p/s: cuba dgr dis song ni time baca part luqman..sbb Fn dapay idea pun time dgr dis song ni. papun semua ni suggestion dri adik fn kata dis song ..deaabakk!!..sarangheayoo!!!
********************************************************************
__________________________________________________________
Bab 25
Hari ini last paper untuk exam spm. Zara sudah habis dua hari yang lepas
kerana Zara tidak mengambil subjek yang sama dengannya.
TR senyum melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Semalam dia ada
beritahu Zara yang hujung minggu ini dia ingin keluar berdua dengan gadis itu.
Zara hanya diam tanpa banyak menyoal itu ini seperti kebiasaanya. TR
berjalan menuju ke tempat pak Aziz memakir kereta mewah itu.
“Assalamualaikum..lama Pak Aziz tunggu?” Pak Aziz menjawab salam dengan
membalas senyuman anak muda itu.
Betul kata Leha, TR sekarang bukan TR yang dulu. TR sekarang tahu hormat
orang tua. Tahu senyum dan peramah. Agaknya kena ‘clorox’ dari Zara la tu.
Bersih hati jiwa raga anak muda itu kena sental dengan zara kut?.
“Hari sabtu ni, Pak aziz datang ambil orang, nak keluar ke Bandar jap”
Pak Aziz melihat TR sudah duduk ditempat penumpang dibelakang.
“Baiklah..” kereta Mercedes benz mewah itu meluncur laju kea rah
destinasi yang ingin dituju.
“Pak Aziz…kalau dalam islam pegang perempuan itu haram kan?”
“ Yelah..tengku, perempuan ajnabi ke maksud tengku?” Pak Aziz kerling
cermin depan yang menampak wajah anak muda itu.
“Ajnabi? Orang tak faham la?”
“Haaa..maksud ajnabi tu perempuan asing, bukan muhrim kita, kita boleh
kahwin dengannya. Kenape tengku?”
Tr mengangguk faham “ saje tanya..kalau tersentuh? Macam mana pulak?”
“Kalau..kan bunyinya tak sengaja boleh dimaafkan.”
“Hurmmm..contoh dia jalan-jalan dengan perempuan tu lepas tersentuh
tangan perempuan tu macam mana? Dimaafkan tak?” senyuman TR ada perisa.
“Kalau boleh dielakkan la. Jalan jauh-jauh sikit kalau boleh satu meter
ke?” haaa??? Haila..apa kes keluar dating dengan Zara jalan jarak satu meter.
Pelik budak tengku ni? sebelum ni berpeluk dengan Natasya tu dia tak
pernah tanya dosa ke tidak?
“Tak pa la Pak Aziz terima kasih dengan
jawapan yang baik tu. Saje nak tahu.” Tr hanya mengukir senyuman.
Tetiba lagu dicorong radio kereta itu
menarik perhatiannya. “Pak Aziz boleh kuatkan sikit volume radio tu”
“Baik tengku..”tangan Pak Aziz menekan
punat dari remote control radio itu.
Lagu ni selalu dia dengar bila ada Zara.
Gadis itu suka menyanyi lagu ni bila menyidai pakaian diampaian tak pun bila
gadis itu membuat kerja didapur sendirian.
Classic song..satu perkara dia belajar
tentang gadis itu. suka lagu lama. “lagu siapa ni Pak Aziz?”
“Jamal Abdillah..tajuk dia disudut kamar
hati ku, pak Aziz pun suka lagu ni.” senyuman Pak Aziz meleret. Matanya
memandang cermin depan. TR membalas senyuman itu.
“Lagu cinta ni?”
“Lagu cinta orang dulu. Orang sekarang lagu
cinta rentak rancak.”
“Tapi Zara suka lagu ni”
“Zara tu minat sangat dengan Jamal
Abdillah. Semua lagu Jamal Abdillah dia minat. Dia bagitahu Pak Aziz lagu ni
lagu kesukaan mak dan ayah dia. Sebab tu dia suka sangat dengan lagu ni”
Ooo.. baru dia faham. Zara suka menyanyi
lagu sebab dia rindukan mak dan ayah dia. Gadis ni klasik..minat lagu lama.
********************************************************
Zara mengelap cabinet dapur. Kemudian dia ke kaunter bar pulak. Dia
pelik dengan sikap TR sekarang. Suka menolong dia didapur, suka berbincang soal
hal agama dengannya. Lelaki itu buat hatinya tertarik..
Hatinya berperisa, bila dia pandang wajah putera raja itu. gelaran
‘tengkujuh’ sudah ditarik balik. Angin monsoon ke, puting belung ke? semua dah
reda dalam diri lelaki itu. senyuman berperisa pulak penyeri wajah kacak itu.
Ingatannya tentang TR waktu hari raya. Lelaki itu tidak pulang beraya di
UK untuk tahun ini. Tengku Maisara ada merungut pada acik. Kata tengku Maisara
dia terpaksa burn tiket fly ke UK. Tengku Maisara sudah booking tiket ke sana
tapi TR pulak tidak mahu pulang beraya di sana. Kata TR mahu beraya di sini
untuk kali terakhir.
Ye..terakhir bersamanya, TR akan melanjutkan pelajran ke sana. Tapi
dalam perancangan lelaki itu dulu mahu jugak dia ikut bersama.
Itu pun kalau result spmnya elok. Dia bukan pandai sangat macam TR. dia
lebih kearah seni. Cita-citanya nak buka kedai kraf tangannya dia sendiri. Setakat mengaji di kolej swasta pun dia dah
senang hati banyak.
Luqman pulak kalut mengisi matrik untuknya juga. Lelaki itu juga mahu
dia sambung study bersama. Haiya..susah juga kalau dua-dua lelaki ni nak dia
ikut bersama. Mana dia mahu pilih?
Masing-masing pakej yang menarik.
Dia ingat lagi hari raya, TR mahu
bergambar dengannya sempat lagi lelaki itu membisik ditepinya.
“Ingat Zara, lepas exam ni kita ada date.”lelaki itu kenyit mata.
Mulutnya sudah terlopong. Dia
menganjak sedikit jarak duduknya dari lelaki itu.
“Haah?”
“Tengok tu buat muka orang geram
dengan dia. Tapi kau suka nak keluar
dengan aku kan?” haila..dia ni la suka buat aku malu sendiri.
“Bila pulak? Saya tahu, saya ingat. Tapi serius ke kita nak keluar
berdua je?” soalnya
“Yelah..last date dengan kau. Aku tak pernah dating dengan kau. Sebelum
ni aku dah keluar dengan NAtasya. Ni kau pulak. Takut kau terasa dengan aku tak
layan kau dengan baik.” Senyuman arjuna itu meleret.
Yeke? Terasa tu tak la sangat. Tapi sebab tu je? “Dating selalunya orang
yang bercinta bukan?”
Haiya..ayat pancung diri tu Zara, dia sudah senak perut. Senyuman TR
mengoda. Ada lesung pipit penyeri wajah itu.
“It’s up to you, kau rasa kita keluar sebagai lover couple ke? sebagai
majikan dengan maid dia ke? sebagai teman tapi mesra pun tak pe”
Ngaaa….nak je dia cepuk muka toya tu, selalu bagi aku ‘terkena’ dengan
ayat penangan romeo karat tu. Nak pekena aku lagi la tu. Nak je di backhand dahi
lelaki itu.
“Suka hati Tengku la, ”
“Terakhir keluar dengan kau di sini sebagai majikan and maid. Aku mahu
tamatkan hubungan kita sebagai majikan dan maid. Aku nak tukar status kita”
Zara kerut kening. Dia tak faham. Apa yang cuba TR sampaikan padanya.
Mungkin..TR mahu ini yang terakhir dengannya. Bila lelaki itu mahu
continue study di UK, lelaki itu akan bertemu dengan gadis bermata biru. Dia?
Pasti maid ni tak akan digunakan di sana. Lelaki itu pasti sibuk study mengejar
impian.
Baiklah..dia setuju untuk keluar dengan TR. dia jugak sudah maklumkan
pada acik. Acik tak banyak soal Cuma
acik cakap. TR mungkin nak bagi hadiah special sebagai ganjaran atau balasan
berkhidmat untuk lelaki itu.
Zara beralih pulak mengambil penyapu untuk menyapu lantai dapur itu.
mungkin TR nak singkir dia dari hidup lelaki itu. tapi kenapa dia sedih?
Patutnya dia gembira.
“Aku mahu tamatkan hubungan kita sebagai majikan dan maid. Aku nak tukar
status kita” tamatkan hubungan?
Tukar status?
Jadi apa?
Kawan yang akan ditinggalkan. Bila berjumpa balik pasti lelaki itu akan
ucap
“HAi..lama tak jumpa. kenalkan Zara kawan lama wktu study sekolah
menengah dulu” itu ayat yang Tr akan ucapkan untk memperkenalkan dirinya pada
sesiapa yang jadi pemilik hati arjuna itu.
Haiseh..nape aku tetiba jadi emo jek? Patutnya aku gembira, aku dah
bebas dari TR yang berpenyakit putera itu.
Dia berat hati. Penyakit putera itu sudah sembuh. Sebab itu hatinya
tertarik banyak..banyak sangat. Nyatanya hatinya sudah jatuh…arghhhh..
Jatuh cinta……Tr
**************************************
“Zara..luqman telefon” acik memberikan telefon rumah itu kepadanya. Dia
mengambilnya dari tangan acik lalu mengucap terima kasih dan berlalu pergi ke
bilik tidurnya untuk berbicara dengan ketua pengawas itu.
Salam Luqman dijawabnya. “Awak sibuk ke?” soal Luqman bila dia
mendiamkan diri sebaik sahaja membalas salam lelaki itu.
“Tak..awak sihat? Buat apa sekarang?” soalan Zara membuat Luqman
tersenyum lebar. Dia sekarang sedang melihat foto kelas, tetapi matanya hanya
terancap pada wajah gadis sederhana itu. lama dia membelek wajah itu dia
teringat untuk menelefon bertanya khabar.gadis yang Berjaya mencuri hatinya.
“Sihat bila dengar suara awak, saya sedang tengok awak” ketawa lelaki
itu. hatinya berdengup kencang. Luqman suka buat dia rasa serba salah. Dia suka
dengan lelaki itu namun untuk mnerima lelaki itu lebih dari seorang kawan dia
belum bersedia.
“mana awak Nampak saya” dia cuba ketawa menutup kegusaran dihatinya.
“Saje..awak sekarang ne macam tak suka bergurau dengan saya jek?”
“Tak la..Cuma saya takut awak terlalu mengharapkan saya tetapi saya
kecewakan awak. Luqman, saya nak kita biarkan dulu soal hati ni, kita tumpu
pada impian kita” luqman tersentap. Zara terlalu berterus terang. Kenapa zara
sekarang cuba menjauhinya. Adakah TR sudah meluahkan soal perasaan lelaki
berlagak itu pada ‘gadisnya’.
“Awak sukakan TR?”terus soalan terjah ke telingannya. Zara mengigit
bibirnya. Adakah dia sudah mebuat hati luqman terluka.
“Tak..TR tak mungkin sukakan saya. Dia anggap saya maid dia tak lebih
dari itu”katanya cuba berlucu. Namun hanya dengusan saja yang dia dengar dari
Luqman.
Disebalik dengusan itu, luqman
tahu siapa TR? hati TR sudah terpaut pada
Zara. Dia lelaki dia tahu sikap apa yang TR cuba tunjukkan. Ego TR lebih
tinggi darinya. Mungkin TR lebih memikir lagi tentang perasaan pada Zara untuk menimbang semula betulkah lelaki
itu benar-benar sukakan perempuan biasa dimata lelaki ego itu.
“habis tu kenapa awak tolak saya mentah-mentah? Kenapa awak tak fikir
dengan lebih matang lagi. Saya tak kisah Zara kalau awak nak ambil lebih masa
lagi. Berapa awak mahu? Dua, tiga, lima atau sepuluh tahun? Saya tetap tunggu”
ngaaaa…….zara dah tak boleh bernafas dengan baik.
“Awak cinta pertama saya Zara.” Ucap luqman lemah.
“Luqman..kalau Zara tak pernah hadir dalam hidup awak macam mana?”
“Tetapi awak sudah pun hadir..”ayat luqman terhenti bila Zara bersuara.
“Saya akan cuba padamkan” potong Zara..
“kenapa? Awak tak suka saya ke?”
“Bukan..saya tak yakin dengan diri saya. Saya rasa, saya tak patut hadir
dalam hidup awak dan TR. kalau itu yang awak sangkakan. Saya bukan milik
sesiapa.”
Luqman hairan. Zara seolah hilang mesra dengannya…hatinya pedih..
“Zara…” panggilnya
“Luqman..kita kawan..” dia angguk perlahan. Air mata lelakinya jatuh
setitis….
“Saya harap akan jumpa awak lagi bila kita sambung belajar nanti”
Zara mengiakan saja. Dia tak tahu kenapa dia mudah melukakan hati
Luqman? Kenapa dia bertindak sekejam ini. Kenapa??
Hatinya dipagut rasa bersalah. Matanya berkaca bila membalas salam
Luqman yang kedengaran sayu. Telefon sudah dimatikan luqman. Pasti Luqman
kecewa dengannya.
Mungkin hatinya terikat dengan cinta lain. Kalaupun TR tak sukakan dia,
dia jugak tidak akan menerima Luqman. Kerana cintanya untuk ketua pengawas itu
hanya cinta seorang kawan tak lebih dari itu.
Huhu sian lukman... Tapi xpe suka zara yg mcmni tegas x mudah dipengaruhi dan tau apa yang dia perlu hehehe
ReplyDeletehuhu sedihnyer....
ReplyDeletex pe luqman, saya ada... Ngeee >.<
Ooops terlebih sudaa. hehe
Sambung please
ReplyDeletesambung cpt2 yer
ReplyDelete