28/08/2012

Be Mine! 4,5 dan 6


Bab4
Polo sport disembur ke tubuh kemudian  dicapai baju kemeja sekolah tergatung di kayu buatan seperti ranting pokok lalu disarung ke tubuh tegap. Tangannya menganci butang baju kemeja satu persatu sambil melihat diri pada cermin sebesar pintu didepannya. Tali leher dipakainya kemudian diambil brylcream  lalu disapu ke rambutnya. Gaya lelaki urban terserlah.
Dia bersiul sambil merapikan rambutnya ala band boy dari Seoul itu. Teringat pada Natasya menbuatkan hati lelakinya berbunga riang. Dia akan declare Natasya sebagai temannya nanti di sekolah biar farouk atau mana-mana pelajar lelaki tidak berani mendampingi Natasya. Natasya miliknya.
 TR melangkah ke meja study lalu diambil beg sekolah kemudian disandang ke bahunya. Sebelum itu dia melangkah ke balkoni untuk melihat sama ada Pak Aziz sudah siap menunggunya di kereta.
Tiba-tiba pandangannya jatuh pada  susuk tubuh   yang sedang berjalan masuk ke ruang legar banglo 3 tingkat dibawah. Kalau tak silap apa yang dia lihat seorang gadis ber t-shirt merah dan track hitam. G adis bertudung itu melangkah masuk ke dalam rumahnya Siapa? Tak kan Pak Leh kot? Orang tu dua minggu sekali  datang membersih kebun dan taman di rumah agam itu tapi ini perempuan, bertudung pulak tu!
Pantas dia melangkah keluar dari biliknya terus menuruni anak tangga untuk kebawah. Namun hampa. Tiada siapa pun yang berada di ruang tamu. Siapa yang datang? Di panjang lehernya memrhati kea rah luar.
“Tengku tengok apa tur?” tegur Mak Leha. TR terperanjat lalu diurut dadanya. Orang tua ni nasib aku tak karate jek kepala dia.
“Hish..apa Mak Leha ni sergah orang. Tak reti nak bagi salam dulu” dia merengus marah bila melihat wajah tua itu tersenyum kerana dapat mempermainkannya.
“Kata tak nak pergi sekolah?” nasib baik zara sempat ke dapur. Dia pasti TR tak akan  ke dapur kerana seumur hidup anak muda itu hidup di rumah agam  ni anak muda itu tak pernah menjejak kaki ke dapur. Kalaupun mahu minum senang je “Mak Leha buatkan jus oren. Tak pun Mak Leha tolong ambilkan air kosong”
“Siapa cakap?”
“Tengku la..” aku belum nyanyuk lagi. Pasti TR sendiri yang katakan dia tak mahu ke sekolah.
“Dah..orang mahu sarapan. Cepat!!” TR menarik muka. Mak leha suka menyibuk hal dia. Biliknya saja mak leha suka ubah sesuka hati barang-brang peribadi miliknya. Mak Leha juga suka menegur sikapnya yang suka tengok televisyen sambil menyilang kaki keatas. Macam mak nenek.
Mak Leha terkocoh-kocoh ke ruang dapur basah. Dilihat Zara masih tercegat ditepi pintu peti sejuk sebesar pintu bilik itu. “Siapa dia acik?” soal Zara dengan nada berbisik takut didengari si pengendapnya tadi.
“Itulah Tengku Rafael, anak sedara Tengku Maisara yang kematian ayah dan maknya masa umur Sembilan tahun dulu.” Mulut Zara sudah berbentuk O.  Dia menolong acik yang kelam-kabut menyedok nasi goring ke mangkuk tambah.
“Zara tolong tuangkan jus oren tu dan daun teh hijau tu rendamkan kemudian tolong bancuh untuk acik jap” arah Mak leha. Zara hanya menurut saja. Kerja dibuatnya sebaik mungkin. Dia sudah cekap dengan kerja di dapur kerana kerap membantu maknya membuat nasi lemak dan kuih-muih untuk dijual.
“Biar acik bawakan nasi ni dulu. Zara jangan keluar sehinggakan Tengku tu keluar dari rumah ni tahu?” Zara mengangguk faham. Aciknya menghilang ke ruang makan. Kemudian aciknya datang semula untuk mengambil jus oren dan teko berisi teh hijau untuk dibawa ke ruang makan.
TR hanya melihat Mak Leha menghidangkan makanan untuknya. “Asal Mak Leha cepat jek?”
Gelas berkaki runcing itu terbalik menyebabkan bunyi ber’deting’ kerana permukaan meja makan itu diperbuat daripada kaca. “Nape dengan Mak Leha macam kena soal dengan FBI? Gabra semacam je?”
Betul! Kau tu suara macam polis CSI jek. Suka syak sesuatu. Hidung macam anjing! “Mak leha dah siapkan awal lagi tadi.”
“Asal teh  ni manis ?” soalnya tak puas hati. Dimuntah semula air teh dalam cawan itu. Bukan macam biasa yang Mak leha buatkan untuknya. Tak kan Mak Leha tak tahu yang dia tak suka manis. Dia suka teh hijau yang asli tanpa rasa gula lagipun helaian daun teh ni pun lebih dari biasa tak kan mak leha lupa sedangkan kerja ni hari-hari dia buat.  Mak Leha ingin saja menepuk dahi lupa nak dipesan pada Zara jangan taruh gula dalam teh hijau tu.
“Aiseh..mak leha terlupa taruh gula” mak leha tersengih. Walhal dalam hati mengucap panjang. TR menjeling tajam. Apa kena orang tua ni? Silap makan ke? “ Tak pe Mak leha buatkan yang lain”
“Tak payah..orang minum jus oren” dia menepis tangan Mak Leha. Kemudian diambil cawan teh hijau tu lalu bangun dari kerusi makan. Mak leha hairan.
“Tengku nak pegi mana?”
“Dapur la..”jantung mak leha bagai nak terkeluar dari dadanya.
“Buat pe? Biar mak leha buatkan”
“Orang nak tengok betul ke teh hijau yang selalu orang minum atau aunty sara belikan brand lain dari China?” cepar-cepat Mak Leha mendepang kedua belah tanganya cuba menghalang langkah TR.
“Eh..Tengku tak biasa masuk ke dapur. Kan kotor?”
“Lorh..kat cabinet tepi dapur tu jer bukan dalam ruang dapur tu” dicerlung pandangannya tajam pada raut wajah tua itu. Heran betui orang tua ni?. Asal gabra tak tentu pasal. Suka hati aku la tak biasa ke? biasa ke nak masuk dapur?
“Tengku..masa nak ke sekolah”tiba-tiba Pak aziz datang  menyelamatkan keadaan. Fuh!!! Mak leha melepas nafas lega. TR meletak semula cawan berisi teh hijau kemudian diambil roti yang disapu jem oleh Mak leha masuk ke mulutnya.
“Mak leha ni..orang tak sempat nak jamah nasi. Lain kali suka hati orang la nak buat apa. Menyibuk jek mak nenek ni” TR merengus. Diambil kasar  beg sekolah berada di kerusi sebelahnya seperti meragut  jek actionnya.
“Pak aziz..jap!! tadi ada sesiapa tak datang ke rumah ni?” soal TR sambil menjeling Mak Leha yang meramas jari jemari sendiri.
“Tak pun..”pak Aziz jungkit bahu. Dalam hatinya ingin ketawa melihat action Mak leha yang memberi isyarat kepadanya agar merahsiakan kedatangan Zara pagi ni.
“ tadi kalau tak silap,orang Nampak budak perempuan kat bawah  
“Khayalan Tengku kut?” cepat je Mak leha mencelah takut pak aziz kehilangan kata untuk men’cover’  diri.
“yelah tu..”TR mencemik. Sibuk la mak nenek ni. Malas dia nak layan Mak Leha, pantas saja langkahnya diatur meninggalkan ruang makan. Dia hairan! Matanya masih lagi clear dia bukan golongan rabun. Dia masih menggunakan matanya sendiri bukan cermin kanta. Ada penunggu ke? tapi dah tujuh tahun dia hidup di bangle 3 tingkat ni tak da pun benda-benda aneh yang berlaku ataupun benda yang terlihat. Tapi….Arghh…

“Fuh!! Lega hati acik bila si Tengku tu dah pegi” Mak leha mengurut dada lega.
“Nape acik?”
“Dia nak jenguk ke dapur”
“Hah?” nasib baik dia menyorok di balik tiang.
“Acik lupa nak pesan kat Zara jangan taruh gula dalam teh hijau tu”
“Yeke? Dia syak ke?”
“Lebih kurang macam tu. Kalau zara nak tahu tengku tu berhantu sikit perangai dia. Dah la berlagak dengan acik. Cakap tak pernah tunduk dengan orang tua”Zara senyum mendengar bebelan aciknya
“Dia kan tinggi dari acik..”zara sengaja membela si  tengku padahal dia bukan kenal sangat dengan perangai TR itu. Lagipun tinggi lelaki tu agaknya dalam 181 cm, kalau nak dengar acik cakap jenuh juga si tengku tu nak menunduk jek.
“Tinggi la kena pandang bawah bila bercakap dengan orang lebih tua, ini tidak kita yang kena mendongak keatas tengok muka dia yang macam patung , tak berperasaan!!” mak leha mengemas pinggan yang berada di atas meja sambil dibantu oleh zara.
“Haaa…acik nak ingatkan Zara tentang tengku. Dia tak suka manis sama ada dalam minuman ataupun masakan. Dia juga tak suka makan ketam” dahi zara sudah berlapis. Banyak bersyarat tengku ni. Putera gunung ledang ke?
“alergik ke?”
“Bukan… dia tak suka susahkan diri dia, kalau teringin sangat dia nak makan dia akan suruh acik kupaskan kalau aunty dia ada aunty dia la yang kupas kan”
“Fuiyo..macam anak raja betul budak tu” Zara mengaru keningnya. Pusing kepala juga ber’hidup’ dengan orang spesis itu.
“dia juga allergic dengan bunga dan kacang.” Zara angguk faham. Apesal semua benda dia alah tu benda yang aku suka sangat. Macam A denga Z jek jauhnya fiil dengan aku. Zara  mengangkat pinggan magkuk ke sinki untuk dicuci.
“Kalau nak masak untuk dia kena mengikut jadual menu ni” Mak leha menunjuk senarai menu yang dilekat di pintu cabinet  bersebelahan dengan  dapur masak.
Menu 1
Spaghetti Bolognaise, lamb steak, udang butter
sotong goreng tempura
desert aiscrim  atau puding caremel
 Menu 2 
Spaghetti,ayam bbq/lemon/stime/madu
Udang tempura/lemon
sotong sumbat bakar.
fruit coktail
Menu 3
Bla..bla...bla...
Ngaa..macam kat hotel jek. Itu baru menu yang kedua, masuk ketiga dah tergeliat lidahnya nak menyebut. Cian acik terpaksa buat research tentang makanan semua ni.
“ Acik ambil masa berapa tahun nak ‘hadam’ semua ni?” dikerling acik disebelah.
“Nasib Tengku maisara tu banyak mengajar juga. Alah..kadang-kadang tu acik masak  menu perut kita. Telan juga si tengku tu.” Acik tersengih sambil menggaru kepalanya yang dilitupi scarf.
 Dia teringat wajah Tengku rafael itu. Raut wajah kacak itu tampak sombong tanpa senyuman dibibir itu. Ceh...Makanannya omputeh punya tasted. Muka je melayu tapi  perutnya di’hadam’ makanan penjajah.
“Lagi satu bila kemas bilik dia jangan pandai-pandai sentuh barang peribadi dia” Mak leha biasa kena tengking dengan TR kerana menyimpan semua barang peribadi anak muda itu dan membasuh pakaian dalamnya tanpa kebenaran.
“Contoh?”
“Bahan bacaannya, seluar kecik dia yang peribadi la” Zara mengangguk lagi. “Abis tu siapa nak kemas bilik dia kalau semua tak boleh sentuh?”
“Dia nak masa kemas bilik dia biar dia ada kononnya jadi mandur tengok dan mengarah orang” acik macam tak suka sangat dengan sikap tengku.
“Ada lagi..tengku ni tak suka  makan pedas dan bau yang manis”
“contoh?”
“perfume yang jenis buah-buahan” alahai..Zara garu kepala, dia suka. Teruknya Tengku ni baik campak jek dia kat gunung ledang biar puteri gunung ledang yang layan dia. Ada ke cerita lagenda tu sekarang?
“Macam bau Zara ke acik?”
“Haah..bau strawberry tapi acik suka je” acik terkekeh ketawa melihat mata Zara membulat. Dia suka dengan bau strawberry kalau tidak dia tak kan pakai perfume bauan strawberry yang manis. Dia suka manis. Minuman yang manis. Dia sukakan bunga sebab bunga cantik dan manis je dipandang mata. Dia suka kacang sebab kacang buat dia rasa lemak bila mengunyahnya.
“Nanti Zara tak leh pakai la acik?”
“Alah lagipun bukan dia pegi cium Zara kot?” seloroh acik. Gila cium dia? Rasanya belum cium lagi Tengku dah campak dekat lereng bukit sebab semua kategori yang tengku tu tak suka  dia suka. Different giler…

 ******************************************
Bab 5
TR bersiul sambil mengalas beg sekolahnya ke bahu sebaik sahaja keluar dari perut kereta. Tadi dia sempat keluar jalan-jalan kat taman  dengan Natasya sebelum pulang ke villa 3 tingkat itu. Senyuman Natasya masih lagi terbayang dimatanya.
Dia terus menaiki anak tangga untuk ke biliknya. Namun belum sempat kakinya melangkah masuk ke biliknya. Dia terdengar berbualan Mak leha dengan seseorang. Dia mengundur langkah kebelakang dua tiga tapak. Lalu dihendap kebawah dilihat tubuh mak leha tertongek sedang mengangkat sesuatu. Mak leha mungkin sedang mengemas bahagian ruang rehat yang hanya ada sofa dan meja kopi untuk bersantai sambil melihat air terjun mini  buatan manusia itu. Tadi semasa dia masuk ke dalam rumah Mak leha belum keluar mengusung sofa baru itu.
“Zara angkat sikit lagi yang hujung tu tarik ke tepi..”
“sini ke acik?” sofa berbentuk L itu diangkat ke belakang.
“Haa..okay, sekarang zara kebelakang. Rasanya Tengku dah balik, karang kalau dia Nampak Zara haru jadinya”
“Okay”
 TR kerut dahi. Zara? Adakah gadis yang dilihat pagi tadi? Berkemungkinan besar Mak leha tak kasi dia ke dapur tadi sebab Zara? Siapa Zara? Pekerja baru ke? kalau pemilik nama Zara ni gadis yang sama pagi tadi muda sanagt la nak kerja jadi pembantu rumah.  Ke maid indon?
Mak leha ni tak boleh diharap. Merahsiakan  sesuatu darinya dan Pak Aziz juga berkomplot sekali. Hurmm..okay kalau oarng tua tu nak main sembunyi-sembunyi dengan dia  tak pe dia akan jadi FBI menjejaki suspek itu.
TR masuk ke dalam biliknya dibuka kemeja sekolah lalu dilempar ke tepi  dalam bakul kosong. Dia mencapai tuala ditepi  kamar mandi lalu masuk kedalam kamar mandi itu. Selesai mandi dia mengelap rambutnya dengan tuala dan tubuhnya  disarung bathrobe dibuka lalu dicapainya T-shirt polo tanpa kolar kemudian disarung ke tubuhnya dan diambil pula boxer. Itu pakaian rasminya di rumah.
Dia keluar dari bilik untuk menyiasat. Itu matlamatnya kalau ikutkan kebiasaannya dia akan melepak dahulu dalam bilik sambil dengar i-pod tak pun mengadap laptopnya. Langkah TR mati bila dia ternampak ada sesuatu dihalaman belakang. Dia keluar menjenguknya. Kosong!
“Tengku nak makan ke?” sapa Mak Leha dari belakang. TR angkat kening sambil mengangguk. Dia mengikut bontot mak leha ke ruang makan.
“Biar mak leha ambilkan makanan ye..tengku tunggu sekejap” dia hanya mengangguk. Sengaja dia mahu melihat sejauh mana kelakuan mak leha. Takut bila disoal lebih-lebih pulak macam pagii tadi gelabah  macam kena sembelit jek muka orang tua tu.
Dia bangun bila mak leha menghilang ke dapur. Dia bangun dan beralih ke ruang sisi ada swimming pool dan sebelah kiri pulak gelangang basketball. Perlahan dia ke dapur juga walaupun dia sendiri tidak suka menjejak kaki ke dapur.
“Opocot!!!” lauk yang berada dalam pinggan melompat keluar. Mak leha terkejut bila TR berdiri di muka pintu dapur. Nasib baik Zara sudah kelaur dari pintu belakang. Harap-harap Zara selamat.
“apesal Mak leha ni macam Nampak hantu jek?”
“ nape Tengku berdiri di situ..?”
“tak boleh ke?”
“tak pe la Mak leha buatkan yang lain lambat sikit la Tengku duduk dulu ye” TR hanya mengangguk kemudian matanya liar memandang ruang dapur yang luas itu. kosong!
Dia ke ruang makan kembali. Dia terdengar ada sesuatu jatuh dari arah belakang iatu halaman belakang  ada taman kecil di situ lagipun dekat dengan bilik mak leha. Dia ke halaman belakang namun kelibat suspek itu hilang. Dia kea rah kanan pula bahagian swimming pool  namun dia berjalan kearah yang sama iaitu kebelakang.  sebaik sahaja dia melepasi dinding bahagian belakang itu dia melihat  seorang gadis yang sama dilihatnya pagi tadi berjalan mengundur kebelakang dengan perlahan tanpa menoleh ke belakang dan tidak menyedari kehadiranya.
Dia menyilang tangan memeluk tubuhnya sambil memerhati gelagat gadis itu. mungkin gadis itu ingatkan dia akan datang dari arah sana. Kedebub!! tubuh gadis itu akhirnya bertembung jua denganya.
“hah!!!” gadis itu terkejut sampai rahang bawah jatuh lalu kelam-kabut ingin menyelamatkan diri dia sempat memaut lengan gadis itu dan menyebabkan gadis itu meronta-ronta minta dilepaskan. Oleh kerana terlalu kuat rontaan gadis itu dia  tersepak batang paip yang berada dibelakang dan  terus terlentang ke belakang.
“aduss!!” dia mengadu sakit bila kepalanya terkena batang paip itu. Gadis itu pun turut terjatuh kerana pegangan tangannya yang  memaut lengan gadis itu kuat membuatkan gadis itu terjatuh ke atas tubuhnya.
Wajah Zara menyembam ke dada bidang milik Tengku yang hidup banyak syarat itu. Haila..mampus aku terkantoi juga dengan dia. Dia mengangkat wajahnya, terkebil-kebil memandang dagu  berlekuk tengku yang dekat dengan dahinya.
“Siapa kau?” itu soalan pertama untuk suspek yang sudah terjerat denganya. Raut wajah putih bersih itu diratah dengan pandangan semahunya. Cepat-cepat zara cuba bangun dari ber’lantai’kan tubuh TR. Malu dan takut semua bercampur. Acik!!! Cepat datang.
namunTR tidak mahu lepas. Matanya tajam memandang wajah polos  itu. dagu runcing  itu tiba-tiba dicuitnya dengan hujung jari. Kenapa dia buat begitu?
“maaf Tengku…ini anak sedara Mak leha” Mak leha menarik tubuh Zara. Terkejut dia dengan situasi dan adegan yang membuatkan hatinya beristigfar panjang.
“kenapa Mak leha tak bagi tahu?” TR bangun dari pembaringannya digosok-gosok bahagian yang kotor dan sakit. Matanya kemudian kearah gadis itu semula.
“Mak leha takut tengku marah..apapun kenalkan anak sedara mak leha Zara” zara mengetap bibir. Dia tersenyum namun hanya pandangan tajam saja dari lelaki itu. betul kata acik dia tengku yang sombong!
“Saya Zara Aulia..awak?” sengaja dia memula perkenalan biarpun dia tahu nama tengku itu. tangannya diangkat say ‘hi’ namun tiada sahutan. Dia menarik semula dan mengukir senyuman semanis gula.
“Tengku Rafael..jangan kau ber-awak, panggil aku Tengku atau TR” serius saja nada TR.
“Ni pekerja yang mak leha cakapkan sebelum ni?”
“Bukan begitu maksud mak leha, Zara akan tinggal dengan mak leha je tapi buka bekerja sebagai pembantu rumah di rumah ni” TR menjongket kening, digaru pelipis yang tak gatal pun.
“apa salahnya kerja…dah makan free..” Zara telan liur. Apa yang dikata acik betul seratus peratus tentang TR. Mata TR masih lagi melekat pada raut wajah itu. Ada sesuatu berlaku dalam hatinya bila memandang penuh pada paras wajah itu. Senyuman gadis itu masih lagi setia dibibir  itu. Mata bundar  itu membalas mesra pandangan matanya.
“Hai…kemana semua orang ni, puas aunty cari rupa-rupanya ada kat belakang. Buat apa?” Tengku Maisara menyapa sambil tersenyum riang bertambah gembira lagi bila melihat raut wajah kacak  yang dirinduinya.
“Saja tengok Mak leha cuci longkang kat belakang” ‘selamber’ badak jek si Tengku ni bagi jawapan. Tengku Maisara memeluk erat tubuh TR sambil mengosok belakang lelaki itu seperti anak kecil kemudian kedua belah pipi teruna itu dikucupnya macam baby. Zara tersengih melihat adegan manja itu.
TR garu pelipis lagi. Aunty tengok tempat la sikit kalau nak bermanja ni depan budak tu kalau mak leha takp e dah biasa tengok.
“Sayang dah makan?” soal tengku Maisara sambil mengosok perut TR. TR menarik tangan aunty Maisara lalu di bawa kedepan semula. Ke ruang yang lebih selesa iaitu lari dari pandangan gadis itu.
“belum..aunty kata minggu depan baru balik?”
“lagi dua hari fael, lagipun aunty rindu kat anak sedara aunty ni. Hurmm..jom kita makan. Hari ni mak leha masak ape?” mak leha dan zara baru sahaja melangkah ke ruang makan terhenti.
“Ini ke anak sedara Mak leha ceritakan tu?” tengku Maisara tersenyum memandang raut wajah manis gadis itu. manis!
Rupa-rupanya Aunty Maisara tahu tentang kedatangan Zara Cuma dia saja yang belum tahu. Ini tidak adil!
“Haa..Zara kenalkan diri pada Puan”
“saya Zara Aulia binti  Zainal..puan boleh panggil saya Zara. Sebelum tu saya nak minta izin puan untuk tinggal di sini” tengku Maisara berjalan kearah gadis itu. Tengku maisara memaut dagu runcing itu. Wajah innoncent, suci dan bersih. Zara tampak comel pada pandangan matanya. Zara mengerut kening. Hairan dengan tingkah Tengku Maisara itu.
“boleh..lagipun saya dah anggap mak leha macam sedara saya sendiri. Mak leha bagi tahu yang zara masih bersekolah kan?” zara mengangguk laju. Suka dia dengan sikap peramah tengku Maisara tak macam dengan TR. Dingin!!
“Saya akan ambil SPM tahun ni”
“sebaya dengan fael la. Okay..saya akan uruskan persekolah Zara ye dan saya akan daftarkan Zara di sekolah yang sama dengan fael senang sikit untuk Zara berulang –alik ke villa ni” mak leha senang hati mendengar jawapan dari tengku maisara. Tak sangka tengku maisara sudi menolongnya.
“kalau orang dah tolong pandai-pandai la nak membalasnya, jangan duduk saja dalam rumah ni” TR memandang lagi raut wajah itu. Zara Aulia…!
“ Fael..” tengku Maisara memeluk bahu TR sambil menepuk lembut. “Zara kan anak sedara mak leha lagipun dia bawah umur mana boleh bekerja lagi”
“Jadi pembantu fael slah ke? dia boleh tolong  kemaskan bilik Fael dan bantu fael apa yang patut” Ngaa..azab dah datang. TR berani tunjuk belang depan tengku Maisara. Ketawa Tengku Maisara terburai.
“Mahu ke zara?” soal tengku Maisara. Haila mak sedaranya macam merelakan je anak sedara yang berlagak ni nak men’azab’kan aku.
“Hah?..”
“mahu ke Zara tolong saya tengok kan fael. Maksudnya di sini jadi pembantu Fael. Boleh?” Zara pandang acik. Muka acik sudah keruh ,  dia tahu acik macam tak merelakan sebab acik kenal sangat dengan kerenah tengku banyak songeh ni.
“Bo..boleh..okay je. Saya boleh jadi kawan Tengku” dia cuba senyum kat TR namun pandangan tajam yang dibalasnya.
“Bukan kawan, betulkan ayat kau..pembantu” ya Allah..hambamu ini berlindung dari kezaliman orang yang  zalim.amin..
“Dah..fael jangan bergurau macam tu dengan zara.  Jom kita makan”  bergurau? Rasanya aunty maisara dia ni tak kenal siapa TR sebenar.
“Zara? Okay ke?”
“acik tengok Zara bernyawa lagi maknanya okay la tu” mak leha hanya memeluk bahu Zara. Dia sendiri pun takut. Takut Zara jadi mangsa buli dengan TR. Pembantu? Macam hamba jek bunyinya bila si tengku tu nak Zara jadi pembantu dia. Buatnya didera Zara…alahai kau tak sanggup!! Zara dah macam anak aku sendiri.
 
***************************************
Bab6
Langkah kakinya diatur mengikut langkah wanita berusia lewat 40-an itu. Dipandang penampilan wanita itu seperti wanita koprat tak Nampak macam bekerja sebagai guru. Baju berkot singkat dipadankan dengan skirt hitam melepasi lutut itu sedondon dengan kasut bertumit dua inci berwarna hitam juga. Wanita itu memperkenalkan sebagai guru penolong kanan Hal ehwal pelajar disekolah elit itu. Sebelum ini dia sudah datang kesekolah mewah ini dengan Tengku Maisara untuk pendaftaran. Hari ini dia datang ke sekolah untuk masuk  belajar.
Pertama kali dia melangkah masuk ke sekolah itu. Rahang bawahnya jatuh. Mana taknya sekolah itu macam kolej jek. Standard U pun ada. Guru disitu dipanggil Puan, Madam, untuk lelaki pula Tuan atau sir. Sekolah itu juga terbuka semua bidang, fesyen, teater, kesenian, kraf tangan, memasak dan banyak lagi la… hurmm..macam sekolah vokasional tapi ni up sikit.
“Sekolah tu sekolah anak-anak orang berada jek yang ramai” itu kata acik sewaktu dia bersiap-siap hendak ke sekolah.
“kalau macam Zara tak de ke acik?”
“Ada kot..tapi rasanya diorang dapat biasiswa yang dapat masuk ke situ. Lagipun zara bertuah sebab tengku Maisara yang tolong daftarkan kemasukkan Zara” Acik nak dia tipu ke yang dia ni keturunan si tengkujuh tu. “Kalau anak orang ternama ke, anak kerabat ke, anak menteri tak pun YB ke akan duduk di kelas pertama”
Ngaa…tak sangka pula ada lagi layanan double standard di zaman millennium ni.
“Zara..saya masukkan kamu ke kelas 5 S2 kelas yang ketiga, tapi kamu jangan risau semua system pendidikan di sini sama saja dengan kelas yang depan. Lagipun Zara yang saya pasti lebih cenderung kea rah kesenian” Senyuman guru bernama Puan Nur Indah itu dibalasnya. Dia tahu, dia lebih berbakat dalam kraf tangan, darah seni dari ayah turun kepadanya. Dia tak kisah ditempat dikelas manapun. Lebih baik dia tidak sama kelas dengan TR.
Langkah wanita itu berhenti didepan kelas yang dimaksudkannya. Sign bord  5 S2 tertera diatas pintu masuk ke kelas itu. Puan Nur Indah itu masuk dahulu ke dalam kelas untuk bercakap dengan guru yang sedang mengajar didalam kelas itu. kemudian puan Nur Indah menggamit tangan ke arahnya untuk datang kepada guru kelas itu. sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam kelas itu, semua mata yang berada didepanya kini memandangnya. Suara pelajar dalam kelas itu mula membingit
“Zara…sila kenalkan diri” guru perempuan berambut  paras bahu itu mengukir senyuman sambil tangannya memberi isyarat kepada pelajar di dalam kelas itu untuk diam.
“Okay..kelas sila beri perhatian kepada pelajar baru”
“Assalamualaikum…nama saya Zara Aulia binti Zainal, saya harap dapat belajar dengan baik bersama kamu semua” dadanya berdegup kencang ketika memperkenalkan kepada 24 orang pelajar didalam kelas itu.
“Anak siapa?”
“Ayah awak kerja apa?” Ngaa…soalan yang akan membuat jawapannya ada jurang diantara dia dan mereka.
“keep quiet!!..please..”
“Zara awak boleh duduk di sebelah Luqman NurHakim” zara melihat ada satu tempat kosong dua dari belakang disebelah tingkap. Lelaki berpakaian pengawas tesenyum memandangnya. Dia berjalan kearah lelaki itu sambil membalas senyumannya.
“Hai…,” huluran lelaki itu tidak disambut namun dia tunduk kepala sedikit sambil tersenyum. “ Hai…siapa nama awak?”
“Luqman NurHakim..awak boleh panggil saya Luqman” lelaki itu faham dengan situasinya. Dia harap lelaki itu tidak terasa dengannya.
“Okay kelas..saya harap kamu semua boleh beri kerjasama dengan pelajar baru kita” itu pesanan Puan Nur Indah sebelum beredar dari kelas itu.
“Boleh!!” seraya dengan itu serentak pelajar dalam kelas itu menjawab.
Dia beralih memandang paras lelaki bernama Luqman itu. “ Awak boleh panggil saya Zara jek”
“Awak ni anak orang kenamaan ke?” itu soalan sensitive. Perlukah dia menjawab atau dibiar saja. “ Saya anak yatim piatu”
“lagi bagus..”nguman lelaki itu. dia kerut dahi. Apa maksud lelaki itu?
Luqman mengangguk senyum. Lantaklah luqman nak kawan dengan dia ke tidak, yang penting dia berterus terang,.
Selesai waktu pelajaran sejarah. Luqman kembali mengajaknya berbual. Luqman bukan seperti anak orang kaya yang lain. Luqman seorang peramah dan mudah mesra dengannya.
“Awak kerja kat rumah agam tu ke?” dia hanya mengangguk.
“Acik saya kerja kat situ dah lama, lagi pun saya tinggal kat situ so, saya kena bantu acik saya kerja kat rumah tu”
“Awak kenal ke dengan Tengku?” dia pula menyoal. Luqman mengangguk.
“siapa tak kenal dengan TR, kalau awak nak tahu ‘majikan’ awak tu famous kat sekolah ni” Luqman ketawa kecil. Dia hairan?
“Nape?”
“TR hanya berkawan dengan orang yang setaraf dengan dia je” berlagaknya si Tengkujuh. Luqman beritahunya di sekolah ni semua orang panggil Tengku tu dengan panggilan TR. Aka Tengku Rafael.
“Awak?”
“saya bukan tergolong dikalangan mereka yang kelas depan. Saya Cuma anak pensyarah, mama saya pula guru sekolah menengah biasa je” ujar Luqman. Ngaa..anak pensyarah tu. Hebat la..baginya, kalau nak dibanding dengannya anak seorang pemandu teksi waktu ayah masih ada dan mak  penjual kuih. Wah…jauh bezanya tu.
 Kalau mak masih ada rasanya dia tak akan wujud dalam sekolah elit ni. Dia mula rindukan sekolah lama. Ada wawa, Leila dan Hazim yang baik dan selalu study group dengannya. Loceng rehat berbunyi.
“Jom kita rehat” ajak Luqman. Dia jadi segan. Perlukah dia berkawan dengan seorang lelaki. Mana perginya kawan perempuan. Agaknya mereka tak suka dekat dengannya yang agak kolot. Baju sekolah ni pun kaler kuning mana taknya dah empat tahun dia pakai. Tudung pulak agak labuh sikit dari pelajar yang lain. Dia perasan hanya dia yang bertudung dalam kelas ini. Kalau dalam sekolah agaknya boleh kira dengan jari yang bertudung kut. Mereka boleh menilai dia anak siapa?
Dia hanya mengikut rentak langkah Luqman. Tak segan ke si luqman ni berkawan dengan aku? Dia perasan ada mata yang memandang mereka. “ Jangan risau saya tak famous macam TR awak”
Luqman berbisik ke telinganya. Dipandang paras itu,sengihan Luqman panjang ke telinga. Bulat matanya memandang sengihan itu. macam tau-tau je si Luqman ni apa yang aku fikirkan.
“Awak dah lama sekolah kat sini?”
“Hurmm..sama tahun dengan TR.” Langkah mereka sampai di cafeteria yang besar itu. rahang bawahnya sudah jatuh. Macam restoran je. “ awak nak makan ape?”
Diseluk poket baju kurung sekolahnya itu ada tiga ringgit, duit acik kasi pagi tadi. Cukup ke? “ tak pe saya minum air je” hehe..dia tersengih.
“saya sarapan banyak tadi, nasi lemak la roti bakar la..” dia berbohong.
“Tak yah cerita…biar saya belanja awak. Lagipun hari ni hari pertama awak kat sekolah ni dan saya sebagai kawan baru awak mahu belanja makan bertemakan ‘salam perkenalan’”
Haila..baik betul la si Luqman Nur Hakim ni. Elok sangatlah mak dan ayah dia letak nama tu. Peribadinya mulia macam Luqman dalam Al-quran.  Selalu jek dia baca surah tu tiap malam rabu.
Dia sengih dalam hati. Wah…dia rasa happy sangat Allah permudahkan kehidupannya kat sekolah ni,Itu doanya.
Spaghetti bersos cheese  berharga 5 ringgit lima puluh sen disuap kedalam mulut. Kalau ikut duit belanjanya memang tak lepas makanan ni dalam perutnya. Jus epal disedutnya kemudian sebaik saja spaghetti dikunyah dan ditelan masuk ke dalam perut. Nikmat betul..spaghetti yang luqman belanja ni, jus ni pun..sengihan hatinya semakin lebar.
“Hello..kawan-kawan, see..aku nak kenalkan maid aku.” Mau tersedak jek jus epal yang nikmat itu. dia terus angkat kepala. Senyuman hatinya mati. Mau jek dia tercekik terus mati.  luqman disisi jugak mengangkat kepala memandang raut wajah yang menyapa dengan ayat yang kurang sopan.
Ada dalam empat orang lelaki termasuk TR mengelilingi meja makannya dengan Luqman. Semua lelaki itu mempunyai ketinggian yang sama dengan TR lebih kurang dalam 180 cm. segak dan bergaya juga macam TR. Ngaa..agaknya ni semua anak-anak orang berada macam TR jugak kut?
“Sejak bila kau adjust maid kau sekolah sekali kat sini?” soal lelaki muka mixed omputeh tu. Muka dah segak tapi budi bahasa jek kureng… macam TR, elok sangat kawan dengan TR tu. ‘sepaten’. Ljo masih tersengih memandang wajah gadis yang agak kekampungan. Memang layak jadi maid TR.
“Aunty aku nak sangat dia jaga aku kat sini. Tapi korang tengok la makan gaji buta, sedap jek dia melantak kat sini dengan jantan lain” Luqman sudah berdiri bertentangan dengan TR.
“Korang tak da kerja lain ke? dia kawan sekelas aku” marah Luqman. Haila..dia jadi segan bila semua mata di café itu memandang mereka.
“Kau apehal? Kau suka dia ke? for your information..dia ni maid aku. Faham!!!” TR menarik tie Luqman namun ditepis Luqman kasar.
“Suka hati aku la..ada aku kisah? I don’t care siapa dia?”
“Tengku..please, saya baru je kat sekolah ni.” Dia merayu.
“ingat Zara..setiap kali rehat kau kena jemput aku kat kelas, tugas kau kat sini layan aku. Belikan makanan dekat aku bukan makan dengan jantan ni” TR merengus. Tajam panahan mata itu menikam pandangan sayunya. Mintak jangan bergaduh.
“Sudahlah…let’s go!” arah TR. Dia lega. Dilihat Luqman duduk kembali ke kerusi makan.
“maafkan saya…”ujarnya rasa bersalah, kerana dia Luqman yang tak bersalah terlibat pergaduhan dengan TR. Dia tak mahu Luqman dapat susah kerana dia.
“Bukan salah awak pun. Lagipun dah lama saya dengan TR tak baik. Saya kan pengawas sebab tu diorang tak berapa suka sangat dengan saya.” Luqman memang berbudi bahasa. Haiya..sejuk perut mak dia mengandung Sembilan bulan.
Dia senyum manis, kalau mahu semanis gula kapas. Luqman membalas senyumanya. Haila..hensem mamat ni.
Selepas habis waktu sekolah. Dia berjalan keluar dari kawasan sekolah. Luqman ada mempelawanya tumpang motorsikal lelaki itu tapi ditolaknya. Dia dah berjanji dengan Pak Aziz nak balik dengan Tengku sekali. Belum sempat dia melepasi bangunan sekolah yang terakhir tanganya direntap dari belakang.
“Asal tak jemput aku kat kelas waktu pulang?” TR mencerlung pandangan pada laman wajah bertudung itu. gadis itu bertudung ke sekolah. Di rumah juga bertudung. Dia tak pernah melihat rambut gadis itu walaupun satu rumah.
“Tengku…terkejut Zara” dia menarik tangannya dari gengaman tangan TR.  Dia terkejut, ingat siapa nak kidnap dia.
“Lain kali jemput aku”TR masih lagi merenung tajam wajah itu. zara angguk sambil mengukir senyuman. “Baik tengku..”
Kenapa dia tak marah aku? Dia suka ke dengan aku? TR mula tertanya-tanya. Gadis itu Nampak tenang bila dia meninggikan suara.
“Eh..tengku, Pak Aziz dah sampai”  Zara menuding jari telunjuknya kearah bahu jalan. Pak aziz keluar dari perut kereta BMW  mewah itu.
Mereka berjalan beriringan. Macam biasa seperti pagi tadi, pintu tempat duduk belakang dibukanya untuk TR.  Sebaik sahaja Tr masuk ke dalam perut kereta mewah itu, dia pula membuka pintu depan penumpang untuk masuk ke dalam. Pak aziz yang melihatnya hanya mampu mengeleng kepala. Sebelum ni TR boleh je buat semua itu kenapa disuruh Zara yang buatkan untuknya. Ngomel Pak aziz
Sebaik sahaja kereta BMW mewah itu berlalu pergi. Natasya yang juga berada tidak jauh dari kawasan itu hanya mengetap bibir melihat gadis yang berada dalam perut kereta yang sama dengan TR, berlalu pergi meninggalkan kawasan luar pagar sekolah itu. Dia jadi cemburu dengan gadis itu. Patut TR tolak untuk keluar bersiar-siar dengannya selepas habis sekolah. Rupa-rupanya ada bunga yang tunggunya untuk balik bersama.
“Tasya…” panggil Farouk. Dia kembali memandang wajah farouk yang tersengih melihatnya.
“Malam ni jadi tak kat pub biasa?” ujar Farouk datang menghampirinya. Pinggangnya dililit kemas oleh tangan kasar lelaki itu. Dia hanya mengangguk kemudian dilerai pelukan itu.
“Semalam bukan manja dengan aku” ejek Farouk.
“Itu semalam..” dia rimas berdua-duaan dengan Farouk disimpang jalan itu. Bila Pak Mat nak datang ni.  Natasya mula menyumpah pemandunya yang lewat datang menjemputnya.
“Bila nak ajak TR join group kita. Kalau dia join kuat sikitla organization kita”
“Kau ni tau nak pengaruh je. Kalau kau nak dia join kita jangan bagi dia hidu hubungan kita sebelum ni”
“Okay pe..sekurang-kurangnya biar dia tahu kau pernah jadi milik aku. Dia bangga sangat dengan dirinya” sedangkan TR tak tahu, Natasya adalah bekas dia. Farouk rasa nak ketawa.
“ Dah la..aku suka sangat dengan TR. So aku tak nak hubungan aku dengan dia retak. Kalau kau tak mahu bapa kau kena buang kerja baik kau diam. Faham!” gertak natasya. Dia pantas melangkah pergi meninggalkan Farouk yang mula geram dengan gertakkannya. Farouk melepas rengusan  geram. Digengam penumbuk. Dia sedar papa Natasya orang berpengaruh sebab itu dia merelakan perpisahan itu bila Natasya minta putus, sedangkan dia masih sayangkan Natasya.

Be Mine! 1,2 dan 3


Bab1
Langkah kakinya terhenti bila melihat tubuh kecil yang wajahnya  disembunyi dicelah lutut sambil memeluk kedua belah lutut itu.
“ Fael..”
Wajah itu memandangnya dengan pandangan kosong tanpa bicara atau sautan darinya.
“ Fael..come!” anak kecil berusia 9 tahun itu menggeleng kepala. Air matanya jatuh jua..sebelum berjumpa dengan anak kecil ini dia sudah berjanji  pada diri tidak akan menangis didepan budak itu tapi…dia lemah. Tak berdaya menahan lelehan air mata itu. Di dekatkan dirinya pada tubuh kecil itu lalu diraih dalam pelukanya erat.
“Aunty…”serak suara kecil itu berbunyi dalam pelukanya. “Susshh…aunty  ada sayang”  Tengku Maisara mengusap lembut belakang tubuh anak kecil itu
“Mummy..daddy…diorang tidur kat dalam puas fael kejutkan tapi tak nak bangun” bicara anak kecil itu membuatkan empangan air matanya terus pecah mengalir keluar tanpa dapat ditahan. Semakin erat lagi pelukannya pada tubuh anak kecil itu.
“It’s okay..aunty faham..don’t cry sayang” digosok kepala kecil itu. Tengku Maisara memejam mata kemudian dia menghembus nafas yang berat baginya.  Satu-satunya abang  yang dia ada meninggalkannya buat selamanya. Dia yang sedang  bercuti di Jepun terpaksa balik dengan segera kerana panggilan kecemasan mengatakan abang kesayangnya dan kakak ipar nahas dalam kemalangan jalan raya semasa pulang dari event menyambut ulang tahun syarikat mereka.
“Tengku..Tengku Rashdan dan isterinya Sharifah Safiyyah meninggal ditempat kejadian.” Namun dia pasti mesej terakhir abangnya yang dikirimkan padanya lewat dua hari sebelum kejadian berlaku mengatakan kepadanya “ Sara..kalau apa yang berlaku, Fael dan syarikat keluarga kita tanggungjawab Sara”
“Why? Abang Ras cakap macam nak Sara jaga si Fael jek? “ guraunya tanpa menyedari bahawa mesej itu penuh dengan maksud yang tersirat lagi tersurat.
Dileraikan pelukannya pada tubuh kecil itu kemudian dia memengang wajah kecil putih bersih itu dengan kedua belah tapak tangannya sambil menunduk memandang raut wajah iras abang kandungnya. Lalu dikucup kedua belah pipi mulus itu.
“Mulai dari hari ini dan selamanya..Fael adalah tanggungjawab aunty, Fael hanya ada aunty dan aunty hanya ada fael. Kita saling memerlukan sayang” air matanya mengalir lagi. Terkebil-kebil kelopak mata bulat si kecil itu cuba memahami apa yang dibicarakannya.
“Mummy..daddy?” soal mulut kecil itu.
“ Diorang mahu tidur dan tak mahu kita ganggu sayang. Biar mummy dan daddy tidur selamanya sayang. Kan..Fael ada aunty “ dirangkul semula tubuh kecil itu. mulai dari hari ini, saat ini dan ketika ini  Tengku Rafael  adalah tanggungjawabnya. Tiada siapa dapat mencederai anak sedara kesayangannya  mulai sekarang kerana dia akan melindunginya.
Tengku Maisara mengelap lelehan air mata dengan belakang tangannya. Dia berdiri tegak disisi anak kecil itu.  Tangan kiri  Tengku Rafael diraih dan digengam erat dalam tangan kanannya.
“ Ayuh..sayang kita pergi makan dulu, fael belum makan lagi kan?” anak kecil itu hanya mengangguk kepalanya. Dipimpin tanagan itu berjalan seiringan meninggalkan ruang bilik jenazah itu.  Meninggalkan kenangan lalu.  Meningggalkan  orang yang disayangi dan segala kelukaaan, kesedihan dalam hati. Dia mahu buka buku baru bersama Rafael.

“What? You dah gila ker?” marah Fauzi sambil melempar fail diatas meja sehinggakan fail itu terjatuh kebawah namun fauzi tak peduli. Direnung tajam raut wajah yang dicintainya selama ini. Dia terkejut dengan kedatangan Tengku Maisara dipejabatnya dan bertambah lagi kejutan bila wanita itu memberitahu hubungan mereka harus berakhir begitu sahaja.
“I tak gila Fauzi, I masih lagi waras..dan ini keputusan I.” ditarik nafas panjang, dia perlu tabah untuk berhadapan dengan lelaki yang dicintainya.
“I harap you terima jawapan I dengan hati yang terbuka dan redha..”dia melepas jua nafas itu namun terasa payah..maafkan aku fauzi, Fael lebih berharga lagi dalam hidup aku. Fael perlukan aku berbanding kau, Fauzi.
“Hahaha..” ketawa Fauzi, air mata lelaki jatuh setitik. Tengku Maisara mengetap bibir menahan sakit dihati kerana melihat wajah luka sang kekasih yang terluka dengan keputusan yang dibuatnya.
“Selama tiga belas tahun I mencintai you, Sara..senang you cakap suruh I terima hati yang terbuka dan redha? I need You..i nak you dalam hidup I sebagai isteri I, ibu kepada anak-anak I dan jika umur kita panjang maybe nenek untuk cucu I..so kenapa you buat keputusan yang kejam pada I. Not fair!!!!” bentak Fauzi. Dia memengang  erat bahu tengku Maisara dan merenung wajah itu meminta kasih pada wanita yang sudah lama menghuni dilubuk hatinya.
“I tak akan kahwin dengan mana-mana lelaki percayalah..”
“Bukan itu masalahnya.  Kenapa kita tak boleh kahwin? I boleh anggap fael sebagai anak I, kita jaga dia macam anak kita”
“No..tak sama, Fael akan terluka. I tak nak dia dipinggirkan. Dia akan terasa kalau kita ada anak nanti. I dah  fikir semua itu. so I harap you boleh terima..please..”
“Kenapa I ?kenapa I yang perlu berkorban?”
“Fael kecil lagi Fauzi…dia tak bersalah. I yang salah sebab I nak dia dibesarkan dengan kasih sayang I . I tak nak pinggirkan dia Fauzi..”
“sampai bila?”
“I tak mahu tetapkan masa..bagi I biar Fael membesar dibawah tanggungjawab I . I akan mengambil alih Merak holding dan Rash  Villa hotel  di Cameron”
“you nak pindah ke Pahang?”
“Yes.. I akan bawa Fael ke villa peninggalan arwah papa and mama I disana. I akan besarkan dia disana” dagu Tengku Maisara diusap lembut dengan jemari kasar  fauzi.
“I?”
“I tak kan halang you untuk buat pilihan”
“maksud you?” tengku Maisara menundukkan wajahnya tak sanggup untuk bertentangan mata dengan Fauzi. I love you..
“You boleh kahwin dengan perempuan lain… I “ belum sempat dia menghabiskan bicara Fauzi meletak jari telunjuk kebibirnya. Fauzi terpaksa beralah dengan keputusan Tengku Maisara. Dia terlalu mencintai gadis itu, dia tidak mahu jika dipaksa gadis itu kan terus meninggalkannya untuk selamanya.
“Susshh.. I akan tunggu you. I akan tolong you anytime, bila-bila masa saja you perlukan I pasti I ada depan mata  you” Tengku Maisara tersenyum bahagia. Air matanya mengalir jua mendengar kata tulus itu. begitu dalam cinta fauzi padanya.  Tangan kasar lelaki itu mengesat air matanya dengan senyuman dibibir.
“Nanti apa kata papa and mama you?”
“pandai-pandailah I jawab.”
“mama you mesti ralat”
“tahu pun mama I ralat, I ni lagi  la…” tengku Maisara membalas gengaman tangan Fauzi dengan erat lagi.
“I bukan akan terus di Pahang, syarikat keluarga I kan kat sini so I akan selalu juga berjumpa dengan you.”
“I know it” tengku Maisara yakin yang dia boleh membesarkan Fael dengan baik seperti harapan abang dan kakak iparnya. Abang..sara akan sayang fael lebih dari nyawa Sara.

*************************************
Bab2
Lapan  tahun kemudian…
“Tengku..ada panggilan dari  Puan Muda” mak leha menjerit sambil kepalanya didonggak keatas. Dalam hati tak henti-henti meleteri anak muda itu. Puas dipanggil dah macam kera baru lepas Zoo terjerit-jerit memanggil anak muda itu. MAunya tak terjerit, terlolong, rumah agam ni 3 tingkat. Besar macam muzium, nasib baik bilik TR di tingkat 2, tak lah teruk sangat dia turun naik tangga ke tingkat atas.
“Ye..alah, mak leha cakap kat aunty katakan orang tengah tidur kan senang” anak muda itu merengus sambil merampas gagang telefon dari tangan tua itu. Berlagak betul la budak ber ‘tengku’ ni nak jek aku bagi tongkol kayu ke mulut berbisa itu. Tak hormat orang tua langsung.
“Hello..aunty” mak leha masih lagi menyumpah seranah tengku yang tidak beradap itu. Ucap terima kasih pun tidak. Memang failed pelajaran adap dan akhlak dia kat sekolah tu.
“Sayang..how are you today? “
“Hurmm..fine, aunty?”
“Macam tak nak cakap dengan aunty jek?” TR tersenyum jongket , kepalanya digaru walaupun tidak gatal.
“Taklah..asal aunty tak telefon jek handphone fael kat atas. Orang tengah tidur tau” dia merengek manja dengan aunty Maisara dia jadi seperti budak kecil berusia 9 tahun.  
Dia baru jek tension hal kat sekolah, balik rumah terus dia tidur nak hilangkan beban tension itu tiba-tiba jek suara mak leha melalak macam tarzan pencen nasib baik dia sedar lagi. Kalau tidak  dia nak jek dia sumbat gagang telefon dalam mulut besar mak leha tu.
“Aunty telefon la..Fael tak angkat. Aunty risau so telefon rumah la..”
“Mesti pihak sekolah telefon aunty kan” dia dah tahu pasti berita dia menumbuk anak pegawai daerah itu  menjadi isu. Pihak sekolah memang tak berani menahan atau mendendanya kerana auntynya orang kuat YDP PIBG sekolah itu. Aunty banyak memberi sumbangan pada sekolah itu. Namun isu itu pasti jua dilaporkan untuk makluman aunty.
“Why?” suram jek suara aunty macam kecewa dengannya.
“ Budak bengap tu yang cari pasal dulu. Dia ingat Fael ni apa?”
“What’s your problem? Cuba Fael bagi tahu aunty?”
“Dia kata Fael ni budak hantu..duduk sorang-sorang, makan sorang-sorang, Fael ada aunty lagi”
Tengku Maisara mengetap bibir. Kesian anak itu, memang betul  sejak tiga tahun kebelakang ini fael makan sorang-sorang dia tiada masa untuk menemani anak sedaranya itu kerana sibuk dengan projek baru di Pulau Pinang.
“Fael..”panggil tengku Maisara dengan nada lembut “Fael terasa ke?”
“Maksud aunty?” TR kerut dahi
“Aunty sekarang ni tak de masa nak teman Fael”
“It’s okay la…Fael tak kisah tapi Fael tak boleh terima bila orang kisah hal Fael. Budak tu tak de otak “ marah TR. Kalau ikutkan tadi mau jek disepak mulut busuk itu. Tak mature langsung budak tu timbul isu macam ni tapi dia jadi bengang time budak tu siap panggil dia anak hantu, duduk rumah hantu.
 Chaittt….banglo atuk aku pun dia kata rumah hantu memang cari nahas dan hari ini memang silap hari bulan perut budak anak pegawai daerah itu jadi guni baja  disepaknya. Senyum TR terjongket lagi bila teringat Farouk menyeringai kesakitan namun tatkala itu Natasya gadis yang sering menjadi tumpuan pelajar lelaki sekolah itu datang menolong Farouk. Terus  senyumannya mati. Tajam saja matanya merenung wajah Natasya disaat itu. Hati lelakinya juga tertawan dengan kecantikkan gadis itu. Mata lelaki selalu nak lihat yang cantik….
“Fael…minggu depan aunty balik ye..”
“Okay..” selepas berbual dengan aunty Maisara dia terus naik ke tingkat atas untuk ke biliknya semula. Dihempas tubuhnya ke tilam, matanya memandang kosong siling bercorak bunga itu. Betul…dia boring dengan kehidupannya, selama lapan tahun dia seolah-olah hidup sendirian. Dia tak nafikan yang aunty Maisara memenuhi segala kemahuannya namun dia tetap kesunyian…kalaulah mummy dan daddy masih ada tentu dia tak rasa sunyi macam sekarang.
Dia bingkas bangun dari pembaringannya kemudian dia melangkah kaki meninggalkan bilik untuk turun ke bawah. Lapar.. balik sekolah terus dia memerap dalam bilik. Bukan mak leha tak panggilnya turun makan tetapi dia malas…tak de mood.
“Mak leha..orang lapar, cepat hidangkan makanan” dia sudah terjerit di meja makan yang besar itu. Terkocoh-kocoh mak leha datang  ke meja makan itu.
“Kejap..Mak leha panaskan  makanan dulu “dia hanya mengangguk sambil mencebik mulut. Hish..budak ni nak mengadap rezeki pun muka macam kalah judi jek. Habisla kalau Zara nak hidup disini. Nak berdepan dengan Tengku Rafael  atau TR yang banyak kerenah dan sombong ni.  Teruk zara..tapi mana dia nak Zara tinggal melainkan di sini kerana dia pun bekerja di sini. Tidur di sini. Makan minum di sini, pendek kata di sini tempat tinggalnya  sejak sepuluh tahun.
“Apa yang di menungkan Mak leha..orang dah lapar takut kepala Mak leha orang baham..”Mak leha mengusap dada sambil beristighfar panjang. Dijeling TR yang bergendang di meja makan yang besar itu. Pantas mak leha melangkah ke dapur basah untuk menyiapkan makanan.
 Teringat Zara, anak sedaranya yang  baru kematian kakak ipar dua bulan yang lalu. Abangnya atau ayah si Zara
“Mak leha!!! “ terkejut dia bila suara TR terjerit diruang makan. Cepat-cepat Mak leha membawa mangkuk yang berisi  roaster chicken , chicken curry  dan chicken soup yang masih berasap  ke ruang meja makan. TR tak suka makan pedas.TR melihat hidangan bertemakan ayam.  
Makanan yang dihidangkan kepada TR semuanya berpandukan jadual yang diberi Tengku Maisara mengikut selera TR. Aku yang tak pandai masak western food terpaksa membeli buku resepi masakan barat itu. Itu satu hal, hal yang kedua pulak berbelit lidah aku menyebut makanan si TR tu makan, kalau  setakat speghetty dan macaroni boleh tahan ini dengan roasternya kan senang sebut bakar jek.
“Hurmm..masak guna dapur arang ke?” perli TR namun bukan senda gurauan. Wajah anak muka itu selalu serius tiada senyuman malah ucap terima kasih pun tak pernah. Kut iya pun..hormat la aku ni sebagai orang tua..huh!! berbeza  dengan Zara. Anak itu manis dipandang mata.
 TR menarik pinggan yang sudah di isi nasi oleh Mak Leha dekat dengannya. Mak leha ke dapur pulak untuk mengambil sayur campur dan pencuci mulut kemudian dia meletakkan di meja makan itu. TR yang sedang enak menyuap suapan itu tidak mempedulikannya. Dia mahu menanya TR terlebih dahulu, namun dia teragak-agak untuk memulakan soalan itu.
“Tengku..kalau Mak leha Tanya sikit boleh” dia pulak yang perlu merendah suara untuk berbicara dengan anak muda itu.
“Hurmm..” TR mengangkat wajahnya, di jeling Mak Leha yang masih berdiri disebelahnya.
“Kalau  rumah ni tambah lagi penghuninya, Tengku kisah tak?” suapan nasinya terhenti. Dipandang Mak leha 30 darjah.  “Nak tambah pekerja lagi ke?”
“Boleh dikatakan macam tu la..”
“Tak yah…cukup jek Mak Leha, Pak Aziz dan pak leh kat banglo ne. Buat menyemak jek ramai-ramai. Lagipun Mak Leha, orang dah biasa hidup sunyi , jadi orang tak nak la ramai-ramai ni” bohongnya. Biasa hidup sunyi? Bukan biasa..tapi terbiasa hidup sunyi.
“Saja Mak Leha Tanya..”menyampah betul la aku dengan budak muda ni. Budi bahasa memang dah merugikan iklan “budi bahasa budaya kita” itu belum lagi rukun Negara yang kelima ‘kesopanan dan kesusilaan’. Huh!!! Tanya sikit jawabnya macam tembak dengan peluru hujan jek..tak bagi peluang kut iya pun..hormat la sikit.
Aku jek yang selalu ingatkan  hormat orang tua walhal dia yang patut ingat dalam diri hormat orang tua. Apalah yang di manja sangat Tengku Maisara sampai tak beradap langsung dengan orang tua.  Kalau disbanding dengan Zara huii…jauh sekali macam langit dengan  kerak bumi.
TR meneruskan suapannya semula. Tak nak rumah agam  ni jadi tumpuan, dia sudah biasa sendirian. Cukup pak leh yang kadang-kala datang bersihkan taman  dan kebun di belakang rumah banglo 3 tingkat ini, Pak Aziz sebagai pemandu yang hanya menghantarnya kemana sahaja yang ingin dia pergi dan Mak leha  yang menguruskan perihal dalam rumah ini.
Kalau mahu pekerja lagi untuk apa? Aku bukannya rajin buat semak..aku dah besar. Nak urus makan minum aku sorang jek. Itu pun kalau aunty balik ke sini. Ke..nak buat peneman untuk bermain dengan aku. Kalau muda tak pe juga buat datangnya lebih tua dari Mak Leha..alahai mau semput jek aku tengok.
“Mak leha..esok orang tak nak cikgu tu datang, boleh Mak leha call dia kata orang tak sihat” arahan TR jelas  didengar dek telinga tua itu walaupun Mak Leha berada di dapur.
“Baik  Tengku..” huh!! senangnya hidup si tengku ni, malas belajar telefon  jek guru tuisyen jangan datang. Hurmm…ini la anak orang berada tak kisah duit membazir bayar khidmat orang tapi tak dimanfaatkan pun..
Tangan Mak Leha masih setia mengelap kaunter  bar yang berada di tengah ruang dapur itu.  Esok  lusa dia boleh la pergi jemput Zara, biar dia mintak tolong Pak Leh tumpangkan dirumahnya dahulu. Lagipun Pak leh tinggal dengan isteri dan dua orang anak perempuannya. Tentu Zara tak kekok sangat.
TR terasa letih..malas dia hendak belajar esok. Baik cancel jek  kelas  fizik, kimia dan mate,dia juga kalau boleh nak cancelkan kelas judo lusa petang. Dia nak tenang diri. Dia tak mahu ke sekolah untuk dua hari ini.
TR menolak kerusi kebelakang dan dia bingkas bangun setelah selesai makan. Dia berjalan ke ruang sisi yang agak lapang dan disitu gelangang tempat dia bermain basketball bila dia rasa hatinya tak tenang.
 Dia termenung untuk seketika kemudian diambil salah satu bola dalam raga besi yang mana menempatkan beberapa biji bola keranjang disitu.  Dia pantas berlari sambil mem’bam’ kan bola itu ke lantai kemudian dia melompat bila sampai ke jaring  untuk shoot bola masuk kedalamnya.
Berulang kali dia melantun bola itu dan situasinya juga sama masuk kedalam jaring basketball itu. Sudah tujuh kali dia masukkan bola dalam gelung jaring itu.
Huh..dia akhirnya terlentang ditengah gelangang basketball itu melepaskan penat. Berombak dadanya turun naik seperti mengepam minyak.
 Natasya…
Adakah kerana Natasya ada disisi Farouk ketika itu yang membuatkan dia bengang..siapa Natasya di hati akU?

********************************************
Bab3
“Acik..rindu Zara kat acik” pelukan dieratkan. Mak leha menepuk lembut bahu anak gadis yang  sebaya dengan TR.
“Acik pun rindu sangat-sangat kat Zara. Tentu Zara letih kan? Meh acik bawakan beg Zara” dia cuba mengambil beg pakaian dari tangan Zara namun ditolak lembut.
“Tak yah, zara kuat lagi..” tengok…budi bahasanya lebih tip top dari si tengku. “ Acik mari dengan sapa?”
“Acik mintak Pak aziz bawakan  kesini jemput Zara tapi kejap lagi kita pergi rumah pak leh dulu ye” Zara kenal dengan Pak aziz dan Pak leh kerana acik selalu ceritakan padanya  bila pulang ke kampong.
“Nape? Tuan rumah yang acik keja tu tak kasi ke Zara tinggal di sana?” langkah mereka diatur bersama meninggalkan stesen bas.
“Tak la..buat sementara waktu ni jek” MaK leha cuba menyangkal  wlhalnya betut apa telahan yang dikatakan Zara.
Dia sudah beritahu Tengku Maisara tentng perihal Zara dan Tengku maisara benarkan tetapi Tengku Rafael jek yang tak benarkan.  Tengku Maisara mahu dia bawa Zara minggu depan ke villa tu kerana Tengku Maisara akan pulang pada minggu itu dan untuk sementara waktu dia perlu minta bantuan pak Leh untuk tumpangkan Zara kerana rumah Pak leh tak jauh dari Vila itu.
Pak aziz membuka bonet kereta sebaik sahaja Nampak mak Leha dan Zara berjalan menuju kearah keretanya.
“Apakhabar Pak aziz?” sapa Zara sebaik sahaja berdepan dengannya. Senyuman anak gadis itu dibalas dengan ramah.
“Alhamdulillah..baik, Zara?” sedap mata tuanya memandang raut wajah putih bersih itu tersenyum manis.  Dia kenal dengan Zara semasa zara berusia 7 tahun lagi, kadang kala Leha akan bawa Zara datang ke vila bila cuti sekolah tetapi sejak mak Zara sakit, Zara sudah lama tidak datang  kalau tak silap dia sudah lapan tahun Zara tak datang ke sini.
“Alhamdulillah..Zara macam ni la”mak leha hanya mengosok bahu zara dengan lembut. Kalau dia ada anak tentu sudah sebesar Zara sekarang.
“Makin besar makin lawa anak sedara kamu , Leha”
“Haa..tengok acik dia la” seloroh Mak Leha. Zara hanya tersenyum. lawa? Hurmm..yelah waktu kecik umur tujuh tahun dulu aku datang ke villa aku kan selalu jek berhingus sekarang aku dah tak  berhingus lagi kalaupun berhingus dah pandai lapkan sendiri.
“Jom..kita pergi makan dulu lepas tu kita pergi ke rumah Pak Leh”
“Tak yah leha, Salleh bagi tahu aku yang isteri dia dah siapkan makanan untuk tengahari ini. Aku pergi hantar kamu dulu sebab lepas ni aku kena hantar Tengku ke Genting sekejap” mak leha mengangguk sahaja.
 Dia sudah tahu, TR beritahunya semalam dan dia juga sudah mintak kebenaran untuk keluar hari ini namun dia menipu TR mengatakan dia ingin melawat isteri Pak Leh.
“Dia  nak berhibur lepas sekolah la tu” Mak leha berbicara sendiri namun didengari Zara yang sedang membantu Pak aziz memasukan beg pakaiannya.
Tengku? Pasti pemilik baru rumahtu, sedangkan yang dia tahu pemilik rumah agam tu sudah lama meninggal dunia dan yang tinggal hanya anak-anaknya. Mungkin anaknya balik menetap dirumah agam itu. Dulu Mak Leha hanya menjaga rumah agam tu tanpa penghuninya kalaupun hanya balik sekali-sekala jek time cuti.
 Dia pernah juga lihat anak pemilik rumah agam tu dengan isteri dan anak lelaki mereka  yang lebih kurang sebayanya. Pastinya cucu pemilik harta ber’aset-aset itu. Namun cerita yang baru diceritakan acik, anak lelaki  pemilik rumah agam  tu sudah meninggal dan sekarang adiknya yang mengambil alih semua aset mereka.
 Hurmmm…memang kaya mereka ni al-maklumlah keturunan tengku, tapi tengku ni bukan pada nama jek yang mewah malah harta yang ditinggalkan nenek moyang diorang tak habis tujuh keturunan makan.
Mereka ada resort, hotel dan syarikat pembinaan. Kalau hotel bukan jek kat Malaysia malah di luar Negara , arab Saudi dan asia tenggara. Semua itu dia tahu dari cerita acik. Hurmmm..memang kaya, tapi kaya harta tak kemana kalau  hati tak kaya..kalau kaya hati makan roti berintikan kaya pun dah rasa nikmat.
“Zara nape tercegat lagi, cepat masuk” lama ke dia mengelamun? Cepat-cepat dia masuk ke dalam perut kereta proton Saga lama.
“Saya ingat tadi nak jek bawa kereta majikan kita Leha, tapi bila fikir-fikir balik takut apa kata Tengku pula kalau Nampak” kata Pak Aziz sambil memandu.
“tak pa Bang Aziz,  kita kena jujur dengan kerja kita” bals mak Leha disebelah.
“Zara akan tinggal dengan kamu ke?”
“Zara dah tak da sesiapa, saya je saudara terdekatnya. Dia dah jadi tanggungjawab saya, lagipun Zara memang dah saya anggap macam anak sendiri walaupun saya tak da anak” Pak Aziz mengangguk faham. Mak Leha sudah lama menjanda . Dia tahu kisah Leha yang kematian suami dan anaknya yang masih berusia 2 bulan dalam kecelakaan jalan raya.
Mak Leha memandang kebelakang melihat Zara yang berpura-pura tidak dengar sambil memandang keluar tingkap kereta.
“Habis? Rumah kat sg. Koyan tu tinggal kat siapa?”
“Tak de siapa la..ingat nak sewakan je”
“Bagus la ada pendapatan untuk pengajian Zara”
“Saya ingat macam tu juga..teringat pasal pengajian Zara. Kalau bang Aziz nak daftar kat sekolah mana ye?
“sekolah dengan Tengku?” rahang bawah Mak leha dah jatuh. Kemudian ditutup semula menelan air liur..No.no… Sekolah tu sekolah elit hanya sesuai untuk orang berada seperti Tengku je
“Rasanya Zara tak sesuai la Bang Aziz,”
“Nape pulak?”
“Mahal yuran pengajiannya” tapi bukan kerana itu yang dia tak mahu Zara bersekolah di situ. Zara budak yang rajin belajar dan berusaha  pasti anak gadis itu boleh Berjaya di sekolah itu tapi…bersekolah dengan Tengku memang azab…
“Kalau saya leha, mintak je tolong Tengku Maisara. Saya rasa Puan tak menolak dia kan pemurah tambahan pulak dengan kita ni yang  lama bekerja di vila tu.”
“Tengok la..” Zara cuba memahami perbualan acik dan Pak Aziz. Sekolah dengan tengku? Mintak bantuan Tengku Maisara? Rasanya Tengku Maisara tu mungkin adik kepada Tengku Rashdan dan ‘ tengku’ pulak  anak Tengku Maisara betul tak?
“Zara sekarang umur berapa?”soal Pak Aziz sambil memandang sekilas di cermin melihat Zara yang duduk dibelakang
“Tujuh belas tahun…”
“Sebaya dengan Tengku la ye” Zara hanya senyum saja pada jawapan Pak Aziz. Siapa Tengku? Lelaki ke perempuan? Atau budaklelaki  sombong yang pernah dia jumpa masa kecil dulu di villa itu?
Pandangan TR jatuh pada raut wajah yang menarik hati lelakinya. Natasya masih tersenyum memandang walaupun tiada senyuman dibalas buat gadis itu.
“Hai…” ucapan ringkas Natasya membuatkan hati lelakinya berbunga riang. Macam mana Natasya boleh berada di amusement park di Genting ni?
“Hai..” langkah kaki Natasya semakin dekat dengannya. “ you buat apa kat sini?”
“Saja..jalan-jalan. Hiburkan hati, you?” Natasya kini berada dekat dengannya. Jelas kelihatan raut wajah cantik itu pada pandangan mata lelakinya.
“Me too…you nak join I tak?” soalnya tanpa senyuman namun dalam hati ada taman yang indah. Natasya tersenyum sambil mengangguk laju.
“You  masih marahkan farouk ke?” soal Natasya sambil berjalan seiringan dengannya. Dia pandang paras cantik itu.
“No..buat ape nak marah benda bodoh macam tu” keras saja jawapanya. Natasya mengukir senyuman sambil memandang paras lelaki kacak itu. Sudah lama hati perempuannya tertaut pada lelaki bernama Tengku Rafael a.k.a TR. Lelaki itu bukan saja kacak tapi punya pakej yang lengkap sebagai prince charming.
“jom..kita main roler coster “ ditarik tangan lelaki itu. TR tersenyum puas dalam hati. Adakah Natasya juga sukakannya?
“You tak kisah ke teman I ?”
“Why? You tak sudi ke?”
“no..You kan teman si bonggok tu?” berkerut dahi Natasya.
“Maksud I kekasih Farouk” TR cuba memancing jawapan. Natasya ketawa kecil. Mulutnya ditutup sopan menahan ketawa. TR tertarik dengan keayuan Natasya disaat itu.
“I just tolong jek..kalau you kena tumbuk dengan farouk pasti I akan tolong you jugak macam I tolong farouk. I’m single bukan teman Farouk atau sesiapa pun.” TR berbunga riang mendengar jawapan yang keluar dari bibir kecil gadis itu. dia ada peluang. Natasya belum dimiliki sesiapa lagi.
“You?”soal Natasya memancingnya kembali.
“I? of course single and available” ada segaris senyuman jua diraut wajah kacak itu. susah sungguh bagi lelaki itu untuk tersenyum namun bila tersenyum wajah itu semakin kacak dengan lesung pipinya di kedua belah pipinya. Hati Natasya tertawan. Tak sia-sia dia memasang rancangan untuk ke sini dan tak rugi dia cuba rapat dengan Farouk untuk memastikan lelaki itu cemburu.
Tangan kanan TR diraihnya dalam gengaman jemarinya. “Can I hold your hand?”
TR hanya mengangguk namun tiada senyuman seperti biasa kedekut senyuman. Namun dalam hati TR suka dengan sikap ramah Natasya, tak payah dia bersusah untuk mengejar gadis itu yang pasti gadis itu sendiri yang datang menyerah. Itulah gaya TR sebenar. Dia tak suka mengejar. Dia juga tak suka mengalah. Dia mahu bila benda yang suka pasti jadi miliknya.

26/04/2012

INFINITE OPPA


Infinite:
Sunggyu – Chingyus
Sungyeol – Yeollipops
Sungjong – SUNGels
Woohyun – Newclears
Dongwoo – Woonique
Hoya – Hoyatics
L/Myungsoo – eLements