30/09/2012

Be mine! 19


                                     
Mula2 tada mood nk taip citer ni tgk citer to the beautiful u, tetiba tgk Minho senyum comei terus dpt idea hehhehe...sambil dgr lagu ost to the beautiful u by Sunny n Luna - its me..haila..kna penangan K-pop jgk . tapi FN besa2 jek lyn Kpop ne FN suma citer lyn..hehe hope korang masih suka lg baca citer BM (TR n Zara) ni

__________________________bab 19____________________________________




“Alah acik..tak nak ke sekolah lah” Zara masih lagi tercegat didepan cermin almari solek.Hisshhh..macam mana nak bagi hilang. Ditonyoh bibirnya lagi.

“Laa..budak ni lagi tonyoh lagi la membengkak”pantas tangan acik menampar tangannya.

“meh sini..acik sapu colgate mana tahu surut bengkaknya” jari acik sudah menyapu bibir atasnya dengan colgate. Ini semua nyamuk punya pasal. Dibagi kissing maut. Membengkak la bibir atasnya dah macam bibir Angielina Jolie. Tebal semacam.

“Kebas la rasa..” dia merungut. “acik..tak nak ke sekolah boleh?”

Belum sempat acik menjawab “ Mak Leha!!! Zara mana suruh dia cepat sikit”
Suara si Tengkujuh dah keluar perintah. Hoiya..nak buat macam mana, mahu tak mahu terpaksa dia digalas beg sekolah ke bahu.

“acik..zara pergi dulu”berat hatinya nak pergi sekolah dengan bibir tebal macam ni. ditutup mulutnya dengan sapu tangan sambil jalan menunduk.

“kenape dengan kau ni? asal tak pandang aku?” tegur TR bila dia  menyuakan kasut sekolah lelaki itu yang diambil dari rak kasut.

“tak da apa la..” cepat-cepat Zara melarikan wajahnya. Takut TR perasan dengan bibirnya. TR resah. Ada yang tak kena dengan Zara ke? sakit ke?

“Jap..aku nak tengok muka kau” pantas TR mencekup tangannya lalu ditarik sehingga tubuh gadis itu terdorong kedepan hampir dengannya  jarak dua inci.

“tak de apa-apa lah..mulut saya sakit” zara bergerak dua tapak kebelakang. Bahaya kalau acik ke pak Aziz ke yang tengok. Buat diaorang buat tafsiran sendiri..naya aku.

“Biar aku tengok..”belum sempat dia ingin melarikan diri. Tr terlebih dahulu menarik tangan kirinya yang menekup mulutnya dengan sapu tangan.

Ketawa TR terburai bila melihat bibirnya yang ‘seksi’ terlebih. “kau cucuk botox ek?”
Chaitt..nak jek di backhand wajah Tr yang kemerahan akibat ketawakannya. Acik terkocoh-kocoh datang kepada mereka. “ kenape Tengku?”

Acik tengok muka Zara yang menjuling mata ke atas. Muka bengang! Bila dirinya diketawakan. “Tengku dah tengok bibir Zara”

“yeke? Nyamuk yang gigit Tengku. Zara pun satu digaru la, tak puas ditonyoh la mau tak tebalnya bibir tu” benci…namun nyamuk yang gigitnya dah jadi arwah.

“Ooo..Inche nyamuk ler punya angkara.” Tr mengulum senyuman. Dikecil matanya cuba mengusik lagi.

“Dah la..acik orang pergi dulu yee..” Zapp…sepintas je darahnya berderauu..dipandang acik yang melopong. TR biar betul..bila dia jadi anak sedara acik aku? Bila acik aku ambik dia jadi anak sedara angkat?

Disalam acik yang masih tercengang. “zara..tengku ada telan ubat apa-apa ke semalam?”

“tak pun..” dia berlalu pergi bila TR melaung namanya menyuruh dia cepat datang ke  kereta. Sebaik sahaja dia membuka pintu kereta untuk TR sempat lelaki itu mendekat wajah kepadanya

“cemburu aku dengan nyamuk tu..dapat kissing percuma kat bibir kau”meremang bulu hidungnya  mendengar ayat romeo karat!

Ditelan liur tapi tak lepas. TR ni memang silap makan ubat. Tersilap ‘campak’ ayat romeo karat ni kat telinga 

aku. Salah telinga! Patut telinga Natasaya. Tapinya..yang kena gigit nyamuk bibirnya bukan bibir Natasya. Haila…

*************************************
Luqman masih lagi merenungnya. Dia telan liur. Jangan biar luqman juga ketawa macam TR. “cantik juga bibir tebal atas ye..” aiseh..komen yang tak membina semangat atau menyedap hati  tetapi sebaliknya  menyakitkan hati. Huhu..malu kat luqman.

Luqman tahan ketawa. “Awak tak letak minyak angin ke?”

“Tak..Cuma letak colgate.. saya ingat tak mahu ke sekolah hari ni tapi bila fikir balik kitakan dah nak exam mesti cikgu berusaha keras bagi kuiz dan latih tubi jawab soalan sekarang” ketawa Luqman terburai juga. Bila dia menarik sapu tangan dari bibirnya untuk bercakap.

“jangan la gelakkan saya” dia menjeling luqman. Sama jek dengan TR. luqman ketawa lagi. Bila melihat bibir Zara yang tebal bergerak-gerak bercakap itu ini tadi.

“Okay..saya tak gelak dah” Luqman stop ketawa. Dia tersenyum. Zara sekarang semakin rapat dengan TR. time rehat gadis itu bersama TR. hanya didalam kelas saja dia dapat bersama gadis itu. ini peluang dia untuk bergembira dengan Zara.

“Awak tahu tak yang Natasya sekarang dah break off dengan TR?” Zara mengeleng kepala. TR tak cakap apa pun. Sedih pun tak. Kalau berpisah mesti la TR itu sedih, makan tak lalu. Tapi dilihatnya hari demi hari semakin semangat je TR.

“Dia tak cakap apa-apa ke?”

“tak pun..awak tahu mana?”

“Kaizura budak kelas diorang beritahu” Zara mengangguk.

“Kaizura budak suka awak tu ek?”Luqman ketawa. Kemudian dia mengeleng kepala “Dia bukan suka saya, dia nak main-main je”

“Suka la..tiap-tiap hari tunggu awak depan kelas” balas Zara.

“Jealous ke?”

“Awak suka Kaizura ke?”

“Tak..dia bukan jenis perempuan yang saya suka. Lagipun kalau awak nak tahu Kaizura tu pernah bersaing dengan Natasya berebut TR majikan awak tu” Zara mengangguk. Tak kisah la Kaizura tu pesaing Natasaya. Kaizura tu pun tak kurang hebat.. anak bekas menteri. Walapun papa si Kaizura tu tak jadi menteri dah tapi syarikat dan ‘reta benda’ si family kaizura pasti cukup anak cucu tujuh keturunan merasa.

Kaizura pun cantik mahu taknya. Anak kacukan. Tapi dia tak ambil tahu darah kacukan apa yang dicampur dalam Kaizura sehingga cantik macam model mexico je.

“Hurmm…awak suka perempuan yang macam mana?”dipandang wajah luqman yang setia memandang wajahnya. Senyuman lelaki itu melirik..

“Kalau boleh macam awak?” ketawa lelaki itu terburai. Namun jawapan lelaki itu buat dia semput. Nak macam aku ke? nak aku? Dia tak pasti..haila…
***********************************
 Tr mengengam penumbuk. Sengaja dia lalu didepan kelas Zara. Dia terasa rindu pada gadis itu. namun rindunya disentap dengan pemandangan kurang enak..pada mata, hati dan semuanya. Dia benci melihat tawa itu.

Luqman..apa yang kau nak dari zara? Kau suka dia ke? jangan harap..zara milik aku! Kelas yang tiada kehadiran guru itu mengjadi hingar-bingar..

TR mengetuk pintu kelas itu. semua mata tertumpu ke arahnya. Terutama sekali perempuan. Ada yang berbisik sesame-sendiri..hairan selama ini Tr tidak pernah lalu ke kelas merka sekali pun berhenti didepan kelas mereka seperti sekarang.

“luqman Nur Hakim ada?” soalan TR itu dijawab sebahgian peminatnya.

“Ada..kejap..” beberapa orang gadis menawar diri memanggil Luqman. Ketawa luqman terhenti bila namanya dipanggil. Zara mengerut dahi. TR berada didepan kelasnya sekarang. Mahu apa?

“Jap Zara..majikan awak panggil. Ada masalah Negara kut?” luqman sudah bangun dari kerusi duduknya. Lelaki itu berdepan dengan TR. seolah-olah ingin beradu tenaga. Mata mereka seperti mengancam sesame mereka.

“Jumpa aku lepas sekolah dekat gelangang basketball..” Luqman mengangguk tanpa banyak soal. Dia tahu TR mahukan penjelasan sesuatu darinya. Dia kenal TR. lelaki itu bukan jenis bertindak jika tiada apa yang menganggu hidupnya.macam kes faraouk TR pernah sepak mulut farouk sampai pecah berdarah. Kerana farouk mencabar TR dan mengejek lelaki itu. dan dia pasti Tr mengancamnya juga bersebab. Dia pasti Zara Aulia penyebab TR mahu berjumpa dengannya.

p/s: kalu ada yg kurang ble komen FN sekurang2nya Fn dpt perbaiki penulisan FN ni..tq..


Be Mine! 18



Bab 18
                                    
Natasya melempar apa yang dicapai oleh tanganya. Biliknya bersepah dengan barang-barang yang dihempas, dicampak dan di buang semahunya. Seolah-olah dia cuba membuang sakit di hatinya.

Kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang kau pilih? Dia tak kisah kalau TR pilih gadis yang lebih hebat darinya. Ini tidak Zara? Oh no…ibarat TR cuba meletak dia di landasan keretaapi untuk digilis.

Semalam dia telefon TR. perlukan penjelasan bila dia semakin hari semakin resah dengan hubungan mereka yang tergantung.  TR beritahu hubungan mereka tamat! Titik! Noktah!

Dia tanya alas an. Adakah sebab Tr terpaut pada Zara namun TR hanya mendiamkan diri..
Dia mula syak bila  lelaki itu tak pernah contact dia sejak balik bercuti. Disekolah TR banyak menghabiskan diri dalam library.

Bila pulang lelaki itu lebih suka berjalan dengan si Zara. Bila time rehat TR juga banyak keluar dengan si Zara jugak. Ljo, MaxC dan Paan juga jarang bersama Tr sekarang. Dia lagi la..bertambah sakit hatinya bila Farouk mula memerlinya dengan apa yang dilihatnya.

“Hai..putera raja kau terpaut pada si dayang ke?” ditolak tubuh Farouk. Dia membentak. Berjalan  menoleh kebelakang menjeling Farouk yang tersengih dapat mengenakannya. Tanpa sedar, tubuhnya  bertembung dengan si Zara.

Kedebukkkk….

 “Aaauuucchhh..cisss persetan…buta ke?”ditengking gadis perampas hati TR. bertambah sakit hatinya melihat wajah innoncent yang cuba dibuat-buat Zara. Dia tahu zara pandai berlakon naïf..perempuan seperti tu memang pandai merampas milik orang. Dasar perempuan miskin!!!

“Maaf..awak taka pa-apa ke?” Zara tersenyum padanya. Dia meluat. Benci! Dilihat botol mineral yang berada ditangan gadis itu lalu dirampasnya. Dia membuka penutup botol itu kemudian menyimbah air ke muka si perampas itu. padan muka!

Puas hatinya. Namun hatinya tetap sakit dan bertambah sakit bila TR sendiri datang ke rumahnya. Ingatkan TR mahu mengajak keluar seperti selalu yang mereka buat. TR pegang bahunya.

“listen to me…I nak you faham apa yang akan I katakan” Natasya menolak tangan TR. kemudian dia buat-buat ketawa. Dia sudah menjangkakan apa yang ingin dikatakan TR. dia takut untuk mendengarnya.

“I letih.. I nak masuk rumah..” namun dihalang TR. Natasya tak mahu dengar. Dia takut sebarang kemungkinan.

“you kena dengar. Hubungan kita tamat. I dengan you hanya kawan,Stop! Setakat itu saje dan I tak nak you libatkan Zara dalam hal kita. I tahu you cuba serang Zara. You simbah air kat muka dia. I boleh maafkan. Kalau you cuba buat lagi..” pandang TR mengancamnya

“I tak kan teragak-agakk buat sesuatu yang menyakitkan hati you..”Natasya telan liur. TR tak pernah bersikap begini padanya. Dan TR tak pernah bela dia bila farouk cuba mengusiknya.

Adakah Zara begitu istimewa buat lelaki itu? Hati Natsya bertambah sakit…sakit dan sakit..
Natasya pegang dadanya. Diurut dadanya. Sakit!!!! Dia kehilangan TR. lelaki itu dipujanya. Semua kawan-kawanya cemburu bila tahu hubungannya dengan TR sebagai kekasih. Bertambah bangga lagi Kaizura, pesaing utamanya menghentak kaki bila melihat dia berjalan dengan TR kemana saja mereka pergi.

Namun dia tidak boleh terima bukan Kaizura atau sesiapa anak YB, Tan Sri, atau kerabat. Tetapi Zara, gadis itu hanya maid dirumah TR. anak yatim piatu juga yang dipilih TR. Yuran pengajian pun ditanggung aunty Maisara.

HAaaa…baru dia teringat, aunty Maisara cukup berkenan denganya. Aunty Maisara juga rakan bisness dengan papa. Kenapa dia tak cuba guna peluang ini…
********************************************
 
“ Ini la peluang I untuk cuba yakinkan Fael, bantu Fael” Tengku Maisara melabuh punggungnya ke sofa yang terletak disudut bilik officenya.

“I rasa ni bukan caranya Sara”balas fauzi. Dia tak suka Tengku Maisara menyibuk hal Rafael.

“Kenape pulak? Bila I cadangkan Fael tentang natasya untuk sambung belajar ke oversea bersama, I yakin Fael pasti suka. You tahu kan pilihan fael memang tepat.” Tengku Maisara tersenyum puas.

“You kenalkan Tan Sri Nazman? Berapa tender berbilion ringgit yang dia dapat? Natasya anak dia. Pasti gadis itu sehebat papanya kan? Fael memang pandai memiilih.” Fauzi mengeleng kepala. Sara..sudah tersilap percaturan. Bukan Natasya yang Fael suka..

“You nak fael kahwin disebabkan tender baru yang you cuba dapatkan tu ke?”

“Of course not..buat apa I nak paksa Fael kahwin? Tetapi itu pilihan Fael, dia suka Natasya dan Natasya anak Tan Sri Nazman. Memang kena gayanya la..” ketawa Tengku Maisra.

 “I tak setuju. You nak tunangkan Fael dengan Natasya sebelum dioarang sambung belajar? I membantah!”

“sejak bila you jadi pembangkang I ?  you selalu sokong I . okay pe cadangan I” Tengku Mairasa mencebik. Dijeling wajah fauzi.

“Sara…nanti dulu, biar I uruskan soal hati Fael. Kalaupun you nak cadangankan apa-apa I rasa biar Fael habis exam dulu” Fauzi tersenyum memandannga. Cuba memujuk hatinya.

“You nak urus apa? Kita dah tahu Fael suka kan Natasya”

“Nanti dulu..please biar I uruskan anak sedara you. Fael pun macam anak sedara I juga” Fauzi mengusap lembut bahunya. Cuba memujuk lagi.

“Okay..fine. kali ni you menang” Tengku Maisara akhirnya tersenyum. Mana boleh dia membiar rajuknya lama. Fauzi kekasih hatinya. Lelaki tak pernah jemu menunggu cintanya. Lelaki itu juga setia disisinya. Tanpa merungut. Lelaki itu setia dengan senyuman dan pujukkan yang lembut mendamai hatinya dikala resah.

+_+ dpt jgk idea nk continue bab 18..haila..papun tq 4 ur support..sbb korang suka baca FN suka jek nk cepat2 wat citter ni smpai abis..InsyaAllah..kimchi.( tersengih)

26/09/2012

Be Mine! 17



Bab 17

Kakinya memanjat anak tangga untuk ke tingkat tiga rumah agam itu. tingkat atas sekali ada ruang tamu privacy untuk tuan rumah bersantai dengan set sofa serta hometheater. Disebelah ruang tamu ada balkoni yang luas untuk pemandangan. Disitu TR duduk diatas buaian kerusi rotan. Dihayun perlahan-lahan buaian itu sambil pandangannya menghala ke dada langit gelap.yang disinari cahaya kelipan bintang. Indahnya!

“Ehemm..ehemm..tengok bintang ke?”disapa TR yang asyik memandang dada langit itu. dia jugak mendongak sama selepas meletak segelas susu di atas meja kopi tepi balkoni itu.

“hurmm..cantik” ucap Tr sambil tersenyum. Zara melirik pandangan kearah TR. lelaki itu masih setia memandang bintang. Lama dia membiar pandangan ke paras arjuna itu.

TR dah lain sekarang. Lelaki itu tahu menikmati hidup. Lelaki itu sudah pandai senyum dan ketawa. Renungan mata lelaki itu juga kini lembut dan mendamaikan hati. Haila…aku ni dah tersangkut kat TR ke? jangan…TR milik Natasya. Tapi tak salahkan kalau minat? Suka melihat? Memandang tanpa jemu dan ambil tahu perihalnya.

“Kat muka aku ada bintang ke?” dia terkejut. Baru dia sedar pandangannya kini bertembung dengan pandangan TR.

TR tersenyum memandangannya. Rahang bawah jatuh tak sempat nak sambut. Huh! kusss..semangat. cepat-cepat dilari pandanngannya kea rah lain.

“Aku suka kau tengok aku macam tadi. Jangan jemu pandang aku” dia berpaling kea rah lain namun matanya dijeling TR. larat ke aku nak tengok dia 24 jam.

“Eh..eh..tak..saya kan fan Tengku. Tengku tak marahkan?”

“Tak..kalau boleh aku nak kau pandang aku jek jangan pandang lelaki lain termasuk Luqman” hoiya..ni kes apa ek? Cemburu ke? atau dera fizikal dan mental sebab aku cakap suka Luqman dari dia? Ada ke nak aku tengok dia je? Mau juling mata aku…tengok kanan TR, tengok kiri TR, atas bawah TR..last..buta sebab tengok TR je..

“Yee..okay, tapi saya tak boleh janji. Sebab mata ni memang kena tengok orang lain dari Tengku sebab saya ber ‘hidup’ dengan orang bukan dengan Tengku sorang” TR ketawa. Pantas tangannya menarik pergelangan tangan Zara.

“Duduk sini..” TR bangun dari buaian. Ditekan bahu zara supaya duduk atas buaian rotan itu. kemudian dia duduk bersila dibawah.  TR mengambil gelas lalu diteguk susu beberapa kali. Dia menyuruh Zara menghantar segelas susu ke tingkat atas, saja nak ada privacy antara dia dan Zara. Dia suka dengan keadaan sekarang. Dia dan Zara. Menghayati keindahan bintang yang menyeri langit malam. Indahnya!

“Kau tahu Zara, kenapa aku tak pernah celebrate birthday aku?”dipandang wajah Zara. Gadis itu hanya mengeleng kepala.

“Kerana hari lahir aku adalah hari kematian mummy dan daddy aku. Hari itu aku tunggu kepulangan mereka. Hari itu juga aku menanti penuh debaran kerana mereka tak pernah pulang lewat ke rumah .” TR tunduk. Menahan rasa. Pemergian kedua ibubapanya membuatkan hidupnya kosong. Tiada kasih sayang, peluk cium dan usapan mesra seorang ibu. Aunty maisara yang cuba mengambil tempat itu namun ia tetap kosong.

“Bila kau datang ke rumah ini, aku rasa kau macam nak ubah cara hidup aku yang aku sudah selesa dengannya. Iaitu kesunyian. Kau buat hati aku resah, cemas, rindu dan bahagia.” Senyum TR.
Zara hanya memandang diam. Apa yang cuba disampaikan TR. dia cuba ingin mengerti namun sukar. 

“Maafkan saya kalau Tengku terasa dengan apa yang saya buat semalam. Saya Cuma nak sambut hari lahir Tengku, saya tak tahu yan…”

“Aku tak kisah. Aku suka bila kau hadir dalam hidup aku dan…”pandangan TR lembut menyapu wajahnya. 

“Kali ni hari lahir aku penuh bermakna..aku bersyukur sangat kerana dilahirkan sebagai Tengku Rafael kalau tidak tentu aku tak berjumpa dengan kau kan?”

“Hah?”

“Hah? Hah ape? Cakap la terima kasih Tengku” TR ketawa seolah mengejek caranya yang selalu mengucap terima kasih.

“Kenapa terima kasih pulak?” TR memengang buaian kemudian tunduk mengadap wajahnya. Dekat!

“Sebab aku benarkan kau hidup dalam dunia aku” senyuman TR jongket sebelah. Haiseh..mengoda jek 
gayanya. Zara berpaling sambil mengurut dadanya yang mahu meletup.

“Kau tertarik dengan aku ke?” soalan TR membuatkan dia  mahu terjun dari buaian itu.

“Sa..saya kan Fan tengku, tak salahkan kalau tertarik” huh! lepas jugak ayat  nak ‘cover line’
Tr ketawa. Tangan lelaki itu mengosok kepalanya yang bertudung. Dah macam jadi habit dia gosok kepala aku. Ingat aku kucing peliharaan dia ke?

“Zara..spm nanti kau mesti buat yang terbaik” nasib baik TR ubah topic pelajaran. Sekurangnya topic ni buat hatinya kembali tenang.

“InsyaAllah..” dia senyum.

“Kau jangan lupa setuju bila aunty aku tanya kau tentang  continue study sama dengan aku tau?”

“Hah?”

“Hai..kau ni selalu buat bengap. Meh aku bagi kau cepat pick up sikit” sekali lagi wajah TR hamper dengan wajahnya. Cepat-cepat dipejam matanya. Takut apa yang bakal terjadi.

Tuk! Satu ketukkan hinggap didahinya. “Adusss..” tangannya mengusap dahinya yang terasa sakit.
TR ketawa. “Haa..dah berjalan sikit otak kau”

Chaittt..kes naya je aku hidup dengan lelaki ini. Ada ke di lekuk dahi aku. Dia ingat aku ni ape? Pahat ke sekali ketuk baru nak jalan.

“Dah..tengku. saya bukan apa. Cuba tengku bagitau dengan jelas dan terperinci sikit. Ini tidak terus terjah je. Pasal continue study tu, aunty setuju ke? bukan apa yuran pengajian saya kat sini pun dia tanggung ingat lepas spm saya nak cari kerja dulu nak bayar balik duit aunty” Tr senyum. Zara kini sudah pandai mengantikan panggilan Puan kepada aunty.

“kau suka ke aunty Maisara jadi aunty kau?” tengok tu..ayat putar belit lagi. Haila..mau otak aku tak bengap dengan ayat-ayat gunung ledang dia.

“Suka la..Puan kan baik nape?”

“Baiklah..nanti aku akan tunaikan hasrat kau tu” TR tayang gigi. Kacaknya lelaki ni kalau dia senyum dengan menampakkan barisan gigi putih yang tersusun rapi. Kalau colgate nak borrow dia jadi model iklan gigi sah laku ni. boleh jual…

“Spm ni tengku ambik bape subjek?”

“Hurmm..sepuluh, aku ambil subjek tambahan akaun. Aunty nak sangat aku ganti tempat dia. Kalau apply nanti pun dia nak aku ambik bisness study. Kau?”

“Sama la sepuluh..tapi saya ambil seni visual. Impian saya nak jadi designer terkenal. Saya nak buka kedai sendiri. Tengku?”

Tr memandangnya lama… “Entah…aku tak pernah terfikir pun..selama ni pun tak da orang  nak tanya aku nak jadi apa? Apa impian aku?”

“Jadinya..tengku tak da impian la?”

“Ada..lepas kau tanya aku”

“apedia?” kening terjongket. Haila..TR malam ni banyak berkongsi rahsia dan rasa…

“Aku nak jadi TR yang Berjaya..berjaya memiliki ape yang aku impikan baik pelajaran, kerjaya dan cinta” TR tayang gigi lagi. Aiseh..lelaki ni sekarang dah pandai senyum luas-luas…

“Itu impian Tengku?”

“Nape?”

“Tak da la..kekadang apa yang kita impiankan tak semua jadi milik kita, doa dan tawakal kepada Nya  semoga kita akan dapat apa yang diimpikan..”

“Doa, tawakal?”

“Dan berusaha..” dia pulak tayang gigi.

“Aku akn berusaha…doa? Tawakal?” perkataan itu menjadi persoalan bagi TR.

“Kenapa?” TR mula resah. Bagaimana dia nak berdoa solat lima waktu pun tak penah?. Bagaimana nak bertawakal sedangkan dia yakin dengan diri sendiri tanpa mengharap apa-apa dari sesiapa?

“Tak..tak pe, aku akan cuba doa dan tawakal”buaian dihayun perlahan-lahan oleh TR. dipandang paras itu. tetiba bunyi handphone TR kedengaran

Tr menjawab panggilan itu. dia cuba senyum bila TR memandangnya. Lelaki itu kemudian berjalan kea rah lain. Seolah cuba lari darinya. Mungkin TR takut dia dengar perbualan lelaki itu. Mungkin si pemanggil itu Natasya.

p/s : Trimasssss....sudi meluangkan masa kalian tuk baca citer di blog ni...