Bab 14
TR terjaga. Ditenyeh matanya. Dicapai jam loceng atas
meja lampu tepi katilnya. Jarum jam menunjuk sudah pukul 8.20 minit pagi. Dia
mengaru kepala. Lalu dia bangun membetulkan urat-urat sendinya.
Tr terasa
segar. Badan tidak lagi rasa lemah sebelum ini. Teruk juga dia demam. Mungkin
sudah lama dia tidak jatuh sakit. Selama ni dia kuat. Tetapi kerana dia tidak
dapat control perasaannya, dia jadi lumpuh satu badan. Patut la ada ayat “ aku
lemah tanpa cintamu”
Tr tersenyum. Dia bangun dan membuat senaman kecil
didepan balkoni. Angin pagi menyapa wajahnya terasa segar. Dihirup udara itu
perlahan-lahan kemudian dilepasnya.
Tuk!tuk!Tuk! daun pintu biliknya diketuk. Pasti Zara
menghantar sarapan pagi untuknya. Senyuman TR semakin lebar. Bubur kasih
sayang!
“Masuk!” Tr terus terjun ke atas katilnya. Cepat-cepat
dia menyelimut diri. Kononnya dia baru bangun dari tidur. Sengihan semakin
lebar bila melihat daun pintu itu dikuak.
Sedikit demi sedikit daun pintu dikuak membuatkan dada
TR bagai bom yang tunggu masa mahu meletup. Teruk betul penangan cinta si Zara
ni. mau semput aku.
“Asal lambat sangat orang lapar dah ni” namun sengihan
itu hilang. Bukan Zara yang menjadi penghantar sarapannya tapi..
“Sorry sayang, aunty baru sampai. How’s you today?”
aunty Maisara meletak dulang makanan di atas meja tepi katilnya.
“”Fine..nape tak call nak balik sini” dia senyum
tawar. Tangannya dicapai aunty Maisara lalu diusap lembut.
“Aik? Nak kena mintak permission ke? sebelum ni tak
pun? Macam ada someone jek sembunyi kat rumah ni? hurmmm?” pipinya dicubit
Tengku Maisara. Betul kata fauzi, fael ada someone.
“Tak la..fael terkejut” ketawa Fael dibuat-buat. Aunty
macam tahu je. Dia bangun menghadap Tengku Maisara. “Aunty kata busy, tiba-tiba
muncul tu yang Fael terkejut”
“Mak leha telefon bagitahu Fael tak sihat. Doktor
Husna pun inform kat aunty. Mau tak risau aunty dibuatnya. Fael kan sebelum ni susah
nak jatuh sakit. Makan makanan kurang protein ni? atau stress sangat dengan
pelajaran? Hurmmm?”
“tak la..” jawabnya ringkas.
“aunty kan sibuk. Fael tak mahu risaukan aunty.
Tup-tup mak leha memandai telefon beritahu aunty.”
“Dah tanggungjawab dia. Fael demam rindu kan aunty
ke?” digosok rambut anak muda itu. fael yang semakin membesar kelihatan semakin
segak dimatanya. Wajah itu mengingatkannya pada arwah abangnya. Rindu pada
abangnya terubat bila melihat raut wajah itu.
“Rindu sangat”dipeluk tubuh auntynya. Tengku Maisara
menepuk lembut belakang anak muda itu seperti memdodoi anak kecil. Lama dia
tidak berbuat demikian. Mungkin Fael terlalu dahagakan kasih sayang sebab itu
anak muda itu jatuh sakit.
“Makan sarapan yang aunty buatkan ni” TR memandang
roti bakar dan telur separuh masak itu. tiada bubur kasih sayang.
“Why? Tak ada porridge ke?” nglup!! Aunty macam
tahu-tahu jek.
“Tadi Zara nak buatkan bubur. Tapi aunty kata tak
payah sebab aunty dah buatkan sarapan
untuk Fael. Kalau Fael nak bubur, nanti aunty suruh Zara buatkan” TR pantas menggeleng
kepala. Mana mungkin dia membiarkan aunty tahu soal hatinya.
“No..Fael tak suka sangat makan bubur.” Diambil roti
dari tangan Tengku maisara.
“Lagi dua minggu nak cuti penggal kan?” dia hanya
mengangguk kepala. Gelas berisi susu diteguknya.
“aunty ingat nak bawa fael habis cuti pnggal kat
Australia. Lagipun uncle fauzi nak
belanja kali ni untuk makan angin kita” kunyahan roti trhenti. Dia mengambil
semula gelas susu lalu diteguk. Dia dah mals nak mengunyah roti lagi.
“Fael banyak homework nak buat. Banyak yang Fael tak
study lagi untuk Spm ni. Fael tak da mood nak pergi makan angin la aunty”
“Okey…kalau macam tu kita pergi jalan-jalan kat KL
mahu?”
“Buat apa? KL bukan tempat yang sesuai nak tenangkan
hati la aunty”
“No la.. banyak tempat menarik kat KL, contohnya ICT
Putrajaya, sunway lagoon tak pun kita boleh bersiar-siar kat tempat peranginan
pulau pangkor ke, pulau langkawi ke?”
“Tak nak la..”Tengku Maisara jadi hairan. Fael
sekarang liat untuk bercuti. Kalau dulu fael suka bercuti. Kata anak itu bila
dia bercuti dia dapat keluar dari kotak kosong yang dia tinggal sekarang. Fael
kesunyian.
“habis tu? Fael nak habiskan kat rumah ni je?”
“Ye..Fael nak study” senyuman tengku Maisara bertukar
rasa. Study? Atau Fael nak berjumpa someone yang kini bertahtah di hati arjuna
itu.
“Nampaknya impian Zara dan Mak leha nak bersiar-siar
cuti ni terpaksa dilupakan.”kerut dahi
TR. tengku Maisara menjeling dengan ekor mata. Ada senyuman dibibirnya.
“Zara ikut sekali ke?”
“Yelah..Zara, mak leha, Fael dan aunty, kita pergi
bercuti bersama tetapi dah fael nak duduk rumah study aunty terpaksa batalkan
lah” yeke? Kalau dia tahu Zara ikut sekali pasti dia tak tolak. Tapi macam mana
nak beritahu aunty yang dia jadi pergi pulak.
“kesian kat Zara dan mak leha kalau macam tu kita jadi
pergi la..”
“Pergi mana?” Tengku Maisara sudah mengulum senyuman.
“bercuti la..kat Australia ke?”
“Pulau Langkawi..kalau Australia itu planning uncle
fauzi, Zara dan mak leha tak ikut kut”
“Okey..langkawi” Yes!!! TR senyum dalam
hati.
“Zara..betul ke kekasih fael nama Natasya?” Zara
mengangguk lemah. Terpaksa jua dia mengaku. Mesti cerita ni disampai oleh acik.
Sapa lagi yang tahu nama pacarnya si tengkujuh tu melainkan acik dan pak Aziz. Tetapi
dia yakin acik yang beritahu semuanya ini.
“Maafkan Zara, Puan. Sebenarnya tengku tak berapa suka
kalau Puan dapat tahu yang dia berkawan rapat dengan perempuan”
“saya tahu..sebab tu saya paksa juga Mak leha
ceritakan semuanya siapa Fael berkawan” kan sah acik yang cerita. Haila..mesti TR ingat aku
pulak yang sibuk-sibuk pegi cerita kat aunty dia.
“Dah lama ke diaorang berkawan?”
“Hurmm..setahu saya, time saya masuk sekolah tu dah
memang diaorang berkawan.”
“Berkawan..bercinta macam pasangan kekasih?” dia
angguk lemah. Siap bagi hadiah teddy bear lagi puan..ngomelnya dalam hati.
“Berdating?” dia hanya mengangguk jek.
“Diorang cakap macam pasangan berkasih sayang tak?”
diangguk lagi. Lebih dari itu siap peluk cium bila nak berpisah macam ‘mat
salleh’ siap berlaga pipi.
“Patutlah Fael dah lain sekarang..tak pe, terima kasih
ye Zara” Tengku maisara sudah menghilang diri dari ruang makan. Dia yang sedang
mengemas meja makan tadi di sambung semula kerja-kerjanya.
“Zara..” itu
suara acik.
“Ape?” dia masih mengelap meja kaca itu. dikerling
sebelah melihat acik datang menghimpit sisi kanannya.
“Macam serius jek bunyinya, agak-agakkan Puan restu
tak hubungan diorang tu?”bisik acik
“mesti la restu. Natasya tu calon menantu yang lulus
dengan syarat kelayakan”
“mana tahu?” acik menyiku perutnya.
“Yelah..acik ni Natasya tu anak Tan sri, cantik pulak
tu”
“kalau perangai macam monyet macam mana?” mengekek
ketawa mereka.
“Ehem..ehemm” TR sudah terpacak dibelakang mereka
sambil menyilang tangannya. “mengumpat orang la tu”
Zara menutup mulut. Pandangannya dilirik kea rah TR.
“Tak lah..kita orang Cuma bergurau senda”
“Yelah tu..cepat buatkan aku jus oren, hantarkan dekat
swimming pool. Aku nak berenang jap”
“Baiklah” Acik ingin berlalu pergi mengikut arahan TR
“Eh..eh..bukan Mak Leha, orang suruh Zara. Biar Mak
leha lapkan meja tu. Kau cepat buatkan aku jus oren” ayat berbentuk arahan tu
ditelan semahunya. Dah sihat la tu…
Zara tersenyum. Walaupun TR Nampak dingin
bila sihat. Dia bersyukur lelaki itu sudah tidak sakit. Wajah tu sudah
kemerahan, menandakan yang TR sudah sihat sepenuhnya
Kenapa dah tak post kat P2U? Jenuh saya tunggu for next entri . Jenuh jugak mencari web nih. Nasib jumpe. Ngee~ Janji best!
ReplyDelete