11/08/2015

Be Mine! 46



       

BAb 46

“Tadaa…”Tr menayang dua tiket ke konsert artis kegemarannya

“Mana dapat?”soalnya. Tangannya sibuk melipat pakaian sudah kering dikutip dari jemuran. Hari ini TR tak kerja tetapi suaminya itu kata ada urusan di Bandar. Alih-alih si suaminya itu balik menayang tiket konsert.

“Jamal Abdillah bagi” selamber kering saja jawapan Tr. Kepala si suami saja-saja ‘landing’ di ribanya.

“Ek..eleh..yeke?” kerja melipat baju ter’gendala’ dek kerana si suami nak bermanja. “ Ni ape kes? Kacau kerja orang”

“Saja..lama tak mesra ‘alam’ macam ni” Tr pandang wajah si isteri sambil tayang gigi.

“Yela tu cik Rafael..”sempat jari telunjuk si isteri ditunjal ke dahinya. “ Tak larat nak layan fiil awak tu”
Mengekek ketawa Tr. Kalau dulu dia suka komplen Zara macam ni macam tu la sekarang sudah terbalik. Zara lebih ke sikap ‘penyakit puteri’.

“Alorhhh….hamba tunai semua permintaan tuan puteri kenapa minta dibelai tuan puteri sudah merungut?” tangan si isterinya membelai pipinya ditarik ke bibir kemudian dikucup mesra.

“Nak suruh Zara picitkan blackhead ke?”ngaaa….. Tr cepat mengalih wajahnya menyembam ke perut Zara yang sedang membesar.

“Tak nak..sakit” Zara tersenyum. Hatinya ketawa melihat telatah si suami ‘tengkujuh’ itu. “Sejak berhidup dengan Zara abang sudah rasa tak hensem”

Mengekek Ketawa Zara. Di tunduk wajahnya. Dahinya bertemu dahi Tr. Senyuman Tr mekar. “Ada saja nak cari jerawat la, blackhead la.. cuba mesra sikit belai muka abang puji licin muka abang ni meh..Zara sayang sikit”

Zara mengejek suara manjanya. “Meh..Zara cium sikit”

Bibir si isteri sudah mengenai dahinya. “Cepat bagi tahu siapa belikan tiket tu?”
Soalan Zara itu membuat mata Tr yang baru menikmati kemesraan si isteri terbuka “ Alah..D yang kirimkan. Katanya nak belanja kita ke sana. Hadiah umpan katanya”

“Pandai la D tu”

“Dia nak kita jadi ke sana. Awak tu sayang, suka sangat dengan si Raja pop tu”

“Alah..Jamal Abdillah hensem lagi dari abang kot?”

“Yela..abang ni nasib tak jadi artis je kalau tidak mana nak sempat awak tu nak bermanja macam ni tau..tak pun awak tu sayang hari-hari makan hati cemburukan abang sebab banyak peminat perempuan”

“Abang kalau jadi artis memang tak lah..Zara pilih orang lain jadi mr husband”

“Ngap kepala baru tahu”Tr mencemik. Zara suka mengusiknya. Konon dia tak ‘laku’ sangat.

“Okaylah..Zara bertuah dapat abang yang romantic..”Sengihan Tr semakin lebar sudah macam joker.

“EEee..Zara tak sukalah puji abang lebih-lebih kang..abang tu dapat balik penyakit putera jenuh layan”  mata si isteri sudah menjuling ke atas.

“Ehemm..ehemm..sampai bila nak habis lipat baju tu” suara sapaan Mak leha mengejutkan mereka. 

Cepat-cepat Tr bingkas bangun dari pembaringannya. Zara pulak cepat-cepat mencapai semula kain batik yang belum dilipatnya.

“Heehee..saja suruh Zara cari uban”

“Yela tu..acik ni uban sampai tak tercabut” Mak Leha melabuh punggungnya ke kerusi kayu jati itu. kedua anak menantu sedaranya itu tersenyum memandangnya.

“Jadi ke kamu pergi majlis kahwin D tu?”

“Jadilah acik, kenapa?”

“Asalnya..acik memang jadi pergi tapi rumah Haji Man pulak ada kenduri anak sulungnya. Acik kan orang kuat kampung ni” Tr tersenyum. Dia mengesot ke arah Mak Leha.

“Nak Fael urutkan?” dilihat Mak Leha asyik mengurut  lututnya dari tadi.

“Tak apalah FAel..tadi acik baru balik rumah Haji Man, bini dia kan bidan kampung sekali bersembang acik sua lutut ni mintak dia urut” Mak Leha tersenyum. Tr sekarang seorang yang merendah diri. Dulu jangan harap nak tunduk mendengar cakap, bercakap sebelah mata pun tak.

“Acik kirim manisan saja lah dekat kamu. Lagipun kamu boleh pergi berjalan-jalan di sana” ujar Mak Leha lagi “ Di sana kan banyak kenangan kamu berdua”

“Ni..abang fael ada nak bawa pergi tengok konsert Jamal Abdillah”Zara menunjuk dua keeping tiket itu kepada Mak Leha.

“Haa..elok sangat, kirim salam saja dekat dia” Mak Leha ketawa kecil “ Jangan lupa ambik gambar dia sekeping dua”

“Bukan sekeping dua acik. Banyak keping pun boleh, orang tak guna Kodak terhad 34 keping macam dulu” terang Tr.

“Haah..betul juga. Sekarang apa orang kata selpie?”

“Selfie la acik lepas tu letak dalam instagram tak pun facebook” terang Tr.

“Fael..jangan lupa jenguk aunty Sara kamu sama”senyuman Tr mati di situ. Tengku Maisara? Auntynya itu sekarang semakin jauh namun rindu dendam pada auntynya semakin mengunung. Aunty Sara sakit, kena operation itu pun dia tahu dari D. kalau apa-apa berlaku pada aunty Sara pasti tidak dikhabar padanya. Sakan merajuk aunty atau dia yang merajuk. Dia tak tahu macam mana nak mulakan. Perlukah dia pergi berjumpa aunty? Nanti apa kata aunty seolah dia berbaik dengan aunty kerana harta warisan. Dia tak mahu auntynya masih bersalah sangka dengannya
                                  

09/08/2015





Bab 45

Setahun enam bulan kemudian…..

Luqman Nur Hakim sedang ralit memilih buku yang perlu dia beli untuk dibaca waktu lapangnya. Sejak dia memilih untuk melepaskan Zara, dia cuba melupakan gadis itu perlahan-lahan. Banyak aktiviti yang jarang dia lakukan sebelum ini dia mula aktif kembali.

Kadang-kala dia ada menghubungi Tr dan Zara cuba menhilang rindu dan sunyi tanpa teman. Dia masih mencari-cari seseorang yang berjaya mengetuk pintu hatinya seperti Zara. Dia suka gadis yang bersahaja, sederhana dan comel tetapi dia masih belum ditemui mungkin bukan jodohnya lagi.

Tiba-tiba seorang gadis datang berdiri bersebelahannya. Dijeling gadis bertudung bawal itu. Ditangan gadis itu penuh dengan beberapa buah novel.

“Encik..boleh tolong ketepi sikit saya nak ambil buku itu”tanpa segan gadis itu menyuruhnya dia ke tepi. Dia mengundur kebelakang dengan mulut separuh terbuka.Rahangnya ke bawah. Tercengang dengan tindakan gadis itu.

“Maya..cepat sikit, aku tak tahan nak pergi toilet”kawan si gadis itu datang sambil merungut. Sempat kawan si gadis menyiku gadis itu “Mamat hensem sebelah kau”

Si gadis bernama Maya menjelingnya sebelah mata. Adusss… tak tertarik ke gadis itu dengannya?

“Kau pergi dulu toilet sekejap lagi kita jumpa dekat depan Baskin Robin”

Kawan si gadis mengambil tempat di sebelahnya. “Maya..aku tak jadi, nak tengok buku jap”

Tersengih-sengih kawan si Maya. “HAila.cik Mon, awak tu sudah berpunya sedar diri sikit”

“Hai abang”sapa kawan si gadis bernama Maya.

“hai..”dia membalas sapaan itu.

“Kau pergi dulu, aku tak puas pilih buku lagi”

“Hishh..kau ni, nasib cuti sekolah. Kalau tidak bila kau nak ‘hadam’semua buku ni asyik sibuk dengan bebudak sekolah” naa…luqman sudah dapat tangkap gadis bernama Maya itu seorang cikgu.

“Encik ni pasang telinga ke?”Hah? terjahan gadis itu  mengena dia “Tak apa, kita manusia guna apa yang Allah beri jadi buat apa nak tekup telinga kan?”

Luqman ketawa. “Awak ni lucu”

“Okaylah..saya dah pilih buku yang nak baca nanti. Bye!” gadis itu berlalu pergi dengan kawannya. Tiba-tiba jantung Luqman berdegup kencang melihat senyuman gadis itu.

“Aikk..nanti dulu” dia cuba menyekat langkah gadis itu “ Saya Luqman Nur Hakim, awak?”

“Maya Ayunie”senyumannya berbalas. Luqman ketawa kecil. Dia berjumpa penganti Zara, sorry Zara Maya berjaya menarik hatinya.

“Saya belanja semua buku awak”

“Saya sekali” si kawan Maya menyampuk dari belakang.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam…D, Kinah masuklah” Zara berjalan perlahan-lahan.

“Hai..mak buyong kita ni”D dan Sakinah melangkah masuk ke rumah kampung itu. cepat sahaja Sakinah membantu Zara  berjalan ke kerusi rotan di ruang tamu rumah itu untuk duduk

“Apakhabar bakal pengntin?”meleret senyuman si dara dan uda. “Senyum malu-malu kucing siam pulak”

“Zara nanti jemput datang sekeluarga tahu” D mengunjuk kad kendurinya.

“Eh..jemput duduk. Jap.. acik! D dan Kinah datang jemput kenduri dia orang” Mak Leha tersenyum sambil membawa dulang berisi air teh o yang masih berasap dan kuih jemput-jemput yang baru digorengnya tadi.

“Kahwin juga korang berdua”.ketawa Mak Leha bila teringat perangai pasangan itu asyik bergaduh “Mak leha dah bagi amaran dulu bergaduh es0k-esok bernikah” Sakinah menyalami Mak Leha. Dia membantu Mak Leha menghidang juadah petang untuk mereka.

“D lah suka sangat menyakat orang”

“Alah..dia tu pun tahu nak cari pasal”

“Haaa..dah mula, jangan bergaduh depan anak aku, nanti kesian kat walid dia nak jaga mulut umi ni lagi anak ni lagi” megekek ketawa mereka.

“Hai..mengumpat abang nampak” Tr keluar dengan berkain pelikat dan berbaju pagoda. D dan Sakinah tersenyum penuh makna. Bukan senang nak lihat putera kayangan berpakaian rakyat biasa. Hehehe..

“Buat apa tadi?” soal D

“Baru selesai solat” Tr menyalami D. lelaki lembut itu sudah macam saudaranya sendiri.

“Macam mana kerja?”

“Alhamdulillah..”

“Tr sekarang banyak membantu aku kat kedai. Banyak tempahan sekarang, aku serah dekat dia orang tolong siapkan. Aku dah tak larat.”

“BAru enam bulan, Za..”

“Enam pun asyik menendang je, teruk juga aku.”

Sejak mereka berpindah ke kampung Tr mula bekerja di Seberang Prai berulang-alik dengan kereta milik mereka sendiri. Bukan Audi tetapi Myvi yang mampu mereka miliki namun Zara dan Tr bahagia mereka sekeluarga boleh bergerak kemana sahaja dengan myvi itu.

Syarikat Bina Maju Jaya tu milik keluarga Paan. Tr bekerja sebagai kontraktor. Kadang- kala pereka dalaman  perumahan itu jika memerlu khidmat syarikat itu ada juga diserah separuh kepada Zara, isterinya itu pandai dengan rekaan dalaman. Sedikit sebanyak mereka bahagia dengan kerja dan kehidupan mereka yang sederhana itu.

Rezeki anak mereka, kedai Andaman pengantin Zara semakin mendapat tempahan.

 “Dengar kata, bila Zara bersalin nak tukar kereta?”teka D sambil menghirup air teh o yang masih berasap itu.

“Yelah..kena tambah ruang”balas Tr. “Tahniah bro…tahniah Kinah”

“Mak leha nak kena bagi apa?”

“Tak payah bagi apa, datang je kenduri kita orang”

“Tak pe Mak Leha ada nak buat manisan sikit untuk kamu nanti.”

“Za..jangan kau meletup sebelum majlis aku tau” Sakinah member amaran.

“Adik..aunty Kinah pesan jangan keluar lagi sebelum majlis dia” mengekek ketawa mereka mendengar ajukan Zara.

++++++++++++++++++++++++++

“Aku ada berjumpa dengan keluarga aunty kau”ujar D bila mana mereka berbual di luar rumah. Sambil mengadap sawah padi yang menghijau indah pada pandangan mata. Nyaman!

“DIa sihat?”

“Papa aku beritahu aunty kau baru keluar hospital. Dia kena operation buang barah dalam perutnya”Tr jadi resah. Hatinya sakit tiba-tiba. Dia tersangat rindukan aunty namun aunty menetap syarat membuang dia jauh dari keluarga auntynya jika dia berkeras memilih Zara.

D serba salah memberitahu Tr bila melihat riak wajah Tr yang resah, tetapi dia lagi rasa bersalah kalau tidak memberitahu perihal Tengku Maisara kepada Tr.

“Papa aku ada invite aunty kau ke majlis kami. Kalau kau nak lepas rindu bolehlah berjumpa dengan dia”

“Dia tak apa-apa kan?”

“Maksud kau?”

“Operation dia? Sakit barah dia?”

“Dia okay baru semalam  dia hadiri mesyuarat hotel terbaru milik keluarga kau”senyuman D membuang resahnya sedikit. Dia jadi lega mendengarnya.

“Aku bukan sapa-sapa lagi dalam keluarga itu D. Tengku Maisara dah gugur nama aku sebagai pemengang saham terbesar keluarga itu”

“Yeke? Aku tak rasa aunty kau sanggup buat begitu. Dia masih mengguna nama kau sebagai pemengang saham utama syarikat Rash Holding. Percayalah” D menepuk lembut bahu Tr.

“Aku tak kisah D, aku bahagia dengan kerja aku sekarang. Ini yang aku minta dalam doa aku, hidup sederhana dan tenang”

D bangga dengan Tr. Lelaki itu  boleh hidup berdikari tanpa harta milik keluarga Tr. “Zara bertuah dapat kau Tr”

“Aku yang bertuah dapat dia, D.” Tr mengaru pelipis “aku kalau kau kenal sebelum Zara hadir dalam hidup aku, kau pun lari”

Mereka ketawa bersama. Zara dan sakinah hanya memerhati dari dalam rumah.

“Apalah yang dibualkan mereka berdua?” soal Sakinah pelik.

“Aku tengok D nampak maskulin sekarang?” Sakinah membalas cemikan Zara.

“Haaalaa..puas aku proses juga tau. Dia tu tahu kepit je. Aku kata kalau nak dekat aku kena keras sikit. Jalan jangan kepit” mengekek ketawa Zara sambil memengang perutnya yang semakin memboyot.

“Kau sudah berjumpa dengan keluarga D?” Zara  baru dapat tahu siapa D sebenarnya. Itupun Tr yang beritahu sebelum Sakinah menceritakan segalanya.

“Keluarga dia okay. D saja yang cuba melarikan diri dari keluarga dia.” Zara mengangguk faham. D menyalah keluarganya membiarkan kembar tak seirasnya dan lain jantina itu meninggal dunia.

Sedangkan keluarga D mempunyai hospital sendiri. Ayah D pengarah hospital swasta yang kini mempunyai banyak cawangan.

“D tu sensitive, selalunya adik kembarnya yang melindunginya. Sejak adik kembar tiada, dia baru sedar yang dia patut melindungi adik kembarnya sedangkan dia abang”ujar Sakinah. Sejak mengenali D dangan lebih dekat. Lelaki lembut mempunyai semangat yang tinggi. Biarpun lembut lelaki itu tetap ingin menjadi lelaki yang kuat dan gagah melindunginya.

“Elok sangat kau sudah kenal dia. Dia suka perhatian”balas Zara.

“Perhatian  dan manja kemain, rimas aku” mengekek ketawa mereka.“Keluarga D yang mengurus semua majlis kami nanti”

“Baguslah kau boleh bersama dengan keluarga mertua”ujar Zara dengan nada lemah. Sampai sekarang dia ibarat menantu terbuang. Memang dia bahagia dengan Tr namun dia tahu di sudut hati Tr, suaminya itu amat merindui aunty MAisara.

“Berdoa, Zara. insyaAllah..Allah akan buka pintu hati Tengku Maisara untuk mnerima kau”

“Aku tak kisah Kinah, aku kesian dengan Tr sebab aku dia terpaksa menyimpan rindu dendam pada auntynya. Sejak kecil lagi aunty Maisara yang menjaganya seperti anak sendiri tetapi sebab aku dia berpisah dengan aunty Maisara”

“Sayang..”Tr datang ke arahnya “Selalu salahkan diri. Kesian kat anak kita asyik sedih saje”

Zara memandang suami tercinta. Sang arjuna beta itu memnag pandai memujuk. Sejak dia mengandung apa saja yang diminta pasti ditunaikan Tr. Tr memang menjaga dia dengan penuh kasih sayang. Terima kasih tuhan..

“Ingat pesan aku, jangan bersalin lagi sebelum majlis kami nanti” Sakinah sengaja menukar topic.   

“Tema apa?”soal Zara ingin tahu.

“Apa lagi Za, kpop laaaa…”d menjuling mata ke atas “sudah tua nak juga kpop jambu tu”

“Elehhh…dia tak sedar dia pun jambu”

“Oiii..oiii..cik kinah, jambu ni jambu asli tau” mengekek ketawa mereka.

“Hei..korang tak da panggilan sayang ke?” soal Tr sambil ketawa masih bersisa dengan perangai kawan Zara itu.

“Ada..lepas kahwin nanti” balas Sakinah tersengih panjang.

“Apa dia?”

“Rahsia!” serentak pasangan itu menjawab. Mereka ketawa bersama. MAk Leha yang berada di dapur menjenguk sambil tersenyum mengeleng kepala.

Perangai orang muda sekarang. Suka menyakat tanpa segan silu. Kalau dia dulu jangan harap nak mengusik hal-hal rumah tangga ini.

                                  


Be Mine! 44


 Bab 44



Tengku Maisara menunaikan  janjinya. Dia tetap dengan egonya biapun dia tahu salahnya. Dia membuat syarat dengan TR. Jika anak sedaranya memilih untuk dengan Zara, Tr tidak akan dapat sesen pun harta milik keluarga mereka. Jawapan Tr mengecewakannya. Dia juga ingin kepastian apa yang dikata Tr berkaitan Tengku Melinda. Nelly pun senyap, dengar khabar Nelly menyambung pelajarannya ke UK semula.

“I just nak tanya you Melly hal berkaitan jodoh fael dengan Nelly” kedatangan tengku Maisara di vila Tengku Melinda disambut baik dan tenang. Tengku Melinda sudah tahu dari nelly tentang Tengku Maisara.

“Jemput minum dulu, I rasa you patut basah tekak you sebelum kita memulakan semuanya”sindir Tengku Melinda. Adik sepupunya itu sudah melebihi segalanya. Dia hilang sebahagian pemilikan harta keluarga nenda bila dia tidak berjaya memikat hati tengku Rashdan. Puas dibela orang tua itu namun harta itu tetap jatuh ke tangan keluarga Tengku Rashid ayahanda Tengku Rashdan dan Tengku Maisara.

“I tahu you berkenan sangat dengan abang I tetapi I tak tahu agenda dan niat you sebenarnya”

“Memang I sukakan Rash dulu, tetapi dia lebih terpikat dengan Safiyyah yang sederhana itu”

“So sekarang you nak Nelly menyambung hajat you yang tak kesampaian?”

“Yeah.. Biarpun keluarga I sudah terkeluar dari keturunan Tengku Mariam dan Tengku Rashid, tetapi I tetap cucu keluarga itu, I berhak ke atas semua milik Nenda Mariam. I bela dia, makan minum, sakit demam dia semua I peduli tetapi si tua tu letak syarat juga untuk harta dia” marah Tengku Melinda. Puas hati meluah apa yang terbuku di hatinya. Nenda Meriam memang kejam. Sampai mati si tua itu tidak percayakan dia.

“Rash bertuah dia mati pun masih ada pewaris tunggal dia. Pandai Safiyyah lahirkan anak lelaki untuk keluarga you”

“Jangan you katakan pada I kemalangan abang I ada kena mengena dengan perancangan you” tengku Melinda mengangguk sambil ketawa berdekah-dekah.

“I hanya ada Nelly. Anak perempuan yang hanya tahu nak bermanja. I nak Safiyyah mati. Biar Rash tiada penyambung zuriatnya” Tengku Melinda ketawa lagi “ Perancangan I adalah Safiyyah dan Tengku Rafael tak sangka pulak tengku Rafael tidak hadir ke event syarikat sebab demam.”

“Melly kenapa you sanggup buat semua ni. Abang Rash dan I sepupu you.”

“Semua sebab Ayah you seorang lelaki dan nenda Meriam lebihkan ayah you, dia nak semua dipindah ke keturunan Tengku Rashid. I tak da niat nak bunuh Rash. I ingat kereta yang membawa Safiyyah hanya dia dan Tengku Rafael. I ingat dia di hotel sebab I dapat tahu Rash menginap di hotel sehari sebelum event itu. I tak sangka dia ikut Safiyyah pulang ke rumah sebab  tengku Rafael demam.” Tengku Melinda mengonggoi meraung seperti orang hilang akal. Dia cintakan Tengku Rashdan, bila kematian Tengku Rashdan  berpunca darinya. Dia bagai orang hilang separuh nyawa namun kedatangan Tengku Rafael bagai pengubat rindunya pada Tengku Rashdan.

“I penyebab abang you mati, Sara”Tengku Melinda meraung semahunya “Tangkaplah I masukkan I ke dalam lokap, I sudah tak kisah”

Air mata Tengku Maisara mengalir laju. Abang Rash… maafkan Sara, Kak Safiyyah…maafkan Sara. Sara selalu menyalahkan kak safiyyah setiap kali teringat kemalangan itu.

“I tak sangka, Sara. I tak boleh jadi penganti safiyyah sebab dia terus ambil Rash bersama”Tengku Melinda menampar dadanya dan menarik rambutnya yang memang sudah kembang.

Balik dari vila Tengku Melinda, Tengku Maisara terus mengurung diri dalam bilik bacaannya. Mia dibiar Buk Lijah uruskan. Hatinya sedih. Segalanya berpunca dari ketamakan Tengku Melinda, dia kehilangan abang kesayangannya.  Adakah dia juga seperti Tengku Melinda? Kerana kekayaan yang mereka miliki dia jadi takut untuk pilihan Tr yang tidak mempunyai apa-apa.

Tengku Maisara ralit melihat foto abang bersama kakak ipar yang belajar bersama di KAnada. Ketika itu fael masih kecil berusia setahun lebih. Keluarga itu bahagia.  Dia menyalah kematian abangnya menyebab dia dipertanggungjawab menjaga anak kecil itu.

Masa mudanya dihabiskan menjaga syarikat dan pewarisan milik fael. Sebab itu dia kecewa bila Fael sanggup meninggal semua yang dia usahakan untuk anak itu. Tengku Maisara tidak mahu pun semua milik fael. Dia hanya ingin fael menghargai pengobanannya sahaja.

“Abang Rash mesti cintakan sangat kak Safiyyah?” dia teringat waktu itu dia dan abangnya sedang merehat diri setelah penat berjogging.

“Sayang sangat.. macam abang sayangkan adik abang ni” pipinya dicuit Tengku Rashdan. “Abang yakin adik abang akan berjumpa dengan seseorang yang setia dan sabar dengan perangai bertuah adik abang ni”

“Haishh…Sara baik je abang”marahnya “Abang tu macam bertuah sangat perangai bebal suka melawan cakap papa”

Ketawa Tengku RAshdan sambil mengusap kepalanya. “Papa tak suka Safiyyah, dia nak abang berkahwin dengan anak Nenda Meriam, melly”

“Melly pun apa kurangnya”

“Melly bukan gadis yang abang impikan”

“Wah…abang demand juga ye?”

“Abang nak gadis yang sederhana. Senyuman yang manis  cukup untuk abang seorang sahaja pujakan dia”

“Hai… mat bunga juga abang Sara ni”

“ Baru Sara tahu ke”sempat Tengku Rashdan mencubit Tengku Maisara dan berlari meninggalkan adiknya.

“Tunggu…siap abang dengan Sara bila dapat nanti” Tengku Maisara berlari mengejar Tengku Rashdan. Awal lagi papa mahu menjodohkan abangnya dengan Tengku Melinda. Bermakna papa masih lagi pentingkan anak sedaranya namun abangnya lebih memilih cinta hati dari arahan papa biarpun papa mengugut seperti mana dia mengugut Tengku Rafael.

“Fael nak gadis yang sederhana, aunty”ungkapan itu dia masih ingat sewaktu bertanya soal hati anak muda itu. waktu dia dapat tahu gossip Fael menaruh hati pada anak Tan Sri Nazman, Natasya.

“Sederhana? How about Natasya?”

“Dia bukan gadis sederhana. Natasya selalu inginkan perhatian. Dia akan buat orang sekelilingnya memandangnya”

“So?”

“Fael nak gadis itu hanya manis untuk Fael seorang sahaja memandangnya tanpa jemu”disaat itu Tengku MAisara rasakan ibarat berbicara dengan abangnya.

“Fael..”air mata Tengku MAisara kembali menjurai semula. Adakah Zara Aulia gadis sederhana dan manis dipandang Fael tanpa jemu?

Adakah Zara Aulia seperti kakak iparnya meragut nyawa insan  yang dia sayang? Oh..tidak! dia sudah menyalah  takdir Tuhan.

Tiba-tiba perut Tengku MAisara terasa sakit seperti dihiris pisau. “Auwwhhh…sakitnya”

Suaminya outstation. Mia pulak sedang nyenyak tidur. Tengku Maisara menahan sakit. Dia mencari ubat tahan sakit lalu ditelannya. Setelah puas meneguk air, sakit di perutnya beransur pergi.