24/12/2013

continue bab 35



 salam...suma, sowi fn lambt lg post. trima ksih yg tk hnti memberi komen positif. salah satu penyumbang smngat tu hehe... fn akan type lg dis story smpai siap cerita ini...layan jeeeeerrrr..


 p/s: adik fn perkenal lagu ni...bila fn dgr je trus tngkap cntan..sodap bebenorrr...daebakkk..bak kata owh korea rupanya si lee hi pernah masuk kpop star laps tu YG terus sambar dia jadi artis bawah naungannya bersama bigbang n  2n1 itu lah kisah adik fn sampaikan..hehe cerdengar...

                                                                just pic bg penyeri hehe...

Sebaik sahaja Tr melangkah ke ruang tamu, dia memandang aunty Maisara sedang duduk di sofa sedang memeluk tubuh sambil memandangnya minta penjelasan tentang kehilangannya selepas kerja.

“Assalamualaikum..”senyumannya bersambut. Dia melangkah kea rah Tengku Maisara lalu melabuh punggungnya ke sofa sebelah auntynya itu.

“Waalaikumussalam.. where you go?” soal aunty dikerling mata ke arahnya yang sedang mengurut belakang lehernya.

“Haa..jumpa kawan je” dia tersenyum dihujung kata. Tengku Maisara mengalih pandangan 180 darjah. Tr mengangkat kening. “Paan”

“Tak pernah aunty kenal pun sebelum ni?”

“Laa..Paan, anak Datuk Musa” aunty buat buka pelik seolah nama itu tidak familiar dengannya sebagai kawan Tr “ Putera Najhan Shah bin Datuk Musa. Papa dia ada join aunty buat projek Aura Travel”

“Oo..ya, Aunty dah ingat Datuk Musa tu. Anak dia kerja apa?” soal aunty seperti seorang ibu ingin tahu perihal anaknya.

“Paan buka studio sendiri, dia banyak terlibat dengan pengiklanan”

“Like photographer la?”

“That right” nasib baik dia pernah berjumpa dengan Paan selepas beberapa hari dia balik sini sekurangnya dia tahu serba sedikit kehidupan Paan sebagai ganti kisahnya hari ini.

“Tak nak cerita ke kat aunty apa yang Fael buat untuk hari ni?” Tr ketawa. Tengku Maisara mengusap bahunya. Aunty Maisara terlalu baik padanya. Layannya persis putera raja dan manjakannya seperti anak kecil.

“Rasanya Fael tak cerita, aunty pasti dah tahu dari mulut uncle kan?”
Tengku Maisara ketawa kecil sambil mengangguk. “Fael banyak rileks je aunty masih banyak Fael kena belajar. Ahaa..satu lagi boleh ganti setiausaha baru untuk Fael”

“Tiara? why?”

“Terlalu mengoda” Aunty MAisara ketawa sambil mengusap kepalanya.

“Why you laughing at me” Tr memeluk bahu tengku Maisara ketat.

“Mengoda baik untuk fael. Ada rasa nak kahwin sikit”

“Ada ke situ pulak aunty ni”

“Sayang.. I dah tidurkan Mia” Fauzi datang terus memeluk Tengku MAisara dari belakang. Tr ketawa .

“You ni ape? Fael ada tu.” Satu cubitan hinggap dilengan Fauzi.

“So sweet, ni yang buat Fael nak cepat kahwin je” Fauzi ketawa sambil mengusap tempat cubitan manja isterinya itu.

Fauzi memandang Tengku Maisara. Mereka seolah saling faham dengan isyarat antara satu sama lain. Bagi mereka Tr mungkin sudah menerima pemergian Zara. Mungkin juga sedikit sebanyak kehadiran Nelly mengubat rindu lara sang arjuna itu.

“Next week hotel kita ada anniversary, don’t forget.” Ujar fauzi melabuh punggungnya disebelah Tengku Maisara setelah Tr bangun berpindah ke single sofa.

“Isshhh..sebelah I jugak you nak duduk”

“I kan pendamping you” Fauzi tersengih. Tr geleng kepala. Kalau hari-hari dia mengadap diorang ni mau semput mintak tolong tok kadi nikahkan dia secepat mungkin.

“Dah..malas layan you. Fael jangan lupa tau. Aunty dah suruh bahagian marketing buat promotion sama. 
Hurmm..idea uncle nak ada firework”

“Naa..okay sangat. Fael suka because kita boleh tengok bintang malam” Tr tersengih.

“And then satu benda lagi..aunty nak beritahu kita orang dah setuju nak buat engagement fael”

“Hah? No..tak clear apa maksud aunty” Tr memandang serius wajah Tengku Maisara. Dengan siapa dia akan bertunang? Tak akan dengan Nelly?

“Fael akan bertunang dengan Nelly..” pantas Tr bangun.

“Aunty..kenapa buat Fael macam ni?” marah Tr. Satu perkara dia tak suka dengan aunty Maisaranya ialah suka buat perancangan hidupnya tanpa berbincang dengan tuan punya badan.

“Nelly suitable with you”

“What? Aunty ingat orang barang ke?” Tr mula meninggikan suara. Fauzi tepuk dahi. Dia  dah cakap dengan Tengku Maisara usah di jolok soal jodoh fael. haa..dah mengamuk anak muda itu. Tadi happy je muka itu baru nak rasa hidup ini ada perisa dan warna terus mendung.

Tengku Maisara turut bangun berdepan anak sedara kesayangannya itu. “FAel..aunty bukan nak permainkan hidup Fael. Cinta Zara dah berakhir. Dia dah bersemadi aman disana kenapa nak sesakkan hidup Fael dengan orang yang dah mati”

“Stop it! Aunty. Enough! Selamanya Zara tak pernah mati dalam hidup Fael.” Tengku Maisara merengus. Kalau difikir balik perangai Fael saling tak tumpah sama dengan arwah abangnya. Kerana cintakan kakak iparnya mummy si Fael, abang sanggup berubah dari seorang lelaki yang tak peduli tentang matlamat hidup terus menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab dengan kehidupan masa depan.

Tetapi Zara bukan calon yang sesuai seperti kakak iparnya. Zara gadis yatim piatu. Tiada harta kalau dikira paras rupa seperti gadis kampong kebanyakkannya. Manis dan naïf!

 Zara akan musnahkan reputasi Tr. Tengku Maisara mahu anak sedaranya mendapat jodoh yang boleh 
‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’. Nelly calon yang sesuai. Gadis itu ada keturunan sama seperti mereka pasti legasi mereka akan mantap dimasa akan datang. Biarpun Nelly sedikit kebudak-budakkan namun dia yakin gadis itu akan jadi matang kerana Tr.

“Kalau aunty cuba-cuba nak tunangkan Fael dengan Nelly jangan harap aunty akan jumpa Fael sampai bila-bila” Tr melangkah pergi meninggal Tengku Maisara yang memandang dia dengan harapan menerima pertunangan itu.

 Dia ada kenangan. Dia mahu Zara dalam kenangan dia. Dia gila? Cintakan seorang gadis yang dah mati? Cintakan seorang gadis biasa? Cinta itu juga datang dari-Nya. Dia menghargainya sebab itu dia mempertahankan cintanya.

Zara ditakdirkan-Nya hadir dalam hidupnya disaat dia tergapai-gapai mencari pelampung untuk berpaut takut arus ombak kuat membadai dirinya. Walaupun dia yakin dia boleh berenang dengan usaha sendiri namun dia takut dia karam sebelum sampai di gigi pantai. Dia harap cinta Zara bukan buih di lautan tetapi karang yang tetap kekal walau dilanda badai.

“Sara… cukuplah. Feal dah besar” fauzi cuba memujuk. Tengku Maisara masih memandang anak tangga yang dinaiki Tr. biarpun tubuh anak muda itu sudah hilang dari pandangan matanya. Dia menahan duka. Tr terlalu mencintai Zara. Salahkah dia jika inginkan yang terbaik?

“I nak yang terbaik untuk dia, hubby” Tengku Maisara merengek didada suaminya bila suaminya itu menariknya kedalam dakapan.

“Cinta Fael seperti kita sayang. Cuma Fael berjodoh dnegan gadis biasa itu juga ujian Allah. Why you pandang semua itu sebagai taruhan masa depan Fael? biar dia mencari cinta dia”

“I takut dia temui sesuatu yang I cuba sembunyikan dari dia. Dia dah cukup merana semasa kecil kehilangan daddy and mummynya. I tak nak dia sedih lagi”

Fauzi mengusap bahu tengku Maisara. Dia tahu ‘sesuatu’ itu. Rahsia itu disimpan kemas isterinya itu. tetapi dia berharap Fael akan temui juga ‘sesuatu’ itu kerana takut ada penyesalan diakhir hidup anak muda itu.

“Habis..you buat sekarang ni tak menyedihkan Fael ke?” Fauzi pandang wajah isterinya itu. Tengku Maisara mengangguk lemah. Perbualan mesra disulami tawa dan senyuman diakhiri kedukaan di hati masing-masing. 

Tengku Maisara menyalah kehadiran Zara dulu adalah satu kesilapannya menerima gadis itu untuk tinggal bersama.

Tr melipat sejadah setelah usai solat insyak dan sunat-sunat lain. Dia selalu minta Allah permudahkan jodohnya dengan gadis seperti Zara kerana gadis itu dijemput-Nya terlebih dulu. Ya Allah adakah dia penting diri sehingga mengabaikan perasaan aunty tadi. Dia tak sanggup menerima Nelly dalam hidupnya. Cukup sebagai adik sepupu. Titik!

Zara Aulia…dia teringat gadis berpakaian busana pengantin petang tadi.  Gadis itu seperti Zara dia.  Tr mengeluarkan foto yang diambil D tadi. Lelaki lembut itu nampaknya macam suka dengan dia.

Wajah Zara cantik disampingnya. Mereka seperti pasangan pengantin yang diijabkabul. Senyuman Zara itu membuat dia jadi tak keruan. Dia membaringkan tubuhnya sambil melihat foto itu diawangan.

Tetiba Tr terasa perutnya memulas. Dipegang perutnya. Aduii.. ada kisah disebalik sakit perutnya. Dia cepat-cepat bergegas ke bilik air. Sebaik melangkah keluar dia terasa pedih lagi perut terpaksa masuk semula ke dalam bilik air.

Semua Zara punya pasal….

Zara melangkah ke biliknya sambil membawa mug berisi jus oren. Dia melabuh perlahan-lahan ke kerusi disudut bilik tidur itu dengan meletak mug atas meja study selepas menghirup sedikit jus oren itu.

“Za…amacam dating tadi”

“Oppocoottt…aisshhhh..tak tidur lagi ke? Nasib baik tak simbah je jus ni kat muka kau” mengekek ketawa Kinah. Kinah duduk bersila diatas katil mengadapnya.

Dia pandang Kinah sambil mengerut dahi “ Asal?”

“Cerciter sikit dating ko tadi?”

“Dating hotak kau. Dia tu alien mana kau kutip last yang naya aku ni hah!” Kinah ketawa lagi.Kinah ni tak tidur lagi bukan apa nak tunggu dia balik and then dengar story dia bawa balik.

“Aloo…hensem kan dia. Boleh buat perhiasan rumah kalau kahwin nanti. Hari-hari mengadap dia pun takpe?”

Chaiitt…Kinah ni nak kena azab je dengan aku. nasib baik aku kira baik sikit dari D kalau si D dah lama kena ganyang.

“Yelah..kau. Dia tu macam tak berapa betul je tapi layan je”

“Aku rasa dia tu gigolo Malaysia”

“Astagfirullah..ke situ pulak kau ye..  ” Tapi dalam hatinya juga kekadang mengiyakan ala..dia juga manusia kekadang datang juga tafsiran tak baik.

Kinah sudah semakin dekat dengannya ditepi katil kaki si Kinah dah menjuntai kebawah. “kau cerita lah sikit”

“Dia okay je. Tetapinya..dia asyik samakan aku dengan  kekasih dia” dia hirup sedikit jus itu kemudian menyambungnya semula. “Dia kata aku suka gelabah macam kekasih dia dan  part yang aku tak tahan Kinah. Dia kata dia kerja kat hotel tu and then kereta audi dia tumpangkan aku tu kereta company dia”

“Yeke?” soal Kinah pelik. Jari Kinah mengira-gira dibirai bibirnya seolah memikirkan sesuatu “Aku tak rasa gitu. Aku rasa dia lelaki simpanan”

“Yeke?” soal Zara kembali.

“Ye..ada kemungkinan 80 peratus” balas Kinah dengan yakin dan dengan yakin si Kinah tu sempat ‘tibai’ jus oren dia sampai habis.

“Kalau tak betul kau punya cerita boleh jadi fitnah tau Kin!”

“Bukan… gossip jer” dia sudah menunjal dahi Kinah

“Yelah tu..gosip dengan fitnah sama je..macam mengata dengan mengutuk”

“Alah..kau ni. “ Kinah menjuih bibir.

“kau belanja apa tadi?”zara tersenyum mengingat kembali waktu dia bersama Rafael aka si charming Gunung Ledang.

“Kita makan kat gerai dekat dengan taman rumah saya lah”dia sudah kehabisan idea mencari tempat yang sesuai nak  belanja lelaki itu

“Hah???” Zara tersengih. Lelaki itu pulak terkejut. Yelah dia ‘tibai’ je tempat warung abang Salim tu. Dia lihat Rafael macam tak selesa dengan suasana di situ. Naaa…padan lah kau nak sangat aku belanja.

“Duduklah..awak nak makan apa?” soalnya sebaik saja mereka duduk. Abang Salim tauke punya warung sibuk mengoreng. Warung tu famous dengan nasi goring cili api, kueteow kerang dan char kueteow.

“Hurmmm..saya makan je apa awak makan. Order sama jenis je” lelaki bernama Rafael tu mengambil tisu siap lap lagi tempat dia duduk sebelum duduk. Alahai..macam Putera Kayangan tak biasa dengan tempat warung ‘katuk’ ni.

“Orait,,beress.. Abang Arip!  Bagi nasi goring cili api dua macam biasa kaw punya api ye…” Abang Arif tersengih dah faham dia punya istilah. Bukan apa dia senang makan disini sebab selera utara yang sama.

“Ayaq pulak..” heheh..dia ketawa bila dengar loghat utara dah keluar dari mulut AbangArip tukang ambil order itu. loghat utara + ayaq = air

“Teh tarik kurang manis dua..gelaih besaq nah” nganga jer..mulut si charming tu. Lantak siapa suruh cakap ‘saya makan je apa awak makan’ haaa..kan dah kena. Macam baru masuk kelas loghat utara. Gelaih besaq= gelas besar

“Awak pernah makan tak?” lelaki itu hanya menganguk mulut si charming tu masih lagi melopong “Baik awak tutup mulut awak nanti angin masuk banyak”.

Si charming itu cepat-cepat menutup mulut. Naa..dah terkena. Zara menoleh ke belakang melepas tawa kecil. Heheheheee…..

 Sampai habis tisunya diberi pada lelaki itu. nasi goring cili api habis sepinggan juga the tarik kurang manis segelas pun clear.

“sedap?” si charming tu tak banyak cakap. Lastnya  berhenti kat shell dua kali masuk tandas awam sakit perut. Tiga kali tandas surau kat taman ni sebelum masuk ke rumahnya.

“kesiannya” itu saja ayat yang dapat keluar dari mulut Kinah.

Agaknya serik  si mamat model tu mintak dia belanja. Elok dia habis berborak dengan kinah dia ke dapur untuk membasuh mug. Samsung note2 melalak ringtone kesukaannya.

‘Luqman lah tu ‘ sangkanya.

Dia bergegas ke ruang tamu, dilihat skrin ‘Fael teman baru’ calling. Dia membiar sahaja Samsung itu melalak tak kan nak dilayan sudah pukul 12 tengah malam.

Pandai je si charming tu buat trick. Zara tersenyum…lelaki bernama Rafael itu buat dia selesa.namun dia beringat dia sudah ada Luqman.

“Eh..mana handset saya?” si charming tercari-cari handset dia.

“Awak tertinggal dalam toilet kut?”

“Yeke? Jap saya pergi cari ye..” bersungguh dia lihat si charming itu patah balik ke tandas surau itu.

Si charming itu datang semula ke kereta. “Tak ada..cuba awak miscall jap”

Dia macam kena sampuk keluarkan Samsung Note2 “ apa nombor awak”

“Tak ape saya dail sendiri” Samsung Note2 bertukar tangan. Iphone 5 si charmin tu bergegar dalam seluar. 
“Eheh..dia kat sini je.”

Dia menjuih bibir. Dah lapuk stail tu..banyak drama  dah tunjuk.

“Jangan delete nombor saya” si charming itu tersengih “ saya dah save”
 
Zara edit nama contact itu diganti semula ‘si charming gunung ledang’ macam Puteri Gunung Ledang suka mintak permintaan tak masuk akal ni versi baru abab 21 Putera Gunung Ledang

04/12/2013

Be Mine! bab 35


p/s: saje fn tengok utube tetiba trtarik ngn lagu ne mcm sedap je..



Bab 35

Nasib mereka baik. Walaupun mereka mendapat tempat kedua tetapi mereka menang pasangan popular dikalangan orang ramai yang hadir mengundi mereka di tapak pentas. Rata-rata yang hadir memang sukakan lelaki bernama Rafael. Lelaki itu memang pandai menarik minat perempuan sehinggakan mak cik-makcik pun berebut nak take picture dengan lelaki itu kononnya  macam selebriti. 

                                              
                                                              just pic

Zara mengemas barang-barang. Busana pengantin mereka mendapat perhatian beberapa butik yang lain dan yang paling penting busana pengantin mereka akan display dipatung cermin depan one utama pintu masuk shopping mall ini.

“Hai..” lelaki itu datang menyapa. Tadi lepas project mereka selesai lelaki itu mintak mengundur diri. Katanya ada kerja yang perlu diselesaikan. Kata KInah lelaki itu balik ke hotel sebelah shopping mall ini. Mesti dia menginap disitu. Tapi yang pasti dari mulut si KInah lelaki itu seperti anak ikan yang disimpan ibu ikan kat hotel-hotel high class. Betul ke?

“Awak..dah habis kerja ke?” dia membalas dengan senyuman. Lelaki itu seperti ingin sesuatu darinya. Dia ada iras-iras bekas awek lelaki itu ke?

“Dah..macam mana dah urus semua syarat saya tu” haaa.. pasal syarat tu. Zara mengangguk. Dia menerima je syarat lelaki itu.  D dan Kinah juga setuju. Kata D,asal tak melibat bajet besar mereka sudah.

“Syarat pertama, dia kena belanja lelaki itu makan tak kira lunch ke dinner ke untuk 44 hari”

“Kalau belanja aiskrim?”

“Boleh! Asal belanja. Untuk pengetahuan korang bertiga, saya baru balik dari UK so tak banyak kawan. Kalau boleh saya nak ada kawan yang boleh spend time dengan saya.” Boleh terima ke reason lelaki itu.

“Syarat kedua, Zara yang bertanggungjawab untuk buat semua ni”

“Kenapa pulak?”

“Sebab awak macam kawan saya yang dah tak ada di dunia ni” mereka bertiga kelu. Air mata D sudah bertakung. Mungkin D sedang cuba memahami kisah sebenar lelaki itu.

“Maksud awak?”

“Dia dah tingglkan saya..so saya Cuma nak ada kenangan dengan dia. Boleh kan? Untuk 44 hari je”

Akhirnya mereka menerima syarat itu. Kata Kinah, lelaki itu mungkin derita ditinggalkan seseorang yang dia sayang so apa salah mereka tolong lagipun kerana lelaki itu butik mereka sekarang ‘terhangat dipasaran’ walaupun second prize. Mereka bertiga menurun tandatangan diatas kertas putih yang ditulis syarat-syarat lelaki itu dan juga syarat mereka. Dan ini pulak syarat mereka.

Pertama, lelaki itu tak boleh ambil kesempatan keatas mereka terutamanya Zara. Kedua lelaki itu perlu mengikut saja kemana mereka tentukan tempat nak belanja. Haiya..dah macam orang tak betul je buat syarat berbagai. Lelaki bernama Rafael itu pun menerima dan tandatangan tanpa banyak cakap. Macam boleh ‘hadam’ je semua syarat itu. pelik tapi benar!

“Awak nak belanja ape untuk hari ni?” senyuman lelaki setia bergayut dihujung bibir. Zara..dulu kau kata aku pernah kalah dengan Luqman sebab senyuman dan aku tak sempat nak senyum untuk kau setiap hari dan sekarang kau ibarat didepan aku,senyum ini khas untuk mu.

“Apa yang awak hajat dengan ‘dia’ dulu?” Zara memandang lelaki dan senyumannya. Killer smile. Buat aku tertawan je. Pandai menggoda Nampak gaya model si Kinah ni. alahai..mintak-mintak D mahu ikut sama.

“Hurmm..banyak sampai saya rasa nak hidup dengan dia setiap hari sehingga hari tua saya” lelaki itu masih lagi memandangnya. Hai..mamat ni lain macam je.

“Tapi dia kan dah takde so awak kena teruskan hidup tanpa dia. Apakata awak cuba cari perempuan lain dalam hidup awak”

“Boleh…tapi macam dia” senyuman lelaki itu penuh makna. Zara kelu tanpa kata. Dia masih bermain kata-kata dalam dirinya. Siapa lelaki itu sebenarnya. Apa yang dia nak sebenarnya? Dia macam ingin sesuatu dalam diri aku. Someone yang dia kenal dulu? Agak betullah kut kata Kinah yang pandai ber’dramatik’. Si kinah tu pandai atur cerita kalau Erma Fatima nak buat drama haaa…boleh si Kinah mintak job dengan dia skrip paling dramatic kat Malaysia ni.

Kata Kinah, lelaki itu kemungkinan kematian awek dia dan lelaki itu tak boleh lupakan awek dia tapi terpaksa jadi ‘anak ikan’ untuk teruskan  hidup. Kinah sambung lagi, atau cerita kedua lelaki itu ada penyakit yang tak boleh diubati sebab tu lelaki itu nak habiskan waktu 44 hari je. Ada benar juga cerita si Kinah ni.

D pulak Cuma suruh dia tolong lelaki itu untuk menghabiskan detik-detik indah yang lelaki itu tak sempat dengan awek dia. Tapi macam mana dengan Luqman? Nasib baik Luqman ada outstation kat Hong Kong lepas tu sambung seminarnya kat Singapura. Kalau tidak jenuh berjawab juga la dengan Luqman pasal kes lelaki bernama Rafael ni.

“Lama awak diam. Cepatlah awak nak belanja apa?” teguran lelaki itu mematikan lamunannya. Dia tersengih.

“Kita kat mana?” sedar tak sedar dia sudah ada dalam kereta lelaki itu. D dan Kinah mahu stay back kat butik untuk siapkan tempahan. Boleh tahan kaya lelaki ni. Kereta audi yang selama ni aku jeling jek kat jalan raya dapat merasa juga naik dan sekarang sedap je punggung aku kat seat kereta mewah setengah juta ni. huh!
                                        
“Dalam kereta saya. Awak nak makan apa?”

“Hah?” Zara terpinga-pinga.. TR tersenyum. Macam Zara. Suka gelabah bila kena terjah. “Aiskrim lah..hujung bulan ni saya semput sikit.”

Tengok gaya lelaki tu aci pancung kepala je kalau dia ajak ke restoran high class mana aku nak ‘cekau’ duit bayar. Sempat jugak lagu Awi Rafael dan Altimet kedengaran dalam kepalanya ‘kalau aku kaya..

Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba

Tapi aku tak kaya.

“Tengok tu.” Tr jentik jari didepan wajahnya. “Awak ni suka mengelamun ek?”

“Tak lah.. saya suka berfikir”

“Takut saya ajak ke hotel atau restoran Itali atau tempat high class ke?” tepat je tekaan lelaki itu.

Cepat je kepala diangguknya. Tr ketawa. Comel gadis ni untuknya. Zara Aulia seolah jelmaan dalam diri gadis ini.

“Apa yang lucunya? Sebab saya miskin?”

“Tak lah.. kan syarat kedua saya setuju kat mana saja tempat yang ditentukan” haah..betul juga. Haila..kenapalah aku kalut sangat. Relaks Zara.. tengok kereta dia terus kau gelabah sudah.

“Kereta ni kereta company je jangan awak terasa pulak yang saya ni kaya” ek..ena..mamat yang dikutip Kinah macam pawang je. Setiap kali aku berfikir macam tahu je.

“Awak heran saya tahu ke apa yang awak fikir?” lirikkan mata lelaki sekilas memandangnya kemudian lelaki itu menumpu pada pemanduannya. Lorh..tengok tu, apa ilmu hijab aku nak pakai supaya dia tak boleh baca fikiran aku.

“Awak ada pakai ilmu batin ke?” hahaaa.. ketawa Tr terus mengeledak. Sudah lama dia tak ketawa besar. Ilmu batin? Ada-ada je si Zara ni.

Zara cepat-cepat tutup mulutnya. Dia tersilap cakap ke?

“Saya guna ilmu tu untuk awak je” Tr mengenyit mata. Zara terlopong. “Baik awak tutup mulut awak nanti angin masuk banyak”.

Zara menutup mulutnya rapat-rapat. Tr tersenyum. Dia mengosok kepala gadis itu. “ Tak adalah saya gurau je. Tengok riak muka awak saya boleh agak awak ingat sayaa ni kaya kan?”

Tr jadi serba salah melihat wajah gadis itu. Dia terlupa gadis disebelahnya bukan Zara dia yang kenal sangat dengan dirinya suka mengena gadisnya dulu. Zara sekarang mesti terkejut. Dia terlalu mesra kadang-kala dia tidak dapat mengawal perbuatannya dan percakapannya.

Lelaki itu seperti seseorang. Kepala Zara berdenyut. Dia seolah cuba mengingat seseorang yang mesra mengosok kepalanya. Acik? Tak mungkin…acik macam ibunya.

“Maafkan saya” dia pandang TR.

“Tak apa..awak mungkin ingat saya adalah dia kan?”

“Hurmm..”

“Kita makan kat gerai dekat dengan taman rumah saya lah”

“Hah???” Zara tersengih. Lelaki itu pulak terkejut.

continue............

p/s: sedap jugak lagu ni 

                                                             relakan jiwa by hazama