari anak mengejar Zara yang kini
sudah mula jauh meninggalkannya.
Akak tu sebenarnya nak mengorat
TR je lagaknya. Zara tahu TR selalu jadi perhatian jika lelaki itu tersenyum
atau bercakap. Lelaki itu ada daya tarikan.
“Zara..jap! tunggu la saya” rasanya itu suara TR memanggilnya. Kenapa
ayat formal? Zara sebagai kata ganti kau. Saya sebagai ganti aku (TR).
Zara + saya =?
Apa maknanya?
“ Kenapa Zara tak tunggu saya?” lelaki itu meraih tangannya ber ‘glove’.
Dia tersentap. Aiskrim yang baru nak masuk mulut ditarik semula.
“Tengku…kenapa?” soalnya. Matanya memandang wajah ceria lelaki itu.
“Jom..kita duduk kat bangku di taman tu.” TR menarik tangannya. Dia
hanya mengikut langkah lelaki itu. itu bukan TR yang selalu dia biasa lihat. Tr
ini berbeza. ceria dan yang paling ketara tr ni macam keluar dating je dengan
aku. macam…macam..macam mana aku nak
cakap aku ni macam Natasya je bila disisi Tr. natasya kan girlfriend Tr tapi aku maid dia je.
“orang soal dia, dia soal orang balik. Kenapa? Tak boleh ke saya panggil
awak?”
“Tapi kenapa Zara? Kenapa saya?”
“Zara tak suka ke?” cepat-cepat dia geleng tapi kemudian dia ubah pulak
mengangguk kepala. Sebenarnya dia suka.dari bahasa aku-kau.
“Haa..macam ni la, Zara panggil saya Fael, saya panggil awak Zara..so
senang jadinnya Fael Zara” Zara memandang wajah kacak itu yang tersenyum
meleret.
“Zara..Fael?” bukan itu nama khas untuk orang yang rapat dengan TR ke?
“Yup! Fael” TR menunjuk dirinya kemudian menunjuk diri Zara
“Awak Zara…saya panggil awak Zara”
“Jadinya saya panggil tengku Fael?”
“Binggo!!” Tr petik jari. Zara tersentap kemudian ketawa. TR turut
ketawa, dia memerhati gadis itu sedang menyuap aiskrim ke mulut.
“Zara..”
“Hah?” Zara berpaling kea rah TR. TR buat muka geram..tak faham betul la
budak ni. lambat pick up soal hati ni. TR tepuk dahi.
“Zara..”
“Zara…zara…zara” TR panggil lagi namanya. Zara tersenyum dihabiskan
aiskrim pelangi itu.
“Fael…Fael..Fael” TR tersenyum bila Zara mula mengerti maksudnya.
“Zara..”
“Fael..”
“Zara…”
“Fael..”
Mereka berbalas kata. Mata mereka saling bertaut. Senyuman dibibir mekar
ada taman indah di hati masing-masing.
“Zara..”
“Fael..”
“Zara I love you”
“Fael..i love you..” Zara menutup mulutnya. Apa yang di mula merepek.
Seronok panggil nama TR fael sampai dia tersasul.
Ketawa TR berterabur “ Kenapa? Habiskan ayat Zara..Fael I love you too”
“Hah?” TR menjuling mata ke atas..ditepuk dahinya.
“Zara I love you” diulang lagi.
“Hah?”
Tr jentik dahi gadis itu.. “ kata la Fael I love you too”
Auuchhh… “ sakit la”
“Fael I love you too” Zara tunduk. Dia jadi blur sekejap.
“Zara..kenapa?”
“Zara tak faham maksud teng..” belum sempat dia habis ayat Tr mengeleng
kepala. Dia faham
“Zara tak faham maksud fael?”
“Fael suka Zara..”
“Suka?”
“Yes..kita tukar status kita so..berakhir sudah Zara sebagai maid Fael
and Zara Aulia dilantik menjadi girlfriend Tengku Rafael yang sah. Statusnya
bila ada mana-mana lelaki cuba tackle Zara, katakan “ saya awek TR” okay?”
Zara ketawa. Dia gembira. Ya Allah…dia macam tak percaya lamaran TR pada
saat ini. Nak je dia balik tulis diari sekarang. Dia tunduk lihat jam, pukul
1.05 minit tengahari. Dia menjadi teman istimewa lelaki itu.
“Betul ke?”
“Zara tak suka ke? jangan jawab jawapan negative nanti Fael akan ubah
menjadi positif. Awak suka ke tidak dengan saya, awak kena terima sabagai
balasan awak kerana muncul dalam hidup saya.”
“Saya terima balasan itu. saya sedia tinggal disisi awak” Tr memandang raut
wajah itu tanpa berkedip.
“Zara..awak tahu awak pelangi waktu siang saya, bintang indah malam
saya” Tr mengeluarkan hadiah yang sudah lama dia simpan.
“Ni bukan rantai tangan yang..” Zara mengerut dahinya bagai tak percaya.
“Fael lama simpan untuk Zara.” Dipakai rantai tangan bintang itu ke pergelangan
gadis itu. “ suka tak?”
“Suka..sejak bila Fael suka Zara?” Zara mengangguk laju, air matanya
mula mengalir menuruni pipi.
“Awak nangis?”
“Tak..Zara happy. Kenapa baik dnegan Zara?”
Tr ketawa.. “ Sebab awak muncul dalam hidup saya dan saya suka dengan
awak”
“Kenapa?” gadis itu menyoal lagi..
“Sebab saya nak awak tinggal di sisi saya sampai bila-bila”
“Bila Fael suka Zara?”
“Bila Zara senyum..” mereka sama-sama ketawa…
“Zara macam tak percaya..” TR menjentik dahi gadis itu sekali lagi.
Auuaacchhh.. “ sakit la”
“percaya tak lagi..” senyum lelaki itu meleret. Satu lagi hadiah rantai
yang diukir nama mereka berdua TR..ZA..diberi kepada Zara. Gadis itu menyimpan
dalam beg sandang. Kata Zara mahu simpan buat kenangan. Bila difikirnya kenapa
harus disimpannya buat kenangan? Mereka berjalan bersama sambil mengukir
senyuman.
Kemudian mereka singgah dikedai buku. Dibeli lima buah buku novel pada
Zara. Gadis itu terkejut.
“Fael tak mahu Luqman beli buku untuk Zara. Biar Fael yang belikan
Faham!!”
Zara menjeling. Dia tak faham dengan perangai putera itu. tengkujuh dah
lari. Penyakit putera pun dah ghaib sekarang angin asmaradana pula.
Mereka makan tengahari di secret recipe. Hari ni TR belanja. Zara rasa
seperti dihargai oleh lelaki yang salami ini dia ingat tidak ada perasaan.
Lelaki sombong tetapi lelaki yang berada disebelahnya sekarang lelaki yang
penyayang.
Mereka berehat disurau dan sembahyang zohor. Setelah usai sembahyang
Zohor. Mereka berjalan ditepi jalan untuk melintas ke seberang jalan. sana
“Fael..”
“Hurmm..nape?”
“Zara nak beli rojak jap..Fael nak tak?” mereka sudah smapai ke seberang
jalan sana. Zara baru perasan ada rojak di seberang sana semasa mereka sudah
melintas ke seberang sini.
“Boleh jugak..nak air jugak haus..Fael telefon Pak Aziz datang ambil
kita ye”
“Fael..”Zara panggil lagi.
“Hurmm..nape?’
“Zara pergi ye..”
“Yee…hati-hati melintas”
“Fael…” Tr mula mendail nombor telefon Pak Aziz.
“Fael…” Tr berpaling.. “ yea..”
“Zara pergi dulu..bye!!”
Dilihat Zara sudah melintas ke
seberang sana. Ada gerai rojak buah dibahu jalan. Panas terik hari ini. Tr
berjalan ke pohon sena untuk berteduh di sana.
“hello..” salam pak Aziz dijawabnya.
“hello..Pak aziz..boleh datanng ambil orang. Kita orang dah nak balik.
Dah selesai beli barang..”
“FAel…” dia rasa adaorang panggilnya dari arah sana. Seberang jalan
sana. Tempat Zara beli rojak.
Dia berpaling kea rah jalan. Dilihat ramai orang sedang berkerumuni
depan gerai rojak. ‘asal la ramai sangat orang depan gerai tu sampai Zara pun
tenggelam.’ Rungut hatinya.
“Baik..tunggu Pak Aziz ye”
“Yea..” dimatikan talian. Dia menyimpan semula handphone dalam kocek
seluar. Dahinya berkerut. Orang ramai yang berada di depan gerai rojak itu
bukan menunggu untuk membeli tetapi…
Tr berjalan melintas jalan. Semakin laju langkahnya. Dadanya semakin
berdegup kencang. Tangannya sudah mengeletar. Sebaik sahaja langkah kakinya
berhenti disekeliling orang ramai itu. dia cuba mnecelah masuk.
Matanya terbeliak. YA Allah…air matanya mengalir laju tanpa dipinta bila
melihat sekujur tubuh itu milik gadis kesayanganya.
“Zaraaaaaaaaa!!!!!” diterkam sekujur tubuh itu. rojak buah bertaburan
dijalan. Nafas Tr bagai tersekat-sekat.
“Zaraa…”ditepuk pipi gadis itu. kepala yang berhijap itu berlumuran
darah. Mengeletar tangan TR melihat darah merah ditangannya bila dia memangku
kepala gadis itu.
“Tolong Zara..cepat!!!” dia bagai orang gila menjerit sekuat hati.
“Zara…”
“Fael..ma..af..”digeleng kepalanya. Jangan cakap apa-apa Zara.. dilihat
tangan gadis itu memengang rantai tangan pemberiannya tadi.
Adakah sebab rantai tangan itu?
*****************************to be continue...............
Jgnlah zara mati :(! Nk dieorang together + kahwin! And jadi sweeeettttt couple :D
ReplyDeleteshazlin dis story ni da comedy, romnce n melodrama..hehe ni bru part 1 lps ne da part 2..so jgn sdey sgt kay..tq ur support BM!
DeleteWah..akhirnya... ada jugak entri baru.Syg FN. >.<
ReplyDeleteKeep It Up!!Hwaiting!! ^_<
sayang mira jgk thanks msih lg setia..kmsahamidaaaa..=)
DeleteLah x kan lah??
ReplyDeletehehe..cyah..xkan lah?? so tggu entri nati..hope hepi ending lah kan? ada kjutan..jeng3
Delete