Bab4
Polo sport disembur ke tubuh kemudian dicapai baju kemeja sekolah tergatung di kayu
buatan seperti ranting pokok lalu disarung ke tubuh tegap. Tangannya menganci
butang baju kemeja satu persatu sambil melihat diri pada cermin sebesar pintu
didepannya. Tali leher dipakainya kemudian diambil brylcream lalu disapu ke rambutnya. Gaya lelaki urban
terserlah.
Dia bersiul sambil merapikan rambutnya ala band boy
dari Seoul itu. Teringat pada Natasya menbuatkan hati lelakinya berbunga riang.
Dia akan declare Natasya sebagai temannya nanti di sekolah biar farouk atau
mana-mana pelajar lelaki tidak berani mendampingi Natasya. Natasya miliknya.
TR melangkah ke
meja study lalu diambil beg sekolah kemudian disandang ke bahunya. Sebelum itu
dia melangkah ke balkoni untuk melihat sama ada Pak Aziz sudah siap menunggunya
di kereta.
Tiba-tiba pandangannya jatuh pada susuk tubuh
yang sedang berjalan masuk ke
ruang legar banglo 3 tingkat dibawah. Kalau tak silap apa yang dia lihat
seorang gadis ber t-shirt merah dan track hitam. G adis bertudung itu melangkah
masuk ke dalam rumahnya Siapa? Tak kan Pak Leh kot? Orang tu dua minggu sekali datang membersih kebun dan taman di rumah agam
itu tapi ini perempuan, bertudung pulak tu!
Pantas dia melangkah keluar dari biliknya terus
menuruni anak tangga untuk kebawah. Namun hampa. Tiada siapa pun yang berada di
ruang tamu. Siapa yang datang? Di panjang lehernya memrhati kea rah luar.
“Tengku tengok apa tur?” tegur Mak Leha. TR
terperanjat lalu diurut dadanya. Orang tua ni nasib aku tak karate jek kepala
dia.
“Hish..apa Mak Leha ni sergah orang. Tak reti nak bagi
salam dulu” dia merengus marah bila melihat wajah tua itu tersenyum kerana
dapat mempermainkannya.
“Kata tak nak pergi sekolah?” nasib baik zara sempat
ke dapur. Dia pasti TR tak akan ke dapur
kerana seumur hidup anak muda itu hidup di rumah agam ni anak muda itu tak pernah menjejak kaki ke
dapur. Kalaupun mahu minum senang je “Mak Leha buatkan jus oren. Tak pun Mak
Leha tolong ambilkan air kosong”
“Siapa cakap?”
“Tengku la..” aku belum nyanyuk lagi. Pasti TR sendiri
yang katakan dia tak mahu ke sekolah.
“Dah..orang mahu sarapan. Cepat!!” TR menarik muka.
Mak leha suka menyibuk hal dia. Biliknya saja mak leha suka ubah sesuka hati
barang-brang peribadi miliknya. Mak Leha juga suka menegur sikapnya yang suka
tengok televisyen sambil menyilang kaki keatas. Macam mak nenek.
Mak Leha terkocoh-kocoh ke ruang dapur basah. Dilihat
Zara masih tercegat ditepi pintu peti sejuk sebesar pintu bilik itu. “Siapa dia
acik?” soal Zara dengan nada berbisik takut didengari si pengendapnya tadi.
“Itulah Tengku Rafael, anak sedara Tengku Maisara yang
kematian ayah dan maknya masa umur Sembilan tahun dulu.” Mulut Zara sudah
berbentuk O. Dia menolong acik yang
kelam-kabut menyedok nasi goring ke mangkuk tambah.
“Zara tolong tuangkan jus oren tu dan daun teh hijau
tu rendamkan kemudian tolong bancuh untuk acik jap” arah Mak leha. Zara hanya
menurut saja. Kerja dibuatnya sebaik mungkin. Dia sudah cekap dengan kerja di
dapur kerana kerap membantu maknya membuat nasi lemak dan kuih-muih untuk
dijual.
“Biar acik bawakan nasi ni dulu. Zara jangan keluar
sehinggakan Tengku tu keluar dari rumah ni tahu?” Zara mengangguk faham. Aciknya
menghilang ke ruang makan. Kemudian aciknya datang semula untuk mengambil jus
oren dan teko berisi teh hijau untuk dibawa ke ruang makan.
TR hanya melihat Mak Leha menghidangkan makanan untuknya.
“Asal Mak Leha cepat jek?”
Gelas berkaki runcing itu terbalik menyebabkan bunyi
ber’deting’ kerana permukaan meja makan itu diperbuat daripada kaca. “Nape
dengan Mak Leha macam kena soal dengan FBI? Gabra semacam je?”
Betul! Kau tu suara macam polis CSI jek. Suka syak
sesuatu. Hidung macam anjing! “Mak leha dah siapkan awal lagi tadi.”
“Asal teh ni
manis ?” soalnya tak puas hati. Dimuntah semula air teh dalam cawan itu. Bukan
macam biasa yang Mak leha buatkan untuknya. Tak kan Mak Leha tak tahu yang dia
tak suka manis. Dia suka teh hijau yang asli tanpa rasa gula lagipun helaian
daun teh ni pun lebih dari biasa tak kan mak leha lupa sedangkan kerja ni
hari-hari dia buat. Mak Leha ingin saja
menepuk dahi lupa nak dipesan pada Zara jangan taruh gula dalam teh hijau tu.
“Aiseh..mak leha terlupa taruh gula” mak leha
tersengih. Walhal dalam hati mengucap panjang. TR menjeling tajam. Apa kena orang
tua ni? Silap makan ke? “ Tak pe Mak leha buatkan yang lain”
“Tak payah..orang minum jus oren” dia menepis tangan
Mak Leha. Kemudian diambil cawan teh hijau tu lalu bangun dari kerusi makan.
Mak leha hairan.
“Tengku nak pegi mana?”
“Dapur la..”jantung mak leha bagai nak terkeluar dari
dadanya.
“Buat pe? Biar mak leha buatkan”
“Orang nak tengok betul ke teh hijau yang selalu orang
minum atau aunty sara belikan brand lain dari China?” cepar-cepat Mak Leha
mendepang kedua belah tanganya cuba menghalang langkah TR.
“Eh..Tengku tak biasa masuk ke dapur. Kan kotor?”
“Lorh..kat cabinet tepi dapur tu jer bukan dalam ruang
dapur tu” dicerlung pandangannya tajam pada raut wajah tua itu. Heran betui
orang tua ni?. Asal gabra tak tentu pasal. Suka hati aku la tak biasa ke? biasa
ke nak masuk dapur?
“Tengku..masa nak ke sekolah”tiba-tiba Pak aziz
datang menyelamatkan keadaan. Fuh!!! Mak
leha melepas nafas lega. TR meletak semula cawan berisi teh hijau kemudian
diambil roti yang disapu jem oleh Mak leha masuk ke mulutnya.
“Mak leha ni..orang tak sempat nak jamah nasi. Lain
kali suka hati orang la nak buat apa. Menyibuk jek mak nenek ni” TR merengus.
Diambil kasar beg sekolah berada di kerusi
sebelahnya seperti meragut jek
actionnya.
“Pak aziz..jap!! tadi ada sesiapa tak datang ke rumah
ni?” soal TR sambil menjeling Mak Leha yang meramas jari jemari sendiri.
“Tak pun..”pak Aziz jungkit bahu. Dalam hatinya ingin
ketawa melihat action Mak leha yang memberi isyarat kepadanya agar merahsiakan
kedatangan Zara pagi ni.
“ tadi kalau tak silap,orang Nampak budak perempuan
kat bawah “
“Khayalan Tengku kut?” cepat je Mak leha mencelah
takut pak aziz kehilangan kata untuk men’cover’
diri.
“yelah tu..”TR mencemik. Sibuk la mak nenek
ni. Malas dia nak layan Mak Leha, pantas saja langkahnya diatur meninggalkan
ruang makan. Dia hairan! Matanya masih lagi clear dia bukan golongan rabun. Dia
masih menggunakan matanya sendiri bukan cermin kanta. Ada penunggu ke? tapi dah
tujuh tahun dia hidup di bangle 3 tingkat ni tak da pun benda-benda aneh yang
berlaku ataupun benda yang terlihat. Tapi….Arghh…
“Fuh!! Lega hati acik bila si Tengku tu dah pegi” Mak
leha mengurut dada lega.
“Nape acik?”
“Dia nak jenguk ke dapur”
“Hah?” nasib baik dia menyorok di balik tiang.
“Acik lupa nak pesan kat Zara jangan taruh gula dalam
teh hijau tu”
“Yeke? Dia syak ke?”
“Lebih kurang macam tu. Kalau zara nak tahu tengku tu
berhantu sikit perangai dia. Dah la berlagak dengan acik. Cakap tak pernah
tunduk dengan orang tua”Zara senyum mendengar bebelan aciknya
“Dia kan tinggi dari acik..”zara sengaja membela
si tengku padahal dia bukan kenal sangat
dengan perangai TR itu. Lagipun tinggi lelaki tu agaknya dalam 181 cm, kalau
nak dengar acik cakap jenuh juga si tengku tu nak menunduk jek.
“Tinggi la kena pandang bawah bila bercakap dengan
orang lebih tua, ini tidak kita yang kena mendongak keatas tengok muka dia yang
macam patung , tak berperasaan!!” mak leha mengemas pinggan yang berada di atas
meja sambil dibantu oleh zara.
“Haaa…acik nak ingatkan Zara tentang tengku. Dia tak
suka manis sama ada dalam minuman ataupun masakan. Dia juga tak suka makan
ketam” dahi zara sudah berlapis. Banyak bersyarat tengku ni. Putera gunung
ledang ke?
“alergik ke?”
“Bukan… dia tak suka susahkan diri dia, kalau teringin
sangat dia nak makan dia akan suruh acik kupaskan kalau aunty dia ada aunty dia
la yang kupas kan”
“Fuiyo..macam anak raja betul budak tu” Zara mengaru
keningnya. Pusing kepala juga ber’hidup’ dengan orang spesis itu.
“dia juga allergic dengan bunga dan kacang.” Zara
angguk faham. Apesal semua benda dia alah tu benda yang aku suka sangat. Macam
A denga Z jek jauhnya fiil dengan aku. Zara
mengangkat pinggan magkuk ke sinki untuk dicuci.
“Kalau nak masak untuk dia kena mengikut jadual menu
ni” Mak leha menunjuk senarai menu yang dilekat di pintu cabinet bersebelahan dengan dapur masak.
Menu 1
Spaghetti Bolognaise, lamb steak, udang butter
sotong goreng tempura
desert aiscrim atau puding caremel
Menu 2
Spaghetti,ayam bbq/lemon/stime/madu
Udang tempura/lemon
sotong sumbat bakar.
fruit coktail
Menu 3
Bla..bla...bla...
Ngaa..macam kat hotel
jek. Itu baru menu yang kedua, masuk ketiga dah tergeliat lidahnya nak
menyebut. Cian acik terpaksa buat research tentang makanan semua ni.
“ Acik ambil masa
berapa tahun nak ‘hadam’ semua ni?” dikerling acik disebelah.
“Nasib Tengku maisara
tu banyak mengajar juga. Alah..kadang-kadang tu acik masak menu perut kita. Telan juga si tengku tu.”
Acik tersengih sambil menggaru kepalanya yang dilitupi scarf.
Dia teringat wajah Tengku rafael itu. Raut
wajah kacak itu tampak sombong tanpa senyuman dibibir itu. Ceh...Makanannya
omputeh punya tasted. Muka je melayu tapi perutnya di’hadam’ makanan penjajah.
“Lagi
satu bila kemas bilik dia jangan pandai-pandai sentuh barang peribadi dia” Mak
leha biasa kena tengking dengan TR kerana menyimpan semua barang peribadi anak
muda itu dan membasuh pakaian dalamnya tanpa kebenaran.
“Contoh?”
“Bahan bacaannya, seluar kecik dia yang peribadi la”
Zara mengangguk lagi. “Abis tu siapa nak kemas bilik dia kalau semua tak boleh
sentuh?”
“Dia nak masa kemas bilik dia biar dia ada kononnya
jadi mandur tengok dan mengarah orang” acik macam tak suka sangat dengan sikap
tengku.
“Ada lagi..tengku ni tak suka makan pedas dan bau yang manis”
“contoh?”
“perfume yang jenis buah-buahan” alahai..Zara garu
kepala, dia suka. Teruknya Tengku ni baik campak jek dia kat gunung ledang biar
puteri gunung ledang yang layan dia. Ada ke cerita lagenda tu sekarang?
“Macam bau Zara ke acik?”
“Haah..bau strawberry tapi acik suka je” acik terkekeh
ketawa melihat mata Zara membulat. Dia suka dengan bau strawberry kalau tidak
dia tak kan pakai perfume bauan strawberry yang manis. Dia suka manis. Minuman
yang manis. Dia sukakan bunga sebab bunga cantik dan manis je dipandang mata.
Dia suka kacang sebab kacang buat dia rasa lemak bila mengunyahnya.
“Nanti Zara tak leh pakai la acik?”
“Alah lagipun bukan dia pegi cium Zara kot?” seloroh
acik. Gila cium dia? Rasanya belum cium lagi Tengku dah campak dekat lereng
bukit sebab semua kategori yang tengku tu tak suka dia suka. Different giler…
******************************************
Bab 5
TR bersiul sambil mengalas beg sekolahnya ke bahu
sebaik sahaja keluar dari perut kereta. Tadi dia sempat keluar jalan-jalan kat
taman dengan Natasya sebelum pulang ke
villa 3 tingkat itu. Senyuman Natasya masih lagi terbayang dimatanya.
Dia terus menaiki anak tangga untuk ke biliknya. Namun
belum sempat kakinya melangkah masuk ke biliknya. Dia terdengar berbualan Mak
leha dengan seseorang. Dia mengundur langkah kebelakang dua tiga tapak. Lalu
dihendap kebawah dilihat tubuh mak leha tertongek sedang mengangkat sesuatu.
Mak leha mungkin sedang mengemas bahagian ruang rehat yang hanya ada sofa dan
meja kopi untuk bersantai sambil melihat air terjun mini buatan manusia itu. Tadi semasa dia masuk ke
dalam rumah Mak leha belum keluar mengusung sofa baru itu.
“Zara angkat sikit lagi yang hujung tu tarik ke
tepi..”
“sini ke acik?” sofa berbentuk L itu diangkat ke
belakang.
“Haa..okay, sekarang zara kebelakang. Rasanya Tengku
dah balik, karang kalau dia Nampak Zara haru jadinya”
“Okay”
TR kerut dahi.
Zara? Adakah gadis yang dilihat pagi tadi? Berkemungkinan besar Mak leha tak
kasi dia ke dapur tadi sebab Zara? Siapa Zara? Pekerja baru ke? kalau pemilik
nama Zara ni gadis yang sama pagi tadi muda sanagt la nak kerja jadi pembantu
rumah. Ke maid indon?
Mak leha ni tak boleh diharap. Merahsiakan sesuatu darinya dan Pak Aziz juga berkomplot
sekali. Hurmm..okay kalau oarng tua tu nak main sembunyi-sembunyi dengan
dia tak pe dia akan jadi FBI menjejaki
suspek itu.
TR masuk ke dalam biliknya dibuka kemeja sekolah lalu
dilempar ke tepi dalam bakul kosong. Dia
mencapai tuala ditepi kamar mandi lalu
masuk kedalam kamar mandi itu. Selesai mandi dia mengelap rambutnya dengan
tuala dan tubuhnya disarung bathrobe
dibuka lalu dicapainya T-shirt polo tanpa kolar kemudian disarung ke tubuhnya
dan diambil pula boxer. Itu pakaian rasminya di rumah.
Dia keluar dari bilik untuk menyiasat. Itu matlamatnya
kalau ikutkan kebiasaannya dia akan melepak dahulu dalam bilik sambil dengar
i-pod tak pun mengadap laptopnya. Langkah TR mati bila dia ternampak ada
sesuatu dihalaman belakang. Dia keluar menjenguknya. Kosong!
“Tengku nak makan ke?” sapa Mak Leha dari belakang. TR
angkat kening sambil mengangguk. Dia mengikut bontot mak leha ke ruang makan.
“Biar mak leha ambilkan makanan ye..tengku tunggu
sekejap” dia hanya mengangguk. Sengaja dia mahu melihat sejauh mana kelakuan
mak leha. Takut bila disoal lebih-lebih pulak macam pagii tadi gelabah macam kena sembelit jek muka orang tua tu.
Dia bangun bila mak leha menghilang ke dapur. Dia
bangun dan beralih ke ruang sisi ada swimming pool dan sebelah kiri pulak
gelangang basketball. Perlahan dia ke dapur juga walaupun dia sendiri tidak
suka menjejak kaki ke dapur.
“Opocot!!!” lauk yang berada dalam pinggan melompat
keluar. Mak leha terkejut bila TR berdiri di muka pintu dapur. Nasib baik Zara
sudah kelaur dari pintu belakang. Harap-harap Zara selamat.
“apesal Mak leha ni macam Nampak hantu jek?”
“ nape Tengku berdiri di situ..?”
“tak boleh ke?”
“tak pe la Mak leha buatkan yang lain lambat sikit la
Tengku duduk dulu ye” TR hanya mengangguk kemudian matanya liar memandang ruang
dapur yang luas itu. kosong!
Dia ke ruang makan kembali. Dia terdengar ada sesuatu
jatuh dari arah belakang iatu halaman belakang
ada taman kecil di situ lagipun dekat dengan bilik mak leha. Dia ke
halaman belakang namun kelibat suspek itu hilang. Dia kea rah kanan pula
bahagian swimming pool namun dia
berjalan kearah yang sama iaitu kebelakang. sebaik sahaja dia melepasi dinding bahagian
belakang itu dia melihat seorang gadis
yang sama dilihatnya pagi tadi berjalan mengundur kebelakang dengan perlahan
tanpa menoleh ke belakang dan tidak menyedari kehadiranya.
Dia menyilang tangan memeluk tubuhnya sambil memerhati
gelagat gadis itu. mungkin gadis itu ingatkan dia akan datang dari arah sana. Kedebub!!
tubuh gadis itu akhirnya bertembung jua denganya.
“hah!!!” gadis itu terkejut sampai rahang bawah jatuh lalu
kelam-kabut ingin menyelamatkan diri dia sempat memaut lengan gadis itu dan
menyebabkan gadis itu meronta-ronta minta dilepaskan. Oleh kerana terlalu kuat
rontaan gadis itu dia tersepak batang
paip yang berada dibelakang dan terus terlentang
ke belakang.
“aduss!!” dia mengadu sakit bila kepalanya terkena
batang paip itu. Gadis itu pun turut terjatuh kerana pegangan tangannya yang memaut lengan gadis itu kuat membuatkan gadis
itu terjatuh ke atas tubuhnya.
Wajah Zara menyembam ke dada bidang milik Tengku yang
hidup banyak syarat itu. Haila..mampus aku terkantoi juga dengan dia. Dia
mengangkat wajahnya, terkebil-kebil memandang dagu berlekuk tengku yang dekat dengan dahinya.
“Siapa kau?” itu soalan pertama untuk suspek yang
sudah terjerat denganya. Raut wajah putih bersih itu diratah dengan pandangan
semahunya. Cepat-cepat zara cuba bangun dari ber’lantai’kan tubuh TR. Malu dan
takut semua bercampur. Acik!!! Cepat datang.
namunTR tidak mahu lepas. Matanya tajam memandang
wajah polos itu. dagu runcing itu tiba-tiba dicuitnya dengan hujung jari.
Kenapa dia buat begitu?
“maaf Tengku…ini anak sedara Mak leha” Mak leha
menarik tubuh Zara. Terkejut dia dengan situasi dan adegan yang membuatkan
hatinya beristigfar panjang.
“kenapa Mak leha tak bagi tahu?” TR bangun dari
pembaringannya digosok-gosok bahagian yang kotor dan sakit. Matanya kemudian
kearah gadis itu semula.
“Mak leha takut tengku marah..apapun kenalkan anak
sedara mak leha Zara” zara mengetap bibir. Dia tersenyum namun hanya pandangan
tajam saja dari lelaki itu. betul kata acik dia tengku yang sombong!
“Saya Zara Aulia..awak?” sengaja dia memula perkenalan
biarpun dia tahu nama tengku itu. tangannya diangkat say ‘hi’ namun tiada
sahutan. Dia menarik semula dan mengukir senyuman semanis gula.
“Tengku Rafael..jangan kau ber-awak, panggil aku
Tengku atau TR” serius saja nada TR.
“Ni pekerja yang mak leha cakapkan sebelum ni?”
“Bukan begitu maksud mak leha, Zara akan tinggal
dengan mak leha je tapi buka bekerja sebagai pembantu rumah di rumah ni” TR
menjongket kening, digaru pelipis yang tak gatal pun.
“apa salahnya kerja…dah makan free..” Zara telan liur.
Apa yang dikata acik betul seratus peratus tentang TR. Mata TR masih lagi
melekat pada raut wajah itu. Ada sesuatu berlaku dalam hatinya bila memandang
penuh pada paras wajah itu. Senyuman gadis itu masih lagi setia dibibir itu. Mata bundar itu membalas mesra pandangan matanya.
“Hai…kemana semua orang ni, puas aunty cari
rupa-rupanya ada kat belakang. Buat apa?” Tengku Maisara menyapa sambil
tersenyum riang bertambah gembira lagi bila melihat raut wajah kacak yang dirinduinya.
“Saja tengok Mak leha cuci longkang kat belakang” ‘selamber’
badak jek si Tengku ni bagi jawapan. Tengku Maisara memeluk erat tubuh TR
sambil mengosok belakang lelaki itu seperti anak kecil kemudian kedua belah
pipi teruna itu dikucupnya macam baby. Zara tersengih melihat adegan manja itu.
TR garu pelipis lagi. Aunty tengok tempat la sikit
kalau nak bermanja ni depan budak tu kalau mak leha takp e dah biasa tengok.
“Sayang dah makan?” soal tengku Maisara sambil
mengosok perut TR. TR menarik tangan aunty Maisara lalu di bawa kedepan semula.
Ke ruang yang lebih selesa iaitu lari dari pandangan gadis itu.
“belum..aunty kata minggu depan baru balik?”
“lagi dua hari fael, lagipun aunty rindu kat anak
sedara aunty ni. Hurmm..jom kita makan. Hari ni mak leha masak ape?” mak leha
dan zara baru sahaja melangkah ke ruang makan terhenti.
“Ini ke anak sedara Mak leha ceritakan tu?” tengku
Maisara tersenyum memandang raut wajah manis gadis itu. manis!
Rupa-rupanya Aunty Maisara tahu tentang kedatangan
Zara Cuma dia saja yang belum tahu. Ini tidak adil!
“Haa..Zara kenalkan diri pada Puan”
“saya Zara Aulia binti
Zainal..puan boleh panggil saya Zara. Sebelum tu saya nak minta izin
puan untuk tinggal di sini” tengku Maisara berjalan kearah gadis itu. Tengku
maisara memaut dagu runcing itu. Wajah innoncent, suci dan bersih. Zara tampak
comel pada pandangan matanya. Zara mengerut kening. Hairan dengan tingkah
Tengku Maisara itu.
“boleh..lagipun saya dah anggap mak leha macam sedara
saya sendiri. Mak leha bagi tahu yang zara masih bersekolah kan?” zara mengangguk
laju. Suka dia dengan sikap peramah tengku Maisara tak macam dengan TR.
Dingin!!
“Saya akan ambil SPM tahun ni”
“sebaya dengan fael la. Okay..saya akan uruskan
persekolah Zara ye dan saya akan daftarkan Zara di sekolah yang sama dengan
fael senang sikit untuk Zara berulang –alik ke villa ni” mak leha senang hati
mendengar jawapan dari tengku maisara. Tak sangka tengku maisara sudi
menolongnya.
“kalau orang dah tolong pandai-pandai la nak
membalasnya, jangan duduk saja dalam rumah ni” TR memandang lagi raut wajah
itu. Zara Aulia…!
“ Fael..” tengku Maisara memeluk bahu TR sambil
menepuk lembut. “Zara kan anak sedara mak leha lagipun dia bawah umur mana
boleh bekerja lagi”
“Jadi pembantu fael slah ke? dia boleh tolong kemaskan bilik Fael dan bantu fael apa yang
patut” Ngaa..azab dah datang. TR berani tunjuk belang depan tengku Maisara.
Ketawa Tengku Maisara terburai.
“Mahu ke zara?” soal tengku Maisara. Haila mak
sedaranya macam merelakan je anak sedara yang berlagak ni nak men’azab’kan aku.
“Hah?..”
“mahu ke Zara tolong saya tengok kan fael. Maksudnya di
sini jadi pembantu Fael. Boleh?” Zara pandang acik. Muka acik sudah keruh
, dia tahu acik macam tak merelakan
sebab acik kenal sangat dengan kerenah tengku banyak songeh ni.
“Bo..boleh..okay je. Saya boleh jadi kawan Tengku” dia
cuba senyum kat TR namun pandangan tajam yang dibalasnya.
“Bukan kawan, betulkan ayat kau..pembantu” ya
Allah..hambamu ini berlindung dari kezaliman orang yang zalim.amin..
“Dah..fael jangan bergurau macam tu dengan zara. Jom kita makan” bergurau? Rasanya aunty maisara dia ni tak
kenal siapa TR sebenar.
“Zara? Okay ke?”
“acik tengok Zara bernyawa lagi maknanya okay la tu”
mak leha hanya memeluk bahu Zara. Dia sendiri pun takut. Takut Zara jadi mangsa
buli dengan TR. Pembantu? Macam hamba jek bunyinya bila si tengku tu nak Zara
jadi pembantu dia. Buatnya didera Zara…alahai kau tak sanggup!! Zara dah macam
anak aku sendiri.
***************************************
Bab6
Langkah kakinya diatur mengikut langkah wanita berusia
lewat 40-an itu. Dipandang penampilan wanita itu seperti wanita koprat tak
Nampak macam bekerja sebagai guru. Baju berkot singkat dipadankan dengan skirt
hitam melepasi lutut itu sedondon dengan kasut bertumit dua inci berwarna hitam
juga. Wanita itu memperkenalkan sebagai guru penolong kanan Hal ehwal pelajar
disekolah elit itu. Sebelum ini dia sudah datang kesekolah mewah ini dengan
Tengku Maisara untuk pendaftaran. Hari ini dia datang ke sekolah untuk
masuk belajar.
Pertama kali dia melangkah masuk ke sekolah itu.
Rahang bawahnya jatuh. Mana taknya sekolah itu macam kolej jek. Standard U pun
ada. Guru disitu dipanggil Puan, Madam, untuk lelaki pula Tuan atau sir.
Sekolah itu juga terbuka semua bidang, fesyen, teater, kesenian, kraf tangan,
memasak dan banyak lagi la… hurmm..macam sekolah vokasional tapi ni up sikit.
“Sekolah tu sekolah anak-anak orang berada jek yang
ramai” itu kata acik sewaktu dia bersiap-siap hendak ke sekolah.
“kalau macam Zara tak de ke acik?”
“Ada kot..tapi rasanya diorang dapat biasiswa yang
dapat masuk ke situ. Lagipun zara bertuah sebab tengku Maisara yang tolong
daftarkan kemasukkan Zara” Acik nak dia tipu ke yang dia ni keturunan si
tengkujuh tu. “Kalau anak orang ternama ke, anak kerabat ke, anak menteri tak
pun YB ke akan duduk di kelas pertama”
Ngaa…tak sangka pula ada lagi layanan double standard
di zaman millennium ni.
“Zara..saya masukkan kamu ke kelas 5 S2 kelas yang
ketiga, tapi kamu jangan risau semua system pendidikan di sini sama saja dengan
kelas yang depan. Lagipun Zara yang saya pasti lebih cenderung kea rah kesenian”
Senyuman guru bernama Puan Nur Indah itu dibalasnya. Dia tahu, dia lebih
berbakat dalam kraf tangan, darah seni dari ayah turun kepadanya. Dia tak kisah
ditempat dikelas manapun. Lebih baik dia tidak sama kelas dengan TR.
Langkah wanita itu berhenti didepan kelas yang
dimaksudkannya. Sign bord 5 S2 tertera
diatas pintu masuk ke kelas itu. Puan Nur Indah itu masuk dahulu ke dalam kelas
untuk bercakap dengan guru yang sedang mengajar didalam kelas itu. kemudian
puan Nur Indah menggamit tangan ke arahnya untuk datang kepada guru kelas itu. sebaik
sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam kelas itu, semua mata yang berada
didepanya kini memandangnya. Suara pelajar dalam kelas itu mula membingit
“Zara…sila kenalkan diri” guru perempuan berambut paras bahu itu mengukir senyuman sambil
tangannya memberi isyarat kepada pelajar di dalam kelas itu untuk diam.
“Okay..kelas sila beri perhatian kepada pelajar baru”
“Assalamualaikum…nama saya Zara Aulia binti Zainal,
saya harap dapat belajar dengan baik bersama kamu semua” dadanya berdegup
kencang ketika memperkenalkan kepada 24 orang pelajar didalam kelas itu.
“Anak siapa?”
“Ayah awak kerja apa?” Ngaa…soalan yang akan membuat
jawapannya ada jurang diantara dia dan mereka.
“keep quiet!!..please..”
“Zara awak boleh duduk di sebelah Luqman NurHakim”
zara melihat ada satu tempat kosong dua dari belakang disebelah tingkap. Lelaki
berpakaian pengawas tesenyum memandangnya. Dia berjalan kearah lelaki itu
sambil membalas senyumannya.
“Hai…,” huluran lelaki itu tidak disambut namun dia
tunduk kepala sedikit sambil tersenyum. “ Hai…siapa nama awak?”
“Luqman NurHakim..awak boleh panggil saya Luqman”
lelaki itu faham dengan situasinya. Dia harap lelaki itu tidak terasa
dengannya.
“Okay kelas..saya harap kamu semua boleh beri
kerjasama dengan pelajar baru kita” itu pesanan Puan Nur Indah sebelum beredar
dari kelas itu.
“Boleh!!” seraya dengan itu serentak pelajar dalam
kelas itu menjawab.
Dia beralih memandang paras lelaki bernama Luqman itu.
“ Awak boleh panggil saya Zara jek”
“Awak ni anak orang kenamaan ke?” itu soalan
sensitive. Perlukah dia menjawab atau dibiar saja. “ Saya anak yatim piatu”
“lagi bagus..”nguman lelaki itu. dia kerut dahi. Apa
maksud lelaki itu?
Luqman mengangguk senyum. Lantaklah luqman nak kawan
dengan dia ke tidak, yang penting dia berterus terang,.
Selesai waktu pelajaran sejarah. Luqman kembali
mengajaknya berbual. Luqman bukan seperti anak orang kaya yang lain. Luqman
seorang peramah dan mudah mesra dengannya.
“Awak kerja kat rumah agam tu ke?” dia hanya
mengangguk.
“Acik saya kerja kat situ dah lama, lagi pun saya
tinggal kat situ so, saya kena bantu acik saya kerja kat rumah tu”
“Awak kenal ke dengan Tengku?” dia pula menyoal.
Luqman mengangguk.
“siapa tak kenal dengan TR, kalau awak nak tahu ‘majikan’
awak tu famous kat sekolah ni” Luqman ketawa kecil. Dia hairan?
“Nape?”
“TR hanya berkawan dengan orang yang setaraf dengan
dia je” berlagaknya si Tengkujuh. Luqman beritahunya di sekolah ni semua orang
panggil Tengku tu dengan panggilan TR. Aka Tengku Rafael.
“Awak?”
“saya bukan tergolong dikalangan mereka yang kelas
depan. Saya Cuma anak pensyarah, mama saya pula guru sekolah menengah biasa je”
ujar Luqman. Ngaa..anak pensyarah tu. Hebat la..baginya, kalau nak dibanding
dengannya anak seorang pemandu teksi waktu ayah masih ada dan mak penjual kuih. Wah…jauh bezanya tu.
Kalau mak masih
ada rasanya dia tak akan wujud dalam sekolah elit ni. Dia mula rindukan sekolah
lama. Ada wawa, Leila dan Hazim yang baik dan selalu study group dengannya.
Loceng rehat berbunyi.
“Jom kita rehat” ajak Luqman. Dia jadi segan. Perlukah
dia berkawan dengan seorang lelaki. Mana perginya kawan perempuan. Agaknya
mereka tak suka dekat dengannya yang agak kolot. Baju sekolah ni pun kaler
kuning mana taknya dah empat tahun dia pakai. Tudung pulak agak labuh sikit
dari pelajar yang lain. Dia perasan hanya dia yang bertudung dalam kelas ini.
Kalau dalam sekolah agaknya boleh kira dengan jari yang bertudung kut. Mereka
boleh menilai dia anak siapa?
Dia hanya mengikut rentak langkah Luqman. Tak segan ke
si luqman ni berkawan dengan aku? Dia perasan ada mata yang memandang mereka. “
Jangan risau saya tak famous macam TR awak”
Luqman berbisik ke telinganya. Dipandang paras
itu,sengihan Luqman panjang ke telinga. Bulat matanya memandang sengihan itu.
macam tau-tau je si Luqman ni apa yang aku fikirkan.
“Awak dah lama sekolah kat sini?”
“Hurmm..sama tahun dengan TR.” Langkah mereka sampai
di cafeteria yang besar itu. rahang bawahnya sudah jatuh. Macam restoran je. “
awak nak makan ape?”
Diseluk poket baju kurung sekolahnya itu ada tiga
ringgit, duit acik kasi pagi tadi. Cukup ke? “ tak pe saya minum air je”
hehe..dia tersengih.
“saya sarapan banyak tadi, nasi lemak la roti bakar
la..” dia berbohong.
“Tak yah cerita…biar saya belanja awak. Lagipun hari
ni hari pertama awak kat sekolah ni dan saya sebagai kawan baru awak mahu
belanja makan bertemakan ‘salam perkenalan’”
Haila..baik betul la si Luqman Nur Hakim ni. Elok sangatlah
mak dan ayah dia letak nama tu. Peribadinya mulia macam Luqman dalam Al-quran. Selalu jek dia baca surah tu tiap malam rabu.
Dia sengih dalam hati. Wah…dia rasa happy sangat Allah
permudahkan kehidupannya kat sekolah ni,Itu doanya.
Spaghetti bersos cheese berharga 5 ringgit lima puluh sen disuap kedalam
mulut. Kalau ikut duit belanjanya memang tak lepas makanan ni dalam perutnya. Jus
epal disedutnya kemudian sebaik saja spaghetti dikunyah dan ditelan masuk ke dalam
perut. Nikmat betul..spaghetti yang luqman belanja ni, jus ni pun..sengihan
hatinya semakin lebar.
“Hello..kawan-kawan, see..aku nak kenalkan maid aku.”
Mau tersedak jek jus epal yang nikmat itu. dia terus angkat kepala. Senyuman
hatinya mati. Mau jek dia tercekik terus mati.
luqman disisi jugak mengangkat kepala memandang raut wajah yang menyapa
dengan ayat yang kurang sopan.
Ada dalam empat orang lelaki termasuk TR mengelilingi
meja makannya dengan Luqman. Semua lelaki itu mempunyai ketinggian yang sama
dengan TR lebih kurang dalam 180 cm. segak dan bergaya juga macam TR.
Ngaa..agaknya ni semua anak-anak orang berada macam TR jugak kut?
“Sejak bila kau adjust maid kau sekolah sekali kat
sini?” soal lelaki muka mixed omputeh tu. Muka dah segak tapi budi bahasa jek
kureng… macam TR, elok sangat kawan dengan TR tu. ‘sepaten’. Ljo masih tersengih
memandang wajah gadis yang agak kekampungan. Memang layak jadi maid TR.
“Aunty aku nak sangat dia jaga aku kat sini. Tapi
korang tengok la makan gaji buta, sedap jek dia melantak kat sini dengan jantan
lain” Luqman sudah berdiri bertentangan dengan TR.
“Korang tak da kerja lain ke? dia kawan sekelas aku”
marah Luqman. Haila..dia jadi segan bila semua mata di café itu memandang
mereka.
“Kau apehal? Kau suka dia ke? for your
information..dia ni maid aku. Faham!!!” TR menarik tie Luqman namun ditepis
Luqman kasar.
“Suka hati aku la..ada aku kisah? I don’t care siapa
dia?”
“Tengku..please, saya baru je kat sekolah ni.” Dia
merayu.
“ingat Zara..setiap kali rehat kau kena jemput aku kat
kelas, tugas kau kat sini layan aku. Belikan makanan dekat aku bukan makan
dengan jantan ni” TR merengus. Tajam panahan mata itu menikam pandangan
sayunya. Mintak jangan bergaduh.
“Sudahlah…let’s go!” arah TR. Dia lega. Dilihat Luqman
duduk kembali ke kerusi makan.
“maafkan saya…”ujarnya rasa bersalah, kerana dia
Luqman yang tak bersalah terlibat pergaduhan dengan TR. Dia tak mahu Luqman
dapat susah kerana dia.
“Bukan salah awak pun. Lagipun dah lama saya dengan TR
tak baik. Saya kan pengawas sebab tu diorang tak berapa suka sangat dengan
saya.” Luqman memang berbudi bahasa. Haiya..sejuk perut mak dia mengandung
Sembilan bulan.
Dia senyum manis, kalau mahu semanis gula kapas.
Luqman membalas senyumanya. Haila..hensem mamat ni.
Selepas habis waktu sekolah. Dia berjalan keluar dari
kawasan sekolah. Luqman ada mempelawanya tumpang motorsikal lelaki itu tapi
ditolaknya. Dia dah berjanji dengan Pak Aziz nak balik dengan Tengku sekali.
Belum sempat dia melepasi bangunan sekolah yang terakhir tanganya direntap dari
belakang.
“Asal tak jemput aku kat kelas waktu pulang?” TR
mencerlung pandangan pada laman wajah bertudung itu. gadis itu bertudung ke
sekolah. Di rumah juga bertudung. Dia tak pernah melihat rambut gadis itu
walaupun satu rumah.
“Tengku…terkejut Zara” dia menarik tangannya dari
gengaman tangan TR. Dia terkejut, ingat
siapa nak kidnap dia.
“Lain kali jemput aku”TR masih lagi merenung tajam
wajah itu. zara angguk sambil mengukir senyuman. “Baik tengku..”
Kenapa dia tak marah aku? Dia suka ke dengan aku? TR
mula tertanya-tanya. Gadis itu Nampak tenang bila dia meninggikan suara.
“Eh..tengku, Pak Aziz dah sampai” Zara menuding jari telunjuknya kearah bahu
jalan. Pak aziz keluar dari perut kereta BMW
mewah itu.
Mereka berjalan beriringan. Macam biasa seperti pagi
tadi, pintu tempat duduk belakang dibukanya untuk TR. Sebaik sahaja Tr masuk ke dalam perut kereta
mewah itu, dia pula membuka pintu depan penumpang untuk masuk ke dalam. Pak
aziz yang melihatnya hanya mampu mengeleng kepala. Sebelum ni TR boleh je buat
semua itu kenapa disuruh Zara yang buatkan untuknya. Ngomel Pak aziz
Sebaik sahaja kereta BMW mewah itu berlalu pergi.
Natasya yang juga berada tidak jauh dari kawasan itu hanya mengetap bibir
melihat gadis yang berada dalam perut kereta yang sama dengan TR, berlalu pergi
meninggalkan kawasan luar pagar sekolah itu. Dia jadi cemburu dengan gadis itu.
Patut TR tolak untuk keluar bersiar-siar dengannya selepas habis sekolah. Rupa-rupanya
ada bunga yang tunggunya untuk balik bersama.
“Tasya…” panggil Farouk. Dia kembali memandang wajah
farouk yang tersengih melihatnya.
“Malam ni jadi tak kat pub biasa?” ujar Farouk datang
menghampirinya. Pinggangnya dililit kemas oleh tangan kasar lelaki itu. Dia
hanya mengangguk kemudian dilerai pelukan itu.
“Semalam bukan manja dengan aku” ejek Farouk.
“Itu semalam..” dia rimas berdua-duaan dengan Farouk
disimpang jalan itu. Bila Pak Mat nak datang ni. Natasya mula menyumpah pemandunya yang lewat
datang menjemputnya.
“Bila nak ajak TR join group kita. Kalau dia join kuat
sikitla organization kita”
“Kau ni tau nak pengaruh je. Kalau kau nak dia join
kita jangan bagi dia hidu hubungan kita sebelum ni”
“Okay pe..sekurang-kurangnya biar dia tahu kau pernah
jadi milik aku. Dia bangga sangat dengan dirinya” sedangkan TR tak tahu,
Natasya adalah bekas dia. Farouk rasa nak ketawa.
“ Dah la..aku suka sangat dengan TR. So aku tak nak
hubungan aku dengan dia retak. Kalau kau tak mahu bapa kau kena buang kerja
baik kau diam. Faham!” gertak natasya. Dia pantas melangkah pergi meninggalkan
Farouk yang mula geram dengan gertakkannya. Farouk melepas rengusan geram. Digengam penumbuk. Dia sedar papa
Natasya orang berpengaruh sebab itu dia merelakan perpisahan itu bila Natasya
minta putus, sedangkan dia masih sayangkan Natasya.
No comments:
Post a Comment