31/05/2013

Be Mine! 27



salam..semua fllwer, sori sgt..sebb mengecewakan korang dgn lambt update dis story. FN byk kish yang trjadi dlm idup FN, al maklum lah FN idup dunia reality..huhu..sakit kpala dgn exam..mslh skliling kecewa jiwa dan mcm2 la smpai xbole nak cernakan semua bnda itu dlm idup ni..apaun Fn bhgia korang give me supprt yg yg tk henti3 smpai FN tk smpai ati nak ending kn dis story ni.. nd then korang pun nak bca dis story kan..hehe bukan nak dgar Fn bla..bla..bla....papun enjoy it!!

  
P/s : dgr lagu ni kat radio era..tetiba jek nak sebak terus ada semgat nak taip citer ni papun tq 4 ur support..trimasssss kekawan..=)


Bab 27

Tengku Maisara berjalan ke ruang tamu ditingkat atas. Disitu TR selalu merehatkan dirinya setelah melihat  anak muda itu tiada di kamarnya. Meliar matanya memandang setiap sudut. Wajah TR mahupun susuk tubuh anak muda itu juga tiada di situ. ‘kemana budak ni pergi?’

“Sara…” tengku Maisara berpaling. Fauzi tersenyum memandangnya. “jom..breakfast”

Dia berat hati untuk menerima ajakan lelaki itu. dia masih lagi merajuk. Fauzi bermalam disini dan pagi ni dia tahu Fauzi baru balik dari membeli makanan untuk sarapan pagi ini kerana Mak leha tidak pulang semalam menjaga Zara dihospital.

“I cari Fael..” Dia   membalas jelingan bagi senyuman lelaki itu yang setia bergayut dibibir.

“Jom breakfast dulu, Fael dah breakfast you je yang bangun lambat, terus cari dia mana nak ada di atas ni” Tengku Maisara mengalah jua, senyuman pemikat Fauzi berjaya mencairkan tembok egonya.

“Fael ada kat bawah ke? asal tak kejut I tadi? Selalu dia akan cari I kalau I tidur di rumah pasti Fael ketuk pintu bilik I dulu sebelum turun breakfast” Tengku Maisara tidak puas hati dipandang wajah Fauzi yang cuba sembunyikan sesuatu.

“Jom..breakfast dulu” Fauzi menghulur tangannya namun tidak disambut Tengku Maisara, wanita itu berlalu pergi tanpa menoleh kebelakang.

Sebaik sahaja sampai dimeja makan. Tengku Maisara menoleh kebelakang. Fauzi sedang menarik kerusi untuknya. “silakan tuan puteri”

“dah..jangan nak pujuk  hati I” dia menjeling tajam. Namun senyuman Fauzi tetap meleret. Lelaki itu sudah biasa melayan kerenahnya. “suka la tu..”

“I suka you” Fauzi mengenyit mata.

“DAh..malas I nak layan angin gatal you tu.” Tengku Maisara melirik tajam. “Mana Fael? You kata dia dah turun breakfast tadi?”

Fauzi menghulurkan bungkusan nasi lemak kepada Tengku Maisara “Dia dah pergi hospital dengan Pak Aziz tadi selepas sarapan. Nak tunggu you lambat sangat”

“ I tak da hati nak pergi hospital” Tengku Maisara mengunyah perlahan-lahan nasi lemak yang baru disuapnya  kedalam mulut. Matanya sempat menjeling Fauzi yang berselera menjamu makanan.

“I tengok you macam tak kisah apa yang terjadi sekarang” dia berhenti menyudu nasi lemak matanya memandang tajam kearah Fauzi

“You tengok Fael sekarang, macam orang tak betul” sudu diletak dia menghabiskan segelas susu dan bingkas bangun

“Nasi you belum habis lagi, sara?”

“I dah kenyang…makin I biar Fael dengan perasaan cinta monyetnya yang tak tahu masa depan dia baik I bertindak sekarang”

“Apa maksud you?”

“I akan halang Fael… “ dia berpaling melihat wajah Fauzi yang masih lagi duduk di kerusi makan. “Selagi I mampu..demi masa depan FAel”

“You jangan naik gila Sara” Fauzi pantas meraih tangannya “You ingat sikit, Fael masih muda kalau you nak paksa-paksa dia. Cuba cari jalan yang boleh menyenangkan hati nya untuk menerima idea gila you”

“I naik gila bila I tengok Fael sekarang, p;ease don’t blame me, okay! I tahu apa I nak buat. I takkan biar dia tunggu Zara.” Tengku Maisara berlalu pergi menaiki anak tangga untuk ke kamarnya.

Fauzi mengeleng kepalanya melihat Tengku Maisra tetap berkeras dengan idea gilanya. Nak halang Fael? Budak itu seorang yang setia… Fauzi tersenyum, Fael macam dirinya setia pada cinta hati yang ditakdirkan bertemu untuk pertama kali membuat jantung hatinya berdegup kencang.

Kata orang cinta sejati dah pupus di dunia ni? hei…masih wujud Cuma golongan minority jer.. Fauzi menghabiskan sarapannya.

*****************************************
Matanya menatap setiap inci wajah milik gadis kesayanganya. Tangan gadis itu diusap lembut. Air matanya mengalir bila melihat tubuh itu kaku tanpa reaksi atau respon bila dia menyentuhnya.

“zara..wake up! Bicara la dengan Fael…awak hodoh laa bila asyik tidur jek”

Bangun la…

“Zara tahu tak kenapa dulu Fael selalu kata Zara hodoh?” Tr ketawa sendiri

matanya setia pada laman wajah itu. kepala gadis itu dibalut dengan kain kasa, kecederaan Zara banyak dikepala. Alhamdulillah keadaan Zara sekarang sudah stabil..itu pengakuan dari doctor Fatimah tadi bila doctor itu datang membuat rawatan susulan.

“sebab Fael takut kata hati Fael yang selalu mengatakan Zara cantik bila tersenyum akan keluar dari mulut ni 
sebab itu Fael cakap Zara hodoh…”  dia ketawa lagi.

“tapi tak.. zara tahu, rahsia hati ni sekarang dah terbongkar. Awak cantik macam pelangi…dan bintang malam…” ketawanya bersalut dengan tangisan.

“saya sangat sukakan awak, zara…bangun la!!!!  Siapa nak jaga fael bila sakit? Siapa nak nasihatkan fael bila hidup Fael hanyut? Siapa yang nak menyakat Fael dengan sindiran?..”

Disapu air matanya… “Zara, bangun la…fael akan sakit, sakit sini” ditunjuk dahinya

“sakit sini” kemudian lehernya “ rasa macam nak demam” dia cuba bergurau namun dia sendiri yang ketawa.

“Tapi.. disini lagi sakit..” ditekan dadanya. “Dalam ni…tolongla..”

Dia tunduk meratap tangisan yang tak dapat dibendung lagi. Gadis itu tetap kaku. Dia mahu gadis itu sedar sebelum result untuk sambung study ke UK keluar.

Dia sudah apply untuk gadis itu, walaupun dia tahu Zara pernah beritahu dia, yang Zara tidak berminat sangat untuk sambung di luar Negara. Gadis itu lebih suka memilih university tempatan. Baginya  bersama gadis itu membina keluarga dan bahagia di sana. Zara akan jaganya seperti mommy jaga daddy waktu study walaupun ada anak..

Tr angkat kepala, dia tersenyum melihat wajah itu dekat dengannya. Disentuh pipi gadis itu dengan hujung jari. Lembut..

Bila kita sudah halal..baru aku boleh memiliki dirimu sepenuhnya Zara…..
*************************************
Tengku Maisara mengigit bibirnya menahan geram. Dia melihat dengan jelas perlakuan Tr dan kata-kata anak sedaranya itu.

“saya sangat sukakan awak, zara…bangun la!!!!  Siapa nak jaga fael bila sakit? Siapa nak nasihatkan fael bila hidup Fael hanyut? Siapa yang nak menyakat Fael dengan sindiran?..”

Hah..suka sangat? Apa Zara itu anak puteri raja ke nak Fael tergila-gila sangat? Zara hanya akan merosakkan masa depan Fael.

Tengku Maisara datang ke hospital selepas mendengar dari mulut Fauzi mengatakan Tr sudah pergi ke hospital awal pagi. Dia jadi tak keruan. Dia cepat-cepat bersiap mahu mendapatkan Tr. namun bila saja sampai di bilik VIP, hatinya jadi sakit melihat tingkah laku fael yang macam orang mati bini.

Fael..masih remaja..muda dan mentah..tapi lelaki itu sudah jadi lelaki tua yang memikirkan masalah besar untuk orang lain.

“Puan..” Tengku Maisara berpaling kebelakang melihat gerangan yang menyapanya. Dia tahu itu suara Mak leha “ lama puan sampai? Asal berdiri disini jom dudk di bangku luar”

“elok sangat mak leha, saya nak berbincang sedikit dengan Mak leha”

Mereka berjalan keluar ke taman yang berada ditepi bangunan hospital itu. laman itu cantik dengan kehijauan warna pokok dan siulan burung belaan. Mereka sama-sama duduk dibangku luar itu berdepan dengan air terjun buatan tangan manusia yang cukup indah.

“Ada apa puan nak berbincang dengan Mak leha? Pasal kos perubatan Zara ke? sebenarnya Mak leha serba salah juga bila nurse tanya pagi tadi nak tempatkan Zara di wad biasa ke bila keadaan dia dah stabil. Ikut mak leha nak wad biasa je tapi tengku berdegil juga nak Zara ke bilik VIP. Apapun puan boleh potong gaji mak leha nanti ye..” dipandang wajah yang kini kelihatan sombong dimatanya. Tengku Maisara bukan orang sebegitu sebelum ini, wanita itu ramah saja dengannya bila disapa.

“Itu saya tak kisah Mak leha, hal perubatan Zara, saya akan uruskan”

“Terima kasih banyak Puan, maaflah sebelum ni Mak Leha  dan Zara banyak menyusahkan Puan..budi baik puan akan Mak leha balas..”

“Yeke?” sinis saja jawapan itu memotong cakap Mak Leha. “ Mak leha boleh balas balik budi baik saya selama ini.

“Apa maksud Puan?”

“Sebelum saya ke bilik Zara tadi, saya berjumpa dengan doctor Fatimah yang merawat Zara. Saya cuba 
dapatkan kepastiannya keadaan kesihatan Zara sekarang. Jawapan doctor itu mengecewakan Fael kelak..”

“Saya masih tak faham puan”

“Zara kemungkinan akan koma, dia tidak akan sedarkan diri mungkin, sebulan…setahun atau selamanya” air mata berderu mengalir keluar dari tubir matanya. Tak mungkin nasib Zara begini. Anak gadis itu masih muda untuk menerus hidup yang berwarna warni ini.

“Puan betul ke?” Tengku Maisara mengangguk.

Dipandang wajah sayu, tangan itu tak henti mengesat juraian air mata itu. rasa simpati mencelah sedikit dihatinya dikala itu.

“Demi masa depan Fael dan Zara, saya maafkan Zara apa yang terjadi sekarang. Saya akan lupakan kisah cinta monyet diorang dan saya harap Mak leha boleh tolong saya”

“Apa yang perlu Mak leha tolong puan?”

“Mak leha bukan ada saudara mara di Penang?”berkerut dahi Mak leha. Dia masih samar-samar dengan maksud Tengku Maisara.

“Ada Puan, tapi dah lama Mak leha tak pulang ke sana.”

“Mak leha ada tanah di sana bukan?”

Mak leha mengangguk. Dipandang wajah serius itu. senyuman penyeri wajah itu sudah hilang. “Ada..tapi sudah usang”

“Saya akan urus tempat tinggal Mak leha di sana. Zara juga akan ditempat di hospital besar penang dan saya pasti ada pakar disana yang dapat merawat Zara.”

Dia menarik nafas dan dilepas perlahan “ Mak leha akan saya beri gaji penuh untuk bulan ni dan sampai disini saja Mak leha bekerja dengan saya di rumah itu”

Mak leha hanya memandang lalu dia mengangguk perlahan. Dia sudah faham maksud wanita itu. sudah jelas tengku Maisara tidak menerima Zara walau apapun yang terjadi. Simpati? Jauh sekali….tapi macam mana dengan Tr? anak muda itu akan terima ke semua ini?

“Syarat Mak leha kena buat seperti apa yang saya suruh…” dia bingkas bangun meninggalkan Mak leha yang masih merenung jauh. Dia sudah tidak kisah hati orang lain bila melibatkan masa depan TR.

Kesian Zara..anak itu pasti tak akan maaf kan dia juga Tengku Rafael.. “maafkan Mak leha” air matanya mengalir laju. Sebak didadanya bila dia terpaksa perkara yang bukan ditakdirkan lagi untuk anak itu..

“Maafkan Mak leha..”

Terbayang wajah Tengku Rafael….

“MAafkan Acik..sayang”

Wajah mulus anak gadis itu pula menyapa…..
 
*just imagine wtk cty hnter suka sgt muka diorag
 p/s: bab 28 dlm pmbikinan..hehe ada smgt nak mnaip dis story trimass kekawan...=) wajah artis malay siapa korang byagkan??.. ble bgi komen siapa yg sesuai utk wtk TR klu artis lelaki mlaysia kita n siapa artis female malay  utk wtk Zara? saja kongsi rasa n imaginasi yg sma keh3 sma tak????

03/02/2013

Be mine! continue bab 26



SAlam..kekawan...FN dah edit dis bab ni. tapi sekali round jek..hehe sebab citer sedey tamau bila baca sedey..kan.kan hah padam muka FN nak wat citer sedey sanagt..ala sedey sikit jek inilah hakikat idup ada kala kita sdey ada kala kita gumbira..kan..kan.. next bab dlm pmbikinan..so enjoy it!!

p/s: nak bagi hepi sikit dengar lagu korea..layan jer..hehe +_+



_____________________ continue bab 26 _____________________


                                              
                                                  

 "Fael..”Zara panggil lagi.

“Hurmm..nape?’

“Zara pergi ye..”

“Yee…hati-hati melintas”

“Fael…” ketika itu dia tidak pedulikan panggilan Zara kerana sibuk mendail nombor telefon Pak Aziz.

“Fael…” Tr berpaling.. “ yea..”

“Zara pergi dulu..bye!!”

TR merenung pintu bilik kecemasan itu. dia Nampak Zara tersenyum memandangnya.

“Fael…” masih terngiang-ngiang suara Zara memanggil namanya, air mata memenuhi tubir matanya. Ditepuk 
dadanya menahan rasa sakit itu. sekali, dua dan akhirnya berkali-kali. Berguguran jua air matanya.

“Fael..” dia dengar lagi suara Zara memanggilnya. Tr mendongak ke atas, cahaya lampu dari bilik kecemasan itu masih lagi menyala.

“Fael..ma..af..” kata terakhir dari Zara itu membuat dia terasa sakit dada teramat sangat. Ditangannya dia mengengam rantai tangan pemberiannya pada gadis kesayangannya itu.

Dia membuka gengaman tangannya, dilihat rantai tangan dipenuhi darah Zara itu membuat dadanya terasa sakit. ‘bagaimana harus aku mulakan hidup di hari esok?’ 



Soalan itu dibiar dalam hati. Tawanya..senyumannya..jelingannya, bagai membunuh aku bila aku terjaga esok. ‘Bolehkah aku melihatnya esok?’

Soalan itu bagai menyentak dinding hatinya. Sakit…

Zara..tolong jangan buat aku macam ni, sakit…

Zara..biar berkali kau panggil nama aku, aku pasti kali ini aku akan sentiasa memaling wajah aku kea rah kau.. kau tahu aku sakit...

Sakit?  Ya..siapa akan buatkan aku bubur nasi paling sedap pernah aku rasa?

Zara..siapa akan cakap aku ada penyakit putera?

                                    

Tengku Maisara bergegas keluar dari lif, Fauzi, Mak Leha dan Pak aziz berjalan mengejar langkah Tengku Maisara yang lebih laju dari mereka.

“Aunty..tolong!!” dia terkejut menerima panggilan dari TR.

“Fael? Why are you crying? anything happen?”

“Tolong Fael..aunty, accident” tup! Panggilan dimatikan. Bagai tersentap jantungnya. Oh god! No..no.. bukan Fael, kalau Fael accident pasti anak sedaranya tidak akan menefonnya bercakap dengannya tadi.

Tetapi kenapa tangisan itu? teriakkan Fael bagai orang kesakitan. Fael, sebelum ini tak pernah menangis. Tangisan anak muda itu tidak lagi kedengaran bila hari terakhir abang dan kakak iparnya dikuburkan ditanah perkuburan,selepas itu Fael sakit terluka atau demam anak itu tidak akan menangis sebegitu.

Langkah Tengku Maisara terhenti bila mana melihat tubuh anak muda itu sedang duduk sambil kepalanya disembunyi dicelahan lutut. Lagaknya seperti Sembilan tahun dahulu….

Fael yang dilihatnya sedang menangis seperti mana meratapi kematian abang dan kakak iparnya.

“Fael..”disentuh lembut bahu anak muda itu. Tr mendongak menatap wajah yang memberi ruang bahagia ketika dia kehilangan mommy dan daddynya

“Aunty..Zara” Fael meraung. Tangisan anak muda itu lebih teruk dari anak kecil berumur Sembilan tahun. Fael dulu tidak menangis sebegini.

“Why? Apa yang terjadi dengan Zara?” Tengku Maisara mengucap syukur bila melihat tubuh TR tiada kesan cedera Cuma..ada kesan darah kering di baju dan tangan. Diusap bahu anak muda itu.

“Zara..Fael bersalah..aunty tolong Zara, tolong selamatkan Zara. Tolong cari doctor pakar rawat Zara!” bertalu-talu anak muda itu merayu. Digoncang tubuhnya seperti hilang akal. Tengku Maisara melihat Tr dengan pandangan aneh. Selama ini anak sedaranya tidak memperdulikan orang lain. Kenapa mesti Zara?

Fauzi mendapatkan TR, diraih tubuh anak muda itu. dipeluk erat. “mengucap Fael. Ini bukan salah Fael. Ini takdir..Zara accident bukan sebab Fael”

“Wrong!!!! Fael yang beri dia rantai tangan tu, kalau Fael tak bagi dia pakai rantai tangan itu tak kan jatuh, Zara tak akan kutip dan Zara tak akan accident” jelas Tr.
Tengku Maisara bagai terkena kejutan. Rantai tangan? Zara? Why? Kenapa mesti beri pada Zara? Siapa Zara dihati Fael sebenarnya.

“Mak leha..maafkan orang” Tr meluru kearah Mak leha diraih tangan orang tua itu sambil melutut.
Tengku Maisara tidak suka melihat Fael bagai orang tidak siuman menyalahkan diri. Adakah selama ini Fael sukakan Zara?

“Someone?” ‘someone’ yang dimaksudkan Fauzi selama ini adalah Zara?..FAuzi juga tahu siapa pemilik hati anak sedaranya selama ini. Patut lelaki itu tidak mahu dia campur tangan dalam soal hati anak sedaranya. Patut Fauzi mahu terus dia menyokong rasa cinta anak muda itu pada orang yang salah!
Zara adalah orang yang salah! Zara penyebab Fael jadi tidak siuman. Dia harus hentikan.

“Tengku..Mak leha faham, bukan salah tengku. Ini takdir Zara. Mengucap nak..jangan menyalahkan takdir” Mak leha mengusap kepala anak muda itu.

“Fauzi..i need talk to you” Tengku Maisara menghilang diri dari ruang itu. fauzi mengikut jejaknya sehingga ke ruang menunggu agak jauh dari ruang bilik kecemasan itu. Fauzi faham pasti Tengku Maisara mahukan penjelasan darinya.

“Fauzi..  I rasa you tahukan semua ini?” soalan yang dia yakin pasti keluar dari mulut Tengku Maisara akhirnya keluar juga.

Fauzi menganguk. Dilihat wajah Tengku Maisara kelihatan tidak puas hati “ Zara..dia adalah gadis yang dicintai Fael selama ini bukan Natasya”

“OOOoo..” Tengku Maisara mengejek. “ Patutlah you marah sangat bila I nak jodohkan fael dengan Natasya? I ingat you takut I buat semua itu mengangu pelajaran Fael and then Fael betul-betul nak tumpu pada exam nya dulu”

“I’m sorry Sara, fael sendiri nak I rahsiakan dari you..”

“Look..you sendiri tengok apa dah jadi dengan fael? Macam orang gila!” Huhh!! Tengku Maisara melepaskan keluhan. Kesal dengan apa yang berlaku pada anak sedaranya.

“Itu tanda cinta dia pada zara you kena terima Sara, dia suka sangat dengan gadis itu dan you lihat sekarang ini Fael lebih menghargai hidupnya. Dia ceria, dia hidup den..”

“Shut up!! Itu sebelum ini, dan sekarang? Ia merosakkan masa depan FAel..itu you kata tanda cinta? Bodoh!”

“What? Bodoh? Sara you saja yang tak tahu hargai cinta sebab tu you katakan bodoh”

“OOoo..so you nak salahkan I sebab tak hargai cinta you. I pernah katakan pada you, you bebas pilih kehidupan you dan sekarang you pilih hidup macam ni dengan I, you nak salahkan I pulak?’Fauzi cuba meraih tangan Tengku Maisara namun ditepis.

“I bukan nak blame you, Sara. You kena faham usia Fael, dia suka memberontak. Cinta?? Itu membuat dia bahagia bila kasih ibubapanya tiada.”

“I ada.. selama ni bila Zara tak muncul dalam hidup Fael taka pa-apa. Dia gembira seperti biasa. Sekarang dia dah macam orang tak siuman menyalahkan diri walhal bukan salah dia”

“You saja buat-buat tak kenal siapa Fael sebenarnya. Selama ini sebelum Zara muncul you tahukan hidupnya kosong, walaupun dia tak cakap I yakin you faham dengan Fael. Bohong kalau you kata dia gembira. Lelaki yang tak suka senyum, buat hal sendiri, dingin dengan orang sekeliling. Tak suka ambil tahu hal orang lain, siumankah orang itu?

I rasa Fael sekarang lebih siuman dari FAel yang dulu. Fael sekarang ada jiwa, hati dan perasaan. Tahu mintak maaf dan berterima kasih dan hormat pada orang lain…you tak Nampak ke? Fael memohon maaf…you tak Nampak ke dia merayu untuk orang lain..kalau dulu dia bagai tak berperasaan hanya tahu menyatakan Fael tak kisah apa saja aunty beri..apa saja aunty buat untuk Fael..”

“Please stop it!!”Tengku Maisara menjerit kecil. Ditutup telinganya dengan kedua belah tangannya.

“Sara..” Fauzi memengang kedua belah tangan itu. ditarik  wajah itu agar menatapnya “ you kena terima hakikat ini. You boleh support Fael bagi semangat untuknya menerima apa yang terjadi hari ini. Bukan you menyalahkan Zara apa berlaku pada FAel. Dia suka sangat dengan gadis itu..please..”

Tengku Maisara pejam mata seketika kemudian dibukanya. Pandangannya kini tajam menikam pandangan Fauzi yang setia menanti jawapan darinya.

“Sekarang I sendiri akan handle hidup Fael. You tak perlu ajar I atau nasihatkan I . so.. I tahu apa yang akan I buat untuk masa depan Fael”

“Apa maksud you” Fauzi memengang pergelangan tangan kanan Tengku Maisara bila mana Tengku Maisara mula mengalihkan pandangan untuk melangkah pergi dari ruang itu.

“FAuzi.. I hope you support I saja sekarang I need you, and lebih lagi I still love you.. I tak mahu you campur tangan dalam urusan FAel dan halang I apa yang I rancangkan untuk masa depan Fael. I tak nak kita gaduh okay..”

“I sayang you Sara.. I jugak sayang Fael, kamu berdua sebahgian dari hidup I. how dare jika I cuba halang you untuk masa depan Fael but I  tak rasa apa yang you buat itu betul dan I jugak tak rasa FAel akan suka apa yang you cuba buat untuknya”

“Fauzi..please..”diraih tangan FAuzi.. “You tak suka I marah-marah and you tahu I tak suka tengok Fael macam tu. Hati I tak senang”

“Sara.. you too much” tengku Maisara bagai tidak peduli apa yang dikatakan Fauzi. Dia berlalu pergi. Dia mahu melihat keadaan Fael. Adakah anak muda terus meraung lagi..terus merayu memohon maaf atas kesalahan yang tidak dia lakukan?

FAel…fael tak patut terjebak dalam hidup Zara.
Langkah Tengku Maisara terhenti bila melihat Fael melentok kepalanya dibahu Mak Leha yang sedang memengang senaskah kecil yaasin. Pembantu rumahnya itu tersedu sedan menahan air mata sambil membaca surah yaasin. Disebelah Fael, Pak Aziz jugak membaca surah dari Al-Quran kecil.

“Mak Leha..pembedahan dah selesai ke?” Mak leha mendongak. Tengku Maisara kelihatan angkuh bila bertnya. Kenapa?

Mak leha mengeleng kecil. “Tengku tertidur agaknya..dia keletihan Mak leha tengok”

“Saya harap Mak leha tak salahkan Fael jika apa-apa berlaku pada Zara” Pak Aziz yang mendengar berhenti membaca ayat suci itu.

“Puan..begitukah berbicara dengan orang lebih tua?”tegur Pak Aziz. Dia kenal lama anak-anak Tengku Rashid Zainal dan Tengku Marrisa. Kebiadapan Tengku Maisara tidak patut dan ketika ini Mak Leha kesedihan dengan keadaan Zara yang sedang bertarung dengan maut.

“Pak Aziz, saya Cuma nak nyatakan hal ini dengan lebih jelas. Mak leha tak jaga Zara dengan baik-baik. Dia biar Zara goda Fael dan sekarang FAel tergila-gila Zara sampai tak siuman menyalahkan diri” air mata Mak leha keguguran tapi kali ini sakit di hati terasa pedih dengan kata-kata Tengku Maisara. Dia kenal siapa Zara. Anak gadis itu bukan pengoda.

“astaghfirullahaladzim…mengucap Puan, Zara yang Mak leha kenal bukan begitu sikap pengoda anak gadis itu. dia anak gadis yang baik. Mak leha pun tak tahu Tengku Rafael menyimpan perasaan pada Zara? Sungguh Mak leha tak tipu Puan, MAk leha tak tahu soal hati mereka sama ada Zara atau Tengku Rafael.” Mak leha mengurut dadanya

“Apa pun Mak leha, saya nak Mak leha bertangungjawab apa yang berlaku pada mereka berdua terutama Fael. Mak leha seharian bersama mereka setiap hari atau Mak leha sendiri menyuruh Zara mengoda Fael”

“Sara!!! Kenapa you kurang ajar, hah?/” tengking Fauzi,direntap tangan tengku Maisara agar berpaling kearahnya.

“Sudah Fauzi..sini hospital” Pak Aziz cuba menenangkan Fauzi.

“Sara.. I tahu you sayang Fael. Habis Zara? You langsung tak fikir perasaan Mak Leha, Zara anak sedaranya dan yang berada didalam bilik bedah sekarang Zara bukan Fael so siapa yang lebih sedih? Zara yang sakit, Sara..”

“Tapi hati I sakit tengok Fael…” Tr terjaga. Dilihat satu-persatu wajah didepannya.

“Kenapa?” soal anak muda itu kehairanan. Dilihat pulak wajah tengku Maisara “ aunty..”

“aunty kena tolong Fael pastikan Zara selamat” Tr bangun lalu memeluk erat tubuh Tengku MAisara. “ fael perlu kan aunty..please selamat Zara”

“Aunty..kenapa diam?” dileraikan pelukan itu. “oh yea..pasti aunty tercengangkan? Fael belum bagi tahu aunty”

Tengku Maisara melihat wajah TR yang cuba menceriakan dirinya “ Fael..”

“Aunty, Fael sebenarnya sukakan Zara. Fael akan sambung belajar ke UK dengan Zara. So apa pun yang terjadi fael tetap tunggu Zara”

Mak leha, pak Aziz hanya mampu melihat pengakuan anak muda itu. Fauzi mengurut lembut belakang TR.

“Mak leha orang mintak maaf tak minta permission cintakan Zara..orang nak Zara so kalau Mak leha tak izin pun orang nak jugak dan orang tetap tunggu Zara” Mak leha angguk je. Air mata saja jawapan disaat itu. siapa dia untuk melarang soal hati anak muda itu.

“Fael..jom kita balik” ajak tengku Maisara.

“No,..doktor belum keluar, kita tak tahu keadaan Zara lagi” sebaik sahaja ayat itu habis dari bibir TR. pintu bilik bedah itu terbuka. Tr terus menerjah doctor yang berjalan keluar dari bilik itu.

“Doktor, bagaimana keadaan Zara?” soalnya terburu-buru.

“Dia masih belum sedarkan diri. Keadaannya lemah. Hentakan dikepalanya membuatkan darah beku berkumpul dan tadi kami melakukan pembedahan membuang darah beku itu dan sekarang kita hanya mampu berdoa agar Zara sedar dan pulih sihat seperti biasa.”

“Maksud doctor Zara akan sihat?”

“Itu saya tak mampu berikan harapan yang tinggi. Dia kehilangan darah yang banyak dan kami melakukan pembedahan dikepalanya. Kita hanya mampu berdoa sahaja sekarang jika kondisinya baik dia akan pulih dengan cepat jika lemah terserah pada takdir kerana ada kes sebegini berakhir dengan kesedihan dan juga kegembiraan pada masa yang sama mungkin Zara akan koma…tetapi saya yakin Zara akan sedar jika dia semangatnya kuat untuk hidup..”

“Hah? Kenapa doctor tak boleh bagi keterangan yang jelas kenapa mesti tapi?”

“fael!!” Fauzi menarik Fael dari terus menekan doctor  itu “terima kasih doctor”

“sama-sama..saya pergi dulu, kalau ada apa perkembangan semasa Zara kami akan maklumkan.. saya doctor Fatimah”

“doctor boleh kami masuk melihat Zara?” soal Mak leha.

“Belum lagi..kami tempatkan dia di ICU..jika mahu juga melawatnya. Hanya sedara yang terdekatnya sahaja itu pun terhad “

Mak leha mengangguk. “ terima kasih doctor”

“sama-sama” senyum berbalas senyuman mengiringi langkah doctor bernama Fatimah itu  pergi.

“aunty..tolong zara. Kita hantar zara pergi jumpa doctor pakar.”

“fael..Zara baru dibedah. Kita balik rehat dulu yee..” pujuk tengku maisara.

“yelah tu Tengku..lagipun Zara belum sedarkan diri. Apa kata Mak leha saja yang tunggu nanti bila Zara sedar mak leha beritahu ye”

“Fael kena balik rehat..tidur yang cukup nanti boleh datang melawat Zara” Fauzi dan Mak leha  cuba memujuk. TR mengangguk lemah.

Tengku Maisara memimpin anak sedaranya. Tr Nampak lemah kerana Zara…

Tengku Maisara risau dengan ungkapan Tr tadi. Anak sedaranya akan tunggu Zara? Sampai bila? Tak mungkin..ini akan merosakkan masa depan TR.

Tr masih lagi mengengam rantai tangan itu. adakah esok ada pelangi untuknya. Dan dia pasti malam ini tiada bintang kerana semasa menaiki kereta tadi hujan turun. Semasa didalam kereta TR berada di belakang senyap memandang luar cermin tingkap kereta.

Betul..malam ini tiada bintang kerana hari hujan…

Dia.. tiada ‘bintang’malam indahnya kerana kejadian itu……

Pelangi…..dia harap esok cerah dan ada ‘pelangi’ indah miliknya….

                                                 
Tr cuba tersenyum…dipejam mata…


“Fael…”

“Zara..”

“Fael..”

“Zara.. I love you..”

“Hah?” dijentik dahi gadis itu. senyuman mekar gadis membuat hidupnya indah..seindah pelangi..seindah bintang semua itu ciptaan Tuhan..

p/s: just pic hiasan jek..so klu nk bayangkan pun bole fael n Zara..hihi bru lepas tgk citer city hunter.