Bab 17
Kakinya memanjat anak tangga untuk ke tingkat tiga
rumah agam itu. tingkat atas sekali ada ruang tamu privacy untuk tuan rumah
bersantai dengan set sofa serta hometheater. Disebelah ruang tamu ada balkoni
yang luas untuk pemandangan. Disitu TR duduk diatas buaian kerusi rotan.
Dihayun perlahan-lahan buaian itu sambil pandangannya menghala ke dada langit
gelap.yang disinari cahaya kelipan bintang. Indahnya!
“Ehemm..ehemm..tengok bintang ke?”disapa TR yang asyik
memandang dada langit itu. dia jugak mendongak sama selepas meletak segelas
susu di atas meja kopi tepi balkoni itu.
“hurmm..cantik” ucap Tr sambil tersenyum. Zara melirik
pandangan kearah TR. lelaki itu masih setia memandang bintang. Lama dia membiar
pandangan ke paras arjuna itu.
TR dah lain sekarang. Lelaki itu tahu menikmati hidup.
Lelaki itu sudah pandai senyum dan ketawa. Renungan mata lelaki itu juga kini
lembut dan mendamaikan hati. Haila…aku ni dah tersangkut kat TR ke? jangan…TR
milik Natasya. Tapi tak salahkan kalau minat? Suka melihat? Memandang tanpa
jemu dan ambil tahu perihalnya.
“Kat muka aku ada bintang ke?” dia terkejut. Baru dia
sedar pandangannya kini bertembung dengan pandangan TR.
TR tersenyum memandangannya. Rahang bawah jatuh tak
sempat nak sambut. Huh! kusss..semangat. cepat-cepat dilari pandanngannya kea
rah lain.
“Aku suka kau tengok aku macam tadi. Jangan jemu
pandang aku” dia berpaling kea rah lain namun matanya dijeling TR. larat ke aku
nak tengok dia 24 jam.
“Eh..eh..tak..saya kan fan Tengku. Tengku tak
marahkan?”
“Tak..kalau boleh aku nak kau pandang aku jek jangan
pandang lelaki lain termasuk Luqman” hoiya..ni kes apa ek? Cemburu ke? atau
dera fizikal dan mental sebab aku cakap suka Luqman dari dia? Ada ke nak aku
tengok dia je? Mau juling mata aku…tengok kanan TR, tengok kiri TR, atas bawah
TR..last..buta sebab tengok TR je..
“Yee..okay, tapi saya tak boleh janji. Sebab mata ni
memang kena tengok orang lain dari Tengku sebab saya ber ‘hidup’ dengan orang
bukan dengan Tengku sorang” TR ketawa. Pantas tangannya menarik pergelangan
tangan Zara.
“Duduk sini..” TR bangun dari buaian. Ditekan bahu
zara supaya duduk atas buaian rotan itu. kemudian dia duduk bersila
dibawah. TR mengambil gelas lalu diteguk
susu beberapa kali. Dia menyuruh Zara menghantar segelas susu ke tingkat atas,
saja nak ada privacy antara dia dan Zara. Dia suka dengan keadaan sekarang. Dia
dan Zara. Menghayati keindahan bintang yang menyeri langit malam. Indahnya!
“Kau tahu Zara, kenapa aku tak pernah celebrate
birthday aku?”dipandang wajah Zara. Gadis itu hanya mengeleng kepala.
“Kerana hari lahir aku adalah hari kematian mummy dan
daddy aku. Hari itu aku tunggu kepulangan mereka. Hari itu juga aku menanti
penuh debaran kerana mereka tak pernah pulang lewat ke rumah .” TR tunduk.
Menahan rasa. Pemergian kedua ibubapanya membuatkan hidupnya kosong. Tiada
kasih sayang, peluk cium dan usapan mesra seorang ibu. Aunty maisara yang cuba mengambil
tempat itu namun ia tetap kosong.
“Bila kau datang ke rumah ini, aku rasa kau macam nak
ubah cara hidup aku yang aku sudah selesa dengannya. Iaitu kesunyian. Kau buat
hati aku resah, cemas, rindu dan bahagia.” Senyum TR.
Zara hanya memandang diam. Apa yang cuba disampaikan
TR. dia cuba ingin mengerti namun sukar.
“Maafkan saya kalau Tengku terasa
dengan apa yang saya buat semalam. Saya Cuma nak sambut hari lahir Tengku, saya
tak tahu yan…”
“Aku tak kisah. Aku suka bila kau hadir dalam hidup
aku dan…”pandangan TR lembut menyapu wajahnya.
“Kali ni hari lahir aku penuh
bermakna..aku bersyukur sangat kerana dilahirkan sebagai Tengku Rafael kalau
tidak tentu aku tak berjumpa dengan kau kan?”
“Hah?”
“Hah? Hah ape? Cakap la terima kasih Tengku” TR ketawa
seolah mengejek caranya yang selalu mengucap terima kasih.
“Kenapa terima kasih pulak?” TR memengang buaian
kemudian tunduk mengadap wajahnya. Dekat!
“Sebab aku benarkan kau hidup dalam dunia aku” senyuman
TR jongket sebelah. Haiseh..mengoda jek
gayanya. Zara berpaling sambil mengurut
dadanya yang mahu meletup.
“Kau tertarik dengan aku ke?” soalan TR membuatkan dia
mahu terjun dari buaian itu.
“Sa..saya kan Fan tengku, tak salahkan kalau tertarik”
huh! lepas jugak ayat nak ‘cover line’
Tr ketawa. Tangan lelaki itu mengosok kepalanya yang
bertudung. Dah macam jadi habit dia gosok kepala aku. Ingat aku kucing
peliharaan dia ke?
“Zara..spm nanti kau mesti buat yang terbaik” nasib
baik TR ubah topic pelajaran. Sekurangnya topic ni buat hatinya kembali tenang.
“InsyaAllah..” dia senyum.
“Kau jangan lupa setuju bila aunty aku tanya kau
tentang continue study sama dengan aku
tau?”
“Hah?”
“Hai..kau ni selalu buat bengap. Meh aku bagi kau
cepat pick up sikit” sekali lagi wajah TR hamper dengan wajahnya. Cepat-cepat
dipejam matanya. Takut apa yang bakal terjadi.
Tuk! Satu ketukkan hinggap didahinya. “Adusss..”
tangannya mengusap dahinya yang terasa sakit.
TR ketawa. “Haa..dah berjalan sikit otak kau”
Chaittt..kes naya je aku hidup dengan lelaki ini. Ada
ke di lekuk dahi aku. Dia ingat aku ni ape? Pahat ke sekali ketuk baru nak
jalan.
“Dah..tengku. saya bukan apa. Cuba tengku bagitau
dengan jelas dan terperinci sikit. Ini tidak terus terjah je. Pasal continue
study tu, aunty setuju ke? bukan apa yuran pengajian saya kat sini pun dia
tanggung ingat lepas spm saya nak cari kerja dulu nak bayar balik duit aunty”
Tr senyum. Zara kini sudah pandai mengantikan panggilan Puan kepada aunty.
“kau suka ke aunty Maisara jadi aunty kau?” tengok
tu..ayat putar belit lagi. Haila..mau otak aku tak bengap dengan ayat-ayat
gunung ledang dia.
“Suka la..Puan kan baik nape?”
“Baiklah..nanti aku akan tunaikan hasrat kau tu” TR
tayang gigi. Kacaknya lelaki ni kalau dia senyum dengan menampakkan barisan
gigi putih yang tersusun rapi. Kalau colgate nak borrow dia jadi model iklan
gigi sah laku ni. boleh jual…
“Spm ni tengku ambik bape subjek?”
“Hurmm..sepuluh, aku ambil subjek tambahan akaun.
Aunty nak sangat aku ganti tempat dia. Kalau apply nanti pun dia nak aku ambik
bisness study. Kau?”
“Sama la sepuluh..tapi saya ambil seni visual. Impian
saya nak jadi designer terkenal. Saya nak buka kedai sendiri. Tengku?”
Tr memandangnya lama… “Entah…aku tak pernah terfikir
pun..selama ni pun tak da orang nak
tanya aku nak jadi apa? Apa impian aku?”
“Jadinya..tengku tak da impian la?”
“Ada..lepas kau tanya aku”
“apedia?” kening terjongket. Haila..TR malam ni banyak
berkongsi rahsia dan rasa…
“Aku nak jadi TR yang Berjaya..berjaya memiliki ape
yang aku impikan baik pelajaran, kerjaya dan cinta” TR tayang gigi lagi.
Aiseh..lelaki ni sekarang dah pandai senyum luas-luas…
“Itu impian Tengku?”
“Nape?”
“Tak da la..kekadang apa yang kita impiankan tak semua
jadi milik kita, doa dan tawakal kepada Nya
semoga kita akan dapat apa yang diimpikan..”
“Doa, tawakal?”
“Dan berusaha..” dia pulak tayang gigi.
“Aku akn berusaha…doa? Tawakal?” perkataan itu menjadi
persoalan bagi TR.
“Kenapa?” TR mula resah. Bagaimana dia nak berdoa
solat lima waktu pun tak penah?. Bagaimana nak bertawakal sedangkan dia yakin
dengan diri sendiri tanpa mengharap apa-apa dari sesiapa?
“Tak..tak pe, aku akan cuba doa dan tawakal”buaian
dihayun perlahan-lahan oleh TR. dipandang paras itu. tetiba bunyi handphone TR
kedengaran
Tr menjawab panggilan itu. dia cuba senyum bila TR
memandangnya. Lelaki itu kemudian berjalan kea rah lain. Seolah cuba lari
darinya. Mungkin TR takut dia dengar perbualan lelaki itu. Mungkin si pemanggil
itu Natasya.
p/s : Trimasssss....sudi meluangkan masa kalian tuk baca citer di blog ni...
Love this story! Pliz update soon!
ReplyDeleteLove it..... What a nice story. Do continue
ReplyDeleteHaha suka TR dah mula menggoda.. Nak next entry:-)
ReplyDeleteBest... pandai TR bermain kata ... untuk memikat zara..
ReplyDeletealah..pndek jer n3..
ReplyDeleteapa2 pun keep it up..
nk lagi