SAlam..kekawan...FN dah edit dis bab ni. tapi sekali round jek..hehe sebab citer sedey tamau bila baca sedey..kan.kan hah padam muka FN nak wat citer sedey sanagt..ala sedey sikit jek inilah hakikat idup ada kala kita sdey ada kala kita gumbira..kan..kan.. next bab dlm pmbikinan..so enjoy it!!
p/s: nak bagi hepi sikit dengar lagu korea..layan jer..hehe +_+
_____________________ continue bab 26 _____________________
"Fael..”Zara panggil lagi.
“Hurmm..nape?’
“Zara pergi ye..”
“Yee…hati-hati melintas”
“Fael…” ketika itu dia tidak pedulikan panggilan Zara kerana sibuk
mendail nombor telefon Pak Aziz.
“Fael…” Tr berpaling.. “ yea..”
“Zara pergi dulu..bye!!”
TR merenung pintu bilik kecemasan itu. dia Nampak Zara tersenyum
memandangnya.
“Fael…” masih terngiang-ngiang suara Zara memanggil namanya, air mata
memenuhi tubir matanya. Ditepuk
dadanya menahan rasa sakit itu. sekali, dua dan
akhirnya berkali-kali. Berguguran jua air matanya.
“Fael..” dia dengar lagi suara Zara memanggilnya. Tr mendongak ke atas,
cahaya lampu dari bilik kecemasan itu masih lagi menyala.
“Fael..ma..af..” kata terakhir dari Zara itu membuat dia terasa sakit
dada teramat sangat. Ditangannya dia mengengam rantai tangan pemberiannya pada
gadis kesayangannya itu.
Dia membuka gengaman tangannya, dilihat rantai tangan dipenuhi darah Zara
itu membuat dadanya terasa sakit. ‘bagaimana harus aku mulakan hidup di hari
esok?’
Soalan itu dibiar dalam hati. Tawanya..senyumannya..jelingannya, bagai
membunuh aku bila aku terjaga esok. ‘Bolehkah aku melihatnya esok?’
Soalan itu bagai menyentak dinding hatinya. Sakit…
Zara..tolong jangan buat aku macam ni, sakit…
Zara..biar berkali kau panggil nama aku, aku pasti kali ini aku akan
sentiasa memaling wajah aku kea rah kau.. kau tahu aku sakit...
Sakit? Ya..siapa akan buatkan aku
bubur nasi paling sedap pernah aku rasa?
Zara..siapa akan cakap aku ada penyakit
putera?
Tengku Maisara bergegas keluar dari lif, Fauzi, Mak Leha dan Pak aziz
berjalan mengejar langkah Tengku Maisara yang lebih laju dari mereka.
“Aunty..tolong!!” dia terkejut menerima panggilan dari TR.
“Fael? Why are you crying? anything happen?”
“Tolong Fael..aunty, accident” tup! Panggilan dimatikan. Bagai tersentap
jantungnya. Oh god! No..no.. bukan Fael, kalau Fael accident pasti anak
sedaranya tidak akan menefonnya bercakap dengannya tadi.
Tetapi kenapa tangisan itu? teriakkan Fael bagai orang kesakitan. Fael,
sebelum ini tak pernah menangis. Tangisan anak muda itu tidak lagi kedengaran
bila hari terakhir abang dan kakak iparnya dikuburkan ditanah perkuburan,selepas
itu Fael sakit terluka atau demam anak itu tidak akan menangis sebegitu.
Langkah Tengku Maisara terhenti bila mana melihat tubuh anak muda itu
sedang duduk sambil kepalanya disembunyi dicelahan lutut. Lagaknya seperti
Sembilan tahun dahulu….
Fael yang dilihatnya sedang menangis seperti mana meratapi kematian
abang dan kakak iparnya.
“Fael..”disentuh lembut bahu anak muda itu. Tr mendongak menatap wajah
yang memberi ruang bahagia ketika dia kehilangan mommy dan daddynya
“Aunty..Zara” Fael meraung. Tangisan anak muda itu lebih teruk dari anak
kecil berumur Sembilan tahun. Fael dulu tidak menangis sebegini.
“Why? Apa yang terjadi dengan Zara?” Tengku Maisara mengucap syukur bila
melihat tubuh TR tiada kesan cedera Cuma..ada kesan darah kering di baju dan
tangan. Diusap bahu anak muda itu.
“Zara..Fael bersalah..aunty tolong Zara, tolong selamatkan Zara. Tolong
cari doctor pakar rawat Zara!” bertalu-talu anak muda itu merayu. Digoncang
tubuhnya seperti hilang akal. Tengku Maisara melihat Tr dengan pandangan aneh.
Selama ini anak sedaranya tidak memperdulikan orang lain. Kenapa mesti Zara?
Fauzi mendapatkan TR, diraih tubuh anak muda itu. dipeluk erat.
“mengucap Fael. Ini bukan salah Fael. Ini takdir..Zara accident bukan sebab
Fael”
“Wrong!!!! Fael yang beri dia rantai tangan tu, kalau Fael tak bagi dia
pakai rantai tangan itu tak kan jatuh, Zara tak akan kutip dan Zara tak akan
accident” jelas Tr.
Tengku Maisara bagai terkena kejutan. Rantai tangan? Zara? Why? Kenapa
mesti beri pada Zara? Siapa Zara dihati Fael sebenarnya.
“Mak leha..maafkan orang” Tr meluru kearah Mak leha diraih tangan orang
tua itu sambil melutut.
Tengku Maisara tidak suka melihat Fael bagai orang tidak siuman
menyalahkan diri. Adakah selama ini Fael sukakan Zara?
“Someone?” ‘someone’ yang dimaksudkan Fauzi selama ini adalah
Zara?..FAuzi juga tahu siapa pemilik hati anak sedaranya selama ini. Patut
lelaki itu tidak mahu dia campur tangan dalam soal hati anak sedaranya. Patut
Fauzi mahu terus dia menyokong rasa cinta anak muda itu pada orang yang salah!
Zara adalah orang yang salah! Zara penyebab Fael jadi tidak siuman. Dia
harus hentikan.
“Tengku..Mak leha faham, bukan salah tengku. Ini takdir Zara. Mengucap
nak..jangan menyalahkan takdir” Mak leha mengusap kepala anak muda itu.
“Fauzi..i need talk to you” Tengku Maisara menghilang diri dari ruang
itu. fauzi mengikut jejaknya sehingga ke ruang menunggu agak jauh dari ruang
bilik kecemasan itu. Fauzi faham pasti Tengku Maisara mahukan penjelasan
darinya.
“Fauzi.. I rasa you tahukan semua
ini?” soalan yang dia yakin pasti keluar dari mulut Tengku Maisara akhirnya
keluar juga.
Fauzi menganguk. Dilihat wajah Tengku Maisara kelihatan tidak puas hati
“ Zara..dia adalah gadis yang dicintai Fael selama ini bukan Natasya”
“OOOoo..” Tengku Maisara mengejek. “ Patutlah you marah sangat bila I
nak jodohkan fael dengan Natasya? I ingat you takut I buat semua itu mengangu
pelajaran Fael and then Fael betul-betul nak tumpu pada exam nya dulu”
“I’m sorry Sara, fael sendiri nak I rahsiakan dari you..”
“Look..you sendiri tengok apa dah jadi dengan fael? Macam orang gila!”
Huhh!! Tengku Maisara melepaskan keluhan. Kesal dengan apa yang berlaku pada
anak sedaranya.
“Itu tanda cinta dia pada zara you kena terima Sara, dia suka sangat
dengan gadis itu dan you lihat sekarang ini Fael lebih menghargai hidupnya. Dia
ceria, dia hidup den..”
“Shut up!! Itu sebelum ini, dan sekarang? Ia merosakkan masa depan
FAel..itu you kata tanda cinta? Bodoh!”
“What? Bodoh? Sara you saja yang tak tahu hargai cinta sebab tu you
katakan bodoh”
“OOoo..so you nak salahkan I sebab tak hargai cinta you. I pernah katakan
pada you, you bebas pilih kehidupan you dan sekarang you pilih hidup macam ni
dengan I, you nak salahkan I pulak?’Fauzi cuba meraih tangan Tengku Maisara
namun ditepis.
“I bukan nak blame you, Sara. You kena faham usia Fael, dia suka
memberontak. Cinta?? Itu membuat dia bahagia bila kasih ibubapanya tiada.”
“I ada.. selama ni bila Zara tak muncul dalam hidup Fael taka pa-apa. Dia
gembira seperti biasa. Sekarang dia dah macam orang tak siuman menyalahkan diri
walhal bukan salah dia”
“You saja buat-buat tak kenal siapa Fael sebenarnya. Selama ini sebelum
Zara muncul you tahukan hidupnya kosong, walaupun dia tak cakap I yakin you
faham dengan Fael. Bohong kalau you kata dia gembira. Lelaki yang tak suka
senyum, buat hal sendiri, dingin dengan orang sekeliling. Tak suka ambil tahu
hal orang lain, siumankah orang itu?
I rasa Fael sekarang lebih siuman dari FAel yang dulu. Fael sekarang ada
jiwa, hati dan perasaan. Tahu mintak maaf dan berterima kasih dan hormat pada orang
lain…you tak Nampak ke? Fael memohon maaf…you tak Nampak ke dia merayu untuk
orang lain..kalau dulu dia bagai tak berperasaan hanya tahu menyatakan Fael tak
kisah apa saja aunty beri..apa saja aunty buat untuk Fael..”
“Please stop it!!”Tengku Maisara menjerit kecil. Ditutup telinganya dengan
kedua belah tangannya.
“Sara..” Fauzi memengang kedua belah tangan itu. ditarik wajah itu agar menatapnya “ you kena terima
hakikat ini. You boleh support Fael bagi semangat untuknya menerima apa yang
terjadi hari ini. Bukan you menyalahkan Zara apa berlaku pada FAel. Dia suka
sangat dengan gadis itu..please..”
Tengku Maisara pejam mata seketika kemudian dibukanya. Pandangannya kini
tajam menikam pandangan Fauzi yang setia menanti jawapan darinya.
“Sekarang I sendiri akan handle hidup Fael. You tak perlu ajar I atau
nasihatkan I . so.. I tahu apa yang akan I buat untuk masa depan Fael”
“Apa maksud you” Fauzi memengang pergelangan tangan kanan Tengku Maisara
bila mana Tengku Maisara mula mengalihkan pandangan untuk melangkah pergi dari
ruang itu.
“FAuzi.. I hope you support I saja sekarang I need you, and lebih lagi I
still love you.. I tak mahu you campur tangan dalam urusan FAel dan halang I apa
yang I rancangkan untuk masa depan Fael. I tak nak kita gaduh okay..”
“I sayang you Sara.. I jugak sayang Fael, kamu berdua sebahgian dari
hidup I. how dare jika I cuba halang you untuk masa depan Fael but I tak rasa apa yang you buat itu betul dan I jugak
tak rasa FAel akan suka apa yang you cuba buat untuknya”
“Fauzi..please..”diraih tangan FAuzi.. “You tak suka I marah-marah and
you tahu I tak suka tengok Fael macam tu. Hati I tak senang”
“Sara.. you too much” tengku Maisara bagai tidak peduli apa yang
dikatakan Fauzi. Dia berlalu pergi. Dia mahu melihat keadaan Fael. Adakah anak
muda terus meraung lagi..terus merayu memohon maaf atas kesalahan yang tidak
dia lakukan?
FAel…fael tak patut terjebak dalam hidup Zara.
Langkah Tengku Maisara terhenti bila melihat Fael melentok kepalanya
dibahu Mak Leha yang sedang memengang senaskah kecil yaasin. Pembantu rumahnya
itu tersedu sedan menahan air mata sambil membaca surah yaasin. Disebelah Fael,
Pak Aziz jugak membaca surah dari Al-Quran kecil.
“Mak Leha..pembedahan dah selesai ke?” Mak leha mendongak. Tengku
Maisara kelihatan angkuh bila bertnya. Kenapa?
Mak leha mengeleng kecil. “Tengku tertidur agaknya..dia keletihan Mak
leha tengok”
“Saya harap Mak leha tak salahkan Fael jika apa-apa berlaku pada Zara” Pak
Aziz yang mendengar berhenti membaca ayat suci itu.
“Puan..begitukah berbicara dengan orang lebih tua?”tegur Pak Aziz. Dia kenal
lama anak-anak Tengku Rashid Zainal dan Tengku Marrisa. Kebiadapan Tengku
Maisara tidak patut dan ketika ini Mak Leha kesedihan dengan keadaan Zara yang
sedang bertarung dengan maut.
“Pak Aziz, saya Cuma nak nyatakan hal ini dengan lebih jelas. Mak leha
tak jaga Zara dengan baik-baik. Dia biar Zara goda Fael dan sekarang FAel
tergila-gila Zara sampai tak siuman menyalahkan diri” air mata Mak leha
keguguran tapi kali ini sakit di hati terasa pedih dengan kata-kata Tengku
Maisara. Dia kenal siapa Zara. Anak gadis itu bukan pengoda.
“astaghfirullahaladzim…mengucap Puan, Zara yang Mak leha kenal bukan
begitu sikap pengoda anak gadis itu. dia anak gadis yang baik. Mak leha pun tak
tahu Tengku Rafael menyimpan perasaan pada Zara? Sungguh Mak leha tak tipu
Puan, MAk leha tak tahu soal hati mereka sama ada Zara atau Tengku Rafael.” Mak
leha mengurut dadanya
“Apa pun Mak leha, saya nak Mak leha bertangungjawab apa yang berlaku
pada mereka berdua terutama Fael. Mak leha seharian bersama mereka setiap hari
atau Mak leha sendiri menyuruh Zara mengoda Fael”
“Sara!!! Kenapa you kurang ajar, hah?/” tengking Fauzi,direntap tangan
tengku Maisara agar berpaling kearahnya.
“Sudah Fauzi..sini hospital” Pak Aziz cuba menenangkan Fauzi.
“Sara.. I tahu you sayang Fael. Habis Zara? You langsung tak fikir
perasaan Mak Leha, Zara anak sedaranya dan yang berada didalam bilik bedah
sekarang Zara bukan Fael so siapa yang lebih sedih? Zara yang sakit, Sara..”
“Tapi hati I sakit tengok Fael…” Tr terjaga. Dilihat satu-persatu wajah
didepannya.
“Kenapa?” soal anak muda itu kehairanan. Dilihat pulak wajah tengku
Maisara “ aunty..”
“aunty kena tolong Fael pastikan Zara selamat” Tr bangun lalu memeluk
erat tubuh Tengku MAisara. “ fael perlu kan aunty..please selamat Zara”
“Aunty..kenapa diam?” dileraikan pelukan itu. “oh yea..pasti aunty
tercengangkan? Fael belum bagi tahu aunty”
Tengku Maisara melihat wajah TR yang cuba menceriakan dirinya “ Fael..”
“Aunty, Fael sebenarnya sukakan Zara. Fael akan sambung belajar ke UK
dengan Zara. So apa pun yang terjadi fael tetap tunggu Zara”
Mak leha, pak Aziz hanya mampu melihat pengakuan anak muda itu. Fauzi
mengurut lembut belakang TR.
“Mak leha orang mintak maaf tak minta permission cintakan Zara..orang
nak Zara so kalau Mak leha tak izin pun orang nak jugak dan orang tetap tunggu
Zara” Mak leha angguk je. Air mata saja jawapan disaat itu. siapa dia untuk
melarang soal hati anak muda itu.
“Fael..jom kita balik” ajak tengku Maisara.
“No,..doktor belum keluar, kita tak tahu keadaan Zara lagi” sebaik
sahaja ayat itu habis dari bibir TR. pintu bilik bedah itu terbuka. Tr terus
menerjah doctor yang berjalan keluar dari bilik itu.
“Doktor, bagaimana keadaan Zara?” soalnya terburu-buru.
“Dia masih belum sedarkan diri. Keadaannya lemah. Hentakan dikepalanya
membuatkan darah beku berkumpul dan tadi kami melakukan pembedahan membuang
darah beku itu dan sekarang kita hanya mampu berdoa agar Zara sedar dan pulih
sihat seperti biasa.”
“Maksud doctor Zara akan sihat?”
“Itu saya tak mampu berikan harapan yang tinggi. Dia kehilangan darah
yang banyak dan kami melakukan pembedahan dikepalanya. Kita hanya mampu berdoa
sahaja sekarang jika kondisinya baik dia akan pulih dengan cepat jika lemah
terserah pada takdir kerana ada kes sebegini berakhir dengan kesedihan dan juga
kegembiraan pada masa yang sama mungkin Zara akan koma…tetapi saya yakin Zara
akan sedar jika dia semangatnya kuat untuk hidup..”
“Hah? Kenapa doctor tak boleh bagi keterangan yang jelas kenapa mesti
tapi?”
“fael!!” Fauzi menarik Fael dari terus menekan doctor itu “terima kasih doctor”
“sama-sama..saya pergi dulu, kalau ada apa perkembangan semasa Zara kami
akan maklumkan.. saya doctor Fatimah”
“doctor boleh kami masuk melihat Zara?” soal Mak leha.
“Belum lagi..kami tempatkan dia di ICU..jika mahu juga melawatnya. Hanya
sedara yang terdekatnya sahaja itu pun terhad “
Mak leha mengangguk. “ terima kasih doctor”
“sama-sama” senyum berbalas senyuman mengiringi langkah doctor bernama
Fatimah itu pergi.
“aunty..tolong zara. Kita hantar zara pergi jumpa doctor pakar.”
“fael..Zara baru dibedah. Kita balik rehat dulu yee..” pujuk tengku
maisara.
“yelah tu Tengku..lagipun Zara belum sedarkan diri. Apa kata Mak leha
saja yang tunggu nanti bila Zara sedar mak leha beritahu ye”
“Fael kena balik rehat..tidur yang cukup nanti boleh datang melawat Zara”
Fauzi dan Mak leha cuba memujuk. TR
mengangguk lemah.
Tengku Maisara memimpin anak sedaranya. Tr Nampak lemah kerana Zara…
Tengku Maisara risau dengan ungkapan Tr tadi. Anak sedaranya akan tunggu
Zara? Sampai bila? Tak mungkin..ini akan merosakkan masa depan TR.
Tr masih lagi mengengam rantai tangan itu. adakah esok ada pelangi
untuknya. Dan dia pasti malam ini tiada bintang kerana semasa menaiki kereta tadi
hujan turun. Semasa didalam kereta TR berada di belakang senyap memandang luar
cermin tingkap kereta.
Betul..malam ini tiada bintang kerana hari hujan…
Dia.. tiada ‘bintang’malam indahnya kerana kejadian itu……
Pelangi…..dia harap esok cerah dan ada ‘pelangi’ indah miliknya….
Tr cuba tersenyum…dipejam mata…
“Fael…”
“Zara..”
“Fael..”
“Zara.. I love you..”
“Hah?” dijentik dahi gadis itu. senyuman mekar gadis membuat hidupnya
indah..seindah pelangi..seindah bintang semua itu ciptaan Tuhan..
p/s: just pic hiasan jek..so klu nk bayangkan pun bole fael n Zara..hihi bru lepas tgk citer city hunter.
Ala aunty sara naper camni plak? Sian zara hopefully hepi ending la hendaknya huhuhu
ReplyDeleteWah!!continue2x.. >.<
ReplyDeleteTR, baru nak rasa bahagia dah muncul pula dugaan...... bagaimana pula perjalanan cinta Fael n Zara..... mungkinkah bersatu atau berpisah....... tak sabar nak tahu.....
ReplyDeleteWHAT??? Please give them a happy ending....
ReplyDeleteDik, tanak sambung lagi ke cerita ni? Dah lama tunggu entri baru tapi takde..huhu.. rindu TR.. rindu Zara..
ReplyDeleteaduh.. ble nk smbung entri bru???
ReplyDeletesalam..trima ksh tk trucap...krna mmbaca BM! ne.. Fn akan trus mnaip dan mnghabiskan citer nie and sllu ending story msti nk hepi kanu.tapi Fn nk sprise dlu..hehe
ReplyDelete