28/08/2012

Be Mine! 10 dan 11



Bab 10
Hari ni, hari cuti sekolah. Dia kena kemaskan bilik TR, kerana mengikut arahan lelaki itu  dia perlu mengemas bilik lelaki itu pada hari ini.  TR ada kelas judo di bilik khas untuk  berlatih dengan jurulatihnya.
Zara membuka daun pintu bilik yang agak besar itu. Kalau di compare dengan biliknya dua kali ganda bilik TR.  Dia melangkah masuk kedalam bilik itu. Bilik lelaki itu bukan seperti yang disangkanya sebelum ini. Bilik itu sentiasa kemas, adapun hanya beberapa helai kertas yang sudah direnyuk dikeliling bakul sampah tepi meja study. Patutlah dia tak suka acik kemas biliknya setiap hari.
 Sebelum ni dia juga tak dibenarkan kemas bilik TR, baru hari ni TR mengeluarkan arahan yang entah apa-apa. Kononnya dia derhaka pada TR, buat date dengan Luqman tanpa memberitahu lelaki itu. membelakangi majikan itu tapi itu  bukan date la. Itu kebetulan je. Bengap betul la si TR ni.
Bilik yang berhawa dingin itu dijelajahnya. Nak kemas apa? Katil si TR yang besar tu boleh buat drama Hindustan bergolek sakan. Luasnya!  Almari baju TR pula macam boleh muat sepuluh orang di dalamnya bila dia membuka pintu almari seperti sliding door itu. Ngaa… baju macam sepuluh orang juga hidup dalam bilik ni.
Jenama jangan Tanya la. Macam-macam sampaikan dia sendiri tak tahu nak menyebutnya.  Semuanya ratusan ringgit. Zara mengutip pakaian TR yang berada dalam bakul untuk pakaian  kotor. Dia juga melangkah kamar mandi lelaki itu.Dibuka daun pintu kamar mandi itu. Macam hotel five star.
Dia hairan juga, macam ada sesuatu yang kurang dengan bilik TR ni. Hurmm….dia angguk kepala. Faham apa yang kurang itu. sejadah!  Tak solat ke si tengkujuh ni? Macam freethinker je nama mlayu tetapi tak percaya pada islam. Hish tak baik su’uk zhon. Mana tahu TR simpan sejadah selepas solat.
Dia berjalan kea rah meja study lelaki maskulin itu pula. Dilihat ada rak buku bersebelahan meja study itu. Banyak juga buku yang dibaca si TR ni. Paling banyaknya fizik, kimia dan akaun.
Dia merapati meja study itu, di lihat ada bingkai gambar  lalu diambiknya. Dia membelek gambar keluarga itu. Seorang lelaki kacak memeluk bahu seorang perempuan cantik yang sedang mendukung seorang kanak-kanak kecil yang comel berlatar belakang kawasan bersalji . Pasti kanak-kanak itu adalah TR dan lelaki dan wanitu itu ayah dan ibu TR.
 Dia meletak kembali bingkai gambar itu. Kemudian matanya terpandang sebuah kotak kecil berwarna merah hati. Dia mengambilnya. “Kotak apa ni? Hadiah ke?”ngomelnya sendirian
“kalau hadiah mesti untuk Natasya la. Siapa lagi?”Zara ingin tahu apa yang ada didalam kotak.
“Kau buat apa?”dia terkejut dengan sapaan itu. Belum sempat tangannya membuka kotak itu. TR sekarang berdiri betul-betul dibelakangnya. Dia dapat rasakan bahang tubuh lelaki itu beserta bau cologne yang dipakai lelaki itu.
“Tak de, saja tengok kotak ni. Cantik”dikalih tubuhnya mengadap lelaki yang tinggi itu. ngee…kalau dia tahu tubuh TR yang seksi dengan pakaian khas judo terbuka luas bahagian dada lelaki itu. sumpah dia tak paling mengadap lelaki itu. Menyesalnya. Mukanya mula terasa kebas.
TR mengelap peluh di pipinya dengan tuala yang sudah berada ditangannya. Dia tiba-tiba teringat tentang kotak berisi rantai tangan itu la yang mmebuat dia terpaksa  memberitahu jurulatihnya yang dia mahu berhenti berlatih.  Dia terburu-buru bergegas ke biliknya. Takut Zara membuka kotak  yang berada di mejanya. Nasibnya baik. Zara belum sempat membukanya.
“Sumpah Tengku..saya tak sempat tengok isi dalam ni” Zara jadi kalut. Takut TR memarahinya. Dengan pandangan tajam lelaki itu dia sudah mengagak yang lelaki itu mahu memarahinya. Dia hanya menunduk. Terasa tangan TR menyentuh kepalanya yang bertudung.
“Betul ke apa kau yang cakapkan ni? Boleh aku percaya?” sengaja ditekan kepala itu. Sebenarnya dalam hatinya bahagia melihat gadis itu berada didepannya menikus. Zara Nampak comel dengan gelagat seorang yang tidak bersalah tetapi dihukum.
“Betul tengku..sumpah!” Zara angkat kepala. Didongak memnadang laman wajah kacak itu sambil mengangkat tangan dua jari seperti berikrar.  Matanya bertembung dengan pandangan TR yang memang sedang memandangnya. TR terpana dengan renung mata cantik itu.
Tangannya yang berada di kepala gadis itu kini jatuh ke bahu gadis itu pula. Dia telan liur. Rasanya hormone fenilalanina sedang merembes. Membuatkan dia teruja dengan gadis itu. TR menunduk wajahnya cuba menghampiri wajah comel itu.
“Tengku?” tegur Zara. Dia hairan bila TR pejam mata sambil menunduk wajah hamper ke wajahnya. Lagaknya macam nak cium aku jek. Ngee…  TR tersedar dari tingkah lakunya. Dia jadi malu sendiri. Takut Zara fikir yang bukan-bukan tentang dia.
“Hisshh..kenapa kau Nampak hodoh sangat?”Ngaa….
“Oo..yeah..”Zara menunduk semula pandangannya. Hodoh ke aku? Ada taik mata kut? Tangannya cepat-cepat menguis hujung mata. Takut ada taik mata bersarang dihujung matanya.
Dia berdehem..cuba melepas sesuatu yang bersarat dihatinya. Zara mengundur langkah dua tapak ke belakang cuba menjarak dari tubuh TR. Dia cuba membuang prasangkanya .Zara beristigfhar. Takut juga kalau TR tadi membayangkan aku ni Natasya. Buatnya di cium aku. Adoiya…my first kiss..Ya Allah berdosa aku.  Alhamdulillah, Allah melindungi hambanya ini.
 Mana mungkin TR tertarik dengannya. Dia memengang pipinya. Hodoh? Yelah Natasya cantik lagi. Nasib baik TR Nampak dia hodoh kalau cantik macam mana? Tak ke haru acik kalau tahu hal yang tak patut berlaku telah berlaku. Dia pula? Berdosa satu hal. Malu satu hal. Dia tak henti beristigfhar.
“Hadiah ni untuk Natasya ke?” dia membuka mulut jua. Dia dapat rasakan lama mereka senyap tanpa berkata. TR memandang semula paras yang semakin menarik hati lelakinya. Cepat-cepat dia mengeleng kepala. Dirampas kotak itu dari tangan Zara.
“Jangan menyibuk bole?”
“Okay..sorry. saya turun dulu kalau Tengku tak mahu saya tolong buat apa-apa lagi”
“Nanti  jap…” TR terasa berat hati ingin membiar gadis itu keluar dari biliknya. “kau suka tak bilik ni?”
Soalan apa tu? Macam nak berkonsi bilik je. TR..kau belum habis study bab ni. Dahi Zara berkerut. “cantik…saya suka “
Zara tayang gigi. Apesal TR soal aku macam tu? Nak aku jadi eric ‘ deko-deko idaman ke?
“Errmm..aku nak kau vakum bilik aku sebelum kau keluar” dia dah tak tahu nak cakap apa dengan gadis itu. Tadi cakap ayat nak berkongsi bilik sekarang ayat mengarah maid buat kerja. Dia sendiri bingung dengan dirinya.
“Saya pergi ambik vakum sekarang” Zara sudah menghilang dari biliknya. Dia melepas nafas lega. Kenapa aku?
Why me?
Something  happened to my heart?
Suka?
Dengan Zara?
Shit!! Impossible…
Cinta?
Chait…lagi mengarut!
Sayang? Sama je kan dengan cinta..mengarut!!
Teruja?
Hormone fenilalanina… ya, hormone tu buat dia tertarik dengan gadis itu. tapi apa penyebabnya?
Suka..cinta…sayang.
 Itu penyebabnya..TR menghembus nafas. Dia melempar tubuhnya ke katil saiz king itu. Suka..cinta? kenapa tidak dengan Natasya? Dia teringat kata Zara semasa dia sedang menonton TV dua minggu yang lepas.
“Kenapa Tengku sukakan Natasya. Maksud saya cintakan Natasya?”
“kau ni tak da soalan yang lebih baik ke?”
“hehe..saje jek. Kita kan muda lagi. Tentu ada penyebabnya mengapa Tengku suka dengan Natasya. Bila tengku jatuh cinta?”
“Entah?” itu saja jwapannya.
“Okay..Cuma saya nak bagitahu tengku. Kalau tengku nak pastikan orang yang kita suka dan sayang tu siapa sebenarnya cuba tengku pejam mata dan bilang sampai sepuluh dalam hati. Pasti Tengku akan dapat jawapannya. Waktu tu la Tengku tahu siapa yang Tengku suka”
“Sapa bagitau semua ni kat kau?”
“My mother..”
“Mak kau ajar benda bodoh ni? Boleh caya ke?” Zara mengangguk. “saya percayakan mak saya sepenuh hati saya”
“Kenapa mak kau cakap macam tu?”
“Sebab saya pernah tanya mak saya macam mana kita nak tahu kita  sayang dengan seseorang tu. Bila saya pejam saya nampak mak  saya. So dialah orang yang saya sayang kat dunia ni”
TR pasti orang dia sayang semestinya mummy dan daddynya. Kalaupun Aunty Maisara. Palinga tidak Natasya. Dia kurang yakin dengan perasaanya pada Natasya. Nak try ke buat benda bodoh ni?
Dipejam jua matanya lalu dibilang sampai sepuluh perlahan-lahan dalam hati. Tiba-tiba wajah yang ingin dia nafikan sangat perasaannya pada gadis itu  muncul. Tersenyum sambil memengang tangannya erat. Gadis bertudung itu sangat cantik dengan pakaian seperti pengantin kayangan dengan gaun labuh masih menutup aurat. Diakah bakal berkahwin dengan gadis itu?
Gadis itu memangku kepalanya dipeha  sambil mengusap rambutnya lembut. Senyuman mekar gadis itu menawan hati arjunanya.

khayalan - TR

“Tengku…tengku..”dia dengar dengan jelas suara gadis itu memanggilnya. Dia tersenyum lalu meraih tangan gadis itu dalam gengaman tanganya  erat. Diramas jari-jemari itu.
“Tengku Rafael!!” dibuka matanya. Dia terkejut bila tangan Zara ‘maujud’ yang dipegang erat. Pantas dilepas tangan lembut itu. Dia malukan diri sekali lagi.
“Hehe..kut iya pun berangan kan Natasya tengok siang harinya”mengekek ketawa Zara.  Dia bingkas bangun dar pembaringannya. Di lihat Zara berada ditepi katilnya sambil memengang batang vakum. Ketawa gadis itu masih bersisa untuknya.
“Suka hati aku. Kau nak aku suruh kau cuci kolam renang ke?”cepat-cepat Zara menutup mulutnya. Bukan boleh buat main dengan TR ni. Kalau derhaka dekat dia pasti bermacam-macam arahan dan suruhan harus dilaksanakan.
“Tengku..saya nak vakum bilik sekarang”
“vakum la..”marahnya.
“Nanti berhabuk..”dia mencemik. Dipandang Zara yang masih tercegat memengang batang vakum itu.
“Cepat buat kerja kau sekarang” dia bangun melangkah ke kamar mandi. Dia keluar semula untuk mengambil tuala yang berada dalam almari pakaiannya kemudian dia menyusup masuk ke kamar  mandinya semula.
“Baran pun ada si Tengkujuh ni” tau nak marah je. Macam datang bulan. Ni bukan bulan dah, datang matahari nak membakar jek. Hangin satu badan. Tak boleh orang cuit sikit. Nak ditengking je. Nasib baik aku tak jatuh cinta dengan kau TR. Kalau tidak naya je..hati aku ni. Tiap-tipa hari hati aku kena salai dengan kau.
Zara mula membuat kerjanya. Divakum permaidani  cantik itu. semuanya cantik dan indah dalam bilik ini. Bilik orang kaya. “ kau suka tak bilik ni?”
Dia teringat soalan TR padanya tadi. Kenape ye? TR nak wasiatkan biliknya kat aku ke? haila..mimpi siang hari la kau Cik Zara Aulia. Kalau kahwin dengan dia baru boleh dapat bilik tidur mewah ni. Ngaa…azab la kalau kongsi bilik dengan si Tengkujuh, silap hari bulan  musim tengkujuhnya melanda karam aku dalam bilik ni..hhuhu..
Selesai makan malam. TR  membuka sliding door. Dia melangkah ke koridor. Berderu angin meyapa wajahnya. Sebelum waktu makan tadi aunty menelefonnya. Kata aunty terpaksa ke Hong Kong atas urusan kerja. Aunty bertanyakannya jika dia ingin memesan apa-apa oel-ole dari sana.
Dia dah lali dengan kerja aunty. Auntynya memang gigih bekerja untuk mengembangkan perniagaan keluarga mereka. Matanya mendongak memandang langit hitam pekat itu. ada butiran bintang didada langit itu. indah!
Dipejam matanya sempat dibilang perlahan-lahan sampai sepuluh dalam hati. Dia buat lagi ‘benda’ bodoh itu. DIa ingin lagi kepastian. Wajah putih bersih, bermata bundar yang cantik. Gadis itu bertambah comel dengan senyuman indah menghiasi laman wajah itu. Dia suka dengan gadis itu. haruskah dia miliki gadis itu.
Dibuka matanya. Senyuman gadis itu masih bergayut dimatanya. Dikerut keningnya lalu ditenyeh matannya. Betul  ke apa yang dilihatnya sekarang?
“Kenapa Tengku? Mata masuk habuk ke?” mulut comel itu menyoalnya. Sah! Zara ‘sebenar’ berdiri didepannya bukan Zara ‘ khayalan’nya.
“Menyibuk la kau ni?” dia merengus. Dia marah dengan perasaannya. Kenapa dia suka dengan gadis ini?
“Tengku tengok bintang ke?” Zara mencebik. Marah je tahu TR ni. Selepas menolong acik mengemas meja makan dan membasuh pinggan mangkuk. Dia ingin je masuk bilik mahu membaca novel yang diberi oleh Luqman namun dibatal niatnya kerana acik berpesan yang TR mahu dia belajar bersam-sama di ruang tamu. Elok je dia datang ke ruang tamu dilihat TR sedang pejam mata menikmati angin malam.
“KAu suka dengan bintang?” TR teringat rantai tangan berloket bintang itu.
“Suka..suka sangat”Zara nyatanya excited bila menyebut tentang bintang. “Bintang cantik…”
“Mana ada, bentuk pun tajam je. Pelik la. Alien kot kau ni?” haila..teruk la si tengkujuh ni. Aku ni dikata alien. Hijau ke muka aku?
“Cuba tengku tengok cahayanya” ditunjuk bintang yang berada didada langit itu.
“Dia pinjam cahaya matahari…”dikerling paras yang kecewa dengan jawapan sinisnya. Tiba-tiba waktu mereka melihat cahaya butiran bintang itu, ada satu garisan cahaya mencorek didada langit hitam pekat itu.
“Eh..tahi bintang la Tengku.” Zara sudah meloncat keriangan. “Subhanallah..cantiknya”
“Kau tak nak buat hajat ke?”
“Hajat? Buat apa?” soal Zara pelik? Buat hajat lepas Nampak tahi bintang. Macam kepercayaan karut je?
“Haa..kalau kau  pernah ajar aku benda bodoh. Pejam mata bilang sampai sepuluh boleh Nampak orang yang kita suka. Sekarang aku nak ajar kau buat hajat bila Nampak tahi bintang” berkerut dahi Zara. TR percaya ke?
“Tak nak lah”
“Apesal pulak?” soal TR tak puas hati. Dia memandang laman wajah itu.
“Kalau nak hajat kenapa tak berdoa je. Mintak dengan Allah apa hajat kita. Doakan senjata orang mukmin” Hehe..zara tersengih dihujung kata. 
TR rasa nak pecah dada. Perli beradap betul budak ni. pantas disekeh kepala bertudung itu. “Auchh..sakit la Tengku”
Zara menyeringai sakit. Digosok tempat menjadi sasaran tanganTR tadi.Salah ke apa yang aku cakapkan tadi?  Bintang tu bukan tuhan. Kenapa nak mintak hajat pada benda? Dikerling TR yang mencerlung pandangan tajam padanya.
“Betul la apa yang saya cakap Tengku”
“Habis? Yang kau ajar aku pejam mata bayangkan orang kita suka tu, apehal?”
“Hehe..Tengku buat ke?” chait…budak ni mencabar kejantanan aku.
“Huh! benda bodoh macam tu? Aku tak kan sesekali buat. Ape? Kau ingat aku ni bodoh nak percaya semua tu” dia mencekak pinggang. Gadis tu mau je diciumnya. Mulut tak da permis main terjah jek nak cakap.
“Hehe..mana tahu. Ke? tadi masa tengku pejam mata, tengku buat ey?” dipandang geram wajah comel itu. Ya Tuhan ku…kenapa aku tak boleh control perasaan ini.
“Kau nak aku…”dipegang kejap pergelangan tangan gadis itu.
“Sorry Tengku..”Zara sudah tunduk menikus. Adoiya..nahas aku. Kerana mulut badan binasa. Dipejam matanya, takut-takut TR menumbuk mukanya tak pun penampar ke?
TR menarik nafas panjang. Lalu dilepas kasar tangan itu. Dia bergegas melangkah pergi meninggalkan Zara. Dia tak boleh terus lama di situ. Rahsia hatinya akan diketahui gadis itu bila dia bertindak diluar jangkaannya.
Zara membuka matanya semula. Jasad TR sudah tiada diruang itu. Marah ke? sikit-sikit marah. Sikit-sikit naik angin. Cepat terasa.  Zara menutup sliding door itu dan dikuncinya. Dia melangkah ke biliknya yang terletak dekat dengan dapur basah itu.
Nasib baik kerja sekolah tak ada. Bukan tak ada, tapi dia sudah siapkan di sekolah waktu free. Takut tak sempat jika dia buat di rumah. Nak dilayan Tengku lagi. Kemas rumah lagi. Tolong acik memasak lagi. Haila..macam busy mengalahkan orang bekerjaya. Ni bukan bekerjaya. Kerja pun setaraf maid.
TR meghempas tubuhnya. Dia meramas bajunya. Dia menumbuk  dadanya. Geram!. Dia bukan cintakan gadis tu. Berkali-kali dia cuba menafikannya.Tak mungkin! Gadis itu hanya tempat untuk dia menghilangkan kesunyian je. Gadis itu bukan pilihan hatinya.
Natasya… Dulu dia suka melihat wajah cantik tu. Kenapa tak diamalkan habitnya yang dulu. Kenapa harus berubah?
Dia meraba meja disisi katil. Diambil kotak merah hati itu. Dibukanya. Rantai tangan berloket bintang itu jatuh ke mukanya.
“Suka..  suka sangat” dia memengang rantai itu lalu direnungnya. Teringat kata-kata Zara tadi.
“Bintang cantik…” itu kata Zara. Suka dengan bintang. Cantik ke? direnung lagi loket bintang berdiamond itu.
“Sebenarnya kau cantik dari bintang ni, Zara” tiba-tiba ungkapan itu keluar dari bibirnya. Dipejam matanya lalu dibilang sampai sepuluh perlahan-lahan dalam hati.
Wajah itu juga hadir…..Zara Aulia……

 
Bab 11
Hatinya sakit lagi. Kalau boleh nak je dia tarik hati itu keluar.
Ditumbuk dadanya brkali-kali menahan rasa. Pedih!
Pandangannya masih lagi setia melihat pasangan itu sedang berbual mesra di bangku simen. study group konon!.
Mulanya dia yang baru tadi keluar dari makmal sains lepas habis subjek kimia terus berjalan melalui koridor blok C  itu.  Secara tak sengaja pandangannya jatuh pad ataman mini yang terletak di tengah bangunan makmal sains ke bangunan kelas di blok B. Kalau dia ikut Ljo dan Max C  ke café terus pun tak pa. Dia degil mahu tunggu  Zara menjemputnya di kelas untuk ke café  sebab itu dia mahu cepat-cepat ke kelas. Tapi malang hatinya. Ye..memang malang hatinya sebab yang sakit hatinya walhal yang melihat matanya.
“Tengku…Tengku  sini” laungan gadis itu mengejut lamunannya. Dia buat tak endah panggilan itu. Ditarik lirikan matanya kea rah lain, kononnya dia tak perasan akan kelibat gadis itu. Kalau zara seorang pasti kakinya melangkah ke arah gadis itu tetapi gadis ituberteman dan teman gadis itu pulak ‘lalat biru’ yang selalu menghinggap pada ‘bunga’ miliknya. Lalat padan dengan tahi! Bukan bunga!
TR berjalan tanpa menoleh kebelakang. Suara Zara jelas kedengaran memanggilnya lagi. Tiba-tiba lengannya diraih dari belakang. TR senyum. Dia menang. Zara datang juga padanya. Cepat-cepat dipadam senyuman dibibirnya. Tubuhnya memusing kebelakang untuk berhadapan gadis yang mencuri hatinya. “TR..jom kita rest “
Senyuman dihatinya mati bila pandangan menyapa wajah yang menegurnya. Bukan gadis yang diharapkannya tapi gadis lain. Natasya!
“TR? are you here? “ Natasya melambai-lambai tangan di didepan wajahnya. Dia terkelu. Hatinya hampa. Bukan Zara yang datang padanya.
“TR?”
“Yes..I’m here..”TR memandanng Natasya, dengan sedikit senyuman.
“Jom..kita ke café. Tadi I dah lepak kat sana, jumpa Ljo, MaxC and Paan. Diorang kata you nak ke kelas dahulu so I datang jemput you” senyuman Natasya tak seindah dulu baginya. Ada senyuman lain yang lebih indah dari senyuman gadis didepannya. Senyuman itu bagai warna pelangi yang indah dan ceria.
Dia hanya mengikut langkah Natasya ke café tanpa memandang taman mini itu.
“Ceh..patut tak dengar orang panggil, rupanya ada temujanji dengan girlfriend dia” Zara mencemik. Mulutnya dimuncung. Meluat melihat Barbie doll itu bergayut ditubuh si tengkujuh.
“Jealous ker?” Luqman menyiku lengannya. Dia kembali memandang pengawas itu.
“Tak…nasib baik tak pegi jemput TR, klau tidak rugi masa dan tenaga je.” Dia cuba ubat hatinya.
“Sebab tu saya suruh awak panggil dia tadi, kan senang kerja awak.” 
“Hurmm..senang sangat!.” Dia tersengih. Dalam hatinya masih lagi ralat dengan sikap TR yang sengaja tidak mempedulikan panggilannya. Siapa aku? Maid dia je.  Patut TR buat tak perasan dia tadi. Dia tahu TR ada memandang ke arah mereka. Bila dia panggil TR terus lelaki itu memusingkan badannya tanpa menoleh kebelakang langsung.
“Zara..jadi ke tidak keluar dating dengan saya ni?” ngaa…dating? Baru dia teringat janjinya pada Luqman.
“bukan dating..just keluar dengan awak jer” Zara membetul ayat Luqman.
“Yelah…yelah..jadik ke tidak?”
“Hujung minggu ni kan? Okay..awak ambik saya kat Villa “
“Saya terpaksa pinjam kereta mama saya nak bawa awak keluar”
“Lorh..kalau macam tu tak payah la”
“No..saya dah booking kereta mama” hehe..Luqman ketawa.
“Mama awak tak tanya apa-apa ke?”
“Of course la..kena ada reason kalau nak pinjam kereta dia lagipun sayakan mana ada lessen lagi. Lagi risau la dia”
“So..apa reason awak bagi kat mama awak?”
“Senang je..saya kata nak keluar dengan bakal menantu dia” haa?? Rahang bawahnya jatuh. Matanya bulat memnadang wajah kacak itu ketawa. Pantas dia memulas isi peha yang berlapik itu.
“Auchh..sakit Zara”Luqman menyeringai kesakitan. Digosok tempat yang dicubit oleh Zara.
“Tahu pun..” Zara ketawa. Pantas dia bangun sebelum Luqman membalas dendam.
TR menguis chicken chop yang berkuah blackpaper. Dia tidak berselera. Jus oren yang fresh itu hanya sekali sahaja disedutnya. Ljo, MaxC, Paan dan Natasya memandang tingkah laku TR. Perangai TR sejak kebelakang ini banyak berubah. Suka mengelamun. Banyak berfikir dan jarang untuk berbual mengenai aktiviti mereka. Bila mereka berborak TR pasti tidak ada dalam perbincangan mereka hanya jasad lelaki itu saja tetapi fikiran lelaki itu melayang entah kemana..
“Asal bro..macam bini ko pregnant je?” tegur Ljo. Ketawa tiga sekawan itu Cuma Natasya sahaja yang serius. TR mengangkat kepalanya memandang wajah temannya.
“Nothing…” dia hanya mengeleng kepala. Dia banyak fikirkan tentang Zara.
“Atau kau kecil hati dengan maid kau?”  Ljo sengaja meneka.TR kerut dahi. Zara?
“Asal pulak?”
“Yelah…satu sekolah tahu maid kau ada skandal dengan si ‘lalat biru’ tu” TR telan liur. Serius ke? tak mungkin Zara bercinta dengan Luqman. Diorang dah declare couple ke?
“Kau pasti ke?”pandangan TR hanya difokus pada Ljo sahaja. Dia tidak menghirau yang lain. Isu Zara  menjadi kepentingannya sekarang.
“Entah..tapi khabar anginnya begitu la..” Natasay perasan wajah TR gelisah dengan rumour yang tersebar mengenai scandal Zara dan luqman.
Patutlah buku novel yang Luqman berikan pada Zara dijaga elok. Siap balut. Kalau dirumah siang malam berkepit dengan novel itu. Kadang kala Zara tertidur di sofa sambil memeluk novel itu. Macam Luqman je dipeluk gadis itu. Dia cemburu!
“Petang ni kita pergi menunggang?” Natasya cuba memancing. Lama dia dan TR tak pergi menunggang kuda di Royal Club.  Royal club, tempat  menunggang kuda yang dimiliki oleh keluarga TR.
“Okay jugak..aku join sekali” MaxC angkat tangan.
 “Aku pun..”Ljo dan Paan serentak.
“Hurmmm..okay!” TR hanya mengangguk mengiakan jawapan.
 Natasya ketap bibir.
Dilihat TR bukan TR yang dia kenali sebelum ini. Tr dulu nampak seakan ingin mendekatinya tetapi sekarang TR seolah-olah tidak menghiraukan kehadiranya.TR  jatuh cinta dengan maid tu ke? impossible..gadis itu langsung tak menarik. Anak yatim piatu. Harta? Sah-sah sekakang kera pun tak de. Seksi? Aku seksi lagi. Cantik? Aku cantik lagi. Kaya? Dah sah aku lagi kaya dari dia. Kerja dia pun maid. Baik? Itu tak menjadi persoalan. Bertudung? Aku pun boleh bertudung. Kawan-kawan TR selalu memujinya cantik dan mengatakan TR bertuah mendapat girlfriend sepertinya mempunyai pakej yang lengkap.
Apa yang TR pandang pada gadis kolot itu? firasatnya tidak silap menilai sikap TR yang semakin berubah.

Jari jemari runcing itu cekap menaip  keyboard laptop dengan kusyuk menyiapkan  kerjanya sehinggakan tidak menyedari seseorang sedang memerhatinya.
“Hai..kesian dekat I jadi patung display kat sini..” Fauzi merungut sambil menjeling Tengku Maisara yang seraya mengangkat kepala memandang raut wajah yang setia menanti cintanya.
“Opss..sorry, Fauzi I’m very busy. You free ke?”
Dia senyum.
“Sekarangkan time lunch,”
“Ya Allah..i terlupa” dia menepuk dahi. Kemudian ditolak kerusi kebelakang memberi ruangnya untuk merengang segala urat sendinya.
“Makan,you boleh lupa inikan I..” Fauzi merajuk. Dia melabh punggungnya ke kerusi dihadapan meja Pengarah syarikat Rsh Holding itu.
“Yup..” Tengku Maisara tersengih.” I tak pernah lupa you dalam tidur or dalam jaga i..”
Fauzi mencemik..betul ke?
“Seriously…sumpah” dia angkat tangan seakan berikrar. Pantas fauzi menarik tangan itu.
“Kan I dah cakap jangan main dengan sumpah” marah lelaki itu. “ajal maut itu ketentuan Tuhan”
“Yes..yes..i tahu..” Tengku Maisara tersengih.
“Dah jom lunch dengan I” pantas Fauzi bangun menuju kearah Tengku Maisara lalu ditarik tangannya untuk bangun berdiri depannya.
Akhirnya mereka lunch bersama-sama di hotel milik keluarga Tengku MAisara. Fauzi menyudu nasi kerabu sambil diperhati Tengku Maisara dengan senyuman dibibirnya.
“Why? Rindu kat I ke?” tengku Maisara hanya sekadar mengangguk sambil menompang dagunya dengan kedua belah tapak tangannya. Fauzi ketawa kecil. Disuap nasi kerabu itu ke mulut Tengku Maisara. “Buka mulut..”
Tengku Maisara membuka mulut lalu dikunyah perlahan-lahan. “You suka manjakan I, sebab tu I semakin melampau”
“Maksud you?”
Tengku Maisara memamdang wajah kasih itu. rasa bersalah mula menjerut dirinya.
“You membazirkan masa, umur you dan segalanya untuk I “
“Ada I ungkit semua tu Sara?”
“No..tapi I terasa..”
“So..you nak I lupakan you pilih jalan parent I sediakan untuk I, begitu?”
Tengku Maisara terdiam. Dia sendiri takut untuk melepaskan Fauzi jauh darinya. Membiarkan Fauzi bersama perempuan lain..Oh no…
“Dah Sara..you akan pressure bila fikirkan cerita kita yang tak de penghujung” Fauzi mengusap lembut tangan Tengku Maisara yang berada di atas meja.
“Macam mana dengan Fael?” Fauzi mengubah topic lain dia tak mahu Tengku Maisara terus rasa bersalah terhadapnya.
“Fael semakin membesar..ada cita-cita, pandai tunjuk perasaan and then dia sekarang banyak berahsia dengan I, pelik?”
“Maksud you?”
“Dia tak banyak bercakap dengan I, kalau sebelum ni apa masalah pasti dia cerita dekat I”
Fauzi ketawa. Tengku Maisara megerut dahi. “Nape you ketawa?”
“I rasa anak buah kesayangan you tu dilamun cinta?”
“What? No..tak mungkin la, FAel baru seventeen year old. Tak sesuai untuk dia jatuh cinta”
“You dah lupa you jatuh cinta dengan I, umur berapa?”
“Sixteen..tapi kita bukan bercinta kita berkawan je”
“Tapi ada rasa kan? Rasa cinta ” Fauzi ketawa mengkekek. Seronok bila mengingati kenangan lalu. Manis!
“Yup..i tak nafikan, tapi you yang mengorat I dulu.” tengku Maisara tersenyum lebar. Alangkah bahgia dia disaat itu bila Fauzi berterus-terang mahu berkawan dengan lebih serious. Namun jodohnya untuk menjadi isteri lelaki itu masih tergantung. Tak tahu penghujungnya!
“Cuba you korek rahsia dengan Mak Leha mungkin dia dapat membantu you” Fauzi kenal dengan semua orang yang rapat dengan Tengku Maisara, termasuk semua pekerja dan staf Tengku Maisara kerana tiada rahsia antara mereka. Tengku Maisara pasti akan bercerita segala masalahnya tak kira dipejabat atau di rumah.
“ I perlu tnya Dengan siapa Fael berkawan.”
“ye..Fael dah besar Sara, dia lelaki macam I juga. I tahu dia punya rasa bila terjumpa pilihan hati yang membuat hatinya terpaut”
“Kalau betul sangkaan you macam mana? Apa yang boleh I tolong dia?”
“Bincang dengan dia baik-baik, jangan halang cinta dia. You bagi jalan terbaik untuk dia” Tengku Maisara tersenyum senang hati. Fauzi banyak menolongnya. Fauzi juga motivate yang terbaik untuknya.
“Thanks..sayang” digengam tangan kasar lelaki itu. senyuman semakin mekar…

No comments:

Post a Comment