salam...sorry lambat update citer bab 20, FN sibuk study sikit. final exam..hehe kena buat yang terbaik nanti. mggu study week sekarang. papun FN tengah study tetiba inche idea datang tak bagi salam terus terjah nak continue dis story,,hehe..and korang punya support pun wat FN teruja nak taip citer ni. papun enjoy it. sajer jek upload lagu ni...sodap dengar sambil taip citer ni...ngeee ( tersengih) kimchiiiiiii
________________________________________________________________
Bab 20
Zara berjalan keluar dari tandas. Dipegang bibir atas yang sudah surut
bengkaknya. Bahana ‘ciuman’ Inche nyamuk dah hilang. Zara senyum.
Dia sudah memberitahu pada TR yang dia mahu ke tandas sebelum pulang. TR menyuruh dia pulang dulu,
lelaki itu akan telefon Pak aziz datang mengambilnya kemudian.Kata Tr mahu ke
library. Semakin study hard Nampak gayanya TR sekarang.
Zara tersenyum sendirian. Dia berjalan perlahan sambil
memengang tali beg sekolah yang digalas dibahunya.
“Zara!!!” suara itu menjerit memanggilnya. Dikalih
kearah suara itu. Kaizura dan Natasya datang menghampirinya. Haila..apa bala
pulak bakal menimpanya. Dua barbies doll, satu made mexico satu made british
berdiri didepannya.
“Apa kau dah buat dengan TR dan Luqman, hah?” bahunya
ditolak kasar oleh Kaizura. Natasya tersenyum sinis. Ada teman sokongan. Mana
‘aci’ dua lawan satu. Dah tentu satu ni yang kalah.
“Apa yang saya dah buat?” soalnya hairan. Yelah..apa
yang dia sudah buat dengan dua lelaki itu.
“Yarrkkk..teruk la kau ni”tengking Kaizura tak puas
hati. “Betul kata kau tasya perempuan ni memang pandai berlakon.”
“Apa yang tak kena dengan korang berdua ni? saya ada
buat silap ke?”
“Memang ada! Kau rampas TR tasya dan Luqman aku. Dan sekarang lelaki yang butakan
mata tulikan telinga kerana cinta kau tu fight kat gelangan basketball” Kaizura
menjegil matanya. Zara telan liur.
Bila aku rampas TR dan luqman? TR bergaduh dengan
Luqman? Kenpa? Apa yang tak kena? TR tak suka aku berkawan dengan Luqman ke? atau TR buat kes Luqman denda kemudian TR
bengang lepas tu ajak fight. Tak kan nak fight sebab aku?
“Wei..budussssssss” dahinya ditunjal Kaizura. Natasya
hanya melihat Kaizura melepas geram. Kalau ikut hatinya mau dia join sekali
ganyang perempuan tak sedar diri itu. namun bila teringat ugutan TR jika dia
apa-apakan Zara, nahas dia dengan TR. biar Kaizura seorang saja yang ganyang
perempuan itu.
“Tolong hormat sikit kepala saya”dimaniskan mukanya.
Dia masih boleh bersabar lagi.
“Saya tak pernah rampas ‘pakwe’ korang. TR majikan
saya, dan Luqman rakan sekelas saya. Tak lebih dari itu. saya mintak diri dulu”
“Nanti dulu…kau perlu bertangungjawab dengan apa
terjadi antara TR dan Luqman”
Dipandang wajah Natasya. “Kenapa pulak?”
“Diaorang fight sebab kau. Kalau Luqman kalah dia kena
jauhkan diri dari kau dan kalau TR kalah begitu juga sebaliknya.”
“Baguslah..sekurangnya korang puas hati TR atau Luqman
dah tak close dengan saya” ujarnya sambil melirik memandang muka bengang dua
barbies doll itu.
“Kau memang perempuan jahat! tak sedar diri! Kau suka
ler diorang bergaduh sebab kau. Wah..wah..bangganya dia..kau kena
bertangungjawab jika TR atau luqman cedera”
“Habis tu? Apa yang perlu saya buat” soalnya seperti
orang bodoh. Apa yang perlu dia lakukan. Dia tak sangka Tr akan bergaduh dengan
Luqman. Tak mugkin mereka bergaduh disebabkanya
“Eee..yarkkk..geramnya aku. Jom ikut kita orang pergi
kesana sekarang” pantas Kaizura merentap kasar tangannya. Kasar jugak barbies
doll ni.
Sebaik sahaja mereka sampai di gelangan basketball,
sudah ada penyokong yang bersorak kea rah TR dan Luqman. Zara terkejut melihat
TR semakin rancak ‘membelasah’ Luqman yang cuba merampas bola keranjang itu.
dilihat ramai yang datang melihat kebanyakkan peminat TR. dah tentu ramai yang
sokong TR dan bersorak untuk lelaki itu. luqman? Haila..hatinya dipagut
simpati.
“Habislahh..luqman kali ni, TR tu jaguh basketball.
Dia la ‘Slam Dunk Malaysia’.” Ada suara sumbang yang cuba mempertaruhkan nasib
Luqman.
“Teruk Luqman kena” hahaha…ketawa salah seorang
peminat TR. ceh!! Sorang pun tak sokong Luqman.
“Nah..aku bagi chance kau shoot pulak” TR tersenyum
lebar. Bola keranjang yang dibaling TR betul-betul kena muka luqman kerana
tidak sempat mengelak.
Luqman terlentang kebelakang. Darah dihidung mula
mengalir. Kepalanya terasa berputar. Tadi teruk dia kena ‘belasah’ dengan TR
bila dia mahu merampas bola. TR seolah sengaja menyikunya dan menolaknya. Dia bukan
jaguh dalam permainan itu. dia hanya tahu lompat tinggi.
Dia cuba bangun. Kepalanya terasa berat. Pandangannya gelap!
“Luqman!!!!”
Dia dengar suara itu memanggilnya. Dia masih
lagi kenal suara itu. Zara Aulia…..
************************************
Puan Nor Indah masih lagi memandang wajah Tengku rafael.
Anak muda itu buat perangai lagi. TR hebat dari pelajaran dan sukan. TR juga
anak sedara Tengku Maisara, orang kuat belakang tabir sekolah itu. YDP PIBG! Cakap
saja mahu sumbangan apa pasti diberi Tengku Maisara tanpa banyak soal. Sponsor untuk
annual dinner akhir tahun sekolah nanti pun tengku maisra sudah sediakan. Apa yang
perlu dia buat? Denda? Gantung sekolah?
Puan Nor Indah serba salah. Mahu dirujuk pada Encik
Raof , pengetua sekolah. Pasti awal-awal lagi encik raof tutup mulut. Buat tak
tahu. Kes TR terpaksa jadi berat sebelah.
“Saya dah call uncle fauzi awak” TR menyilang
tangannya memeluk tubuh. Dia menyandang tubuhnya. Dia menyuruh Puan Nor Indah
menelefon uncle Fauzi. Biar hal ini uncle yang settle. Dia tak mahu aunty Sara
tahu. Hal ini membabitkan soal hatinyanya. Soal cintanya pada Zara.
Beberapa minit kemudian Fauzi datang menyerbu pejabat
guru kanan itu. “Fael? Are you okay?”
Tubuh TR dibeleknya. Risau jika anak muda itu cedera. Fael
sebahagian hidup Sara. Jika sara jadi risau apa-apa yang menimpa Fael dia pun
sebaliknya.
“I’m okay..thanks uncle for your concern” Tr bangun
dari kerusi. Fauzi melihat baju kemeja sekolah tersarung ditubuh TR kotor. Namun
dia lega melihat tiada cedera parah pada tubuh TR.
“I’m sorry. Saya Muhamad Fauzi, uncle Tengku Rafael. Ada
apa-apa ke Puan yang perlu saya tahu dan bantu?”
“Begini Encik fauzi, Tengku Rafael dilaporkan bergaduh dengan ketua pengawas. Saya dapat
maklumat, mereka bergaduh di gelangang baskerball. Ini menjadi satu kesalahan
kerana mencederakan ketua pengawas. Pihak sekolah terpaksa mengambil tindakan”
Fauzi memandang TR yang menjuling mata ke atas. Apa yang
cuba Fael lakukan ni? sebab perempuan ke? atau melepaskan tension?
“Apa tindakan pihak sekolah?”
“kami akan denda atau gantung persekolahan jika
keluarga mangsa mahu mendakwa Tengku Rafael ”
“Tak boleh ke minta maaf dari pihak saya untuk
keluarga mangsa dan bayar ganti rugi?”
“Tak payah uncle..Fael tak akan mintak maaf. Bukan salah
Fael. Kita orang Cuma main. Adat permaianan la ada kalah dan menang. So buat
apa nak sampai gantung sekolah. Luqman sendiri setuju untuk fight dengan saya
dalam game ni puan”
“Fael…this is not game site okay. Fael dah
mencederakan orang. Ketua pengawas pulak tu” fauzi cuba untuk merendahkan diri
anak muda itu. Fael..seorang yang tinggi diri. Susah anak muda itu untuk mintak
maaf.
“Uncle..dia nak fight dengan Fael. Kalau dia cedera
bukan salah fael. Ini adat permainan”
“fael..bukan susah untuk mintak maaf okay, forgiveness is not something we do for other people. We do it for ourselves to get well and move on.” Entah mana dia sempat kutip
muatiara kata itu. but...betul jugak kata itu untuk memujuk hari Fael.
“But..I can’t..”
***************************************
Zara masih lagi menunggu lelaki itu sedar. Dia jadi resah
melihat wajah Luqman yang bengkak dan lebam. Teruk jugak penangan TR. Apa la
khilaf luqman Sehingga TR sanggup buat begini.?
“Zara...” Zara memandang wajah itu, ada senyuman ikhlas
dibibir yang kebiruan, lebam kena ‘ taro’ dengan TR.
“Luqman..awak okay? Sakit?” soalnya risau. Luqman memengang
tangannya yang memengan lengan baju lelaki itu.
“Saya okay, hilang semua sakit saya bila sedar je awak ada
depan mata” ada ke ayat penyedap itu keluar dari mulut luqman bila sedar dari
pengsan. Kalau dengar dek kaizura dia pulak yang terlantar kat hospital ni kena
‘taro’ dengan si barbies doll spesis si Tasya.
“Luq...luq tak apa-apa sayang?” tiba-tiba ada wanita sebaya
acik datang meluru kearah luqman yang terbaring lemah itu. cepat-cepat Zara
mengundur diri kebelakang memberi ruang untuk wanita itu.
“Abang okay mama...” Luqman ketawa bila wanita yang
dipanggil mama itu memeluknya. “aauuoochh..sakit mama”
“Sakit ye..sorry mama peluk kuat. Hushh..kamu ni suka
sangat biar orang buli kamu” marah mama. Dipaling ke arah Zara yang duduk diam
tanpa kata.
“Sapa ni?” senyuman Luqman meleret.
“Ini la Zara aulia ma..kawan abang kat sekolah. Dia pandai melukis
dari abang, projek seni kita orang menang sebab Zara la”
“Mana ada” kebas pipinya bila dipuji Luqman depan wanita
itu.
“Zara?” soal Latifah, kening terangkat sambil tersenyum
memnadang wajah lembut anak gadis yang sering jadi bualan ringan anak lelakinya
bila dirumah.
“Saya Zara Aulia, aunty” dia tunduk menyalami tangan wanita
itu
“Saya mama Luqman, Latifah. Panggil je mama tak usah panggil
aunty.” Wanita mengelar diri mama itu mengurut belakangnya lembut.
Patut muka pun nak iras-iras latifah Omar, nama pun
Latifah.. cantik mama si Luqman ni ada tahi lalat sebijik dengan Latifah Omar
tepi bibir.
Dia gembira mama Luqman baik orangnya. Peramah dan mesra
menerimanya. Macam calon menantu pulak.
Dia telan liur.
Lama berbual dengan mama Luqman. Baru dia tahu kenapa
Luqman tak suka bercerita tentang familynya kalaupun lelaki itu ingin bercerita
hanya mamanya. Rupa-rupanya luqman anak isteri kedua.
Dia anak tunggal. Kalau diikut dengan mamanya. Tetapi kalau
dengan anak isteri tua Luqman ada dua orang abang dan seorang kakak.
Luqman tipu selama ni ayahnya seorang pensyarah. Mamanya seorang
saja bekerja sebagai pensyarah. Ayah luqman adalah bekas exco. Luqman kiranya
anak YB la.. hebat juga luqman patut Kaizura cuba mengejar arjuna itu..
Padan sangat kalau Kaizura tu dengan Luqman. Sorang anak
bekas menteri sorang anak bekas exco. Hebat la.. kalau dengan dia,
haila...macam langit dengan kerak bumi je. Tak padan langsung..
Itupun Kaizura ingat dia cuba menrampas Luqman. Calon yang
sesuai adalah gadis itu. Zara mula rasa inferior ....
Bestnya...... Sambung cepat kay
ReplyDeletebgos3, hehe.
ReplyDeletekeep up!
wah x sangka akhirnya ada entry baru... X sia2 selalu melawat... Ala mesti tr jeles lagi.... Plz nak entry lg
ReplyDeletesalam..thanks arr..bella, Yama and cyah kerna setia mengikut BM! ni..Fn mintak maaf sbb lmbat post dis bab20 ni..trimass..+_+
ReplyDelete