18/10/2012

Be Mine! 22




Soriiii..sgt222....FN ada exam. paper kimia plak tu. lepas abis je paper kimia nak tggu bhn kimia kuar dari otak ambik masa..hehe jadi biol sekejap. inche idea pun kena hapus dengan kimia ni. Fn usha blog tengok want more semakin naik rating..trimasss krna support FN untuk BM ne. Fn saje layan lagu 2pm sambil study tetiba inchee idea datang. hehe inche idea ni kena digalakkan dengan lagu rupanya baru mau datang ye... papun enjoy it!! bab 22
p/s : try dgr lagu ni daebakkkk...and doakan FN boleh jawab paper exam ni..+_+

_________________________________bab 22 ____________________________



Balik dari sekolah terus dia melangkah naik ke biliknya. Badannya bagai kertas melayang . dilempar tubuh yang separuh nyawa ke katil bertilam empuk itu. huh!! dia akan cuba bertahan. Sudah dua minggu dia berpuasa penuh.

Semua ini gara-gara penangan cinta Zara. Dia cuba menahan lapar dan dahaga. Kalau luqman boleh kenapa tidak dia? Zara tak menjanji apa-apa, macam mana budak kecil yang berpuasa penuh. Ibu bapa pasti menjanjikan pelbagai ganjaran. Duit raya la, basikal baru la, melancong ke Disneyland la.. tapi dia tak..Cuma nak Zara tahu dia boleh puasa penuh.

“Acik bagitahu Tengku tak boleh puasa penuh sebab gastric? “ soal Zara ketika dia sedang menjamah nasi  waktu berbuka. Dikalih pandangannya bertembung dengan wajah yang sinar mencari jawapan darinya.
Ceh..dia bukan lelaki lemah, dia TR. “ Tak la…alah kekadang jek aunty takut aku tak sihat bila ke sekolah. 

Tapi aku okey je…puasa penuh siapa pun boleh..”

“ye? Wah..”sempat gadis itu tersengih “ ingat Tengku spesis budak kena talasemia lemah je..”

“Ape? Kau ingat aku ni budak yang lemah badan ke?” ditarik lengan baju t-shirt yang pendek itu ke bahu.  “ tengok ni muscle aku..”

Zara sudah berlari anak ke dapur. Malu konon..nak tengok lengan sasanya.

Tr tersengih. Matanya menatap siling kembali. Bila teringat Zara dia pasti bahagia. Perutnya sudah bunyi lagu 
rock kapak. Tadi pagi di sekolah lagu balada slow emotion. Tengahari  dalam kelas dangdut dan sekarang rock kapak terus..

TR menekan perutnya yang mula terasa pedih.. sabar TR.

**************************************
Zara meletak beg sekolah di tepi almari. Direbah tubuhnya ke tilam. Balik tadi dari sekolah TR tak banyak cakap. Tapi dia perasan sejak berpuasa di bulan Ramadan ni TR memang kurang bercakap. Hurmm…jaga mulut kot. Yelah..bulan puasa elok kurangkan bercakap.
Lelaki itu juga sekarang rajin pulak mengikut dia dan acik pergi ke masjid dengan Pak Aziz.

“Tengku tu mana pernah pergi terawih, habis je buka puasa terus memerap dalam bilik. Puasa sebulan pun tak penuh” itu kata acik waktu tu baru dua hari mereka berpuasa.

“Okay je Zara tengok si tengkujuh tu”

“Awal lagi…baru dua hari Zara. Tengku tu ada gastric. Entah ler..lagipun Tengku Maisara bukan galakkan sangat anak sedaranya tu berpuasa penuh takut sakit.”

“Hai..anak dara ni balik sekolah terus baring? Baju tak disalinnya tau berangan je” acik menyiku perutnya. Lamunan tadi lenyap terus dari mindanya.

Zara bingkas bangun. Duduk tersengih sambil men ‘landing’ dagunya ke bahu acik. Dipeluk bahu wanita sebaya maknya.

“Berangan kahwin anak raja ke?” soal acik sambil mencuit dagunya.

“Anak raja mana la yang malang dapat Zara ni acik?”

“Raja Gopal..”mengekek ketawanya. “Raja kapoor mau jugak”

“Yelah tu..lekas pegi salin baju..”

“ mandi lepas tu solat” dia terus menyambung ayat yang ingin dikata acik,. Sudah sebati dengan dirinya.

“Hurmm…dah pandai mengajuk acik sekarang” hehe.. Zara tersengih seraya itu dia menyalin pakaian sekolah kemudian  mengambil tuala terus ke bilik air.
***********************************************
Sejak masuk bulan puasa ni. Dia sudah jarang berbual dengan TR. adapun dia yang mulakan dulu. Adakah sebab TR terasa janggal dengan bila dia menanya soal hati lelaki itu kepadanya. Patutnya dial ah yang rasa janggal. Malu dengan perasaan sendiri. Ini tidak sudah terbalik!

TR juga sudah putus dengan Natasya. Sekarang dia Nampak Kaizura mula masuk jarum. Luqman dulu beria-ia barbies doll mexico tu nak, sekrang sudah tidak menunjuk minat. Ada ke macam tu? Orang kalau dah suka mesti la beria-ia sampai dapat. Itu orang, kalau dia sah-sah dia akan suka ‘someone’ sampai bila-bila. Bukan sekejap suka sekejap tidak. Ini soal hati.

Patut luqman pun tak bersungguh-sungguh dengan Kaizura. Luqman tahu Kaizura hanya nak main-main je dengannya.  lUqman? Lelaki itu semakin teruja mendekatinya.

Perasaan Luqman sekarang semakin terbuka. Siap cari matrik yang sama. “Zara..meh detail peribadi awak”

“Buat pe?”soalnya pelik. Waktu tu mereka berdua sedang revision bersama sementara menunggu Miss Ain masuk untuk subjek Bahasa Melayu.

“Saya nak apply matrik sama dengan awak.Saya tolong isikan untuk awak. Senang sikit kalau kita study ditempat yang sama. Kita dah kenal. Saya, kalau boleh nak lebih kenal awak bila kita sama-sama dewasa..”Luqman tersenyum dihujung kata. Mata lelaki itu melirik manja seolah memikat hati si dara. Glupp!!!..Luqman pun ada talent jadi romeo karat.

“Macam mana tu?” soalnya macam orang bodoh. Dia boleh jadi biol bila Luqman tak pun TR rangka ayat romeo karat kat telinga dia.

“Ermm..awak tak pernah tengok orang dewasa bercinta?”

“Hah?”dia sudah gelabah.

“Diorang akan bertunang semasa belajar dan berkahwin selepas tu”

“Hah?”pipinya sudah kebas. Haila..luqman asal kau jadi tak segan dengan aku? Kalau TR yang ucap kata ini adakah hatinya lebih rasa berbunga. Ada taman indah disudut hatinya.

“Orang kata rezeki lepas kahwin lagi murah..sebab tu saya nak try cara macam tu”

“Dengan sapa?” terus je ‘ayat pancung’ kepala sendiri terkeluar tak dan mintak permission.

“Dengan awak la..Kita sama belajar nanti bila di university kita bertunang lepas tu grade  kita kerja and then 
kahwin, okay tak?”

“Luqman..”

“Zara..awak kata awak belum bersedia untuk perasaan ini kan? So sekarang jangan fikir lagi. Biar saya sorang je.Lagipun saya ni jenis suka merancang masa depan”

“KAlau bukan dengan saya pun awak akan buat dengan perempuan lain macam ni jugak?”

“Hurmm..tapi entah? Saya dengan awak je muncul idea macam ni. cam..sweet jer” sengihan Luqman dah macam joker. Giler!

Nak je dia terjun laut. Telan air masin bagi hilang ingatan tentang future plan si Luqman Nur Hakim ni. boleh ke air masin hilangkan ingatan zara? luqman juga seolah lupa tentang peristiwa TR ‘belasah’ digelangan basketball. Cerita itu bagai dihapus oleh Clorox dari minda pelajar disekolah elit itu.

Zara bersiap-siap memakai telekung untuk ke masjid sembahyang terawih. Acik sudah menunggu dibawah. TR dan pak aziz juga ada diluar dekat kereta. Pelik TR sekarang. Berubah!

Dia rasakan angin perubahan itu. TR sekarang berbeza dengan TR yang dulu. Rasanya siapa yang biasa hidup dengan si tengkujuh ni pasti juga hairan sepertinya.

Agak-agak mimpi malaikat maut kut? Yelah…manusia susah benar mahu berubah kearah kebaikan melainkang ajal mahu menjemput. Haila..zara tak baik pulak bersangka buruk dengan si tengkujuh ni. mana tahu berkat Ramadan ni TR diberi hidayah dari-NYa.

Sweet je kalau lelaki itu bersongkok dan berbaju melayu. Hai..macam imam muda masuk calon. Bersih je muka. Lagi ramai perempuan bersusun nak isi borang nak tackle si TR ni.

Selesai solat sunat terawih dia berjalan keluar dengan acik. Seperti biasa Pak aziz dan Tr sudah pun menunggu mereka di kereta.  Namun belum sempat dia ke kereta. Ada orang memanggilnya.

“Zara! Kejap..” Luqman tersenyum sambil melambai tangan kearahnya. Acik juga kalih sama kearah Luqman.

“Tak pe acik pergi dulu bagi tahu diorang Zara ada jumpa kawan sekejap” acik minta diri bila luqman menapak didepannya.

“CAntik awak malam ni” itu ayat pertama keluar dari mulut ketua pengawas tu bila mana dirinya betul-betul berdepan dengan lelaki itu.

Dia tersengih malu. Bukan senang lelaki nak puji. Dipegang pipinya sambil menunduk. Kakinya menguis pasir.

Namun ada mata yang kurang senang dengan perlakuannya. TR memandang tajam dari jauh. Dia tak suka. Hatinya mula disimbah asid. Pedih!

“Fael kena bertahan untuk sebulan ni. habis spm ni uncle akan cuba yakin aunty biar fael dan Zara sama-sama dapat melanjutkan pelajarn ke UK…” bertahan…namun hatinya tak berdaya. Zara dan dia sekarang semakin renggang. Dia sengaja mencipta ‘suasana’ itu kerana dia takut dia terlanjur dalam kata dan perbuatannya pada gadis itu.

Rahsia hatinya harus disimpan kemas. Zara perlu tahu bila keadaan dan masa yang sesuai. Disaat itu dia tidak akan sekali-kali lepaskan tangan gadis itu pergi dari hidupnya.

“Sebelum ni sembahyang terawih tak Nampak pun” tegur Zara.

“Sekarang dah jumpa itu namanya jodoh” luqman melirik senyuman. Kedua belah tangannya diseluk dalam poket baju melayu. Lagaknya agak malu-malu untuk bercakap sedemikian pada Zara.

TR menarik nafas panjang. Meluat dia melihat muka miang ‘lalat biru’ itu. mahu jek ditampar kemudian campak dalam lombong najis. Sesuai sangat spesis lalat tu denga najis.  Tanganya tak henti-henti menumbuk dadanya. “Boleh mati aku dengan hati  macam ni”

“Tengku ..”Mak leha mnegur anak muda itu. dia pun heran dengan perubahan sikap ego anak muda itu bagai dikaram bersama tsunami. Hilang tanpa dapat dikesan sikapnya yang dulu. Tr  sekarang tahu senyum padanya. Paling mesra anak muda itu sudah pandai memanggilnya acik.

“Buat ape kawan Zara tu nak jumpa?”

“Entah..saje kut. Bertegur sapa”

“Bertegur sapa kat sekolah tak puas lagi”dia merungut sambil merengus.

“Luqman tu syok kat Zara kut?”hehe..mak leha ketawa malu-malu. Haiseh..orang tua ni macam redha hubungan Zara dengan ‘lalat biru’ itu.
Tr lagi kuat merengus. Ditumbuk lagi dadanya. Hah…uncle punya idea buat dia mati jek. Nak dicubit sakit dihati lempar jauh-jauh.

“Macam tak sepadan je. Luqman tu mana sesuai dengan Zara. Dia gred A Zara tu budak gred C. Eee…tak sesuai langsung. Rasanya acik ni perasan syok Luqman tu kat Zara walhal takde apa-apa. Orang kenal sangat dengan taste si Luqman tu. Mana nak ada hati dengan Zara. Baik acik nasihatkan Zara jangan duk syok sendiri”

MaK leha menjeling maut. Ada ke dikata anak sedara aku gred C. ape? Dia ingat Zara tu anak ayam ke? tak de taste konon..tak sesuai dengan Luqman. Kesian pulak Zara kalau betul Luqman tu tak da apa perasaan kat Zara. Syok sendiri. Perempuan mana nak perkataan ‘syok sendiri’.

 “Saya berdoa tadi” ujar Luqman.

“Berdoa?”

“Ye..semoga kita ada jodoh yang panjang” zara pandang wajah Luqman. Ya Allah..adakah Luqman jodoh buat ku?

Zara mengukir senyuman. Dia patut ke terima perasaan Luqman. Tapi kenapa hatinya tak bersedia? Adakah dia menunggu perasaan orang lain? Tapi siapa? TR? lelaki itu dingin dengannya. Hati lelaki itu bukan padanya.

“Zara! Zara..cepat  aku sakit perut ni” TR melaung.  Mahu tak mahu Zara meminta diri dulu pergi ke kereta dimana Pak Aziz, acik dan si tengkujuh tu menunggu.

“BUlan puasa orang sibuk buat amal ibadah, kau sibuk main cinta” marah TR. dihempas daun pintu kereta sekuat hatinya. Bagai mahu luruh jantung Zara disaat itu.

Ek enaaa..ribut taufan nak melanda. Musim tengkujuh dah datang. “Mintak maaf, tadi jumpa kawan jap”

“Mintak maaf? Apa? Kau ingat kami pak guard kau terpacak kat kereta tunggu tuan puteri sampai habis berdating” marah lagi….

“Tengku..zara dah mintak maaf. Lagipun mana tahu Tengku nak sakit perut.”acik cuba membela Zara.

“Orang sakit merata tau..perut, hati, mata” fael…jangan buat silap! Control soal hati tu. Seolah=olah uncle sedang berbisik ke telinganya minta dia menahan rasa yang membuak-buak bagai lava keluar dari laharnya.

“Hah?” tiga pasang mata memandangnya serentak. Dia berdehem kecil.

“Orang sakit perut tahan lama sangat sampai terasa kat hati la mata la telinga and semua la sebab tu orang nak balik cepat”

“Ooo…” huhh..Tr melepas keluhan. Buatnya pak aziz dan Mak leha tahu perasaannya pada Zara lagi haru…

“Sorry la Tengku..” senyumaan gadis itu bergayut dimatanya. Rasa sakit hati itu bagai disingkir keluar dengan mudah dengan senyuman bintang bercahaya dihatinya.

Tr pandang ke dada langit. Langit Ramadan lebih indah dari langit bulan yang lain. Mungkin ada ketenangan disitu.


Cahaya bintang bersinar tatkala dia merenung langit itu. Dia perlu berdoa, setelah berusaha jika dia ingin memilikinya…

2 comments:

  1. wah rasanya zara mmg suka ngan tr cuma sebab tr ni berlakon lebey... Sian zara jadi keliru hehe

    ReplyDelete