12/06/2014

Be Mine! 38


syiookkk...layan lagu deaabaakk dari AlphaBat tantara (dan da la)  okay..kekawan enjoy it!! selamat membaca... Be Mine!

                              


Bab 38

Zara sudah sihat. Dia bekerja seperti biasa. D tersenyum melihat wajah itu sudah kemerah-merahan tak pucat sebelum ni . D berdiri didepan Zara bila gadis berhijab itu ingin mengangkat kotak barang berisi  stock baru yang baru sampai.

“Hai sweety..aku suka tengok muka kau yang kemerahan sekarang”tegur D sambil kening berjongkang –jongkit. Senyuman tersungir dibibirnya.

“Aku dengar cerita dari si Kinah,Luqman dah lamar kau siap version Malay lagi” Huk..huk..ketawa terbatuk  D kemudian tersengih-sengih kambing. Ceh…Kinah memang tak boleh simpan rahsia. Dijeling Kinah yang sedang merapi gaun pengantin pada badan anak patung itu. cepat-cepat gadis itu menyembunyi muka disebalik badan anak patung display itu.

D seolah sudah lupa kisah dia dimalukan. Di pandang wajah bunga jantan itu. D masih lagi wujud didepannya. “Kalau kau nak tahu cerita lebih detail lagi, tolong aku angkat kotak ni”

“Yeahhh…teruk kau Za, macam nak balas dendam je gayanya”tak sempat menyempat. Kotak itu dilepas kepangkuan D.

“Jom..ikut aku ke stor sambil dengar story aku” D mengikutnya tanpa menjerit lagi. Dia kalau dibuli Zara taka pa lagi direlakan  tetapi kalau si Sakinah memang buah keras balik dipulangkan. Gadis bernama Zara ini lain. dia sudah anggap bagai saudara sendiri bila layanan yang diberi Zara dahulu ketika mereka masih belajar di Kolej sehingga kini dikenangnya.

“Kau terimalah?”soal  D sebaik sahaja Zara selesai bercerita kemudian dia meletak kotak itu dibilik stor tempat yang disediakan untuk stock baru.

“Yelah..abis kau nak suruh aku buat apa? Tolak lamaran dia?”

“Cik Zara Aulia..kau dah betul-betul check ke dengan kau punya ‘my heart’ yang sepatutnya ada kat dalam tu” D membuat bentuk love dengan jari jemarinya.
                              

“Entah..aku rasa luqman la kut?”

“hisshh..rimas aku dengan kau, Za. Patutnya kau yakin siapa luqman dihati kau”

“Habis tu siapa lagi selain Luqman?” Zara mengetap bibir. Siapa?

“Aku hanya ada Luqman sepanjang aku hidup”dia mengulas semula siapa Luqman dalam hidupnya.

“Yeke?” D cuba mempersoal kisah hidupnya yang dia sendiri tak ingat. Dia kenal Luqman secara tidak sengaja waktu membeli barang-barang dapur di Tesco. Troli dia terlanggar troli luqman yang keluar dari rak barang segala jenis pencuci baju sehinggalah ke pencuci pinggan mangkuk.

Sejak dari itu bibitlah pertemuan demi pertemuan. Waktu itu dia masih lagi study di Kolej habiskan diploma designer. Siapa lelaki yang selalu datang bertemu dia setiap hari kalau ada kelapangan. Luqman!  Siapa lagi lelaki yang melamar dirinya untuk menjadi kekasih. Luqman! Siapa lagi yang mengungkap kata-kata cinta padanya. Luqman! Siapa lagi yang mengenalinya lebih dari dirinya sendiri. Luqman!

Luqman Nur Hakim. Lelaki itu lebih dari segalanya. Si charming gunung ledang? Haila…tak sempat kenai sangat pun dah menghilang. Namun pertemuan yang singkat itu membuat hatinya jadi penasaran.

“Kau tak da seseorang yang kau suka selain Luqman?” Zara memandang D. lelaki itu masih lagi mengorek rahsia hatinya.

“Kau rasa?” laaa……teruk betul si Zara ni. suka main aci tarik tali. Sekejap dia tarik sekejap dia lepas. Buat orang tertanya-tanya. Siapa yang bertahta dihati gadis itu sebenarnya.

“Acik aku ada cerita yang aku pernah terlibat dalam kemalangan. Kau tahu kan?” D mengangguk. Zara selalu jugak beritahu daya ingatannya samar-samar denagn kehidupan masa lalunya. Kadang-kala bila dia cuba mengingati sesuatu kepalanya akan berdenyut sakit.

“Masih lagi ada parut dikepala aku. acik kata aku cedera teruk dibahagian kepala sebab terhentak dipembahagian jalan.”

“KAu umur berapa?”

“Acik kata 17 tahun lepas spm. Aku koma… and then aku dah tak ingat lepas aku sedar dari koma enam bulan tu. Siapa nama aku? siapa acik? Aku Cuma ingat kenangan aku bersama mak dan ayah aku je waktu berusia enam tahun.” Zara berhenti sekejap. Dia menarik nafas cuba melepas segala yang bersarat dalam hati dan kepalanya.

“Sejak itu aku just hidup dengan kenangan aku enam tahun dan selepas aku sedar dari koma tu je. Acik pernah cakap bila aku perkenalkan Luqman padanya. Acik seolah kenal Luqman dah lama dari aku.”

“Kau tak heran ke?”

“Hairanlah… acik cakap aku dan Luqman kawan baik disekolah dan Luqman jugak cakap aku dan dia lebih dari seorang kawan dulu”

“Macam ni” Zara menambah lagi dengan membuat ikatan jari telunjuk kanan dan kiri bersangkut antara satu sama lain.

“So close la..abis tu kenapa kau masih tak yakin dengan hati kau pada Luqman?”

“Entah?..”ngeeeeeeeeee…… geram D.  Dilekuk dahi Zara. “Aucchhhh..sakitlah D”

Zara menyeringai kesakitan. Saja buat-buat lebih mintak D gosok balik. Lelaki itu tak tunggu lama terus gosok  dahi Zara. Dia pernah ada adik perempuan kembar tak seirasnya namun adik perempuannya sudah hilang dari hidupnya. Sebab tu dia hidup melayan Zara seperti melayan adik perempuannya.

“ Tu yang aku bengang dengan kau Za, entah..entah..tu je jawab terbaik kau berikan bila tanya soal hati kau pada Luqman”D membebel lagi macam mak nenek.
Zara tersengih. Dia mencucuk jari telunjuk ke pipi D yang lembut itu. “Smile…please!!!”

“Hai..”mereka berdua terkejut dengan sapaan itu. mereka memandang susuk tubuh tinggi tegap itu berdiri betul-betul pintu masuk stor.

“Bila sampai?” soal Zara gugup. Jantungnya berdegup ditahap luar normal. Dia muncul semula. Macam biskut chipsmore sekejap ada sekejap tak da.

“Ermm…tak lama. Berbual apa? Tak takut kena tangkap basah?” soal Tr bersahaja. Walhal dia cemburu jugak melihat kemesraan Zara dengan D. walaupun lelaki itu kategori lelaki lembut namun D tetap lelaki.

D dan Zara ketawa. Mereka bangun dari bangku kecil. Berjalan keluar biar terang sikit melihat wajah mamat model ni. Zara dan D melihat antara satu sama lain.

“Zara ni tengok aku tak bernafsu” ulas D sambil ketawa menunduk. Dipicit perutnya yang sakit menahan ketawa.

“Ddddd…. Teruk kau ni. D pun sama” balas Zara dengan pipi blusher. Huhu serius ayat tak da nafsu nanti apa pulak disalah tafsir lelaki itu.

“Hai… hero korea aku dah sampai” Sakinah menyampuk. Dipegang lengan Tr mengheret mengikut langkahnya lalu ditolak tubuh itu jatuh ke sofa. Ngaaaa…dasyat betul Kinanh melayan sang arjuna beta ni.
 

                                                         Sakinah - just pic

Tr tersengih. Tangannya memengang tengkuk mengosok-gosok sambil bibirnya tak lepas mengukir senyuman. Malu jugak bila tiga pasang mata menghala ke arahnya saja.

“Kenapa?” keningnya  terjongket sebelah. Dia ada buat salah ke?”

“Kemana menghilang?” soal D.  Zara dan sakinah mengecilkan mata. Seolah-olah cuba memerangkap sang arjuna itu. lelaki itu penuh misteri.

“Tak sihat..saya demam” ooo….mulut tiga sahabat itu memuncung sambil mengangguk.

“So?” mereka bertiga bertanya.

“So?”Tr bertanya balik.

“So what?” mereka bertiga menekan kata-kata mereka.

Tr tersengih. Digosok semula tengkuknya. “hutang saya la..mintak tuntut”

D dan kinah menolak Zara kedepan. “Haa..ambiklah..jangan balik lewat dan jaga tuan puteri kita orang baik-baik”

Zara tersentap bila mana dia berada dalam pelukan lelaki itu. bila masa lelaki ni bangun dari sofa?.  Zara mengundur setapak kebelakang. Tr tersenyum bahagia. Jantungnya semakin rancak mengepam. Hai..mau semput kalau hari-hari macam ni.

“Tuan puteri kita orang pun baru baik dari demam. Kena serang dengan singa betina laut,  cangkerang blink-blink” mengekek ketawa dua sahabat tu. Sedar tak sedar tangan Sakinah mendarat dibahu D begitu juga D. 

Teman mesra pulak mereka. Depan lUqman tunjuk lawan depan si charming gunung ledang ni tunjuk kawan.

“Kita nak ke mana?” soal zara bila mereka sama-sama masuk ke dalam kereta audi lelaki itu. oppss..kereta company.

“Tempat yang dah lama saya nak pergi dengan seseorang  macam awak” senyuman mekar terukir dibibir Tr.

“Sakinah beritahu awak demam sebab kena serang?”

“Ermm..” Zara angguk je. Dia memandang paras lelaki itu dari tepi. Rahang lelaki itu seperti diukir cantik.  Lama. Sehingga dia tidak sedar lelaki itu turut memandangannya.

“Saya suka awak pandang saya. Jangan pandang lelaki lain macam ni tau.” Ayat Tr kedengaran berbentuk arahan. Zara telan liur. Bila Tr mengenyit mata, cepat-cepat dia berpaling ke cermin tingkap kereta sebelahnya. Macam dalam mimpinya sahaja.

 

“Sa..ya..”

“Awak sudah jatuh cinta dengan saya ke?” ayat perangkap ni. lelaki ini persis kasanova je.

“Taklah..mana ada. Perasanlah awak ni”

“Haa..dah terus cakap tadi tergagap-gagap” ketawa Tr. keretanya bergerak ke destinasi yang ingin dia tuju. Zara mendiam diri. Lama jugak dia senyap melayan perasan. Dilihat Rafael itu pun diam sambil menumpu  pemanduannya. Mana dia nak bawa aku sebenarnya? Dia nak culik aku ke?

“Kita..” mereka sama-sama mengeluar kata. Mereka juga sama-sama ketawa. Tr mengosok kepala Zara.

“Zara dulu..”

“Awaklah..”

“Tak..saya Cuma nak cakap kita macam ada aura. Saya demam awak pun. Awak rindu saya ke?” Ngaaaa…haila jangan terkantoi  Zara. Rindu sangat pada awak. Entah apalah awak pakai sampai saya tercium je perfume awak terus saya angau sendiri.  Zara bermonolog sendiri.

“Taklah…saya kena simbah jus kat majlis anniversary hotel tu. Saya malu hati saya sakit tu yang saya jatuh sakit”  sebab musabab jek.. saya sakit sebab rindu awak Rafael…
Hah? Tr berpaling kearah Zara sebaik sahaja kereta berhenti disebabkan traffic light merah.

“Majlis hotel?”soal Tr. “Awak dijemput?”

Tr melepas lega dihati. Nasib baik pertunangannya dengan Nelly dibatalkan kalau tidak tentu cerita cintanya bersama  gadis ini berakhir.

Zara mengangguk. “Butik kita orang planner majlis tu. So kita orang dijemput. Tak sangka pemilik hotel tu keturunan kerabat. Anak orang berada turun temurun”

“Mana awak tahu?” soal Tr berhati-hati. Dijeling gadis itu. Dia menekan pedal minyak semula bila traffic light hijau.

“D beritahu. Alah…tengok tetamu vvip sudah la. Golongan high class!” getus Zara. Seolah kecewa bila dia teringat peristiwa dia dimalukan.

“Awak macam tak suka je? “

“Memang… kalau awak nak tahu yang simbah saya dengan jus tu salah seorang tetamu disitu. Ceritanya begini.” Zara sudah menyenget duduk. Lebih kea rah Tr.

“Saya terlanggar gadis ni. cantik sangat dia bila saya lihat macam jelmaan mermaid je” Tr ketawa. Kalau nak dicompare Zara didepan dia sekarang  dengan ‘Zara dia’ ‘sebijik’ kalau bab bercerita. Bersungguh-sungguh.

“Secara tak sengaja jus oren saya tersimbah dekat gaun dia. Dia marah-marah terus mintak saya mohon maaf. Saya ikut je lepas tu tak sangka pulak dia tak puas hati dia simbah jus kat muka saya” Zara melipat bibirnya menahan hatinya yang sedih didalam. Huh!!..

“Awak sedih?”

“Tentulah.. saya dah mintak maaf.”Tr tersenyum sambil mengosok kepala Zara yang tunduk sedih.

“Siapa dia? Anak orang kaya mana yang berlagak tu?” Tr teringin nak tahu juga. Kalau boleh dia nak balas dendam untuk Zara.

Zara cuba mengingati nama gadis cantik berambut perang paras bahu. “Haaa… Tengku Nellysa Tengku Al-Haydar shah”

Siap dengan gaya Zara meniru persis gadis itu bercakap. Melopong mulut Tr. Dia terbrek mengejut tidak perasan kereta didepannya berhenti kerana ada traffic light menyebabkan Zara yang tak bersedia hampir terhumban kedepan. Nasib baik lengan sasa lelaki itu menahan tubuhnya.

“Zara okay?”  Zara melepas lega. Jantung hampir terkeluar. Dia membetul tudungnya yang kedepan. Lipstick dibibirnya melekat pada kemeja Tr. selalu dia tak pakai sangat lipstick just lips bam atau gloss tak nak bibir kering sangat tetapi bila nak keluar dengan lelaki disebelahnya ini sempat dia melorek lipstick tadi. Zara pun tak sedar sikapnya sudah lain bila berdepan si charming gunung ledang ni dia nak kelihatan cantik. 

“Lengan kemeja awak.. nanti saya cucikan”Tr tidak menjawab dia hanya mengangguk kecil. Macam ada skandal je bila lipstick gadis itu melekat dilengan kemejanya.

 “Zara okey ke?”soalnya lagi. Zara mengelap bibirnya yang comot sedikit. Arghhh… Tr menahan geram. Kenapa matanya mesti tertumpu pada bibir itu. cepat-cepat dia mengalih pandangannya semula ke hadapan. Ditumbuk kecil dadanya.
 
“Okay..Fael okay ke?”jantung Tr pulak hampir terkeluar pulak tadi tersentap dengar nama Nelly dan lebih lagi melihat bibir gadis itu buat dia nak mati jek kat situ.

 Fael? Dia tertunggu-tunggu jugak gadis itu menyebut nama mesranya. Tak sangka Nelly bertemu dengan Zara dengan pertemuan yang tak mengembirakan. Mesti Nelly merajuk dan kecewa dengan pembatalan pertunangan mereka sebab itu Nelly berangin. Tr kenal adik sepupunya. Nelly kalau gembira dia tak akan buat begitu.

“Fael..”Tr tersenyum. Mereka berhenti  tanah rata. Dia mengalih pandangannya pada wajah yang kini penyeri tidur malamnya. Zara bagai puteri bintang hatinya.

“Ye..kenapa?”

“AWak nak ke Cameron highland rupanya. Kenapa tak cakap awak nak jalan-jalan kat sini.”

“Kita ke rumah seseorang. Hurmm…dia dah takda tinggal anak cucu dia. Dulu awak yang ambil dia tinggal bersama”

“Hah?” Tr mengosok kepala Zara. Dia memang Zara suka melopong. Kereta Tr berhenti didepan rumah kayu yang berpagar itu.  Kawasan sekitar rumah itu  nyaman dengan pemandangan menghijau. Udara disini terasa sejuknya. Tanah tinggi memang sejuk Zara.

“Jom..”Tr menarik lengannya. Zara mengeras tubuhnya serta langkahnya mati sebelum mereka berjalan terus kea rah rumah itu. Agak jauh jugak rumah itu dengan pagarnya.

“Kenapa?” soal Tr pelik dengan sikap pasif Zara.

“Awak nak bawa saya ke rumah kosong ke?” Zara menyoal sambil memandang wajah kacak itu.Senyuman joker  lelaki itu meleret sehingga menampak kedua lesung pipit.

“ awak nak..apa..a..pa..kan..saya?” tergagap-gagap Zara menghabiskan ayatnya. Dikepalanya bersarat dengan pelbagai persoalan kotor.

Tr ketawa sambil mengaru pelipisnya. “Awak takutkan saya ke Zara? Awak tak percayakan saya”

“Jan…gan a..wak”gadis itu sudah menyilang tangan ke dadanya. Protect diri cara tak selamat.

“Assalamualaikum..”ketawa Tr masih bersisa sambil memberi salam dia menjeling Zara yang masih menjaga diri. Patut dari awal Zara persoalkan kedatangan mereka ke sini. Nak telefon D dan Sakinah memang tak sempat dia orang nak datang ke sini selamatkan dia.

“Waalaikumussalam..Tr, marilah masuk” ada penghuni  rupanya rumah ni. Nampak sunyi. Seorang wanita tua sedang berjalan kea rah mereka.

“Eh..Zara ke?”terus tubuhnya ke dalam pelukan wanita tua itu. Sambil ketawa kecil menepuk belakangnya. Seramnya..macam filem thriller jek suasana di saat itu. seolah dia dijemput untuk dibunuh disitu. Haila…toya lah kau Zara banyak sangat ‘hadam’ filem thriller nilah jadinya.

“Mak Yah ni..tak kenal ke?”soal wanita tua tu.  Dia mengalih mukanya ke belakang sedikit dicubit pipinya berkali-kali. Mimpi ke?

“Awak tak mimpi, sakit kan?” Tr mencubit pipi gadis itu sehingga tersenget kepalanya

“Aaaucchh..sakit la”ditampar tangan sasa itu. ketawa Tr sambil menarik tangannya mengikut Mak Yah masuk ke rumah.

“Awak kena mengaku je. Angguk je apa yang Mak Yah tanya tau” Zara mengangguk macam askar jepun pada arahan ketuanya. Haittt!!!!

Mak Yah tak tahu kisah sebenar. Zara dipindah ke hospital Penang, Dia dengan Leha terus putus hubungan manakala  Puan tengku Maisara berpindah ke KL semula dan Tr menyambung pengajiannya ke Uk. Arwah suaminya hanya ditugas menjaga Villa diatas bukit sana itu dan sekarang dijaga oleh Shukor, bekas tentera. Dia mintak nak meympung tugas Pak Salleh. Macam biasa setiap bulan dibayar gaji oleh Puan Tengku Maisara.

10/06/2014

Be Mine! 37




Salam...kekawan..jom layan malay song pulak. dis song ni bila dengar je terus menikam kalbu sih!!!
enjoy it!!!!


                                 

Bab 37

Dia menarik comforter sehingga menutup kepala. Dia terasa tidak sedap badan dari semalam balik dari majlis itu. D marah sangat dengannya sampai lelaki lembut itu tidak menelefonnya pagi ini tanya sama ada dia sihat atau  tak sebab semalam dia terjatuh depan lobby hotel itu.
Dia tergelincir dengan heel nya   yang  tak stabil bila menuruni anak tangga itu.

“Za..kau dah gila!” marah D

“Kenapa kau nak marah aku pulak, patutnya kau pujuk aku”dia sudah menangis. Dah lama air mata tidak mengalir keluar. Dia terasa terhina sangat tadi bila dimalukan didepan golongan high class.

“Aku marah kau sebab kau rendahkan diri kau mintak maaf tadi. Kau bukan maid perempuan gila tadi” Zara terdiam. Maid? Dia seperti pernah hidup dengan gelaran maid.

“Tengok…”D picit pelipisnya. Tangannya menarik lengan Zara untuk bangun dari duduk terjelepuk ditangga itu.

“Eeenggggeee….”D ketap gigit. “Si Kinah ni pergi mana? Melesap macam hantu raya malam-malam. Dia tak tahu ke kawan dia dimalukan tadi?”

Marah D sambil membebel berleterkan Sakinah yang menghilangkan diri dalam majlis tadi sambil memimpin Zara ke kereta Myvi Pinknya. “Za..kau jangan nangis lagi kalau tak aku tampar je mulut kau”

Gadis itu mengalir air mata. Dia jadi sedih. Zara gadis yang happy bila gadis itu menangis dia jadi tak sanggup nak lihat. “Dah la..Za, kau nak aku tampar mulut kau”

Ugut D sambil mengesat air mata gadis itu. “Tampar la D…aku ni hina sangat kan?”

“Perempuan coli cangkerang tu yang hina.” D membebel sambil menghidupkan enjin kereta. Zara ketawa sambil menangis.

“Kau kata apa D?”

“Perempuan coli cangkerang!” ketawa Zara sambil mengesat air matanya. D kalau mengata orang memang pedas! Mulut macam pedang!

“ Kau tak perasan ke dress dia ala-ala mermaid dengan cengkerang didadanya blink-blink”
D ketawa sinis. Meluat dia dengan perempuan kerek itu tadi . Apa dia ingat keturunan kerabat dia boleh buat apa saja pada orang biasa. Tetapi siapa pun tidak tahu hatta Zara dan sakinah sendiri pun tidak tahu siapa D sebenarnya.  Siapa mama dan papanya. Siapa keturunan keluarganya. Bila dia berhadapan dengan golongan sepertinya yang berlagak dia jadi meluat.

“Nak je aku tangkap si mermaid kerek tu buang ke laut” Zara ketawa lagi. D berpaling sekilas.

“Kau pun sama. Jangan cakap dengan aku sampai kau insaf diri dan hargai diri kau tu” marah D sambil mengumam sendiri.

Zara tersenyum tanpa gula.  D suka membiar dia dengan cara begitu untuk tenangkan dirinya. Sakinah yang menghilang semalam sebelum kejadian dia dimalukan sebab Sakinah sakit perut. Gadis itu bukan boleh pakai cantik, makeup cantik mula senak perut.

“Za… kau okay ke?” Kinah datang menyelak comforter lalu ditekap tapak tangan ke dahinya. “Panas dahi kau. Nak ke klinik?”

“Tak yah..aku okay je”

“Kau makan ubat dulu..jap, aku pergi ambil ada dalam peti sejuk” Kinah berlalu pergi. Dia ada dengar Kinah berbual-bual di telefon bercakap dengan seseorang yang dia kenal.

Selesai makan ubat. Kinah menyelimutnya. “Zaa…aku minta maaf pasal semalam. D marah-marah aku sebab tak ada bersama kau. Kalau aku ada waktu tu tak de sapa boleh buli kau”
Dia tersenyum tawar. “Kau sayang aku rupanya”

“Yelah..giler tak sayang” Kinah sudah memeluknya erat sehingga dia rimas.

“Dah… aku lagi sakit kalau kau peluk aku macam ni” Kinah tersengih.

“Zaa..aku keluar jap tengok kedai kraf kita dan butik takut ada customer datang ambil tempahan. D suruh tutup kedai hari ni tapi aku ingat nak tengok jap butik sebab cuti sekolah sekarang banyak tempahan yang diaorang nak ambil.”

“Tahu..kau siapkan kerja kau. Jangan lupa tengok tempahan untuk aku sama”

“Kau okay ke?”

“aku okay..kalau tak okay aku telefon kau” Kinah tersenyum lega. Zara tahu Kinah risaukan dia. Tapi betul kata kinah dia perlu tengokkan kedai juga untuk customer  datang ambil tempahan yang dah siap.
Zara  pejam mata namun dia tidak lena. Tekaknya terasa berpasir. Dia bangun mengambil mug berisi air kosong yang  disediakan Kinah tadi sebelum keluar.

Terkebil-kebil dia memandang siling selepas meneguk air kosong itu. Diletak semula mug yang masih bersisa itu atas meja kopi  sebelah katilnya.

Rafael… sebenarnya lelaki itu yang difikirnya. Siapa dia sebenarnya?

“Untuk 44 hari je… lepas tu saya takkan kacau hidup awak” kenapa 44 hari? Kenapa dia? Kenapa tidak Sakinah? Walhal Kinah yang bawa lelaki itu kepada mereka. Lelaki itu punya permission macam malaikat maut je. Dead note! huh!

Zara…

“Awak Zara?” lelaki itu merapatinya pada pertemuan mereka yang pertama. Dadanya berdegup kencang bila dia mendongak melihat raut wajah lelaki itu. Birai mata lelaki itu seolah menahan air mata dan berkali-kali lelaki itu menumbuk kecil dadanya sendiri. Seolah menahan sakit didalam dada.. 

Rafael…kau sakit ke?

Untuk 44 hari tempoh kau hidup ke? kau tak datang sebab bertarung dengang kesakitan yang kau alami ke?
Zara terdiam dari memikirkan. Dia terfikir adakah dia yang mereka cerita lelaki itu seperti dalam drama tv.. hakikat sebenar lelaki itu bukan sakit atau kehilangan seseorang yang dia cintai tetapi lelaki itu penjenayah.
Dia terdiam dari cerita itu pulak. Digeleng kepalanya. Bukan..bukan..muka ada value tu mana mungkin penjenayah. Kan?

Terdiam lagi. Digeleng kepala lagi. Bukan…bukan..mana tahu dia penjenayah high class sebab tu muka dia macam hero filem korea segak bergaya.
                                                                   
                                             

Naaa….dia perogol misteri. Cepat-cepat Zara menyelimut semula tubuhnya dengan comforter. Dia rasa nak demam semula. Tak mungkin...............
***************************

“I dengar semalam pekerja kat hotel tu mengumpat hal anak sedara sepupu I dengan seorang perempuan” Fauzi pandang sekilas Tengku Maisara disebelah yang mendodoi Mia atas riba isterinya itu. kemudian dia menumpu semula pemanduannya. Pagi ini baru mereka balik ke rumah kerana semalam mereka sengaja bermalam di suit mewah hotel itu.

“Hurmm…anak sedara sepupu you dah memalukan diri sendiri”

“What? Bukan I dengar perempuan tu yang malukan Nelly. Dia simbah Nelly dengan jus oren” Fauzi ketawa.

“Susshhh..jangan kuat sangat ketawa, Mia terjaga”Tengku Maisara mencuit pinggang Fauzi. Sempat suaminya itu menangkap tangannya lalu dikucup mesra. “Sempat lagi”

Tengku Maisara tersenyum sambil mencubit lengan Fauzi. “You buat I geli. So bila I geli I nak you lah”

“Hisshhh…tak abis-abis orang tua ni” tengku Maisara menjeling manja. Kadang-kala dia segan dengan pekerja dipejabat dan orang gajinya di rumah. Fauzi suka menunjuk sikap romantiknya tanpa mengira tempat. Kata Fauzi dulu mereka dah membazir masa dan umur dengan bekerja dan membesarkan Tr sekaranglah masa untuk mereka berdua bergurau senda.

“Old man ni lah your husband”

“Dahl ah..ceritalah hal semalam. Sepatutnya  you panggil I sebab I nak tengok sikit  perempuan yang berani malukan Nelly” Fauzi ketawa lagi

“kenapa you asyik ketawa je? Apa yang lucu?”

“Coli cangkerang. Semalam baru I perasan bentuk didada Nelly tu macam cangkerang” ulas Fauzi sambil ketawa.

“Yelah..dress dia tu tema mermaid. You tahukan siapa yang design?”

“Cecilia Tsen pereka fesyen terkenal international ..” Fauzi berkata seakan mengejek. Pereka Muda yang kini namanya berkembang dipersada dunia dalam bidang rekaan fesyen terkini. Memang rekaannya hebat namun tidak sesuai dipakai oleh perempuan melayu yang beragama islam. Bukan Fauzi mempersenda rekaannya tetapi si pemakainya.  “Tapi bila I tengok balik memang tak sesuai dengan kita orang melayu pakai dress macam berkemban tu”

“Dulu you suka je kalau I pakai seksi macam tu?”

“Tapi I pernah beritahu you jangan pakai lepas ni kalau nak pakai juga hanya depan I je.” Betul. Fauzi tak suka dia seksi  sangat kalau sekadar skirt paras lutut patut lebih lagi kalau baju lengan panjang  jangan berlengan pendek.

“Nelly tu ingat Majlis kat sini macam lLas Vegas ke? dia ingat dia tu Beyonce ke?”bertubi-tubi Fauzi mengata anak sedara sepupunya. Terasa panas cuping telinga Tengku Maisara.

“You ni kenape? Macam tak puas hati dengan Nelly. You tak suka dia ke? jangan sebab dia tu seksi you terus blame orang macam tu tak baik” bidas Tengku Maisara. Di jelling suaminya yang setia memandu.

“Lagipun I kenal siapa Nelly. Dia dah lama dibesarkan di UK perlu beri masa untuk dia suaikan diri dengan budaya orang timur. See…Nelly pandai bertutur  bahasa Malaysia”

Fauzi tersengih.. “yelah..Puan Muda Datin Seri Paduka Tengku Maisara, hamba memohon maaf atas ketelanjuran hamba dalam berkata-kata mengenai saudara Tengku kasihi”

“Cehh…mengada you ni, suka buat I macam ni…” Tengku Maisara tersenyum kemudian ketawa kecil. Fauzi banyak menceriakan hidupnya.

Fauzi tersenyum bahagia.  Namun disudut hati risaukan sesuatu yang bakal terjadi. Tr masih lagi mencari sesuatu yang hilang dulu. Sesuatu yang musykil dalam hidup pemuda itu. kalau tr dapat menemui sesuatu itu pasti Tengku Maisara dipersalahkan.

*****************************************
Zara bergegas keluar dari rumah. Kelam kabut dia menyarung tudung kepala. Baju long sleves tu tak payah ditukar dan berkain batik. Ala-ala heroin kampong berlari untuk berjumpa heronya. Sakinah telefon tadi kata ada orang yang rindukan dia nak jumpa dia dipadang permainan depan rumah taman itu.

Sakinah sengaja tak nak beritahu siapa gerangan yang nak berjumpa sangat dengannya. Dia mengukir senyuman tanpa henti. “Siapa?”

“Ada laa..si kacak penyeri hidup kau nanti” wajah si charming gunung ledang dah keluar sambil tersenyum mengeyit mata galak… haila,, Zara boleh tahan kau punya tahap gatal kau kalau dah suka dengan seseorang.

“Dah juma nanti legalah demam kau tu” perli Kinah. Mengekek ketawa teman baiknya  itu.
Badannya terasa ringan. Mungkin kesan ubat yang dia makan tadi dan bertambah sihat bila ada seseorang yang mahu berjumpanya untuk sekian lama tidak berjumpa. Siapa lagi si charming gunung ledanglah.
Senyuman dibibirnya mati. Seraut wajah yang dirinduinya bukan seperti yang disangkakannya hadir untuk mengubati duka rindunya.

“Za…”lelaki tinggi lampai itu datang menghampirinya bila langkah lariannya mati bila mana terlihat raut wajah itu tersenyum memandangnya. Zara kecewa.   
                 
                                                         just pic

“Kinah beritahu awak demam?” soal Luqman. Zara diam. “Demam rindukan saya ek?”

Luqman merapati tubuh itu. matanya menyapu bersih raut wajah dan penampilan gadis itu.

“look natural beauty… saya suka and lebih lagi saya rindu awak”Luqman berdiri betul-betul dihadapannya. 
Mata lelaki itu merenung laman wajah suram itu. “Kenapa? Kecewa saya tak peluk awak?”

Zara tersenyum tanpa gula. Kepalanya digeleng. Dia mengangkat kepala melihat senyuman diraut wajah itu semakin berseri-seri. “Dah sembuh….Bila awak balik?”

Kalau ikutkan hati Luqman mahu saja dipeluk  gadis itu. Dia teramat rindu sang kekasih. Hampir dua minggu dia tidak berjumpa gadis itu, melihat wajah putih bersih itu.

“Semalam tetapi saya balik ke rumah jumpa dengan ibu. Berbincang..”Zara mengerut dahi. Luqman menarik lengan itu kemudian menyuruh Zara duduk diatas buaian kanak-kanak itu. Dia menolak perlahan-lahan buaian itu.

Zara mendongak. “Berbincang?” soal Zara .Masih lagi hairan dengan ayat tergantung Luqman tadi.

Luqman tersenyum sambil mengeyit mata.“ Nak merisik awak lah. Kita kan dah janji lepas habis persiapan majlis hotel tu awak nak bertunang dengan saya”

“Haaa??”terlopong mulutnya. Rasa demamnya menyerang kembali.

“Awak dah lupa?”

“Tak..Cuma saya terkejut bila secepat ini awak nak mulakan”

“Saya tak sabar nak hidup dengan awak. Nak lihat awak pakai kain batik setiap hari” ketawa Luqman. Zara tunduk melihat kain batik yang dipakainya. Arghh..malunya tadi dia tergocoh-gocoh berlari keluar nak sangat berjumpa seseorang yang dirinduinya sehingga dia terlupa nak tukar kain batik dengan skirt labuh atau seluar tracksuit .

“luqman..” Zara menjeling. Semakin galak ketawa Luqman

“Saya tak sabar untuk semua ni zara. Sudikah awak terima saya” Luqman memberhentikan ayunan buaian. Lelaki itu duduk mengadapnya. Seolah melamarnya versi drama melayu arahannya sendiri takda cincin berlian dan sejambak bunga ros. Si  dara berkain batik ala heroin kampong.

Zara memandang wajah lelaki itu. serius! “Sudikah awak terima saya menjadi teman hidup awak?”

Zara terdiam. Luqman tersenyum tawar. Adakah hati gadis itu masih lagi diliit dengan kasih seseorang yang pernah menjadi pesaingnya.

“Zara?”

“Hurmmm…” zara mengangguk lemah. Fikiran bercelaru. Berserabut. Bercampur berbagai yang dia fikirkan. Bercampur dengan soal hatinya. Dia jadi serabut. Dia terpaksa menerima. Luqman lelaki yang baik untuknya. Kenapa dia nak sangat dengan si charming gunung ledang tu. Lelaki itu bukan siapa-siapa untuknya. Kenal pun baru seminggu lebih. Tetapi dia seolah dia kenal lama dengan lelaki itu. hatinya lebih rindukan lelaki itu. Rafael.

“Awak balik kampong hujung minggu ni..ye”kata-kata Luqman dia dengar tak dengar.
                                           
                                              Luqman Nur Hakim-just pic