12/08/2013

Be Mine! 31

salam... kekwn fllwr..Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin. sori Fn lamabat wish n post en3 baru..sbb internet problem...so skrg dah ble post laju2..hehe


'destiny by infinite
daebakk!!

Dia melangkah keluar dari ruang tamu ke koridor luar banglo dua tingkat itu mencari seseorang. Selepas tidurkan Mia dia tertidur sekali. Tidak sedar seseorang yang dinantinya sudah lama pulang dari kerja. 

Senyuman mekar terukir dibibirnya tatkala melihat susuk tubuh seseorang yang dinantinya sedang bersandar dikerusi luar rumah sambil menikmati hidangan petang.

Dipeluk tubuh itu dari belakang sambil tangannya melingkari leher lelaki itu “lama you balik?”

“Dah..I tak sabar-sabar nak balik jumpa you lastnya you tidur dengan buah hati baru” lelaki itu mencemik.
Satu ciuman singgah ke pipi lelaki itu. Dia trsenyum kemudian melabuh ke kerusi sebelah lelaki itu. “Puas hati hadiah merajuk you”

Fauzi tersengih. “Pandai la you ni.. sebab tu semakin hari  semakin I sayang you”

Tengku Maisara membalas senyuman suaminya itu. sudah enam tahun mereka berkahwin selepas tengku Rafael melanjut pelajaran ke UK dia jadi tenang dan anak sedaranya sendiri mintak tunaikan hasrat agar berkahwin dengan Fauzi. Dia menerima seadanya lelaki itu kerana sudah lama dia membiar cintanya pada lelaki itu tergantung untuk sekian lama. Akhirnya dia berjaya menjadi suri di hati lelaki itu yang kini bergelar suaminya yang sah. 
 
                                       Tengku Maisara                               Fauzi

“I nak lebih dari tadi, hadiah tu tak cukup nak ubat rajuk I ni”

“Tak yah ngada-ngada encik fauzi, you dah ada Mia so jangan nak lebih sangat” Fauzi ketawa. Lelaki itu mengusap lembut bahunya.

“Lama Mia tidur?”

“Hurmm…yelah tadi anak dara you tu buat perangai, merengek berbagai nak dera mama dia. Semua tak kena..asalnya dia mengantuk tapi nak main lastnya yang terdera mamanya la..” dia mengadu kerenah Mia seharian hari ni. dia sudah tidak bekerja. Dia lebih senang sekarang menjadi suri rumah tangga mengurus anak dan suaminya sekarang lagipun itu juga permintaan Fauzi.

“Cianye..mama Mia ni ek? Nak papa Mia pujukkan pulak” Fauzi sudah mengecil mata.

“Dah.. I penat la sayang.” Dia menolak wajah Fauzi yang mendekat dengan laman wajahnya. Senyuman lelaki itu meleret. “Kita dah tua sayang”

“Tak..kita baru nak mula bercinta.”

“Umur 40 an you kata baru nak mula bercinta?”

“Of couse la sayang, lelaki kan kalau masuk 40 an jiwa akan jadi muda semula macam 20 an. So I nak mula bercinta dengan you”

“malulah kalau I pregnant lagi nanti. Time I pregnantkan Mia dulu pun ramai pekerja I menegur. Muka I sekarang dah mula berkedut. Nanti I bukan dapat anak tapi orang akan kata I dapat cucu”

Mengekek ketawa fauzi. Lelaki itu menghirup sedikit teh yang dihidang oleh pembantu rumah mereka.

“Okey pe..nati kita lawan dengan Fael” senyuman Tengku Maisara mati. Dia teringatkan TR. anak sedaranya itu sudah tidak mahu pulang ke Malaysia.

“Kenapa” soal Fauzi. “Sebab Fael ke?’

Dia menganguk. “Dia macam dah tak sayang I sejak I lepas dia ke UK. Harap I je yang selalu contact dia.   

Dia juga seolah melepas I pada you bila kita berkahwin dulu.”

“Maksud you?”

“Dia tak mahu ada apa-apa lagi dnegan I”

“Dia merajuk?”

“Entah?..”

“I rasa I tahu..” Fauzi memandangnya “ sebab Zara..”

Zara? Gadia itu sudah lenyap dari hidup TR. mana mungkin Tr masih terkenangkan gadis itu lagi? Dia  merahsiakan sesuatu dari TR.

“Gadis tu kan dah meninggal. Dah Sembilan tahun, tak kan Fael belum lagi melupakannya” Tengku Maisara mengetap bibir.

“Tak..gadis itu tak meninggal” berdegup kencang jantung Tengku Maisara. Bagai kejutan elektrik mengena tubuhnya.

“Tak meninggal..mustahil la sayang”

“Ye..bagi Fael  Zara hanya meninggal di alam nyata tapi bukan dalam hati Fael” Tengku Maisara melepas keluhan. Fauzi tidak tahu apa-apa. Dia juga merahsiakan sesuatu dari lelaki itu.

“Apapun Fael kena terima, tapi I yakin Fael jadi perangai dulu bukan sebab Zara meninggal dunia tapi sebab I yang dah berkahwin dengan you. Kan..sekarang Fael dah tiada sesiapa. I rasa kita patut jodohkan Fael secepat mungkin”

“Yelah Cik puan Maisara..you nak buat lagi perangai mendesak you tu? Fael pasti tak setuju. Tengok sekarang you suruh dia balik ke Malaysia pun dia tak mahu inikan you nak jodohkan dia” Fauzi tahu Tr masih lagi tidak dapat melupakan Zara.

 Dia tahu segalanya pasal hidup anak muda itu. semua milik Zara yang tertinggal dulu di Villa Tr bawa bersama ke Uk Cuma tengku Maisara saja yang tidak tahu. Fael hidup disana bersama dengan kenangan Zara.

“Nelly!!.." Fauzi menarik nafas. "I rasa Nelly sesuai dengan Fael.”  Tengku Maisra tetap degil.

“Nak ke Fael?”

“Mesti la diorangkan hidup bersama di sana. Study bersama. I rasa Fael mesti terima Melly lagipun I tahu Melly suka sangat denga anak buah I tu” senyuman mekar dibibir Tengku Maisara. Nelly anak sepupunya Tengku Melinda. Dia yakin Tengku Melinda pun akan setuju kalau dijodohkan dengan Fael.

Fauzi menarik muka. Dia takut Fael merajuk dan balik semula ke UK. Sebenarnya dia seorang saja tahu yang Fael akan pulang ke Malaysia hujung minggu ni. itupun puas dipujuknya.

“Betul ke Fael nak terus stay kat sini?” anak muda itu menganguk. Tangan anak muda itu menyusun buku-buku yang berselerak dipermukaan meja study itu.

“Fael ingat lepas habis master nak ambil PHd pulak” sekilas Tr memandang fauzi sambil tersenyum. Senyuman itu tidak semekar dulu.

“Sudah-sudahlah..baliklah. tolong uncle tengokkan syarikat. Penat tau!” sengaja dia merungut. Walhal Tengku Maisara sebenarnya beria-ia nak kan Tr pulang ke Malaysia.

“Pekerja bawah uncle kan banyak. Bukan uncle kerja bajak sawah pun, uncle CEO, pengerusi syarikat so arah je lah..”Fauzi tersengih. Dia menarik tangan Tr dari terus mengemas buku yang sudah sedia tersusun rapi tadi.

“Mana tahu ada Zara lagi di sana” Tr berhenti lalu memandangnya lama. Bibir anak muda itu kelu tanpa berkata apa-apa.

“Disini..Zara tak mungkin ada. Mana tahu fael boleh jumpa Zara disana” Diam!  

“Zarakan gadis melayu yang suka apa-apa saja berkaitan malay classic ni..kalau kat sini kebanyakan perempuan kebaratan kan?” Anak muda itu tetap diam. Dia hanya Nampak anak muda itu sedang melawan sesuatu di dalam hatinya.

“Apa maksud uncle? Dulu berkali-kali aunty kata Zara sudah tiada! Aunty paksa Fael lupakan Zara. Uncle pula macam membiar apa saja yang aunty buat. Kenapa sekarang uncle nak Fael yakin Zara masih ada sedangkan hakikatnya dia dah tiada”

Air matanya sudah bergelinang…

“seseorang yang macam Zara…macam bintang Fael. Ada banyak bintang dilangit mana tahu ada yang serupa.”

Anak muda itu diam kembali.

“You ingat siapa sayang?” Tengku Maisara menepuk pehanya. Fauzi tersedar dari lamunannya. Dia kembali memandang isterinya.

“You happy sangat ke kalau Fael pulang?”

“You saje tanya soalan bodoh tu kan? Of course la sayang, you tahukan I sayang sangat dengan Fael and then I nak sangat dia balik  sini tolong you uruskan syarikat”

“Percayakan I, fael akan pulang”Fauzi mengengam jari jemarinya. Kerutan didahi Tengku Maisara berombak banyak. “ minggu depan dia pulang”

“yeke? Kenapa you tak beritahu I awal-awal lagi banyak benda I nak prepare untuk sambut kepulangan dia” mulut Tengku Maisara melopong. Terharu dengan kepulangan TR. ditenung wajah fauzi mendalam “ You pujuk dia ke?”

Fauzi mengangguk kepala sambil mengukir senyuman “ I tak sanggup tengok you sedih setiap kali teringatkan Fael, nanti you cepat tua kan kita nak ada anak baru pulak nanti”

“Hisshhh..gatal you ni” satu cubitan hinggap disisi pinggang Fauzi.

“Adoi..adoi..sayang” dipegang tangan Tengku Maisara lalu ditarik tubuh isterinya kedalam dakapan penuhnya.

“I sayang you sangat hubby”

“I tahu..” senyuman itu seindah rasa yang hati sendiri saja dapat merasainya. Dia bahagia dengan perkahwinannya 

*********************************************


Alunan muzik first love by Utada Hikaru dimainkan dengan piano bergema lagi. Nelly bergegas keluar dari kamar tidur ke tingkat dua dimana tempat piano itu dimainkan seseorang. Dia melihat tubuh itu setia dibangku depan piano sambil jari jemari menekan keyboard piano mengalunkan muzik lembut dan sayu itu.




Lelaki itu selalu saja memainkan lagu itu seolah ada kisah disebalik lagu itu. dia juga hairan dengan kehidupan lelaki bernama Tengku Rafael itu yang menyimpan novel-novel melayu lama dirak buku lelaki itu. walhal dia tidak pernah melihat lelaki itu membacanya.

“have a nice day” senyumannya melirik. Disandar tubuhnya ke badan piano berwarna brown itu.
                                  
 
Lelaki itu mengerlingnya sekilas. Alunan muzik bertukar ke irama lain pulak , kali ni sampai sekarang dia tidak dapat meneka lagu apa yang dimainkan TR. agaknya lagu orang Malaysia kot?

 Dia kenal jugak artis Malaysia bukan dia tidak pernah pulang ke Malaysia tapi agaknya ini lagu lama. Dia juga banyak bercakap bahasa melayu dengan lelaki itu kerana lelaki itu hanya akan berbicara dengannya bila dia bercakap bahasa ibunda . 

 Dia tak faham dengan fiil lelaki itu.  pertemuan mereka agak menjengkelkan tetapi lama kelamaan dia jatuh hati dengan lelaki itu kerana sikap lelaki itu yang tak endah lansung dengannya dan banyak menyimpan rahsia yang dia sendiri ingin tahu.

“Abang jadi balik Malaysia ke?”

Senyap. Alunan irama bertukar pulak ke first love by utada hikaru. “hurmm..”

Ada respon. Dia tersengih. Dipandang wajah kacak yang bersahaja itu tanpa senyuman. Abang sepupunya itu mungkin punya citarasa yang tinggi untuk calon penyeri hidup. 

Dia yakin dia ada peluang. Dia bukan gadis selekeh dan bukan anak sebarangan. Dia jugak ada gelaran dipangkal namanya.dia pasti  abang sepupunya itu ada sedikit tertarik dnegannya walaupun tak banyak. 

 
Nelly

Walaupun mereka sepupu jauh tetapi keluarga nenda rapat sangat dengan keluarga Tr. aunty Maisara jugak ada mengusiknya nak dijodohkan dengan Tr. “nelly ikut sama…Bonda tak kisah lagipun bonda nak balik ke Malaysia jugak sejak nenda dah takda…bonda macam dah tak nak hidup disini”

“Bagus la..boleh Nelly belajar budaya orang timur” dia senyap. Pertemuan pertama dengan lelaki itu tidak menyenangkan. Dia balik dalam keadaan mabuk. 

Setiap malam dia gemar dengan sikap berpartynya sehingga dia sedar lelaki yang dulu sepertinya tak kisah dengan dunia sudah lain macam. Hidup mengaji dan sembahyang juga berpuasa. Dia hairan selalu lelaki itu datang beraya ke sini lelaki itu tidak endah dengan semua tuntutan dari agama tetapi sekarang lelaki itu rajin mengaji dan banyak bersendirian. 

Dulu pun Tr b senyap tetapi dulu lelaki itu menerima kehadirannya yang social, sekarang sudah lain. Aunty Maisara Tr dah berubah. Ya, memang sudah berubah. Itu yang membuat dia lagi jatuh cinta.

Tr bangun. Nelly menghalangnya. “Abang ada someone ke kat Malaysia?”

Tr tersenyum sedikit. Ditekan pelipisnya. Ya! Gadis itu sangat manis dipandang macam pelangi tetapi gadis hanya dalam kenangan dia je.

“Kenapa”

“Nelly saja nak tahu”

“Maksudnya?”

“Abang benarkan Nelly tinggal disisi abang tak?”

Tr memandang lama. “Berapa lama”

“Selamanya”

“Suka hati Nelly..”

“Abang sukakan Nelly tak?” gosokan dikepala dia dapat bila soalan itu ditanya. Lelaki itu beredar ke kamar tidurnya.

“Do you love me, abang?” don’t you? Dia tunduk. Dia suka sangat dengan Tr. dia ingin tahu rahsia hati lelaki itu.

Tr menutup daun pintu kamar tidurnya. Dia melangkah ke katil lalu direbahkan tubuhnya ketilam empuk itu. tangannya diletak atas dahi sambil memandang siling.

“Suka?” ayat itu selalu dia guna untuk Zara. “kau suka aku tak?”

Gadis itu pasti tergagap untuk mencari jawapan “ hah?” dia tahu gadis itu malu

Satu lekukkan didahi gadis itu “lambat!”

Dia berpaling kesisi kanannya. Tangannya meraba sesuatu bawah bantal. Ada beberapa foto g dalam buku novel dikeluarkannya. Foto itu diambil semasa raya terakhir bersama arwah.

Banyak kenangan tentang Zara masih segar dalam ingatanya biarpun Sembilan tahun sudah berlalu. Kalau zara masih hidup pasti gadis itu sudah menjadi suri dalam hidupnya mungkin juga dia sudah mempunyai dua orang anak yang comel.

Banyak benda yang dia ingin lakukan bersama Zara.. tengok konsert Jamal Abdillah bersama itu impian Zara yang ingin dia tunaikan. Baru-baru ni ada konsert artis Malaysia datang di sini dan dia pergi untuk hilangkan rindu pada Malaysia dan juga Zara.

Dia ada terbaca dalam internet ada konsert Jamal Abdillah pada minggu depan di istana budaya dan dia sudah booking tiket secara online untuk mendapat satu seat VIP disana bila dia pulang nanti. Terubat jugak rindu pada Zara walaupun gadis itu tiada bersama.

Dipejam mata… Bagaimana wajah zara sekarang berusia 27 tahun?





01/08/2013

Part 2 Be Mine!



Salam..kekwng fllower..sori Fn mntak maaf, bkn niat nak wat korang trtunggu tapi Fn bulan puasa ni entah..sllu je down sikit mgkin letih ngn study lg n pening kpla ngn assngmnt brlambak nie..haila..sori n tq still cmmnt lg kdg kala..cmment korang menaikkan smgat fn trimasssssssss.... luv u korang..

trap
daebakk..dis song by henry (superjunior)

Part 2
Bab 31

Sembilan tahun kemudian

Kotak-kotak yang tadi dikeluarnya dari bonet kereta dibawanya ke dalam stor barang. Huh! penat sehariannya kerja membeli stok baru untuk majlis yang baru di booking kelmarin. Persediaan perlu dibuat dari awal walaupun majlis itu akan diadakan pada hujung bulan ni. diurut kakinya yang lenguh, ditanggal sandal lalu diangkat kakinya duduk bersila di sofa sudut kedai itu.

“Hai..Za! letih ek? Meh cik D hidangkan ko air bujang manis ni” mengekek ketawa D sambil mengatur jalan dengan tertib depannya. D meletak air kotak perisa coffee depannya. Chait..air bujang manis la sangat.

“Yelah tu Cik D oii…sedap air bujang manis ko” senyuman D meleret. Tangannya ditepuk lembut lelaki itu. D duduk bersimpuh mengadapnya. “nape?”

“Result tadi la..” balas D

“Haa..boleh la..tak la mahal sangat kedai baru yang kawan ko bagi tu”

“kalau mahal kita runding dengan kedai lain”

“tak yah la..nati kecoh pulak si Kinah tu”Dia membuka plastic straw lalu dicucuk straw kedalam lubang kotak itu.

“sedap?”D mengecil mata. Senyuman lelaki itu manis untuknya.

“sedap sangat air bujang kau, lepas ni aku kena cari calon kat kau sorang, mau?”

“sapa?” D mengikut rentaknya.

“Kinah!”buntang mata lelaki lembut itu.

“OMG! Tak nak aku mati hidup balik kalau si Kinah tu kau nak kenenkan kat aku tak nak!..taknak..taknak” pantas digeleng kepala. Dia ketawa.

“wei..korang mengumpat aku ek?” Kinah muncul tiba-tiba. Senyap! Namun dia menyembunyi senyuman. D dan Kinah memang tak sebulu sejak dari kolej lagi tapi mereka tetap kawan sejati.

“Ada kau tergigit lidah ke?” serbu D.

“tak..tapi telinga aku berdesing tadi” Kinanh sudah melompat naik ke sofa sambil memeluk bahunya. Sempat gadis itu menarik air kotak dari tanganya. Disedut gadis itu.

“Telinga berdesing Cik Kinah orang tua kata itu tanda malaikat maut berbisik”

“Hush..celapoiii mulut kau D” air kotak kosong habis disedutnya dibalik kearah D. sempat lelaki itu menepis.
Dia ketawa.

Kinah bangun mengejar D yang sudah lari menyelamat diri. Namun lelaki lembut itu selalu kalah dengan sakinah, Kepala D ditunjal-tunjal Kinah.

“Zara….” Dia berpaling. Senyumannya menjadi bertambah manis.

“Lunch time.” Lelaki itu mengoyang set lunch tiga kotak domino’s pizza dan seplastik berisi air tin.

“wah..seronok ada pakwe yang prihatin ni” Kinah berhenti ‘mengerjakan’ D dan berjalan kea rah lelaki itu menyambut set lunch dari tangan lelaki itu.

“jangan mengatal dengan future fiancĂ© orang” D sengaja menguat suara. Menceceh dia mengajuk gaya jalan Sakinanh tadi bila menyambut kedatangan lelaki itu.

“Kata busy, ada client nak jumpa time lunch..” ujar Zara sambil menyambut huluran kotak Domino’s dari Luqman.

“cancel… nape ni? Nampak letih je? Ada majlis ke?” soal lelaki itu. Luqman Nur Hakim, bakal tunangnya.

“haah..ada majlis anniversary hotel  sebelah shopping mall ni. lagipun lembaga pengarah hotel kan pemilik shopping mall ni jugak. Kita orang kena promosi kedai ni and then..” belum sempat dia menghabiskan ayatnya Sakinah menyampuk.

“Kita orang akan buka kiosk baru kat lobby bawah hotel baru tu..” Kinah mengoyang badannya happy dengan perkembangan perniagaan mereka.

“Lepas ni awak boleh la kahwin dengan saya”Luqman mengenyit matanya. Zara sengaja menjegil matanya.

“Nape pulak?” D sudah mengunyah kepingan Domino’s memandang kinah yang jugak memandang sambil tersenyum penuh makna.

“Sebab kedudukn awak dah kukuh.kan? betul tak Kinah, D?” mereka berdua mengangguk laju. Setuju! Luqman lelaki yang baik buat apa zara nak tunggu lagi. Lelaki itu seorang lawyer sapa tak mahu. Muka pun ada value. Hurmm..cukup pakej la. Sakinah mneguman sendiri dan D juga faham sambil mengiakan dengan mimic muka yang mereka berdua sahaja fahami.

“Tahun depan?”

“zara..tak cukup lagi awak seksa saya ke?”Luqman membuka penutup tin lalu dihulur kepadanya.

Dia mengambil air tin itu.Dia tersengih. “Awak cukup terseksa ke?”

Luqman mengangguk kepala. Matannya mengecil memandang raut wajah yang dipujanya. Sekian lama dia cuba memenangi hati perempuan itu.

Zara mengangguk sambil menggulum senyuman“okey. Kita bertunang lepas saya siapkan preparation majlis ni”

Luqman tersenyum bahagia.

“Yeay!!” D dan Kinah menepuk tangan sesame sendiri.

“Kita orang tak kisah untuk plan majlis engagement kau Za..Free and sedia menjadi mak andam”Kinah bangun bersemangat memberi ikrar untuk majlis pertunangannya nanti.

Dia hanya tersenyum melihat gelagat kawannya dua orang itu. itu kawan karibnya sejak dari kolej lagi. 

Mereka sama course fesyen designer dan dia lebih kearah wedding planner. Manakala D atau Muhammad zaidi  bin Ayob menyerlah dalam bidang solekan and then Sakinah binti  Solihin banyak menjadikan  tangan perempuan itu dalam rekaan baju, Kianh Nampak kasar tetapi perempuan itu pandai mereka baju pengantin dan berbagai fesyen terkini.

Dan terciptalah ‘D’Zara Sakinah butik Andaman pengantin’. Mereka merancang membuka butik pengantin bersama dan sekarang butik mereka mendapat sambutan D member cadangan menbuka kiosk kraf tangan yang banyak dia sendiri yang buatkan. Dia juga ada bakat dalam mengait, mengayam dan ukiran. Sejak kiosk baru dibuka dia jadi sibuk banyak tempahan reka bentuk untuk hari lahir dan berbagai.

“Za..” dia menoleh. Luqman sudah balik ke pejabatnya. Dia tak pasti hatinya kini gembira dengan pertunangan mereka nanti. Adakah hatinya sudah dimiliki? Siapa? Ahh..mana mungkin? Dia tiada sesiapa dalam hidupnya kecuali luqman seorang saje. Luqman saje lelaki yang hadir dalam hidupnya.

“Haila..Za, cukup-cukup lah berangan. Banyak kerja yang perlu kita buat ni” Sakinah menepuk peha nya.

“Aku tak rasa apa-apa pun” Dia memandang Kinah yang sedang menjahit labuci.

“rasa apa?” dia menekan dadanya.

“rasa berdebar, rasa resah..” dia menarik tangan Kinah lalu ditekap kedadanya “Rasalah..rasa yang orang selalu rasa”

“Yahhh…peliklah kau ni” kinah menarik tangannya kembali. Sempat Kinah menunjal dahinya. “kau ni sedar ke tak sedar”

“Aku rasa hati aku ni sudah dimiliki, tapi…”

Kinah berdehem “Tapia pa? betullah dimiliki oleh Encik Luqman Nur Hakim”

Dia menjuling mata ke atas “Haila..Kau tak faham Kinah, aku tak rasa macam orang lain rasa”

“Dah..dah..dah..jangan kau nak menyoal soal hati kau kat sini, cepat siapkan plan pentas untuk majlis ni nanti”

Dia diam. Diambil kertas untuk melakar plan pentas namun kosong! Dia tiada idea. Dia masih memikir lagi soal hatinya. Dijeling kinah yang sibuk menyiapkan baju tempahan dari isteri VIP untuk majlis itu nanti.

Kinah tak faham..

p/s: bab nie tak habis lagi edit fn post yg edit dlu nati fn pos len..SELAMAT BERPUASA...=))