09/10/2012

Be Mine! 21




  
Tetiba dgr lagu ni kat suria fm, inche idea datang..apa lagi terus bukak lapptop taip dis bab ..hehe itu klu time idea dtg xsempat meyempat tapi time xde huhu puas diperah..puas pusing cri mood nak taip, bila taip separuh delete semua..xmenjadi..so skrg inche idea byk la membantu..Trimasss kpd yang sudi membaca..enjoy it!!!

_________________________________bab 21__________________________


TR masih lagi berdiri depan swimming pool. Direnung air yang tenang itu pandangan  tajamnya mampu menebusi sehingga kedasar swimming pool itu. Namun yang Nampak hanya Zara. Zara masih belum pulang. Itu yang bermain dimindanya.

Gadis itu membuat dia fikir banyak. Lebih dari hidupnya. Dia teringat pesan uncle Fauzi sewaktu mereka sampai di Villa. Dia dan uncle naik ke tingkat tiga rumah itu. dipesan kepada Mak Leha untuk hantar minuman sahaja. Uncle fauzi mengambil tempat disofa.

Dia berdiri dibalkoni sambil memandang pemandangan yang menhijau dan menghirup udara segar. Dipandang ke langit siang. Tiada bintang!

“Sebab perempuan tu ker?” soal uncle sudah dijangkanya bila uncle mahu discussion dengannya.

“Hurmm…”

“Siapa? Terus terang dengan uncle. Uncle akan cuba bantu FAel” pandangan fauzi dihala ke arah  anak muda itu yang sedang leka memandang langit.

“Apa yang boleh uncle cuba bantu FAel? Ini soal hati Fael” ujar TR lemah. Dia sebenarnya seorang insane yang lemah. Lemah dengan cinta. Mungkin sebelum ini hidupnya kosong bila cinta itu datang dia bagai orang yang hilang arah. Dia hanya mahu cinta itu.

“FAel..fael baru seventeen okay, belajar dulu. Kalau sukakan sangat gadis itu bukan macam ni”

“luqman tu pencabar utama”

“Bukan begini Fael. Belajar sampai Berjaya dan kemudian dapatkan cinta itu. kalau fael betul ikhlas sukakan dia pasti ia milik Fael” wajah uncle Fauzi dipandangannya mengharapkan kepastian dari kata-kata uncle Fauzi itu.

“Gadis itu belum tahu lagi?”soal fauzi bila wajah TR masih bergayut pada pandangannya.
TR mengeleng. Anak muda itu melepaskan keluhan “ Dia masih samar-samar lagi dalam soal hati”

“Macam ni la FAel, biar uncle handle hal ni. Fael belajar lagipun nak exam spm kan?” TR mengangguk

“Cuma..Fael bagi tahu uncle apa perancangan Fael untuk masa akan datang ni dengan gadis tu” Fauzi bangun  lalu dipeluk bahu anak muda itu. cuba memberi semangat. Fael perlukan dia.

“Fael rancang nak continue study dengan dia di UK, tapi Fael belum usul lagi pada aunty.”

“After that..?” dia masih setia mendengar pendapat Fael. Dia akan sokong apa yang Fael ingin buat dan rancangkan jika masih tidak melanggar adat manusia.

“Dalam tempoh belajar tu, Fael nak bertunang dan kahwin dengan dia macam mummy and daddy buat. Sambil belajar, bercinta, berkahwin dan beranak” mengekek ketawa Fauzi. TR turut ketawa tetapi mukanya dah blushing giler. Malu pada uncle bila usul proposalnya.

“Wah..wah..ni dah kalah uncle Nampak?” dia sudah tergelak besar. FAel ada cita-cita. Betul kata Sara. Fael macam daddynya. Punya semangat yang tinggi. Azam dan keyakinan.

“Boleh uncle tahu siapa gadis itu? Natasya ke?” Fauzi cuba menduga. Mana tahu Natasya ‘someone’ yang  di maksudkan Fael.

“Dia orang salah…Fael tak patut jatuh cinta padanya. Jatuh cinta pada orang yang salah.” Orang salah? Janda ke?isteri orang ke? orang gila ke? Fauzi tak faham apa yang dimaksudkan fael.

“Orang salah? Kenapa pulak?”

“Orang yang tak patut dan berhak untuk cinta fael. Dia bukan taste Fael pada mulanya” Tr tersenyum sinis. Zara bukan pilihan utamanya. Namun gadis itu Berjaya mencuri hatinya. Kejamnya Kau Zara!!!

“Sejak bila fael pandai main soal hati ni? cakap pun macam mat romeo ni? sampai uncle pening kepala tak faham apa yang cuba dikatakan Fael?”

“Dia Zara aulia…anak sedara Mak leha,pembantu rumah ni”

**********************************
Selepas Luqman sedar dan boleh bangun berjalan. Dia mintak diri beredar dari poliklinik sekolah itu. Luqman hanya cedera ringan. Itu kata doctor yang merawatnya. Syukur Alhamdulillah..Luqman tak cedera teruk.

Dia sudah merayu kepada Luqman untuk maafkan TR walaupun TR sendiri tidak datang meminta maaf pada Luqman. Mama luqman mahu pihak sekolah  ambil tindakan pada TR namun dia merayu pada Luqman agar menyuruh mama Luqman membatalkan hasrat itu.

“Kenapa awak nak sangat saya maafkan TR? tarik balik dakwaan?”Zara telan liur. Waktu itu hanya dia dan luqman dibilik sakit klinik itu. mama luqman pergi ambil ubat di kaunter luar sambil berbual dengan doctor yang merawat Luqman.

“Sebab kita kawan Luqman..saya kawan awak, kawan TR. kita harus selesaikan persengketaan ni”

“Awak tahu saya dah kalah. Awak tahu apa syarat perjanjian jika saya kalah?”Zara diam. Renungan Luqman tajam menikam anak matanya. Tangan ketua pengawas itu cuba memengang tangannya namun ditarik lembut.

“Saya tak boleh rapat dengan awak. Saya akan kehilangan awak. Awak tahukan betapa pentingnya awak 
dalam hidup saya?” ngaaa…Luqman dah spesis TR. ini dah masuk soal hati ke?

“Saya sayang awak Zara. Saya suka awak”jantungnya dah gugur. Mana nak cari…darahnya sudah laju menjalar keseluruh tubuhnya. Dia telan liur tapi tak lepas.

“Luqman kita masih sekolah. Umur pun tak cukup lagi nak mengundi. Bak kata orang tua budak bawah umur, baru setahun jagung. Mana boleh kita bercinta” dia cuba cover diri.
Luqman suka dia? Biar betul? Nak jek dia tampar muka bagi sedar ini mimpi atau reality? Dia cuba cubit pehanya. Sakit!!! Real la..

“Saya tahu!  Cuma saya suka awak bukan nak bercinta tapi saya nak awak tahu perasaan saya”

“Baikla..saya boleh terima perasaan awak. Tapi kalau awak nak perasaan saya nanti dulu saya belum bersedia”

Luqman tersenyum. Puas hati dengan jawapannya. Dia tahu luqman bukan jenis memaksa. Luqman bukan TR.

“Luqman bolehkan awak terima maaf dari saya wakil TR” Luqman tersenyum mengangguk.
Namun senyuman itu tak lama bila Kaizura dan Mama Luqman masuk ke bilik. Kaizura mengambil tempat disisi Luqman.

Zara menelefon anak Pak salleh yang sulong, Kak Yong yang bekerja sebagai kerani sekolah rendah. Dia malas mahu menyusahkan Pak Aziz . pasti TR pun tak setuju. Pak Aziz hanya berkhidmat untuk lelaki itu saja.

“Lama Kak Yong tak jumpa Zara” sapa kak yong bila dia masuk ke perut  kereta kancil milik Kak Yong.

“Zara pun. Sibuk study kak yong nak final exam nanti.”

“Puasa ni datang la berbuka dirumah dengan Mak leha ye..” ye..lagi seminggu umat islam akan menyambut bulan yang penuh barakah itu.

“Terima kasih Kak yong sudi ambil Zara kat sekolah”

“Alah..satu jalan kan..” dia tersenyum. Kak yong sudah bertunang, cuti sekolah akhir tahun ni kak yong akan melangsungkan perkahwinannya. Pak Salleh ada  dua orang ank perempuan. Kak Yong dan adik. Adik atau Suria belajar kat kuantan, Pahang. Kak Yong atau nama sebenar Salina ni je yang teman kan pak salleh dan isteri.
********************************
 
Tr masih teringat bagaimana Zara datang menerpa kearah luqman tanpa mempedulikannya. Seolah-olah dia tidak wujud disitu. Di wajah gadis itu resah dan cemas dengan keadaan luqman. Walaupun orang ramai datang menyerbunya dan mengangkat tubuhnya menjulang juara. Dia tak rasa dirinya juara. Loser…

Tiada senyuman kebanggaannya. Seperti selalu dia diangkat bila game yang dimainnya menang dipihaknya. Dia rasa kehilangan. Zara membunuh rasa itu dengan sikap tidak ambil tahu perihalnya disitu. Yang dia dengar gadis itu memanggil Luqman. Gadis itu berlari mendapatkan guard untuk menghantar Luqman ke Poliklinik Sekolah itu.

Bagaimana dia ingin teruskan jika hatinya rasa sakit. Uncle mahu dia simpan dulu perasaanya. Dia cuba selagi terdaya.

“Dia zara Aulia..anak sedara Mak leha, pembantu rumah ni” ujarnya tenang. Nama itu sentiasa menenang jiwanya. UncleFauzi memandanganya dengan pandangan terkejut dengan jwapannya.

“Zara?”

“Dia orang yang salah uncle..”

“Tak salah Fael..perasaan itu betul. Fael saja menidakkan menyalahkan orang yang berjaya mencuri hati Fael” uncle Fauzi ketawa.

“Nasib baik uncle ada keje kat area ni. kejap je uncle datang urus hal Fael ni.”

“uncle kan pari-pari Fael”

Hahahaaaa… “yelah tu pari-pari selalu perempuan uncle ni lelaki”

“habis tu para-para?” ketawa mereka terburai..

“Mujur aunty ada kat Dubai uruskan hotel di sana sempena makanan halal.”

“kalau aunty ada pun di Malaysia, fael tetap call uncle.”

Dipeluk bahu anak muda itu. fael perlu semangat. Fauzi perlu menyakinkan Maisara untuk cinta fael. Bukan Natasya tetapi Zara. Maisara bukan mudah untuk terima gadis yang sudah menjadi pilihan bertukar .

“Tengkuu….” Lamunannya bersama uncle fauzi terbang menghilang dari mindanya.

“Zara…kenapa lewat pulang?” soalnya bila gadis itu menyapanya lembut. Hatinya berbunga kembali. Bintang hatinya bercahaya..

“Acik kata tengku tak makan lagi. Tunggu saya ke? ” Tr mengangguk . senyuman gadis itu mencairkan kemarahanya pada Luqman.

Zara membiar soalan TR tiada jawapan darinya. Kalau dibertahupun Tr akan terasa yang dia menemani Luqman di klinik tadi.

“Jom…Tengku mesti lapar kan?” sebaik saja dia pulang acik terus meluru kearahnya. Kata acik TR bergaduh teruk di sekolah. Berita itu harus menjadi rahsia Tengku Maisara tidak perlu tahu. Dan pihak sekolah menelefon mengatakan TR bebas dari hukuman. Tr tidak digantung sekolah.

Luqman memang pegang janjinya. Acik beritahu Tr tak berselera makan. Kata acik TR mahu makan bubur yang dia masak. Sebab itu selepas uruskan dirinya salin pakaian sekolah, mandi, solat dan kemudian barulah  dia memasak bubur untuk ‘putera raja’ itu.

“Saya buatkan bubur nasi untuk Tengku” ditampal senyuman indah untuk lelaki itu. sungguh dia ikhlas untuk lelaki itu walaupun lelaki itu yang bersalah. Kenapa dia masih melayan TR dengan baik?

“Bubur nasi kasih sayang” ngeeeeee….senyuman indah iklan colgate terserlah di wajah kacak itu.

“tengku suka ke?”

“Hurmm…kalau boleh aku nak kau masak kat aku sampai tua” wah…ayat menghukum ni. balas dendam sebab berpihak kepada Luqman. Dia tahu TR bengis bila melihat dia tidak menghirau lelaki itu di gelangang sekolah.  Tr tak cedera yang cedera Luqman memang patut dia risaukan ketua pengawas itu.

Tr melabuh punggungnya ke kerusi di meja makan. Bubur nasi ‘buatan’ zara yang berasap lagi itu disudunya. Kemudian disuap perlahan-lahan masuk ke mulutnya. Sedap!

Sebaik saja bubur itu ditelanya dengan penuh nikmatnya. Dia memandang Zara yang duduk dikirinya sambil memandangnya.

“aku suka kau pandang aku” ujarnya sambil tersenyum.

“Tengku…boleh saya tanya beberapa soalan?” Zara minta permission. TR berhenti menyuap. Dikalih kea rah Zara.

“tanya la..kau dan aku tiada sempadan..” Hushhh…TR pun suka merapu macam Luqman. Entah-entah..TR pun suka dia macam luqman.

“kenapa tengku ajak fight dengan Luqman? Lepas tu buat perjanjian jika Luqman kalah dia tak boleh rapat dengan saya? Tengku ada perasaan ke kat saya?” TR tersentap. Jantung berdegup kencang. Zara sudah tahu ke soal hatinya? Kata uncle Fauzi. Soal hatinya harus dirahsiakan dulu.

“HUrmm..bodoh lah soalan kau ni” diketuk kepala gadis itu dengan sudu.

“Auucchh..sakit la Tengku, orang dah banyak study nanti keluar habis”digosok tempat yang sakit itu. teruk betui  TR ni. tadi dia dah touching dengan ayat-ayat TR sekarang dia bagai terhukum dengan perasaanya. Perasan TR suka kan dia! Wallaaaaa….

“Yelah..ada aku cakap aku suka kau? Weh…Natasya tu aku nak lempar mana? Kalaupun aku putus dengan Natasya banyak lagi awek-awek yang bagus dari kau..” Zara mencebik. Eeeaaa…malunya.

“Sajer jek..Kaizura dengan Natasya beritahu Tengku and luqman ada hati kat saya sebab korang berdua fight” terburai ketawa TR…merah wajah tengkujuh itu gelakkannya

Hahahaaaaa…. “Suka jadi maid aku ade la…saje je aku nak fight dengan luqman sebab dah lama aku tak puas hati dengan dia alas an dalam perjanjian itu hanya sekadar syarat je..takde maknanya pun”

Mahu je disepak  TR jatuh kerusi waktu itu. Huaaawwaahhhh…malunya. Kan dah cakap TR tu mana ada lebih-lebih nak ada perasaan kat aku. Kes naya jek serah jiwa kat tengkujuh ni…

TR ketawa..namun matanya melirik kea rah wajah keruh itu. tafsiran kau itu benar Zara..aku terpaksa menafikan dulu.. Maafkan aku Zara

Digosok kepala dilitupi selendang itu. “ jangan marah..bubur kau sedap la”

Chaiiittt….Zara mengetap bibir.

9 comments:

  1. best.nak lagiiiiiiiiiii..good job writer.

    ReplyDelete
  2. Ok like always cerita nyeh mmg best.... 5 star out of 5...... Sambung cepat2 kay.... I like.... I cant decide nak pilih luqman or tr seems like both of them r great

    ReplyDelete
  3. wah best....mestila pilih tr kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bella and cyah. we'll see..tggu Zara plih sapa. TR or Luqman? hehe tq

      Delete
  4. Betul tu mereka masih muda dan masih luas perjalanan di hadapan. Tetapi sekurang-kurangnya TR perlu berusaha supaya tak jadi macam Aunty Maisarah dan Uncle Fauzinya yang memendam rasa.

    ReplyDelete
  5. tr or luqman.... dua2 punya personaliti sendiri..... cinta memang buta..... sukar nak buat keputusan bila berbicara tentang cinta....

    ReplyDelete