salam....Hiii guys!!.. fn bgi hadiah cuti sekolah..hope uollss melayan merapu brsama Fn citer Zara, Tr dan Luqman..still remember?
jom layan lagu jap kali malay song tertarik akim ahmad ni mewangi je..sampai fn tak mandi pagi mewangi ke petang menaik citer keh3 joke je taw!!
time korus tu wat fn meremang sekejap.. jom2 kita layan...
jom layan lagu jap kali malay song tertarik akim ahmad ni mewangi je..sampai fn tak mandi pagi mewangi ke petang menaik citer keh3 joke je taw!!
time korus tu wat fn meremang sekejap.. jom2 kita layan...
Bab 39
Zara
mengetuk kepalanya berulang-kali. Biar betul? Kalau macam ni lama kelamaan jadi
biul kepala otak aku. zara masih lagi termanggu di depan kedai kraf tangannya.
Mieza dan Yati keluar sarapan. Sengaja dibiar budak berdua itu keluar
bersarapan kalau tidak mereka lebih senang ‘tapau’ bawa balik makan di kedai.
“Za…” dia
menoleh.
“Haaa? Ada
apa?” dia buat-buat sibuk membuka grill kedai itu. D mencuit bahunya. Dia
mengerut dahi.
Hairan tetiba jek D menapak ke kedainya. Bukan dia sudah hantar
mesej kata nak tengok kedai hari ini dan tak masuk butik.
“Kau macam
nak lari dari aku jek?” serkap D. mahu taknya pukul 2 pagi telefonnya melalak
mintak diangkat. Kinah yang kuat berdrama tu cerita hal yang tak menyenangkan
hatinya. Zara bukan begitu. Zara bakal tunangan Luqman. Dia sendiri mintak Zara
berterus terang dengan Rafael.
“Mana
ada..jom masuk” zara meletak beg yang berisi keychain yang sudah siap
dibuatnya.D melihat hasil buatan tangan Zara. Cantik!
“Tempahan
budak sekolah ke?” Zara mengangguk lalu mengeluar buku resit untuk dibuat bil.
“Hal
semalam ke?”tak payah Zara buat-buat tak tahu apa yang mahu dari D.
“Betul ke?”
“Betul tapi
bukan seperti yang dijangkakan”
“Apa maksud
kau?”
“Rafael
tetiba peluk aku spontan. Aku tak faham apa yang dimaksudkannya”terang Zara. D
mengangguk.
Dilihat mata Zara yang tidak menipu ketika bercakap dengannya.
“Za..kau
patut jaga batas kau dengan Rafael tu. Dia bukan lelaki yang kita kenal lama.
Kerja sebenarnya pun kita tak tahu”
“Aku
tahu..tapi kau juga bagi kebenaran aku keluar dengan dia kan?”
“Untuk kali
terakhir….untuk kau ucap sayonara. Selamat tinggal dengan cara baik” D
menekankan katanya. Biar Zara faham apa kehendaknya. Bukan dia saja-saja mahu
kenakan Zara. Dia nak Zara akhiri semuanya sebelum terlambat. Dia sudah Nampak
dimata gadis itu cahaya rindu untuk si Rafael bukan Luqman.
“Maafkan
aku D..”
“Zara…”
mereka berpaling ke arah pintu kedai. Senyuman mekar arjuna itu melekat dibirai
bibir. Luqman melangkah dekat dengan mereka.
“Bila
sampai?” soal Zara. Dadanya berdegup kencang bukan sebab soal hatinya pada
lelaki itu tetapi dia
risau jika lelaki itu terdengar perbualan mereka.
“Baru je.
Rindu ke?”gurau Luqman. D meminta diri. Tak sanggup dia nak melihat
wajah Zara yang serba salah dengan soal hatinya. Seorang lelaki yang sudah dia
kenal dan seorang lagi baru kenal. Tetapi gadis itu lebih kea rah lelaki yang
baru kenal. Zaman sekarang bukan mudah kita nak percaya orang yang baru kita
kenal yang bertahun pun masih ada muslihat inikan baru kenal tak sampai
sebulan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Tr tak masuk office” ujar Tiara kepada
Pengarah Urusan Syarikat besar itu juga
merangkap Suami pemilik saham terbesar
hotel itu. fauzi mengaru pelipisnya. Pening dia memikir anak sedara Maisara
seorang ini. Namun dia sukakan Tr. Tr seorang budak lelaki yang tabah diduga
dengan kehilangan orang tersayang. Kalau dia? Entah sanggup ke tidak?
“It’s okay
Tiara. Thanks for your information” dia berlalu ke bilik pejabat Tr. Dibuka
daun pintu itu. Fael..Fael..apa yang kamu sedang buat sekarang ni. Pagi tadi waktu sarapan isterinya beritahu Tr
berbual baik dengannya semalam. Siap kiss pipi
and wish good night lagi. Pagi ni tak masuk pejabat. Apa agenda si Tr
ni.
Fauzi
menekan nombor Tr. Mesin suara perempuan mesra menyapa telinganya. Haila…
handphone ditutup. Sengaja ke? atau bateri tak ada?
Tr menekan
pedal minyak kereta audinya membelah lebuhraya utara-selatan. Dia perlu ke
Penang. Dia sengaja tidak beritahu Uncle fauzi. Semalam dia menegur aunty yang
sedang melayan Mia. Sejak peristiwa dia diberitahu hal pertunangan dengan Nelly
dia sengaja bersikap dingin dengan aunty Maisara. Biar aunty tahu hatinya bukan
mudah ditukar ganti dengan yang lain. Dia rasa gembira dengan berita tentang
Zara namun dia perlu pastikan dulu baru dia mahu beritahu aunty Maisara pasti
aunty pun turut gembira sepertinya.
“Terima
Kasih kerana masih hidup” dia terlupa siapa Zara sebenarnya. Zara masih lagi tidak
halal untuk dia sentuh. Namun dek kerana kegembiraan yang tak dapat dia
gambarkan terluah dengan kata-kata dan perbuatan tanpa sedar dia memeluk gadis
itu dengan erat.
Degupan
jantungnya bersatu dengan Zara. Dia dengar dengan pasti jantung Zaraa pantas berdegup
terkejut dengan tindakan drastiknya.
“Fael..awak
kenapa?”Zara menolak dadanya. Meleraikan pelukannya. Gadis itu mengerut kening.
“Awak mamai ke?”
“Hah?
Mamai?”
“Awak ingat
saya ni kekasih awak?” soal Zara. Gadis itu menunjuk mukanya. “Tengok ni..Saya
Zara. Saya tunangan orang. Jangan awak cuba-cuba nak mengatal dengan saya
okay.”
Marah ke?
tetapi nada suara gadis itu tegas dan beradap menolaknya. “ Saya rasa setakat
ni je perjumpaan kita. Saya dan awak zero”
Lima jari
jemari gadis sebelah kanan berbentuk kosong.
“Tapi..”
“tapi apa?
Awak sengaja nak goda saya. Sorry encik Rafael..saya bukan perempuan yang mudah
encik peluk sana, peluk sini pegang sana, pegang sini”
“Zara..”
“Stop! Saya
nak masuk ke dalam..say good bye and good night” Zara berlalu masuk tanpa
berpaling ke belakang. Dia rasa seperti rasa ingin pergi jauh lagi darinya. Dia
mahu pastikan Zara itu adalah Zara Sembilan tahun dahulu yang pernah hadir
dalam hidupnya. Sebelum Zara menjadi tunangan orang lebih baik dia bertindak
dahulu.
Raof
menunggunya di tol Juru. Dia mengikut kereta jenis proton Saga Flx milik Raof.
Sebaik sahaja kereta itu mula memasuki simpang jalan kecil. Di situ dia melihat
sawah padi terbentang luas. Inikah kampung Zara?
“Bos..ini
kampung Zara Aulia, Bos ikut jalan mini tar terus dan ada simpang tiga bos
ambil simpang ke kanan dan bos akan Nampak deretan kedai makan dan runcit.”
Terang Raof sambil melukis plan jalan di atas kertas kosong.
“Lepas tu
bos ambik jalan tu dan disebelah kiri ada lorong tanah merah. Rumah Zara itu
ditengah bendang”ulas Raof. Seolah lelaki itu sudah mahir dengan jalan di situ.
Agaknya setiap hari si raof ni berkampung di situ.
“Okay..
terima kasih. Ni upah kau tolong bawakan aku ke sini dan selebihnya aku suruh
Pa’an masukkan dalam akaun kau” Raof mengangguk sambil tersenyum memengang
sampul berisi duit ganjarannya.
“Jangan
panggil aku bos”Tr memaling kea rah Raof yang membuka pintu kereta. Raof ketawa
sambil mengangguk.
Tr tidak
suka Raof memanggilnya bos Nampak macam dia ada sindiket jahat dengan lelaki
bermisai lebat itu. Akhirnya kereta audi miliknya memasuki lorong tanah merah
yang hanya muat sebuah kereta sahaja kalau bertembung pasti kena undur bagi
laluan.
Tr menutup
daun pintu kereta audinya sebaik sahaja dia keluar dari perut kereta itu. Dilihat
sekeliling kawasan rumah batu dibawah dan papan di atas. Pokok-pokok
mengeliling kawasan itu seperti pulau.
Dihirup udara segar kampong itu.
Dia
berjalan kea rah pintu depan rumah itu dan memberi salam. Kepala mengintai ke
dalam rumah melalui tingkap yang terbuka sedikit.
“Waalaikumussalam..” Mak leha yang sedang memberi makan itik di
belakang rumah berjalan ke depan rumah untuk melihat siapa yang memberi salam
datang ke rumahnya.
“Mak
leha..”bekas dedak itik jatuh ke tanah. Rahang bawah Mak leha turut ke bawah.
Ditelan liur.. dia cuba menafikan apa yang dilihatnya sekarang rasa macam
kenal. Tak mungkin TR.
“Tengku
ke?” dia cuba mendekati pemuda yang segak bergaya itu. “Tengku Rafael ke?”
Untuk kali
kedua dia bertanya suba memasti kebenaran matanya melihat raut wajah tampan
itu. “Tengku Rafael ke?”
“Ye..ini
Tr, Tengku Rafael”Tr beriya menunjuk dirinya sebenar
“Mak Leha
dah lupa dengan orang ke?”
Kata ganti nama orang itu membenarkan matanya
melihat dan mengiyakan hatinya berkata itu Tengku Rafael anak Tengku Rashadan
dan juga paling dia takuti anak sedara kepada Tengku Maisara. Puan muda itu
sudah lama membuang dia di sini. Menyepi diri dan Zara lenyap dari kehidupan
anak sedaranya.
“Masuklah
dulu”air muka Mak Leha jadi keruh. Tr perasan Mak Leha seolah terkejut dengan
kehadiran pasti apa yang dia tahu itu ada benarnya. Zara masih hidup! Tetapi
apa motif Mak Leha menipu kematian Zara? Salahkah kasihnya pada Zara? Kenapa
perlu merampas kasihnya pada Zara dengan melenyap Zara dari hidupnya. Menipu
Zara sudah mati. Mak Leha dah tak betul ke?
Tr melabuh
punggung ke kusyen kayu jati itu. Dilihat susun atur rumah itu. Mak Leha ke
dapur untuk menghidang minuman untuknya. Dia bangun semula melihat bingkai
gambar yang tergantung di dinding ruang tamu itu. senyuman Zara mekar meraih konvokesyennya di
sisi Mak Leha dan…. Tak mungkin lelaki itu.
Tr menahan
geram. Kenapa Luqman Nur Hakim wujud dalam kehidupan Zara setelah apa yang
terjadi. Adakah ini di rancang? Apa muslihat Mak Leha sebenarnya?
“Jemput
minum Tengku” Mak Leha melirik mata melihat raut wajah matang dari dahulu.
Sudah Sembilan tahun dia tidak berjumpa Tr, kali terakhir melihat anak muda itu
masih belasan tahun dan sekarang anak muda itu sudah dewasa. Wajah dan susuk
tubuh saling tak tumpah Tengku Rashdan. Tampan!
“Mak Leha
apa khabar?” butir bicara anak muda itu lebih tertib dan beradap berbanding
dahulu. Mungkin Tr semakin cerdik dalam budi bahasa budaya kita sekarang. Mak
leha tersenyum sambil mengunjuk cawan berisi air teh o yang masih berasap ke
depan TR.
“Sihat
Tengku, jemput minum…”
“Terima
kasih..” dia mengambil cawan itu lalu menghirup sedikit air yang masih panas
itu.
“Tengku
sihat? Puan Muda sihat?” ceria tutur kata Mak Leha bertanya kepadanya.
“Sihat..aunty
dah berkahwin dengan uncle FAuzi dan dia orang sudah mempunyai seorang anak
perempuan” ujarnya disambut ketawa gembira Mak Leha. Wanita itu mengelap
lelehan air mata dengan hujung lengan baju kedah.
“Alhamdulillah..bahagia
juga Puan Muda.”
“Zara
sihat?” sengaja soalan itu keluar dari mulut Tr.
“Sihat
tengku..” Mak leha tersedar dia terlepas cakap.
“Hairan
orang Mak Leha boleh tahu Zara di dalam kubur sihat kan?”sinis dia berkata
sambil melirik matanya. Mak Leha serba tak kena.
“MAk leha
mintak maaf tengku..”
“kenapa?”
“Kenapa apa
Tengku?”
“Tentang
Zara? Kenapa beritahu dia dah tiada. Dia dah mati sedangkan dia masih hidup”
“Mak Leha
tak mahu Tengku sedih, Zara koma tengku perlu teruskan pengajian Tengku”
sengaja MAk leha mencipta alas an.
“Zara
impian orang, dia bidadari orang di dunia ni. Orang nak hidup dengan dia.
Salahkah orang tunggu dia?”
“Anggaplah
Tengku dan Zara tak berjodoh di dunia ini”
Tr melepas
keluhan. Dia kesal dengan kata-kata Mak Leha. Apa Mak Leha merancang nak
menjodohkan Zara dengan Luqman sebelum ini, patutlah dulu Mak Leha seperti
tidak menyukai diri dan sikapnya yang berlagak sombong cuma Zara yang sudi
menahan kerenahnya sehingga dia menerima gadis itu dalam hidupnya.
“Maaf Mak
Leha..orang dah tahu Zara sekarang masih hidup. Orang akan berusaha dapatkan
dia semula.”
“Tengku..Zara
bakal bertunang minggu depan”ujar Mak Leha lemah. Tr degil seperti Tengku
Rashdan bukan dia tidak tahu sejarah hidup daddy si Tr. kalau sudah jatuh kasih
dia akan setia pada yang satu itu. Tetapi kenapa mesti Zara pilihan Tr, anak
muda itu lebih layak memilih gadis yang lebih hebat dari anak sedaranya itu.
“Luqman
kan?”Tr memandang tajam wajah Mak Leha. “Mak Leha tak suka dengan orang ke?
orang anggap Mak Leha macam aunty orang dan sebahagian dari hidup orang”
Air mata
Mak Leha mengalir keluar. Dia sayang sangat dengan keluarga Tengku Rashid ini.
Dia sayang Tr manakan tidak dari budak itu berumur Sembilan tahun dia hidup membesar
Tr di rumah agam itu. Hanya kerana cinta Tr pada Zara dia terpaksa akur
mengundur diri dengan cara itu dia
membalas budi baik keluarga Tengku itu.
“Orang akan
beritahu aunty Maisara yang Zara masih hidup. Mak Leha jangan menyesal apa yang
orang akan buat selepas ini. Kalau Mak leha menghalang orang akan bawa Zara
lari dari Mak leha”
Ugut Tr
seraya itu dia bangun “Zara milik orang..Mak leha tolong restu”
Mak leha
menahan sebak. Bukan dia tetapi Tengku Maisara yang tidak restu. “Tengku..”
Tr berpaling
melihat Mak leha yang sudah terduduk di lantai ruang tamu itu. Tr mendapatkan
Mak leha.
“Susah sangatkah Mak leha nak terima orang”
“Bukan Mak
leha nak..”dahi anak muda itu berombak.
“Apa maksud
Mak leha?”
Mak leha
meramas baju depannya seolah meramas hatinya yang sakit menahan apa yang
dirasanya. “Tengku pulanglah..hidup dengan pilihan yang lain bukan dengan Zara.
Dia sudah ada kehidupannya sendiri. Dia sudah ada Luqman”
Perlahan-lahan
Tr melepas bahu Mak leha dari terus memimpin wanita itu duduk semula di kusyen.
Dia mengeleng kepalanya. Air matanya mula mengalir. Menahan sakit di dada. Zara
Aulia gadis itu seperti pelangi indah tiba-tiba nak dia hilang. Ceriakah hidupnya tanpa warna
pelangi itu?
“Maafkan
orang Mak leha..” dia ingin berlalu pergi. Dia akan cuba dapatkan semula Zara
Aulia,kerana gadis itu miliknya. Be mine!
“Tengku!!!”
“Tengku…
dengar dulu” tercungap-cungap Mak leha cuba mendapat Tr. “Tolonglah.. kalau
Tengku sayangkan Zara, Puan muda. Tolonglah kembali kepada hidup Tengku sebelum
ini. Hidup dengan cara Tengku sebelum ini. Biar Zara dengan hidupnya sekarang”
“TAk..orang
akan mintak bantuan aunty Maisara untuk bawa semula Zara dalam hidup orang”Tr
cuba melerai pautan tangan Mak leha yang cuba menghalang dia untuk terus pergi
tanpa menerima nasihat wanita itu.
Dada Mak
leha berdegup pantas. Mana mungkin Tr memintak bantuan Puan Maisara sedangkan
hakikat Puan MAisaralah yang merancang semua ini.
“JAngan..jangan
Tengku”
“Aunty
selalu berharap Zara hidup. Tentu aunty turut kecewa dengan MAk leha kalau dia
juga tahu Zara masih hidup. Zara pun begitu. Orang tahu dia hilang ingatan
kalau dia ingat semula pasti dia akan salahkan MAk leha”
Mak leha
menarik nafas panjang. Berkali dia mengucap. Dia perlu kekuatan untuk berhadapan dengan kenyataan. “Puan Muda
tak akan salah MAk leha. Dia juga tak akan terkejut Zara masih hidup. Dia akan
terkejut bila dapat tahu Tengku sudah berjumpa semula dengan Zara”
Berkerut
dahi Tr “APa maksud Mak leha?”
“Tanya Puan
MUda tengku..dia ada jawapannya. Dia tahu segalanya”
“Tak
mungkin aunty Maisara yang rancang semua ini” Tr cuba mengingat semula. Patut
aunty Maisara nak sangat pindahkan Zara ke penang. Aunty Maisara juga
menghalang dia dari melihat jenazah Zara yang sememangnya tak benar.
“Mak leha..
terima kasih beritahu hal sebenarnya. Terima kasih mengajar orang erti
penantian.”ujar Tr dengan nada lemah. Mak leha jadi serba salah. Apa yang bakal
berlaku nanti?
“MAk leha
nak Tengku faham. Baliklah mulakan hidup baru. Tengku layak dapat lebih baik
dari Zara. Tengku akan bahagia dan Puan Muda pun akan senang hati”
“Terima
kasih…terima kasih” Mak leha dapat rasakan ada yang tak kena. Tr seperti orang
tak betul. Anak muda itu berlalu pergi.
+++++++++++++++++++++++++
“Sedap?”soal
Luqman melihat Zara setia menjamu selera tanpa bercakap sepatah perkataan pun.
“Luqman…”
“Hurmm..nak
order yang lain ke?”
“Siapa saya
sebelum ni?” Luqman sudah meletak sudu dan garfu di sisi pinggan.
“Awak Zara
Aulia, gadis comel yang pandai melukis dan kreatif dalam kraf tangan”LUqman
tersenyum.
Dalam hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu betapa dia menahan
gemuruh dengan soalan Zara tiba-tiba.
Adakah Zara sudah ingat semula siapa dia
sebenarnya.
“Tak..saya
tak nak dengar itu. Awak kenal dengan lelaki bernama Rafael?”
Luqman
menelan air liur terasa berpasir. Tak mungkin Tr datang berjumpa Zara. Macam
mana dia tahu Zara masih hidup.
“Tak..
siapa Rafael? Awak curang dengan saya ek?” sengaja dia mengubah topic. Zara
tersenyum tawar. D menyuruh dia berterus terang dengan hatinya sendiri. Jangan
tipu hatinya. Bila dia bersama Rafael di rasa tenang. Jantungnya sentiasa
berdebar-debar seperti cinta pandang pertama. Renungan arjuna beta itu sentiasa
buat dia jadi resah dengan perasaannya. Bila hilang dari matanya dia jadi
rindu. Tetapi dengan luqman dia tidak rasa begitu. Dia selesa dengan lelaki itu
sebagai kawan sahaja. Sepanjang malam dia berfikir. Siapa lelaki dalam hatinya?
“Luqman
beri saya masa. Kita tangguh dulu pertunangan kita” Luqman merenung laman wajah
suram itu.
“Saya tak rasa saya boleh terima awak sekarang”
“Tapi kita
sudah beli cincin” ya..tadi mereka pergi memilih cincin untuk pertunangan. Di
situ dia merenung setiap cincin. Namun dia tidak nampak mana-mana cincin pun
jadi miliknya, bakal disarung ke jarinya.
“Luqman..saya
tak mahu bersama awak sebab rasa kasihan, sebab rasa bersalah dengan kebaikan
awak” Luqman kecewa mendengar kata-kata Zara. Tr ada atau tidak Zara bukan
miliknya. Dulu dia ingat sebab Tr
hadir dulu sebelumnya tetapi dengan Zara yang
baru juga hati gadis tetap bukan miliknya.
“Baiklah..saya
beri awak masa”Luqman tersenyum tanpa gula.
“Terima
kasih..” zara rasa puas hati sebab berterus terang. Betul kata D, dia patut
jujur dengan hatinya.
Rafael?
Zara ssudah ingat sedikit demi sedikit ke? dulu mak leha pernah beritahu zara
selalu bertanya siapa Tr dan sekarang Rafael pula. Lelaki itu muncul dalam
mimpi dia ke?
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
D melihat
Sakinah yang sedang mengait labuci di dada gaun pengantin itu. sesekali anak
rambut Sakinah menjuntai ke bawah. Tangan gadis boyish itu menarik menyelit ke
belakang telinga. Mata D beralih ke jari jemari Sakinah. Tampak lemah lembut
bila mengait setiap butiran labuci itu.
“D..kau
jatuh cinta dengan aku ke?”beberapa manic dituju ke arahnya mengenai mukanya.
Dia tersedar Sakinah ketawa mengekek. Semalam dia Nampak indah je wajah si
‘kepohcie’ ni dan sekarang si ‘kepohcie’ dah macam white angel dan butiran
cahaya putih berjurai di sekeliling membuat dia terpesona. Alaihai…
“Wei..kepit!”
dia tersedar untuk kali kedua.
D tersenyum
tanpa gula. Malu dengan dirinya. “Kau tak da nama indah nak panggil aku”
“jangan kau
buat hal jatuh cinta dengan aku. geli!” D rasa bengang dengan kata-kata Sakinah.
Kenapalah dia terjatuh cinta pula.. dengan si ‘kepohcie’ mulut macam pedang
samurai.
“chaaiitt..simpang
malaikat 44. Aku nak jatuh cinta dengan kayu besbol macam kau. Keras tak
berperasaan”
“Wei..kayu
besbol aku pun boleh pukul bola jauh tau” Sakinah menjeling maut. Dia naik seram
bila D asyik merenungnya tadi. Bunga jantan itu buat dia jadi bunga plastic je.
“Dahl
ah..malas nak bertengkar dengan kau”
“Tahu pun.
Jangan jatuh cinta dengan aku tau!”
“Eeee..tolonglah..jangan
perasan cik Kinah oiii”
“Mana
Zara?” Sakinah cepat-cepat ubah topic.
“Jumpa
Luqman. Rasanya hari ni dia tak datang kedai. Dia orang pergi beli cincin
pertunangan mereka”
“So
sweet..”Sakinah sudah mula meroyannya. Gadis boyish itu datang menyapa depannya
dengan senyuman gatal. Memang kau kayu besbol boleh pukul bola jauh sehingga
kena kat hati aku Sakinah oiii..aku dah jatuh cinta..gila!
“Kau rasa
antara Luqman dengan Si mamat model itu yang mana sweet lagi?”
“Kau apehal
tanya soalan yang tak masuk exam ni?”
“Ini soalan
suka-suka. Alooo..layanlah kejap aku D, Zara dah tak da kau patut berbaik
dengan aku”ngeee..Sakinah tayang gigi macam iklan colgate
“Luqman tu
kacak bergaya, tinggi dan tegap. Rafael pun sama..entah masing-masing ada daya
tarikan” Sakinah tersengih mendengar ulasan D.
“Rafael tu
macam hero korea aku je” D mula menyampah tak habis-habis
korea..korea..korea..semua penangan hallyu Kpop
“Luqman
baik macam hero melayu, Rafael tu kita tak kenal dia tu baik ke tak”terang
Sakinah.
“Selalu
hero jahat lebih mempersona lagi. Macam twilight. Orang suka vampire dari
manusia sedangkan vampire tu boleh membunuh sanggup gadai..” kuk!!
“adoiyaa….”Kinah
mengosok dahinya. Sedap je D menjentik jari ke dahinya.
“Berangan
dari melayu ke korea last omputeh pulak kau ye.. aku kat depan ni lebih menarik
lagi tau” D membebel sambil berlalu ke belakang meletak tempahan yang sudah
siap digubahnya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tr
memghempas pintu kereta audi. Dia berlalu
masuk ke dalam rumah banglo mewah dua tingkat itu. Dia naik ke biliknya. Dihempas daun pintu
melepas kemarahan dalam hatinya.
“Kenapa
mesti aunty?” ayat itu sahaja yang berulang kali di hatinya. “tak mungkin
aunty”
Dipejam
matanya. Diletak lengannya ke dahi cuba melepas penat seharian dia ke penang
dan pulang semula ke KL. Hatinya juga penat. Segalanya melelahkan dia.
“Fael…” Tengku
Maisara memulas tombol pintu bilik anak muda itu. dia tahu Tr tak masuk office hari ini. Tr
masih lagi bersedih dengan hal pertunangan itu ke? Mia dipimpinnya memasuki
kamar bujang itu.
“Mia
panggil abang Fael sayang” Mia tersenyum.
“Abang
fael..”ucap Mia dalam pelatnya.
“Pandai
anak mama” didukung Mia sebaik sahaja melihat Tr terbaring di atas katil. Dia
merapati Tr perlahan-lahan. “Fael..”
Tr membuka
matanya perlahan-lahan. “ aunty..sorry Fael letih nak rehat “
“Tak pe,
aunty takut Fael sakit lagi”ujarnya lembut sambil mengusap anak rambut anak
muda itu yang menjuntai ke dahi.
Tr ingin
bertanya hal sebenar tetapi dia rasa ini bukan masanya. Dia bingkas bangun, dia
menepuk tilam supaya Tengku Maisara duduk di sebelahnya.
“Hai
Mia…rindu abang Fael tak” diambil Mia lalu dicium-cium pipi mulus itu. mia
ketawa mengekek kegelian.
“Mia cantik
macam aunty”ujar Tr. Tengku maisara tersenyum indah mendengar pujian TR. “Aunty
bahagia tak sekarang?”
“Ye..sayang,
aunty bahagia ada Fael, uncle Fauzi dan Mia”
“aunty sayang
Fael?”
“Sayang
sangat, Fael permata indah daddy Fael yang perlu aunty jaga” Tr tersenyum tanpa
gula. Sayang? Sayang macam mana sebenarnya aunty nak tunjukkan?
“Boleh fael
mulakan hidup sendiri”
“Apa maksud
fael ni?”
“Lepaskan Fael, biar fael buat pilihan sendiri”
“Fael dah
jumpa pilihan hati Fael ke?” dicuit dagu Tr.
Senyuman anak muda itu mekar sehingga menampak lesung pipitnya.
“Kalau
sudah, aunty terima tak?”
“Aunty kena
tengok dulu siapa dia, keluarga dia, kerja apa dan yang penting sekali dia layak
tak bergandingan dengan Fael.” Tr mengangguk. Benarlah kata Mak leha, patut
aunty ketepikan Zara. Siapa Zara? Anak yatim piatu, kerja apa? Maid di rumah
agam dan sekrang hanya pemilik bersama butik Andaman pengantin. Layakkah Zara
bergandingan dengan dia? Bagi aunty tidak tetapi baginya Zara lebih layak
berbanding nelly dan Natasya atau pun mana-mana perempuan yang aunty cuba
kenalkan untuknya,
“Kalau
gadis itu seperti Zara Aulia?” Tengku Maisara tersentap. Dibiar mia bermain
bola keranjang yang ada di sudut kamar itu.
“Bo..boleh..kan
Fael nak gadis yang macam Zara. Dia ada gelaran macam kita tak? Keluarga dia
buat perniagaan apa?”
Tr ketawa dibuat-buatnya.
Manahan geram di hatinya dengan sikap aunty Maisara. Terselah sikap sebenar
aunty Maisara. “ uncle Fauzi tak da gelaran pun aunty terima?”
“uncle
lain, fael lain,”
“Tak de
bezanya Fael ada cinta dan uncle pun ada cinta perlukah gelaran untuk diletak
ditengah-tengah cinta itu sebagai penghalang”
“Uncle
Fauzi dah lama kenal dengan aunty, dia juga anak orang kenamaan dan berjaya
menamatkan pengajiannya di luar negara. Pilihan Fael sebelum ni bukan aunty nak
rendahkan Zara, dia bukan anak orang kenamaan, ayahnya seorang pemandu teksi
dan maknya penjual kuih. Mak leha pulak orang gaji di rumah kita itu mak sedara
dia. Lain Fael, berbeza fael..”
Tr melurut
rambutnya ke belakang. “cuba aunty tukar Zara dan uncle Fauzi, agak-agaknya
aunty terima tak uncle?”
Tengku
Maisara terkelu seketika. Hakikat sebenar dia menerima siapa pun Fauzi. Kerana
Fauzi cinta hatinya. “uncle Fauzi lain fael..dia memang dilahir dalam keluarga
orang berada”
“Baik…tetapi
cuba aunty letak sekejap takdir uncle Fauzi ditempat Zara”
“Fael,
uncle Fauzi cinta hati aunty, siapa pun dia aunty terima tetapi hakikatnya dia
berbeza dari kehidupan Zara kalau nak bergandingan dengan Fael”
“Aunty
pernah tahu tak, apa kata daddy dalam diarinya?”air mata sudah bergelinang
dibirai matanya.
“Siapa pun
dia, like monster, like alien. Dia tetap isteri aku, dia sharifah Safiyyah”
Tengku Maisara menahan sebak. Betapa cinta abangnya untuk isterinya.
“Daddy
menulis yang mummy pernah bertanya kepadanya ‘Don’t you care who I am? Don’t
you care where I’m from? Don’t you care what I did? Aunty tahu daddy kata apa?”
tengku Maisara mengeleng kepalanya sambil mengesat juraian air mata. Betapa dia
rindukan abangnya yang setia.
“Daddy
geleng dan mengucup dahi mummy dan mengucap I love you so much here and
hereafter”Tr tersenyum tanpa gula. Air mata jantan mengalir untuk sesaat. Dia bangga
dengan daddynya.
“Lupa aunty
nak bakar diari daddy. Dia berikan pengaruh cinta yang hebat untuk Fael selama
ini” Tengku Maisara bingkas bangun. “Mia come here..”
Mia
berjalan ke arahnya, diambil didukungnya dan berlalu pergi.
“Aunty..
maafkan Fael” kata-kata Tr jelas kedengaran sebaik sahaja dia melangkah keluar
dari kamar anak muda itu. Dia tak mahu
Fael jadi seperti abangnya. Dia mahu Fael hidup tanpa memikirkan soal cinta
yang membingungkan. Abang meninggal
kerana mahu selamatkan kakak iparnya, dia dapat laporan polis selepas dua bulan
kemalangan itu. abangnya berjaya dikeluarka dari kereta mereka oleh orang yang
datang membantu tetapi oleh kerana kakak iparnya pengsan tidak sedarkan diri
dalam kereta membuatkan abangnya berpatah balik, di saat itu kereta mereka
meletup dan abangnya menemui ajal. Cintakah itu?
Sebab itu
Tengku Maisara tidak mahu Fauzi terlalu mencintai sehingga lupa dengan diri
sendiri. Cinta sebahagian perisa manis dalam kehidupan. Dia tak mahu biar
hanyut dalam cinta yang boleh membuatkan dia merana. Namun dia ditakdirkan dengan
lelaki bernama Fauzi yang juga setia seperti abangnya menunggu tanpa jemu.
+++++++++++++++++
Fauzi
membelek wajah isterinya. Diusap pipi isterinya itu. “Nangis lagi?”
“FAel… I lupa
dia ada kekuatan abang I”
“Apa yang
sebenarnya berlaku?”
“I tak rasa
Fael berjumpa dengan Zara, gadis itu mungkin sudah dimiliki orang lain. I tahu
Zara hilang ingatan bila Mak leha telefon I untuk kali terakhir. Zara tak akan
datang mencari Fael. Tetapi sekarang fael sendiri yang tak boleh lepaskan Zara,
Fael seolah hidup dengan cinta Zara lagi. Sebab diari abang I berinya kekuatan”
“Diari?”
“Sebab I ingat
itu hanya untuk melepas rindu tak sangka FAel seperti abang I”
“You nak I siasat?”
“Nope! I takut..
I takut fael salahkan I”
Fauzi
ketawa. Dikerling Mia yang sedang nyenyak tidur di katil kecilnya “you ni
pengecut rupanya luar
Nampak tegas. Kalau you nak tahu you pun insane jugak”
“Taklah..
mana ada, I tak pernah mengharap cinta you macam Fael dan abang I “
“Ye..i
sorang yang tergila-gilakan you.” Fauzi ketawa sambil memeluk Tengku Maisara. “You
cintakan saudara you sangat-sangat”
Tengku
Maisara mengangkat muka memandang Fauzi yang merenung matanya. “I tak faham?”
“You terlalu
sayangkan keluarga you sampai you takut nak lepaskan. You takut kehilangan FAel
seperti abang you”
Tengku
Maisara menghela nafasnya. Fauzi mengucup lembut kening isterinya. “tentu you
penatkan sayang?”
“I letih
dengan FAel”
“Lepaskan
dia”
“Tak
boleh.. dia anak lelaki I”
“I boleh
beri you anak lelaki”Fauzi sudah merapati tubuhnya, dipeluk erat tubuh Tengku
Maisara.
“You tak
rasa I dah tua untuk anak kedua?”Fauzi ketawa. Dikucup setiap inci wajah Tengku
MAisara
“You selalu
muda untuk I sayang” Tengku Maisara membiar perasaan mengebu suaminya itu. itu
cinta?
Kenapa dia tamak? Dia perlu
melepaskan Fael..untuk bahagia sepertinya.
++++++++++++++++++++++++++++++++
p/s: tak sempat edit kali kedua
jom layan malay song lagi Hazama..daebakkk Malaikat