28/08/2012

Be Mine! 7,8, dan 9




Bab 7
TR masih lagi berguling dari kiri  ke kanan tubuhnya. Dia meniarap sambil menampung tubuhnya dengan siku. Tadi Natasya call, kata gadis itu mahu mengajaknya keluar ke pub.  Dia tahu kebanyakkan mereka anak orang berada menjadi pelanggan tetap pub itu. pub itu tertutup hanya yang ada kad VIP saja yang dapat masuk.
Malas dia mahu ke tempat bising macam tu. Kalau macam taman keriangan tu tak pe jugak boleh main. Baik main basketball  lagi bagus. Dia bingkas bangun. Apa kata ajak Zara main sama. TR senyuma dalam hati.
Dia melangkah ke balkoni biliknya, dia membuat senaman ringkas membetulkan urat-uratnya. Disaat itu  dia melihat Zara sedang menyiram air ke pokok bunga dihalaman  taman buatan itu.  mengingatkan Zara dia jadi cepat resah dengan gadis itu waktu disekolah tadi. Dia tiba-tiba jadi cemburu melihat Zara tersipu-sipu senyum bila bercakap dengan Luqman dah tu bukan main berselera makan dengan ‘lalat biru’ itu sedang dia terasa bahang kepanasan.
Hatinya bertukar rasa melihat wajah itu terpancar keceriaan bila bersama LUqman. Ahh…lantak la aku kisah ape? TR pantas melangkah meninggalkan biliknya untuk turun ke bawah. Dia mahu menyoal zara tentang Luqman.
“Zara…”panggilnya dengan nada kasar dan tinggi. Zara berpaling sambil mengukir senyuman.
“ye..Tengku”Zara msih lagi memengang paip menyiram pokok bunga.
“aku nak Tanya kau tentang Luqman”
“Nape?”
“kau ada apa-apa ke dengan dia?” Zara ketawa. Digeleng kepalanya.
“Ada ape? Kawan je Tengku, Luqman je yang mahu kawan dengan saya.”ujar gadis bertudung itu. dia ingin sangat melihat kecantikan gadis itu tanpa bertudung.
“aku tak suka..lagipun aku tak mahu nanti kawan-kawan aku bercakap tentang maid aku yang ada scandal dengan pengawas” Zara terus ketawa.
“Scandal? Impossible la tengku..” Zara memandangnya. Cepat-cepat dia melarikan pandangnya kearah pokok yang disiram Zara. Dadanya jadi sesak. Jantungnya berdegup diparas tidak normal. Ditepuk dadanya berkali-kali. Kenapa ni?
“mana la tahu” dia mengumam. Zara masih lagi gelakkanya. Zara syak ke dia cemburu. Dia jadi rimas dengan ketawa Zara, pantas dirampas paip getah itu dari tangan Zara kemudian disembur air itu ke arah gadis itu.
“Tengku….apa ni?” zara cuba mengelak. Dia cuba merampas kembali paip dari tangan TR namun air itu terusan disiram kearahnya. Sukar untuk Zara mencapai paip getah itu dari tangan Tr kerana TR tinggi darinya. Puas diloncatnya. TR ketawa melihat Zara yang basah kuyup terloncat-loncat didepanya.
“Eh..Pak aziz dari mana?” Zara berpura menyapa ‘pak aziz ‘ yang tak wujud itu. TR terus mengalih pandangannya kebelakang.
Zappsss!! Pantas tangan zara merampas kembali paip getah.
 Dia Berjaya!
 Disembur pula kearah TR.
Masa untuk pembalasan!!!
Terkekeh ketawa zara melihat Tr terlompat-lompat mengelak air itu.
 TR terpana  melihat ketawa itu.Hati TR dikala itu bagai disinari tujuh warna pelangi yang indah bila melihat ketawa Zara yang masih terkekeh ketawakanya. TR cuba merampas pula paip getah. Senang saja dia mahu mengambilnya kerana Zara rendah darinya yang mana ketinggian gadis itu pada paras bahunya. Dia menarik tangan gadis itu kebelakang lalu dipeluk pinggang itu rapat ke tubuhnya.
Zara tersentap..tubuhnya melekat sekali lagi dengan TR macam peristiwa ber’lantai’kan tubuh TR itu. pantas ditolak tubuh sasa yang tinggi darinya itu.  Paip getah terlepas dari tangannya jatuh ke tanah, ketawanya mati.
Mana boleh dia membiarkan situasi seperti itu, dia sudah diajar batas perempuan muslimah yang sudah baligh dengan lelaki ajnabi. Dia telan liur. Mintak acik tak Nampak tak pun Pak Aziz ke takut ada salah faham.
TR juga turut tercengang. Zara senyap macam patung display. Salah ke dia cuba merampas dengan cara begitu? “Nape? Terkencing dalam seluar ke?”
Nak jek disembur air paip dalam mulut TR. “ Tak..saya  baru teringat nak tolong acik kat dapur, saya mintak diri dulu”
Langkah Zara pantas masuk ke dalam rumah agam itu.  Tinggal TR terpingga-pngga. Kenape? Dia menutup pili air itu kemudian dia melngkah masuk kedalam rumah agam itu. Dia terus naik ke biliknya untuk menyalin pakaian lain kerana bajunya kini basah lencun juga. Kenapa zara tiba-tiba jadi dingin dengannya?
Dia menghempas tubuhnya ke katil sambil membelek tangannya yang memeluk pinggang Zara tadi. Kenapa dia teruja dengan gadis itu? sedangkan bersama Natasya gadis itu yang mula dulu memeluk pinggangnya ataupun memengang tangannya bukan dia tapi dengan Zara dia yang ingin buat semua itu.
 Dia dapat rasakan rembesan fenilalanina membuatkan dia teruja dengan gadis itu.  dia belajar tentang hormone keterujaan  bila lelaki itu tertarik dengan seorang gadis tetapi mana mungkin dia tertarik dengan Zara. Gadis itu hanya gadis biasa tiada yang manarik dari segi penampilan dan latar belakang gadis itu berbanding Natasya.
Natasya…gadis itu Nampak elegan dengan gayanya persis ratu. Natasya jauh lebih cantik dari zara pada pandangan lelakinya.
“Tengku..ada tetamu, katanya kawan tengku” mak leha mengetuk biliknya. Lamunannya tadi terhenti bila suara mak leha masih memanggilnya.
“Siapa?” tersembul wajah mak leha sebaik saja dia membuka daun pintu biliknya.
“Katanya kawan tengku, perempuan” bisik Mak leha sambil tersengih mengusik anak teruna itu. sudah pandai anak teruna itu berkawan dengan perempuan. Sbelum ni Tengku Maisra ada juga bertanya dengan siapa TR berkawan tetapi dia tidak berani untuk memberitahu kerana kebanyakkan kwan TR hanya berjumpa di sekolah belum pernah ke rumah.
“Aunty ke?” budak ni.. mana adanya aunty kau nak kata kawan kau. “ aunty kan kat Singapore”
Balas TR dengan jawapannya sendiri. Dia menyarung t-shirt ketubuhnya lalu bergegas turun ke bawa untuk melihat tetamu yang tak diundangnya.
Sebaik sahaja kakinya menapak di ruang tamu, wajah cantik itu tersenyum menyapa kehadiranya. “Natasya..what’s up?”
“Saja..rindu kat you” ujar gadis itu tanpa rasa malu. Dia mempersilakan gadis itu duduk.
“I ingat nak jemput you malam ni”
“Kan I kata, I tak nak” tak faham lagi kah Natasya yang dia tak mahu pergi ke pub.
“Oh..i see, sorry sayang.” Natasya bingkas bangun dan berjalan beberapa langkah ke sofa yang dia duduk lalu gadis itu melabuhkan punggung ke sisinya.
“Malam ni datang rumah I mau?”soal natasya sambil mengusap lembut lengan sasa  TR.
“Buat ape?”
“Study group..” dia menjongket senyuman. Study? Buang masa pergi ke rumah gadis itu semata-mata mahu study? .
 Natasya sengaja datang ke villa TR. Dia mahu siasat siapa gadis yang pulang dengan TR di sekolah tadi.
“Nanti la..lagipun I kat rumah ada guru tuisyen datang mengajar”
“Yeke? Boleh I join sama”
“Boleh..tapi I rasa baik you jangan selalu sangat datang rumah i. nanti apa kata aunty I kalau terserempak  lagipun I belum sedia nak perkenalkan you pada aunty I” natasya mencebik.
Wajah TR serius. Sebelum ni TR agak berlemah lembut je dengannya.
“You tak suka I ke?” Natasya perlu memula langkah dahulu untuk manarik TR perhatian Tr terhadapnya.
“Suka la sayang..” ujar TR sambil mengusap pipi mulus itu. TR akhirnya mengalah dengan senyuman mengoda Natasya.
Zara mengangkat dulang berisi Jus oren untuk tetamu TR. Telinganya memasang dialog ala romantika itu. naik meremang je bulu hidung dia mendengarnya
“Ehemm..Tengku airnya”dia melihat raut wajah cantik itu. sah! Perempuan ni mesti awek si tengkujuh ni. Cantik! Padan sangat dengan TR, kulit gadis tu macam  selalu pergi spa, putih mulus.
“siapa ni TR?” Natasya jadi curious bila melihat gadis yang sebenar dicarinya.
“Maid I” oo..Natasya senyum lebar. Maid rupanya..tak la sehebat mana gadis ini kalau nak disbanding dengan aku memang sah gadis kampong ni kalah. Patut bertudung ala kampong.
“Indon ke?”
“No..malay” chait..boleh dia kata aku ni maid indon. Ada iras ke? kalau macam dalam sinetron tak pe le juga. Like Nikita willy ke?  Natsya memerhati setiap tingkah laku gadis itu. muka gadis itu boleh tahan..apapun dia tak perlu risau gadis itu bukan pencabar utamarnya untuk dapatkan TR.
“Hai..I’m Natasya binti Tan Sri Nazman, you?”
“Zara..Zara Aulia binti zainal” dia juga memperkenalkan dirinya dengan nama penuh siap bintikan ayahnya. Walaupun tiada pangkat didepan nama ayah namun dia tetap bangga berbintikan Zainal.
“You memang kerja maid ke? boleh hidup ke?” soal gadis cantik itu sinis. Hah!! Elok juga jadi awek si tengku berlagak sombong ni. Memang ditakdirkan kut orang disekeliling tengku ni sombong macam dia juga..eh? tapi Tengku Maisara tak pun. Diorang ni terlebih corak dengan kemewahan tu yang over!!.
“Dia anak sedara maid I, so dia tumpang tinggal di sini ” TR rasa geram mendengar kata Natasya. Kenapa dia tak suka bila Natasya menghina Zara.
“Ooo..yeke? sorry I tak tahu. Zara satu sekolah dengan kita orang ke?” zara angguk je. Sebaik saja menghidang jus oren itu kepada tetamu TR dia meminta diri. Meluat dia melihat gadis berlagak sombong itu bermanja-manja dengan TR. Tak tahu batas pergaulan ke?  Nama Natasya Binti Tan Sri Nazman tentu melayu kalau melayu tentunya islam dah nama pun berbinti . Tapi adap pergaulan tak tahu batas antara lelaki dengan perempuan. Tengku banyak songgeh pun biar je si natasya tu main telinga la, gosok pipi la gosok lengan la…Hisshhh macam kucing je dia layan si tengku tu.
Baik dia pergi sembahyang asar. Buat dosa kering je mengata kat diorang tu.
“Siapa tu?”soal acik sebaik je dia melangkah ke bilik tidur. Acik baru lepas solat. Tangan acik melipat telekung lalu disidai atas palang besi yang melekat didinding.
“Entah? Zara belum kenai lagi kawan si tengkujuh tu” acik tergelak. “Asal acik gelak pulak?”
“Nape Zara panggil tengku..tengkujuh?”dia terlepas cakap gelaran baru untuk Tengku pada acik. Nasib pada acik kalau tuan punya badan sendiri haila…azab..
“Yelah..dia tu macam musim tengkujuh, kejap ribut, kejap mendung , kejap taufan nasib tak puting beliung jek” mengekek ketawa acik.
“Elok sangat gelaran tu..tengkujuh!”
“Dah la acik, Zara pegi ambik wuduk nak solat.”
“haa..pegi la, kejap lagi nak menyiapkan pulak makan malam. Tengkujuh ni bukan mahu hidang dua tiga mata lauk dan service macam kat hotel lima bintang je. Padahal makannnya bukan banyak pun saja membazir” leter acik.
 Zara tersengih sambil menjungkit bahu. Fiil si TR tu mula dia belajar sedikit demi sedikit tetapi makin dia kenal dengan TR makin dia tidak berkenan dengan fiil itu.
Information:
Hormone phenylalanine atau fenilalanina
LOVE hormone -Phenylalanine

Have you heard before a specific chemical or hormone in our brain called phenylalanine(PEA) which is responsible for granting us euphoria when we are newly in love?

When a man and a woman come together, the PEA secretion peaks in the brain. There is a feeling of joy and this relationship can be defined as love. With the enhancement of goodwill, the production of this chemical will increase and these two people will naturally be more in love.

The secretion of PEA can be affected when there are sight and skin contact between men and women. This chemical will flow from the brain along the nerves and to the blood. This will cause skin red, increase in body temperature,even sweating, and feeling agitated excitement. These are the feeling of love between men and women.

I think my PEA secretion peak at the first time I saw him but maybe it's just a temporarily reaction. Whose know?



Bab 8
Baru dua bulan dia tinggal di banglo tu, dia dah terasa betapa peritnya hidup dengan Tengkujuh ni. Kalau ikut hati nak jek si tengkujuh ni dia campak kat lereng bukit time nak pergi sekolah  berpakat dengan Pak Aziz tolong campak si Tengkujuh. Tapi semua tu hanya khayalan dia, kalau mangsa yang nak dicampak untuk reality rasanya dialah kot..
Haila..tekaknya dah terasa sakit. Nak selsema la ni, sebab  Tengku berdaulat tu nak makan rojak kat simpang  jalan. Ada mak cik jual rojak buah. Mahu atau tidak dengan ayat berbentuk arahan si Tengkujuh tui menyuruh dia keluar membelinya sedangkan time tu nak hujan, Cuma renyai-renyai tapi elok jek dia menapak kat warung kecil tu terus jek hujan yang tak bersalah turun.
Memang rahmat la..tapi azab je kat dia. Last mengigil dirinya sambil membawa rojak buah untuk santapan tengkujuh tu. Zara mengesel berkali-kali hidung dengan jari telunjuk sambil tangannya sibuk menghidang makan untuk makan malam.
“Zara…asal pegi ceduk sambal tu dalam sayur?”suara acik mengejut lamunannya.
“Eh? Zara ingat mangkuk ni kosong” haiya..si tengku punya pasai lagi. Kalau si tengku ni tak berkuasa nak jek dia sepak bontot bagi amaran jangan sesuka hati mengarah orang macam hamba.
“teringat sapa ni?” acik tersengih disebelahnya sambil menyiku lembut perutnya. “Ada yang berminat kat sekolah ek?”
“Ceh..mana adanya acik. Semua anak orang kaya berlagak se ‘pattern’ je dengan tengku kita ni” ketawa acik sambil menyambut huluran mangkuk sambal yang diceduk lain dari tangannya.
“tengku ada scandal tak kat sekolah?”
“Huh..ada je acik ni..”
“Ehemm..”belum sempat dia nak habiskan ayat si Tengkujuh dah berdehem siap menyilang tangannya memeluk tubuh sambil menyandar di tiang pintu dapur.
“Awal..tengku turun?” tegur mak leha sambil membawa mangkuk berisi sambal dan sayur kailan goring ke ruang makan. Sejak Zara datang. Anak teruna tu macam tak kisah je makan masakan ala kampong. “nak tolong ke?”
Pelawa mak leha sebaik jek lalu depan TR. “Tolong makan boleh…tadi macam dengar mengumpat orang je?”
“haiseh..tengku ni, mana ada mengumpat depan rezeki.” Mak leha berseloroh. Matanya dijeling kearah Zara yang datang sambil membawa dulang berisi jus oren dan gelas.
TR sudah menarik kerusi untuk duduk. Sempat matanya menyapa raut wajah yang kini menjadi teman setianya. Dilihat Zara sibuk menuang jus oren kedalam gelas dan mengambil pula pinggan  berisis nasi dari tangan mak leha lalu disua kepadanya.
“Terima kasih..” ucap zara sambil tersengih. Perli aku Nampak?  Kening TR terjongket. Dia buat endah tak endah dengan bicara gadis itu. pinggan nasi yang diambil dari tangan Zara diletak didepannya.tangannya laju je menceduk sayur kailan. Sambal tumis udang diceduk pula tapi hanya sedikit. Takut pedas!!
“Zara yang masak ni Tengku, Mak leha dah pesan jangan buat pedas sambal ni” Dua jenis lauk je di masak oleh Zara? Namun TR tidak bersuara. Zara mahu mengajar TR makan apa yang ada.
“hurmm..” TR terus menyuap nasi kemulutnya tanpa mempelawa dua orang manusia didepannya.  Zara membawa diri ke dapur. Teruk betul tengku tu. Dah memang jadi habit dia, tak beradap dan berbudi bahasa dengan orang. Paling tidak pun ‘ajak-ajak ayam’ tu dah kira ok!
Contoh “ jemput makan mak leha, Zara” senang je nak ucap ayat tu tak yah kena translate. Dah dua bulan dia mula belajar menerima perangai tengku yang berlagak itu. tak pernah ucap terima kasih, tak pernah pelawa orang jemput makan atau apa-apa je yang berkaitan dengan rezeki. Tak pernah senyum..elok sangat lah hari-hari minum jus oren yang masam tu dengan the hijau tawar dan malam  susu tawar. Memang tak ada manis dan penyeri la kat muka bila semua yang ditelan tak da sweet.
“zara…tengku pesan kejap lagi pegi ruang tamu teman dia tengok tv” Haaa…dia ingat aku ni dayang nak layan dia 24 jam.
“acik tengok dia berselera je makan lauk zara masak.”
“Dia lapar..tadi makan rojak buah jek”
“kat kantin sekolah dia tak makan ke?”
“Entah?” tetapi dia tahu cerita sebaliknya. TR tak keluar rehat sebab tunggu dia tak datang ke kelas lelaki itu.  seperti selalunya dia akan menjemput TR untuk turun makan di café dan membeli makan atau pun minuman yang di order lelaki itu. Tetapi  tadi dia kena denda dengan Puan salmi kerana tak buat kerja rumah matematik.
Dia kena denda pun sebab TR juga manakan tidak kelmarin dia kena cuci semua baju mahal TR dengan tangan. Sekarangkan Zaman tranfomers bukan lagi zaman hang tuah, orang semua guna mesin basuh  aka anak dara jepun tapi tengku berdaulat ni nak jugak guna khidmat anak dara melayu. Haila..Azab…takut baju mahalnya cepat rosak kalau guna mesin. Selama ni boleh je pun. Duitkan ‘belambak’ tak kan tak reti nak ‘perabis’ semua reta kot?
“Acik tengok Tengku sekarang Nampak berubah sikit”
“berubah? Zara rasa acik ni dah rabun ek?”
“tak la..selalunya lepas makan malam tengku mesti naik atas. Sejak kebelakangan ni acik tengok dia rajin pulak menonton tv kat bawah. Dia sekarang tak kisah pun kita masak sikit je  hidangan”
“Ubah angin la tu” Zara melangkah ke ruang makan untuk mengemas semula.
“tak payah..biar acik buat, zara makan dulu jap lagi nak teman tengku pulak”
“zara tak lapar la..” dia mengosok perutnya. Tekaknya terasa sakit nak telan liur pun susah inikan nak makan nasi sebab itu dia sengaja berbohong.
“Dah..tak lapar pegi la teman tengku kang nangis pulak” hempeh..nangis macam anak kecik nak je dia ‘tibai’ punggung tu sampai merah. Hehe…
TR sudah melabuh ke sofa mewah itu kemudian dibaring tubuh tinggi tegapnya. Remote control di capai atas meja kopi lalu ditekan mencari channel yang menarik. Dia tersenyum dalam hati dapat kenakan Zara. perutnya yang bunyi macam lagu rokers  waktu rehat namun kelibat Zara belum kelihatan. Lastly, dia tidak keluar rehat. Reason yang Zara bagi kena denda tapi boleh pulak pergi makan kat café dengan si Luqman ketua pengawas sekolah itu. itu laporan yang dilaporka oleh kawannya Ljo.
Dia suruh juga gadis tu turun membelikanya rojak buah walhal dia tak pernah pun makan rojak buah  tepi jalan simpang masuk ke sekolah elit itu. Pak Aziz yang mahu menawar perkhidmatan sengaja di tolaknya biar Zara juga yang pergi.
Sejak akhir-akhir ni dia suka saja mengena gadis bertudung itu. Zara pada pandang matanya pandai  menjaga aurat. Dia tak pernah Nampak gadis itu tanpa bertudung. Kadang kala dia hati lelakinya teringin juga mahu melihat keindahan gadis itu. gadis itu juga rajin bersolat. Kerap kali dia mendengar gadis itu membaca Al-quran. Dia? Malu bila di compare dengan gadis itu bab agama.
Dia juga selalu suruh gadis itu mengikat tali kasutnya bila tali kasut itu terlerai dari ikatan.  Dia juga pernah suruh gadis tu cuci semua bajunya dengan tangan. Kejam…tapi kenapa?
Kenapa mesti kejam? “Hai tengku..”
Sapaan zara mengejut lamunannya. Dipandang paras gadis itu. lama! “ tengku? Ada yang tak kena ke dengan muka saya?”
Dia menelan liur bila tingkah lakunya ditegur. “ muka kau Nampak hodoh malam ni”
“Ooo..ok” Zara ketap gigi rapat. Ada ke patut kata macam tu dekat aku. Hodoh? Sekurangnya guna ayat yang sopan contoh “ muka kau Nampak kurang cantik malam ni” see..aku boleh terima juga. Ngee..sakit hati betul hidup dengan tengkujuh ni.
“Kau kata kena denda tak buat homework, so apa kata kau buat homework kat depan aku, boleh aku tolong ajarkan” wah..baik punya Tengku. Rasanya ada yang tak kena ni. Zara mengukir senyuman dan berlalu pergi ke biliknya yang terletak di belakang dekat dengan dapur.
TR tak suka Zara selalu mintak pertolongan Luqman si pengawas ‘lalat biru’ itu. dia juga boleh mengajar Zara sekiranya gadis itu perlukan khidmatnya. Tak perlu ada luqman diantara mereka. Dia tak suka.
“Tengku..english boleh?” zara muncul kembali dengan buku ditangan dan pencil box. “Okay je..aku kan anak kelahiran Kanada Cuma buatan made in malay”
Ceh..bangga tak habis-habis, kononnya semua dia hebat. TR memang anak kelahiran Kanada, dia tahu bila Acik ceritakan padanya sejarah asal usul TR. Kata Acik waktu mummy dan daddynya continue study kat sana, mummynya terberanak kat sana tak sempat nak balik Malaysia. TR berkulit cerah, berambut lurus dan badan tinggi tegap.  Senyuman TR juga manis bila menampakkan kedua belah lesung pipit diwajah kacak itu namun llelaki itu jarang tersenyum. Memang pakej yang TR miliki mampu membuatkan pelajar perempuan di sekolah itu tertarik melihatnya. Dalam kelas dia pun  boleh dikatakan separuh plajar perempuan menjadi peminat TR tetapi TR sudah dimiliki oleh Natasya. Itu dia tahu!!
“Lain kali kau boleh guna khidmat aku untuk ajar kau”
“Asal pulak? “ dipandang sekilas wajah kacak itu. TR masih memandanganya seperti tadi. Hodoh sangat ke aku?
“aku tak suka kau Tanya si lalat biru tu” keningnya sudah bercantum. Lalat biru?
“Luqman ke?”TR angguk sambil mengetuk batang pensel ke kepalanya. “Faham!!”
“Luqman yang pelawa nak ajar saya la..” dia tersengih sambil mengosok kepalanya.
“Ingat, aku tak suka!!! Dia pelawa ke? kau sendiri yang menawarkan ke? aku tak suka”
“Nape?” bulat matanya merenung raut wajah serius itu. dingin!! “ kau orang gaji aku so jangan banyak Tanya, ingat sikit yuran pengajian kau ditanggung oleh aunty aku”
Selalu jek mengugut aku dengan ayat itu. aku sedar diri lagi, mana boleh kacang lupakan kulit. “ dah..mana yang kau tak faham?”
“Similar ni ke?” zara angguk . buku itu dicapai TR lalu dibeleknya membaca arahan untuk essay itu.
“esok aku nak keluar ke Bandar dengan Natasya” bicara TR perlahan sambil matanya memerhati setiap inci raut wajah itu. ada sesuatu yang menarik hatinnya untuk memandang paras wajah itu lebih lama. Zara angkat kepala memandangnya cepat-cepat pandangannya lari ke arah televisyen yang bersiaran AXN.
“keluar dating ke?” tersengih-sengih wajah itu. suka ke dia dengan status aku sekarang? “aku nak kau ikut juga “
“Lorh…itu bukan dating namanya tengku” batang pensel sekali lagi di ketuk ke dahinya.
“Aouchh….”Zara mengosok dahinya.
“aku nak kau jadi pelayan untuk Natasya. Aku nak kau  layan Natasya macam puteri”
Ngaa..aku juga yang jadi maid si patung barbies tu. Azab lagi….mulutnya diketap. Kalau /natasya tu ok, dia pun ok tapi dia kenal dengan perangai si barbies doll  yang demand ter lebih itu.
 “ lagipun kau kan suka baca novel apakata disamping tu kau boleh pergi cari novel yang kau minat” sengaja diumpan Zara.
Terus saja Zara mengganguk. TR senyum dalam hati. Dia sekarang dah tak kesunyian. Dia tak keseorangan. Makan berteman. Nasib tidur je tak. Hehe…Main basketball sekarang pun berpatner Cuma berenang je Si Zara tak reti..dia sekarang lebih bersemangat untuk semua benda yang dilakuakan dalam kehidupan sehariannya..
Pergi sekolah pagi  dia sudah terpacak menunggu Zara membuka pintu kereta untuknya. Turun dari kereta pun juga sama. Beg sekolahnya waktu pulang ke rumah agam itu, zara tolong bawakan . hidupnya senang banyak dengan kehadiran Zara aulia


 

Bab 9
“apesal you bawa dia sama” mulut natasya sudah muncung sedepa bila terlihat zara turun dari perut kereta audi kemudian tolong membukakan pintu penumpang di belakang. Cepat saja langkah kakinya dihayun keraah TR. Soalan pertama itu yang keluar dari mulutnya
“Dia kan maid I , you kan girlfriend I so I nak dia layan you macam princess “ tersengih Natasya kalau boleh sampai ke telinga. Mau je dia kenakan Zara tu. Dia cemburu bila Zara tiba-tiba muncul dalam hidup TR.
“I see…kita nak ke mana ni?”
“I nak kita ke shopping central, kita ke starbucks ke? old town ke?” Natasya sudah mengangguk laju. Tangan TR dicapainya lalu digengam erat. Zara hanya melihat adengan mesra itu. dia membuka pintu untuk TR kemudian untuk Natasya “I like it”
Ceh..meluat dia bila melihat sengihan panjang Natasya. Suka sangat aku layan dia macam princess.
“Pak Aziz, kita orang nak ke shopping central” Pak Aziz di tempat pemandu mengangguk sambil membalas senyumannya. Dia tidak suka TR memperlakuakn Zara seperti orang gaji. Kesian Zara.
“ bila  kita nak pergi amusement park macam dulu?” dia hanya mendengar bicara gadis cantik disebelah TR
“Hurmm.. minggu depan?” balas lelaki itu. Macam biasa TR dengan Natasya juga kedekut senyuman. Zara tahu.
‘I okay je..tapi I nak kita berdua je bole kan?” Zara rasa nak termuntah. Boleh ke budak umur 17 tahun cakap macam tu. Rasanya TR dan Natsya tak patut bercinta lagi. Kalau dia pun tahan diri dari bercinta monyet ni. Biasala anak orang kaya bebas kesana ke mari siap ada orang ’ambik’ dan ’jemput’ lagi.
Seperti biasa bila sampai dia akan turun dulu untuk membuka pintu kereta. “Pak Aziz nanti orang telefon bagi tahu pukul berapa datang jemput”
“baik..tengku” Pak aziz hnya mengangguk. “ Zara jaga diri ye nak”
Sempat lagi pak aziz berpesan padanya. Sebelum dia melangkah pergi dari kereta itu mengikut langkah TR dan natasya yang mula jauh meninggalkannya.
“Terima kasih Pak Aziz” dia senyum mesra pada lelaki yang lebih kurang sebaya ayahnya.
“Zara cepat!!!” TR melaung namanya. Terburu-buru dia berlari mendapatkan pasangan kekasih itu. diaorang nak dating aku juga nak kena teman. Macam uda dan dara jek sedangkan dia macam hulu balang terpacak di belakang  mereka melihat adegan mesra. Buat tambah dosa mata je.
Mereka berjalan dari satu ke kiosk ke satu kiosk. Entah apa yang dibelek Natasya. Pasti ada barang yang akan dibelinya. Giler! Pewarna kuku pun dia beli!!. Dia ingat dia tu artis kea pa? Hari ni dosanya ‘bertimbun’ mengata kat Barbie doll itu.
Mereka berhenti di kedai cenderahati. Natasya merengek mahukan teddy bear sebesar pemeluk manusia tu. Zara hanya menjeling. Dia tidak mahu peduli sangat hal diaorang nanti di marah pulak si tengkujuh tu.
Dia membiar pasangan itu membelek beberapa jenis teddy bear didepan rak kedai itu. dia masuk berjalan melihat berbagai aksesori di rak ruang tengah kedai itu.
Matanya tiba-tiba tertarik dengan rantai  tangan berloketkan bintang diamond yang tergantung cantik itu. Walaupun banyak  collection lain lagi yang cantik namun matanya tetap pada rantai  tangan  itu. Dibelek rantai tangan  itu.  mencari  tanda harga. berapa harga ye? RM 45.90…hurmm..sebulan duit poketnya pergi sekolah kena simpan kalau nak beli seutas rantai tangan ni je.


“Berminat ke?” soal TR dari belakangnya. Dia tersentap pantas diletak kembali rantai tangan berloket bintang diamond itu.
“tak la..saja tengok-tengok” cepat digeleng kepala sambil tersenyum pada laman wajah yang kedekut senyuman itu. dia mengerling mancari mana Natasya. Kalau tidak macam belangkas jek melekat kat tubuh TR.
“Natasya pergi ke toilet” oo…macam tau jek TR apa yang dicarinya.
“kalau kau nak, ambik je nanti aku tolong bayar” TR cuba memancing. Dia mahu membelikan sesuatu untuk zara tapi dia segan untuk berbuat demikian. Buang tabiat! Selama ni dia tak pernah beli hadiah untuk someone. Kalau tadi Natsya merengek pun sebab gadis tu yang beria-ria nak kan bukan dia sendiri mahu belikannya.
“Tak yah la..”dia  menolak tak mahu terhutang budi, tambahan pula dengan TR.
“Okay..kau boleh ambik, aku bayar tapi nanti tolak la dengan kerja yang kau kena buat bila aku suruh. Mahu?” TR masih lagi memancing.  Pantas Zara mengeleng kepala. Tu lagi naya… buatnya disuruh aku cuci lagi baju mahal dia dengan tangan. Fuh…azab..
TR merengus marah. Dia mahu belikan rantai tangan itu tetapi Zara terang-terang nye menolak. Kan senang kalau Zara terima jek.
“hai..sorry menunggu” natasya datang menyapa. Pantas lengan TR dikepit semula. “ jom kita pegi makan pula”
“You nak makan pe?”
“KFC la..”mereka berjalan keluar dari kedai itu. lagipun TR sengaja mahu makan di KFC, dia mahu mengenakan Zara. Makan dii KFC zara perlu melayan mereka daripada makan di tempat eksluksif ada pelayan sendiri.
“Zara, bole tak awak tolong bawak kan my lovely teddy..please?” mahu tak mahu terpaksa jua diambik teddy bear dari tangan Natasya. Dicempung teddy bear tu. Macam cempung budak je lagaknya. Mulutnya di buat ‘mayun’ melihat pasangan itu berjalan didepannya.  Bahagianya jadi Natasya. Anak orang berada dapat ‘pak we’ pulak kerabat diraja pula. Harta ‘bertimbun-timbun’. Muka pula cantik, pakai baju pun cantik.
 Natasya nampak sepadan je bila berjalan dengan TR. Semua mata akan memandang lama, bila melihat pasangan itu berjalan seiringan. Natasya tampak cantik dengan gaun  kembang melepasi lutut itu. bagai puteri  di alam fantasi bila bergandingan dengan TR.
Dia? Hanya  long sleeve t-shirt, seluar tracksuit dan tudung bawal. Kasut pula selipar je kalau nak di compare dengan kasut Natasya jauh berbeza dari harga dan cantiknya kasut yang tinggi 3 inci itu.
Tak padan langsung kalau dia brjlan beriringan denga TR. Macam bumi dengan Pluto.  Dia  masih berdiri dibelakang mereka.
“Zara tolong ambik order” dia hanya mengangguk. Melihat mereka sudah melabuh punggung ke kerusi. Hanya ada dua kerusi je. Macam tak hingin dia duduk bersama.
“Tasya, you nak makan pe?”
“cheesy wedges large and toasted twister”
“minum?”
“ soft drink..strawberry “
“Okay..aku nak Kentucky nuggets, milo ice . kau ambik toasted twster tu dua tau”  Tak gentleman langsung TR ni, patutnya  kerja lelaki la ambik order. Not seratus ringgit dihulur TR tanpa memandang wajahnya. Diambilnya dan berlalu ke kaunter order.
“toasted dua,cheesy wedges large satu, Kentucky nuggets, milo ice dan strawberry” dihafal order yang  dimintak oleh puteri dan putera tak berdaulat tu. Not seratus ringgit diberi kepada cashier sebaik sahaja ordernya diambik abang yang pakai uniform KFC itu.
Perlahan-lahan dia membawa dulang berisi makan dan minuman yang di order mereka berdua itu lalu dia meletak dulang berisi makanan KFC itu di atas meja depan uda dan dara itu.
“Duit baki kau ambik la beli apa-apa yang kau nak” macamm selalu ucpan terima kasih tak pernah keluar dari mulut lelaki itu. awek dia pun sama juga. Say thank you je…
“saya ingat nak ke kedai buku” kalau makan..dia dah kenyang nak makan benda alah tu. Baik makan nasi yang acik masak balik nanti.
“hurm…” TR merajuk hati dengan Zara yang berkeras tidak mahu membeli rantai tanagn itu. sengaja didera Zara membeli dan mengambil order mereka tanpa memandangn wajah itu.  dilihat tubuh Zara sudah tiada diruang KFC itu. pastinya di kedai buku.
Zara membelek novel keluaran terbaru. Banyak dia ketinggalan dengan novel yang baru=baru ni.  Dia berkira-kira mahu membelinya namun bila difikir balik bajet tak cukup. Nak guna duit Tr dia tak mahu, sudah la duit yuran pengajiannya ditanggung bersih oleh Tengku Maisara.
Zara teruja melihat novel-novel tersusun rapi di rak buku itu. Dia dah lama tak mengungjungi kedai buku sejak berpindah ke rumah agam itu. tak da masa. Kalau nak pergi sendiri agak jauh untuk dia naik bas sendiri datang ke Bandar ini.
“Zara Aulia…”dia kenal dengan suara yang menyapanya itu. Dikalih 6o darjah. Laman wajah itu mengukir senyuman. Lelaki ini tak pernah lokek dengan senyuman. Dia suka.
“Luqman!!” dia terjerit kecil. Matanya bulat memandang raut wajah itu ketawa. “macam mana boleh ke sini?”
“Teman TR dan Natasya” dia macam tak percaya Luqman Nur Hakim sedang berdiri didepannya sekarang.
“Diorang dating ke?” diangguk je kepalanya. “Awak?”
Digeleng je kepala. “dating dengan saya”
Dia ketawa mendengar gurauan lelaki itu. “awak datang seoarang je? Buat pe?”
“Ni…”ditunjuk buku biologi kepada Zara.
“rajinnye… boleh pinjamkan  pada saya nanti”
“Boleh je..nak pinjam tuan dia sekali pun boleh.” Zara sudah tersipu malu. Terasa kebas pipinya disaat itu. “ Awak beli novel ke?”
“Saje tengok-tengok, beli tak kot” Luqman senag hati melihat laman wajah manis itu.siang malam dia tak sabar ingin ke sekolah ketemu dengan gadis itu. hajatnya termakbul. Dia terserempak dengan gadis  bermata cantik itu di sini tak payah tunggu esok jumpa di sekolah.
“apa kata say belikan untuk awak?”
“Eh..tak yah la Luqman”ditolak lembut. Segan dia pada Luqman yang sudah banyak kali belanja dia.
“Tak pe la..awak kan kawan saya” Luqman tersenyum sambil mengambil buku novel yang dipegangnya itu. “Saya bayarkan untuk  awak”
“Tak yah Luqman, segan saya. Awak selalu je belanja saya.”dia cuba mengambil buku itu kembali namun Luqman sengaja mengangkat tinggi dari kepalanya. Tinggi Luqman pun lebih kurang TR. Huh? tak tercapai ketinggian aku untuk mendapatkannya.
Dia senyum sambil cekak pinggang “awak ni kan..suka buat  saya macam ni, saya tak mahu terhutang budi dengan awak lagi. Segan!”
“Ye ke? kalau awak rasa nak balas budi saya senang je..hujung minggu ni keluar dengan saya, boleh?”
“Kena mintak izin acik saya dulu”
“saya jemput awak kat rumah agam tu, boleh?”
“Naik motor awak ke?”Luqman ketawa menampakkan barisan gigi putih bersih  yang tersusun.
“Demandnye..”
“mana ada la..segan saya nek membonceng motor dengan awak”
“Saya tahu..” Luqman angguk faham. Haila..senang orang yang faham bahasa macam Luqman ni.  “cerita ni ke awak nak?”
“Haahh…”sebenarnya dia segan dengan Luqman.

“Tasya.. I  pergi toilet jap”
“Okay..” TR terus je bangun dari kerusi meningglkan KFC. Dia sebenarnya bukan mahu ke toilet, dia mahu belikan sesuatu yang ingin dia belikan tadi. Dia asyik teringat saja barang itu. langakah TR terhenti di kedai cenderahati itu.
“Can I help you, sir?” gadis cina berambut perang  datang menyapanya bila melihat dia tercari-cari sesuatu.
“I  nak beli rantai tangan yang ada loket star” gadis cina itu mengganguk faham.  Gadis cina itu menghilang kemudian muncul semula dengan rantai tangan yang dimaksudkannya
“This ?”
“Yes..” selesai membuat bayaran. Dia membelek kotak khas berwarma merah hati itu. Dia senyu m. Hatinya berbunga bila rantai tangan yang dimaksudkannya kini menjadi miliknya. Zara apa yang kau suka aku boleh memilikinya. Dia sudah membayang rantai tangan ini dipakai pada pergelangan tangan Zara.
Nak bagi pada Zara ke? macam buang tabiat je? Apa kata Zara nanti? Ketawakan dia? Adoiya..dia tak boleh bagi macam tu je. Apa kata dia dera Zara dulu kemudian baru dia bagi sebagai  ganjaran. Kotak kecil itu dimasukkan kedalam kocek seluarnya.
Langkah diatur kearah Natasya yang sedang menghabiskan toasted. “Lamanya you pegi toilet?”
“sembelit..”Natasya ketawa.
“maid you mana? Lama betul kat kedai buku, sampai kita hadbis makan pun tak muncul-muncul lagi” bebel Natasya. Dia juga tertnya-tanya. Apa yang Zara buat kat kedai buku ? angkut satu kedai buku tu pe?
“Jom kita pergi tengok” ajaknya. Dia curious ingin tahu keadaan Zara. Diseluk poket meraba kotak itu. hatinya tersenyum mekar bagai bunga matahari.
“Tak nak la..pandai-pandai maid you datang baik ke sini”
“No..let’s go..I want to see her. ” dia bingkas bangun dan terus melnagkah tanpa menghirau Natasya yang tergopoh-gapah mengelap mulut dengan tisu. 
“Awak nak ke Teddy bear macam ni. Saya boleh belikan satu untuk awak?” Luqman memegang telinga teddy bear itu.
“Tak nak la” dia memberitahu luqman yang teddy bear itu milik Natasya yang dibelikan oleh TR bila Luqman menyoal milik siapa Teddy bear yang dipegangnya.
“Awak peluk saya lagi sedap” mengekek ketawa luqman bila dia mencucuk jari ke pinggang lelaki itu yang suka menyakatnya.
“Dah la..novel pun dah cukup…tak…” bicaranya terhenti  bila pasangan itu datang menghampiri mereka.
“Hai..tasya, TR” sapa Luqman mesra. TR memandang tajam wajah lelaki itu. dia dapat melihat dengan jelas  adegan mesra mereka tadi. Zara tak pernah pun buat begitu padanya.
“hai…What are you doing here?”soal Natasya
“Beli buku tak sangka jumpa Zara kat sini so terlajak jadi dating la pulak” seloroh Luqman. Muka Zara mula terasa kebas. Merah padam diaat itu. TR meluat melihat blushing itu. kenapa Zara harus tersipu-sipu malu depan Luqman? Macam la sangat prince charming si ‘lalat biru’ itu.. Damn…
“Oo..i see..”
“Kejap Zara saya pergi bayar buku kat awak ye” dia hanya mengangguk sambil tunduk tersipu-sipu malu, kemudian diangkat mukanya. Glup!! Pandangan TR tajam menikam padangan matanya sebaik sahaja dia mengangkat wajahnya. Marah ke?
Pandangan mengancam tu membasuh semua senyuman diwajahnya. Zara telan liur. Salah ke aku terserempak dengan Luqman. Pertemuan mereka kebetulan sahaja.
“beli buku?” bisik TR. Diramas kotak dalam kocek seluarnya. Aku nak belikan rantai tangan untuknya ditolak tetapi Luqman belikan  buku untuknya dia terima. Tr sudah mengengam penumbuk. Dia rasa sesak nafas. Dia benci dengan dirinya sekarang. Dia cemburukan Zara bersama Luqman.
Dia rasakan warna pelangi mula menghilang bila meliht ketawa Zara dengan Luqman saling menyakat tadi. Dia hanya mendiamkan diri saja dalam kereta. Selepas hantar Natasya pulang . Dia sengaja mendiamkan diri.
Zara menjeling. TR diam. Muka si tengkujuh tu dah macam awan mendung nak hujan siap ribut petir je. Dah le muka kedekut senyuman ditambah kelatnya lagi. Alahai..macam nak telan je tengok aku tadi.
Dia cuba tidak ambik peduli. Dia teringat novel pemberian Luqman tadi lalu dibuka plastic buku novel itu. senyuman dibibirnya sudah mekar ke telinga. Bahagianya baca buku pemberian Luqman ni. Dicium bau buku baru itu.
Pak aziz tersenyum memlihat gelagat Zara. “beli buku sampai tersengih ke telinga, siap ambik bau lagi?
Hehe.. “Orang belikan Pak Aziz, ambik berkat”
“Siapa? “
“kawan baik” kawan baik? Chait..TR mahu saja melempar buku tu keluar tingkap kereta. Siap cium lagi ape kes? TR memeluk tubuhnya sendiri dengan erat.kemudian  diseluk lagi kotak  itu…dia tak suka buat benda bodoh. Kenapa dia beli benda bodoh ni? Dia sudah memperbodohkan dirinya.
Dia bukan dirinya. Dia bukan TR yang hanya memiliki tanpa mengejarnya. Dia tak suka! Dia penat dengan perasaanyan. Sakit!


No comments:

Post a Comment