11/09/2012

Be Mine! 13


Bab 13
Mak leha melihat Zara  mengelamun di hujung katil. TR marah-marah ank sedra dia ke? turun dari bilik TR. Zara mengesat aiR mata dengan hujung lengan bajunya. Kemudian dia melihat pulak Zara solat asar tadi. Lama anak gadis itu berteleku di tikar sejadah. Berdoa kemudian menangis. 

“Zara..” Zara terkejut bila tangan acik menyentuh lembut bahunya. Dipandangan wajah acik.

“Kenapa?” soal acik sambil membelai rambutnya. Acik menyelit anak rambut yang menjuntai menutupi sebahagian wajahnya ke belakang telinganya.

“Zara takut bila tengku jatuh sakit. Hati Zara tak gembira. Macam perasaan bila mak sakit macam tu Zara rasa bila melihat tengku sakit.” Acik tersenyum sambil memeluk bahunya. Mengosok lembut. 

“Zara simpati dengan Tengku?” dia hanya mengangguk mengiakan.

“Zara tak suka perasaan lihat orang sakit. Zara berdoa agar tengku cepat sembuh”

“Zara tahu tak? Yang sakit tu sebahagian rahmat dan kasih sayang Allah” dia hanya pandang muka acik. Air kat empangan matanya mula penuh tunggu masa je nak melimpah keluar.

“Ada kisah sahabat nabi bersedih bukan sebab sakit tetapi sebab dia tidak pernah sakit. Dia takut Allah tak sayang dia.” Acik sudah mengelap air matanya. Dia sensitive bila dengar kisah anbia. Pernah dia baca buku kisah sepuluh sahabat nabi. Teresak-esak seperti kena rotan.

“Sebab bila kita sakit. Kita akan ingat Allah. Kita tak alpa. Sahabat nabi tu dia takut Allah tak sayang sebab tu Allah tak uji dia dengan sakit. Dia takut alpa dengan nikmat Allah. Kita mesti bahagia dan ucap syukur bila kita sakit..boleh kan?” Acik mengucup keningnya. Zara anak yang baik.

“Zara nak beritahu Tengku supaya ucap syukur.” Zara tayang gigi. Acik mengangguk lemah. Tapi TR lain Zara. Anak muda itu bukan macam kamu Zara.

Dia menolong acik mengemas apa yang patut didapur. Acik bagitahu TR nak dia ke atas. Selesai solat maghrib dan insyak dia tidak tanggalkan telekung dia mengambil senaskah Yaasin  dan sebotol air mineral kecil lalu dibawa bersama  ke bilik TR.

Sampai dimuka pintu bilik dia mengetuk dahulu. Senyap! Mungkin Tr tidur. Kemudian  dia masuk ke dalam. Dilihat TR sedang nyenyak tidur. Awal lelaki ni tidur. Esok hari ahad tak sekolah lagi. Dia tersenyum. Dia melabuh punggungnya  ke sofa diruang depan katil. Dia duduk lalu menyelak helaian Yaasin. Dia mula membaca dengan ummul kitab, ayat kursi dan selawat ke atas nabi sebelas kali dan dia berniat dalam hati supaya Tengku Rafael cepat sembuh.

TR membuka matanya bila dikejutkan dengan mendengar  gemersik alunan suara membaca ayat suci al-Quran. Setahunya itu surah Yaasin. Bukan dibaca untuk orang mati. Dia bingkas bangun dari pembaringannya.

Sekali lagi dia terkejut melihat lembaga berpakaian putih. Maklaikat turun nak ambil nyawa dia ke? ajntungnya seperti mau terpelanting jauh.

“Siapa tu?” Zara berpaling. Dia tersenyum melihat TR sudah bangun. Dihabiskan surah-surah lazim selepas membaca Yaasin  kemudian dia membaca doa .
Dia bangun menghampiri TR yang tercengang melihatnya.

“KAu ingat aku nak mati ke baca Yaasin?” senyumannya mati.

“Tengku..Yaasin bukan dibaca untuk orang mati dan malam jumaat. Kita sakit dan suasah hati pun boleh bacalah” dia tersenyum kembali. TR mungkin tak tahu.

“Yeke? Selalu aku tengok dalam drama macam tu” TR mencebik. “ satu lagi..yang kau pakai telekung putih apesal hah?”

“Lorh..telekung memang warna putih” dia ketawa. TR garu belakang kepala.

“OO..yeke? aku inagt tadi malaikat maut nak ambik nyawa aku dah..tak sempat aku nak bahagia dengan kau” ujar TR namun ayat dihujung menjadi semakin perlahan.

“Ape? “

“Tak da apa la..” dia duduk dikerusi sebelah katil TR.
Mata TR tak jemu memandang wajah bersih itu. Zara seperti berpakaian pengantin. Putih berseri..suci dan tulus.

“KAlau kita sakit dia kena selalu ingat  dan bersyukur pada Allah  sebab Allah sayang kat kita lagi. Dia uji kita dengan sakit.  

“Tadi kau doakan moga aku cepat sembuh ke?” TR tersenyum melihat Zara mengangguk.

“Jap..Tengku saya turun bawah tanggal telekung. Saya datang balik bawakan makanan untuk Tengku ye.. tapi sebelum tu ni air yaasin, ambik la buat minum. Moga-moga berkat air yaasin Tengku cepat sembuh ” TR mengambil botol minerl yang dihulurkan Zara kepadanya.  Matannya menghantar permergian Zara keluar dari kamar tidurnya.

Zara berdoa untuknya. Gadis itu lain dari yang lain. Kalau Natasya, adakah gadis itu seperti Zara? Pedulikan kesihatannya. Jaga dirinya seperti anak kecil. Dia semakin yakin dengan cintanya sekarang. Dia tak mahu gadis lain dalam hidup cukup Zara seorang. Tiada natasya atau sesiapa pun.

 Selesai makan. Dia ajak Zara berbual dengannya. Gadis itu membawa novel bersama. Bila melihat novel pemberian luqman terus membunuh bahagianya.

“Kau suka baca novel ke?” soal TR. bunyinya macam dingin.

“Suka..Tengku suka?”

“Tak..buang masa membaca cerita dongeng” Zara menarik muka. Cerita dongeng? Teruk la TR ni.

“Mana ada. Kalau ada pun sikit je. Tapi cerita novel ada juga realitinya”

“Yeke? Cerita khayalan sesuai la untuk orang macam kau. Kuat berangan!”

“Kadang cerita khayalan buat kita bahagia bila cerita reality kita tak seindah yang kita harapkan” dia pandang wajah Zara.

“Meh saya lukis untuk tengku dalam buku ni” Zara mengambil buku kimia dari tangannya.  Dia hanya meliaht Zara yang tunduk melukis sesuatu. 
                                           

“Nah..untuk my prince” dia senyum dalam hati. Zara..aku bukan saja prince kau tetapi raja pemilik hati kau. 

Dia melihat wajah kartun seiras dengannya dengan muka yang serius tanpa senyuman.

“Zara..aku nak tanya kau. Kenapa kau suka berkawan dengan Luqman?” zara pantas menutup novelnya.

“Hah?”

“Aku just nak tahu. Nape kau suka kawan dengan Luqman?”

“Mmm..luqman baik sangat. Dia banyak tolong saya.”

“so..aku tak baik la?”

“Tak..bukan macam tu. Tengku pun baik juga Cuma kalau nak di compare dengan Luqman kurang sikit je” Zara tersengih. Pantas TR membaling bantal peluk pada gadis itu. zara mengelak.  Dasyat betul si tenkujuh ni. nasib baik tak di baling pasu bunga kat aku. Kalau tidak pecah kepala otak aku ni.

“Kau suka sakitkan hati aku kan?” sakit hati? Patutnya ayat itu sesuai untuk dia gunakan kepada TR. hatinya banyak terguris dengan kata-kata TR sebelum ni.

“Maafkan patik tuanku..” Zara tunduk sedikit tanda hormat pada tengkuujuh berdaulat.
TR mengjongket kening. Disenyum sinis. “Okay…aku nak tanya kau satu soalan lagi. Kalau dipilih antara aku dengan Luqman siapa yang akan kau pilih?”

Lama gadis itu memikirnya. Susah ke nak buat pilihan. Sah-sah aku la yang paling layak dipilihnya. Aku punya segalanya berbanding Luqman.

Zara meletakjari di dagunya sambil memikir jawapan apa yang patut diberikan untuk lelaki didepannya.  Kalau didepannya sekarang adalah Luqman. Dia tak kisah sangat!

“Cepat la..susah sangat ke nak pilih?” memang susah. Kalau aku kata Luqman, pasti aku derhaka dekat TR. Kalau aku pilih TR, pasti dia ingat  aku ‘syok’  admire kat dia. Tak mau la..

“Mmm..saya rasa, saya pilih Luqman kot.” Muka Tr terus berubah menjadi keruh.

“Apesal? Cuba kau bagi reason. Apa? Aku tak cukup hebat ke?” Tr tak puas hati. Dicerlung pandangan tajam pada gadis itu. Dia tak boleh terima jawapan gadis itu.

“Hurmm..Tengku dah ramai peminat dari Luqman, jadi saya pilih Luqman sebab…. kesian dia tak de peminat yang suka dia macam Tengku” TR kerut dahi. Jawapan yang tak munasabah. 

“kau ke sini jap” TR menggamit tangan menyuruhnya datang dekat dengan lelaki itu.

“Nape?”

“Sini lah..aku bukan nak makan kau. Tengok badan kau pun tak hingin aku..ini muka kau, naik meloya” dia telan liur. Tahulah dia tak secaantik Natasya. Sampai hati TR cakap macam tu.
Hatinya terguris.

“nape?” dia datang juga dekat dengan lelaki itu.

“Tengok muka aku betul-betul..kau tak berkenan ke?” Zara sudah garu pelipisnya. TR memangnya segak. Lelaki itu punya segalanya.

“Tengku kacak…saya memang suka tengok muka Tengku. Tapi kenapa?” TR angkat kening sambil mengangguk kepala mengiakan kata-kata Zara.

“Kalau aku kacak kenapa kau tak pilih aku?”
Hah? Dia nak suruh aku pilih dia jugak ke? tamak betul tengkujuh ni. cukuplah ramai pelajar perempuan kat sekolah itu meminatinya nak disuruh juga aku vote dia. Secara paksa pulak tu. It’s not fair!!!

“Rasanya..Luqman lebih manis dari Tengku”
TR terkejut. Matanya bulat memandang laman wajah yang menunjukkan tak bersalah dengan jawapanya.

“What? Apa yang buat Luqman boleh kalahkan aku?”

Zara mengangguk. Confirm! Dengan jawapannya. Padan muka TR berlagak sangat. Ingat semua orang suka kau. Ingat kau sorang yang segak. Ingat kau sorang yang hebat.

“Luqman segak dan manis dengan senyumannya, bila saya tengok dia tersenyum saya rasa bahagia sangat dan yakin untuk berkawan dengannya. Dia Nampak ikhlas” TR mencebik. Dengan senyuman je? Aku pun boleh.

TR ketawa. “ dengan senyuman aku kalah dengan Luqman?”

“Yela..tengku kede..”dia pantas tutup mulut. Takut derhaka pada si tengkujuh berdaulat.

“Kede? Apa maksud kau?” marah TR. buku kimia sudah diletak ditepi. Perbualan yang biasa tadi menjadi serius.

“Ma..maksud saya, Tengku kede..kedekut senyuman” mata TR sudah terjegil. Dia telan liur. Huh? sensitive betul la si tengkujuh ni.

“Kalau aku senyum boleh kalahkan lUqman? Kau suka tengok aku senyum ke?”

“Ye..sedap mata memandang.” Zara mengangguk laju. Lagaknya macam pesalah takut kena pancung.

“Aku tahu. Kalau aku senyum bersusun perempuan datang. Kan?” zara angguk lagi. Tapi dalam hati tidak mengiakan. Hipokritnya kau Zara!  Alah depan si tengkujuh ni je. Nak jaga hati orang sakit.

TR masih dengan senyuman egonya. Berlagaknya! Yakin benar diri tu segak. Ingat tengkujuh kalau kau miskin ‘papa kedana’ muka ‘hensem’ pun orang sebelah mata tak pandang! Wajah bukan ukuran dan wang ringgit tapi kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan!

“Kau suka aku kan?” ngaa..nape soal hati pulak yang disoalnya

“maksud Tengku?”

“Kau tak suka aku ke?”

Dia sudah garu pelipisnya.

“suka macam mana?”

“Macam perempuan suka lelaki. Bengap betui la kau ni” kepalanya ditujal jari TR. lelaki itu tersenyum. Seronok dapat menyakitkan hatinya. Zara mengetap bibir.

Suka macam perempuan suka lelaki? Macam minat artis lelaki ke? suka tengok muka diorang. Suka dengar suara diorang. Ambik tahu perihal diorang. Semua apa yang dipakai diaorang Nampak cantik dimata dan suka memandang tanpa jemu. Macam tu ke?

Zara mengangguk. “Suka”

TR mengukir senyuman. Pertama kali dia rasakan senyumannya ini ikhlas untuk si penerimanya sekarang.

“Kalau suka kau kena jadi milik aku. Apa yang aku tak suka kau jangan buat. Dan apa yang aku suka kau kena buat”

Pelik? Peribahasa apa yang diguna TR? bahasa gunung ledang ke? haila..pusing kepala aku malam ni. sakit si tengku ni tak lambat berjangkit pulak kat aku nampaknya…

“Jadi fans Tengku ke? boleh je..tapi takut berebut dengan fans tengku yang lain la” TR ketawa. Gadis ini selalu buat hidupnya ceria. Selalu buat hatinya ‘hidup’.

“Tak kisah la. Janji kau mesti pilih aku dari Luqman walau apa jua keadaan sekali pun. Faham?” kepadanya yang dilitupi tudung itu digosok TR. ngee…TR ni ingat aku ni kucing peliharaan ke?

“Zara..sudah pukul sebelas nak, tak nak tidur ke?” Mak leha sudah terjengul dimuka pintu yang tidak ditutup. Sengaja Zara tidak menutup pintu kamar tidur TR bila mereka berdua.

Zara tersenyum. “ Baik acik…”

“Masa berharga bagi aku bila bersama kau” perlahan saja ayat itu diucap TR. Zara cuba pandang wajah itu namun TR seolah-olah tidak melihatnya.

“Tengku..saya minta diri dulu. Selamat malam” Zara berjalan ke pintu kamar tidur. Sebaik saja Zara menutup pintu kamarnya. TR bingkas bangun. Dia berjalan kea rah cermin sebesar dirinya.

“Good night Zara..I will smile for  you every day.” TR cuba mengukir senyuman. Dilihat senyuman itu sikit demi sedikit semakin lebar. Dia menarik semula senyuman itu. kemudian dia mengukir senyuman dengan jarinya menarik hujung bibirnya supaya senyuman itu lebar. Macam ni ke Zara?

Dilihat dirinya dengan senyuman itu. manis? Kalau kau tahu Zara istilah manis tiada dalam hidup aku. Kau yang memberi ‘kemanisan’ dalam hidup aku Zara…

2 comments: