30/09/2012

Be mine! 19


                                     
Mula2 tada mood nk taip citer ni tgk citer to the beautiful u, tetiba tgk Minho senyum comei terus dpt idea hehhehe...sambil dgr lagu ost to the beautiful u by Sunny n Luna - its me..haila..kna penangan K-pop jgk . tapi FN besa2 jek lyn Kpop ne FN suma citer lyn..hehe hope korang masih suka lg baca citer BM (TR n Zara) ni

__________________________bab 19____________________________________




“Alah acik..tak nak ke sekolah lah” Zara masih lagi tercegat didepan cermin almari solek.Hisshhh..macam mana nak bagi hilang. Ditonyoh bibirnya lagi.

“Laa..budak ni lagi tonyoh lagi la membengkak”pantas tangan acik menampar tangannya.

“meh sini..acik sapu colgate mana tahu surut bengkaknya” jari acik sudah menyapu bibir atasnya dengan colgate. Ini semua nyamuk punya pasal. Dibagi kissing maut. Membengkak la bibir atasnya dah macam bibir Angielina Jolie. Tebal semacam.

“Kebas la rasa..” dia merungut. “acik..tak nak ke sekolah boleh?”

Belum sempat acik menjawab “ Mak Leha!!! Zara mana suruh dia cepat sikit”
Suara si Tengkujuh dah keluar perintah. Hoiya..nak buat macam mana, mahu tak mahu terpaksa dia digalas beg sekolah ke bahu.

“acik..zara pergi dulu”berat hatinya nak pergi sekolah dengan bibir tebal macam ni. ditutup mulutnya dengan sapu tangan sambil jalan menunduk.

“kenape dengan kau ni? asal tak pandang aku?” tegur TR bila dia  menyuakan kasut sekolah lelaki itu yang diambil dari rak kasut.

“tak da apa la..” cepat-cepat Zara melarikan wajahnya. Takut TR perasan dengan bibirnya. TR resah. Ada yang tak kena dengan Zara ke? sakit ke?

“Jap..aku nak tengok muka kau” pantas TR mencekup tangannya lalu ditarik sehingga tubuh gadis itu terdorong kedepan hampir dengannya  jarak dua inci.

“tak de apa-apa lah..mulut saya sakit” zara bergerak dua tapak kebelakang. Bahaya kalau acik ke pak Aziz ke yang tengok. Buat diaorang buat tafsiran sendiri..naya aku.

“Biar aku tengok..”belum sempat dia ingin melarikan diri. Tr terlebih dahulu menarik tangan kirinya yang menekup mulutnya dengan sapu tangan.

Ketawa TR terburai bila melihat bibirnya yang ‘seksi’ terlebih. “kau cucuk botox ek?”
Chaitt..nak jek di backhand wajah Tr yang kemerahan akibat ketawakannya. Acik terkocoh-kocoh datang kepada mereka. “ kenape Tengku?”

Acik tengok muka Zara yang menjuling mata ke atas. Muka bengang! Bila dirinya diketawakan. “Tengku dah tengok bibir Zara”

“yeke? Nyamuk yang gigit Tengku. Zara pun satu digaru la, tak puas ditonyoh la mau tak tebalnya bibir tu” benci…namun nyamuk yang gigitnya dah jadi arwah.

“Ooo..Inche nyamuk ler punya angkara.” Tr mengulum senyuman. Dikecil matanya cuba mengusik lagi.

“Dah la..acik orang pergi dulu yee..” Zapp…sepintas je darahnya berderauu..dipandang acik yang melopong. TR biar betul..bila dia jadi anak sedara acik aku? Bila acik aku ambik dia jadi anak sedara angkat?

Disalam acik yang masih tercengang. “zara..tengku ada telan ubat apa-apa ke semalam?”

“tak pun..” dia berlalu pergi bila TR melaung namanya menyuruh dia cepat datang ke  kereta. Sebaik sahaja dia membuka pintu kereta untuk TR sempat lelaki itu mendekat wajah kepadanya

“cemburu aku dengan nyamuk tu..dapat kissing percuma kat bibir kau”meremang bulu hidungnya  mendengar ayat romeo karat!

Ditelan liur tapi tak lepas. TR ni memang silap makan ubat. Tersilap ‘campak’ ayat romeo karat ni kat telinga 

aku. Salah telinga! Patut telinga Natasaya. Tapinya..yang kena gigit nyamuk bibirnya bukan bibir Natasya. Haila…

*************************************
Luqman masih lagi merenungnya. Dia telan liur. Jangan biar luqman juga ketawa macam TR. “cantik juga bibir tebal atas ye..” aiseh..komen yang tak membina semangat atau menyedap hati  tetapi sebaliknya  menyakitkan hati. Huhu..malu kat luqman.

Luqman tahan ketawa. “Awak tak letak minyak angin ke?”

“Tak..Cuma letak colgate.. saya ingat tak mahu ke sekolah hari ni tapi bila fikir balik kitakan dah nak exam mesti cikgu berusaha keras bagi kuiz dan latih tubi jawab soalan sekarang” ketawa Luqman terburai juga. Bila dia menarik sapu tangan dari bibirnya untuk bercakap.

“jangan la gelakkan saya” dia menjeling luqman. Sama jek dengan TR. luqman ketawa lagi. Bila melihat bibir Zara yang tebal bergerak-gerak bercakap itu ini tadi.

“Okay..saya tak gelak dah” Luqman stop ketawa. Dia tersenyum. Zara sekarang semakin rapat dengan TR. time rehat gadis itu bersama TR. hanya didalam kelas saja dia dapat bersama gadis itu. ini peluang dia untuk bergembira dengan Zara.

“Awak tahu tak yang Natasya sekarang dah break off dengan TR?” Zara mengeleng kepala. TR tak cakap apa pun. Sedih pun tak. Kalau berpisah mesti la TR itu sedih, makan tak lalu. Tapi dilihatnya hari demi hari semakin semangat je TR.

“Dia tak cakap apa-apa ke?”

“tak pun..awak tahu mana?”

“Kaizura budak kelas diorang beritahu” Zara mengangguk.

“Kaizura budak suka awak tu ek?”Luqman ketawa. Kemudian dia mengeleng kepala “Dia bukan suka saya, dia nak main-main je”

“Suka la..tiap-tiap hari tunggu awak depan kelas” balas Zara.

“Jealous ke?”

“Awak suka Kaizura ke?”

“Tak..dia bukan jenis perempuan yang saya suka. Lagipun kalau awak nak tahu Kaizura tu pernah bersaing dengan Natasya berebut TR majikan awak tu” Zara mengangguk. Tak kisah la Kaizura tu pesaing Natasaya. Kaizura tu pun tak kurang hebat.. anak bekas menteri. Walapun papa si Kaizura tu tak jadi menteri dah tapi syarikat dan ‘reta benda’ si family kaizura pasti cukup anak cucu tujuh keturunan merasa.

Kaizura pun cantik mahu taknya. Anak kacukan. Tapi dia tak ambil tahu darah kacukan apa yang dicampur dalam Kaizura sehingga cantik macam model mexico je.

“Hurmm…awak suka perempuan yang macam mana?”dipandang wajah luqman yang setia memandang wajahnya. Senyuman lelaki itu melirik..

“Kalau boleh macam awak?” ketawa lelaki itu terburai. Namun jawapan lelaki itu buat dia semput. Nak macam aku ke? nak aku? Dia tak pasti..haila…
***********************************
 Tr mengengam penumbuk. Sengaja dia lalu didepan kelas Zara. Dia terasa rindu pada gadis itu. namun rindunya disentap dengan pemandangan kurang enak..pada mata, hati dan semuanya. Dia benci melihat tawa itu.

Luqman..apa yang kau nak dari zara? Kau suka dia ke? jangan harap..zara milik aku! Kelas yang tiada kehadiran guru itu mengjadi hingar-bingar..

TR mengetuk pintu kelas itu. semua mata tertumpu ke arahnya. Terutama sekali perempuan. Ada yang berbisik sesame-sendiri..hairan selama ini Tr tidak pernah lalu ke kelas merka sekali pun berhenti didepan kelas mereka seperti sekarang.

“luqman Nur Hakim ada?” soalan TR itu dijawab sebahgian peminatnya.

“Ada..kejap..” beberapa orang gadis menawar diri memanggil Luqman. Ketawa luqman terhenti bila namanya dipanggil. Zara mengerut dahi. TR berada didepan kelasnya sekarang. Mahu apa?

“Jap Zara..majikan awak panggil. Ada masalah Negara kut?” luqman sudah bangun dari kerusi duduknya. Lelaki itu berdepan dengan TR. seolah-olah ingin beradu tenaga. Mata mereka seperti mengancam sesame mereka.

“Jumpa aku lepas sekolah dekat gelangang basketball..” Luqman mengangguk tanpa banyak soal. Dia tahu TR mahukan penjelasan sesuatu darinya. Dia kenal TR. lelaki itu bukan jenis bertindak jika tiada apa yang menganggu hidupnya.macam kes faraouk TR pernah sepak mulut farouk sampai pecah berdarah. Kerana farouk mencabar TR dan mengejek lelaki itu. dan dia pasti Tr mengancamnya juga bersebab. Dia pasti Zara Aulia penyebab TR mahu berjumpa dengannya.

p/s: kalu ada yg kurang ble komen FN sekurang2nya Fn dpt perbaiki penulisan FN ni..tq..


9 comments:

  1. Well tr nk bersaing dgn luqman ke? Cepat sambung kay........ I like ur story....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bella...FN akn cpt cntinue dis story..ooo inche idea cepat dtggggg...hehe tq =)

      Delete
  2. hahaha nk komen pun mcm xde apa untuk dikomen.... Jalan crita yg menarik dan x sbr untuk abskn pembacaan

    ReplyDelete
  3. jalan cerita tu best sgt. cuma, kat bhgn dialog tu, jelaskan saper yg cakap atau yg seangkatannya. sekurang-kurangnya pembaca x keliru dan dapatlah panjangkan sikit penulisan tu :)
    Gud luck...
    nanti singgah2 la blog sya jugak.
    http://www.yamaforhills.blogspot.com/
    and jgn lpe komen skali, hehehe :]

    ReplyDelete
    Replies
    1. trimasssssss..Yama, nati FN akn prbaiki bhgian dialog..kdg2 time dpt idea smpai xsmpat nk taip sape ckp..hehe. FN dah follow bloq yama nati FN bce citer yama plak..tq sudi invite FN..=)) kimchiiiii..

      Delete
  4. best.. hai macam mana agaknya keada adi gelangang basketball..nanti eak... nak lagi

    ReplyDelete