Bab 35
Nasib mereka baik. Walaupun mereka mendapat tempat kedua tetapi mereka
menang pasangan popular dikalangan orang ramai yang hadir mengundi mereka di
tapak pentas. Rata-rata yang hadir memang sukakan lelaki bernama Rafael. Lelaki
itu memang pandai menarik minat perempuan sehinggakan mak cik-makcik pun
berebut nak take picture dengan lelaki itu kononnya macam selebriti.
just pic
Zara mengemas barang-barang. Busana pengantin mereka mendapat perhatian
beberapa butik yang lain dan yang paling penting busana pengantin mereka akan
display dipatung cermin depan one utama pintu masuk shopping mall ini.
“Hai..” lelaki itu datang menyapa. Tadi lepas project mereka selesai lelaki
itu mintak mengundur diri. Katanya ada kerja yang perlu diselesaikan. Kata
KInah lelaki itu balik ke hotel sebelah shopping mall ini. Mesti dia menginap
disitu. Tapi yang pasti dari mulut si KInah lelaki itu seperti anak ikan yang
disimpan ibu ikan kat hotel-hotel high class. Betul ke?
“Awak..dah habis kerja ke?” dia membalas dengan senyuman. Lelaki itu
seperti ingin sesuatu darinya. Dia ada iras-iras bekas awek lelaki itu ke?
“Dah..macam mana dah urus semua syarat saya tu” haaa.. pasal syarat tu.
Zara mengangguk. Dia menerima je syarat lelaki itu. D dan Kinah juga setuju. Kata D,asal tak
melibat bajet besar mereka sudah.
“Syarat pertama, dia kena belanja lelaki itu makan tak kira lunch ke
dinner ke untuk 44 hari”
“Kalau belanja aiskrim?”
“Boleh! Asal belanja. Untuk pengetahuan korang bertiga, saya baru balik
dari UK so tak banyak kawan. Kalau boleh saya nak ada kawan yang boleh spend
time dengan saya.” Boleh terima ke reason lelaki itu.
“Syarat kedua, Zara yang bertanggungjawab untuk buat semua ni”
“Kenapa pulak?”
“Sebab awak macam kawan saya yang dah tak ada di dunia ni” mereka
bertiga kelu. Air mata D sudah bertakung. Mungkin D sedang cuba memahami kisah
sebenar lelaki itu.
“Maksud awak?”
“Dia dah tingglkan saya..so saya Cuma nak ada kenangan dengan dia. Boleh
kan? Untuk 44 hari je”
Akhirnya mereka menerima syarat itu. Kata Kinah, lelaki itu mungkin
derita ditinggalkan seseorang yang dia sayang so apa salah mereka tolong
lagipun kerana lelaki itu butik mereka sekarang ‘terhangat dipasaran’ walaupun
second prize. Mereka bertiga menurun tandatangan diatas kertas putih yang
ditulis syarat-syarat lelaki itu dan juga syarat mereka. Dan ini pulak syarat
mereka.
Pertama, lelaki itu tak boleh ambil kesempatan keatas mereka terutamanya
Zara. Kedua lelaki itu perlu mengikut saja kemana mereka tentukan tempat nak
belanja. Haiya..dah macam orang tak betul je buat syarat berbagai. Lelaki bernama
Rafael itu pun menerima dan tandatangan tanpa banyak cakap. Macam boleh ‘hadam’
je semua syarat itu. pelik tapi benar!
“Awak nak belanja ape untuk hari ni?” senyuman lelaki setia bergayut
dihujung bibir. Zara..dulu kau kata aku pernah kalah dengan Luqman sebab
senyuman dan aku tak sempat nak senyum untuk kau setiap hari dan sekarang kau
ibarat didepan aku,senyum ini khas untuk mu.
“Apa yang awak hajat dengan ‘dia’ dulu?” Zara memandang lelaki dan
senyumannya. Killer smile. Buat aku tertawan je. Pandai menggoda Nampak gaya
model si Kinah ni. alahai..mintak-mintak D mahu ikut sama.
“Hurmm..banyak sampai saya rasa nak hidup dengan dia setiap hari sehingga
hari tua saya” lelaki itu masih lagi memandangnya. Hai..mamat ni lain macam je.
“Tapi dia kan dah takde so awak kena teruskan hidup tanpa dia. Apakata
awak cuba cari perempuan lain dalam hidup awak”
“Boleh…tapi macam dia” senyuman lelaki itu penuh makna. Zara kelu tanpa
kata. Dia masih bermain kata-kata dalam dirinya. Siapa lelaki itu sebenarnya.
Apa yang dia nak sebenarnya? Dia macam ingin sesuatu dalam diri aku. Someone
yang dia kenal dulu? Agak betullah kut kata Kinah yang pandai ber’dramatik’. Si
kinah tu pandai atur cerita kalau Erma Fatima nak buat drama haaa…boleh si
Kinah mintak job dengan dia skrip paling dramatic kat Malaysia ni.
Kata Kinah, lelaki itu kemungkinan kematian awek dia dan lelaki itu tak
boleh lupakan awek dia tapi terpaksa jadi ‘anak ikan’ untuk teruskan hidup. Kinah sambung lagi, atau cerita kedua
lelaki itu ada penyakit yang tak boleh diubati sebab tu lelaki itu nak habiskan
waktu 44 hari je. Ada benar juga cerita si Kinah ni.
D pulak Cuma suruh dia tolong lelaki itu untuk menghabiskan detik-detik
indah yang lelaki itu tak sempat dengan awek dia. Tapi macam mana dengan
Luqman? Nasib baik Luqman ada outstation kat Hong Kong lepas tu sambung
seminarnya kat Singapura. Kalau tidak jenuh berjawab juga la dengan Luqman
pasal kes lelaki bernama Rafael ni.
“Lama awak diam. Cepatlah awak nak belanja apa?” teguran lelaki itu
mematikan lamunannya. Dia tersengih.
“Kita kat mana?” sedar tak sedar dia sudah ada dalam kereta lelaki itu. D
dan Kinah mahu stay back kat butik untuk siapkan tempahan. Boleh tahan kaya
lelaki ni. Kereta audi yang selama ni aku jeling jek kat jalan raya dapat
merasa juga naik dan sekarang sedap je punggung aku kat seat kereta mewah
setengah juta ni. huh!
“Dalam kereta saya. Awak nak makan apa?”
“Hah?” Zara terpinga-pinga.. TR tersenyum. Macam Zara. Suka gelabah bila
kena terjah. “Aiskrim lah..hujung bulan ni saya semput sikit.”
Tengok gaya lelaki tu aci pancung kepala je kalau dia ajak ke restoran
high class mana aku nak ‘cekau’ duit bayar. Sempat jugak lagu Awi Rafael dan
Altimet kedengaran dalam kepalanya ‘kalau aku kaya..’
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba ’
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba ’
Tapi aku tak kaya.
“Tengok tu.” Tr jentik jari didepan wajahnya. “Awak ni suka mengelamun
ek?”
“Tak lah.. saya suka berfikir”
“Takut saya ajak ke hotel atau restoran Itali atau tempat high class ke?”
tepat je tekaan lelaki itu.
Cepat je kepala diangguknya. Tr ketawa. Comel gadis ni untuknya. Zara
Aulia seolah jelmaan dalam diri gadis ini.
“Apa yang lucunya? Sebab saya miskin?”
“Tak lah.. kan syarat kedua saya setuju kat mana saja tempat yang
ditentukan” haah..betul juga. Haila..kenapalah aku kalut sangat. Relaks Zara..
tengok kereta dia terus kau gelabah sudah.
“Kereta ni kereta company je jangan awak terasa pulak yang saya ni kaya”
ek..ena..mamat yang dikutip Kinah macam pawang je. Setiap kali aku berfikir
macam tahu je.
“Awak heran saya tahu ke apa yang awak fikir?” lirikkan mata lelaki
sekilas memandangnya kemudian lelaki itu menumpu pada pemanduannya. Lorh..tengok
tu, apa ilmu hijab aku nak pakai supaya dia tak boleh baca fikiran aku.
“Awak ada pakai ilmu batin ke?” hahaaa.. ketawa Tr terus mengeledak. Sudah
lama dia tak ketawa besar. Ilmu batin? Ada-ada je si Zara ni.
Zara cepat-cepat tutup mulutnya. Dia tersilap cakap ke?
“Saya guna ilmu tu untuk awak je” Tr mengenyit mata. Zara terlopong. “Baik
awak tutup mulut awak nanti angin masuk banyak”.
Zara menutup mulutnya rapat-rapat. Tr tersenyum. Dia mengosok kepala
gadis itu. “ Tak adalah saya gurau je. Tengok riak muka awak saya boleh agak
awak ingat sayaa ni kaya kan?”
Tr jadi serba salah melihat wajah gadis itu. Dia terlupa gadis disebelahnya
bukan Zara dia yang kenal sangat dengan dirinya suka mengena gadisnya dulu.
Zara sekarang mesti terkejut. Dia terlalu mesra kadang-kala dia tidak dapat
mengawal perbuatannya dan percakapannya.
Lelaki itu seperti seseorang. Kepala Zara berdenyut. Dia seolah cuba
mengingat seseorang yang mesra mengosok kepalanya. Acik? Tak mungkin…acik macam
ibunya.
“Maafkan saya” dia pandang TR.
“Tak apa..awak mungkin ingat saya adalah dia kan?”
“Hurmm..”
“Kita makan kat gerai dekat dengan taman rumah saya lah”
“Hah???” Zara tersengih. Lelaki itu pulak terkejut.
continue............
p/s: sedap jugak lagu ni
relakan jiwa by hazama
good job.....nk lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........heheeheheheheeeee....:-)
ReplyDeletesabar nah yea Fn bru type cite ni..esok or lusa fn publish.. sowi lmbt tq ur commt
Deletefeeling sgt bc cter zara ngn fael nie... mmg best la... Huaaaa..
ReplyDeletetq qistina..lyn citer merapu Fn. sibuk ngn knduri pulak time cuti. esok or lusa Fn post nxt story k..=))
Deletenk lg.....teruja la nk tnggu smbungnnye...
ReplyDeletefarah...tq tggu sambngannya..=) sori dear lmbt..
Deletebla nk smbung lg...xsabar rsnya nk tahu ksah slanjutnya...:)
ReplyDelete