17/11/2012

Be Mine! 23




 Salam..firstly FN nak mntak maaf buat kekawan yang follow blog FN n bc citer ni. huhu panjang citenya jika nak Fn citerkan di cni. so hasilnya Fn dpt jugak siapkan bab 23 utk tatap korang yang sudi mmbca dis story.. enjoy it!!!



________________________________+ _+_________________________________


Bab 23

Ketawa mereka semakin rancak seiring dengan perbualan yang semakin hangat. Tengku Maisara mengukir senyuman bila pandangan Natasya menyapa lembut.

“I harap you tak kisah dengan proposal I ni”ujar Tan Sri Nazman sambil menjeling anak tunggalnya yang manja itu.

“Oh no..I tak kisah. Lagipun Tengku Rafael memang dah berkawan rapat dengan Tasya kan?” senyuman Natasya lebar sambil mengangguk mengiakan.  Dia sengaja menyuruh papa dan mamanya untuk mengajak Tengku Maisara berbuka puasa bersama mereka di hotel.

Dia sudah mengatur rancangan setelah mana TR membuat keputusan meninggalkanya. Dia tergilakan lelaki itu. Kaizura juga menunjuk minat yang sama. Dan jalan terakhir dia terpaksa juga menggunakan kuasa papa. Dia yakin Tengku Maisara sudah ‘jatuh hati’ padanya. Ditambah pulak dengan kedudukannya sebagai anak papa, Tan Sri Nazman pasti jodohnya dengan TR tidak ditolak Tengku Maisara.

“Tasya selalu cerita pasal Tengku Rafael. I suka sangat dengan anak sedara you. I ingat nak buat pelaburan untuk projek you di Pulau Pinang. Boleh?” ketawa Tengku Maisara. Fael memang pandai memilih pasangan. Cantik dari segenap sudut. Natasya cantik rupa paras, anak Tan Sri dan mempunyai aset berjuta-juta. Kalau Fael berkahwin dengan Natasya rasanya bahagia ke anak cucu.

“Boleh saje…”

“Sorry I’m late..” fauzi melabuh ke kerusi sebelah Tengku Maisara. 

“Kenalkan..”

“Tak pe.. I dah kenal, you Tan Sri Nazman and your pretty wife Puan sri Ayuliz.” Digoyang jari telunjuk kea rah Natasya dengan pandangan mengancam sambil tersenyum sinis  “And don’t forget your naughty daughter Natasya, right?”

 Fauzi sengaja biadap dengan tetamu itu. dia dapat rasakan yang Natasya bukan gadis yang baik untuk fael. Gadis itu hipokrit dan suka menunjuk-nunjuk.

Dari riak wajah Tan Sri nazman sekeluarga tidak mesra menyapa fauzi. Perbualan dan ketawa rancak tadi jadi sunyi. Hanya bunyi pisau dan garfu berlaga pingan kaca. Fauzi sengaja memotong kasar stick daging itu.
Tengku Maisara menjeling lelaki itu yang bercakap tanpa lapik. Selesai makan, Tan Sri Nazman dan family terus pulang. Senyuman kelat ditampal pada wajah Tan Sri nazman sekeluarga.

Tengku Maisara memeluk tubuh. Dijeling Fauzi yang sedang memandu disebelahnya. “ Asal you biadap sangat, hah? Kenapa you kata kat Tan Sri gelojoh bab soal jodoh anak diorang?”

“Betul pe I katakana tadi, exam spm tak lepas lagi dah nak buat majlis engagement. You tak rasa ke itu tekanan buat Fael?” Fauzi bengang dengan tindakan melulu Maisara. Kalau Fael tahu rasanya lingkup spm budak itu.

“Bertunang je. Lagipun diaorang dah memang berkawan pun”

“Kan I dah kata banyak kali dengan you, biar I uruskan hal Fael”

“I nak kata apa? Tan Sri Nazman sendiri yang proposel hal ni. bukan I okay! So sekarang hal ni tak kan I nak kata tak setuju pulak. Sedangkan Fael memang sukakan Natasya anak dia”

“I nak you tangguh hal ni dulu” fauzi pandang sekilas wajah itu.

“Macam mana I nak tangguhkan sedangkan Tan sri nazman sendiri yang nak buat majlis ni”

“No..  you kena batalkan bukan tangguhkan”

“Batal? Maksud you”

“Tak ada cinta dihati fael untuk Natasya. Fael bagitahu I yang dia dah break off dengan budak tu. Cuma budak tu masih mengharap. So guna parents dia pulak untuk dapatkan fael” Fauzi perlu pertahan Fael.  Dia tak mahu anak muda itu terluka. Dia sudah berjanji akan bantu dan uruskan soal hati anak muda itu.sebelum exam spm.

“what??? Apa you merepek ni?”

“Betul la…fael sendiri bagitahu I “

“kenapa tidak dengan i? fael dah anggap I stranger pulak” tengku Maisara merengus. Muka cemberut. Tidak puas hati. Selalunya sebelum ni anak sedaranya suka bercerita itu ini kepada nya apabila ditanya. Tapi sekarang sepatah ditanya sepatah dibalas.

Tengku Maisara terasa jauh hati.

“You kena faham Fael betul-betul. I nak buat yang terbaik untuk you and fael. I sayangkan you”

“Fauzi…”

Diramas tangan wanita itu. “trust me okay”

Tengku Maisara mengangguk lemah.

*********************************************
“Zara..Zara..” pergi mana gadis ni? senyap sunyi je. Dipanggil pulak Mak leha “Acik..acik..ooo acik”

TR tersenyum bila panggilan Mak Leha ditukar kepada acik. Mula-mula terkejut jugak orang tua itu. nTetapi  dia buat bodoh seolah-olah tiada apa dengan panggilan itu. walhal dia  ingin belajar menjadi anak sedara Mak Leha. Nanti bila dia disatukan dengan Zara tak la kekok sangat..

TR tersengih..lebar je senyumannya dikala itu. bila agaknya disatukan dengan Zara. Mahu ke gadis itu menerimanya? Pasti Zara menerimanya. Dia yakin dengan perasaan gadis itu. walaupun telahan gadis itu disangkalnya. Dia dapat lihat wajah keruh gadis itu kecewa dengan jawapannya. Kalaupun Zara tak mahu dengan nya dia akan paksa jugak gadis itu miliknya. Boleh ke?

Eee..mana Zara tak pun Mak Leha, orang dahaga air ni. TR mengaru pelipisnya bila langkahnya terhenti didepan ruang ke dapur. Dia perlu biasakan diri ke dapur. Bilik Zara disitu. Dia ingin memanggil gadis itu di bilik bila tiada sahutan dari gadis itu.

Zara…tak payah la susahkan dia. TR beralih ke peti sejuk lalu dibukanya. Kali pertama dia mengambil sendiri minumannya. Dicapai kotak jus oren lalu dibawa ke meja makan dan diambil pulak gelas untuk menuang jus itu.

Tr meneguk jus oren itu perlahan-lahan. Tr tersenyum memikirkan dirinya. Aku ke? kenapa aku buat benda yang tak pernah aku buat? Kerana tidak mahu susahkan Zara, dia sanggup susahkan dirinya. Cerita dalam cerekarama ada benar jugak. Kadang kala dia menonton jugak drama di kaca televisyen. Watak hero yang terlalu cintakan heroin sanggup berubah. Contoh dari jahat ke baik. Tapi dia bukan jahat dia Cuma…. Zara selalu mengatakannya dia ada ‘penyakit putera’.

“Penyakit putera? Apa maksud kau?” dia sudah garu pelipisnya. Ada ke penyakit tu dalam dunia. Zara mengatakan dia ada penyakit itu bila dia mengarah gadis itu membuat itu ini. Dia pulak tidak mahu kotorkan diri atau susah diri bila dia mahukan sesuatu.

“Macam sekarang la..nak ambil kasut sekolah sendiri letak kat rak pun nak disuruh orang” dia memandang wajah bersahaja gadis itu.

“Kau kan pembantu aku merangkap maid aku”

“Itu la penyakit putera. Berlagak..sombong tak nak susahkan diri. Nak mengarah je tahu”glup! Dia telan liur. Aik? Beraninya gadis itu mengata dia berlagak, sombong. Apa dia ingat dia tu siapa? Aku ni siapa?

“KAu tak suka ke?”

“Tanya la mana perempuan. Ada suka perangai lelaki macam tu?” ceh…mencabar je soalannya. Selama ni ramai je peminatnya walaupun dia berlagak.

“Ramai je perempuan sukakan aku”

“Suka tengku berduit, kacak. Tapi kalau saya fikir 24 kali kut nak terima ” TR terus bangun. Zara agak terkejut dengan tindakan drastiknya. Gadis itu menunduk menikus. Tahu pun takut.

“KAu tak suka aku la?” dia rasa tercabar bila Zara katakana tidak berminat dengannya. Apa luqman lebih hebat lagi ke dimata gadis itu.
Zara mengeleng perlahan. “Lagipun Tengku pun bukan sukakan saya buat apa saya nak susahkan diri sukakan ….”

“Shut up!!!” Zara terkejut. Pantas tangan gadis itu menekup mulut. “Sorry..tengku”

“Aku tak boleh terima kalau kau tak suka aku. Kau kena suka aku juga tak kira la penyakit putera ke? a pa ke?”Ayat paksaan dan arahan.

TR membuat revision balik dengan perangainya. Jika dia inginkan Zara, dia perlu berubah. Susah ke? Zara suka dia yang pandai senyum.  Dia yang Suka ucap terima kasih. Dia yang tahu menghargai orang. Dia yang boleh buat kerja sendiri tanpa mengharap orang lain.

Sedang asyik dia menikmati jus oren, dia terpandang lembaga berambut panjang mengurai dengan wajah pucat mayat berdiri tegak didepan meja makan kecil juga tempat dia sedang duduk menghadap disitu.

“Hahhhh? Hannnn..tu????” dia terjerit.

 “Tengkuuu..”  tangan lembaga itu mengamit kearahnya. Kedebuk!! Kemudian  Tubuh itu jatuh terjelepuk ke lantai dapur . nglupp!! Dia telan liur tapi tak lepas. Zara ke? bukan hantu ke?
Dia beranikan diri mendekati tubuh kaku itu. dikuis dengan kaki namun tidak bergerak. Dia tunduk pulak sambil tangan mengeletar menolak tubuh yang menyembam ke lantai itu. Zara?

Wajah Zara pucat. Cepat-cepat TR menepuk pipi gadis itu “ Zara..zara? kenapa ni?”
Mata Zara terkatup rapat. ‘Zara pengsan’ itu kata hatinya. Namun TR cepat merangkul tubuh gadis itu dicempung lalu dibawa ke bilik gadis itu. diletak perlahan-lahan tubuh itu di atas tilam.

“Zara…”panggilnya dengan nada lembut dan perlahan. Disisip rambut lurus itu ketepi. Wajah Zara dipandang lama. Jantungnya berdegup diparas bukan normal. Bahan kimia mula merembes. Hormone teruja itu datang lagi.

Kali pertama dia menatap wajah itu tanpa hijab. Zara Nampak cantik pada pandangan matanya. Rambut halus gadis itu disentuhnya lalu diusap lembut. Mengeletar tangannya mengusap pipi mulus itu. berapa liter air liur ditelannya.

“Zara..” dipanggil lagi. Dia ke dapur untuk mengambil segelas air putih kemudian dia menuang sedikit air ke tapak tangannya lalu disapu kewajah itu.

“Zara…” dipanggil lagi. Tangannya masih mengusap pipi itu. zara miliknya!

“Tengku…” ucap gadis itu lemah. Zara tersedar. Dia cuba untuk bangun . cepat-cepat Tr membantu lalu memberi minuman untuk gadis itu mneguk sedikit minuman itu.

“Zara sakit apa?”

“Saya sakit perem..”nak ke diberitahu si tengkujuh ni. dia faham ke situasi aku? dia mengaru kepalanya. Eh? Baru dia sedar dia tidak bertudung.

“Hah? Rambut saya” cepat-cepat  gadis itu mengambil selimut disisi lalu ditutup ke kepalanya.

“Taka pa kalau darurat” ujar TR. haiseh..baru dapat sijil tauliah ke jadi ustaz? Zara tersengih tawar.

“Zara sakit ape?” dilihat gadis itu menekan perut. Wajah gadis itu berkerut-kerut menahan sakit. Tak pernah dia melihat wajah ceria itu jatuh sakit. Tapi bila sekarang dilihatnya dia rasa separuh jiwanya hilang, resah hatinya. Mahu saja dicempung tubuh itu bawa ke hospital tak pun klinik.

“Sengugut..”

“Hah? Sesunggut? Serangga gigit ke?” Tr sudah garu pelipis. Serangga gigit sampai pengsan. Mugkin serangga spesis merbahaya ni.

“Bukan la…haila, macam mana nak cakap..saya sakit perut. Sakit perempuan..”

“Serangga tu gigit kat perut? Orang tahu la awak tu perempuan”

“Bukan..” bengap jugak TR ni. Nampak je muka ‘player’ tapi bab perempuan failed juga.

“Habis tu? Sakit ape?” TR sudah garu pelipisnya. Tangan lelaki itu masih setia mengusap jari jemari Zara. Perlahan-lahan Zara  menarik dari usapan itu. take care sungguh!!! Meremang bulu hidungnya.

“ Sakit datang haid..” haiya..terlepas juga ayat malu tu. TR mengangguk sambil mengukir senyuman sedikit namun ia bisa membuat pipi Zara blushing.

“Cakap la period pain kan senang. Orang tahu la sakit tu aunty selalu juga mengalami sakit tu. Tunggu jap aku pergi naik atas” Zara melepas keluhan.

 Huh…TR ni buat dia rasa tak selesa. Sengugut dia ni dah terasa kurang. Haila..dia kalau datang haid memang begini. Siap macam orang baru lepas bersalin. Berpantang pakai stoking berbagai. Selimut dan tak boleh sejuk, tidur je dia boleh selalunya acik akan mengurut perutnya dengan minyak angin. Ini acik pergi ke rumah Pak Leh, isteri Pak Leh jatuh bilik air terseliuh. Acik pergi mengurut  sebelum angin masuk kaki Mak Yah nanti jadi teruk pulak. Naaa….dia pulak baru d datang haid, bila tak da acik dia tak tahu nak buat apa. 

Dulu dia tak teruk sangat sengugut ni. tapi selalunya dia sakit hari pertama je. Lepas hari kedua dan 
seterusnya dia dah okay… Zara mencapai selendangnya dikerusi sebelah katilnya lalu dililit selndang itu menutup rambutnya sebelum TR datang semula.
TR menyelongkar almari solek aunty Maisara. Dia pernah Nampak aunty makan ubat untuk sakit perut. Satu persatu laci dibukanya. Tadaaaaaa……dia jumpa juga ubat berwarna pink. Period pain ada ditulis pada plastic ubat itu.

Dia tak tunggu lama lantas dia berlari anak untuk turun ke bawah. Sakit Zara perlu diubati segera. Air putih dituang dalam gelas dan dibawa bersama ubat.

“Zara…aku bawakan kau ubat, cuba kau makan dulu ubat ni” disua ubat yang dikeluar sudah dari plastic ubat. Zara cuba mengambil dari tangan Tr namun TR mmnariknya lalu dihala kea rah mulutnya terus.

“Aaa..nganga la..biar aku suap ubat dalam mulut kau” dia membiar saja perbuatan prihatin TR itu. baik juga TR ni. ambil berat juga hal o rang. Agaknya penyakit putera  dia hilang kut? Sebab bulan Ramadhan.
Diteguk air membiarkan ubat itu melepasi kerongkongnya. Dia memnadang wajah lelaki itu sambil tersenyum dan dia cuba ingin mnegatakan terima kasih.

“Terima kasih..Tengku” Tr mengucapnya sebelum dia sempat mnegatakannya

“macam mana tengku tahu?”

“Kau kan selalu macam tu, terima kasih tengku” Tr mengejeknya. Dia menjuling mata. Dah mula perangai menyakat aku.

“acik kau pergi mana malam-malam ni?”

“Pak Leh datang ambil tadi lepas terawih, Mak Yah isteri Pak Leh jatuh bilik air kaki terseliuh tu yang acik pergi mengurut. Kalau tidak saya tak la teruk macam ni. acik akan urut perut saya bila time sakit ni dengan minyak angin” lemah saja dia menghabiskan ayatnya.

“Hurmm..kau nak aku urut perut kau?” Hah? Air liur ditelan tak lepas. Matanya berlaga dengan mata lelaki itu.

“Hah? Tak yah ..lagipun kita bukan adik abang, ayah anak ke? maksud saya bukan muhrim”
Tr ketawa…digosok kepala Zara yang dilitupi selendang “Macam mana cara nak bagi kita ni muhrim? Dah kau kata kita bukan adik abang? Apa cadangan kau untuk halalkan semua ni?”

“Hurmm..kahwin la kut?”ayat macam bunyi ‘bodoh’ je namun keluar juga dari mulutnya. Zara terasa pipinya kebas. Dia menarik selimut lalu ditutup muka dan kepalanya.

Senyuman TR meleret… “Kahwin? Hurmm..senang je bunyinya. Nak bagi halal semua ni tunggu lepas exam ni aku akan pertimbangkan kau punya cadangan”

TR ketawa sambil mengosok kepala yang ditutup dengan selimut itu. ketawa TR bertambah melihat zara membungkus diri seperti kepompong. Zara rasa macam nak je pancung kepala TR bagi tak segan dia nak jumpa esok hari time sekolah.

“Okay..nite, hope your dream come true. Sweet dream sweety..” TR bingkas bangun dan berlalu keluar. Dalam hatinya ad ataman..dan bintang malamnya bersinar indah.. 

Giler!!..ayat itu boleh keluar dari mulutnya. Sakit perut sudah berkurangan. Dia terasa sedikit tenaga untuk bangun. Toya..betul la TR tadi, dan haru juga bila dia sendiri yang bagi cadangan itu. alah..TR just main-main je esok lusa dia lupa la tu…

12 comments:

  1. alhamdulillah x sia2 saya dtg menjengah blog ni... Hehehe tr sgt romantikla seb bek bdk spm hehehe

    ReplyDelete
  2. trimassssss..cyah msih sudi mnjengah blog FN, citer ni bru part 1 nati akan FN wat part 2 pulak. +_+

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. maaf sekiranya Fn lmbat continue..hehe byk keje cket papun fn usahakan..tq ur support +_+

      Delete
  4. haha..TR tetiba jadi terlebih gula plakkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hk : TR skrg berprisa gulanya trlbih dgn Zara jek hehe peace....=))

      Delete
  5. Fn :teruskan lagi!!! suka2x! ^_^
    klu rajin..jengah2xlah blog saya..
    tapi kelakar sikit.. Al-Maklumlah (Blog Budak Bawah Umur)
    Apa-Apa Pun :GOOD JOB!ajaja Hwaiting!^_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. trimasssss..mirae, follow blog FN n support FN +_+

      Delete
  6. Salam,FN =D
    bila nk smbung novel Be Mine!? tak sabar nak tunggu!!

    ReplyDelete