salam...suma, sowi fn lambt lg post. trima ksih yg tk hnti memberi komen positif. salah satu penyumbang smngat tu hehe... fn akan type lg dis story smpai siap cerita ini...layan jeeeeerrrr..
p/s: adik fn perkenal lagu ni...bila fn dgr je trus tngkap cntan..sodap bebenorrr...daebakkk..bak kata owh korea rupanya si lee hi pernah masuk kpop star laps tu YG terus sambar dia jadi artis bawah naungannya bersama bigbang n 2n1 itu lah kisah adik fn sampaikan..hehe cerdengar...
just pic bg penyeri hehe...
Sebaik sahaja Tr melangkah ke ruang tamu, dia memandang aunty Maisara
sedang duduk di sofa sedang memeluk tubuh sambil memandangnya minta penjelasan
tentang kehilangannya selepas kerja.
“Assalamualaikum..”senyumannya bersambut. Dia melangkah kea rah Tengku
Maisara lalu melabuh punggungnya ke sofa sebelah auntynya itu.
“Waalaikumussalam.. where you go?” soal aunty dikerling mata ke arahnya
yang sedang mengurut belakang lehernya.
“Haa..jumpa kawan je” dia tersenyum dihujung kata. Tengku Maisara
mengalih pandangan 180 darjah. Tr mengangkat kening. “Paan”
“Tak pernah aunty kenal pun sebelum ni?”
“Laa..Paan, anak Datuk Musa” aunty buat buka pelik seolah nama itu tidak
familiar dengannya sebagai kawan Tr “ Putera Najhan Shah bin Datuk Musa. Papa
dia ada join aunty buat projek Aura Travel”
“Oo..ya, Aunty dah ingat Datuk Musa tu. Anak dia kerja apa?” soal aunty seperti
seorang ibu ingin tahu perihal anaknya.
“Paan buka studio sendiri, dia banyak terlibat dengan pengiklanan”
“Like photographer la?”
“That right” nasib baik dia pernah berjumpa dengan Paan selepas beberapa
hari dia balik sini sekurangnya dia tahu serba sedikit kehidupan Paan sebagai
ganti kisahnya hari ini.
“Tak nak cerita ke kat aunty apa yang Fael buat untuk hari ni?” Tr
ketawa. Tengku Maisara mengusap bahunya. Aunty Maisara terlalu baik padanya.
Layannya persis putera raja dan manjakannya seperti anak kecil.
“Rasanya Fael tak cerita, aunty pasti dah tahu dari mulut uncle kan?”
Tengku Maisara ketawa kecil sambil mengangguk. “Fael banyak rileks je
aunty masih banyak Fael kena belajar. Ahaa..satu lagi boleh ganti setiausaha
baru untuk Fael”
“Tiara? why?”
“Terlalu mengoda” Aunty MAisara ketawa sambil mengusap kepalanya.
“Why you laughing at me” Tr memeluk bahu tengku Maisara ketat.
“Mengoda baik untuk fael. Ada rasa nak kahwin sikit”
“Ada ke situ pulak aunty ni”
“Sayang.. I dah tidurkan Mia” Fauzi datang terus memeluk Tengku MAisara
dari belakang. Tr ketawa .
“You ni ape? Fael ada tu.” Satu cubitan hinggap dilengan Fauzi.
“So sweet, ni yang buat Fael nak cepat kahwin je” Fauzi ketawa sambil
mengusap tempat cubitan manja isterinya itu.
Fauzi memandang Tengku Maisara. Mereka seolah saling faham dengan
isyarat antara satu sama lain. Bagi mereka Tr mungkin sudah menerima pemergian
Zara. Mungkin juga sedikit sebanyak kehadiran Nelly mengubat rindu lara sang
arjuna itu.
“Next week hotel kita ada anniversary, don’t forget.” Ujar fauzi melabuh
punggungnya disebelah Tengku Maisara setelah Tr bangun berpindah ke single
sofa.
“Isshhh..sebelah I jugak you nak duduk”
“I kan pendamping you” Fauzi tersengih. Tr geleng kepala. Kalau
hari-hari dia mengadap diorang ni mau semput mintak tolong tok kadi nikahkan
dia secepat mungkin.
“Dah..malas layan you. Fael jangan lupa tau. Aunty dah suruh bahagian
marketing buat promotion sama.
Hurmm..idea uncle nak ada firework”
“Naa..okay sangat. Fael suka because kita boleh tengok bintang malam” Tr
tersengih.
“And then satu benda lagi..aunty nak beritahu kita orang dah setuju nak
buat engagement fael”
“Hah? No..tak clear apa maksud aunty” Tr memandang serius wajah Tengku
Maisara. Dengan siapa dia akan bertunang? Tak akan dengan Nelly?
“Fael akan bertunang dengan Nelly..” pantas Tr bangun.
“Aunty..kenapa buat Fael macam ni?” marah Tr. Satu perkara dia tak suka
dengan aunty Maisaranya ialah suka buat perancangan hidupnya tanpa berbincang
dengan tuan punya badan.
“Nelly suitable with you”
“What? Aunty ingat orang barang ke?” Tr mula meninggikan suara. Fauzi
tepuk dahi. Dia dah cakap dengan Tengku
Maisara usah di jolok soal jodoh fael. haa..dah mengamuk anak muda itu. Tadi
happy je muka itu baru nak rasa hidup ini ada perisa dan warna terus mendung.
Tengku Maisara turut bangun berdepan anak sedara kesayangannya itu.
“FAel..aunty bukan nak permainkan hidup Fael. Cinta Zara dah berakhir. Dia dah
bersemadi aman disana kenapa nak sesakkan hidup Fael dengan orang yang dah
mati”
“Stop it! Aunty. Enough! Selamanya Zara tak pernah mati dalam hidup
Fael.” Tengku Maisara merengus. Kalau difikir balik perangai Fael saling tak
tumpah sama dengan arwah abangnya. Kerana cintakan kakak iparnya mummy si Fael,
abang sanggup berubah dari seorang lelaki yang tak peduli tentang matlamat
hidup terus menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab dengan kehidupan masa
depan.
Tetapi Zara bukan calon yang sesuai seperti kakak iparnya. Zara gadis
yatim piatu. Tiada harta kalau dikira paras rupa seperti gadis kampong kebanyakkannya.
Manis dan naïf!
Zara akan musnahkan reputasi Tr.
Tengku Maisara mahu anak sedaranya mendapat jodoh yang boleh
‘berdiri sama
tinggi dan duduk sama rendah’. Nelly calon yang sesuai. Gadis itu ada keturunan
sama seperti mereka pasti legasi mereka akan mantap dimasa akan datang. Biarpun
Nelly sedikit kebudak-budakkan namun dia yakin gadis itu akan jadi matang
kerana Tr.
“Kalau aunty cuba-cuba nak tunangkan Fael dengan Nelly jangan harap
aunty akan jumpa Fael sampai bila-bila” Tr melangkah pergi meninggal Tengku
Maisara yang memandang dia dengan harapan menerima pertunangan itu.
Dia ada kenangan. Dia mahu Zara
dalam kenangan dia. Dia gila? Cintakan seorang gadis yang dah mati? Cintakan
seorang gadis biasa? Cinta itu juga datang dari-Nya. Dia menghargainya sebab
itu dia mempertahankan cintanya.
Zara ditakdirkan-Nya hadir dalam hidupnya disaat dia tergapai-gapai
mencari pelampung untuk berpaut takut arus ombak kuat membadai dirinya.
Walaupun dia yakin dia boleh berenang dengan usaha sendiri namun dia takut dia
karam sebelum sampai di gigi pantai. Dia harap cinta Zara bukan buih di lautan
tetapi karang yang tetap kekal walau dilanda badai.
“Sara… cukuplah. Feal dah besar” fauzi cuba memujuk. Tengku Maisara masih
memandang anak tangga yang dinaiki Tr. biarpun tubuh anak muda itu sudah hilang
dari pandangan matanya. Dia menahan duka. Tr terlalu mencintai Zara. Salahkah
dia jika inginkan yang terbaik?
“I nak yang terbaik untuk dia, hubby” Tengku Maisara merengek didada
suaminya bila suaminya itu menariknya kedalam dakapan.
“Cinta Fael seperti kita sayang. Cuma Fael berjodoh dnegan gadis biasa
itu juga ujian Allah. Why you pandang semua itu sebagai taruhan masa depan
Fael? biar dia mencari cinta dia”
“I takut dia temui sesuatu yang I cuba sembunyikan dari dia. Dia dah
cukup merana semasa kecil kehilangan daddy and mummynya. I tak nak dia sedih
lagi”
Fauzi mengusap bahu tengku Maisara. Dia tahu ‘sesuatu’ itu. Rahsia itu
disimpan kemas isterinya itu. tetapi dia berharap Fael akan temui juga
‘sesuatu’ itu kerana takut ada penyesalan diakhir hidup anak muda itu.
“Habis..you buat sekarang ni tak menyedihkan Fael ke?” Fauzi pandang
wajah isterinya itu. Tengku Maisara mengangguk lemah. Perbualan mesra disulami
tawa dan senyuman diakhiri kedukaan di hati masing-masing.
Tengku Maisara
menyalah kehadiran Zara dulu adalah satu kesilapannya menerima gadis itu untuk
tinggal bersama.
Tr melipat sejadah setelah usai solat insyak dan sunat-sunat lain. Dia
selalu minta Allah permudahkan jodohnya dengan gadis seperti Zara kerana gadis
itu dijemput-Nya terlebih dulu. Ya Allah adakah dia penting diri sehingga
mengabaikan perasaan aunty tadi. Dia tak sanggup menerima Nelly dalam hidupnya.
Cukup sebagai adik sepupu. Titik!
Zara Aulia…dia teringat gadis berpakaian busana pengantin petang tadi. Gadis itu seperti Zara dia. Tr mengeluarkan foto yang diambil D tadi.
Lelaki lembut itu nampaknya macam suka dengan dia.
Wajah Zara cantik disampingnya. Mereka seperti pasangan pengantin yang
diijabkabul. Senyuman Zara itu membuat dia jadi tak keruan. Dia membaringkan
tubuhnya sambil melihat foto itu diawangan.
Tetiba Tr terasa perutnya memulas. Dipegang perutnya. Aduii.. ada kisah
disebalik sakit perutnya. Dia cepat-cepat bergegas ke bilik air. Sebaik melangkah
keluar dia terasa pedih lagi perut terpaksa masuk semula ke dalam bilik air.
Semua Zara punya pasal….
Zara melangkah ke biliknya sambil membawa mug berisi jus oren. Dia melabuh
perlahan-lahan ke kerusi disudut bilik tidur itu dengan meletak mug atas meja
study selepas menghirup sedikit jus oren itu.
“Za…amacam dating tadi”
“Oppocoottt…aisshhhh..tak tidur lagi ke? Nasib baik tak simbah je jus ni
kat muka kau” mengekek ketawa Kinah. Kinah duduk bersila diatas katil
mengadapnya.
Dia pandang Kinah sambil mengerut dahi “ Asal?”
“Cerciter sikit dating ko tadi?”
“Dating hotak kau. Dia tu alien mana kau kutip last yang naya aku ni
hah!” Kinah ketawa lagi.Kinah ni tak tidur lagi bukan apa nak tunggu dia balik
and then dengar story dia bawa balik.
“Aloo…hensem kan dia. Boleh buat perhiasan rumah kalau kahwin nanti. Hari-hari
mengadap dia pun takpe?”
Chaiitt…Kinah ni nak kena azab je dengan aku. nasib baik aku kira baik
sikit dari D kalau si D dah lama kena ganyang.
“Yelah..kau. Dia tu macam tak berapa betul je tapi layan je”
“Aku rasa dia tu gigolo Malaysia”
“Astagfirullah..ke situ pulak kau ye.. ” Tapi dalam hatinya juga kekadang mengiyakan
ala..dia juga manusia kekadang datang juga tafsiran tak baik.
Kinah sudah semakin dekat dengannya ditepi katil kaki si Kinah dah
menjuntai kebawah. “kau cerita lah sikit”
“Dia okay je. Tetapinya..dia asyik samakan aku dengan kekasih dia” dia hirup sedikit jus itu
kemudian menyambungnya semula. “Dia kata aku suka gelabah macam kekasih dia dan
part yang aku tak tahan Kinah. Dia kata
dia kerja kat hotel tu and then kereta audi dia tumpangkan aku tu kereta
company dia”
“Yeke?” soal Kinah pelik. Jari Kinah mengira-gira dibirai bibirnya
seolah memikirkan sesuatu “Aku tak rasa gitu. Aku rasa dia lelaki simpanan”
“Yeke?” soal Zara kembali.
“Ye..ada kemungkinan 80 peratus” balas Kinah dengan yakin dan dengan
yakin si Kinah tu sempat ‘tibai’ jus oren dia sampai habis.
“Kalau tak betul kau punya cerita boleh jadi fitnah tau Kin!”
“Bukan… gossip jer” dia sudah menunjal dahi Kinah
“Yelah tu..gosip dengan fitnah sama je..macam mengata dengan mengutuk”
“Alah..kau ni. “ Kinah menjuih bibir.
“kau belanja apa tadi?”zara tersenyum mengingat kembali waktu dia
bersama Rafael aka si charming Gunung Ledang.
“Kita makan kat gerai dekat dengan taman rumah saya lah”dia sudah
kehabisan idea mencari tempat yang sesuai nak
belanja lelaki itu
“Hah???” Zara tersengih. Lelaki itu pulak terkejut. Yelah dia ‘tibai’ je
tempat warung abang Salim tu. Dia lihat Rafael macam tak selesa dengan suasana
di situ. Naaa…padan lah kau nak sangat aku belanja.
“Duduklah..awak nak makan apa?” soalnya sebaik saja mereka duduk. Abang Salim
tauke punya warung sibuk mengoreng. Warung tu famous dengan nasi goring cili
api, kueteow kerang dan char kueteow.
“Hurmmm..saya makan je apa awak makan. Order sama jenis je” lelaki
bernama Rafael tu mengambil tisu siap lap lagi tempat dia duduk sebelum duduk. Alahai..macam
Putera Kayangan tak biasa dengan tempat warung ‘katuk’ ni.
“Orait,,beress.. Abang Arip! Bagi
nasi goring cili api dua macam biasa kaw punya api ye…” Abang Arif tersengih
dah faham dia punya istilah. Bukan apa dia senang makan disini sebab selera
utara yang sama.
“Ayaq pulak..” heheh..dia ketawa bila dengar loghat utara dah keluar
dari mulut AbangArip tukang ambil order itu. loghat utara + ayaq = air
“Teh tarik kurang manis dua..gelaih besaq nah” nganga jer..mulut si
charming tu. Lantak siapa suruh cakap ‘saya makan je apa awak makan’ haaa..kan
dah kena. Macam baru masuk kelas loghat utara. Gelaih besaq= gelas besar
“Awak pernah makan tak?” lelaki itu hanya menganguk mulut si charming tu
masih lagi melopong “Baik awak tutup mulut awak nanti angin masuk banyak”.
Si charming itu cepat-cepat menutup mulut. Naa..dah terkena. Zara
menoleh ke belakang melepas tawa kecil. Heheheheee…..
Sampai habis tisunya diberi pada
lelaki itu. nasi goring cili api habis sepinggan juga the tarik kurang manis
segelas pun clear.
“sedap?” si charming tu tak banyak cakap. Lastnya berhenti kat shell dua kali masuk tandas awam sakit
perut. Tiga kali tandas surau kat taman ni sebelum masuk ke rumahnya.
“kesiannya” itu saja ayat yang dapat keluar dari mulut Kinah.
Agaknya serik si mamat model tu mintak
dia belanja. Elok dia habis berborak dengan kinah dia ke dapur untuk membasuh
mug. Samsung note2 melalak ringtone kesukaannya.
‘Luqman lah tu ‘ sangkanya.
Dia bergegas ke ruang tamu, dilihat skrin ‘Fael teman baru’ calling. Dia
membiar sahaja Samsung itu melalak tak kan nak dilayan sudah pukul 12 tengah
malam.
Pandai je si charming tu buat trick. Zara tersenyum…lelaki bernama
Rafael itu buat dia selesa.namun dia beringat dia sudah ada Luqman.
“Eh..mana handset saya?” si charming tercari-cari handset dia.
“Awak tertinggal dalam toilet kut?”
“Yeke? Jap saya pergi cari ye..” bersungguh dia lihat si charming itu
patah balik ke tandas surau itu.
Si charming itu datang semula ke kereta. “Tak ada..cuba awak miscall jap”
Dia macam kena sampuk keluarkan Samsung Note2 “ apa nombor awak”
“Tak ape saya dail sendiri” Samsung Note2 bertukar tangan. Iphone 5 si
charmin tu bergegar dalam seluar.
“Eheh..dia kat sini je.”
Dia menjuih bibir. Dah lapuk stail tu..banyak drama dah tunjuk.
“Jangan delete nombor saya” si charming itu tersengih “ saya dah save”
Zara edit nama contact itu diganti semula ‘si charming gunung ledang’ macam Puteri Gunung Ledang suka mintak permintaan tak masuk akal ni versi baru abab 21 Putera Gunung Ledang
best2....tak sabar nk tggu n3 sterusnya....hehehehe...:-)
ReplyDeletesabor ye Yea..fn cba scpt mgkin..hehe
Deletewahhh! Fael ! Fael! Fael! <3
ReplyDeletehehe..Am_mir Fael kna brusaha byk utk dpt Zara smula..Be Mine! =)
DeleteHAHA!!! lawak2.. sweet btol fael..
ReplyDeletetq qistina..sudi bca citer bm! ni..
DeleteI've been following your blog since you announce it at Penulisan2u. I do hope that you'll finished this story. It's good.
ReplyDeletetq bella 4 ur comment to support me..:))
Delete