27/01/2013

Be mine! 26

salam...sblum FN post dis bab, FN nk mohon maaf bebyk2 krna buat kwn2 mnunggu.. Fn trlalu bz terlampau bz dan tersgt la bz..smpai xsmpat nak hadam citer ni and taip dlm laptop..kwn Fn pun tgur.. mcm gini ayatnya
 kawan Fn " wei..sesuka ati je ko wat aku tertuggu citer kau. ingat best ke wat oarg tggu penantian itu satu
 penyeksaan"
 Fn " sowi2..aku tak dan nak lyn story tu sbb story aku lgi berjela-jela..
kawan Fn " bla..bla..blaa
membebel la . hehe..salahkan empunya diri krn buat dia menunggu. so Fn rasa korang yg follwer pn mcm tu jgk perasaannya kan? sori.. ( mianei) +_+

P/s : FN layan jap dis song ni so mcm kene je ngn perasaan time taip dis story..sob..sob.. sob!! sedeynyerrrr




_____________________________bab 26________________________



Lilitan selendang pemberian TR dikemaskan dikepalanya. Sekali lagi dia berpatah balik kebelakang melihat penampilannya. Didekat mukanya pada cermin almari solek itu. takut-takut ada taik mata..hehe
Zara pergi ke porch kereta dimana Pak Aziz sedang mengelap cermin depan kereta mewah itu. “ 

Assalamualaikum..Pak Aziz..”

“Waalaikumussalam..Zara, cantik hari ni. Mana tengku? Tak turun lagi?” laaa..dia ingat TR sudah lama menunggunya dikereta. Takut jugak dia lambat nanti ditengking pulak. Tapi ‘penyakit putera’ dah sembuh. Rasanya Tr selalu je sapanya dengan senyuman.

TR masih lagi membelek bajunya.. ‘ Nampak macam tak macho je?’ komennya sendiri. Dia mengambil T-shirt polo yang lain pulak. Baju yang tadi dilempar atas katil. Sudah bertimbun baju dia cuba padankan dengannya masih lagi tidak puas hati.

Zara perlu Nampak dia segak. Dia putera impian gadis itu. dia prince charming. Dilihat lagi penampilannya. Sebaik sahaja dia berpuas hati barulah dia berganjak dari cermin yang menampak dirinya sepenuhnya.
Hadiah yang sudah lama disimpan dalam laci diambilnya lalu dimasukkan ke dalam kocek seluarnya

 TR berjalan kea rah Zara yang sedar menunggunya sambil menyandar tubuh dikereta. “Hai..lama tunggu”

“Dah berjanggut..”selamber je gadis membalas. Senyumannya bertukar rasa. Dilihat Pak Aziz yang membuka piintu pemandu untuk masuk ke dalam perut kereta audi itu tersenyum perli.

“Mana janggutnya” didekat wajahnya ke wajah gadis itu.

zara telan liur tak lepas. Haila..TR ni suka mengoncang iman aku.  dijauhkan wajahnya kemudian dibuka pintu untuk TR.matanya sedari tadi terpaku melihat TR kelihatan segak hari ini. bauan polo sport menucuk hidunnya. sakan TR!

“Terima kasih untuk terakhir menjadi maid aku” TR tersenyum.  dia senang hati melihat Zara cantik memakai selendang pemberiannya. padan warna merah itu dengan kulit Zara. 
TR melolos masuk kedalam perut kereta mewah itu.

Terakhir menjadi maid dia?

Apa? TR memang tak pernah sukakan dia. 

Zara ingat lagi Tr pernah mengatakan dulu. Lelaki itu suka dia jadi maid lelaki itu je.

Hahahaaaaa…. “Suka kau jadi maid aku ade la…saje je aku nak fight dengan luqman sebab dah lama aku tak puas hati dengan dia alas an dalam perjanjian itu hanya sekadar syarat je..takde maknanya pun”

Zara hanya mendiamkan diri sahaja ditempat duduk depan. TR tersenyum dalam hati, pelangi warna  cerianya mula menghiasi langit siangnya.

Mereka bertiga hanya mendiam diri . masing-masing dengan cerita sendiri.  Zara mula rasa terkilan dengan sikap TR. ajak keluar semata-mata nak ucap terima kasih jadi maid dia. Sekadar belanja makan?

Kalau malunya boleh dicubit keluar, nak je dia cakap “ TR sebenarnya saya suka awak!!!!! Saya rela jadi maid awak. Tinggal disisi awak”

Zara rasa dia sudah jelas dengan perasaannya sekarang. Dia sukakan TR. lelaki itu wujud dalam taman hatinya.

Sedar tak sedar mereka sudah pun sampai di pusat Bandar. Pak aziz memberhentikan kereta di bahu jalan.

“Terima kasih Pak.aziz, nanti orang telefon pukul berapa datang ambil” ucap Tr sebaik sahaja keluar dari perut kereta audi. Begitu juga Zara.

“Baik-baik jalan. Beli barang tu tengok sama jangan sampai orang ragut” pesan Pak Aziz sebelum kereta meluncur pergi meninggalkan mereka.

Sebelum melintas jalan untuk ke seberang sana, TR memnadangnnya. Beg sandang yang digalas  lelaki itu dilurutkan dari bahu lalu dibuka zip.  Ngaaaaa…

Mulut Zara sudah melopong. Kening gadis itu terangkat bila mana melihat TR mengeluarkan glove  kaler hitam.

Ini bukan lagi UK, bukan musim sejuk? Ni Negara Malaysia panas dan hujan sepanjang tahun dan yang dia pasti sekarang ne panas terik. ‘asal mamat poyo ni nak pakai glove?

“Nah..kau ambik sebelah, aku pakai sebelah” glove sebelah kiri diberi kepadanya. Keningnya sudah bercantum.

“Asal ni? nak wat magic ke?”soal Zara. Ketawa TR berterabur.  Kemudian wajah kacak itu mengukir senyuman.

“Senang kita nak lintas jalan nanti, aku risau kereta banyak, orang pun ramai. Aku takut kau ketinggalan ke belakang so bila macam ni aku kena pegang tangan kau, okay tak? kalau nak elak dosa pegang tangan bukan muhrim?”

Haaaaa? Okay tak? Ade ke orang buat macam tu nak elak dosa? Haila..anak murid sapa la entah? Belajar mana si tengkujuh ni.

“Emmm..boleh ke?”

“Dah la..banyak songeh kau ni” cepat-cepat dia memakai glove di tangan kirinya manakala TR pulak di tangan kanan lelaki itu.

Dia berpimpinan tangan dengan lelaki itu bila melintas. TR akan melepas tangany bila sampai ke seberang jalan. Bila mereka berjalan menyusuri  starwalk ramai orang berjalan kali  menjadi sesak, lelaki itu akan mengapai tangannya ber’glove’. Zara hanya mengikut rentak TR.

Mereka masuk ke dalam shopping mall. Dia terlihat aiskrim yogi-yogi. Tiba-tiba langkahnya terhenti.

“Nape?” soal TR berpaling kea rah wajah gadis itu. Matanya turut sama melihat apa yang dilihat Zara.  “ Nak aiskrim?”

Zara mengangguk laju. TR lantas berjalan kearah kiosk yang menjual aiskrim yogi=yogi itu. “ Kakak bagi aiskrim satu”

“Nak perisa apa adik?” kakak pakai baju kaler purple itu tersenyum. Zara perasan kakak tu asyik tengok TR tanpa berkedip. Lelaki itu kan menarik perhatian dari dirinya.

“Zara nak perisa apa?” Zara berjalan kedepan. Dekat dengan TR. dan lebih lagi bersebelahan dengan TR.

“Pelangi..” TR pandang Zara. Senyum lelaki itu lebar..ya pelangi..Zara suka makan aiskrim pelangi kerana itu gadis itu bagai pelangi dalam hidupnya.

“Kak bagi perisa pelangi tu.” Kakak itu mengangguk. Zara tunduk je. TR berdehem bila mata kakak itu asyik memandang dia kemudian Zara.

“Nape akak? Awek saya cantik ke?” ngaaaa..mau je tercabut gigi kat situ jugak.
Awek?

Kakak itu tersenyum mengangguk.. “Nah..Dua ringgit setengah”

Tr mengeluarkan walletnya diambil not sepuluh  ringgit lalu dihulur pada kakak baju kaler purple itu. “Beli ye kak, terima kasih”

“Ye jual.. Adik, datanglah selalu beli aiskrim kat akak ni” Zara mengambil aiskrim tu dan berjalan pergi meninggalkan TR di belakang. TR mengambil baki duit aiskrim kemudian dia berlari anak mengejar Zara yang kini sudah mula jauh meninggalkannya.
  
Akak tu sebenarnya nak mengorat TR je lagaknya. Zara tahu TR selalu jadi perhatian jika lelaki itu tersenyum atau bercakap. Lelaki itu ada daya tarikan.

“Zara..jap! tunggu la saya” rasanya itu suara TR memanggilnya. Kenapa ayat formal? Zara sebagai kata ganti kau. Saya sebagai ganti aku (TR).

Zara + saya =?

Apa maknanya?

“ Kenapa Zara tak tunggu saya?” lelaki itu meraih tangannya ber ‘glove’. Dia tersentap. Aiskrim yang baru nak masuk mulut ditarik semula.

“Tengku…kenapa?” soalnya. Matanya memandang wajah ceria lelaki itu.

“Jom..kita duduk kat bangku di taman tu.” TR menarik tangannya. Dia hanya mengikut langkah lelaki itu. itu bukan TR yang selalu dia biasa lihat. Tr ini berbeza. ceria dan yang paling ketara tr ni macam keluar dating je dengan aku. macam…macam..macam mana  aku nak cakap aku ni macam Natasya je bila disisi Tr. natasya kan girlfriend  Tr tapi aku maid dia je.

“orang soal dia, dia soal orang balik. Kenapa? Tak boleh ke saya panggil awak?”

“Tapi kenapa Zara? Kenapa saya?”

“Zara tak suka ke?” cepat-cepat dia geleng tapi kemudian dia ubah pulak mengangguk kepala. Sebenarnya dia suka.dari bahasa aku-kau.

“Haa..macam ni la, Zara panggil saya Fael, saya panggil awak Zara..so senang jadinnya Fael Zara” Zara memandang wajah kacak itu yang tersenyum meleret.

“Zara..Fael?” bukan itu nama khas untuk orang yang rapat dengan TR ke?

“Yup! Fael” TR menunjuk dirinya kemudian menunjuk diri Zara

“Awak Zara…saya panggil awak Zara”

“Jadinya saya panggil tengku Fael?”

“Binggo!!” Tr petik jari. Zara tersentap kemudian ketawa. TR turut ketawa, dia memerhati gadis itu sedang menyuap aiskrim ke mulut.

“Zara..”

“Hah?” Zara berpaling kea rah TR. TR buat muka geram..tak faham betul la budak ni. lambat pick up soal hati ni. TR tepuk dahi.

“Zara..”

“Zara…zara…zara” TR panggil lagi namanya. Zara tersenyum dihabiskan aiskrim pelangi itu.

“Fael…Fael..Fael” TR tersenyum bila Zara mula mengerti maksudnya.

“Zara..”

“Fael..”

“Zara…”

“Fael..”

Mereka berbalas kata. Mata mereka saling bertaut. Senyuman dibibir mekar ada taman indah di hati masing-masing.

“Zara..”

“Fael..”

“Zara I love you”

“Fael..i love you..” Zara menutup mulutnya. Apa yang di mula merepek. Seronok panggil nama TR fael sampai dia tersasul.

Ketawa TR berterabur “ Kenapa? Habiskan ayat Zara..Fael I love you too”

“Hah?” TR menjuling mata ke atas..ditepuk dahinya.

“Zara I love you” diulang lagi.

“Hah?”

Tr jentik dahi gadis itu.. “ kata la Fael I love you too”

Auuchhh… “ sakit la”

“Fael I love you too” Zara tunduk. Dia jadi blur sekejap.

“Zara..kenapa?”

“Zara tak faham maksud teng..” belum sempat dia habis ayat Tr mengeleng kepala. Dia faham

“Zara tak faham maksud fael?”

“Fael suka Zara..”

“Suka?”

“Yes..kita tukar status kita so..berakhir sudah Zara sebagai maid Fael and Zara Aulia dilantik menjadi girlfriend Tengku Rafael yang sah. Statusnya bila ada mana-mana lelaki cuba tackle Zara, katakan “ saya awek TR” okay?”

Zara ketawa. Dia gembira. Ya Allah…dia macam tak percaya lamaran TR pada saat ini. Nak je dia balik tulis diari sekarang. Dia tunduk lihat jam, pukul 1.05 minit tengahari. Dia menjadi teman istimewa lelaki itu.

“Betul ke?”

“Zara tak suka ke? jangan jawab jawapan negative nanti Fael akan ubah menjadi positif. Awak suka ke tidak dengan saya, awak kena terima sabagai balasan awak kerana muncul dalam hidup saya.”

“Saya terima balasan itu. saya sedia tinggal disisi awak” Tr memandang raut wajah itu tanpa berkedip.

“Zara..awak tahu awak pelangi waktu siang saya, bintang indah malam saya” Tr mengeluarkan hadiah yang sudah lama dia simpan.

“Ni bukan rantai tangan yang..” Zara mengerut dahinya bagai tak percaya.

“Fael lama simpan untuk Zara.” Dipakai rantai tangan bintang itu ke pergelangan gadis itu. “ suka tak?”

“Suka..sejak bila Fael suka Zara?” Zara mengangguk laju, air matanya mula mengalir menuruni pipi.

“Awak nangis?”

“Tak..Zara happy. Kenapa baik dnegan Zara?”

Tr ketawa.. “ Sebab awak muncul dalam hidup saya dan saya suka dengan awak”

“Kenapa?” gadis itu menyoal lagi..

“Sebab saya nak awak tinggal di sisi saya sampai bila-bila”

“Bila Fael suka Zara?”

“Bila Zara senyum..” mereka sama-sama ketawa…

“Zara macam tak percaya..” TR menjentik dahi gadis itu sekali lagi.

Auuaacchhh.. “ sakit la”

“percaya tak lagi..” senyum lelaki itu meleret. Satu lagi hadiah rantai yang diukir nama mereka berdua TR..ZA..diberi kepada Zara. Gadis itu menyimpan dalam beg sandang. Kata Zara mahu simpan buat kenangan. Bila difikirnya kenapa harus disimpannya buat kenangan? Mereka berjalan bersama sambil mengukir senyuman.

Kemudian mereka singgah dikedai buku. Dibeli lima buah buku novel pada Zara. Gadis itu terkejut. 

“Fael tak mahu Luqman beli buku untuk Zara. Biar Fael yang belikan Faham!!”

Zara menjeling. Dia tak faham dengan perangai putera itu. tengkujuh dah lari. Penyakit putera pun dah ghaib sekarang angin asmaradana pula.

Mereka makan tengahari di secret recipe. Hari ni TR belanja. Zara rasa seperti dihargai oleh lelaki yang salami ini dia ingat tidak ada perasaan. Lelaki sombong tetapi lelaki yang berada disebelahnya sekarang lelaki yang penyayang.

Mereka berehat disurau dan sembahyang zohor. Setelah usai sembahyang Zohor. Mereka berjalan ditepi jalan untuk melintas ke seberang jalan. sana

“Fael..”

“Hurmm..nape?”

“Zara nak beli rojak jap..Fael nak tak?” mereka sudah smapai ke seberang jalan sana. Zara baru perasan ada rojak di seberang sana semasa mereka sudah melintas ke seberang sini.

“Boleh jugak..nak air jugak haus..Fael telefon Pak Aziz datang ambil kita ye”

“Fael..”Zara panggil lagi.

“Hurmm..nape?’

“Zara pergi ye..”

“Yee…hati-hati melintas”

 “Fael…” Tr mula mendail nombor telefon Pak Aziz.

“Fael…” Tr berpaling.. “ yea..”

“Zara pergi dulu..bye!!”
 Dilihat Zara sudah melintas ke seberang sana. Ada gerai rojak buah dibahu jalan. Panas terik hari ini. Tr berjalan ke pohon sena untuk berteduh di sana.

“hello..” salam pak Aziz dijawabnya.

“hello..Pak aziz..boleh datanng ambil orang. Kita orang dah nak balik. Dah selesai beli barang..”

“FAel…” dia rasa adaorang panggilnya dari arah sana. Seberang jalan sana. Tempat Zara beli rojak.

Dia berpaling kea rah jalan. Dilihat ramai orang sedang berkerumuni depan gerai rojak. ‘asal la ramai sangat orang depan gerai tu sampai Zara pun tenggelam.’ Rungut hatinya.

“Baik..tunggu Pak Aziz ye”

“Yea..” dimatikan talian. Dia menyimpan semula handphone dalam kocek seluar. Dahinya berkerut. Orang ramai yang berada di depan gerai rojak itu bukan menunggu untuk membeli tetapi…

Tr berjalan melintas jalan. Semakin laju langkahnya. Dadanya semakin berdegup kencang. Tangannya sudah mengeletar. Sebaik sahaja langkah kakinya berhenti disekeliling orang ramai itu. dia cuba mnecelah masuk.

Matanya terbeliak. YA Allah…air matanya mengalir laju tanpa dipinta bila melihat sekujur tubuh itu milik gadis kesayanganya. 
 

“Zaraaaaaaaaa!!!!!” diterkam sekujur tubuh itu. rojak buah bertaburan dijalan. Nafas Tr bagai tersekat-sekat.

“Zaraa…”ditepuk pipi gadis itu. kepala yang berhijap itu berlumuran darah. Mengeletar tangan TR melihat darah merah ditangannya bila dia memangku kepala gadis itu.

“Tolong Zara..cepat!!!” dia bagai orang gila menjerit sekuat hati.

“Zara…”

“Fael..ma..af..”digeleng kepalanya. Jangan cakap apa-apa Zara.. dilihat tangan gadis itu memengang rantai tangan pemberiannya tadi.

Adakah sebab rantai tangan itu?
                                           
*****************************to be continue...............


p/s: ada lgi smbungan bab ni tp tak smpat nk edit nati fn post len yeee.......>_<

10/12/2012

Be Mine! 25

salam..kekawan, FN cuba mnunaikan janji hari ni Fn post bab 25 dulu esok insyallah, esok Fn post bab 26 plak kay...naaa..enjoy it!!

p/s: cuba dgr dis song ni time baca part luqman..sbb Fn dapay idea pun time dgr dis song ni. papun semua ni suggestion dri adik fn kata dis song ..deaabakk!!..sarangheayoo!!!


********************************************************************




Kisah langit yang berbicara tentang bumi yang dilihatnya. banyak cinta manusia dibumi ini, namun tak banyak yang ikhlas..mencintai tidak mengharapkan balasan seikhlas la kita mencintai 'dia' andai kita tidak ditakdirkan untuknya .begitu juga cinta kita pada Ilahi jangan diharap syurgaNya andai kita dilemparkan ke neraka Nya..ikhlaslah mencintai +_+

__________________________________________________________




Bab 25

Hari ini last paper untuk exam spm. Zara sudah habis dua hari yang lepas kerana Zara tidak mengambil subjek yang sama dengannya.

TR senyum melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Semalam dia ada beritahu Zara yang hujung minggu ini dia ingin keluar berdua dengan gadis itu.
Zara hanya diam tanpa banyak menyoal itu ini seperti kebiasaanya. TR berjalan menuju ke tempat pak Aziz memakir kereta mewah itu.

“Assalamualaikum..lama Pak Aziz tunggu?” Pak Aziz menjawab salam dengan membalas senyuman anak muda itu.

Betul kata Leha, TR sekarang bukan TR yang dulu. TR sekarang tahu hormat orang tua. Tahu senyum dan peramah. Agaknya kena ‘clorox’ dari Zara la tu. Bersih hati jiwa raga anak muda itu kena sental dengan zara kut?.

“Hari sabtu ni, Pak aziz datang ambil orang, nak keluar ke Bandar jap” Pak Aziz melihat TR sudah duduk ditempat penumpang dibelakang.

“Baiklah..” kereta Mercedes benz mewah itu meluncur laju kea rah destinasi yang ingin dituju.

“Pak Aziz…kalau dalam islam pegang perempuan itu haram kan?”

“ Yelah..tengku, perempuan ajnabi ke maksud tengku?” Pak Aziz kerling cermin depan yang menampak wajah anak muda itu.

“Ajnabi? Orang tak faham la?”

“Haaa..maksud ajnabi tu perempuan asing, bukan muhrim kita, kita boleh kahwin dengannya. Kenape tengku?”

Tr mengangguk faham “ saje tanya..kalau tersentuh? Macam mana pulak?”

“Kalau..kan bunyinya tak sengaja boleh dimaafkan.”

“Hurmmm..contoh dia jalan-jalan dengan perempuan tu lepas tersentuh tangan perempuan tu macam mana? Dimaafkan tak?” senyuman TR ada perisa.

“Kalau boleh dielakkan la. Jalan jauh-jauh sikit kalau boleh satu meter ke?” haaa??? Haila..apa kes keluar dating dengan Zara jalan jarak satu meter.

Pelik budak tengku ni? sebelum ni berpeluk dengan Natasya tu dia tak pernah tanya dosa ke tidak?

“Tak pa la Pak Aziz terima kasih dengan jawapan yang baik tu. Saje nak tahu.” Tr hanya mengukir senyuman.

Tetiba lagu dicorong radio kereta itu menarik perhatiannya. “Pak Aziz boleh kuatkan sikit volume radio tu”

“Baik tengku..”tangan Pak Aziz menekan punat dari remote control radio itu.
Lagu ni selalu dia dengar bila ada Zara. Gadis itu suka menyanyi lagu ni bila menyidai pakaian diampaian tak pun bila gadis itu membuat kerja didapur sendirian.

Classic song..satu perkara dia belajar tentang gadis itu. suka lagu lama. “lagu siapa ni Pak Aziz?”

“Jamal Abdillah..tajuk dia disudut kamar hati ku, pak Aziz pun suka lagu ni.” senyuman Pak Aziz meleret. Matanya memandang cermin depan. TR membalas senyuman itu.

“Lagu cinta ni?”

“Lagu cinta orang dulu. Orang sekarang lagu cinta rentak rancak.”

“Tapi Zara suka lagu ni”

“Zara tu minat sangat dengan Jamal Abdillah. Semua lagu Jamal Abdillah dia minat. Dia bagitahu Pak Aziz lagu ni lagu kesukaan mak dan ayah dia. Sebab tu dia suka sangat dengan lagu ni”
Ooo.. baru dia faham. Zara suka menyanyi lagu sebab dia rindukan mak dan ayah dia. Gadis ni klasik..minat lagu lama.

 ********************************************************
Zara mengelap cabinet dapur. Kemudian dia ke kaunter bar pulak. Dia pelik dengan sikap TR sekarang. Suka menolong dia didapur, suka berbincang soal hal agama dengannya. Lelaki itu buat hatinya tertarik..
Hatinya berperisa, bila dia pandang wajah putera raja itu. gelaran ‘tengkujuh’ sudah ditarik balik. Angin monsoon ke, puting belung ke? semua dah reda dalam diri lelaki itu. senyuman berperisa pulak penyeri wajah kacak itu.

Ingatannya tentang TR waktu hari raya. Lelaki itu tidak pulang beraya di UK untuk tahun ini. Tengku Maisara ada merungut pada acik. Kata tengku Maisara dia terpaksa burn tiket fly ke UK. Tengku Maisara sudah booking tiket ke sana tapi TR pulak tidak mahu pulang beraya di sana. Kata TR mahu beraya di sini untuk kali terakhir.

Ye..terakhir bersamanya, TR akan melanjutkan pelajran ke sana. Tapi dalam perancangan lelaki itu dulu mahu jugak dia ikut bersama.

Itu pun kalau result spmnya elok. Dia bukan pandai sangat macam TR. dia lebih kearah seni. Cita-citanya nak buka kedai kraf tangannya dia sendiri.  Setakat mengaji di kolej swasta pun dia dah senang hati banyak.
Luqman pulak kalut mengisi matrik untuknya juga. Lelaki itu juga mahu dia sambung study bersama. Haiya..susah juga kalau dua-dua lelaki ni nak dia ikut  bersama. Mana dia mahu pilih? Masing-masing pakej yang menarik.

 Dia ingat lagi hari raya, TR mahu bergambar dengannya sempat lagi lelaki itu membisik ditepinya.

“Ingat Zara, lepas exam ni kita ada date.”lelaki itu kenyit mata.
 Mulutnya sudah terlopong. Dia menganjak sedikit jarak duduknya dari lelaki itu.

“Haah?”

“Tengok tu  buat muka orang geram dengan dia. Tapi  kau suka nak keluar dengan aku kan?” haila..dia ni la suka buat aku malu sendiri.

“Bila pulak? Saya tahu, saya ingat. Tapi serius ke kita nak keluar berdua je?” soalnya

“Yelah..last date dengan kau. Aku tak pernah dating dengan kau. Sebelum ni aku dah keluar dengan NAtasya. Ni kau pulak. Takut kau terasa dengan aku tak layan kau dengan baik.” Senyuman arjuna itu meleret.

Yeke? Terasa tu tak la sangat. Tapi sebab tu je? “Dating selalunya orang yang bercinta bukan?”
Haiya..ayat pancung diri tu Zara, dia sudah senak perut. Senyuman TR mengoda. Ada lesung pipit penyeri wajah itu.

“It’s up to you, kau rasa kita keluar sebagai lover couple ke? sebagai majikan dengan maid dia ke? sebagai teman tapi mesra pun tak pe”

Ngaaa….nak je dia cepuk muka toya tu, selalu bagi aku ‘terkena’ dengan ayat penangan romeo karat tu. Nak pekena aku lagi la tu. Nak je di backhand dahi lelaki itu.

“Suka hati Tengku la, ”

“Terakhir keluar dengan kau di sini sebagai majikan and maid. Aku mahu tamatkan hubungan kita sebagai majikan dan maid. Aku nak tukar status kita” Zara kerut kening. Dia tak faham. Apa yang cuba TR sampaikan padanya.

Mungkin..TR mahu ini yang terakhir dengannya. Bila lelaki itu mahu continue study di UK, lelaki itu akan bertemu dengan gadis bermata biru. Dia? Pasti maid ni tak akan digunakan di sana. Lelaki itu pasti sibuk study mengejar impian.

Baiklah..dia setuju untuk keluar dengan TR. dia jugak sudah maklumkan pada acik.  Acik tak banyak soal Cuma acik cakap. TR mungkin nak bagi hadiah special sebagai ganjaran atau balasan berkhidmat untuk lelaki itu.

Zara beralih pulak mengambil penyapu untuk menyapu lantai dapur itu. mungkin TR nak singkir dia dari hidup lelaki itu. tapi kenapa dia sedih? Patutnya dia gembira.

“Aku mahu tamatkan hubungan kita sebagai majikan dan maid. Aku nak tukar status kita” tamatkan hubungan?

 Tukar status?

Jadi apa?

Kawan yang akan ditinggalkan. Bila berjumpa balik pasti lelaki itu akan ucap

“HAi..lama tak jumpa. kenalkan Zara kawan lama wktu study sekolah menengah dulu” itu ayat yang Tr akan ucapkan untk memperkenalkan dirinya pada sesiapa yang jadi pemilik hati arjuna itu.

Haiseh..nape aku tetiba jadi emo jek? Patutnya aku gembira, aku dah bebas dari TR yang berpenyakit putera itu.

Dia berat hati. Penyakit putera itu sudah sembuh. Sebab itu hatinya tertarik banyak..banyak sangat. Nyatanya hatinya sudah jatuh…arghhhh..

Jatuh cinta……Tr

************************************** 

“Zara..luqman telefon” acik memberikan telefon rumah itu kepadanya. Dia mengambilnya dari tangan acik lalu mengucap terima kasih dan berlalu pergi ke bilik tidurnya untuk berbicara dengan ketua pengawas itu.
Salam Luqman dijawabnya. “Awak sibuk ke?” soal Luqman bila dia mendiamkan diri sebaik sahaja membalas salam lelaki itu.

“Tak..awak sihat? Buat apa sekarang?” soalan Zara membuat Luqman tersenyum lebar. Dia sekarang sedang melihat foto kelas, tetapi matanya hanya terancap pada wajah gadis sederhana itu. lama dia membelek wajah itu dia teringat untuk menelefon bertanya khabar.gadis yang Berjaya mencuri hatinya.

“Sihat bila dengar suara awak, saya sedang tengok awak” ketawa lelaki itu. hatinya berdengup kencang. Luqman suka buat dia rasa serba salah. Dia suka dengan lelaki itu namun untuk mnerima lelaki itu lebih dari seorang kawan dia belum bersedia.

“mana awak Nampak saya” dia cuba ketawa menutup kegusaran dihatinya.

“Saje..awak sekarang ne macam tak suka bergurau dengan saya jek?”

“Tak la..Cuma saya takut awak terlalu mengharapkan saya tetapi saya kecewakan awak. Luqman, saya nak kita biarkan dulu soal hati ni, kita tumpu pada impian kita” luqman tersentap. Zara terlalu berterus terang. Kenapa zara sekarang cuba menjauhinya. Adakah TR sudah meluahkan soal perasaan lelaki berlagak itu pada ‘gadisnya’.

“Awak sukakan TR?”terus soalan terjah ke telingannya. Zara mengigit bibirnya. Adakah dia sudah mebuat hati luqman terluka.

“Tak..TR tak mungkin sukakan saya. Dia anggap saya maid dia tak lebih dari itu”katanya cuba berlucu. Namun hanya dengusan saja yang dia dengar dari Luqman.

 Disebalik dengusan itu, luqman tahu siapa TR? hati TR sudah terpaut pada  Zara. Dia lelaki dia tahu sikap apa yang TR cuba tunjukkan. Ego TR lebih tinggi darinya. Mungkin TR lebih memikir lagi tentang           perasaan pada Zara untuk menimbang semula betulkah lelaki itu benar-benar sukakan perempuan biasa dimata lelaki ego itu.

“habis tu kenapa awak tolak saya mentah-mentah? Kenapa awak tak fikir dengan lebih matang lagi. Saya tak kisah Zara kalau awak nak ambil lebih masa lagi. Berapa awak mahu? Dua, tiga, lima atau sepuluh tahun? Saya tetap tunggu” ngaaaa…….zara dah tak boleh bernafas dengan baik.

“Awak cinta pertama saya Zara.” Ucap luqman lemah.

“Luqman..kalau Zara tak pernah hadir dalam hidup awak macam mana?”

“Tetapi awak sudah pun hadir..”ayat luqman terhenti bila Zara bersuara.

“Saya akan cuba padamkan” potong Zara..

“kenapa? Awak tak suka saya ke?”

“Bukan..saya tak yakin dengan diri saya. Saya rasa, saya tak patut hadir dalam hidup awak dan TR. kalau itu yang awak sangkakan. Saya bukan milik sesiapa.”

Luqman hairan. Zara seolah hilang mesra dengannya…hatinya pedih..

“Zara…” panggilnya

“Luqman..kita kawan..” dia angguk perlahan. Air mata lelakinya jatuh setitis….

“Saya harap akan jumpa awak lagi bila kita sambung belajar nanti”
Zara mengiakan saja. Dia tak tahu kenapa dia mudah melukakan hati Luqman? Kenapa dia bertindak sekejam ini. Kenapa??

Hatinya dipagut rasa bersalah. Matanya berkaca bila membalas salam Luqman yang kedengaran sayu. Telefon sudah dimatikan luqman. Pasti Luqman kecewa dengannya.

Mungkin hatinya terikat dengan cinta lain. Kalaupun TR tak sukakan dia, dia jugak tidak akan menerima Luqman. Kerana cintanya untuk ketua pengawas itu hanya cinta seorang kawan tak lebih dari itu.