23/09/2012

Be Mine! 16



 salam...tq support FN dgn baca citer ni and komen....hepi sgt korang sudi baca blog xsberapa ni +_+

___________________________________________________


Bab 16

Akhirnya trial exam sudah lepas. Zara melepas keluhan. Sekejap je masa berlalu. Lepas ni masuk bulan puasa, raya lepas tu pulak real exam spm. Takutnya…

Dia menyudah kerja menyidai baju diampaian. Disamping itu dia menyanyi lagu penyanyi favouritenya Jamal Abdillah, bukan apa penyanyi itu juga favourite mak dan ayah…lagu yang menjadi kenangan ‘di sudut kamar hati ku’ dah bagai menjadi lagunya sendiri bole hafal lirik

Resah hati ku merindui mu

Terbayang-bayang

Renung senyum dan tawa mu

Baru semlam rasa bagai setahun

Pemergian mu tak tertanggung

Indah suasana kita bersama

Siang dan malam seolah di alam syurga

Cinta mu itu cinta yang setulus jiwa

Dimana kan ku cari gantinya…..

“ehem..ehemm.. rasanya kain kat ampaian tu tak sempat kering kut?” TR berdiri betul-betul depan ampaian. 
Tersentap jantung bila kain yang baru disidainya terus Nampak muka TR.

“Zara..jap lagi buatkan jus oren kat aku”

“Okey..” Zara sudah menghilang dari ampaian. Lagu apa la yang dinyanyinya tak pernah dengar pun. TR geleng kepala sambil tersenyum bila terngiang-ngiang suara Zara menyanyi lagu tadi.

“Tengku ni jus oren” gelas jus oren disua pada lelaki itu.

“jom..duduk lepak dengan aku kat gazebo tu” dia mengangguk. Kemudia diikut langkah lelaki itu kea rah gazebo yang terletak disudut taman mini buatan manusia itu.

“Macam mana exam, kau boleh buat?”

“Hurmm..boleh kut?”

“Apa kut-kut?” kau suka tak yakin dengan diri kau. Lepas exam ni aku nak ajak kau keluar”

“Exam? Real exam ni?”

“Ye..celebrate habis exam”

“Dengan natasya?”

“Tak kita berdua” zara menjeling lelaki itu yang sedang meneguk jus oren. Kemudian dia tersenyum.

“Kita berdua je?”

“Nape? Kau nak aku ajak Natasya sekali ke?” cepat-cepat digeleng kepalanya. Bukan apa rimas dia bila barbies doll itu depan mata. Mengada-ngaga sikit. Cantik tu okay dah tapi time ada TR terus penyakit ‘ngada-ngada’ dia tak boleh nak control.

“Aku dah beritahu aunty lepas dapat result spm. Kau dan aku, kita continue study kat UK lagipun family sebelah papa aku ada kat sana. Okay tak?” ngaa..TR Cuma tanya okey tak? Bila dia discuss dengan aku mintak permission nak pergi study kat sana. TR ni suka buat kerja sendiri.

“Aunty tak kisah ke?” TR tersenyum

“Sejak bila aunty aku jadi aunty kau?”

“Eh..eh..Puan..sorry”di pegang belakang kepalanya. Malu pulak bila tersasul tadi.

“Tak..syarat kau jadi maid aku kat sana. Aunty support yuran semua. Kau kena jaga aku sampai bila-bila” hush…azab je bunyinya.

“tak nak la..universiti tempatan banyak”

“tak boleh..kau dah setuju” bila masa pulak aku setuju. Mabuk kea pa TR ni? aku tak pernah buat perjanjian hitam putih pun.

“Tak kira..kau dah jadi milik aku kau kena ikut aku continue study kat sana. Faham!”
Toya..nak aku ketuk kepala tu biar betul-betul sewel. Suka je main redah. Bila aku milik dia?

“Kau dan aku sama Zara kita anak yatim, kita saling memerlukan so aku nak kau pegang aku dan aku janji aku akan pegang kau sampai bila-bila” pening..pening…apa yang cuba nak sampai TR? dia tak faham.
TR tersenyum. Digosok kepala bertudung itu. “sekarang mesti kau tak faham lepas kita keluar nanti kau akan lebih faham”

“Tengku..kenapa mesti lepas kita keluar nanti?”

“Adalah…”  dikenyit mata kemudian lelaki itu berlalu pergi meninggalkan dengan perbagai soalan.

“Zara!!! Tutup mulut nanti lalat masuk” ngap! Terus ditutup mulutnya yang melopong tadi. TR sudah hilang dari pandangan matanya.

*************************************
“Hari ni hari lahir Tengku” ujar acik sambil menyimpan pingan ke rak setelah dikerngkan. Dia tanya acik bila kotak pos laju untuk TR ada tulis happy birthday diterima dari posmen tadi.  Dia pasti itu hadiah dari Tengku Maisara.

“Yeke? Nape tak buat majlis ke kenduri doa selamat ke?”

“Memang tak pernah buat”

“Puan tak balik ke sambut birthday Tengku?”

“Tengku tak pernah sambut hari lahir dia sepanjang dia tinggal disini dari umur sepuluh tahun seingat acik la”

“yeke? Nape?”

“entah..mungkin, dia tak ramai kawan.”

“Oo..tak pe la acik Zara masuk bilik dulu” acik mengangguk. Zara melabuh punggung ke kerusi depan meja studynya. Hari lahir TR. apa yang aku boleh bagi?

“haa..” Zara petik jari bila tiba-tiba idea datang. Dia menyelongkar almarinya. Diambil T-shirt putih yang masih dalam plastic. Baju t-shirt tu dibelikan time sekolah buat hari keluarga. Kwan-kawan lama dulu kata nak buat kenangan-kenangan beli t-shirt kosong kemudian drawing atasnya.

Namun tak kesampaian sebab mak meninggal. Dia pulak terpaksa ditukar sekolah kerana mengikut acik tinggal di sini.

Dia mengeluarkan barang-barang yang diperlukan untuk drawing. Cat-cat yang selalu dia guna time seni disekolah. Bila ada mural untul kebajikan sekolah dibuatnya.
****************************************************

Lewat pukul 11 baru TR mengoyak kotak berbalut itu yang diterimanya petang tadi.  Tr membuka kotak hitam itu. jam brand Michael Kors MK8115  diambilnya lalu dipakai ke pergelangan tangannya. Kemudian diambil telefon lalu ditekan nama aunty.

 
“Hello sayang, happy birthday”

“Thanks aunty..”

“Dah dapat hadiah?”

“Dah..”dibelek jam tu

“macam mana?”

“Great!!”

“uncle fauzi yang pilih”

“Kirim salam kat uncle say thank you kat dia”

“Okay..aunty kena fly ke Singapore, next time aunty telefon”

“See you soon..miss you” talian dimatikan. Aunty Maisara tak pernah lupa birthdaynya namun dia saja yang suka buat-buat lupa birthdaynya.

Ada kenangan yang sukar dilupanya biarpun lapan tahun sudah berlalu. Dia menunggu kepulangan orang tersayang untuk celebrate birthdaynya namun hnya jasad tak bernyawa saja yang sampai. Tanpa ucapan 

“Happy birthday FAel..daddy and mummy sayang FAel..”

Tiada kucupan di dahi dan pipi. Tiada usapan dan pelukan. Jasad itu kaku. Dia cuba terima hakikat itu namun bila tiba hari lahirnya kenangan itu tetap jua datang tanpa dipinta.
TUk..TUK..Tuk..daun pntu biliknya diketuk “ siapa?”

“Saya ni Zara..”

“Masuk..”dibuka pintu. Wajah itu tersenyum memandanganya. “Ada apa?”

“Happy birthday to you…happy birthday to you…happy birthday..happy birthday..happy birthday to you” Zara membawa sepotong kek siap dengan lilin sebatang.

“Tiup la..” dia menurut saja. Dia terkejut dengan apa yang dibuat Zara sekarang

“KAu ambil mana kek?”

“Order kat Pak Aziz..tak da yang besar. Kedai tutup. Dah lewat jadinya sepotong kek saje tapi tak pe kan Tengku sorang je nak makan”

“aku tak suka manis” dia sebenarnya terharu. Zara tahu hari lahirnya.

“rasa la sikit” zara sudah menyua hirisan kek ke mulutnya. Mahu tak mahu terpaksa ditelannya.
Dia mengambil baki hirisan itu lalu sua pulak ke mulut Zara namun belum sempat gadis itu membuka dia suka menenyeh ke muka gadis itu. Zara terjerit kecil. Habis aising kek melekat dihidung dan pipinya.

TR ketawa. “ meh aku lap kan”

Dia menyapu wajah itu tanpa disuruh. Zara terkejut bila tangan lelaki itu mengusap pipinya dan hidungnya. 

Jantungnya berdegup di luar normal..macam dia buat senam aerobic jek.

Dia menjarak diri dari lelaki itu. dia duduk di sofa sambil menunduk pandangannya. TR serba salah melihat 
Zara cuba mengelak diri darinya.

“Saya tak boleh duduk lama. Nanti acik kata apa pulak. Ini hadiah untuk tengku” disua hadiah yang dibungkus dengan pembalut hadiah.

“Thanks..” hah..Tr ucap terima kasih. Jarang lelaki itu nak ucap terima kasih.

“saya turun dulu..”

“Zara…terima kasih” sekali lagi ucapan terima kasih diucap lelaki berlagak itu. TR yang dikenalinya kini mulai disukainya.

TR mengoyak bungkusan hadiah itu. T-shirt putih  lukisan pelangi dan bintang juga tulisan tangan bercorak ‘ceriakan siang mu dengan warna pelangi dan malam mu dengan cahaya bintang’
                 

Tr tersenyum. Dibuka t-shirt polonya lalu sarung t-shirt itu ke tubuhnya. Pasti Zara menyiapnya petang tadi.  Bibir tak lekang dengan senyuman. Dipegang T-shirt yang membalut tubuhnya. Terima kasih zara..untuk pelangi dan bintang ini..

18/09/2012

Be Mine! 15



Bab 15
Wajah TR berubah. Dari yang ceria terus mendung bagai hari mau hujan ribut taufan. Persoalan bermain dimindanya. Kenapa aunty maisara mengajak Natasya join sekali dalam percutian mereka. Kenapa Zara dan Mak Leha tak ikut sekali seperti yang dirancang? Mana aunty tahu dia berkawan dengan Natasya?

Dia terkejut tetiba Natasya datang ke vila mereka dengan bagasi, katanya aunty jemputnya holiday bersama. Macam mana aunty kenal natasya? Dan lebih membuatkan dia bengang Zara tak jadi ikut.
Sepnjang perjalanan ke Langkawi Tr tak banyak cakap. Tengku Maisara masih lagi memerhati gelagat anak sedaranya yang duduk ditempat penumpang selang satu baris kerusi dari tempat duduknya dan Fauzi. Dia hanya melihat Natasya yang sibuk bertanya itu dan ini pada Fael namun tidak diendahkan anak sedaranya itu.

“Asal leher you dah macam zirafah je?” tegur Fauzi

“You tak Nampak ke fael. Dia macam tak happy je? Sakit lagi ke?”

“happy?  Macam mana dia nak happy, you buat surprise kat dia. Kalau I terkejut beruk” mengekek ketawa fauzi.

“I just nak happy kan dia. You pun kata Fael dilamun cinta sekarang I dah tahu dengan siapa dia bercinta. I tumpang gembira so you juga kata I patut support dia dari belakang”

“Sara..ini bukan support tapi busybody okay..” Fauzi menghempas belakangnya ke kerusi semula. Tangannya diletak atas dahi. Satu keluhan dilepaskan. Maisara masih lagi belum memahami Rafael.

“busybody? Oh God! You ingat I ni suka-suka nak menyibuk hal Fael. I just nak yang terbaik untuk dia” dipandang wajah fauzi yang memejam mata seolah-olah tidak mendengar apa yang dikatakannya.

“Ssshhh..sara kita dalam flight ni..”

“Fine..sampai nanti kita discuss lain” Fauzi mengangguk.
Selesai mengambil beg dan bagasi. Mereka berempat mengambil teksi untuk ke hotel. 

                       
“FAel..hari ni kita rest dulu esok pagi kita pergi cable car kat gunung matchinchang, underwater world..scuba and banyak lagi.” terang Tengku Maisara excited. TR mengangguk sambil mengjeling.

“I check in bilik dulu…” Fauzi membisik ke telingannya. Dia mengangguk.

“Fael..why? tak happy ke?” soalnya lagi.

“tasya okey ke?” Soalannya beralih kearah Natasya bila soalan pertama tadi tidak dijawab TR .Natasya menghampiri dua beranak itu.

“Aunty..Tasya happy sangat walaupun holiday kat malaysia je sebab  holiday kali ni  ada Fael…kan?” Natasya meraih lengan TR. namun dielak TR membuatkan Natsya tersentap. Matanya terbuntang memandang paras Tr yang tegang. Tengku Maisara hanya memnadang diam.,

“Okay guys..Sara you dengan Natasya bilik P4-103, I dengan Fael sebelah bilik korang okay..”  mereka terus melangkah ke lif untuk ke bilik merehatkan badan.

Sampai di bilik TR terus menghempas tubuhnya ke katil. Hatinya sakit hati dengan aunty Sara. Dia benci dengan semua yang dirancang aunty seolah-olah mempermainkan dia. 

                       

“Fael..siapa perempuan tu?”

“Siapa? Kan uncle kenal dia Natasya..” fauzi duduk dibirai katil. Tersengih melihat gelagat anak muda itu. jiwa muda itu pasti memberontak jika ada yang tidak kena.

“No..perempuan dalam tu” Fauzi menunjuk kea rah dada TR. 

“Uncle?..macam mana uncle tahu?”Tr bingkas bangun. Dipandang wajah uncle Fauzi yang masih tersenyum memandangnya. Kening lelaki itu mengangkat inginkan jawapan.

“Well..uncle dah lama makan garam dalam soal hati ni. kalau tidak aunty kau tak sanggup tinggal uncle.

“uncle pernh bercinta muda? Maksud Fael zaman persekolahan” Fauzi mengangguk sambil tersengih

“Perasaan jiwa muda lebih manis ..uncle berani kan diri berterus terang dengan dia dan kalau dia menolak taka pa sekurang-kurangnya kita mencuba dari kita menhan sehingga sakit kan?”Tr terbatuk kecil. Rasa terpukul dengan kata uncle Fauzi.

“Dia terima uncle tak?”

“Of course la..uncle kan gentleman.”

“sekarang dia kat mana?”

 “Dekat dengan kita, sebelah bilik kita je”

“Aunty Miasara?” Tr ketawa.. “Lamanya uncle tunggu aunty..”

“kalau kita ikhlas mencintai lama mana pun kita sanggup menunggu” Tr mengangguk. Dia setuju. Tapi dia takut untuk mencuba. Bagaimana Zara menolak.  katakan zara suka kan luqman. Kecewa hatinya. Dia tak suka hatinya dikecewa.

“uncle..boleh uncle rahsiakan dari aunty. Fael rasa bukan masanya lagi untuk aunty tahu”

“Okey..” TR menghempas semula tubuhnya ke tilam.

 Pemandangan dari cable car sangat cantik. Tengku Maisara mengambil beberapa keeping gambar. Kemudian dia beralih kearah pasangan muda duduk bertentangan dengannya dan Fauzi.
 
“fael..Tasya senyum..”dia ingin mengambil gambar pasangan muda itu. TR masih dengan muka tegangnya.

“Peace aunty..”Natasya memeluk tubuh TR namun TR menolak lembut tangan yang melingkari pingangnya.

“Fauzi you take pulak pic I dengan  diorang pulak” 

 

“Okay..” Fauzi menekan punat snap bebrapa kali. Dia tersenyum. Melihat wajah TR dari lensa kamera ini pun dia tau yang TR tidak gembira dengan percutian ini.

Turun dari cabel car. Mereka berjalan-jalan ke kedai cenderahati. TR berjalan sambil memeluk tubuhnya. Djeling Natasya yang sibuk memilih beberapa souvenir.

“I tak beberap suka sangat beli souvenir bila holiday kat Malaysia ni” ujar Natasya. Tangan gadis itu meletak semula rantai cengkerang. Dilihat wajah TR dari kelmarin sehingga ke hari tak ceria.

“You kenape? Tak happy je sepanjang berjalan dengan I ?” soalnya tak puas hati
Mulut natsya sudah mencebik. Keluhan berat dilepaskan “I ingat lepas holiday ni I nak discuss dengan you semula hal tentang kita”

TR pandang wajah itu. “discuss hal kita? Why?”

“You macamdah boring dengan I ? you dah ada orang lain ke?”

“You rasa?”

“I rasa you ada someone..Zara ke?” terus soalan itu menyentap jantungnya

“tak lah..buat apa I nak suka dekat maid I sendiri” dia cuba menafikan biar perasaaan hatinya pada Zara menjadi rahsia dulu.

“Yeke?” Tr mengangguk. Dia mahu lepas exam spm baru cerita cintanya terhadap Zara menjadi kenyataan. Sekarang biarlah ia kabur dahulu.

“Tasya..meh tolong aunty pilih dress ni jap” tengku Maisara mengamit. Natsya berlalu pergi ke kedai sebelah yang menjual pakaian. Perbincangan itu tergendala. Huh! dia tersa lega bila natasya tidak menekannya dengan soalan yang menyesak nafasnya.

“Tak nak beli ole-ole untuk si dia ke?” uncle Fauzi datang sambil menunjuk rantai cengkerang didepannya.

“Dia suka ke?” Fauzi tergelak

“Fael…Fael..perempua ni suka apa saja yang orang bagi dia akan terharu.”ditepuk bahu TR

“Eeh..eh..Sara I rasa biru tak sesuai dengan you..” uncle fauzi meninggalkannya pergi ke kedai sebelah bila melihat aunty Maisara berpusing ke kiri dan kanan menayang dress yang dipakainya.
Tangan TR mula membelek rantai  dari cengkerang itu. “ Sir..you nak tulis nama pun boleh”

“Oh..yeke?” dia membalas senyuman gadis itu.

“Saya pilih yang ini la..”dia memberi rantai yang berloketkan bintang

“nak tulis apa-apa?”

“RZ” dia senyum bila huruf itu disebutnya. R aka Rafael dan Z aka Zara until forever…
Selesai membuat bayaran. Bungkusan kertas itu disimpan dalam beg sandangnya.Tr melangkah pergi ke kedai yang dikunjungi Aunty, uncle fauzi dan Natasya.

“Fael..aunty ingat nak beli kain batik kat mak leha, baju dress ni kat zara cantik tak?” Tr tersenyum bila melihat dress yang ditayang depannya.

“warna merah lebih cantik” dia memberi komen. Fauzi hanya memandang dalam diam. 

“Zara suka merah ke?” aunty Maisara menyoalnya

“Tak Tahu..tapi bagi Fael Zara sesuai warna merah.”Fael memengang dagu cuba membayangan Zara memakai dress labuh itu. cantik!

“Eh..fael tak beli apa ke?” soal aunty bila melihat tanganya kosong tanpa ole-ole.

“belilah kat Mak leha, Zara dan pak aziz. Yang aunty beli ni dari pihak aunty, dari pihak Fael belikan sendiri baru Nampak fael hargai diorang.”

TR mengangguk sambil tersenyum. Dicubit pipi aunty Miasara “Yes madam!!”

TR berlalu pergi ke kedai bertentangan kedai pakaian itu.

“I tengok Fael dah happy semula” Tengku Maisara tersenyum. Mungkin Fael tak sihat sebab tu dia buat perangai sikit.

“Hurmm..dia happy sebab dalam hatinya ad ataman” Fauzi membisik ke telinganya. Tengku MAisara memnadang dengan pandangan hairan

 “Kat parent I you beli apa?” cepat-cepat fauzi mengubah topic.

“you tengok la nanti..”

“I pulak?”

“You I beli kan ini” topi yang berada dikepala patung itu dicapainya lalu diletak atas kepala fauzi. 

“handsomenya..”

“Kalau handsome jom kahwin”ditarik tangan Tengku Maisara namun ditarik semula tengku Maisara.

“later..”fauzi terdiam

Kepulangan TR dan tengku Maisara disambut gembira. Mak leha mengambil beg-beg dari bonet kereta lalu dibawa masuk ke dalam rumah.

“Mak leha apakahbar?” soal tengku Maisara.

“baik Puan..” mak leha menyambut beg-beg plastic dari tangan Tengku Maisara.

“Itu coklat dan sotong kering” Mak leha mengangguk.

TR masuk ke dalam rumah lalu dia terus ruang tamu kemudian dia melabuh punggungnya diatas sofa. “Zara mana Mak leha?”

“Tengah solat Insyak” kemudian tak lama beberapa minit Zara datang dengan senyuman.

“Puan..Tengku..selamat pulang” mata TR terus memandang wajah itu. tanpa menoleh kearah lain.

“Pak Aziz..kejap, ni ada sikit ole-ole dari langkawi”Tengku Maisara menghulur beg palstik berisi ole-ole kepada Pak Aziz yang baru habis mengangkat barang-barang yang dibelinya dari Langkawi.

“Terima kasih puan, buat susah je. Umm..saya mintak diri dulu ye.” pak Aziz tak tunggu lama. Lalu beredar untuk pulang ke rumahnya yang tak jauh dari vila itu.

“Zara..ni ole-ole untuk Zara” Zara mengambil beg plastic dari Tengku Maisara “ Terima Kasih puan”

“mak leha pun ada ni..” mak leha tersenyum. “terima kasih”

“Dalam tu Fael ada bagi juga untuk mak leha”

Tr tersenyum bila wajah mak leha menyapanya dengan senyuman “Terima kasih Tengku”

Selesai semuanya Zara menyimpan semua barang-barang yang dibeli tengku Maisara. Baynyak juga barang yang dibeli Tengku Maisara kalau shopping. Sepangjang percutian Tr di sana dia selalu teringat lelaki itu dengan Natasya. Mesti diorang bahagia bercuti bersama.

Semua ni idea acik suruh tengku Maisara berpakat mengajak Natsya untuk pergi bercuti bersama. Dia la yang terpaksa tebal muka memberitahu Natasya. Namun natasya meletak syarat. Dan syaratnya dia tidak boleh turut serta dalam percutian mereka. Mahu tak mahu walaupun dia beria-ria ingin pergi kerana dia tidak pernah pergi ke langkawi terpaksa jua dibatalkan  hasratnya.

Sengaja dicipta alas an kepada acik yang dia tak jadi pergi sebab dia perlu habiskan kertas projek seni dengan luqman. Acik kalau dia tak pergi acik tak akan pergi. Jadilah percutian cinta natasya dengan Tengku..bahagiala dioarang disana.

Berjala-jalan berdua-duan ditepian pantai sambil melihat matahari terbenam..Wah..mesti si Barbie doll tu tak tidur 44 hari bila teringat kenangan terindah itu.

“Woi..berangan ke?” tersentap lamunannya. Dikalih ke belakang. TR sedang memeluk tubuh sambil memandanganya dengan senyuman. Sejak kebelakangan ni TR selalu tampal muka dia dengan senyuman. 

Ada apa-apa ke?

“Aku Nampak segak dari Luqman ke?” mulut Zara dikepitnya dengan jari lelaki itu. zara terkejut lalu ditepis lembut tangan lelaki itu. Dia lupa mulutnya melopong tadi. 

“Eh.eh tak la..saya tengah simpan barang ni.. tengku tak tidur lagi?” dia cepatcepat mengambil kotak berisi pingan mangkuk ceramic.

“Tak..aku tak mengantuk. Sepanjang aku bercuti kau buat apa?”soal lelaki itu sambil berdiri disebelahnya. Tr masuk dapur. Kata acik TR tak pernah masuk dapur. Tempat itu bagai tempat larangan bagi lelaki itu tetapi sekarang lelaki itu sudah lupa yang dia sedang berada ditempat larangan.

“study lagipun kita tak lama lagi nak trial exam” Zara menjeling sedikit lelaki itu.

“Hurmm..banyak dah la kau study ek?” dia hanya mengangguk. TR tersenyum. Sekarang dia berada dekat dengan gadis itu. perasaan teruja itu datang tiba-tiba.

“Bak sini tangan kau”

“Hah?” Zara tercengang. “Buat ape?”

“Jangan banyak soal” pantas tangan TR meraih tangan itu. Zara cuba menarik semula namun dipegang kejap oleh TR.

Lelaki itu meletak selendang atas telapak tangannnya. “Untuk kau”

“Hah?”

“hah..hah..? ambik je jangan duk ternganga mulut tu nanti cium baru tau” tersentap jantungnya. TR berlalu pergi dengan senyuman. Mata Zara masih terkebil-kebil. Biar betul apa yang aku dengar? Semalam je baru aku korek. Berani betul TR cakap ayat dot..dot..

Tak elok untuk budak bawah umur. Dia dan TR budak bawah umur memang tak elok dan senonoh untuk ayat macam tu. Chaiitt..TR ni cakap kat Natasya sudah ler jangan buat dosa kat telinga aku ni.

“cantiknya..” dia senyum membelek selendang pemberian TR. tak sangka TR akan beri ole-ole untknya. Adakah lelaki itu ingatkan dia masa bercuti disana? Dah..dah…jangan duk perasan Zara. Orang dah bagi ambik je.

TR melangkah ke meja study. Diletak beg kertas kecil berisi rantai loket yang dibelinya di langkawi. Dia 
mahu souvenir ni dia berikan lepas exam. Dia membuka laci dikeluar kotak kayu lalu disimpan beg kertas itu bersama rantai tangan dan kayu ukiran bintang itu.

Bila lepas exam dia niat mahu berikan semua ini pada zara. Waktu itu dia ingin luahankan isi hatinya selama ini. Dia berharap Zara menerimanya. Dia akan pegang gadis itu sampai bila-bila….