salam...tq support FN dgn baca citer ni and komen....hepi sgt korang sudi baca blog xsberapa ni +_+
___________________________________________________
Bab 16
Akhirnya trial exam sudah lepas. Zara melepas keluhan.
Sekejap je masa berlalu. Lepas ni masuk bulan puasa, raya lepas tu pulak real
exam spm. Takutnya…
Dia menyudah kerja menyidai baju diampaian. Disamping
itu dia menyanyi lagu penyanyi favouritenya Jamal Abdillah, bukan apa penyanyi
itu juga favourite mak dan ayah…lagu yang menjadi kenangan ‘di sudut kamar hati
ku’ dah bagai menjadi lagunya sendiri bole hafal lirik
Resah hati ku merindui mu
Terbayang-bayang
Renung senyum dan tawa mu
Baru semlam rasa bagai setahun
Pemergian mu tak tertanggung
Indah suasana kita bersama
Siang dan malam seolah di alam syurga
Cinta mu itu cinta yang setulus jiwa
Dimana kan ku cari gantinya…..
“ehem..ehemm.. rasanya kain kat ampaian tu tak sempat
kering kut?” TR berdiri betul-betul depan ampaian.
Tersentap jantung bila kain
yang baru disidainya terus Nampak muka TR.
“Zara..jap lagi buatkan jus oren kat aku”
“Okey..” Zara sudah menghilang dari ampaian. Lagu apa
la yang dinyanyinya tak pernah dengar pun. TR geleng kepala sambil tersenyum
bila terngiang-ngiang suara Zara menyanyi lagu tadi.
“Tengku ni jus oren” gelas jus oren disua pada lelaki
itu.
“jom..duduk lepak dengan aku kat gazebo tu” dia
mengangguk. Kemudia diikut langkah lelaki itu kea rah gazebo yang terletak
disudut taman mini buatan manusia itu.
“Macam mana exam, kau boleh buat?”
“Hurmm..boleh kut?”
“Apa kut-kut?” kau suka tak yakin dengan diri kau.
Lepas exam ni aku nak ajak kau keluar”
“Exam? Real exam ni?”
“Ye..celebrate habis exam”
“Dengan natasya?”
“Tak kita berdua” zara menjeling lelaki itu yang
sedang meneguk jus oren. Kemudian dia tersenyum.
“Kita berdua je?”
“Nape? Kau nak aku ajak Natasya sekali ke?”
cepat-cepat digeleng kepalanya. Bukan apa rimas dia bila barbies doll itu depan
mata. Mengada-ngaga sikit. Cantik tu okay dah tapi time ada TR terus penyakit
‘ngada-ngada’ dia tak boleh nak control.
“Aku dah beritahu aunty lepas dapat result spm. Kau
dan aku, kita continue study kat UK lagipun family sebelah papa aku ada kat
sana. Okay tak?” ngaa..TR Cuma tanya okey tak? Bila dia discuss dengan aku
mintak permission nak pergi study kat sana. TR ni suka buat kerja sendiri.
“Aunty tak kisah ke?” TR tersenyum
“Sejak bila aunty aku jadi aunty kau?”
“Eh..eh..Puan..sorry”di pegang belakang kepalanya.
Malu pulak bila tersasul tadi.
“Tak..syarat kau jadi maid aku kat sana. Aunty support
yuran semua. Kau kena jaga aku sampai bila-bila” hush…azab je bunyinya.
“tak nak la..universiti tempatan banyak”
“tak boleh..kau dah setuju” bila masa pulak aku
setuju. Mabuk kea pa TR ni? aku tak pernah buat perjanjian hitam putih pun.
“Tak kira..kau dah jadi milik aku kau kena ikut aku
continue study kat sana. Faham!”
Toya..nak aku ketuk kepala tu biar betul-betul sewel.
Suka je main redah. Bila aku milik dia?
“Kau dan aku sama Zara kita anak yatim, kita saling
memerlukan so aku nak kau pegang aku dan aku janji aku akan pegang kau sampai
bila-bila” pening..pening…apa yang cuba nak sampai TR? dia tak faham.
TR tersenyum. Digosok kepala bertudung itu. “sekarang
mesti kau tak faham lepas kita keluar nanti kau akan lebih faham”
“Tengku..kenapa mesti lepas kita keluar nanti?”
“Adalah…”
dikenyit mata kemudian lelaki itu berlalu pergi meninggalkan dengan
perbagai soalan.
“Zara!!! Tutup mulut nanti lalat masuk”
ngap! Terus ditutup mulutnya yang melopong tadi. TR sudah hilang dari pandangan
matanya.
*************************************
“Hari ni hari lahir Tengku” ujar acik sambil menyimpan
pingan ke rak setelah dikerngkan. Dia tanya acik bila kotak pos laju untuk TR
ada tulis happy birthday diterima dari posmen tadi. Dia pasti itu hadiah dari Tengku Maisara.
“Yeke? Nape tak buat majlis ke kenduri doa selamat
ke?”
“Memang tak pernah buat”
“Puan tak balik ke sambut birthday Tengku?”
“Tengku tak pernah sambut hari lahir dia sepanjang dia
tinggal disini dari umur sepuluh tahun seingat acik la”
“yeke? Nape?”
“entah..mungkin, dia tak ramai kawan.”
“Oo..tak pe la acik Zara masuk bilik dulu” acik
mengangguk. Zara melabuh punggung ke kerusi depan meja studynya. Hari lahir TR.
apa yang aku boleh bagi?
“haa..” Zara petik jari bila tiba-tiba idea datang.
Dia menyelongkar almarinya. Diambil T-shirt putih yang masih dalam plastic.
Baju t-shirt tu dibelikan time sekolah buat hari keluarga. Kwan-kawan lama dulu
kata nak buat kenangan-kenangan beli t-shirt kosong kemudian drawing atasnya.
Namun tak kesampaian sebab mak meninggal. Dia pulak
terpaksa ditukar sekolah kerana mengikut acik tinggal di sini.
Dia mengeluarkan barang-barang yang diperlukan untuk
drawing. Cat-cat yang selalu dia guna time seni disekolah. Bila ada mural untul
kebajikan sekolah dibuatnya.
****************************************************
Lewat pukul 11 baru TR mengoyak kotak berbalut itu
yang diterimanya petang tadi. Tr membuka
kotak hitam itu. jam brand Michael Kors MK8115 diambilnya lalu dipakai ke pergelangan
tangannya. Kemudian diambil telefon lalu ditekan nama aunty.
“Hello sayang, happy birthday”
“Thanks aunty..”
“Dah dapat hadiah?”
“Dah..”dibelek jam tu
“macam mana?”
“Great!!”
“uncle fauzi yang pilih”
“Kirim salam kat uncle say thank you kat dia”
“Okay..aunty kena fly ke Singapore, next time aunty
telefon”
“See you soon..miss you” talian dimatikan. Aunty
Maisara tak pernah lupa birthdaynya namun dia saja yang suka buat-buat lupa
birthdaynya.
Ada kenangan yang sukar dilupanya biarpun lapan tahun
sudah berlalu. Dia menunggu kepulangan orang tersayang untuk celebrate
birthdaynya namun hnya jasad tak bernyawa saja yang sampai. Tanpa ucapan
“Happy
birthday FAel..daddy and mummy sayang FAel..”
Tiada kucupan di dahi dan pipi. Tiada usapan dan
pelukan. Jasad itu kaku. Dia cuba terima hakikat itu namun bila tiba hari
lahirnya kenangan itu tetap jua datang tanpa dipinta.
TUk..TUK..Tuk..daun pntu biliknya diketuk “ siapa?”
“Saya ni Zara..”
“Masuk..”dibuka pintu. Wajah itu tersenyum
memandanganya. “Ada apa?”
“Happy birthday to you…happy birthday to you…happy
birthday..happy birthday..happy birthday to you” Zara membawa sepotong kek siap
dengan lilin sebatang.
“Tiup la..” dia menurut saja. Dia terkejut dengan apa
yang dibuat Zara sekarang
“KAu ambil mana kek?”
“Order kat Pak Aziz..tak da yang besar. Kedai tutup.
Dah lewat jadinya sepotong kek saje tapi tak pe kan Tengku sorang je nak makan”
“aku tak suka manis” dia sebenarnya terharu. Zara tahu
hari lahirnya.
“rasa la sikit” zara sudah menyua hirisan kek ke
mulutnya. Mahu tak mahu terpaksa ditelannya.
Dia mengambil baki hirisan itu lalu sua pulak ke mulut
Zara namun belum sempat gadis itu membuka dia suka menenyeh ke muka gadis itu.
Zara terjerit kecil. Habis aising kek melekat dihidung dan pipinya.
TR ketawa. “ meh aku lap kan”
Dia menyapu wajah itu tanpa disuruh. Zara terkejut
bila tangan lelaki itu mengusap pipinya dan hidungnya.
Jantungnya berdegup di
luar normal..macam dia buat senam aerobic jek.
Dia menjarak diri dari lelaki itu. dia duduk di sofa
sambil menunduk pandangannya. TR serba salah melihat
Zara cuba mengelak diri
darinya.
“Saya tak boleh duduk lama. Nanti acik kata apa pulak.
Ini hadiah untuk tengku” disua hadiah yang dibungkus dengan pembalut hadiah.
“Thanks..” hah..Tr ucap terima kasih. Jarang lelaki
itu nak ucap terima kasih.
“saya turun dulu..”
“Zara…terima kasih” sekali lagi ucapan terima kasih
diucap lelaki berlagak itu. TR yang dikenalinya kini mulai disukainya.
TR mengoyak bungkusan hadiah itu. T-shirt putih lukisan pelangi dan bintang juga tulisan
tangan bercorak ‘ceriakan siang mu dengan warna pelangi dan malam mu dengan
cahaya bintang’
Tr tersenyum. Dibuka t-shirt polonya lalu sarung
t-shirt itu ke tubuhnya. Pasti Zara menyiapnya petang tadi. Bibir tak lekang dengan senyuman. Dipegang
T-shirt yang membalut tubuhnya. Terima kasih zara..untuk pelangi dan bintang
ini..
wah tr dah mula nak menghargai org...:-) best
ReplyDeletecyah...lps ni TR lbh mghargai org disekelilingnya..tq =)
DeleteBEST.. tak sabar nak tunggu cite selanjutnya
ReplyDeletewanie..mlm ni sy post bab17..tq =)
Delete